You are on page 1of 24

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1


STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

DSP Sejarah Tingkatan 19/ 2012

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan pelajar: OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari. OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa. OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa. OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni. OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

TAFSIRAN
o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik memberi gambaran holistik tentang individu. bagi

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid Instrumen : : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

TAFSIRAN BAND
BAND 1 2 3 4 PERNYATAAN BAND TAHU TAHU DAN FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

BAND
1 2 3 4 5 6

PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme. Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme. Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme . Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme. Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patritiotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah. Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

BAND
1 TAHU

PERNYATAAN STANDARD
B1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

DESKRIPTOR
B1D1 Mengetahui kemahiran pemikiran sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan kita

EVIDENS
B1D1E1 Menyatakan pengertian sejarah B1D1E2 Menyatakan istilah/konsep masa dalam sejarah (KPS) B1D1E3 Menyenaraikan tujuan belajar sejarah (UP)

B1D2 Mengetahui Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

B1D2E1 Menyatakan tahap Zaman Prasejarah secara kronologi (KPS) B1D2E2 Menyatakan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara. B1D2E3 Menyatakan asal-usul nama Melaka. B1D2E4 Menyenaraikan tokoh pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP). B1D2E5 Menyenaraikan kuasa Barat yang menguasai Melaka.

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR
B1D3 Mengetahui Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

EVIDENS
B1D3E1 Menyatakan pengasasan kerajaan Johor B1D3E2 Menyenaraikan tokoh dalam kerajaan Johor (UP) B1D3E3 Menyatakan kegemilangan kerajaan Johor B1D3E4 Menamakan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru B1D3E5 Melabel lokasi kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru dalam peta Semenanjung Malaysia. (KPS) B1D3E6 Menyatakan kesenian rakyat masyarakat Melayu tradisional (UP) B1D3E7 Menyenaraikan kumpulan etnik di Sarawak B1D3E8 Menyenaraikan kumpulan etnik di Sabah

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

10

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

11

BAND
2 TAHU DAN FAHAM

PERNYATAAN STANDARD
B2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

DESKRIPTOR
B2D1 Memahami kemahiran sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan kita

EVIDENS
B2D1E1 Menjelaskan ciri-ciri sejarah B2D1E2 Menjelaskan sumber-sumber sejarah (KPS) B2D1E3 Menjelaskan kaedah pengkajian sejarah B2D1E4 Menjelaskan istilah / konsep masa dalam sejarah (KPS)

B2D2 Memahami Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

B2D2E1 Menjelaskan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah (KPS) B2D2E2 Menjelaskan kegiatan ekonomi kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara B2D2E3 Menjelaskan asal-usul nama Melaka B2D2E4 Menjelaskan peranan Parameswara dan Tun Perak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP) B2D2E5 Menjelaskan struktur pentadbiran Sistem Pembesar

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

12

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR
Empat Lipatan

EVIDENS

B2D2E6 Menjelaskan faktor kemajuan perdagangan di Melaka B2D2E7 Menjelaskan bentuk hubungan luar Melaka B2D2E8 Menjelaskan cara kedatangan Islam ke Melaka B2D2E9 Menjelaskan peranan istana sebagai pusat intelektual B2D2E10 Menjelaskan cara perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka B2D2E11 Menjelaskan faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

B2D3 Memahami Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

B2D3E1 Menjelaskan pengasasan kerajaan Johor B2D3E2 Menjelaskan faktor kegemilangan kerajaan Johor B2D3E3 Menjelaskan tokoh dalam kesultanan Johor (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

13

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
B2D3E4 Menjelaskan latar belakang kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru B2D3E5 Menjelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Negeri-negeri Melayu B2D3E6 Menjelaskan sistem perundangan tidak bertulis kerajaan Melayu B2D3E7 Menjelaskan kegiatan ekonomi tradisional di negerinegeri Melayu B2D3E8 Menjelaskan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional B2D3E9 Menjelaskan latar belakang sejarah Sarawak B2D3E10 Menjelaskan latar belakang sejarah Sabah B2D3E11 Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik di Sarawak(UP) B2D3E12 Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik di Sabah (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

14

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

15

BAND
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

PERNYATAAN STANDARD
B3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme

DESKRIPTOR
B3D1 Mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah negara

EVIDENS
B3D1E1 Menerangkan peristiwa penting dalam sejarah negara (KPS, UP) B3D1E2 Menggunakan sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS) B3D1E3 Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS) B3D1E4 Mengaplikasi istilah /konsep masa dalam sejarah (KPS) B3D1E5 Memberi contoh kejayaan negara yang menjadi kebanggaan kita (UP) B3D1E6 Mengamalkan unsur patriotisme (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

16

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR
B3D2 Menerangkan Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

EVIDENS
B3D2E1 Menerangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah B3D2E2 Menerangkan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara B3D2E3 Menerangkan peranan pembesar dalam pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan B3D2E4 Menerangkan faktor kemajuan perdagangan di Melaka B3D2E5 Menerangkan kepentingan hubungan luar Melaka B3D2E6 Menerangkan kesan perkembangan Islam di Melaka B3D2E7 Menerangkan peranan istana sebagai pusat intelektual B3D2E9 Melakar dan melorek kawasan jajahan empayar Melaka (KPS) B3D2E10 Menerangkan ciri-ciri kepimpinan yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

17

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR
B3D3 Menerangkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

EVIDENS
B3D2E11 Menerangkan faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka B3D3E1 Menerangkan faktor kegemilangan kerajaan Johor B3D3E2 Menerangkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (UP) B3D3E3 Menerangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu B3D3E4 Menerangkan sistem perundangan kerajaan Melayu B3D3E5 Menerangkan kegiatan ekonomi tradisional di negerinegeri Melayu B3D3E6 Menerangkan sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional (UP) B3D3E7 Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan etnik di Sarawak (UP) B3D3E8 Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan etnik di Sabah (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

18

BAND
4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

PERNYATAAN STANDARD B4
Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan.

DESKRIPTOR
B4D1 Mahir mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah negara

EVIDENS
B4D1E1 Mengelas sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS) B4D1E2 Menggunakan sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS) B4D1E3 Mengelaskan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS) B4D1E4 Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS) B4D1E5 Mengaplikasikan istilah / konsep masa dalam sejarah dengan mahir (KPS) B4D1E6 Selalu mengamalkan unsur patriotisme (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

19

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B4D2 Menghuraikan perkembangan Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

B4D2E1 Membandingkan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah (KPS) B4D2E2 Membandingkan ciri-ciri kerajaan Maritim dengan Agraria (KPS) B4D2E3 Membandingkan peranan pembesar berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B4D2E4 Menganalisis sumbangan sultan yang memerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP) B4D2E5 Menghurai peranan Melaka dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara B4D2E6 Menganalisis kesan perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B4D2E7 Menganalisis ciri-ciri kepimpinan yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP) B4D2E8 Menganalisis sebab kejatuhan Melaka pada kurun ke-16 (KPS)

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

20

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B4D3 Menganalisis Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

B4D3E1 Menganalisis kegemilangan kerajaan Johor dalam menegakkan kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B4D3E2 Menganalisis persaingan Johor, Acheh dan Portugis (KPS) B4D3E3 Menganalisis faktor kemerosotan kerajaan Johor (KPS) B4D3E4 Membandingkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS,UP) B4D3E5 Membandingkan sistem pentadbiran Negeri Sembilan dengan negeri Melayu yang lain (KPS) B4D3E6 Membandingkan sistem perundangan bertulis dan tidak bertulis (KPS) B4D3E7 Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sarawak (KPS, UP) B4D3E8 Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sabah

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

21

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR
(KPS)

EVIDENS

BAND
5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

PERNYATAAN STANDARD
B5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah

DESKRIPTOR
B5D1 Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar

EVIDENS
B5D1E1 Menilai kegemilangan perdagangan antarabangsa Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B5D1E2 Menilai hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka (KPS) B5D1E3 Menghubungkait perkembangan intelektual Kesultanan Melayu Melaka dengan negara luar (KPS) B5D1E4 Menilai pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka sebagai kerajaan terulung di Kepulauan Melayu (KPS,UP) B5D1E5 Menilai ketokohan pemimpin Kesultanan Melayu Melaka yang mendapat pengiktirafan negara luar (KPS,UP) B5D1E6 Menilai tindakan pemimpin Johor dalam menghadapi

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

22

cabaran kuasa luar (KPS, UP) B5D1E7 Menilai hubungan luar kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS) B5D1E8 Sentiasa mengamalkan unsur patriotisme B5D1E9 Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

23

BAND
6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

PERNYATAAN STANDARD
B6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

DESKRIPTOR
B6D1 Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab

EVIDENS
B6D1E1 Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP) B6D1E2 Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP): Berbangga sebagai rakyat Malaysia Bersemangat setia negara Bersemangat kekitaan Berdisiplin Berusaha dan produktif

Nota : KPS UP Kemahiran Pemikiran Sejarah Unsur Patriotisme

14 November 2011

DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011

24

You might also like