You are on page 1of 15

MTE3106 Resos Dalam Matematik

Topik 1

Bahan Cetakan

1.1 Sinopsis

Meneroka dan menterjemahkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk bahan bercetak. Memilih dan menggunakan bahan bercetak dengan teliti agar dapat memberikan impak yang besar dalam merealisasikan satu bentuk pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berdaya fikir. Adalah diperakui bahawa pembelajaran yang berdaya fikir pastinya dapat menjana minda yang kritikal dan kreatif, dan seterusnya dapat melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama.

1.2

Hasil Pembelajaran

1. Mendefinisikan pengertian Bahan Cetakan 2. Mendefinisikan pengertian Buku dan Jurnal 3. Meneroka cirri-ciri bahan bercetak yang terdapat pada buku dan jurnal 4. Memilih bahan bercetak yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. 5. Membuat justifikasi bagaimana bahan bercetak dapat digunakan dalam setiap peringkat proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3.

Kerangka Kursus

Bahan Bercetak

Buku

Jurnal dan Artikel

MTE3106 Resos Dalam Matematik 1.4 Pendhuluan

Kursus ini adalah bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka aplikasi pelbagai resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Untuk tujuan kursus ini, perkataan resos dalam matematik adalah dirujuk sebagai sesuatu yang dapat diguna untuk menyokong atau membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Adalah diakui bahawa terdapat pelbagai jenis resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik seperti Internet, Rencana, Jurnal, CD ROM, Alat Bantu Mengajar, Buku Teks, Majalah, Program TV, Muzik, Model 3-D, Kad dan sebagainya. Sebenarnya resos boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu: 1.4.1. Bahan Cetakan 1.4.2. Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran, dan 1.4.3. Teknologi Jelas kepada kita bahawa ketiga-tiga kumpulan resos di atas mampu digunakan sebagai bahan rujukan, bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran. Unit ini akan menumpukan kepada kajian dan atribut Bahan Cetakan.

1.5

Apakah Bahan Cetakan

Seandainya sesuatu hasil pemikiran, kajian, penulisan, laporan, pemberitahuan, promosi dan sebagainya dicetak dan diedarkan kepada massa, maka bahan tersebut adalah dikategorikan sebagai bahan cetakan. Ini membawa maksud bahawa, dari bahan yang dicetak secara esklusif seperti siri ensaiklopedia sehinggalah pemplet, broucer dan kad jemputan kahwin boleh diterjemahkan sebagai bahan cetakan. Suatu perkara yang pasti adalah, kesemua bahan-bahan tersebut diakui sarat dengan maklumat, sama ada untuk tujuan mempromosi perniagaan atau untuk perkongsian ilmu. Sebagai seorang pendidik, kita sewajarnya mengambil kesempatan dari limpahan bahan tersebut disekeliling kita, cuba memanipulasikan sebaik mungkin, dibawa ke dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

MTE3106 Resos Dalam Matematik Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Gagne memilih bahan cetakan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Penggunaan bahan cetakan sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati keperluan hasil pembelajaran. Bahan-bahan cetakan yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahanbahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek. Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan. Penguasan dalam penggunaan bahasa ini pastinya akan dapat menyumbang kepada penguasaan dalam pembinaan ayat-ayat matematik.

Terdapat pelbagai jenis bahan cetakan yang perlu dirujuk dan diguna pakai bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya adalah: Sukatan Pelajaran Buku Teks; Buku Panduan dan Buku Kerja Buku Rujukan atau Buku Ulangkaji

Untuk tujuan perbincangan dalam kursus ini kita hanya menumpukan kepada dua (2) kategori bahan cetakan iaitu buku dan jurnal. 3

MTE3106 Resos Dalam Matematik 1.6. Buku

Secara lumrahnya buku adalah merupakan satu koleksi bahan bercetak atau helaian menuskrip yang dijilid dan dilindungi dengan kulit yang keras atau lembut. Terdapat pelbagai jenis dan kategori buku yang ada dalam pasaran pada masa ini. Kita cuba memfokuskan perbincangan kita kepada dua kategori buku berikut: a. Buku Teks atau Teks Rujukan, dan b. Buku Ilmiah

Lazimnya buku teks akan dijadikan rujukan rasmi bagi setiap mata pelajaran di sekolah. Saban tahun apabila penggal persekolahan akan bermula, ibu bapa akan mengurut dada kerana terpaksa memperuntukan sejumlah wang untuk membeli buku teks dan lain-lain keperluan sekolah anak-anak mereka. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks, SPBT, di sekolah mula beroperasi mengagihkan buku pinjaman kepada murid yang berkelayakan. Syarikat penerbitan buku beroperasi 24 jam untuk mempastikan bekalan buku teks bagi tahun berkenaan mencukupi dan memenuhi keperluannya. Ini menggambarkan jutaan ringgit berkisar dalam pasaran atau industeri buku teks.

Persoalannya adalah sejauh manakah setiap sen wang yang mengalir dalam industeri buku teks ini benar-benar bermanafaat dan sampai kepada murid sebagai sasaran terakhirnya. Atau adakah sesetengah pihak berkepentingan sahaja yang membuat laba dalam percaturan ini. Apakah sebenarnya wujud keperluan yang mendesak dalam menentukan pentingnya menggunakan buku teks di sekolah. Apakah ciri-ciri terbaik yang perlu ada bagi setiap buku teks yang dipilih. Adakah tatacara guru-guru menggunakan buku teks selama ini bertepatan dan amat berkesan. Bagaimanakah cara terbaik menggunakan buku teks sebagai bahan sumber dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Inilah persoalan yang perlu dirungkai oleh pelajar dalam unit ini.

MTE3106 Resos Dalam Matematik 1.6.1. Perbezaan antara Buku Teks dan Buku Ilmiah

Aktiviti 1 Dengan menggunakan alat pengurusan grafik dibawah cuba anda luangkan sedikit masa untuk mencirikan persamaan atau perbezaan diantara Buku Teks atau Teks Rujukan dan Buku Ilmiah.

Ciri-ciri Buku Teks atau Teks Rujukan

Ciri-ciri Yang Ingin Diperhatikan

Ciri-ciri Buku Ilmiah

Kulit Buku

Isi Kandungan

Tajuk dan SubTajuk

Tatacara Menjelaskan Idea


cici-ciri lain yang ingin anda bandingkan (nyatakan)

MTE3106 Resos Dalam Matematik Kita telah berjaya meninjau dan membandingkan ciri-ciri bagi sebuah buku teks dan buku ilmiah. Cuba kita membayangkan seandainya kita sebagai seorang guru yang ingin merancang dan mengendalikan peroses pengajaran dan pembelajaran tetapi tidak merujuk kepada sebarang bahan rujukan. Adakah memadai dengan hanya berdasarkan pengalaman lepas sudah mencukupi untuk kita mereka bentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Amalan yang sebegini rupa perlu dihakis.

Saya percaya kini anda telah membina satu keyakinan bahawa buku dan bahan cetakan yang lain dapat membantu anda mereka bentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna bagi memenuhi keperluan murid anda yang pelbagai. Ya, setiap murid kita adalah berbeza dalam banyak hal. Mereka berbeza dari aspek kecedasan, pencapaian dan juga gaya pembelajaran. Justru, adalah wajar sekali mereka dihidangkan dengan pelbagai pendekatan agar pendekatan yang dipilih sesuai dengan gaya pembelajaran murid berkenaan.

Seseorang guru matematik perlu mampu menyediakan sekurang-kurangnya tiga (3) jenis aktiviti pembelajaran yang berbeza dalam mengendalikan satu hasil pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti pertama berasaskan bahan maujud, aktiviti kedua berasaskan bahan bercetak dan aktiviti ketiga menggunakan bahan berasaskan teknologi. Pendekatan pelbagai yang sebegini rupa secara langsung akan dapat menjadikan proses pembelajaran matematik menarik dan aktif.

Aktiviti 2 Cuba anda renungkan setika dan senaraikan apakah kebaikan menggunakan kepelbagaian bahan cetakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. "

MTE3106 Resos Dalam Matematik Berkemungkinan besar perkara yang mungkin termasuk dalam senarai anda tadi adalah seperti berikut: mudah didapati murah bersifat kekal (hardcopy) dapat menggambarkan dari sesuatu yang konkrit kepada bentuk yang lebih abstrak mudah dirujuk semula mudah diperbanyak dengan mengunakan mesin photocopy darjah kesesuaian yang tinggi kepelbagaian Syabas, pastinya anda mampu menghuraikan perkara-perkara di atas dengan lebih jelas dan terperinci serta bersifat ilmiah.

1.6.2.

Bagaimana Menggunakan Bahan Cetakan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Kini timbul pula persoalan bagaimana dan bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan bahan cetakan dalam proses pengajaran anda. Sesungguhnya anda boleh menggunakan bahan cetakan tersebut pada bila-bila masa mengikut kreativiti anda sebagai seorang guru yang kreatif dan inovatif. Anda boleh menggunakan bahan cetakan tersebut dalam setiap peringkat aktiviti proses pengajaran: Aktiviti 1: set induksi Aktiviti 2: perkembangan Aktiviti 3: penutup sesi pembelajaran Aktiviti 4: kerja rumah Aktiviti 5: aktiviti dalam bilik darjah, atau Aktiviti 6: nota atau bahan rujukan Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya anda mempunyai cadangan yang lain. Apa yang penting adalah segala apa yang cuba kita lakukan adalah bertujuan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, aktif dan berdaya fikir. Pembelajaran tidak akan berlaku sehingga murid melaksanakan aktiviti berfikir dan membuat refleksi. Murid-murid dan generasi kini juga tidak meminati pembelajaran yang pasif dan jumud. Layanilah mereka dengan sebaik mungkin. 7

MTE3106 Resos Dalam Matematik

Aktiviti 3 Dalam kumpulan berenam, laksanakan aktiviti berikut: 1. Pilih satu (1) hasil pembelajaran matematik dari mana-mana topik matematik untuk tahap 2 sekolah rendah 2. Setiap orang dikehendaki memilih satu bahan cetakan dari buku teks, buku rujukan atau buku ilmiah untuk dijadikan bahan sumber bagi setiap tahap atau fasa aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. (setiap orang akan bertanggung jawab terhadap salah satu daripada enam fasa aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut) 3. Agihkan keenam-enam fasa aktiviti pembelajaran tersebut kepada setiap ahli kumpulan. 4. Setiap orang dikehendaki menghasilkan satu manual aktiviti pembelajaran yang lengkap agar setiap murid yang menerimanya mampu melaksanakan aktiviti tersebut dengan tepat. 5. Setelah selesai menghasilkan manual aktiviti tersebut anda diminta bertukar-tukar manual aktiviti tersebut sesama rakan anda. Semak samaada manual aktiviti tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, serta buat pembetulannya jika perlu. 6. Setelah berpuas hati buatkan enam salinan setiap satunya dan kongsikan set yang lengkap dengan keenam-enam rakan anda.

Jadual agihan tugasan untuk ahli kumpulan: Ahli Kumpulan Ahli Pertama Ahli Kedua Ahli Ketiga Ahli Keempat Ahli Kelima Ahli Keenam Fasa Aktiviti Tugasan Yang Perlu Dibuat Aktiviti 1: Aktiviti 2: Aktiviti 3: Aktiviti 4: Aktiviti 5: Aktiviti 6: set induksi perkembangan penutup sesi pembelajaran kerja rumah aktiviti dalam bilik darjah nota atau bahan rujukan

Nota: Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan manual aktiviti tersebut.

MTE3106 Resos Dalam Matematik 1.6.3. Ciri-ciri Bahan Resos Yang Berkesan

Berikut adalah diperturunkan beberapa cirri-ciri bahan resos yang berkesan: i. ii. iii. iv. v. vi. memenuhi keperluan kurikulum dan pengajaran murah menarik dan memenuhi keperluan mencabar minda mampu memotivasikan murid ntuk belajar menggalakkan penglibatan yang aktif

Latihan Pilih dua daripada ciri-ciri bahan resos yang berkesan dan huraikan dengan jelas mengikut kefahaman anda:

MTE3106 Resos Dalam Matematik

1.6.4. i. ii.

Kebaikan Penggunaan Bahan Resos memenuhi keperluan murid yang berbeza dapat merealisasikan usaha mengoptimumkan kebolehan dan keupayaan murid

iii.

menyediakan murid agar mereka lebih bertanggung jawab dalam melaksanakan pembelajaran terarah kendiri.

Aktiviti 4 Sila layari internet untuk mendapatkan garis panduan dalam memilih dan menilai bahan resos yang berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran metematik.

10

MTE3106 Resos Dalam Matematik 1.7. Jurnal dan Artikel

1.7.1.

Definisi Jurnal

Jurnal adalah dirujuk sebagai majalah atau terbitan berkala yang diterbitkan oleh badan atau pertubuhan professional sebagai edaran kepada ahlinya dan

mengandungi maklumat dan sumbangan yang releven terhadap bidang dan aktiviti mereka. Untuk tujuan perbincangan dalam unit ini biarlah kita tumpukan kepada jurnal yang bersifat bahan cetakan kerana mutakhir ini jurnal yang berorentasikan digital lebih mudah diperoleh.

Artikel atau rencana yang dimuatkan dalam jurnal lazimnya telah dinilai oleh kumpulan professional tersebut sebelum diterima untuk tujuan penerbitan dalam jurnal mereka. Ini bermakna bahawa artikel tersebut adalah merupakan satu

penemuan baru atau kejayaan dalam penyelidikan mereka dan boleh dijadikan rujukan dimasa hadapan.

1.7.2. i.

Ciri-ciri Jurnal

Jurnal ditulis dan disediakan dalam format yang formal.

ii. Sumber rujukan yang dijadikan sokongan dan dokongan terhadap hujah yang diutarakan akan ditulis sebagai nota kaki dan bibliografi pada bahagian akhir artikel tersebut. iii. Penulis merupakan ilmuan atau penyelidik yang pakar dalam bidang kepakaran masing-masing. iv. Sesuatu artikel ditulis adalah dengan bertujuan untuk menerbitkan dapatan dari kajian yang telah dibuat. v. Penerbit lazimnya merupakan organisasi professional atau institusi penyelidikan yang tidak bertujuan untuk membuat keuntungan. vi. Paparan grafik biasanya berbentuk paparan statistik dan dengan warna hitam-putih sahaja.

11

MTE3106 Resos Dalam Matematik

1.7.3.

Mengintegrasikan Jurnal Dalam

Sepertimana bahan-bahan resos yang lain, jurnal juga boleh diguna atau diintegrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal boleh digunakan disemua peringkat atau fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sepertimana yang telah dibincangkan dalam 1.6.2. di atas.

Sungguhpun demikian, oleh kerana idea yang diutarakan dalam jurnal bersifat penemuan baru, masih belum tersebar luas atau mungkin juga belum lagi diterima kesahihannya oleh ilmuan yang lain, maka adalah dirasakan jurnal lebih sesuai diguna pakai dalam konteks mencapah dan mengembangkan minda pelajar.

Aktiviti 5 1. Layari laman web untuk mencari jurnal yang sesuai dijadikan resos dalam mereka bentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. 2. Catatkan isu-isu dan fahaman baru yang disarankan oleh jurnal tersebut. 3. Nyatakan topik atau tajuk matematik yang bersesuaian dengan idea pada jurnal tersebut. 4. Berikan komen anda sendiri tentang perkara baru yang disarankan dalam jurnal tersebut. 5. Cadangkan apakah nama aktiviti pembelajaran yang sesuai menggunakan jurnal tersebut. 6. Tuliskan satu manual aktiviti pembelajaran yang berasaskan jurnal tersebut.

12

MTE3106 Resos Dalam Matematik

Latihan

1. Imbas kembali apa yang telah anda pelajari dalam unit ini. 2. Berdasarkan kepada kerangka kursus bagi unit ini seperti mana yang tertera pada 1.3. di atas, tambahkan maklumat dan cabang-cabang yang baru pada carta alir tersebut.

Bahan Bercetak

Buku

Jurnal dan Artikel

13

MTE3106 Resos Dalam Matematik

Rujukan Tipps Johnson Kennedy (2011). Guiding Childrens Learning of Mathematics (12th Edition). USA. WADSWORTH CENGAGE Learning Gagne and Driscoll (1988).Essentials of Learning for Instruction. New Jercy. Printice Hall

Lamanweb Yang Boleh Dilayari:

1.

Education Resources Infromation Center: http://www.eric.edu.gov/

2.

Mathematical Journals: http://www.mathontheweb.org/mathweb/mi-journals.html

14

MTE3106 Resos Dalam Matematik

Dr.Hjh.Salwa Bte Abu Bakar Ketua Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor

Tn.Hj.Md Nordin Bin Monel Pensyarah Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor

15

You might also like