You are on page 1of 20

ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tentang keperluan kanakkanak pintar cerdas supaya proses perkembangan

mereka sama seperti kanak-kanak normal. Selain itu, dalam kajian ini juga bertujuan untuk menerangkan tentang responden yang telah dipilih untuk menjadi peserta kajian. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan cara pemerhatian, senarai semak dan ujian. Dengan itu, dengan penilaian daripada kaedah kajian tersebut saya dapat membentuk strategi untuk membantu dalam perkembagan fizikal, emosi dan sosial responden yang dipilih. 1.0 Pengenalan Di dalam kursus Pintar Cerdas, Berbakat & Kreatif ini ( KBC 1013 ) pelajar yang mengambil subjek ini akan mengetahui sedikit sebanyak dalam ciri-ciri seseorang yang tergolong dalam kalangan pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Oleh yang demikian, pelajar yang ,mengambil subjek ini di tugaskan untuk menyiapkan satu kajian kes terhadap seseorang yang dipilih mempunyai ciri-ciri seseorang yang pintar cerdas, berbakat dan kreatif dalam bidang akademik ataupun dalam bidang-bidang tertentu yang menonjol kan sifat-sifat tersebut. Dalam pelajaran ini, pelajar akan menjalankan kajian ini secara berterusan sehingga mencapai objektif yang diharapkan oleh pengkaji. Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas(gifted).

2.0 Definisi Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Perkembangan Fizikal Pengertian perkembangan ialah perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan (1982) menjelaskan, Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuatitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang lebih duhulu. Sementara Papalia dan Olds (1979) menjelaskan, pembelajaran tentang perkekmbangan kanak-kanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuantitatif dan kualitatif. Secara kesimpulannya dapat dijelaskan bahawa, pertumbuhan adalah bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan daripada satu peringkat kesatu peringkat perkembangan. Perkembangan adalah pertumbuhan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku kepada kanak-kanak seperti perubahan dalam menggunakan bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari satu masa ke satu masa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran. Pengertian Emosi Menurut English and English emosi adalah A complex feeling state accompanied by characteristic motor and glandular activities , iaitu suatu keadaan perasaan yang kompleks yang disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan motoris. Emosi merupakan setiap keadaan pada diri seseorang yang disertai warna afektif baik pada tingkat lemah maupun pada tingkat yang luas. Warna afektif disini dapat diartikan sebagai perasaan perasaan tertentu yang dialami pada saat menghadapi ( menghayati ) suatu situasi tertentu, contohnya gembira, bahagia, putus asa, terkejut, benci, tidak senang dan sebagainya ( Yusuf Syamsu, 2006 ). Menurut Danial Goleman (1995) seorang pakar kecerdasan emosional yang diambil daripada kamus Oxford English Dictionary memberi maksud emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan pemikiran, nafsu, perasaan setiap keadaan mental yang hebat dan meluapluap. Emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pikiran yang khas, satu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Menurut Chaplin (1986) dalam Dictionary Of Psychology, emosi adalah suatu keadaan yang terancang dari organisme mencakupi perubahan-perubahan yang disedari, yang mendalam sifatnya perubahan perilaku. Chalin (1986) membezakan emosi dengan perasaan.

Perasaan adalah pengalaman yang disedari yang diaktifkan oleh perangsang eksternal mahupun oleh bermacam-macam keadaan. Menurut Crow & Crow (1958) emosi ialah an emosion is an affective experience that accompanies generalize inner injustment and mental psykologycal stirredup state in the individual and sthat show its self in his evert behaviour. Jadi, emosi adalah warna efektif yang kuat oleh perubahan-perubahan fisik. Pengertian Sosial Perkembangan sosial ialah kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain. Interaksi kanakkanak boleh dikesan melalui perkembangannya dalam bermain. Bermain adalah satu aktiviti penting kanak-kanak sejak dari lahir hingga umur 12 tahun. Menurut mildred Parten, terdapat enam jenis permainan utama iaitu :

I.

Permainan kosong (unoccupied) Ianya bermaksud tidak wujud sebarang jenis permainan. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa pun mahupun bermain dengan alat permaianan. Dia hanya bersendiri atau duduk tanpa melakukan sesuatu.

II.

Permainan bersendirian (solitary) Pada peringkat ini, kanak-kanak suka bermain seorang diri hingga tidak menyedari akan kehadiran kanak-kanak lain. Kanak-kanak hanya bermain dan bercakap dengan alat permainannya sahaja.

III.

Permainan pemerhati (onlooker) Kanak-kanak Cuma memerhati dan memberi perhatian terhadap permainan kanak-kanak lain tanpa ada rasa ingin melibatkan diri. Kepuasaan bagi mereka adalah dengan menjadi pemerhati yang pasif.

IV.

Permainan selari (parallel) Pada tahap ini, kanak-kanak bermain sendirian tetapi permainannya serupa dengan kanakkanak lain yang berada di dalam bilik yang sama.

V.

Permainan bersosialisasi (associate) Kanak-kanak bermain dan berinteraksi antara satu sama lain melalui pertanyaan yang diajukan atau berkongsi bahan-bahan dan alatan tetapi tidak bermain bersama.

VI.

Permainan kooperatif Permainan kooperatif adalah hasil daripada perancangan guru, kanak-kanak terlibat secara aktif sebagai satu kumpulan untuk bermain bersama dan guru telah menetapkan matlamat ataupun hasil yang perlu dicapai. Kanak-kanak di dalam kumpulan ini saling bergantung dan bekerjasama antara satu sama lain.

3.0 Teori Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial 3.1 Teori perkembangan Fizikal

Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan

memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu : Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun ) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun) Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan. Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu. Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari. Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan. Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca

juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak. Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik. Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.

iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun ) Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka pada dewasa kelak.

Implikasi Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak.

Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan keupayaan kanakkanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masing-masing. Maksudnya di sini, kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga muridmurid yang lambat menerima. Oleh yang demikian, guru perlulah membahagikan muridmurid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing. Selain itu, guru perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman murid-murid tersebut agar P&P yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan menarik minat murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert.

Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya muridmurid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan selesa. Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa berada pada peringkat umur 6 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan

peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh rakannya itu. Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, guru perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada muridmurid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di dalam kelas. Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanakkanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah perperangai baik untuk dijadikan contoh teladan kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

3.2 Teori perkembagan sosial

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON 1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. 3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. 4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. 5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman - Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain - Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain - Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup - Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut. Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln 3 thn ) Konsep diri mula bertambah nyata Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan Rasa diri kurang cekap malu dan mula meragui kebolehan diri Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih yakin Sentiasa didenda/dimarah malu dan ragu-ragu Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan

Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn) Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar inisiatif Dapat belajar dan bergerak dengan cepat Lebih peka kepada perkara betul dan salah Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif. Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.

Tahap 4. ketekunan lawan rasa rendah diri 6-12 tahun Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

Tahap 5. identiti lawan kekeliruan identiti 12-18 tahun Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.

Tahap 6. kerapatan lawan pengasingan 18-35 tahun Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.

Tahap 7. generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri. Tahap 8. kesepaduan lawan putus asa 60 tahun akhir hayat Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

4.0 Kajian Responden

4.1 Latar Belakang Responden Nama Umur Tempat lahir Tarikh Lahir Jantina Agama Bil. Adik Beradik Berasal Hobi Kecacatan : Ajeng(bukan nama sebenar) : 19 Tahun : Hospital Besar Tanah Merah, Kelantan. : 27 mac 1991 : Lelaki : Islam : 4 orang (anak ke-3) : lot 634,Jalan Taman Mutiara,Tanah Merah, Kelantan. : memancing dan bersukan : Tiada kecacatan

Maklumat Pendidikan: Sekolah Rendah :Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1) Tanah Merah, Kelantan. Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja (2) Tanah Merah, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia ( UITM ) Arau Perlis ( Kos diploma pengajian sukan,sains sukan dan rekreasi. 4.2Latar Belakang Keluarga

BAPA Hanafi bin Abdurl Rahman 53 tahun Guru Kelantan

klasifikasi NAMA UMUR PEKERJAAN ASAL

IBU Raziah binti Mat Nawi 50 tahun Guru Kelantan

Adik beradik NAMA NOR HAZWANI BT HANAFI MUHAMAD HANAFI MUHAMAD AMIR FAUZAN 16 SEKOLAH MENENGAH DATO HAFIS UMUR 25 SEKOLAH/INSTITUSI SURIRUMAH POLITEKNIK KOTA BHARU

BIN 21

MAHMUD PADUKA RAJA ( 1)

4.3 Perkembangan Responden Nama beliau adalah Muhamad Hazim bin Hanafi. Beliau dilahirkan di Hospital besar Tanah Merah, Kelantan. Beliau lahir pada 21 mac 1991 dan berumur 19 tahun. Beliau merupakan anak ke 3 daripada 4 adik beradik dan hobi beliau adalah memancing dan bersukan. Sebagai salah seorang daripada pelajar yang mengambil subjek Pintar cerdas, Berbakat & Kreatif, saya menjadikan beliau sebagai peserta kajian saya untuk dibuat kajian tentang bakat yang ada pada beliau. Saya menjadikan beliau sebagai peserta kajian saya kerana beliau mempunyai bakat dalam bidang sukan terutama dalam sukan bolasepak. Walaupun beliau bukan lahir daripada keluarga yang aktif dalam bidang sukan, bakat semulajadi yang ada padanya menarik minat saya untuk menjadikan beliau sebagai peserta kajian. Semasa beliau kecil, beliau sudah bermain bola sepak dengan orang yang bukan seusia dengannya. Jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang seusia dengannya bakat beliau lebih menonjol. Menilai perkembangan resonden saya sehingga sekarang beliau merupakan seorang yang sagat aktif dalam bidang sukan. Beliau mudah untuk menyesuaikan diri dengan cepat dalam bidang sukan walaupun sukan tersebut tidak pernah disertai. Kebolehan sedia ada ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau terutama dalam bidang sukan yang paling diminatinya iaitu bolasepak dan futsal. Menurut responden saya, bolasepak mahupun futsal bukan sekadar satu permainan semata-mata. Beliau menyatakan bahawa dengan permainan beliau tahu untuk bekerja dalam satu kumpulan dan dapat memupuk semangat berkumpulan seperti bekerjasama dan responden saya menegaskan juga bahawa kunci untuk membawa seseorang itu berjaya adalah dengan bersatu padu, berkerjasam dan saling bantu membantu kerana kita saking memerlukan anara satu sama lain.

4.3.1 Perkembangan Fizikal Responden Perkembangan fizikal responden yang dikaji oleh saya adalah normal. Responden saya tidak mengalami sebarang kecacatan dari segi fizikal. Dari segi pertumbuhan badan juga adalah seperti orang normal. Responden saya tidak mengalami masalah berat badan dan ukuran tiggi adalah ideal dengan berat badan yang dimiliki.

Ukuran berat badan responden saya adalah 57kilogram dan ukuran tinggi responden saya adalah 165cm. Responden saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakukan sebarang aktiviti sama ada aktiviti lasak atau pun aktiviti biasa seperti berjoging. Responden saya meminati aktiviti sukan dan aktiviti ini menguji pergerakan motor kasar dan moro halus beliau. Disini saya menyediakan satu senarai semak untuk menilai perkembangan fizikal responden saya.

NO. 1. 2. 3. 4. 5 6. 7. 8.

QUESTION Is rhythmic Is athletic Likes to play physically Has a suitable body build Is coordinated, balanced and confident in physical activities Is inventive in constructing or modifying games Is energetic Is able to understand the intellectual aspects of psychomotor activities

YES

NO

9.

Demonstrates endurance, stamina and persistence in physical activities

10.

Demonstrates prowess in physical activities common amongst age peers

Berdasarkan senarai semak diatas saya mendapati responden saya tidak mengalami sebarang masalah dalam perkembagan fizikalnya. Beliau boleh mengikuti sebarang aktiviti dan responden saya juga dapat bermain sebarang sukan walaupun tiada asas dalam sukan tersebut. Berdasarkan senarai semak diatas menunjukkan responden saya mempunyai tubuh badan yang sesuai dan responden saya juga menunjukkan daya tahan, stamina dan ketekunan dalam
aktiviti fizikal. Selain itu, responden saya juga menunjukkan kecekapan dalam aktiviti fizikal umum di

antara rakan-rakan seusianya. Ini terbukti bahawa responden saya telah menjadi salah seorang pemain bola sepak bawah 18 tahun disekolahnya walaupun pada masa ini beliau hanya berusia 15 tahun.

4.3.2 Perkembangan Emosi Responden Dalam perkembangan emosi pula, responden saya merupakan seorang yang gigih untuk mencapai kejayaan. Ini terbukti apabila responden saya telah banyak mewakili sekolahnya dan juga peringkat negeri dalam bidang sukan yang diceburinya. Selain itu, responden saya juga tidak mudah berputus asa dalam sebarang aktiviti yang diceburi. Contohnya dalam pemilihan untuk atlet sekolah, responden saya melakukan dengan sebaik mungkin walaupun pada peringkat permulaan beliau gagal. Tetapi itu tidak menundukkan semangatnya untuk terus melakukan yang terbaik. Responden saya seorang yang tidak dapat menerima kegagalan dan sentiasa inginkan kesempurnaan dalam setiap perkara yang dilakukannya. Jika responden saya menerima kegagalan beliau akan murung dan berasa sangat kecewa dan akan menyalahkan dirinya sendiri atas sebab kegagalan tersebut.

4.3.3 Perkembangan Sosial Responden Perkembangan sosial responden saya adalah sama seperti perkembangan sosial normal. Responden saya seorang yang mudah mesra dikalangan rakan-rakanya sama ada rakan di sekolah mahupun rakan semasa dirumah. Responden saya mempunyai ramai kenalan kerana beliau seorang yang mudah mesra walaupun baru mengenali seseorang itu.

Walaupun responden saya mempunyai ramai kenalan dan juga seorang yang mudah mesra, tetapi beliau sukar untuk menceritakan sesuatu hal penting kepada rakan-rakanya. Beliau akan mencari seorang rakan yang benar-benar dipercayai barulah beliau berkongsi cerita tersebut. Responden saya juga merupakan seorang yang pentingkan kerjasama dalam berkumpulan oleh kerana beliau sudah terbiasa dengan sukan bola sepak yang memerlukan kerjasama satu kumpulan. Disini saya menyediakan satu senarai semak berkaitan dengan tingkahlaku sosial beliau semasa berusia 6 tahun. Senarai semak ini telah diberikan kepada ibunya.

NO 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

QUESTION
HAS DIFFICULTY FITTING IN GROUPS DOESNT KNOW HOW TO APPROACH A GROUP DOESNT KNOW HOW TO JOIN IN AND PLAY WITH OTHER KIDS HAS VERY FEW FRIENDS HAS DIFFICULTY MAKING OR KEEPING FRIENDS RARELY GETS INVITED TO BIRTHDAY OR OTHER PARTIES COMPLAINS OF NOT BELONGING OR FITTING IN SEEMS TO AVOID SOCIAL SITUATIONS DOES OK ONE ON ONE WITH ANOTHER CHILD, BUT HAS DIFFICULTY GETTING ALONG WITH GROUPS

YES

NO

10.

IS QUICK TO ANGER

Berdasarkan senarai semak yang telah dilakukan ini menunjukkan responden saya seorang yang boleh bekerja dalam kumpulan. Responden saya tidak mudah berasa marah atau tidak berpuas hati dalam kumpulan. Responden saya memikirkan perasaan setiap ahli kumpulan sebelum mengkritik sesuatu perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh ahli kumpulan yang lain. Berdasarkan senarai semak ini juga menunjukkan responden saya seorang yang mudah mencari kawan dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapat kawan baru.

4.4 Strategi Untuk Membantu Responden

Bagi membantu responden saya dalam perkembangan fizikal, emosi dan fizikal, saya telah merancang beberapa kaedah khusus untuk membantu dalam perkembagan beliau. Memandangkan responden saya seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam setiap perkara, beliau akan berasa lebih kecewa jika sesuatu perkara yang dilakukan olehnya itu tidak menepati ape yang dirancang. Oleh yang demikian, untuk membantu mengurangkan rasa kekecewaan yang dialami, saya mengambil pendekatan dengan melakukan teknik kauseling. Sebelum melakukan teknik kauseling ini, saya membuat pemerhatian terlebih dahulu untuk menilai teknik yang sesuai untuk dijalankan. Selain daripada membuat sesi kauseling kepada responden saya, fokus kedua saya adalah dengan melakukan cara memanggil ibubapa untuk menerangkan tentang

perkembangan anak mereka supaya mereka lebih memahami dan juga dapat mengikuti perkembangan anak mereka disamping dapat membimbing untuk membentuk emosi yang stabil. Memandangkan responden saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja dalam kumpulan, saya menyarankan supaya dia lebih kerap menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan acara berkumpulan seperti menyertai perkhemahan untuk membertuk sefat keterbukaan dalam sesuatu perkara.

5.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya disini dapat saya nyatakan bahawa perkembangan fizikal, emosi dan sosial seseorang individu adalah berbeza mengikut suasana dan juga persekitaran. Persekitaran yang baik akan membentuk pertumbuhan yang baik, begitu juga sebaliknya. Disamping itu, individu yang mempunyai IQ yang tinggi ataupun yang dikenali sebagai pintar cerdas memerlukan pendekatan yang berbeza dalam melalui proses perkembangan fizikal, emosi dan sosial. Oleh yang demikian, sebagai salah seorang daripada individu yang mempunyai ilmu untuk membimbing individu pintar cerdas ini adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan ianya berkembang seperti yang diharapkan dan dapat memberi manfaat kepada negara, bangsa dan juga ag

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial. Universiti Teknologi Malaysia.

Skudai :

Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2003), Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala Lumpur : Mcgraw Hill Co. Papalia.E.D dan Olds, S.W. (1979), Childrens World. Boston:McGrow-Hill Co. ____,____ dan Feldman, R.D. (2001), Human Development. 8th Edition,CA:Mc Grow Hill Co.

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan

2.0 Definisi Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial

3.0 Teori Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial 3.1 Teori perkembangan Fizikal 3.2 Teori perkembagan sosial 4.0 Kajian Responden

4.1 Latar Belakang Responden 4.2 Latar Belakang Keluarga 4.3 Perkembangan Responden 4.3.1 Perkembangan Fizikal Responden 4.3.2 Perkembangan Emosi Responden 4.3.3 Perkembangan Sosial Responden 4.4 Strategi Untuk Membantu Responden

5.0 Kesimpulan

You might also like