You are on page 1of 5

SK PARIS 3 KINABATANGAN MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR 2013 BIL.

1/2013 TARIKH MASA/HARI TEMPAT PENGERUSI : 15 JANUARI 2013 : 12.00-1.00 T/HARI (SELASA) : BILIK GERAKAN SK. PARIS 3 : NORAZAM BIN AHMAD (GURU BESAR)

AHLI YANG HADIR: 1. EN. NORAZAM AHMAD 2. EN. ZAINUDIN AHMAD 3. EN. EMRAN SUMANGGIL @ ANGGIR 4. EN. JOENAS QUIRINUS 4. EN. MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN 5. CIK MAZNIE SANIN 6. EN. ADDY ASMANDY SAMIDE 7. EN. NORDIN NAGORMIRA KAMAL 8. PN. FLORA L. MOGUNIN 9. CIK YONG FUI LEI 10. EN. MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN GURU BESAR GPK KURIKULUM GPK HEM GPK KOKUM SETIAUSAHA GURU BM GURU BM GURU BI GURU BI GURU MATEMATIK GURU SAINS

AGENDA MESYUARAT 1. Perutusan Pengerusi 2. Post-mortem keputusan UPSR 2012 3. Post-mortem program kecemerlangan UPSR 2012 4. Perancangan Program Kecemerlangan UPSR 2013 5. Agihan tugas 6. Hal-hal lain

LAPORAN MESYUARAT 1.0 1.1 1.2 Perutusan Pengerusi Pengerusi menyatakan bahawa terdapat rombakan dalam guru mengajar tahun 6. UPSR Tahun 2012 agak merosot pencapaian namun terdapat 2 murid mendapat 5 A. Usaha yang sama pada tahun 2013 dengan kawalan yang lebih dalam perlaksanaan program. 1.3 2.0 2.1 3.0 3.1 Harap mendapat kerjasama antara guru, ibu bapa dan murid. Post-mortem Keputusan UPSR 2012 Telah dibincangkan. Post-mortem Program Kecemerlangan UPSR 2012 Cik Yong maklumkan bahawa murid mendapat manfaat dan guru berkorban. Keberkesanan dalam kehadiran murid masih di ambil berat dan perhatian. Cuma di akhir program pada semester ke-2 kehadiran murid tidak memuaskan. 3.2 Pn. Flora menyatakan dalam kelas ini benda yang sama digunakan seperti dalam kelas. Murid kurang semangat dalam kelas intensif. Kurang setuju kelas intensif diteruskan. 3.3 En. Joenas mencadangkan supaya setiap program di cari kekuatan dan kelemahan. Mencadangkan teknik menjawab, latih tubi dan jadual anjal diteruskan kerana kekuatan dalam mencapai sasaran cemerlang untuk murid. 3.4 3.5 En. Zainudin menyatakan bahawa kelas intensif diadakan tetapi tiada insentif. Guru Besar maklumkan bahawa kehadiran dan kesungguhan murid wujud untuk program percuma. Perlu ketatkan kawalan perlaksanaan program dan mekanisma supaya murid tidak pulang terus. Setiap kumpulan murid tiada kompromi dan wujud program untuk semua kumpulan murid (cemerlang, sederhana, lemah). Mencadangkan jadual anjal dimulakan awal dan bulan Januari hingga April tiada jadual anjal. 3.6 En. Mustakim menyatakan solat hajat berjalan lancar dan program permuafakatan ibu bapa diadakan lewat sedikit. 3.7 En. Zainudin menyatakan bahawa sebelum ini guru besar tidak terlibat dalam perancangan secara langsung. Program yang dilaksanakan melibatkan murid yang mempunyai latar

belakang dan kekuatan yang berbeza. Mencadangkan agar rancangkan program berfokus untuk kumpulan murid cemerlang 5A UPSR. Wujudkan kelas bimbingan samada dengan rela dan tiada paksaan serta sediakan insentif untuk guru dan murid. Guru Besar maklumkan peruntukan akan disediakan dan boleh ditambah. 3.8 3.9 Cik Maznie menyatakan bahawa tempat sempit. En. Mustakim menyatakan bahawa kem motivasi murid tidak dapat dilaksanakan namun perancangan telah di buat untuk kertas kerja. Guru besar cadangkan teruskan program ini. 3.10 Cik Maznie maklumkan program mentor mentee telah dilaksanakan dengan modul guru disediakan dan diserahkan untuk dilaksanakan bersama murid. Guru besar menyatakan jika program ini sesuai untuk diteruskan, rancang dengan baik. En. Joenas beri respon boleh diteruskan. En. Zainudin menyatakan bahawa beliau tidak dapat penuhi peranan penuh. 3.11 En. Zainudin maklumkan bahawa program gerak gempur dan percubaan perlu dengan set soalan dari negeri-negeri. Cik Yong menyatakan latih tubi untuk Bahasa Inggeris secara berulang-ulang untuk biasakan murid menjawab. 3.12 Pn. Flora maklumkan bahawa untuk Bahasa Inggeris susah dengan cara gerak gempur dan percubaan. En. Mustakim cadangkan percubaan dikurangkan kepada 3 kali. En. Emran cadangkan jarak masa dipanjangkan bagi setiap percubaan. En. Joenas menyatakan bahawa kurang peluang untuk berbincang dengan murid tetapi program ini nombor 1 kekuatan untuk murid berjaya dan mencadangkan latih tubi. 3.13 En. Zainudin mencadangkan agar minggu akademik dikeluarkan dari senarai program UPSR. En. Joenas menyatakan bahawa minggu akademik terlalu umum dan tidak fokus untuk UPSR. 3.14 Pn. Flora menyatakan bahawa Graf Prestasi Diri (GPD) murid ditentukan oleh guru. En. Zainudin maklumkan bahawa kekuatan GPD ini pada PPD Kinabatangan. 4.0 4.1 Perancangan Program Kecemerlangan UPSR 2013 Guru Besar maklumkan bahawa Kelas Intensif dikumpulkan khas murid cemerlang dan bilangan ditentukan oleh guru-guru. Bilik Gerakan boleh digunakan. 4.2 Guru Besar cadangkan untuk laksanakan ujian diagnostik kepada murid tahun 6. Untuk

mencapai sasaran lulus 40%. Guru boleh menggunakan 1 aras sahaja. 4.3 En. Joenas mencadangkan hari-hari mengajar kumpulan sasaran, sederhana dan lemah. En. Emran menyatakan bahawa guru akan hadapi murid yang lemah dan memerlukan persediaan mental yang maksima. En. Addy respon ada kebaikan yang mana murid yang lemah, guru boleh kumpul kekuatan dari awal. En. Nordin nyatakan bahawa ada pro dan kontra, jika ada murid yang lemah dan sederhana boleh bantu. Pengasingan kelas ini tidak dimaklumkan kepada murid dan jangan label murid. En. Mustakim nyatakan program ini boleh cuba untuk tahun 2013. En. Zainudin maklumkan jangan berlaku diskriminasi. 5.0 5.1 5.1 Agihan Tugas En. Mustakim membuka ruang untuk guru mencadangkan penyelaras bagi setiap program. Guru Besar mengesahkan penyelaras bagi setiap program laksanakan aktiviti. Program STREAMING CLASS (Pengasingan kelas) KELAS INTENSIF SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN JADUAL ANJAL PERMUAFAKATAN IBU BAPA, AKU JANJI MURID TAHUN 6 TEKNIK MENJAWAB (GURU DAN MURID) LATIH TUBI PERCUBAAN UPSR PERJUMPAAN BULANAN GURU KEM MOTIVASI MURID MENTOR MENTEE KPI DAN GANJARAN

Bil. Penyelaras 1 ZAINUDIN AHMAD 2 3 4 5 MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN ADDY ASMANDY SAMIDE YONG FUI LEI EMRAN SUMANGGIL @ ANGGIR

NORDIN NAGORMIRA KAMAL

FLORA L MOGUNIN

8 9 10 11

JOENAS QUIRINUS NORHASMAWATI MAT MAZNIE SANIN NORAZAM AHMAD

6.0 6.1 6.2 6.3

Hal-hal lain En. Joenas menyatakan semua program ini boleh di kumpulkan dalam satu buku. En. Mustakim mohon serah kertas cadangan 2 minggu selepas mesyuarat. Cik Maznie bertanya berapa orang murid dalam mentor mentee? En. Zainudin maklumkan ikut kesesuaian dan beri pandangan program yang baik adalah dalam pnp yang mempunyai nilai kualiti.

6.4

Guru Besar mengharapkan atas segala apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dan pnp sangat penting. TINDAKAN : AJK KECEMERLANGAN UPSR 2013

Penutup Pengerusi menangguhkan majlis dengan ucapan terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 t/hari.

Disediakan oleh,

MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN Setiausaha Program Kecemerlangan UPSR 2013

Pencadang

:________________________

Disokong oleh :________________________

Tarikh :

You might also like