You are on page 1of 9

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI NOMBOR 1 HINGGA 9 DENGAN SEBUTAN ANGKA YANG BETUL

MELIBATKAN 5 ORANG DARI 8 ORANG MURID TAHUN SATU A MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN RODA HIKMAH.

Oleh :

KHALIDAH MASTURAH BINTI KALIMIN


Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang
81500 Pekan Nenas,
Pontian.

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan matematik bagi murid
Tahun Satu A yang menghadapi masalah mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan yang betul. Bagi
mata pelajaran matematik, mengenal nombor 1 hingga 9 adalah satu kemahiran asas yang sangat penting
untuk membina kognitif murid. Bermula tahun 2004 pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris mula
dilaksanakan menyebabkan murid-murid mengalami masalah untuk mengikuti perubahan tersebut.
Tambahan pula, apabila melihat latar belakang keluarga murid-murid yang tidak didedahkan dengan
pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil pemerhatian awal, seramai 5 orang murid iaitu 3 orang lelaki dan 2
orang perempuan tidak menguasai kemahiran asas dalam matematik iaitu mengenal nombor 1 hingga 9.
Murid bukan sahaja tidak mengenal nombor 1 hingga 9 malah mereka juga tidak dapat menyebutnya
dengan sebutan yang betul. Apabila diberikan kad nombor, murid hanya membaca nombor dalam tempoh
5 minit awal. Selebihnya mereka menghabiskan masa dengan berbual-bual dan bermain. Apabila teguran
diberikan, mereka mengatakan perasaan bosan dan menunjukkan muka yang muram . Pendekatan
Permainan Roda Hikmah membantu murid untuk mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan yang
betul berbanding menggunakan kad nombor. Hasil dapatan menunjukkan keputusan ujian pos meningkat
kepada 80% berbanding ujian pra iaitu 0%. Dapatan pemerhatian menunjukkan murid kelihatan lebih ceria
dan aktif ketika menjalankan permainan ini. ” Permainan Roda Hikmah ” ini telah membantu menarik minat
murid serta mempertingkatkan penguasaan mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sempurna.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya merupakan guru matematik lepasan Maktab Perguruan. Saya telah ditugaskan di sebuah sekolah
Kurang murid (SKM) di Daerah Pontian bermula tahun 2005 sehingga kini. Salah satu peranan saya di
sekolah tersebut adalah sebagai Guru Matematik Tahun Satu . Saya sedar akan tanggungjawab yang
harus saya laksanakan lebih-lebih lagi saya menghadapi murid-murid luar bandar yang hanya
bergantung harap kepada guru untuk berjaya. Tahap penguasaan matematik di sekolah ini berada
pada tahap sederhana. Oleh itu, saya membuat satu kesimpulan, murid-murid ini perlu dibentuk
bermula dari awal iaitu bermula dari tahun satu hingga tahun seterusnya bagi menguasai semua
formula asas dan konsep matematik.

Pada tahun ini, saya menerima 8 orang murid dari kelas tahun 1A. Minggu pertama pengajaran, saya
dapat mengenal pasti masalah iaitu tahap penguasaan murid dalam matematik amat lemah. Setelah
membuat soal selidik, 3 orang murid menyatakan mereka tidak didedahkan dengan pendidikan awal
sebelum melangkah ke sekolah. Hal ini menyebabkan murid tidak mengenal nombor 1-9 dengan baik.
Tercetus beberapa persoalan antaranya dimanakah tanggungjawab ibu bapa untuk memberi
pendidikan kepada anak-anak mereka? Terdapat juga 2 orang murid yang di hantar ke sekolah Tadika
Kemas, tetapi masih tidak mengenal nombor. Saya berpendapat murid-murid ini mempunyai IQ atau
kecerdasan otak yang amat lemah di samping tiada bimbingan daripada ibu bapa sewaktu di rumah.

Seperti yang kita ketahui, pembelajaran bermaksud satu proses dalaman yang berlaku dalam akal
fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Menurut teori
pembelajaran Gagne, seseorang murid atau pelajar dapat memproses maklumat dengan betul. Namun
begitu, 5 orang murid yang saya kaji ini tidak dapat memproses maklumat dengan betul dan tepat.

1
Oleh itu, Gagne telah menyenaraikan 8 hierarki pembelajaran samada penerimaan pemprosesan
maklumat itu melalui isyarat, gerak balas, rangkaian motor dan sebagainya. Justeru, saya
beranggapan, bahawa 5 orang murid saya dapat menerima pemprosesan maklumat namun perlu
diberikan peneguhan atau pengukuhan bagi memudahkan perlaksanaan mereka menerima maklumat.

Hal ini kerana, menurut Jerome Bruner ( 1961 ) murid dapat memproses maklumat dengan
menggunakan gambaran atau simbol seperti roda hikmah yang telah dilaksanakan untuk mengenal
nombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul. Lebih nyata jika saya nyatakan bahawa,
menurut tokoh Kognitif , Jean Piaget (1896-1980 ) mengatakan seorang guru matematik perlu
menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit. Murid-
murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu,
permainan Roda Hikmah ini adalah satu alat yang tepat untuk membantu murid mengenal nombor 1
hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.
Namun demikian, sebagai seorang pendidik, memastikan anak didiknya mendapat segala ilmu yang
dipelajari adalah suatu kewajipan walaupun ia bukan satu perkara yang mudah. Guru seharusnya
melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan dengan menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang betul. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya telah
menggunakan beberapa teknik untuk meningkatkan tahap penguasaan murid melalui teknik mengingat
dan melukis nombor sambil menyebut . Contoh aktiviti yang telah saya gunakan adalah dengan
menggunakan kad imbasan, latihan pengukuhan, tayangan LCD dan melalui aktiviti nyanyian. Namun
demikian, daripada pemerhatian saya, didapati bahawa segelintir murid saya tidak dapat mengenal dan
menyebut nombor dengan betul, terutama sewaktu saya menguji mereka dengan menunjukkan nombor
dengan menggunakan kad imbasan. Saya sering berfikir dan bertanya sendiri “ Adakah murid-murid
suka pengajaran aku ?” “ Adakah mereka seronok belajar matematik ?”

Hal ini menimbulkan rasa terkilan dan bersalah sekiranya saya masih tidak dapat membentuk murid-
murid untuk mengenal nombor 1 hingga 9 dan mempelbagaikan aktiviti untuk meningkatkan tahap
penguasaan murid dengan lebih baik. Menyedari masalah ini, saya cuba untuk meningkatkan satu
kemahiran yang lebih seronok semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melalui Permainan
Roda Hikmah. InsyaAllah… saya pasti anak murid saya dapat meningkatkan kemahiran mengenal
nombor 1 hingga 9 dan menyebutnya dengan betul.

Saya amat berharap agar kajian yang akan saya jalankan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi
saya, jika seseorang guru itu berusaha dengan bersungguh-sungguh, kejayaan pasti menunggunya.
Namun begitu usaha yang dijalankan perlulah berterusan dan InsyaAllah saya akan mencuba untuk
memperbaiki kesilapan yang lalu agar melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

2.0 FOKUS KAJIAN

Daripada pemerhatian yang dijalankan terhadap 5 orang dari 8 orang murid dari kelas Tahun 1A saya
mendapati mereka mudah bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kad
Imbasan ( Nombor ). Murid-murid ini lebih cenderung kepada aspek permainan. Justeru itu, saya telah
membuat satu pendekatan menggunakan Kaedah permainan menggunakan kinestetik untuk menarik
perhatian di samping menguasai kemahiran Mengenal dan Menyebut Nombor 1 hingga 9. Kajian ini
berfokuskan kepada :-

1. Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 .


2. Menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengenal
nombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.

3.2 Objektif Khusus


1. Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.
2. Membantu guru mengubah cara pengajaran supaya menimbulkan keseronokan semasa
melakukan aktiviti.
3. Menyemai sikap bertolak-ansur semasa menjalankan aktiviti.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan kepada 5 orang daripada 8 orang murid Tahun Satu A di Sekolah Kebangsaan
Seri Bukit Panjang. Mereka ini terdiri daripada 3 murid lelaki dan 2 murid perempuan yang tidak
menguasai Kemahiran mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 9.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian dan
penggunaan ujian pra dan ujian pos.

5.1.1 Kaedah Pemerhatian


Saya telah membuat pemerhatian awal ke atas sikap dan tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik berlangsung. Pada awal pengajaran, apabila saya
meminta murid menyebut nombor-nombor yang terdapat di dalam kad Imbasan nombor murid
mula tidak menumpukan perhatian terhadap arahan yang diberikan. Mereka lebih gemar
bermain daripada melihat kad nombor yang telah dilekatkan pada papan BBM. Saya dapati
murid juga tidak memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran dan kurang
mengambil bahagian semasa aktiviti di jalankan. Apabila ditanya secara lisan ( menggunakan
kad Imbasan nombor ), murid-murid ini tidak dapat menyebut nombor 1 hingga 9 dengan tepat.
Dapat disimpulkan, masalah yang dihadapi oleh murid ialah :

1. Murid tidak dapat mengenal nombor 1 hingga 9 dengan betul.


2. Murid tidak dapat menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul.
3. Murid sukar untuk mengingati nombor yang tertera dengan sebutannya.
4. Murid tidak berminat melibatkan diri dalam aktiviti kelas.
5. Murid hilang tumpuan kerana mudah tertarik dengan persekitaran luar.
6. Murid cepat bosan.

3
Jadual 1 : Peratusan Dapatan murid Menyebut Nombor secara lisan

BIL SEBUTAN NOMBOR


KAD IMBASAN BETUL SALAH JUMLAH
NOMBOR
a 2 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
b 9 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
c 1 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
d 4 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
e 6 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
f 8 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
g 3 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
h 7 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
I 5 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
j 4 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
k 7 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
l 3 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
m 5 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
n 8 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
o 2 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
p 3 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
q 9 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
r 4 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
s 6 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )
t 1 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos


Ujian pra dijalankan pada 26hb Mac 2007 kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh
mana kemahiran murid dapat meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9
dengan sebutan angka yang betul . Ujian yang saya jalankan adalah selama 30 minit dengan
memberikan 1 set kertas soalan yang mengandungi 20 soalan . Soalan yang diberikan adalah
berbentuk soalan nombor dan gambar. Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati 5 orang murid
tidak dapat mengenal nombor 1 hingga 9 dan gagal untuk menyebut angka dengan betul.

Ujian pos dijalankan pada 28 Mei 2007. Sebanyak 25 soalan yang berbentuk nombor dan
gambar diberikan kepada murid-murid . Ujian ini dijalankan selama 30 minit. Walaupun soalan
yang diberikan adalah berbeza dari Ujian pos, namun dari segi kemahiran adalah sama iaitu
Mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Analisa dilakukan berdasarkan kepada dua aspek iaitu :-


1. Kaedah Pemerhatian berdasarkan tingkah laku murid dan sebutan nombor 1 hingga
9.
2. Kaedah Ujian Pra dan Pos

5.2.1 Pemerhatian berdasarkan tingkah laku dan sebutan nombor 1 hingga 9.

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati :-


1. Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru dan lebih berani
untuk menjawab segala soalan yang telah diajukan.

2. Murid dapat menyiapkan segala kerja yang diberikan dengan cepat dan pantas.

4
3. Suasana di dalam kelas lebih menyeronokkan dan murid lebih aktif dan tidak bosan ketika
menjalankan aktiviti.

Jadual 2 : Peratusan Dapatan murid Menyebut Nombor secara lisan

BIL SEBUTAN NOMBOR


KAD IMBASAN BETUL SALAH JUMLAH
NOMBOR
a 2 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
b 9 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
c 1 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
d 4 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
e 6 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
f 8 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
g 3 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
h 7 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
I 5 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
j 4 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
k 7 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
l 3 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
m 5 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
n 8 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
o 2 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
p 3 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
q 9 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
r 4 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )
s 6 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )
t 1 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

Analisa data dalam Jadual 2 menunjukkan kad Imbasan a,c,d,g,j,l,o,p,r, dan t menunjukkan
peningkatan peratusan manakala kad imbasan b,e,f,h,i,k,m,n,q,r,s,t, menunjukkan masih
terdapat seorang murid yang masih tidak menguasai mengenal dan menyebut nombor 1
hingga 9 dengan betul dan tepat.

5.1.1 Analisis Ujian Pra Dan Pos

Perbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra penilaian dan Ujian Pos adalah seperti berikut :-

Jadual 3 : Senarai Nama Murid Tahun 1 A Yang Menguasai Dan Tidak Menguasai Kemahiran
Selepas Menjalani Kajian ( UJIAN PRA DAN UJIAN POS )

BIL KEMAHIRAN TIDAK DIKUASAI ( TANDA X )


NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN POS
MENGENAL MENYEBUT MENGENAL MENYEBUT
NOMBOR ANGKA NOMBOR ANGKA
1 MOHAMAD SHAHERY BIN SHAHRIL X X / /
2 X X / /
NORAMIRA BTE JAMAL
3
MOHAMAD FARID GHAZALI BIN ABD X X / /
RAHMAN
4 MOHAMAD DANIEL HAKIM BIN YUSRI
X X / /
5 NURUL HUSNA BTE RASHID
X X X X

5
Jadual 4 : Data Murid Yang Menguasai Dan Belum Menguasai Kemahiran Mengenal Nombor 1
Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul ( Ujian Pra Dan Ujian Pos )

UJIAN PRA UJIAN POS


KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN
MENGENAL MENYEBUT MENGENAL NOMBOR MENYEBUT
NOMBOR ANGKA ANGKA
MENGUASAI 0 0 4 4
( 0% ) ( 0% ) ( 80% ) ( 80% )
BELUM 5 5 1 1
MENGUASAI ( 100% ) ( 100% ) ( 20% ) ( 20% )
JUMLAH 5 5 5 5
( 100% ) ( 100% ) ( 100% ) ( 100% )

GRAF PERATUSAN PERBEZAAN MARKAH MURID


BAGI UJIAN PRA DAN UJIAN POS
120
TIDAK
MENGUASAI, 100
100

MENGUASAI, 80
80
PERATUS

60

40
TIDAK
MENGUASAI, 20
20

MENGUASAI, 0
0
UJIAN PRA UJIAN POS
JENIS UJIAN
MENGUASAI
TIDAK MENGUASAI
5.3 Tindakan Yang Dijalankan

1. Saya telah memperkenalkan Permainan yang dinamakan Roda Hikmah kepada 5 Orang murid
tahun 1A yang berunsurkan permainan supaya menarik minat murid dan dapat membantu
murid Mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul dan tepat.

5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

6
Permainan Roda Hikmah ( Sila rujuk di Lampiran A ) dijalankan pada 15 minit awal pengajaran dan
pembelajaran Matematik selama 6 minggu.

5.5 Refleksi Kajian

Semasa sesi bimbingan, saya merasa sangat kecewa, sedih dan hilang keyakinan kerana murid yang
saya terima pada tahun ini mempunyai pelbagai permasalahan dalam pembelajaran. Murid tidak
menumpukan sepenuhnya terhadap pengajaran saya. Adakalanya saya rasa tertekan dan putus asa.
Namun, semangat dalam diri ingin membantu anak-anak melayu yang semakin mundur membuatkan
saya semakin mengorak langkah ke hadapan . Namun begitu, selepas minggu kedua menggunakan
kaedah permainan Roda Hikmah ini, perubahan yang lebih positif telah ditunjukkan oleh 5 orang murid
ini seperti menjalankan permainan Roda Hikmah dengan bersungguh-sungguh dan menumpukan
perhatian pada pengajaran guru.

Walaubagaimanapun, terdapat seorang pelajar saya yang sangat lemah. Tetapi setelah saya membuat
sedikit tinjauan, saya dapati murid ini selalu tidak hadir ke sekolah dan murid ini baru sahaja berpindah
ke SK Seri Bukit Panjang pada bulan 4 tahun 2007. Hal Ini menyebabkan pencapaian murid dalam
Ujian Pos tidak mencapai seratus peratus kelulusan.

Hampir 2 bulan saya menjalankan kajian Mengenal nombor 1 hingga 9 dan menyebut angka dengan
betul dengan menggunakan kaedah atau pendekatan Roda Hikmah. Berdasarkan ujian Pos yang telah
saya jalankan untuk mengesan tahap pencapaian murid selepas diberikan bimbingan oleh guru, saya
dapati keputusan dan analisa yang diperoleh menunjukkan tanda-tanda positif. Murid-murid boleh
mengenal nombor tanpa mengira gambar yang ditunjukkan dan mereka boleh menyebut angka dengan
tepat jika disoal atau diberikan ujian. Ini memberikan perubahan yang positif dan membuahkan hasil
yang positif bagi diri saya serta murid-murid itu sendiri. Murid-murid lebih ceria ketika menjalankan
aktiviti kerana melibatkan perubahan dalam pengajaran guru serta menggunakan bahan bantu
mengajar yang menarik.

Walaubagaimanapun, saya tetap berbangga dengan usaha saya dengan mencari satu alternatif
menggunakan kaedah Roda Hikmah untuk memperbaiki kelemahan murid secara individu. Saya juga
berasa gembira kerana diberikan peluang untuk melaksanakan kajian tindakan ini serta menimba
pengalaman baru untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang banyak mengorbankan masa dan
tenaga dalam membantu saya untuk menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya. Selain itu, jutaan
terima kasih kepada pihak sekolah yang telah banyak membantu dalam melaksanakan kajian ini..
Semoga pengalaman yang diperoleh dapat dipraktikkan dan sekaligus membantu saya untuk menjadi
seorang guru yang berinovasi dan berwawasan tinggi. Harapan saya, semoga usaha yang saya
lakukan dapat diteruskan oleh semua guru-guru untuk melahirkan generasi akan datang yang lebih
pragmatik dan inovatif.

6.0 Cadangan Untuk Meneruskan Kajian

Melalui kajian yang telah saya laksanakan dengan menggunakan Kaedah Roda Hikmah ini,
menunjukkan pencapaian dan penguasaan murid dalam mempelajari sesuatu dengan bersungguh-
sungguh. Oleh itu, saya telah memikirkan satu alternatif berhubung kait dengan roda hikmah tersebut.

1. Saya akan menggunakan Roda Hikmah ini untuk murid-murid pengayaan atau pemulihan
dengan melekatkan nombor-nombor lain yang lebih besar atau kecil dengan
mempelbagaikannya mengikut tahap kognitif murid.

7
2. Selain itu, saya boleh mempelbagaikan aktiviti bukan sahaja tertumpu kepada mengenal
nombor malah saya boleh aplikasikan ketika mengajar tajuk-tajuk matematik yang lain seperti
pecahan, penambahan, penolakan atau sebagainya. Oleh sebab itu , saya telah memikirkan
satu alternatif agar Roda Hikmah ini boleh digunakan lagi untuk pelbagai aktiviti. Oleh itu saya
telah menggukan zip pelekat ( Zip kain ) dan dilekatkan pada Roda Hikmah agar boleh
digantikan atau ditanggalkan dengan pelbagai bahan yang lain . Sekaligus ianya menjimatkan
masa, wang dan tenaga daripada terbuang untuk membuat roda lain.

Rujukan

Ee Ah Meng (1992). Pedagogi satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Fajar Bakti

Pusat Perkembangan Kurikulum, (1998). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran &
Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tang Chee Yee (1996). Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Sekolah Rendah dan Menengah : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Muhd. Mansur Abdullah, S. Nordinar Mohd. Tamin (1996). Proses Kaunseling . Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

8
Lampiran A

You might also like