You are on page 1of 5

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KEMAHIRAN MENGENAL BENTUK HURUF KECIL DALAM KALANGAN


MURID PEMULIHAN MELALUI KAEDAH “NYANYI DAN LUKIS”.

OLEH :

SITI NAZIFAH BINTI MOHD NOR

SK Seri Semangat,
Kampung Parit Stan,
82200 Benut,
Pontian, Johor.

ABSTRAK

Proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berada di dalam kelas pemulihan sememangnya memerlukan
daya kreativiti kita untuk menarik minat mereka. Pelbagai pendekatan dan kaedah perlu di cuba dalam memastikan
mereka mengekpresikan pengajaran yang di ajar oleh guru. Dari tinjauan saya, murid-murid pemulihan ini memerlukan
suatu bentuk pengajaran yang ringkas dan tidak terlalu berat sebagai permulaan sesuai dengan tahap keintelektualan
mereka. Dalam hal ini, saya mengambil inisiatif untuk mereka pendekatan menyebut dan menulis huruf kecil melalui
kaedah nyanyian dan lukisan. Pendekatan melalui kaedah ini telah saya jalankan selama lebih kurang 1 bulan dan hasil
daripada analisis data menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menulis ejaan terutamanya
yang melibatkan huruf-huruf dalam skop kajian. Selain itu, ujian koordinator juga ada menunjukkan sedikit perkembangan
dimana sebelum ini, murid saya sukar membezakan bahagian kanan dan juga bahagian kiri, namun begitu dengan
kaedah yang telah saya jalankan, saya dapati mereka sudah dapat mengecam dan membezakan arah kanan dan kiri.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Melalui pengalaman mengajar kelas pemulihan selama beberapa bulan, saya dapati terdapat
beberapa orang murid yang kerap melakukan kesalahan ejaan dalam sesuatu perkataan.
Didapati juga, mereka lebih mudah mengenalpasti bentuk huruf –huruf besar berbanding dengan
huruf kecil. Selain itu, mereka juga turut dikesan menulis sesuatu perkataan menggunakan huruf
besar dan huruf kecil. Mereka juga dikesan sukar membezakan arah samaada kanan ataupun
kiri.

Apabila saya melakukan penelitian, saya dapati bahawa murid-murid saya tidak dapat menulis
huruf yang seakan-akan sama bentuknya seperti huruf b dan d, manakala n dan m pula bunyinya
kedengaran tidak jauh berbeza, begitu juga huruf u dan y . Manakala huruf e dan q pula, saya
dapati murid saya bermasalah untuk menulis huruf tersebut lantaran keliru dengan bentuknya
yang jauh berbeza dengan huruf besar.

Justeru itu saya mengambil inisiatif ini memandangkan masalah yang mungkin dianggap kecil ini
akan berlarutan dan pastinya murid akan menulis sesuatu perkataan dengan ejaan yang salah.

Saya yakin kekeliruan ini timbul kerana murid terpaksa mengingati bentuk huruf roman yang agak
besar jumlahnya, di tambah pula bentuknya yang berbeza di antara huruf kecil dan huruf besar.
Ini pastinya akan menimbulkan masalah kepada murid-murid yang boleh dikategorikan sebagai
“slow learner”

1
2.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas di dapati murid pemulihan di kelas saya iaitu kelas An-Nur masih belum
dapat menguasai kemahiran mengenalpasti bentuk huruf-huruf kecil. Berdasarkan latihan dan
beberapa ujian yang diberikan didapati mereka masih melakukan kesilapan. Ini seterusnya akan
menyebabkan mereka menyebut dan menulis abjad-abjad tersebut dengan cara dan sebutan
yang salah. Mereka sering melakukan kesalahan dalam ejaan dan di khuatiri mereka akan kerap
melakukan kesilapan tersebut dalam membentuk sesuatu ayat. Kajian tindakan ini meninjau
permasalahan mereka dan mencari suatu formula yang menarik dan mudah untuk dipelajari.
Justeru fokus kajian ini ialah :

 Meningkatkan kemahiran mengenal, menyebut dan menulis abjad huruf-huruf


kecil dimana terdapat beberapa huruf yang dikenalpasti mendatangkan masalah
dalam pembelajaran kelas pemulihan An-Nur. Antara huruf –huruf tersebut ialah
d, b, u, e, n, m, y dan q.
 Pendekatan yang digunakan ialah melalui kaedah “nyanyian dan lukisan”.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1.1 Objektif Am

Membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mereka untuk mengenal


bentuk huruf-huruf kecil.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk sebilangan abjad


huruf-huruf kecil yang telah dikenalpasti lemah iaitu d, b, u, e, n,
m, y dan q di kalangan murid –murid pemulihan.
3.2.2 Membantu murid-murid menulis dan membaca dengan ejaan
yang betul.
3.2.3 Membantu murid-murid membina keyakinan diri yang positif
dalam aspek pembelajaran.
3.2.4 Menimbulkan minat mrid dalam suasana pengajaran dan
pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas 3 orang murid pemulihan kelas An-nur yang telah dikenalpasti
mengalami masalah mengenal bentuk beberapa huruf-huruf kecil. Ekperimen dilakukan selama
sebulan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam kajian ini tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan kepada pemerhatian, ujian pra dan
ujian pos serta ujian pengamatan.

2
5.1.1 Pemerhatian

Aktiviti pemerhatian dilakukan melalui ujian kad imbasan yang yang diberikan kepada setiap
murid pemulihan khas iaitu seramai 6 orang. Guru akan menunjukkan kad imbasan huruf-huruf
kecil untuk di kenalpasti oleh murid-murid. Sepanjang proses ujian tersebut saya mencatatkan
huruf-huruf kecil yang gagal dikenalpasti oleh murid-murid saya. Dalam hal ini terdapat beberapa
huruf yang didapati mereka gagal untuk mengenal dan menyebutnya. Antara huruf-huruf tersebut
ialah b,d,n,m,u,e,q dan y.

5.1.2 Ujian Pra

Beberapa ujian pra diberikan kepada murid-murid pemulihan dalam mengesahkan sejauh mana
kemahiran mereka mengenal pasti bentuk huruf kecil. Ujian yang dijalankan adalah selama 30
minit. Antara aktiviti ujian pra yang dijalankan oleh guru ialah:
a) kad imbasan huruf
b) ujian bertulis
c) ujian pengamatan

5.1.2 ujian Pos

Ujian pos dijalankan kepada murid-murid yang telah dikenalpasti mengalami masalah mengenal
bentuk huruf kecil. Dalam kajian ini didapati mereka kerap melakukan kesalahan mengecam huruf
b,d,n,m,u,q,e dan y. Oleh itu saya telah mengenalkan formula kajian saya ini kepada mereka.
Dalam hal ini 3 orang murid didapati mengalami masalah tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalah
seperti berikut:
1. Guru menunjukkan gambar lukisan wajah daripada cantuman huruf b,d,n,m,u,q,e dan y
secara lalu kepada murid-murid.
2. Guru menyanyikan lagu mengikut lirik sebagai pengenalan kepada murid-murid.
3. Murid-murid dikehendaki untuk melukis dahulu gambarajah muka mengikut urutan abjad
seperti yang di tunjukkan oleh guru.
4. Murid diberi lirik nyanyian dan mengikut arahan guru untuk menyanyi bersama-sama
sehingga mereka hafal lirik dan susunan abjad.

5. Kaedah pengulangan akan dilakukan sehingga murid menghafal lirik nyanyian dan
seterusnya dapat melakar turutan abjad sehingga membentuk sebuah lakaran wajah
manusia.

6. Dalam proses ini guru akan memastikan pergerakan tangan murid untuk melukis adalah
seiring dengan lirik nyanyian

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

Analisa dilakukan berdasarkan kepada dua aspek iaitu:


a) Pemerhatian berdasarkan kad imbasan
Setelah dijalankan ekperimen lukisan wajah menggunakan abjad-abjad kecil yang terpilih
selama sebulan, terdapat beberapa perubahan pada 3 orang subjek kajian saya iaitu :
• Mereka dapat mengenal bentuk dan menyebutnya apabila guru menayangkan
kad imbasan huruf-huruf dalam skop kajian.
• Murid juga di dapati dapat menulis huruf-huruf tersebut dengan betul apabila
diminta oleh guru.

3
b) Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra 1 (sebelum kajian)


 Tidak dapat mengecam dan mengenal bentuk = 3 orang
 Dapat mengecam dan mengenal bentuk = -

Ujian Pos 1 (kad imbasan)


 Tidak dapat mengecam dan mengenal bentuk = -
 Dapat mengecam dan mengenal bentuk = 3 orang

Ujian Pos 2 (menulis)


 Tidak dapat menulis huruf kecil = -
 Dapat menulis huruf kecil = 3 orang

Ujian Pos 3 (mengeja)


 Dapat mengeja dengan betul = 3 orang
 Melakukan kesalahan ejaan = -

c) Ujian Pengamatan

 Mengecam arah kanan dan kiri = 3 orang


 Tidak dapat mengecam langsung = -

6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN


Setelah hampir 1 bulan murid-murid sasaran ini menjalani ujian Pos dan Pengamatan di dalam
kelas, mereka ada menunjukkan sedikit peningkatan dan kemajuan terutamanya dalam penulisan
yang melibatkan abjad d dan b.

7.0 PENUTUP
Saya mengharapkan agar kajian ini dapat memberi rangsangan untuk membantu kanak-
kanak yang lemah dalam sistem ejaan Bahasa Melayu menguasai sistem tersebut
dengan efektif.

4
Lirik Lagu

d telinga kiri........
d telinga kanan..........
u bentuk mukamu..........
e untuk mata............
n pula hidungmu............
m itu mulutmu............
y itu rambutmu...........
dan q pula lehermu........!

yyyyyyyyyy
d e e b
n
m
q q

Rujukan.

1. Jabatan Pendidikan Khas. (2008). Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
2008 Edisi Percubaan: Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. http://www.scribd.com/doc/2083881/KAJIAN-TINDAKAN-PENINGKATAN-KEMAHIRAN-
MEMBACA?from_related_doc=1

You might also like