You are on page 1of 27

1 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Bab 2: Bab 2:
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN FIIZIIKAL PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN F Z KAL
Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

Menjejak perkembangan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak Membezakan di antara kemahiran motor halus dan motor kasar Menjelaskan tindakan refleks bayi yang baru lahir Membincangkan peranan tidur dan menangis untuk bayi

Menilai perkembangan perseptual bayi Menerangkan fungsi otak Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan fizikal yang sihat

RINGKASAN BAB

2.1 Bayi yang baru lahir 2.2 Tindakan refleks bayi yang baru lahir 2.3 Bayi sedang menangis 2.4 Bayi sedang tidur 2.5 Perkembangan motor 2.7 Perkembangan perseptual 2.8 Perkembangan otak 2.9 Faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal Ringkasan Istilah penting Rujukan

Bab 1: Pengenalan Bab 2: Perkembangan Fizikal & Pertumbuhan Bab 3: Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky Bab 4: Perkembangan Kognitif Pemprosesan Maklumat Bab 5: Perkembangan Moral Bab 6: Perkembangan Emosi Bab 7: Perkembangan Bahasa Bab 8: Perkembangan Sosial Bab 9: Pengaruh Keluarga Bab 10: Pengaruh Di Luar Keluarga

Bab ini membincangkan pertumbuhan fizikal kanak-kanak dengan tertumpu kepada tindakan refleks seorang bayi yang baru lahir, kenapa bayi menangis dan tidur. Juga dibincangkan adalah perkembangan kemahiran motor yang halus dan kasar serta batu tanda dalam perkembangan kemahiran motor. Perkembangan deria dan perseptual lo kanak-kanak diteliti dengan menumpukan kepada melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh. Otak, iaitu pusat arahan manusia dibincangkan dengan 1.1 The Newborn Baby tertumpu kepada bahagian-bahagian otak yang berlainan dan fungsinya. Di akhir bab ini, beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak yang sihat dibincangkan.

2 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

2.1 Bayi yang Baru Lahir

Bayi yang baru lahir adalah menyeronokkan kepada ibubapanya. Sebuah soalan biasa yang mungkin ditanya oleh seorang ibu atau bapa adalah; Adakah bayi saya baik-baik sahaja?. Pengamal perubatan mungkin menjawab, Dia seorang bayi penuh, menunjukkan bahawa secara fizikal bayi tersebut adalah normal. Markah Apgar, iaitu suatu ukuran yang telah dibina dalam tahun 1953 oleh Virginia Apgar selalunya digunakan untuk mentaksir dengan cepat keadaan bayi yang baru lahir dengan menumpukan kepada lima petanda penting yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Pergerakan Nadi Respon kepada stimulus yang merimaskan Warna kulit Pernafasan

Seorang bayi yang dalam keadaan fizikal yang baik menggerakkan anggota badannya dengan aktif, nadinya adalah lebih daripada 100 denyutan seminit, menangis dengan kuat, warna kulitnya normal seluruh badan dan pernafasannya kuat. Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan penilaian keadaan bayi yang lebih menyeluruh, pakar paediatric menggunakan ujian yang lebih canggih. 2.2 Tindakan Refleks Bayi yang Baru Lahir Suatu tindakan refleks ditakrifkan sebagai suatu respon otomatik kepada suatu stimulus luaran. Misalnya, menguap, menggenggam dan menyedut merupakan contoh-contoh berbagai tindakan refleks seorang bayi yang baru lahir. Tindakan refleks ini diperlukan untuk ikhtiar hidup dan bertujuan untuk melindungi bayi yang baru lahir itu. TUJUH jenis tindakan refleks yang secara umumnya akan hilang sebelum bulan ketiga dan keempat tetapi ada kalanya mungkin selama setahun. 1. Refleks Pengakar when you touch a babys cheek, the babys reflex will be to Rajah 2.1 Refleks Darwin turn toward your touch, open its mouth and attempt to suck. Here the infant is hoping to get food.

3 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

2. Refleks Darwin apabila anda meletakkan jari anda pada tapak tangan seorang bayi, ia akan secara otomatik cuba menggenggam tangannya sekeliling jari anda. Di sini bayi tersebut sedang berpaut kepada seorang dewasa bagi mengelak daripada terjatuh. 3. Refleks Babinski apabila anda mengusap tapak kaki seorang bayi daripada tumit sehingga ke hujung kakinya; hujung jari kakinya akan keluar dan kakinya akan pusing ke dalam. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terjatuh. 4. Refleks Moro juga dikenali sebagai "reflex terkejut ". Bagi kebanyakan ibubapa ini merupakan suatu refleks yang paling ketara yang ditunjukkan oleh bayi mereka yang baru lahir. Stimulusnya adalah suatu bunyi nyaring dan bising ataupun apabila bayi tersebut kehilangan sokongan secara tiba-tiba. Bayi tersebut akan menghayunkan tangannya dan kemudian dengan cepat menariknya kembali ke dadanya dan kemudian menangis. Refleks ini adalah suatu percubaan untuk mengelakkan dia daripada jatuh dan untuk berpaut kepada sesuatu. 5. Pantulan Tonik Leher Bagi mencapai pergerakan refleks ini, terlentangkan bayi. Kepalanya harus berpaling ke sebelah dengan satu tangan dan kakinya terjulur ke arah yang sama dengan mukanya dan kedudukan tangan dan kaki yang sebelah lagi dalam kedudukan terlentik. Tidak terdapat suatu manafaat yang diketahui bagi refleks ini. 6. Refleks Berjalan - Refleks ini ada waktu lahir, hilang dan akan timbul semula apabila kanak-kanak itu sudah bersedia untuk belajar berjalan kemudian. Pegang bayi di bawah lengannya, tegak dengan kakinya menyentuh suatu permukaan yang rata. Bayi itu akan membuat pergerakan seperti melangkah. 7. Refleks Tarik Balik Refleks ini merupakan suatu percubaan untuk mengelakkan kesakitan. Bayi menerima berbagai dugaan sewaktu kelahirannya dan, anda akan dapat perhatikan bahawa apabila tumitnya dicucuk untuk membuat ujian darah, kakinya akan tersentap ke belakang dan kaki sebelah lagi ditolak ke hadapan. Ingat! Bayi adalah sangat bingkas dan mudah suai. Apabila anda melihat seorang bayi menguap ataupun cuba menggenggam jari anda, itu semua adalah demi KEWUJUDAN! [sumber: diadaptasi daripada http://kidshealth.org; American Academy of Pediatrics http://www.aap.org;]

4 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

2.3 Bayi Sedang Menangis

Kenapa bayi menangis? Semua bayi kadang kala menangis dan mereka terpaksa berbuat demikian. Seorang bayi yang sedang menangis sedang cuba memberitahu anda sesuatu. Oleh kerana dia tidak dapat berbuat sesuatu sendiri, bayi bergantung kepada orang lain. Menjadi tanggungjawab orang dewasa untuk cuba memahami kenapa bayi tersebut sedang menangis dan apa yang boleh dilakukan.

Saya lapar. Kebanyakan bayi yang baru lahir makan setiap beberapa jam sepanjang masa. Ada bayi yang menjadi tergopoh-gapah apabila dilanda kelaparan. Mereka mungkin sudah menjadi begitu marah semasa dia mula disuap sehinggakan dia menelan angin bersama susu, yang mungkin menyebabkan muntah, masuk angin dan lebih tangisan. Bagi mengelakkan kekalutan sebegitu, respon kepada tanda awal kelaparan. Sekiranya seorang bayi mula menelan semasa disuap, rehat dahulu. Saya perlu bersendawa. Semasa dan selepas setiap penyuapan, ambil masa untuk menyendawakan bayi itu. Saya basah. Bagi sesetengah bayi, lampin yang basah ataupun kotor tentunya menyebabkan dia menangis. Angin atau ketakcernaan boleh memberi kesan yang sama. Selalu tengok lampin bayi diaper dan pastikan ia bersih dan kering. Saya penat. Bayi yang penat selalunya banyak kerenah. Bayi mungkin memerlukan lebih tidur daripada yang anda sangka. Bayi yang baru lahir selalnya tidur sehingga 16 jam sehari. Ada bayi yang baru lahir tidur lebih lama lagi. Saya lebih suka dibungkus. Ada bayi yang rasa paling selamat berada dalam bedung. Bedung dan bungkus bayi dengan kemas dalam selimut atau kain jenis lain. Saya mahu bergerak. Kadang kala suatu sesi henjutan atau berjalan di sekeliling rumah mencukupi untuk memujuk seorang bayi yang sedang menangis. Dalam kes yang lain, perubahan kedudukan mencukupi. Sambil mengingati langkah keselamatan, cubalah buaian atau tempat duduk bayi yang bergetar. Sekiranya cuaca mengizinkan, tuju ke luar rumah dengan kereta sorong. Malah anda mungkin ingin membawa bayi anda bersiar-siar dalam kereta. Saya kesunyian. Kadang kala sekadar melihat atau mendengar suara ibu ataupun bapa ataupun didakap oleh mereka dapat menghentikan tangisan. Usap dengan

Rajah 2.2 Mengapakah bayi menangis?

5 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

perlahan atau tepuk sedikit di belakang mungkin juga dapat meredakan seorang bayi yang sedang menangis.

Saya panas. Seorang bayi yang kepanasan mungkin berasa kurang selesa. Sama juga dengan seorang bayi yang kesejukan. Tambah atau kurangkan lapisan pakaian mengikut keperluan.

Orang Quechua yang tinggal di pergunungan di Peru memakaikan bayi mereka dengan beberapa lapisan pakaian dan selimut yang menutupi kepala dan badannya. Pau yang hangat di belakang ibunya yang bergerak berirama sambil ibu itu berjalan mengurangkan tangisan dan menggalakkan tidur (Tronik, Thomas & Daltabuit, 1994, diterjemah)

Saya mahu menghisap sesuatu. Menghisap merupakan suatu refleks yang semulajadi bagi kebanyakan bayi. Bergeraklah ke suatu persekitaran yang lebih tenang atau letakkan bayi dalam katilnya. Sesetengah bunyi yang sama seperti sebuah kipas letrik atau pembersih vakum, mungkin membantu menenangkan seorang bayi yang sedang menangis. Cuma kerana waktunya. Kebanyakan bayi mempunyai waktu yang dapat dijangka bilamana dia akan banyak kerenah dan tidak banyak yang dapat dilakukan melainkan memujuk dia sambil dia terus menangis. Perut saya sakit. Ada makan ataupun minuman tertentu yang mungkin menjadikan bayi lebih banyak kerenah daripada biasa. Elakkan ia untuk beberapa hari bagi melihat sekiranya ada perbezaan. Lama kelamaan ibubapa akan boleh mengenal pasti keperluan seorang bayi dengan memerhatikan cara dia menangis. Sebagai contoh, suatu tangisan kerana lapar mungkin pendek dan bernada rendah, sementara tangisan kerana kesakitan mungkin suatu pekikan yang tiba-tiba, panjang dan nyaring. Dengan mengenali corak-corak tersebut akan dapat membantu ibubapa merespon kepada tangisan seorang bayi dengan lebih baik. [sumber: diadaptasi daripada Crying baby: What to do when your newborn cries. Mayo Clinic.com; Baby Centre Medical Advisory Board http://www.babycentre.co.uk]

6 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bincangkan dengan ringkas jenis refleks seorang bayi yang baru lahir. b) Apakah kegunaan refleks tersebut? Adakah anda bersetuju? c) Kenapakah bayi menangis? Apakah yang boleh dilakukan untuk menenangkan seorang bayi yang sedang menangis?

2.4 Bayi Sedang Tidur

Bayi tidur banyak. Bayi yang baru lahir tidur di antara 14 hingga 18 jam sehari sehingga umurnya satu bulan. Pada umurnya 6 hingga 8 minggu, kebanyakan bayi mula tidur kurang di waktu siang dan lebih lama di waktu malam, walaupun ramai yang terus bangkit untuk disusukan tengah malam. Lebih kurang di antara 3 hingga 6 bulan, kebanyakan bayi boleh tidur sepanjang malam tetapi ada yang bangkit pada malam hari sehingga dia mula berjalan.

Figure 2.3 Why are some babies night owls?

Di dalam beberapa budaya, bayi tidur dengan ibubapa sehingga prasekolah dan di dalam sesetengah budaya, bayi tidur dalam katil bayi di dalam biliknya sendiri. Amalan yang terdahulu itu lebih biasa dalam kalangan masyarakat Asia dan Afrika sementara amalan yang kemudian itu lebih biasa dalam kalangan masyarakat barat (Amerika, Britain, Australia). Tidur dengan ibubapa disebut sebagai tidur bersama di mana bayi mungkin tidur di dalam sebuah endul yang diletakkan di sebelah katil ibubapa ataupun bayi itu tidur atas katil ibubapanya. Anda mungkin berfikir bahawa tidur bersama akan menjadikan kanak-kanak lebih bergantung kepada ibubapanya, tetapi penyelidikan tidak memberikan indikasi perkara ini (Okami, Weisner & Olmstead, 2002). TIP MEMUPUK TABIAT TIDUR BAYI YANG BAIK. Belajar tanda-tanda yang bermakna dia penat o Dia sedang menggosok matanya, menarik telinganya, ataupun membentuk bulatan berwarna gelap sedikit di sekeliling matanya? o Sekiranya anda mengesan mana-mana tanda tersebut ataupun apa-apa tanda mengantuk yang lain, cuba tidurkan dia. Mulakan mengajar dia perbezaan di antara siang dan malam

7 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

o Sewaktu siang main dengan anak itu & biarkan persekitaran terang dan bising o Waktu malam kurangkan terang dan bising, dan kurangkan masa bercakap dengan dia. Pertimbangkan rutin waktu tidur harian. Berikan dia peluang untuk tertidur dengan sendiri

SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT (SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME SIDS)

SIDS merupakan kematian bayi di bawah umur 1 tahun yang tibatiba dan tidak dapat dijelaskan. Ia merupakan suatu kemungkinan yang mengerikan kerana ia boleh berlaku tanpa amaran, selalunya dalam kalangan bayi yang nampaknya sihat. Kebanyakan kematian SIDS dikaitkan dengan tidur (dengan itu ia selalu dirujuk sebagai "kematian katil bayi") dan bayi yang mati disebabkan SIDS tidak menunjukkan tanda penderitaan. Walaupun kebanyakan masalah atau penyakit selalunya didiagnosis dengan adanya suatu simptom, kebanyakan diagnosis SIDS didapati setelah semua kemungkinan sebab kematian telah ditolak melalui suatu reviu sejarah perubatan dan persekitaran bayi tersebut. Apabila mempertimbangkan bayi yang mana paling berisiko, tidak ada satu faktor risiko mungkin cukup untuk menyebabkan kematian SIDS. Sebaliknya, beberapa faktor risiko yang bergabung mungkin menyebabkan seorang bayi berisiko mati disebabkan SIDS. Kebanyakan kematian disebabkan SIDS berlaku di antara 2 dan 4 bulan umurnya dan,kejadian semakin bertambah di waktu cuaca sejuk. Lebih ramai lelaki berbanding perempuan menjadi mangsa SIDS. SIDS tidak dapat diramalkan dan tidak dapat dielakkan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Adakah anda berpendapat bahawa tidur bersama Mempunyai kesan sampingan? b) Ada bayi yang pungguk malam. Apakah yang ibubapa boleh lakukan untuk membuat bayi mereka tidur pada waktu yang sesuai? c) Apakah SIDS? Cari sebab-sebab yang mungkin membawa kepada SIDS.

8 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

2.5 Perkembangan Motor

a) Apakah perkembangan Motor?

Rajah 2.4 Langkah-langkah pertama kearah kegembiraan

Ibubapa tidak sabar menunggu bayi mereka mula mengangkat muka mereka, mencapai objek, duduk dengan sendiri mereka atau berjalan sendiri (lihat Gambarajah 2.4). Ini disebut perkembangan motor di mana anak itu belajar bergerak dan menggenggam; dan terdiri daripada: 1. Kemahiran Motor Halus yang umumnya merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot yang lebih kecil, seperti yang terdapat pada tangan, pergelangan tangan dan jari jemari (seperti yang digunakan untuk memegang krayon ataupun permainan). 2. Kemahiran Motor Kasar umumnya merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot yang lebih besar, seperti yang berada pada tangan, kaki, ataupun seluruh badan (yang digunakan untuk berjalan, melompat dan sebagainya). Walau bagaimanapun, apabila seseorang memikirkan tentang kedua-dua kumpulan kemahiran ini, adalah mudah untuk melihat bahawa ia semua bertindih. Misalnya, tangan seorang bayi boleh digunakan untuk mengambil permainan daripada lantai (motor halus) dengan lebih mudah apabila dia sudah mempelajari bagaimana untuk duduk tegak (motor kasar). Apabila seorang kanak-kanak sedang mengambil sesuatu daripada rak, dia menggunakan kedua-dua jenis otot, otot kasar (berjalan ke rak dan mencapai benda tersebut) dan otot halus (menggenggam permainan tersebut dengan tangannya). Seperti yang anda dapat lihat, ia memerlukan suatu usaha yang rumit dan berkoordinasi oleh kanak-kanak tersebut untuk menyelesaikan suatu tugasan yang mudah! b) Batu tanda dalam Perkembangan Motor Jadual 1.1 menunjukkan julat umur pada waktu mana kanak-kanak dapat menyelesaikan setiap tugasan. Perhatikan bahawa ia merupakan purata dan seorang

9 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

bayi yang lambat merangkak tidak semestinya akan lambat berjalan. Ibubapa menjadi risau apabila bayi mereka belum berjalan menjangkau umur 1 tahun. Semasa Bayi Purata Umur yang Kemahiran Motor Dicapai 6 minggu Menegakkan kepalanya apabila didukung 2 bulan Mengangkat diri dengan tangan semasa tertiarap 3 bulan Menggenggam kiub 4 bulan Bergolek daripada terbaring kepada mengereng 7 bulan Berdiri dengan sendiri dan merangkak 8 bulan Bangkit berdiri 11 bulan Berdiri sendiri dan berjalan sendiri 14 bulan Menconteng dengan giat 16 bulan Berjalan ke atas tangga dengan bantuan 23 bulan Melompat pada satu tempat 25 bulan Menjengkit Semasa Awal dan Pertengahan Kanak-kanak Purata Umur yang Kemahiran Motor Dicapai 2-3 tahun Berjalan dengan lebih berirama; berjalan pantas menjadi berlari; meloncat, melompat, menolak mainan berlereng dengan kaki 3-4 tahun Berjalan naik tangga, bersilang kaki, meloncat, membaling & menangkap 4-5 tahun Naik tangga & turun tangga dengan lebih kemas, langkau ketam, pusingan badan yang bertambah 5-6 tahun Kelajuan berlari (12 kaki sesaat); meloncat, kelajuan melontar bertambah, membaling badan 7-12 tahun Kelajuan berlari (18 kaki sesaat); loncatan yang lebih lancar, lompatan mendatar & melebar; ketepatan menendang, menggelecek bola Perhatian: Batu tanda ini mewakili corak umur keseluruhan. Pencapaian setiap kemahiran motor mungkin berlainan merentas setiap julat umur. Jadual 2.1 Perkembangan Motor daripada Bayi sehingga Umur 12 [sumber: Cratt, 1986; Malina & Bouchard, 1991, Bayley, 1969]

10 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

c) Kemahiran Motor Halus Suatu pencapaian utama dalam zaman bayi adalah penggunaan tangan yang berkemahiran. Bayi baru lahir mempunyai sedikit kawalan tangan yang jelas, tetapi menjelang 1 tahun, mereka tahu apa yang perlu dibuat dengan tangannya dan apa yang boleh dicapai. Kemahiran motor halus berkembang dengan cara yang konsisten tetapi pada kelajuan yang tidak menentu. Ada kalanya, seorang kanak-kanak akan memperoleh suatu kemahiran dengan cepat, dan pada masa yang lain perkembangan kemahiran mereka akan lambat. Kebanyakan kanak-kanak yang berusaha untuk menguasai kemahiran motor halus yang tertentu tidak mempunyai masalah yang serius. Sekiranya seorang kanak-kanak ketinggalan dengan rakan sebayanya dengan ketara dalam berbagai aspek perkembangan motor halus atau sekiranya dia merosot, dengan kehilangan kemahiran yang telah dikuasai sebelumnya, maka orang itu harus mendapatkan nasihat perubatan. Mencapai dan Menggenggam: Misalnya, pada lebih kurang umur 4 bulan, bayi boleh mencapai objek dan pergerakan mereka tidak licin, selalu kelihatan kemercap. Walaupun bayi menggunakan kedua tangannya, pergerakannya tidak berkoordinasi; sebaliknya setiap tangan nampaknya mempunyai akalnya sendiri. Seorang bayi mungkin memegang sebuah permainan tanpa bergerak dengan satu tangan sambil menggoyangkan sebuah permainan berdetar Rajah 2.5: Seronoknya menggunakan dengan tangan sebelah lagi. Pada umur lebih sudu kurang 5 hingga 6 bulan, bayi boleh mengkoordinasi pergerakan tangan mereka supaya setiap tangan menjalankan aksi yang berlainan untuk mencapai suatu tujuan yang sama (Kail, 2008). Apabila mereka lebih berusia, pergerakan tangan lebih kemas dan lebih licin. Selepas ulang tahun pertamanya, mereka akan boleh mencapai kebanyakan objek dengan satu tangan dan apabila mencapai 2 tahun mereka boleh mencapai dengan satu ataupun dua tangan, yang mana sesuai, bergantung dengan saiz objek tersebut. Kanak-kanak juga akan mula cuba makan dengan sudu (lihat Rajah 2.5). Pada mulanya mereka hanya bermain dengan sudu tersebut, mencelupkannya ke dalam dan ke luar sebuah pinggan berisi makanan ataupun menyedut sebuah sudu kosong. Dengan sedikit bantuan, mereka belajar mengisi sudu tersebut dengan makanan dan meletakkan dalam mulutnya, walaupun pergerakkannya kekok kerana mereka tidak memusingkan pergelangan tangan mereka. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berumur 1 tahun mengisi sudu dengan meletakkannya terus di atas pinggan, dan merendahkannya sehingga sudu tersebut penuh. Kemudian dia angkat sudu tersebut ke mulut; sambil pergelangan tangannya tidak berpusing. Berbanding kanak-kanak 2 tahun, dia memusingkan tangan dan pergelangan tangannya sambil mencedok makanan daripada pinggan dan meletakkan sudu tersebut ke dalam mulut sama seperti pergerakan orang dewasa.

11 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

d) Mempertingkatkan Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus dapat dipertingkatkan dengan kanak-kanak kecil dibenarkan memegang objek dan permainan tertentu (lihat Rajah 2.6).

Rajah 2.6 Permainan tertentu menggalakkan genggaman, kekuatan tangan, penumpuan dan koordinasi mata-tangan

Kemahiran motor halus merupakan pergerakan otot-otot halus jari jemari yang berkoordinasi dengan mata. Semasa mengajar kemahiran motor halus orang dewasa mesti bersabar dan memahami anak mereka. Kemahiran motor halus mengambil masa yang lebih lama dan lebih banyak latihan untuk berkembang daripada yang disangka oleh orang dewasa. Kadang kala kita terlupa berapa banyak kemahiran yang perlu dipelajari menyangkakan bahawa anak itu harus dengan otomatik tahu bagaimana untuk membuat tugasan tersebut. Tentunya lebih baik sekiranya kita mengambil masa untuk berlatih kemahiran tersebut dengan kanak-kanak tersebut. Lebih berkembang kemahiran motor halus seorang kanak-kanak, lebih mudah dia dapat belajar menulis. e) Kemahiran Motor Halus Pada Sekitar Umur 5 Tahun Di Prasekolah Selepas zaman bayi, kemahiran motor halus berkembang dengan pesat. Kanak-kanak prasekolah menjadi lebih tangkas (lebih lincah dan kurang kekok), boleh membuat pergerakan yang tepat dan lembut dengan tangan dan jari mereka. Kemahiran motor halus yang lebih baik bermakna bahawa kanak-kanak prasekolah itu boleh mula menjaga diri mereka sendiri. Mereka tidak lagi terpaksa bergantung kepada orang dewasa yang lain untuk menyuap mereka dan memakaikan baju untuk mereka; sebaliknya, mereka menjadi semakin berkemahiran untuk makan dan memakai baju sendiri.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) b) c) d)

Apakah perkembangan motor?. Jelaskan batu tanda dalam perkembangan motor. Bincangkan perkembangan kemahiran motor halus. Bagaimanakah anda dapat memperkembangkan kemahiran motor halus?

12 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

2.6 Perkembangan Kemahiran Deria dan Perseptual Bayi Sekiranya anda telah memerhatikan seorang bayi, anda mungkin telah mendapati bahawa semasa berjaga, mereka banyak menghabiskan masa melihat sekeliling. Kadang kala, mereka nampak seperti mengimbas persekitaran mereka secara meluas, dan kadang kala mereka tampak menumpukan perhatian kepada suatu objek berdekatan. Apakah sebenarnya yang mereka tengok? Adakah mereka melihat sama seperti kita melihat sebagai orang dewasa? Ataupun mereka melihat dunia ini sebagai tompok-tompok kelabu? Kemahiran Deria dan Perseptual merupakan cara seorang manusia menerima, memilih, menyusun dan menginterpretasi berbagai jenis maklumat seperti maklumat visual (apa yang dilihat), maklumat auditori (apa yang didengar), maklumat sentuhan (apa yang disentuh), maklumat organ olfaktori (apa yang dihidu) atau rasa.

Kenapakah seorang bayi memalingkan mukanya apabila seseorang memanggil namanya? Kemahiran perseptual bayi itu sentiasa berfungsi semasa dia berjaga. Bagaimanakah seorang bayi membezakan di antara suatu wajah yang biasa dilihat dengan yang tidak biasa dilihat; suara yang biasa didengar atau sebaliknya? Bayi menggunakan kemahiran perseptual mereka untuk membezakan ciri-ciri dalam persekitaran mereka, seperti ketinggian, kedalaman, warna dan bau. Menurut Bornstein (2005), bayi manusia adalah cekap secara perseptual, tetapi bagaimana deria berfungsi masih belum jelas. Penyelidikan masih berterusan bagi mendapatkan penjelasan tentang perkembangan perseptual kanak-kanak kecil. Penyelidik psikologi sentiasa berdebat tentang teori dan mengkaji peringkat umur di mana suatu keupayaan timbul. Tetapi mereka juga membuat beberapa pertemuan baru seperti hakikat bahawa bayi yang hanya berumur dua jam dapat mengenali wajah ibunya sentiasa.

a) MELIHAT Kajian telah menunjukkan bahawa seorang bayi tidak terkeliru apabila ibunya bergerak semakin jauh. Dia tidak melihat kepala ibunya menjadi semakin kecil apabila ibunya itu bergerak lebih jauh. Keupayaan bayi ini disebut sebagai ketetapan saiz, iaitu kesedaran bahawa sebuah saiz sebenar sebuah objek tetap sama walaupun objek tersebut semakin jauh. Bayi tidak percaya bahawa ibunya (dan orang ataupun objek lain) sentiasa berubah saiznya apabila ia bergerak lebih dekat ataupun jauh (Kellman & Arterberry, 2006). Dengan itu, bayi tahu bahawa saiz sebuah objek adalah sama, walaupun ia mungkin kelihatan berlainan. Ibu adalah ibu, samada dia dekat ataupun jauh dan samada dia jelas kelihatan di luar ataupun di dalam bilik yang agak gelap.

13 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Rajah 2.7 Bayi mengelak bahagian yang dalam atau pergi melewati hujung suatu pelantar apabila dia nampak suatu yang curam Adakah bayi dapat melihat kedalaman? Gibson dan Walk (1960) menjawab soalan ini didalam sebuah eksperimen klasik yang menggunakan sebuah peralatan yang direkabentuk khas. Sebuah curam telah dicipta menggunakan sebuah pelantar yang dibuat dengan kaca (lihat Rajah 2.7). Ia kelihatan seperti di hujung sebuah pelantar terdapat suatu hujung yang dalam tetapi sebenarnya ia ditutup dengan kaca. Bayi tersebut diletakkan di atas pelantar dan ibunya memujuk bayi itu untuk datang kepadanya. Kebanyakan bayi merangkak dengan sukarela kepada ibunya apabila dia berdiri di seberang pelantar tersebut. Tetapi boleh dikatakan semua bayi enggan melintas melewati curam tersebut, walaupun apabila ibunya memanggil namanya, dan cuba memikatnya dengan sebuah permainan yang menarik. Jelas bahawa bayi dapat melihat kedalaman apabila dia cukup besar untuk merangkak. [Jangan cuba membuat eksperimen ini kecuali anda mempunyai peralatan yang betul!]

b) MENGHIDU Bayi yang baru lahir mempunyai deria bau yang kuat; mereka merespon dengan positif kepada bau yang harum dan dengan negative kepada bau yang busuk. Mereka mempunyai ekspresi muka yang santai, bersahaja apabila mereka menghidu bau madu ataupun cokelat, tetapi mereka berkerut kening, atau membuat mimic muka, ataupun berpaling apabila mereka terbau telur yang busuk. Bayi kecil juga dapat mengenali bau yang biasa dihidu. Bayi yang baru lahir akan memandang kea rah sebuah pad yang tepu dengan bau susu atau pewangi ibunya. c) MERASA Bayi yang baru lahir mempunyai deria rasa yang sangat baik. Mereka dapat membezakan rasa masin, masam, pahit dan manis. Kebanyakan bayi kelihatan suka benda manis kerana mereka bertindak balas kepada benda manis dengan senyum, menghisap dan menjilat bibir mereka. Apabila diberikan sesuatu yang pahit ataupun

14 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

masam, bayi bertindak balas dengan ekspresi mukanya. Bayi juga peka kepada perubahan dalam rasa susu ibu yang mencerminkan permakanan ibunya. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi lebih tertarik kepada susu ibu selepas ibunya telah memakan sesuatu yang manis seperti vanila (Kail, 2008). d) SENTUHAN Bayi yang baru lahir adalah peka kepada sentuhan. Seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian 2.2 di atas, banyak bahagian dalam badan bayi yang baru lahir merespon dengan refleks apabila disentuh. Menyentuh pipi, mulut, tangan atau kaki seorang bayi menghasilkan pergerakan refleks, yang menunjukkan bahawa bayi merasa sentuhan. Adakah bayi bertindakbalas kepada kesakitan? Telah dipersetujui bahawa system saraf bayi berupaya menghantar maklumat tentang sakit. Saraf penerima untuk kesakitan yang berada di bawah kulit sangat banyak dalam seorang bayi sepertimana di dalam seorang dewasa. Misalnya, apabila seorang bayi menerima suatu inokulasi, tangisannya berlainan dan dapat dikaitkan dengan kesakitan. Tangisan kesakitan bermula secara tiba-tiba, nyaring dan tidak mudah diredakan, yang menunjukkan bahawa bayi mengalami kesakitan.

e) MENDENGAR Bayi yang baru lahir merespon kepada bunyi daripada persekitarannya. Misalnya, sekiranya seorang ibubapa sedang senyap dan kemudiannya terbatuk, seorang bayi mungkin tersentak, mengelipkan matanya, dan menggerakkan tangan ataupun kakinya. Respon ini mungkin nampak semulajadi, tetapi ia sememangnya menunjukkan bahawa bayi peka kepada bunyi. Tidak hairanlah jika bayi tidak mendengar sebaik seorang dewasa. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa orang dewasa dapat mendengar beberapa bunyi yang perlahan yang seorang bayi tidak dapat mendengar. Bayi lebih mendengar bunyi yang mempunyai pic dalam lingkungan pertuturan manusia; i.e. tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Bayi dapat membezakan bunyi vokal daripada bunyi konsonan, dan apabila mencapai umur 5 bulan mereka dapat mengenal nama mereka sendiri.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bayi mempunyai ketetapan saiz. Jelaskan. b) Berikan bukti bahawa bayi mempunyai persepsi kedalaman. c) Dapatkah bayi membezakan bau dan rasa yang berlainan? d) Bagaimanakah bayi bertindakbalas kepada sentuhan? e) Bagaimanakah bayi bertindakbalas dengan bunyi?

15 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

2.8 OTAK

Otak merupakan pusat sistem saraf dalam semua haiwan. Apakah sistem saraf? Sistem saraf merupakan sistem urat saraf (ataupun sekelumpuk bahan gentian) yang keluar daripada otak dan tulang belakang, dan bercambah ke setiap bahagian badan. Ia merupakan suatu jaringan yang mengkoordinasi aksi sesuatu haiwan dengan menghantar isyarat di antara bahagian-bahagian badan yang berlainan (liihat Gambarajah 2.6)..

Gambarajah 2.6 Sistem saraf manusia [Anda tidak perlu ingat semua bahagian sistem saraf tersebut. Cukup sekadar menyedari peri pentingnya otak. Mungkin itulah sebabnya anda perlu memakai topi keledar!]

[sumber: Wikipedia, Creative Commons License, 2011] Otak merupakan pusat arahan yang menerima dan menghantar pesanan kepada bahagian-bahagian badan yang berlainan. Dalam manusia dan amfibia yang lain (haiwan dengan tulang belakang), otak terletak di kepala, dilindungi dengan tengkorak dan hamper dengan peralatan utama seperti penglihatan (mata), pendengaran (telinga), rasa (lidah), bau (hidung) dan perseimbangan (serebelum bahagian bawah otak). Otak manusia mengandungi lebih kurang 15 bilion sel yang disebut sebagai neuron (Kita akan bincangkan peranan neuron kemudian). A) FUNGSI OTAK Walaupun terdapat kemajuan saintifik yang pantas, masih banyak maklumat tentang bagaimana otak berfungsi belum ditemui. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian seperti Elektroensefalografi (EEG) yang merekod aktiviti letrik otak (lihat Rajah 2.7) dan Pengimejan neuro yang merupakan penggunaan berbagai teknik untuk menangkap imej otak samada secara langsung atau tidak langsung; dapat memberitahu kita bagaimana otak disusun dan fungsinya. DUA bahagian utama otak adalah serebrum dan serebelum. Seluruh otak manusia disebut sebagai SEREBRUM

16 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

(disebut: ser-ee-brum) iaitu nama yang diberi kepada suatu bahagian yang besar dalam otak. Terdapat EMPAT bahagian utama termasuk lobus frontal, lobus parietal, lobus temporal, dan lobus oksiput (lihat Gambarajah 2.4). Setiap lobus mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang berlainan dan mereka semua sangat penting.

Rajah 2.7 Suatu rakaman EEG sedang digunakan ke atas seorang peserta dalam sebuah kajian gelombang otak.

1. LOBUS FRONTAL terletak di hadapan otak bersebelahan dengan lobus parietal. Telah dikatakan bahawa lobus frontal memainkan peranan dalam pengawalan gerak hati, pertimbangan, penghasilan bahasa, ingatan bekerja, fungsi motor, penyelesaian masalah, kelakuan seksual, sosialisasi dan kespontanan. Ia juga membantu dalam perancangan, koordinasi, mengawal dan melaksanakan kelakuan. Itulah di antara fungsi yang menjadikan lobus frontal suatu bahagian otak yang sangat penting. 2. Kemudian ada pula LOBUS PARIETAL yang merupakan bahagian otak yang berada di belakang lobus frontal dan di atas lobus temporal. Ia berupaya dalam mencantum maklumat deria daripada bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti penglihatan, pendengaran, memori, dan motor serta dalam memanipulasi objek. Lebih sedikit diketahui tentang lobus ini berbanding yang tiga lagi. 3. LOBUS TEMPORAL adalah lobus yang berada di bawah lobus frontal dan lobus parietal. Ia merupakan lobus yang melibatkan pemprosesan auditori dan menjadi rumah kepada is home to the primary korteks auditori yang bertanggungjawab untuk memproses maklumat bunyi. Ia juga terlibat dalam pertuturan dan penglihatan. Lobus temporal termasuk hippocampus dan dengan itu terlibat dalam pembentukan memori juga, yang menjadikan lobus temporal suatu bahagian otak yang penting. 4. Lobus terakhir adalah LOBUS OKSIPITAL. Lobus ini membolehkan manusia melihat dan dapat dijumpai di belakang lobus temporal dan lobus parietal. Ia merupakan lobus yang terkecil di antara empat tersebut tetapi ia tetap penting.

17 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Gambarajah 2.8 Bahagian otak manusia [sumber: Wikipedia, Creative Common Attribution Share-Alike Non-Commercial 3.0 License, 2010]

SEREBELUM (sebutannya: ser-eh-bell-um) adalah bahagian belakang otak, di bawah serebrum. Ia tidak begitu jauh lebih kecil daripada serebrum - hanya 1/8 saiznya. Tetapi jangan terpedaya dengan saiz serebelum yang kecil itu ia bekerja keras di balik tabir, mengawal keseimbangan, pergerakan, dan mengkoordinasi (sebagaimana otot-otot anda bekerja bersama). Disebabkan serebelum anda, anda dapat berdiri tegak, sentiasa seimbang, dan bergerak. Bayangkan seorang peluncur yang meluncur ombak di atas papan luncurnya. Apakah yang dia perlu untuk sentiasa seimbang? Papan luncur terbaik? Pakaian renang yang cantik? Tidak dia memerlukan serebelumnya! [sumber: http://sciencealive.wikispaces.com dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution Share-Alike Non-Commercial 3.0 License, 2010]

B) OTAK KIRI, OTAK KANAN Ahli sains berkata bahawa hemisfera kanan otak nampaknya mengawal ekspresi emosi, imaginasi visual dan proses bukan verbal, sementara sebelah kiri mengawal proses verbal, analitikal, pemikiran berjujukan dan logikal (lihat Gambarajah 2.9). Di dalam hemisfera-hemisfera tersebut terdapat empat bahagian

18 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

utama termasuk lobus frontal, lobus parietal, lobus temporal, dan lobus oksipital. Setiap lobus mempunyai ciri-ciri dan fungsi tersendiri, dan mereka semuanya penting.

Rajah 2.9 Pengkhususan otak kiri, otak kanan

C) MENGHANTAR PESANAN Otak merupakan suatu tompok berwarna merah jambu-kelabu yang terdiri daripada lebih kurang 10 bilion sel saraf yang disebut neuron (lihat Gambarajah 2.10). Neuron adalah sama seperti sel-sel lain dalam badan manusia daripada beberapa segi, tetapi terdapat suatu perbezaan yang ketara di antara neuron dan sel-sel lain. Neuron adalah khusus untuk menghantar dan menerima maklumat ke seluruh badan. Neuron ataupun sel saraf berkait di antara satu sama lain dan secara bersama, mereka bertanggungjawab mengawal semua fungsi mental. Walau bagaimanapun, semua neuron agak berbeza daripada segi saiz, bentuk, dan ciri-ciri bergantung kepada fungsi dan peranan neuron tersebut. Setiap neuron terdiri daripada sel badan, sebuah akson dan dendrit. Bagaimanakah neuron menghantar dan menerima maklumat? Sel badan merupakan pusat neuron yang mengandungi jentera biological asas yang memastikan neuron terus hidup. Dendrit adalah gentian input pendek, seperti rambut yang bercambah, membentuk pokok dendrit yang boleh menerima isyarat daripada banyak neuron.

19 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Akson merupakan suatu tiub output seperti gentian yang menghantar maklumat kepada neuron lain. Akson diselaputi helaian lemak yang disebut salut mielin. Tahukah anda bahawa akson boleh jadi sepanjang 2 meter!

Neuron 1

Message transmitted

Neuron 2

Rajah 2.10 Mesej dihantar di antara neuron Bagaimanakah akson menghantar maklumat? Maklumat ini adalah dalam bentuk suatu denyutan letrik yang mengalir sepanjang akson. Di hujung akson adalah tomboltombol kecil yang disebut butang terminal yang menghasilkan neurotransmiter yang merupakan bahan kimia yang mengangkut maklumat di antara satu neuron dengan yang lain. Walau bagaimanapun, di antara satu neuron dengan yang lain terdapat suatu senggang yang disebut sebagai sinaps. Bagaimanakah maklumat melintasi senggang ini? Neurotransmiter yang dikeluarkan oleh butang terminal mengangkut maklumat kepada neuron bersebelahan melintasi sinaps (Shore, 1997). Bayangkan berbilion penyambungan seperti itu berlaku di dalam otak bagi membolehkan manusia itu melakukan berbagai fungsi seperti bergerak, makan, berfikir, menahan sakit, bercakap dan sebagainya.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) b) c) d)

Bincangkan peranan otak manusia. Jelaskan fungsi bahagian berlainan otak. Apakah peranan khusus otak kiri dan otak kanan? Bagaimanakah maklumat dihantar di antara neuron dalam otak?

20 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

2.9 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN SIHAT KANAK-KANAK

Bagi kebanyakan orang, pertumbuhan fizikal mungkin diambil ringan manakala berjuta kanak-kanak menghadapi halangan kepada pertumbuhan fizikal yang sihat. Pertumbuhan memerlukan simpanan tenaga yang sangat banyak, dan ramai kanakkanak tidak makan cukup makanan bagi memberikannya tenaga tersebut. Kanakkanak dan remaja yang lain pula makan terlalu banyak. Masalah lain adalah penyakit dan kemalangan, yang memberi kesan kepada berjuta kanak-kanak di seluruh dunia (Kail, 2008). A) PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG UNESCO (2010) menganggarkan bahawa 1 dalam 4 kanak-kanak di bawah umur lima tahun menderita daripada pemakanan tidak seimbang, khususnya di negara Asia yang miskin; walaupun terdapat bukti pemakanan tidak seimbang di negara yang lebih maju. Pemakanan tidak seimbang dikaitkan dengan separuh kematian dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun. Apakah pemakanan tidak seimbang? Pemakanan tidak seimbang merupakan keadaan yang berlaku apabila badan seseorang tidak mendapat cukup zat yang disebabkan kekurangan ataupun ketidakseimbangan pemakanan. Badan manusia mengimbangi zat yang tidak cukup dengan menghalang aktiviti fizikal dan mental. Kelaparan merampas inisiatif dan keupayaan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membawa mereka kepada keadaan lemah. Perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak yang normal dapat dimusnahkan terus. Tulang seorang kanak-kanak yang tidak cukup zat menjadi rapuh disebabkan kekurangan mineral. Antibodi dan lain-lain protin akan surut dalam pembuluh darah yang menyebabkan sistem imunisasi menjadi lemah dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit. Penyakit yang hanya sedikit dapat menyebabkan kematian. Kelaparan kronik membawa kepada kematian awal dan adalah dikaitkan secara intrinsik kepada kemunduran ekonomi umumnya dalam kalangan negara miskin. Kelaparan selalunya disebabkan daripada peperangan, sesaran dan/atau bencana alam. Adalah mustahil untuk dikatakan secara tepat berapa orang di seluruh dunia mati disebabkan pemakanan tidak seimbang, tetapi anggarannya adalah di antara 25,000 sehingga 30,000 orang sehari di seluruh dunia (BMZ 2008). Satu pertiga daripada mereka adalah kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Kematian tiga juta kanak-kanak setahun iaitu, 8,000 kanak-kanak sehari adalah secara langsung disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang. B) GANGGUAN PEMAKANAN: Anoreksia Anoreksia merupakan suatu gangguan pemakanan di mana orang mendera untuk kebulur. Anoreksia selalunya bermula dalam kalangan orang yang mencapai akil baligh. Individu yang menghidap anoreksia kehilangan berat badan yang ketara.

21 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Kehilangan berat badan selalunya 15% di bawah berat badan normal seseorang. Orang yang menghidap anoreksia kurus kering tetapi yakin bahawa mereka terlebih berat. Kehilangan berat badan didapati daripada beberapa cara. Beberapa teknik yang biasa digunakan adalah senaman yang keterlaluan, pengambilan pencahar dan tidak makan. Orang yang anoreksik sangat takut gemuk. Tabiat kawalan pemakanan mereka terbit daripada ketakutan ini. Anoreksia selalunya dihidapi oleh remaja perempuan. Orang yang menghadapi anoreksia terus berfikir bahawa mereka adalah terlalu gemuk walaupun setelah mereka menjadi sangat kurus, tenat ataupun nazak. Selalunya mereka akan membentuk tabiat makan yang pelik seperti tidak mahu makan di hadapan orang lain. Kadang kala individu akan menyediakan makanan yang banyak untuk orang lain tetapi enggan makan apa pun. Gangguan ini dianggap paling biasa dalam kalangan orang dalam kelas sosioekonomi yang lebih tinggi dan orang yang terlibat dalam aktiviti di mana kurus dipandang tinggi, seperti menari, berlakon, dan larian jarak jauh. Dan juga, ia sangat biasa dalam kalangan budak perempuan dan budak lelaki hanyalah 10% daripada kes-kes gangguan pemakanan yang dikenal pasti. Terdapat banyak risiko perubatan yang dikaitkan dengan anoreksia. Ia termasuk: tulang yang mengecil, kehilangan mineral, suhu badan yang menurun, denyutan nadi yang tidak seimbang, kegagalan kekal pertumbuhan yang normal dan terbentuknya osteoporosis. Penggunaan bahan pencahar yang berterusan adalah berbahaya kepada badan. Ia menghakis otot usus dan menyebabkannya untuk berfungsi dengan kurang berkesan. Ada bahan pencahar yang mengandungi bahan yang kuat sehinggakan ia dapat meresap semula ke dalam sistem anda. C) OBESITI Ukuran mentah ke atas populasi berkaitan kegemukan adalah indeks kepadatan badan (BMI) yang merupakan suatu indeks yang mudah berasaskan berat-atas-ketinggian yang selalu digunakan dalam mengklasifikasi kegemukan dalam kalangan populasi dewasa dan individu berat badan seseorang dalam kilogram dibahagikan dengan gandaan ketinggiannya dalam meter (kg/m2). BMI memberikan ukuran obesiti atau kegemukan populasi yang paling berguna kerana ianya sama untuk kedua-dua jantina dan untuk semua peringkat umur orang dewasa tetapi ia merupakan suatu panduan umum kerana ia mungkin tidak secocok dengan tahap kegemukan pada individu berlainan (lihat Geraf 2.1).

22 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Geraf 2.1 Hubungan di antara ketinggian dan berat (BMI)

WHO mentakrifkan seorang dewasa yang mempunyai BMI di antara 25 dan 29.9 sebagai mempunyai berat badan berlebihan seorang dewasa yang mempunyai BMI 30 atau lebih dianggap obes atau gemuk - BMI di bawah 18.5 dikira sebagai mempunyai berat badan rendah, dan antara 18.5 sehingga 24.9 seorang dengan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan dan kegemukan ditakrifkan oleh WHO sebagai tidak normal ataupun pengumpulan lemak berlebihan yang membawa risiko kepada kesihatan individu. Berat badan berlebihan dan kegemukan merupakan faktor risiko yang utama untuk beberapa penyakit kronik dalam kalangan remaja, termasuk kencing manis dan penyakit jantung dan sementara ia pada suatu masa dahulu merupakan suatu isu hanya dalam kalangan negara berpendapatan tinggi, berat badan berlebihan dan kegemukan kini telah meningkat dengan mendadak di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Negara seperti ini sekarang

23 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

menghadapi "beban berganda" penyakit, kerana sementara mereka terus menghadapi masalah penyakit berjangkit dan pemakanan tidak seimbang, mereka juga mengalami peningkatan mendadak dalam faktor risiko penyakit kronik seperti kegemukan dan berat badan berlebihan, terutamanya dalam persekitaran bandar. . Apakah yang menyebabkan obesiti atau kegemukan? Obesiti atau kegemukan berlaku apabila seseorang mengambil lebih kalori daripada makanan berbanding dengan yang dibakarnya. Badan kita memerlukkan kalori untuk meneruskan hidup dan terus aktif secara fizikal, tetapi untuk mengekalkan berat badan kita perlu mengimbangi tenaga yang kita makan dengan tenaga yang kita gunakan. Apabila seseorang makan lebih kalori daripada yang dibakarnya, keseimbangan tenaga senget ke arah penambahan berat badan dan obesiti atau kegemukan. Ketidakseimbangan di antara kalori yang masuk dan kalori yang keluar ini mungkin berbeza mengikut individu. Faktor-faktor gen, persekitaran, danlain-lainnya mungkin memainkan peranan. Faktor Genetik: Kegemukan selalunya turun temurun, yang menunjukkan gen sebagai penyebab. Walau bagaimanapun, sebuah keluarga juga berkongsi pemakanan dan tabiat gaya hidup yang mungkin menyumbang kepada kegemukan. Mengasingkan pengaruh genetic daripada pengaruh lain ke atas kegemukan selalunya sukar. Walau bagaimanapun, sains tidak menunjukkan terdapat hubungan di antara kegemukan dengan baka. Faktor-faktor Persekitaran dan Sosial: Persekitaran mempengaruhi kegemukan dengan ketara. Persekitaran termasuk kelakuan gaya hidup seperti apa yang seseorang makan dan aktiviti fizikalnya. Selalu sangat kanak-kanak makan luar, mengambil makanan yang banyak dan makanan berlemak, dan meletakkan rasa dan kemudahan mengatasi zat. Dan juga, Kanak-kanak tidak mendapat cukup aktiviti fizikal. Persekitaran kita selalunya tidak menyokong tabiat yang sihat. Tambahan lagi, faktor sosial termasuk kemiskinan dan taraf pendidikan yang rendah telah dikaitkan dengan kegemukan. Salah satu sebab ini berlaku mungkin kerana makanan berkalori tinggi yang diproses lebih murah harganya dan lebih mudah didapati dan disediakan berbanding makanan yang lebih sihat, seperti sayuran dan buah-buahan segar. Sebabsebab lain mungkin termasuk akses yang tidak mencukupi kepada tempat rekreasi yang selamat ataupun kos kemudahan rekreasi, yang menghadkan peluang untuk mendapatkan aktiviti fizikal. Walaupun seseorang tidak boleh mengubah kejadian genetiknya, dia boleh cuba mengubah tabiat pemakanannya, tahap aktiviti fizikalnya, dan faktor persekitaran yang lain. Berikut adalah beberapa idea yang ibubapa boleh gunakan untuk mengurangkan kegemukan dalam kalangan kanak-kanak:

Kanak-kanak harus belajar memantau tabiat pemakanannya, terutamanya daripada segi jenis makanan; misalnya mengurangkan makanan berlemak. Memakan makanan dan snek di meja makan, bukannya di hadapan TV.

24 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Kanak-kanak harus dibuat supaya lebih aktif [permainan video, TV dan meluncur web telah membuatkan kanak-kanak kurang aktif ubi kentang kerusi panjang Kanak-kanak harus terlibat dalam aktiviti fizikal (seperti bermain futsal, badminton & permainan lain).

D) PENYAKIT Di seluruh dunia lebih daripada 11 juta kanak-kanak mati sebelum ulangtahun kelahiran mereka yang ke-5. Pembunuh utama kanak-kanak kecil di seluruh dunia adalah lima perkara: radang paru-paru, cirit-birit, campak, malaria dan ketidak seimbangan pemakanan (World Health Organisation, 2009). Tahukah anda bahawa cirit-birit dan penyahhidratan yang terhasil daripadanya membunuh 1.9 juta kanakkanak di bawah umur lima tahun setiap tahun dan radang paru-paru membunuh 2 juta setahun. WHO telah memulakan beberapa program dan membelanjakan berjuta ringgit untuk melawan penyakit-penyakit ini. Misalnya, suatu program seluruh dunia telah dilancarkan dua abad lalu untuk memvaksin kanak-kanak untuk campak. WHO dan beberapa agensi antarabangsa yang lain sentiasa terlibat dengan aktif dalam langkah pencegahan. Misalnya, bagi mengurangkan kejadian malaria, kanak-kanak digalakkan tidur dalam kelambu yang melindungi mereka daripada nyamuk yang membawa malaria. Sama juga, program pendidikan kesihatan telah diperbanyakkan untuk mengubah amalan keluarga dan komuniti untuk menjadikannya lebih cenderung kepada pertumbuhan yang sihat. Profesional penjagaan kesihatan telah dilatih untuk menjadi lebih berkemahiran dalam merespon kepada penyakit kanak-kanak, seperti menyediakan ubat yang diperlukan. D) KEMALANGAN JALAN RAYA Semasa kanak-kanak berkembang dan dunia mereka semakin luas menjangkau melewati rumah mereka kepada jalan raya setempat, mereka terdedah kepada bahaya dan risiko. Walaupun hakikatnya kanak-kanak menggunakan jalan raya sebagai pejalan kaki, penunggang basikal, penunggang motosikal dan penumpang kenderaan, persekitaran jalan raya jarang dibina dengan mempertimbangkan keperluan mereka. Ada kanak-kanak yang bekerja, bermain ataupun hidup di atas jalan raya, dan pendedahan ini, bersama dengan risiko lain sentiasa ada, dan ini menjadikan mereka terdedah kepada bahaya trafik. Hasilnya berjuta kematian ataupun kecederaan yang menyebabkan hilang upaya setiap tahun. Dengan bertambahnya bilangan kenderaan di atas jalan raya, kemalangan jalan raya menjadi suatu sebab kematian yang utama dalam kalangan kanak-kanak berumur di antara umur 4 hingga 14 tahun. Seorang kanak-kanak terbunuh dalam nahas jalan raya setiap tiga minit di seluruh dunia. Kanak-kanak lebih terdedah kepada kecederaan akibat kemalangan kerana mereka berbadan kecil, sifat ingin tahu semulajadi mereka dan keinginan untuk membuat eksperimen, ketidak upayaan mereka untuk memahami dan merespon kepada bahaya, dan juga ciri-ciri fizikal tertentu mereka, seperti mempunyai saluran pernafasan yang lebih kecil, kulit yang lebih nipis dan kepadatan badan yang lebih rendah. Di Malaysia, lebih daripada separuh daripada kes-kes kecederaan yang tidak disengajakan yang dimasukkan ke

25 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

dalam hospital kerajaan daripada 1999 sehingga 2002 adalah disebabkan kemalangan jalan raya (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia). Dalam kalangan lelaki, kumpulan yang paling ramai mati disebabkan kemalangan adalah yang berumur 12 hingga 19. Kawasan perumahan semakin bertambah berbahaya kepada kanak-kanak melihat kepada bilangan kematian dan kecederaan daripada kemalangan jalan raya yang melibatkan mereka (Malaysian Institute of Road Safety Research). Dalam tahun 2008, lebih kurang 1% (274) kemalangan jalan raya di Malaysia melibatkan kanakkanak berumur 1-10 tahun membonceng motorsikal; 44% daripadanya membawa maut. Malangnya, kebanyakan kematian itu dapat dielakkan sekiranya kanak-kanak dan remaja itu memakai tali pinggang ataupun sekiranya bayi telah diikat dengan betul menggunakan tempat duduk bayi yang diluluskan. Untuk remaja, kemalangan kenderaan motor masih menjadi sebab kematian yang utama. Bezanya, tentunya, ialah bahawa remaja dan orang muda bukanlah penumpang tetapi pemandu atau penunggang. Dan yang sedihnya, terlalu ramai yang terbunuh kerana mereka memandu atau menunggang terlalu laju tanpa memakai tali pinggang atau topi keledar, tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Di Malaysia, kemalangan motorsikal dalam kalangan remaja dan orang muda sangat tinggi.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bagaimanakah pemakanan tidak seimbang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak? b) Apakah yang menyebabkan kegemukan? c) Cari berapa ramai kanak-kanak dalam kelas anda gemuk. d) Bagaimanakah penyakit memberi kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak? e) Berikan cadangan untuk mengurangkan kemalangan dalam kalangan kanak-kanak.

RINGKASAN

Suatu refleks ditakrifkan sebagai suatu respon otomatik kepada suatu stimulus luaran. Seorang bayi yang sedang menangis cuba memberitahu anda sesuatu. Kerana dia tidak berupaya berbuat apa-apa sendiri, bayi bergantung kepada orang lain. Bayi tidur banyak. Bayi yang baru lahir tidur di antara 14 sehingga 18 jam sehari sehingga lebih kurang umurnya sebulan.
SIDS adalah suatu kematian mengejut dan tidak dapat dijelaskan seorang bayi yang di bawah umur 1 tahun.

26 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Kemahiran Motor Halus umumnya merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot kecil, seperti pada tangan, pergelangan tangan dan jari jemari. Kemahiran Motor Kasar umumnya merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot besar, seperti yang ada pada lengan, kaki, atau seluruh badan. Ketetapan saiz adalah kesedaran bahawa saiz sebenar suatu objek kekal sama walaupun objek tersebut sedang bergerak lebih jauh. Otak merupakan pusat sistem saraf semua haiwan. Otak adalah pusat arahan yang menerima dan menghantar pesanan kepada bahagian-bahagian badan yang berlainan. Ahli sains mengatakan bahawa hemisfera kanan otak nampaknya mengawal ekspresi emosi, imaginasi visual dan pemprosesan bukan verbal, manakala sebelah kiri mengawal pemprosesan verbal, analitikal, jujukan dan logikal. Otak adalah tompok merah jambu-kelabu yang terdiri daripada lebih kurang 10 bilion sel saraf yang disebut neuron. Kegemukan berlaku apabila seseorang mengambil lebih kalori daripada makanan berbanding yang dibakarnya. Anoreksia merupakan gangguan pemakanan di mana orang mendera diri supaya kebuluran. Anoreksia selalunya bermula pada orang muda sekitar akil baligh. Sambil kanak-kanak membesar dan dunia mereka meluas melewati rumah mereka kepada jalan raya setempat, mereka terdedah kepada bahaya dan risiko.

PERKATAAN PENTING Pertumbuhan fizikal Perkembangan Motor Kemahiran motor kasar tidak seimbang Ketetapan saiz Otak kiri Neuron Otak kanan Kegemukan Lobus Temporal Pendengaran BMI Akson Deria rasa Pemakanan Kemahiran motor halus Dendrit Anoreksia Kemahiran perseptual SIDS Melihat kedalaman

27 Bab 2: Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

RUJUKAN: Adolph, K. E.; M. A. Eppler; and E. J. Gibson. 1993. Crawling Versus Walking Infants Perception of Affordances for Locomotion over Sloping Surfaces, Child Development, Vol. 64, No. 4, 115874. Bornstein, M. H. 2005. Perceptual Development, in Developmental Science: An Advanced Textbook (Fifth edition). Edited by M. H. Bornstein and M. E. Lamb. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Bayley, N. (1993). Bayley Scales of Infant Development (2nd ed.). New York: Psychological Corp. Berk, L.E. (1989). Child Development. Boston, Mass.: Allyn and Bacon. Clare, L., and H. Garnier. (2000). Parents' goals for adolescents diagnosed with developmental delays in early childhood. Journal of Early Adolescence, 20(4), 442446. Hammet, C.T. (1992). Movement Activities for Early Childhood. Champaign, Ill.: Human Kinetics. Kail, R. (2008). Growth and their development. Singapore: Pearson International. Kristensen, N. (2001). Basic Parenting Focus Issue: Motor Development. Minneapolis, Minn.: Family Information Services. Mayesky, M. (1999). Creative Activities for Children. Thomson Publishing. Malina, R.M., and C. Bouchard. (1991). Growth, Maturation, and Physical Activity. Champaign, Ill.: Human Kinetics. Payne, V.G., and L.D. Isaacs. (1987). Human Motor Development: A Lifespan Approach. Mountain View, Calif.: Mayfield. Tronik, E.; Thomas, R. & Daltabuit, M. (1994. The Quechua manta pouch: A caretaking practice for buffering the Peruvian infant against the multiple stressors of high altitude. Child Development. 65. 1005-1013. Shonkoff, J.P., & Phillips, D.A. (Eds). (2000). From Neurons to Neighborhoods: The Science of Early Childhood Development National Academies Press. Shore, R. (1997). Rethinking the Brain: New Insights into Early Development. New York, NY: Families and Work Institute, pp. 16-17.

You might also like