You are on page 1of 12

BACK TO BASICS

“ FOKUS KEPADA INOVASI SUMBER PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN ”

Oleh
Musa bin Sulaiman
Jabatan Pengajian Melayu

Abstrak

Keseluruhan esei ini membincangkan secara ringkas mengenai bahan bantu mengajar
(BBM) yang digunakan oleh pendidik dahulu dan sekarang. Penggunaan BBM
elektronik sekarang menghadapi masalah-masalahnya yang tersendiri kerana tidak
semua sekolah mempunyai kemudahan tersebut. Jadi, sebagai pilihannya penggunaan
BBM bukan eletronik yang telah diamalkan oleh pendidik-pendidik terdahulu tidak boleh
diabaikan begitu sahaja kerana BBM tersebut ada kelebihannya tersendiri. Kembali ke
Asas, dengan menggunakan BBM murahan masih perlu, asalkan penggunaannya tidak
lepas lari dari tujuan pendidikan negara yang mengutamakan jasmani, rohani, emosi
dan intelektual pelajar-pelajar. Dalam esei ringkasnya ini pengarang membincangkan
soal definisi BBM berlandaskan pendapat pengkaji terdahulu, kepentingan BBM dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,, prinsip inovasi BBM ,bagaimana pendidik
dahulu menggunakan BBM, mengapa perlu menggunakan bahan tradisional di zaman
teknologi moden sekarang, tujuan kembali ke asas dalam penggunaan BBM dan
akhirnya cadangan mengatasi kelemahan-kelemahan penggunaan BBM yang ada
sekarang ini.

Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional bahawa aktiviti
pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang melibatkan tiga
kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah juga
hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani.

KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat
kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Murid-murid juga diberi
peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif
mereka.

Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan bahawa


kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran
dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan bidang diri
Page 2 of 12 - 2 -Back To Basic

individu yang sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan
murid-murid.

Untuk mencapai matlamat di atas, bukanlah satu perkara mudah kerana ia memerlukan
kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan murid-murid itu sendiri.
Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan
bahan bantu mengajar yang kreatif, cantik dan menarik. Bahan bantu mengajar itu pula perlu
diinovasikan ( Kamus Dewan 1989 : 455 menjelaskan inovasi bermaksud memperkenalkan sesuatu
yang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia ada dengan diberi wajah baru )

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep
kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah diperolehi melalui deria
pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa , 3%
daripada deria bau. ( Mok Soon Sang, Lee Shok Mee : 1986 )

Berdasarkan kajian di atas, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang dan dengar
merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran, terutama bagi murid-
murid di sekolah rendah. Bagi murid-murid dalam lingkungan umur 6 – 12 tahun , mereka masih banyak
bergantung kepada pengalaman-pengalaman konkrit dan banyak menggunakan deria pandang dan
dengar untuk menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian sumber
pengajaran dan pembelajaran ( bahan bantu mengajar ) khasnya alat pandang dengar, memainkan
peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di kelas KBSR.

1.0 Definisi :
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ( Bahan Bantu Mengajar )

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,
menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan
pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang
tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid
( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap
sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 )
yang digambarkan dalam bentuk “ cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan
proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian

2
Page 3 of 12 - 3 -Back To Basic

daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa
digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. David
Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan
penerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.
Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik,
psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan
untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

1.1 Definisi Konsep

1.1.1 Pengajaran
Merupakan satu bentuk komunikasi bertujuan untuk memberitahu, mempengaruhi,
mempengaruhi dan menghibur. Tugas pengajar untuk memberitahu atau menyampai satu
himpunan maklumat atau fakta kepada murid-murid. Tujuan BBM juga untuk mempengaruhi dan
menghibur.( Kamarudin Husin: 1989)

1.1.2 Pembelajaran
Berlaku apabila guru berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran berjaya dicapai dan
dipertingkatkan melalui:
• penerangan guru yang jelas
• pengalaman murid yang bererti
• kegiatan yang menyeronokkan murid dan guru
Jadi, pembinaan BBM dibuat dengan teliti dan memenuhi ketiga-tiga syarat di atas.

1.1.3 Bahan Bantu Mengajar/ Peralatan Mengajar


BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku
teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,
hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat
pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981)
membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

3
Page 4 of 12 - 4 -Back To Basic

Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya
kepada dua iaitu “ software” dan “ hardware”

Ngui Kuen Sang (1981: 35 )


“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada
keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran
pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan
seseorang.”

Atan Long ( 1982: 174 )


“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan
pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan
pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)


“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu
pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah
dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan


kepada tiga kategori:

• Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur,
slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD ,
komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

• Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik – seperti suara, gambar,
carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-
kad imbasan, buku dan sebagainya.

• Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan


maujud (realia) dan sebagainya.

2.0 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran


dan Pembelajaran

4
Page 5 of 12 - 5 -Back To Basic

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah
dirumuskan seperti berikut:
• BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
• Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
• Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
• Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan
pelajar
• Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
• Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
• Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan
beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

• memberi rangsangan dan minat murid-muird.


• menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
• membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran
mereka lebih kekal.
• menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,
menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
• dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan
kata.
• ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan
lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:


• menjimatkan masa
• dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
• menyeronokkan murid-murid.

3.0 Prinsip-prinsip inovasi BBM:


3.1 Pelbagai bahan bantu mengajar – berbagai BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau
pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar,

5
Page 6 of 12 - 6 -Back To Basic

seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized,


demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.

3.2 Mutu bahan bantu mengajar:


Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagai
bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan
murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi
dan rupa – sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf
atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah
dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah,
pihak swasta dan sebagainya.

3.3 Kecekapan Menggunakan BBM:

Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan
pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan
BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada
di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.
Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya
jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid
dan masa yang diperuntukkan

3.4 Kesesuaian BBM


BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang
hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah
sia-sia sahaja.

4.0 Bagaimana guru-guru dahulu menggunakan BBM ?

• 4. 1 BBM dicipta atau dibuatnya sendiri bukan dibeli di kedai-kedai secara


sewenang-wenangnya sahaja. Apa yang pentingnya di sini ialah semangat dan
kegigihan guru-guru itu sendiri yang perlu ditiru. Contohnya di dalam pengajaran jawi,
alat tulisnya dibuat sendiri dari buluh atau rotan sahaja tetapi hasilnya adalah bermutu
tinggi dan sukar ditandingi sehingga sekarang.

• 4.2 Daya kreativiti yang tinggi - Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana
salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai

6
Page 7 of 12 - 7 -Back To Basic

kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dan
sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi
perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan
jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad
imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya.
Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi – pantun, syair, gurindam dan sajak
adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil
karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.
• 4.3 Menggunakan bahan-bahan tradisional atau bahan terbuang sepenuhnya:

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti


rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batu-batan,
kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung
botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya. Daripada bahan
terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik,
lasak, pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau
perkataan, pen, model-model bangunan dan sebagainya.

4.4 Cekap mengguna dan menyesuaikan BBM dengan kebolehan murid:


Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini
bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan
dan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang
disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 “ seseorang individu dalam suasana
pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik
dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran… suasana pembelajaran ini
pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan
pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk
pembelajaran.”

5.0 Mengapa Perlu Kembali ke Asas dalam menggunakan BBM?


5.1 Masalah kekurangan BBM di sekolah :
Walaupun berbagai BBM telah ada di sekolah, sama ada di dalam bentuk bahan elektronik atau
bukan elektronik tetapi bahan-bahan tersebut masih lagi belum mencukupi dengan
bilangan murid yang semakin bertambah. Jika di sekolah rendah hitung panjang bilangan
muridnya kira-kira 30-35 orang bagi setiap kelas. Dengan terlaksananya kelas bestari,
berbagai masalah telah timbul seperti tidak cukupnya bilangan komputer dengan bilangan

7
Page 8 of 12 - 8 -Back To Basic

murid yang semakin bertambah. Di dalam masa saya menyelia praktikum sekolah bestari yang
lalu, saya dapati sebuah komputer dikongsi oleh 7-8 orang pelajar. Dengan sebab itulah guru
perlu cekap, kreatif dan aktif mencipta BBM sebagai gantinya seperti kegunaan kertas
mahjong, kad-kad gambar, kad sukukata, kad –kad ayat, kad huruf, kad imbasan, bahan
maujud, model-model dan sebagainya ganti. Masih ada sekolah di luar bandar yang tiada
kemudahan elektrik, bagaimanakah bahan-bahan elektronik hendak digunakan di sekolah-
sekolah berkenaan? Ini sudah tentu satu pilihan lain perlu diadakan sebagai gantinya.

5.2 Dapat menjimatkan kos:

Kos BBM juga semakin meningkat dan mahal pada hal penggunaannya cuma digunakan
beberapa kali sahaja. Bagi menjimatkan kos, kembali ke asas adalah perlu sekali, apa lagi di
zaman kegawatan ekonomi sekarang ini. Bahan-bahan terbuang seperti yang diperjelaskan di
atas tadi perlu dicipta oleh guru sebagai gantinya, sesuai dengan minat dan bilangan murid
di dalam kelas. Murid-murid dan PIBG juga boleh turut serta di dalam membantu
menyediakan BBM yang diperlukan.

5.3 Pentadbir berjaya melihat ketahanan dan daya kreatif


guru –gurunya sendiri:
Dengan kembalinya ke asas, pentadbir sekolah dan guru-guru lain dapat melihat sendiri
bagaimana guru-guru yang aktif dan kreatif yang ada di sekolah itu membuat bahan-bahan bantu
mengajar untuk kegunaan murid-muridnya tanpa bergantung kepada bahan-bahan lain yang lebih
canggih tetapi hasratnya masih juga tercapai dengan baik. Murid-muridnya juga setanding
dengan murid-murid di sekolah lain yang ada kelengkapan BBM yang baik serta konsep Mastery
Learning sentiasa diamalkan di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Murid-murid yang lemah
diberi perhatian lebih serta dibimbing sama ada di dalam darjah atau di luar bilik darjah. Dengan
lain perkataan, konsep pemulihan dan pengayaan tidak diabaikan begitu sahaja.

5.4 Hidupkan semula tradisi lama yang telah terkubur:


Tradisi lama penggunaan BBM, seperti penggunaan buluh, rotan, dakwat Cina, berus
bulu di dalam menulis telah hampir terkubur, pada hal BBM ini begitu murah harganya dan
boleh didapati di kawasan sekitar atau di mana-mana kedai buku di sekitar sekolah. Misalnya
tulisan jawi khat Arab yang tidak ternilai itu sudah hampir pupus. Komputer sekalipun tidak dapat
menandingi kecantikan,kelembutan dan ketepatan tulisan khat jawi atau Arab yang
menggunakan rotan atau buluh sahaja.
Lihatlah sendiri bagaimana indah dan cantiknya tulisan ayat-ayat al-Quran yang ditulis tangan
itu. Harganya tidak ternilai dan tidak patut disimpan di dalam almari atau muzium sahaja tanpa

8
Page 9 of 12 - 9 -Back To Basic

diperturunkan kepada generasi kita masa kini. Ini merupakan satu kerugian besar kepada
bangsa,negara, masyarakat dan agama. Menurut kajian hampir 90% pelajar-pelajar di sekolah
menengah asrama penuh tidak dapat membaca jawi dan ayat-ayat lazim dengan baik. Ini
sungguh merugikan diri kita sendiri kerana kepada siapakah khazanah ilmu yang tidak ternilai
dalam tulisan jawi itu hendak dihidangkan.

6.0 Langkah-langkah atau cara-cara mengatasinya.


6.1 Wajibkan mata pelajaran Seni di sekolah-sekolah,
Universiti dan Maktab Perguruan:
Untuk mencipta BBM ini, bukanlah satu kerja mudah dan boleh dibuat secara sebarangan sahaja,
tetapi ianya memerlukan kemahiran tangan yang berkualiti tinggi serta kemahiran pedagogi yang baik sekali.
Kemahiran di atas diperolehi dengan cara dipelajari dan melalui kursus-kursus profesional yang berkaitan.
Elok kiranya mata pelajaran seni, reka bentuk, reka cipta dan yang berkaitan dengannya dijadikan mata
pelajaran wajib bagi semua aliran, sama ada aliran sains, sastera, perdagangan, ekonomi dan sebagainya.
Bagi guru-guru pelatih di maktab perguruan kemahiran ini boleh disampaikan melalui mata pelajaran
pendidikan seni atau kemahiran hidup.

6.2 Markah khas kepada guru yang menggunakan BBM tradisi : Peruntukkan markah yang baik
kepada guru-guru pelatih atau terlatih
yang menggunakan BBM tradisi tetapi persaingannya menyamai atau
hampir menyamai BBM moden masa kini. Adakan satu kriteria khas untuk
memberi markah kepada mereka sama ada semasa mereka menjalani praktikum
atau setelah mereka menjadi guru terlatih nanti, terutamanya kepada mereka yang
bertugas di kawasan luar bandar.

6.3 Edarkan contoh(sampel) BBM terbaik:


Edarkan contoh-contoh BBM yang telah dicipta oleh guru-guru atau pelajar-pelajar ke sekolah-
sekolah lain yang berdekatan untuk dijadikan sampel. Apa yang dipentingkan di sini ialah
ideanya sahaja bukannya ditiru seratus peratus. Elok juga jika BBM yang berkualiti tinggi ini
dipamerkan di Pusat Sumber Sekolah, Bilik Darjah,Jabatan Pendidkan Negeri (PPN) atau pun
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kalau perlu elok juga diadakan Muzium Pendidikan Negeri
atau Negara.

6.4 Pertandingan Mencipta BBM di kalangan guru-guru sekolah:


Alangkah baiknya jika diadakan pertandingan mencipta BBM yang menggunakan bahan-
bahan tradisi seperti buluh, rotan, bahan-bahan terbuang, kayu reja, ranting pokok ,
botol, tin-tin kosong dan sebagainya. BBM yang baik itu elok dipamerkan kepada umum

9
Page 10 of 12 - 10 -Back To Basic

untuk dijadikan contohnya. Hadiah-hadiah seperti wang tunai, medal atau faedah-faedah
lain elok diberikan kepada mereka yang berjaya, seperti diberikan pada Hari Guru, Hari
PIBG dan Hari Penyampaian Sijil, Minggu Bahasa dan sebagainya. Begitu juga
pertandingan menulis tulisan khat dengan menggunakan bahan tradisi seperti syair,
pantun, sajak, gurindam dan sebagainya perlu diteruskan lagi.

6.5 Jadikan pelajaran jawi sebagai satu mata pelajaran


Peperiksaan:
Adalah perlu sekali mata pelajaran seperti tulisan jawi atau bahasa Arab dan pelajaran yang
berkaitan dengan al-Quran dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah, bukannya
terbatas kepada sekolah-sekolah tertentu sahaja. Peringkat yang paling sesuai di
peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan ( STPM ) ,
boleh dijadikan satu kertas peperiksaan yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Jadi, secara tidak langsung akan muncul semula penggunaan BBM yang hampir
terkubur itu.

7.0 Penutup:

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa “Kembali ke Asas”


di dalam penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM moden
sekarang tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. Pada masa dan ketika tertentu
guru perlu kembali ke pengajaran dan pembelajaran cara lama, seperti mengamalkan
konsep Mastery Learning, pemulihan, pengayaan dan sebagainya. BBM tradisi seperti
penggunaan bahan maujud, bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama
dengan BBM moden masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik lagi. Sikap guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan
merasakan bahawa
penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama sekali.
Sebagai rumusannya “ Kembali ke Asas” adalah perlu dan sesuai dengan cadangan
pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang
sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa, keperluan, kehendak
masyarakat dan berbagai fenomena di sekelilingnya.

10
Page 11 of 12 - 11 -Back To Basic

Bibliografi

Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala


Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,
Longman Malaysia Snd. Bhd.

Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi


Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

John Arul Phillips, (1997 ) , Pengajaran Kemahiran Berfikir, Kuala Lumpur,


Utusan Publications & Distributors Snd. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi
Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd.
Bhd.
________________, ( 1986 ) Panduan Latihan Mengajar, Selangor, Longman
Malaysia Snd. Bhd.

________________, ( 1989 ), Pedagogi 3, Siri Pendidikan Longman, Selangor,


Longman Malaysia Snd. Bhd.

________________, (1994), Pedagogi 4, Siri Pendidikan Longman, Selangor,


Longman Malaysia Snd. Bhd.

________________, ( 1989 ), Pedagogi Bahasa, Siri Pendidikan Longman,


Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman
Malaysia Snd. Bhd.

Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, ( 1986 ) Kurikulum Baru Sekolah Rendah,
Tahap I, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur, Heinemann Malaysia Snd.
Bhd.
______________, ( 1995 ), Pendidikan di Malaysia, Siri Pendidikan Perguruan,
(Edisi Kelima ), Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Mokhtar Affandi Amran, Poh Swee Hiang, ( 1996 ), Sumber Teknologi,


Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 2, Siri Pendidikan Perguruan,
Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, ( 1980 ) , Kaedah dan Teknik
Mengajar Bahasa dengan rujukan khusus kepada pengajaran
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Penerbit Pustaka Ilmu.

Robiah Sidin, Zaiton Sidin, ( 1989 ) Sosiologi Pendidikan, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab

11
Page 12 of 12 - 12 -Back To Basic

Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd.

Sheikh Othman bin Sheikh Salim, ( 1989 ), Kamus Dewan ( Edisi Baru ),
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Abu Bakar Syed Akil (1994 ), Panduan Mengajar Kemahiran


Membaca, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal Pengurusan Pendidikan ( 1996 ), Institut Aminuddin Baki,


Kementerian Pendidikan Malaysia

Medan Pendidikan, ( Jun 1987 ), Buletin Pendidikan Negeri Terengganu,


Edaran Sekolah- sekolah Terengganu.

Pakej Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Maklumat, (1999)


Diploma Perguruan Malaysia, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan
Teknologi Pendidikan, Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

12

You might also like