P. 1
Kitab Al-haft Al-syarif

Kitab Al-haft Al-syarif

|Views: 933|Likes:
Published by Pak Teh

More info:

Published by: Pak Teh on Mar 02, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/28/2015

pdf

text

original

al-Haft al-Syarif

1

*****

KITÂB AL-HAFT
AL-SYARÎF

ا ا ب

(Percakapan yang mulia tentang penciptaan makhluk)

Di antara Kelebihan: MAULAANA JA‘FAR AL-SADIQ A.S (M. 148 H)

Diriwayatkan oleh: Al-MUFADHDHAL BIN ‘UMAR AL-JA‘FI (M.150 H?)

*****

◘◘◘◘ ◘◘◘◘◘ ◘◘◘◘◘◘◙ ◘◘◘◘◘ ◘◘◘◘ ◘◘◘◘

al-Haft al-Syarif

2

Diterjemahkan dari buku

aslinya Kitab Al-Haft

al-Syarif

Karya Abu Abdillah al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi

Cetakan Bahasa Arab: Dar al-Andalus, Beirut, (cetakan
Kedua), 1978 M
____________________________________________
____________________________________________
Hak terjemahan dilindungi undang-undang
All rights reserved
_____________________________________________
Cetakan Pertama: Disember, 1994
_____________________________________________

_____________________________________________
Edisi Bahasa Arab
Kitab Al-Haft Al-Syarif, cetakan ke 2, Beirut, 1978

___________________________________________________

Edisi Bahasa Melayu

.

Copyright @

al-Haft al-Syarif

3

PRAKATA

Bismillahir Rahmanir Rahim

Al-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin. Selawat dan salam kepada
Muhammad dan keluarganya yang suci serta para sahabat yang terpilih.
Sesungguhnya Kitab al-Haft al-Syarif adalah riwayat Abu Abdillah al-
Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi al-Kufi berkaitan dengan dialognya
dengan Abu Abdillah Ja‘far al-Sadiq a.s mengenai permulaan
penciptaan makhluk.

Beliau adalah di kalangan mereka yang dipercayai (thiqah) oleh
Imam Ja‘far al-Sadiq a.s (mati 148 H). Beliau telah dilahirkan di Kufah
kemungkinan pada akhir imamah Muhammad al-Baqir (mati 114H).
Tidak ada rujukan yang mencatatkan tentang tarikh kelahirannya dan
kematiannya. Asad Haidar menyatakan bahawa al-Abu Abdillah
Mufadhdhal adalah seorang yang thiqah dan sahabat yang rapat dengan
Imam Ja‘far al-Sadiq a.s, hidup pada akhir kurun yang pertama dan
kedua hijrah, umurnya 80 tahun1.
Ada juga yang berpendapat bahawa beliau telah meninggal dunia
pada masa Imam Ja‘far al-Sadiq a.s. Dan ada juga yang menyatakan
bahawa beliau telah hidup semasa empat imam daripada Imam al-Baqir
a.s (mati 114 H), Imam Ja‘far al-Sadiq a.s (mati 148 H), Imam Musa
Kazim (lahir 129 H) dan permulaan Imam Ali al-Ridha a.s (lahir pada
148 H)2.

Jika pendapat yang menyatakan bahawa beliau hidup semasa
empat imam a.s yang bermula dengan Imam Muhammad al-Baqir a.s
(mati 114 H) sehingga imam Ali al-Ridhai yang dilahirkan pada tahun
148 hijrah dan mati pada 203 H menjadi renungan, maka tidak
hairanlah jika beliau meninggal dunia ketika usia 80 tahun iaitu selepas
kematian Imam Ja‘far al-Sadiq a.s (Mati 148). Jika beliau telah
meninggal dunia pada tahun 150 H, maka ia adalah cukup untuk
mengatakan bahawa beliau telah hidup semasa empat imam a.s. Apa
yang paling penting ialah riwayat beliau secara langsung daripada Imam
Ja‘far al-Sadiq a.s. seperti riwayat Sulaim bin Qais al-Hilali al-Kufi
daripada Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib.
Kitab al-Haft al-Syarif telah diterbitkan pada tahun 1977 dan pada
tahun 1978 M di Beirut, diedit oleh Dr. Mustafa Ghalib. Terbitan buku
dengan jodolnya yang asal Kitab al-Haft al-Syarif ini adalah sebagai
penentangan beliau kepada buku yang sama yang diterbitkan oleh

1 Asad Haidar, al-Imam al-Sadiq, iv, hlm 421, Beirut, 1980.
2 Ibid

al-Haft al-Syarif

4

Matba‘ah Kathulikiyyah, Beirut pada tahun 1960 yang diedit oleh Dr.
Aref Tamer dengan mengubah nama asal buku itu kepada Kitab al-Haft
wa al-Azillah
. Iaitu perkataan wa al-Azillah telah ditambah tanpa asas.
Dr. Mustafa Ghalib telah menyifatkan perubahan nama buku itu dan
isinya yang ditambah dan dikurangkan itu sebagai tidak amanah.
Lantas beliau membuat kajian lebih 30 manuskrip tentang buku ini dan
beliau mendapati jodol asalnya adalah Kitab al-Haft al-Syarif.
Buku ini menerenagkan tentang sejarah penciptaan makhluk yang
dimulai dengan alam bayang-bayang (Azillah), alam bentuk kabur
(Asybaah) dan alam roh (Arwaah). Allah menjelaskan bagaimana Dia
mendidik mereka untuk mengenali diri-Nya, para nabi, para imam a.s
kelahiran para nabi dan para imam, pembunuhan al-Husain secara
batin, penciptaan Adam dan tujuh Adam, syurga, neraka, Iblis,
binatang-binatang, mukmin dan kafir serta percampuran mereka, hak-
hak ikhwan, azab dalam bentuk masukhiyyah (perubahan rupa) dan
lain-lain.
Terjemahan buku ini adalah khusus untuk mereka yang berpegang
kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas atau mazhab Ja‘fari yang
berfikiran terbuka SAHAJA. Adapun pengikut-pengikut Ahlu s-Sunnah
wa al-Jamaa‘ah diharamkan sama sekali dari membacanya,
memilikinya, menyimpannya, menyentuhinya atau membuat isyarat
kepadanya di dalam semua keadaan.

Penterjemah:

13hb. Disember, 1994.

KANDUNGAN

al-Haft al-Syarif

5

PRAKATA 3

Mukadimah kitab 11

BAB 1: Makrifat tentang penciptaan makhluk dan perkara pertama yang
diciptakan Allah 14

BAB 2: Makrifat tentang bayang-banyag, bentuk-bentuk kabur dan roh-
roh serta bagaimana Dia telah mendidik mereka dan memperkenalkan
diri-Nya kepada mereka 19

BAB 3: Makrifat tentang kitaran, golongan dan susunan dalam bentuk
kemanusiaan 20

BAB 4: Makrifat tentang penderhakaan makhluk dan sebab-sebabnya
serta bagaimana mereka telah melupai apa yang mereka telah ingat 22

BAB 5: Makrifat tentang pengutusan para rasul kepada makhluk-Nya
24

BAB 6: Makrifat tentang Iblis dan daripada apakah Dia telah
menciptakannya 25

BAB 7: Makrifat tentang Iblis-Iblis dan bagaimana mereka bertukar
menjadi syaitan-syaitan? 27

BAB 8: Makrifat tentang bagaimana apabila Kami mendatangkan
seseorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu
sebagai saksi ke atas mereka itu 28

BAB 9: Makrifat tentang penyaksian pada batin dan melakukan
penyaksian di sisi mukminin 29

BAB 10: Makrifat tentang keserupaan manusia dengan binatang dan
keserupaan binatang dengan manusia secara perubahan rupa dan
bagaimana ia berlaku 30

BAB 11: Makrifat tentang sebab-sebab campuran di antara mukmin dan
kafir serta berapa kali mereka berulang 32

al-Haft al-Syarif

6

BAB 12: Makrifat tentang mukmin yang diuji, bagaimana dia
dikembalikan kepada perubahan rupa dan disusun padanya 33

BAB 13: Makrifat tentang kebersihan jiwa, pilihan dan apa yang
dilucutkan daripada mukmin daripada amalan-amalan yang zahir
apabila dia meningkat kepada kedudukan ini 34

BAB 14: Makrifat tentang apa yang wajib bagi mukmin yang telah
mencapai dan tamat hakikat makrifatnya ke atas saudaranya yang
mukmin yang belum mencapai dan belum tamat hakikat makrifat 36

BAB 15: Makrifat tentang pembalikan darjat kafir sedikit demi sedikit
iaitu pembalikannya dalam kekafiran sebagaimana berakhirnya mukmin
dalam keimanan, maka dia akan menjadi Iblis 37

BAB 16: Makrifat tentang percampuran mukmin dengan kafir dan
bagaimana mereka bercampur? 38

BAB 17: Makrifat tentang Iblis dan kenapa ia dinamakan iblis, syaitan,
mukmin dan kafir, kenapa mereka dinamakan dengan nama-nama ini?
39

BAB 18: Makrifat tentang sebab-sebab azab di dalam masukhiyyah 40

BAB 19: Makrifat tentang kesempurnaan mukmin dan berakhirnya
dengan keimanan sehingga dia tidak perlu lagi kepada makan dan
minum. Dia naik ke langit dan turun ke bumi 42

BAB 20: Makrifat tentang bencana kafir, kesempurnaan dan
kesudahannya dengan kekafiran dan susunan dalam perubahan rupa
45

BAB 21: Makrifat tentang kafir dalam susunan satu demi satu dan
bagaimana dia tidak kembali daripada kekafirannya 47

BAB 22: Makrifat tentang Iblis dan adakah dia zahir atau batin? 48

BAB 23: Makrifat tentang perkahwinan Umm Kalthum pada batin 49

BAB 24: Makrifat tentang apa yang disembelih, apa yang dibunuh yang
menyalahi bentuk manusia 54

BAB 25: Makrifat tentang permulaan penciptaan mukmin yang arif 56

al-Haft al-Syarif

7

BAB 26: Makrifat tentang roh-roh mukminin sama ada ianya satu atau
dua? 58

BAB 27: Makrifat tentang hari mereka dibangkit, hari waktu tertentu,
adakah ia satu hari sahaja atau beberapa hari selepas itu? 59

BAB 28: Makrifat tentang masukhiyyah yang kedua dan perbezaan di
antaranya dan masukhiyyah yang pertama 60

BAB 29: Makrifat tentang matahari, bulan, penciptaan dan
perumpamaannya, perumpamaan malam dan siang 63

BAB 30: Makrifat tentang bintang-bintang yang lima dan bintang-
bintang yang cahayanya menembus, sebutan langit yang ketujuh,
penghuni-penghuninya dan keadaan-keadaannya 64

BAB 31: Makrifat tentang ‘Arasy dan tiang-tiangnya 65

BAB 32: Makrifat tentang gunung-gunung yang kukuh, lautan-lautan
yang dalam dan hijab-hijab Adamiyyiin 66

BAB 33: Makrifat tentang Adam yang lain dan zamannya 67

BAB 34: Makrifat tentang mukmin, bagaimana mereka dilahirkan, di
mana tempat tinggal mereka dan bagaimana mereka dikembalikan
selepas kematian mereka 68

BAB 35: Makrifat tentang kelahiran kafir 69

BAB 36: Makrifat tentang roh-roh yang ditahan di badan 70

BAB 37: Makrifat tentang kelahiran para nabi, para wasi, mereka yang
terpilih, para wali, abwaab dan hijab-hijab 70

BAB 38: Makrifat tentang pembunuhan Imam 74

BAB 39: Makrifat tentang pembunuhan al-Husain pada batin 74

BAB 40: Makrifat tentang pembunuhan al-Husain secara batin pada
zaman Bani Umayyah 78

al-Haft al-Syarif

8

BAB 41: Makrifat tentang kisah Salman bersama Umar ketika diarah
oleh Amir al-Mukminin supaya membahagi-bahagikan hartanya dan
penjelasan keadaan yang berlaku 84

BAB 42: Makrifat tentang berapa lamakah kafir tinggal dalam susunan
masukhiyyah selepas kematian, pembunuhan dan penyembelihan 94

BAB 43: Makrifat tentang keturunan kafir dan apa yang menimpanya
daripada kebaikan, kejahatan, kefakiran, penyakit, bala, bahaya pada
hartanya dan apakah sebabnya 96

BAB 44: Makrifat tentang adakah kafir dihina oleh mukmin dan mukmin
dihina oleh kafir? 97

BAB 45: Makrifat tentang perbuatan mereka yang zalim kepada para
wali dan tanda hama daripada manusia 98

BAB 46: Makrifat tentang susunan masukhiyyah pada kafir dan
susunan nasutiyyah pada mukmin serta kelebihan di antara keduanya
100

BAB 47: Makrifat tentang adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir
dan kafir menjadi hamba kepada mukmin serta apakah sebabnya? 102

BAB 48: Makrifat tentang berapa lamakah mukmin akan sampai
sehingga menjadi seorang yang ikhlas, kemudian dia naik ke langit dan
turun ke bumi 105

BAB 49: Makrifat tentang apa yang dikenali sebagai penyakit dan bala
yang berlaku kepada mukmin dan kafir serta sebab berlakunya kepada
mereka berdua 107

BAB 50: Makrifat tentang bagaimana mukmin menjadi kaya atau miskin
di dunia sementara kafir demikian juga 111

BAB 51: Makrifat tentang sedikit bilangan mukmin dan banyak bilangan
kafir 113

BAB 52: Makrifat tentang roh-roh cahaya 114

BAB 53: Makrifat tentang pondan dan sebabnya 114

al-Haft al-Syarif

9

BAB 54: Makrifat tentang mukmin adakah dia dikembalikan dalam rupa
perempuan mukminah dan adakah dikembalikan perempuan
mukminah dalam rupa lelaki mukmin? 116

BAB 55: Makrifat tentang lelaki kafir adakah dikembalikan kepada
perempuan kafir dan adakah perempuan kafir dikembalikan kepada
lelaki kafir? 117

BAB 56: Makrifat tentang susunan binatang-binatang ternakan adakah
yang jantan dikembalikan kepada betina dan yang betina kepada jantan
atau ia tidak dikembalikan? 120

BAB 57: Makrifat adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir atau
adakah kafir menjadi hamba kepada mukmin dan bagaimana mukmin
dikembalikan kepada kemerdekaan? 121

BAB 58: Makrifat tentang susunan kafir yang baik dengan keluarganya
dan orang lain serta apakah sebabnya? 122

BAB 59: Makrifat tentang huruf-huruf, fasal, wasal dan percakapan
123

BAB 60: Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin, pusingan dan bilangan
mereka 125

BAB 61: Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin 125

BAB 62: Makrifat tentang tabiat, keanehan dan ragam 127

BAB 63: Makrifat tentang seseorang dan dirinya dengan empat tabiat,
empat tiang dan empat rukun 130

BAB 64: Makrifat tentang ciptaan Allah yang bermacam-macam 131

BAB 65: Makrifat tentang kesahihan tujuh Adam 135

BAB 66: Makrifat tentang apa yang telah berlaku pada bayang-bayang
dan bentuk-bentuk yang kabur 154

Bab 67: Makrifat tentang hak-hak Ikhwan dan kelebihan mukminin
serta ditambah padanya tentang khabar percampuran 163

Biblografi 173

al-Haft al-Syarif

10

Indeks 175

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

al-Haft al-Syarif

11

Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta dan ganjaran bagi
mereka yang bertakwa. Selawat dan salam kepada Muhammad penutup
para nabi dan keluarganya yang suci.
Segala puji bagi Allah yang awal-Nya tidak ada permulaan, tidak
ada pada azali-Nya penghujung, tidak ada bagi-Nya lawan dan sekutu,
suci daripada isteri-isteri dan anak-anak. Dia telah menciptakan
manusia sebaik-baik kejadian, Dia melarang dengan lembut dan tadbir.
Dia telah mendirikan tujuh langit dengan perintah-Nya yang ia tidak ada
sebelumnya.

Dia telah membentangkan bumi-bumi dan mengalirkan di antara
keduanya tujuh lautan, menjadikannya benteng yang kukuh untuk
langit-langit-Nya. Dia menghiaskannya dengan bintang-bintang, lalu
menjadikannya petunjuk untuk makhluk-Nya. Dia telah menciptakan
gunung-ganang, lalu Dia menjadikannya pasak-pasak. Dia telah
menciptakan untuk kamu makhluk zahir dan batin.
Dia telah mendidik makhluk-Nya beberapa perkara secara zahir dan
menentukan mereka dengan darjat-darjat ilmu kebatinan. Maha Suci
Allah Maha Tinggi dan Maha Besar.
Kemudian kami telah melihat kepada ilmu-ilmu kebatinan yang
datang daripada para imam yang cerdik, maka kami telah mendapati
ilmu kebatinan sesuai dengan ilmu zahir. Ilmu batin dan ilmu zahir
tidak ada perselisihan di antaranya kecuali [jika seorang itu] mengikut
hawa nafsu dan cenderung kepada pendapat sendiri.
Kami telah mendapati manusia sepakat di dalam tanzil, tetapi
mereka berselisih faham tentang takwil disebabkan kesamaran-
kesamaran yang telah mempengaruhi hati mereka yang menentang. Lalu
mereka menggunakan hawa nafsu kerana kejahilan mereka di dalam
takwil. Justeru setiap orang berkata mengikut hawa nafsunya.
Menentang siapa sahaja yang menyalahinya tentang al-Qur’an.
Manakala satu kurun berlalu, maka ia diikuti oleh satu kurun
berikutnya.

Lantaran itu, kami telah melihat dan mengkaji perbuatan mereka,
maka kami telah mendapati ilmu yang paling baik adalah ilmu yang
datang daripada Allah dan daripada Rasul-Nya secara nas. Dan kami
telah mendapati takwil daripada Ahlu l-Bait sesuai dengan al-Qur’an
kerana mereka telah membuat kesimpulan (istinbat) daripada ilmu yang
membingungkan kebanyakan akal manusia, melemahkan fahaman dan
hati mereka untuk menanggungnya. Manakala mereka tidak mampu di
dalam perkara ini, maka mereka mulai menentang ahlinya, apatah lagi
ketika mereka ditegah manfaatnya.
Perkara pertama yang wajib kita perhatikan adalah di dalam
urusan-urusan tauhid yang menjadi milik manusia di dunia dan
akhirat, maka kami merujuk untuk mengetahuinya kepada Ahlu l-Bait
yang suci dan zuriat mereka yang diutus. Rasulullah s.a.w telah

al-Haft al-Syarif

12

bersabda: Sesungguhnya kedua-duanya (kitabullah dan ‘itrahku) tidak
akan berpisah sehingga mereka berdua dikembalikan di Haudh.
Pada mulanya tidak ada sesuatu bersama Allah, kemudian
kehendak-Nya telah berlaku di sebalik iradat-Nya, sebab-sebabnya yang
mana aku akan menjelaskannya di dalam kitab ini sedikit demi sedikit
dan sebab demi sebab daripada kata-kata para imam a.s tentang rahsia
ilmu Allah, ilmu Rasul-Nya dan apa yang sampai kepada kita daripada
mereka yang dipercayai (al-Thuqaat) yang membawa ilmu khusus yang
dinaskan dan diriwayatkan daripada mereka yang terdahulu.
Di antaranya Muhammad bin al-Fadhl, salah seorang perawi ilmu
batin yang dipercayai tentang ilmunya dan yang paling warak pada
zamannya. Kemudian ‘Umar bin Zaid, kemudian Yusuf bin Ya‘qub,
kemudian Yunus bin al-Mausuli, kemudian Abdullah bin Hilyah al-
Kattaani, kemudian Sayyidu-naa Muhammad bin Sinan, penyimpan
ilmu ini, kemudian Muhamamd bin al-Mufadhdhal, kemudian Ibn Abi
‘Umair, beliau adalah seorang yang banyak berpusa dan bertenaga pula.
Kemudian Safwaan bin Yahya al-Saabiri, Ibn Abi ‘Imraan, Ahmad
Abu Muhammad bin Basir, Ya‘qub bin ‘Alqamah. Semua mereka telah
mengambil istinbat daripada ilmu keluarga Muhammad dan mereka
telah bersetuju di atas riwayat-riwayat ini daripada Yunus bin Zibyaan
di dalam semua perkara. Umar bin Udhinah, Daud binKathir al-Ruqiyy
yang mempunyai kepercayaan imam, al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi
iaitu beliaulah bermulanya riwayat ilmu batin daripada Abu Abdillah a.s.
Kemudian Ibn Rabii‘ al-Syaammi, Abu Hamzah al-Thumaali yang
tidak terlepas daripada riwayat-riwayatnya sama ada yang menentang
atau yang bersetuju kerana kebenaran nasihatnya dan amanahnya.
Ramai ahli hadis meriwayatkan daripadanya. Abu al-Hasan al-
Khurasaani, seorang pendebat yang bermata merah dan beliau adalah
sebaik-baik suadaranya.
Abu Khalid al-Kaabili, al-Jabir al-Ja‘fi yang mana Imam Ja‘far a.s
telah memberi ilmu yang banyak kepadanya. Jumhur ahli hadis dari
Hijaz dan Iraq seperti Sufyaan dan kumpulannya dan setiap mereka,
meriwayat daripada Abi Ja‘far, daripada Ali bin al-Husain tentang
permulaan penciptaan makhluk, makrifat tentang tujuh Adam,
bagaimana berakhirnya masa setiap Adam? Susunan mereka pada
bentuk-bentuk dan kesudahan nasib mereka.
Diriwayatkan khabar-khabar ini daripada al-Sadiq a.s dan daripada
kumpulan sahabatnya seperti dua anak lelaki Ya‘qub; Yunus dan Yusuf,
Ibn Abdillah Hannaf, Ibn Sadid dan Mubasysyir.
Setiap orang daripada mereka mempunyai kelebihan-kelebihan
(manaaqib) dan merekalah yang telah memindahkan ilmu ini daripada
Abu Abdillah al-Sadiq a.s tanpa khilaf dan perbalahan. Sesungguhnya
khilaf adalah dari segi perawi-perawi sedangkan Ahlu l-Bait Muhammad
s.a.w tidak ada khilaf di antara mereka dari segi tanzil, tafsir, takwil

al-Haft al-Syarif

13

tentang halal dan haram, malah mereka benar-benar mengetahui
tentang halal dan haram.
Dan apa yang terserlah daripada ilmu tauhid dan makrifat
kebenaran adalah daripada mereka secara keseluruhannya. Kerana
hadis yang pertama adalah daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi
daripada al-Sadiq a.s, justeru beliaulah yang dimaksudkan sementara
perawi-perawi yang lain mengambilnya daripadanya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->