You are on page 1of 30

MODUL 2 : Bahan 2D, 3D dan Fotografi

SINOPSIS Modul ini akan memberi input berkaitan dengan media bahan 2D, 3D dan fotografi. Ketiga media ini merupakan media yang sedia wujud dalam persekitaran pendidikan. Bahan 2D dan 3D merupakan media yang agak tradisional, walau bagaimana pun ia masih releven dalam dunia pendidikan, untuk itu modul ini akan cuba memberi penjelasan jenis-jenis media 2D dan 3D, dan juga cara-cara penghasilannya. Teknik penghasilan berserta dengan ciri-ciri pedagogi akan memberi nilai terhadap media tersebut, di mana ia boleh memberi impak kepada proses P&P.

Media fotografi, walaupun agak baru tetapi ia merupakan media yang boleh mempersonakan pemerhati, justru itu ia boleh memberi impak yang besar kepada pembelajaran pelajar. Modul akan cuba membantu pelajar untuk menguasi aspek teknikal kamera, kemahiran dan teknik menangkap (shot) gambar yang baik supaya ia boleh digunakan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN Menggunakan pengetahuan tentang bahan 2D/3D serta peralatan kamera, komposisi serta kemahiran teknik penggambaran pembelajaran yang sesuai dan berkesan. untuk menghasilkan bahan pengajaran dan

Pengenalan:

Bahan 2D dan 3D

Penggunaan bahan 2D dan 3D sebagai kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu merangsang pembelajaran pantas pelajar menggunakan pelbagai deria dalam pembelajaran mereka.

Isi Kandungan Utama: Bahan 2D Bahan Dua Dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.mempunyai dua dimensi iaitu lebar dan panjang . Berbentuk leper dan tidak mempunyai kedalaman. Terdapat tiga jenis bentuk 2D: .Contoh : Carta, gambar foto, graf, Lukisan, kad imbasan, peta , poster, bahan bercetak, CARTA Jenis-jenis carta CARTA ORGANISASI Carta organisasi menunjukkan hubungan atau rantaian struktur pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam satu organisasi kumpulan dan sebagainya. Bentuk Geometri Bentuk Abstrak Bentuk Gambaran

Carta Organisasi

Carta jadual

CARTA JADUAL Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penerangan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa yang berlaku. CARTA URUTAN Carta urutan juga dikenali sebagai sebagai carta alir. Carta urutan menerangkan tentang aliran sesuatu proses atau tindakan. Ia dihasilkan secara mendatar bagi menunjukkan perkembangandan untuk mudah difahami setiap langkah=langkah satu persatu.

Carta Urutan

Carta masa

Carta Klsifikasi

CARTA MASA Carta masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa. Carta masa berguna untuk meringkaskan masa satu siri perstiwa yang telah berlaku. CARTA KLASIFIKASI Carta klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahanbahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya. GAMBAR FOTO Gambar foto dihasilkan melalui rakaman dengan kamera. Gambar foto boleh dihasilkan dalam bentuk hitam putih atau berwarna. pelbagai jenis gambar boleh dihasilkan seperti pemandangan, benda, rupa bentuk manusia,buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan gambar abstrak.

Burung GRAF

Mawar

LUKISAN Lukisan merupakan lakaran idea manusia yang disampaikan dalam bentuk komunikasi visual. Terdapat pelbagai jenis permukaan yang rata yang boleh dijadikan lukisan di atasnya. Antaranya ialah kain, kanvas, papan, batu, kaca dan sebagainya. Lukisan perlu bertema sesuai, tepat, jelas dan memberi makna kepada murid supaya objektif isi pengajaran yang hendak disampaikan tercapai.

Lukisan di atas kain

Lukisan di atas papan

PETA

Bersama rakan anda bincangkan bagaimana peta boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu? POSTER Poster merupakan satu lukisan yang menggabungkan penggunaan ilustrasi dan muka taip yang dipersembahkan sebagai satu alat komunikasi visual. Mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui poster hendaklah mudah dibaca, jelas, ringkas dan tepat.

Poster Anti Dadah KAD IMBASAN

poster Penderaan

Kad imbasan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kad imbasan bergambar dan kad imbasan tulisan.

Kad imbasan

Bahan 3D Terdapat dua jenis bentuk 3D iaitu: 1. Bentuk 3D sebenar 2. Bentuk 3D tiruan Antara jenis bahan 3D adalah seperti berikut: BONEKA Jenis-jenis boneka: BONEKA SARUNG TANGAN Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Boneka jenis ini memerlukan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk anggota boneka.

Boneka Sarung Tangan BONEKA TALI

Boneka tali

Boneka Bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. BONEKA LIDI Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota yang bakal

digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Boneka wayang kulit

BONEKA WAYANG KULIT Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin. MODEL Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Beberapa pecahan jenis model: (a) Model Berskala Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang. (b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya. Contoh: model enjin keretapi dan neraca (c) Model Keratan Rentas Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.

Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia Contoh:

.MODEL BERSKALA

Model Olok-olok

Model keratan rentas

RELIA Relia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut: (a) Relia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain. (b) Relia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. (c) Spesimen
http://3.bp.blogspot.com/4G35yuYfvWA/Ttj47xiR4pI/AAAAAAAAAME/fVaYs2ZcPjs/s1600/relia+awet2.jpg

Ini merupakan sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hiduphidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan. Contoh,

Realia asli DIORAMA

Realia awet

Spesimen katak

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya. Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain. MOBAIL Mobail bermaksud bergerak. Mobail biasanya digantung tinggi dan mempunyai maklumat seperti keratan gambar atau tulisan dengan menggunakan tali. Keratan yang digantung perlu mempunyai maklumat pada kedua-dua belah muka. Selain itu, kedudukannya juga perlu seimbang dengan menyusun keratan gambar dan tulisan dari bawah ke atas dengan jarak yang sesuai supaya tidak berlanggar antara satu sama lain.

Diorama TOPENG

Mobail

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

topeng AKUARIUM Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut.

Akuarium Penggunaan pelbagai bahan yang baik dan bermutu seperti bahan 2D dan 3D membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, menarik, berkesan dan berkualiti .

SEJARAH PERKEMBANGAN FOTOGRAFI

Istilah fotografi atau "Photography" diambil daripada perkataan Greek. Perkataan photos ("light") bermaksud cahaya dan graphein ("to draw") bermaksud melukis.Perkataan ini mula diguna pertama kalinya oleh seorang saintis bernama Sir John F.W. Herschel pada tahun 1839. Ianya adalah kaedah merekod imej melalui tindakan cahaya, atau radiasi yang tertentu pada sesuatu bahan yang sensitif kepada cahaya atau radiasi tersebut.

Sir John F.W. Herschel

Kamera Lubang Jarum Alhazen (Ibn Al-Haytham), seorang yang berpengaruh dalam bidang optik di zaman pertengahan, mencipta kamera lubang jarum yang pertama (juga dikenali sebagai kamera obscura) dan berjaya memberi penjelasan bagaimana imej yang dihasilkan berada dalam kedudukan terbalik. Ibn Al-Haytham menggunakan kanta untuk memfokus cahaya ke dalam kotak gelap. Imej yang difokuskan menjelma pada permukaan kertas di dalam kotak tersebut. Alhazen (Ibn Al-Haytham) dan kamera obscura

Kamera obscura

Gambar Foto Pertama Pada 1827, Joseph Nicephore Niepce, seorang pencipta dari Perancis telah menghasilkan gambar foto yang pertama dengan menggunakan kamera obscura untuk mengumpulkan cahaya ke atas kepingan logam yang dilapisi bahan yang sensitif kepada cahaya dikenali sebagai bitumen. Sebelum Niepce, kamera obscura hanya digunakan untuk tujuan melihat dan melukis, tetapi bukan untuk membuat gambar foto. Teknik heliographs atau cetakan matahari yang dihasilkan oleh Joseph Nicephore Niepce ini memerlukan pendedahan kepada cahaya selama 8 jam untuk imej terhasil tetapi kemudiannya imej tersebut akan beransur-ansur hilang. Teknik ini merupakan prototaip kepada fotografi moden. Kemudian, Niepce bergandingan dengan Louis Daguerre untuk mencipta kaedah
heliographs oleh Joseph Nicephore Niepce

baru yang dinamakan daguerreotype. Ianya melibatkan penggunaan tembaga peralatan daguerreotype oleh Louis Jacques Mande Daguerre yang dilapisi perak. Bahagian perak disapukan lapisan iodin menjadikannya lapisan yang sensitif kepada cahaya. Kemudian, kepingan ini diletakkan di dalam kamera obscura dan didedahkan kepada cahaya selama beberapa minit. Akhirnya kepingan ini diletakkan ke dalam larutan silver chloride. Proses ini menghasilkan imej yang kekal lebih lama.

BAHAGIAN-BAHAGIAN ASAS DAN FUNGSI KAMERA

Pada asasnya konsep sebuah kamera adalah sama sahaja, sama ada yang murah mahupun yang mahal. Secara umumnya, bahagian asas kamera, adalah seperti yang dapat dilihat di bawah. kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama kamera.

lensa

Dengan terciptanya kamera digital, terdapat bahagian pada kamera yang ditambah sesuai dengan fungsinya. Bagaimanapun, kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama kamera. Antara contoh bahagian tambahan ini adalah seperti berikut :

FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN ASAS KAMERA


JENIS KAMERA Kamera Pandang (View)

Antara kamera yang terawal


Masih lagi digunakan sekarang Kini dalam bentuk digital Kualiti imej sangat tinggi Bidang arkitek, teknikal, industri Cahaya dari subjek masuk terus melalui lensa utama dan dilihat menerusi skrin fokus di belakang kamera Sebelum imej diambil skrin ditukar ganti dengan pemegang filem Tidak banyak lensa tukar-ganti dan tiada lensa zoom. digital Refleks Lensa Berkembar (TLR)

Mempunyai dua lensa, satu untuk pandangan manakala satu lagi untuk merakam. alat mekanikal TLR tidak rumit berbanding dengan SLR.Ini juga menyebabkan :1.alat mekanikal kamera tidak mudah rosak secara perbandingan. 2. Lebih murah pada kualiti optikal yang sama dengan SLR. Masalah kesalahan parallax. Tidak banyak lensa tukar-ganti dan tiada langsung lensa zoom. Refleks Lensa Tunggal (SLR) Mempunyai lensa yang sama untuk pandangan dan untuk merakam dengan bantuan cermin dan pentaprisma. Apa yang dilihat melalui tingkap penilik pandang adalah apa yang akan dirakam. Memerlukan penjagaan yang rapi. Lebih mahal berbanding dengan jenis kamera lain kerana lebih kompleks. terdapat pelbagai jenis lensa tugarganti yang boleh digunakan

Kamera Fokus Tetap Diberi nama sempena lensa yang digunakan telah ditetapkan fokusnya dan tidak boleh diubah-ubah. Memfokus dilakukan dengan mengubah jarak antara kamera dengan objek Kini dalam bentuk digital lebih murah kerana tidak perlu menggunakan mekanisme lensa yang bergerak sesuai untuk kamera web, kamera keselamatan, kamera telefon mudah alih kamera trafik dan lain-lain. Kamera Pencari Jarak Padu

Pencari Jarak

Pencari jarak automatik dan alat fokus disediakan pada kamera untuk mencari jarak dari objek ke filem cahaya akan dipancar ke objek dan dipantul semula dari objek ke kamera dengan menggunakan alat sensitif cahaya untuk mendapatkan jarak tepat lebih senyap kerana tiada cermin bergerak seperti SLR masalah kesalahan parallax wujud kerana wujud dua lensa berbeza untuk melihat dan merakam terdapat dalam bentuk digital

Kamera Segera

Jenis kamera yang menghasilkan cetakan imej yang diambil sebaik sahaja rakaman dibuat tanpa pemprosesan makmal Digunakan apabila terdapat keperluan untuk cetakan imej segera seperti foto untuk kad identiti, pasport, ultrasound dan lain-lain. Digunakan juga oleh polis dan bomba kerana sifat filemnya yang tidak boleh diubahsuai Asalnya menggunakan filem jenis gulung, kemudiannya memakai filem dalam pek.

Pengatup (shutter)
sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai kelajuan pengatup ditunjukkan dengan angka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dll kelajuan pengatup 1/125 misalnya membawa maksud pengatup terbuka dan tertutup semula selama 1/125 saat Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan kepada cahaya dibenarkan dan sebaliknya.

tuil kelajuan pengatup

tingkap pengatup

Apertur (aperture)
Saiz bukaan lensa untuk membenarkan kemasukan cahaya ke dalam kamera. Kawalan Apertur terdiri daripada nombor-nombor yang dikenali sebagai F-stops.Contoh :F-22 F-16 F-11 F-8 F-5.6 F-4 F-2.8 Semakin kecil nombor F-stop bermakna semakin besar bukaan dedahan apertur dan sebaliknya.

Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan kepada cahaya dibenarkan dan sebaliknya. Penggambaran di tepi pantai atau di bawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yang kecil f-16 atau f-22. Ini bermakna, untuk menahan cahaya yang berlebihan daripada masuk ke dalam kamera, kita mengecilkan saiz aperturnya. Apabila keadaan cahaya yang kurang atau di dalam Bilik yang agak gelap, besarkan saiz apertur f-2.8 Atau f-2 untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa. Gambar yang saiz aperturnya kecil (f/16) jelas dan tajam dari depan ke belakang.Saiz apertur seperti ini sesuai untuk penggambaran pemandangan Untuk gambar jenis potret, saiz apertur yang besar diperlukan untuk mengkaburkan latar belakang. Ini dinamakan kedalaman medan (depth of field) . Semakin luas bukaan apertur, semakin banyak kedalaman medan akan dapat diperhatikan.

Lensa Kamera Lensa kamera adalah sebuah kanta optik atau gabungan kanta yang digunakan bersama-sama dengan badan kamera dan mekanisme untuk menghasilkan imej objek sama ada pada filem fotografi atau media lain yang mampu menyimpan imej dengan bahan kimia atau elektronik. Lensa boleh secara kekal tetap kepada kamera, atau ia boleh ditukar dengan kanta panjang yang berbeza bukaan, fokus, dan sifat-sifat lain. Kanta majmuk yang terdiri daripada beberapa unsur-unsur kanta optik diperlukan untuk membetulkan (sebanyak mungkin) banyak masalah optik yang timbul.
Lensa boleh diklasifikasikan sebagai: Lensa Biasa/Normal: Kanta yang memperlihatkan medan pandangan yang biasanya kelihatan "semula jadi" di bawah syarat-syarat tontonan biasa. Untuk kamera yang menggunakan filem 35mm, lensa 50mm dianggap sebagai lensa normal. lensa normal 50mm Lensa sudut lebar: sudut pandangan yang lebih luas daripada 60 dan jarak fokus lebih pendek daripada biasa. berguna untuk menangkap landskap yang luas, mengambil gambar kumpulan dalam ruang yang sempit, gambar seni bina dan banyak lagi. Kamera digital atau filem 35mm SLR, lensa sudut lebar umumnya dianggap apa-apa lensa dengan panjang fokus 35mm atau kurang. lensa 15mm

lensa 18mm

lensa 24mm

lensa 35mm

Gambar menunjukkan perbezaan medan pandangan bagi pelbagai jenis lensa sudut lebar dan normal. Lensa fokus Panjang: apa-apa kanta dengan panjang fokus lebih panjang daripada ukuran pepenjuru filem atau sensor. 85 mm Mungkin penggunaan yang paling biasa bagi kanta telefoto adalah untuk membawa subjek yang kecil dan jauh menjadi dekat. Ini membolehkan kita melihat subjek-subjek yang sukar dilihat dalam 180 mm kehidupan sebenar, misalnya hidupan liar. 200 mm Walaupun jika anda mampu untuk berada hampir dengan subjek, ini boleh memberi kesan kepada penggambaran kerana berada dekat mungkin mengubah tingkah laku subjek. Seseorang itu biasanya bertindak berbeza apabila mereka sedar bahawa ada yang sedang mengambil gambar mereka. Lensa telefoto membolehkan rakaman gambar dilakukan dari jauh tanpa disedari dan subjek kelihatan bersahaja

300 mm

400 mm

600 mm

kanta telefoto juga akan membolehkan anda mengasingkan subjek daripada persekitarannya lantas menarik fokus mata kepadanya.

Lensa Zoom Lensa zoom ialah lensa yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit sama. Gabungannya terdiri daripada lensa sudut luas ke normal ataupun normal ke sudut jauh. Lensa zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan cepat situasinya dan jurugambar tiada masa untuk menukarkan kameranya dengan kanta-kanta yang berlainan. Contohnya :-

70mm200mm normal ke jauh

35mm300mm sudut luas ke jauh

28 mm - 50 mm sudut luas ke normal

650mm1300mm telefoto ke super telefoto

50mm100mm normal ke sederhana

Jenis-jenis Filem
Filem merupakan satu jalur nipis yang fleksibel diperbuat daripada bahan plastik atau lainlain yang mengandungi celluloid dilapisi bahan kimia emulsi yang sensitif terhadap perubahan cahaya. SIFAT-SIFAT FILEM Sensitif Kepada Cahaya : Sesetengah filem hanya sensitif kepada beberapa warna tertentu sahaja. Kepantasan Filem : Filem pantas boleh digunakan walaupun pada waktu kurang cahaya. Filem rendah sebaliknya memerlukan lebih banyak cahaya. Kepantasan diukur dengan skala International Standards Organization (ISO) yang terdiri daripada American Standards Association (ASA) dan DIN (Deutsches Institut fr Normung - German Institute for Standardization) di Eropah. Faktor Bintik Filem : Semua filem mempunyai faktor bintik. Bintik-bintik ini amat halus dan boleh dilihat menerusi kanta pembesar. Semakin pantas filem itu, semakin besarlah faktor bintiknya. Bintik pada filem jelas kelihatan jika pendedahan dibuat dalam cahaya yang kurang ataupun dicetak besar. Kadar Latitud : Keupayaan filem menerima pendedahan sama ada kurang atau lebih. Filem yang pantas mempunyai kadar latitud yang lebih daripada filem berkelajuan rendah.

Jenis Kelajuan Filem


1. ASA Rendah Filem yang memerlukan banyak cahaya untuk menghasilkan imej. Contoh :- ASA 25, 32 & 50. Saiz apertur perlu dibuka luas dan kelajuan pengatup akan menjadi lebih lama. Sesuai digunakan untuk panggambaran waktu cuaca terang, penggambaran pemandangan ataupun landskap kerana faktor bintik yang rendah 2. ASA Sederhana Filemnya memerlukan cahaya yang sederhana untuk membuat imej : Contoh :- ASA 64, 80, 100, 125 & 160. Penggunaannya merangkumi kebanyakkan situasi penggambaran dalam pelbagai keadaan cuaca ataupun cahaya. 3. ASA Pantas Filemnya memerlukan cahaya yang sedikit untuk menghasilkan imej . Contoh : ASA 200, 400, 800, 1000, 1600 & 3200. Contohnya situasi seperti di dalam rumah yang kurang cahaya serta penggambaran aksi sukan.

Pengunaan filem yang sesuai mengikut situasi atau subjek

A Kelajuan filem sehingga ISO 64 B Filem ISO 100 C Filem ISO 200 D Filem ISO 400 E Filem ISO 800 hingga ISO 1600 Paling sesuai Boleh digunakan Tidak digalakkan

Jenis filem adalah seperti berikut: 1.Filem Cetak/ Filem Negatif boleh digunakan untuk daylight atau cahaya buatan. Filem cetak boleh menghasilkan gambar yang boleh diterima walaupun terdapat sedikit kesalahan dedahan. pembetulan boleh dibuat semasa memproses dan mencetak. Salinan boleh dibuat seberapa banyak tanpa menjatuhkan kualiti gambarnya. 2.Filem Slaid/ Filem Lutsinar/ Filem Positif/ Filem Reversal memerlukan ketepatan dedahan dan mempunyai imbangan kepada daylight atau cahaya tiruan. Salinan filem slaid boleh dibuat tetapi kualiti gambarnya akan jatuh

3.Filem Lith/ Filem Garisan menghasilkan imej hitam putih sahaja.Filem ini adalah filem kontras tinggi dan hanya sesuai untuk foto lukisan garisan dan gambarajah

4.Filem Infra Red boleh diperolehi dalam format kaset. Filem ini khas untuk fotografi udara, perbicaraan mahkamah (forensik), perubatan dan arkeologi atau kajipurba

Fotografi Digital Penggunaan filem untuk menghasilkan imej kini telah bertukar dengan terciptanya fotografi digital yang menggunakan pelbagai pengesan cahaya secara elektronik untuk menangkap imej yang tertumpu oleh lensa, bertentangan dengan pendedahan pada filem yang sensitif kepada cahaya. Imej yang ditangkap kemudiannya ditukar kepada bentuk digital dan disimpan sebagai fail komputer yang sedia untuk pemprosesan dan dipapar secara digital, penerbitan secara digital atau percetakan. Sehingga kemunculan teknologi sedemikian, gambar-gambar telah dibuat dengan mendedahkan filem fotografi yang sensitif cahaya, dan digunakan pemprosesan kimia fotografi untuk membangunkan dan menstabilkan imej. Sebaliknya, gambar-gambar digital boleh dipaparkan, dicetak, disimpan, dimanipulasi, dihantar, dan diarkibkan menggunakan teknik digital dan komputer, tanpa pemprosesan kimia.

Kaedah Mengesan Kepekaan Cahaya (Sensor) Sensor imej membaca kekuatan cahaya, dan peranti ingatan digital (flash memori) menyimpan maklumat imej digital sebagai ruang warna RGB atau sebagai data mentah. Dua jenis sensor utama adalah CCD (Charged Coupled Device)dan CMOS (Complimentary Metal-Oxide Semiconductor).

CCD (Charged Coupled Device) Merupakan sensor imej yang paling banyak digunakan pada kamera digital. Ianya memberikan kualiti imej yang tinggi. Satu kelemahan sensor imej CCD adalah ianya menggunakan kuasa yang banyak kerana kehadiran litar yang besar di dalam sensor. CCD menggunakan kira-kira 10-100 kali kuasa berbanding CMOS. CCD juga lebih mahal dibandingkan dengan CMOS. Cahaya yang memasuki lensa kamera akan jatuh pada cip CCD yang bertindak balas terhadap keamatan cahaya yang berbeza dan menukarkannya daripada analog kepada bentuk digital. Sensor ini memberikan nilai binari untuk warna cahaya dan dihantar kepada komputer di mana mereka disusun dalam format imej dan disimpan sebagai fail. Kebanyakan kamera seperti SLR mengandungi sehingga tiga sensor CCD, sensor ini menganalisis RGB yang berbeza warna dan menggabungkannya untuk membentuk imej digital akhir.

CMOS (Complimentary Metal-Oxide Semiconductor) Lebih banyak digunakan pada kamera jenis point and shoot. Penggunaannya kurang dalam kamera SLR. Kualiti imej CMOS tidak sebaik CCD. Itulah sebabnya kamera SLR yang baik selalunya menggunakan CCD berbanding CMOS. Walaubagaimanapun, CMOS menggunakan kuasa yang sangat kurang dan tahan lama. CMOS murah berbanding CCD. Ini menyebabkan kamera dengan sensor CMOS berharga lebih murah.

TEKNIK PENGGAMBARAN

Teknik jarak dekat Ditakrifkan sebagai penggambaran jarak dekat di mana nisbah pengimejan 1:10 - 1:1, iaitu dari saiz 1/10 daripada saiz sebenar kepada saiz sebenar.

Teknik jarak yang lebih dekat dipanggil fotografi makro di mana nisbah pengimejan 1:1 - 10:1 - iaitu dari saiz sebenar sehingga sepuluh kali saiz sebenar.

Teknik jarak yang lebih dekat dari makro adalah Fotografi mikro di mana nisbah saiz sebenar adalah lebih besar iaitu lebih besar daripada 10x saiz sebenar.

Teknik jarak sederhana Biasanya, juragambar akan menggunakan lensa normal atau lensa sudut lebar untuk jarak sederhana. Saiz apertur yang kecil dipilih untuk memberi imej yang tajam keseluruhannya manakala kelajuan pengatup disesuaikan mengikut apertur.

Foto aksi atau sukan menggunakan teknik panning Panning dalam fotografi adalah kaedah mengambil subjek bergerak, seperti aksi atau fotografi sukan, di mana sasaran anda sedang bergerak sepanjang masa pendedahan. Panning biasanya memerlukan anda menggunakan kelajuan pengatup yang perlahan dan kamera digerakkan di sepanjang paksi subjek anda sepanjang masa pendedahan supaya anda mendapat imej yang tajam sedangkan latar belakang imej menjadi kabur. Untuk teknik panning yang sempurna, kunci utama adalah memastikan kamera dan subjek anda berada pada kedudukan selari sepanjang pendedahan cahaya berlaku. Kamera dan subjek perlu bergerak bersama-sama pada masa yang sama, dalam arah yang sama. Anda juga perlu mempunyai kanta yang panjang, dan pastikan anda mengisi subjek anda dalam bingkai.

Panjang sebenar pendedahan yang diperlukan akan bergantung kepada kelajuan di mana subjek bergerak, panjang fokus kanta dan jarak daripada subjek dan latar belakang. Sebuah kereta F1 sedang memecut mungkin membolehkan jurugambar mencapai latar belakang yang kabur pada 1/250,

manakala kelajuan pengatup mungkin perlu di perlahankan sehingga 1/40 untuk mencapai jumlah yang sama kabur untuk gambar seseorang sedang berlari.

Teknik Pembekuan
Teknik ini memerlukan anda meletakkan kelajuan bukaan pengatup yang perlahan. Anda mungkin perlu mencuba beberapa kelajuan untuk mendapatkan kesan pembekuan yang terbaik dan sesuai dengan citarasa anda. Penggunaan tripod adalah perlu untuk mengelak getaran. Bukaan apertur disesuaikan dengan kelajuan pengatup yang dikehendaki.

Teknik ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan kesan gerakan pantas. Untuk itu, ia memerlukan anda meletakkan kelajuan bukaan pengatup yang tinggi. Anda mungkin perlu mencuba beberapa kelajuan untuk mendapatkan kesan pembekuan yang terbaik dan sesuai dengan citarasa anda.

KOMPOSISI

Peraturan Pertiga Bayangkan bahawa imej anda dibahagikan kepada 9 segmen yang sama oleh 2 garisan menegak dan 2 mendatar. Kedaulatan undang-pertiga mengatakan bahawa anda harus meletakkan elemen yang paling penting dalam senario anda di sepanjang garisan ini, atau di tempat di mana mereka bersilang.

Imbangan Elemen
Meletakkan subjek utama anda di penjuru, tidak ditengah menurut peraturan pertiga, mencipta gambar yang lebih menarik, tetapi ia boleh meninggalkan ruang kosong di dalam gambar yang boleh membuat ia berasa kosong. Anda perlu mengimbangi "berat" subjek anda dengan termasuk objek lain yang mempunyai kepentingan yang kurang untuk mengisi ruang.

Garisan
Apabila kita melihat gambar, mata kita secara semula jadi akan bergerak mengikuti sepanjang garisan. Dengan berfikir tentang bagaimana anda meletakkan baris dalam komposisi anda, anda boleh memberi fokus cara kita melihat imej, menarik kita ke dalam gambar, ke arah subjek, atau dalam perjalanan "melalui" tempat kejadian. Terdapat banyak jenis garis - lurus, pepenjuru, lengkok, bengkang-bengkok dll jejarian - dan masing-masing boleh digunakan untuk meningkatkan komposisi gambar kita.

Simetri dan Corak


Kita dikelilingi oleh simetri dan corak, kedua-dua alam semulajadi dan buatan manusia. Ianya boleh menjadikan komposisi yang menarik, terutamanya dalam situasi di mana mereka tidak dijangka. Satu lagi cara yang baik untuk menggunakan mereka adalah untuk memecahkan simetri atau corak dalam beberapa cara, memperkenalkan ketegangan dan menjadi tumpuan ke tempat kejadian.

Sudut Pandangan
Sebelum mengambil gambar, fikirkan sudut yang sesuai di mana gambar akan diambil.sudut pandangan memberikan kesan yang banyak kepada komposisi dan memberi kesan kepada mesej yang hendak disampaikan. Cuba sudut pandangan dari atas, paras lantai dan sebagainya.

Latarbelakang
Mata kita peka kepada elemenelemen yang berbeza di dalam sesuatu senario. Patikan tidak ada objek latarbelakang yang mengganggu fokus mata kepada objek utama. Satu cara yang baik adalah dengan mengaburkan latarbelakang manakala objek utama dijadikan jelas.

Kedalaman (depth)
Perasaan kedalaman boleh diwujudkan dengan menyertakan objek-objek di hadapan, tengah atau belakang. Teknik lain adalah dengan melakukan pertindihan objek-objek di dalam imej. Mata kita dapat mengenal lapisan-lapisan ini dan secara mental akan mengasingkannya lantas mencipta imej dengan lebih kedalaman.

Bingkai
Dunia ini penuh dengan objek yang membuat bingkai semulajadi yang sempurna, seperti pokok-pokok, lengkungan dan lubang. Dengan meletakkan ini di sekitar pinggir komposisi anda membantu untuk mengasingkan subjek utama dari dunia luar. Hasilnya adalah imej yang lebih fokus yang menarik mata anda secara semulajadi ke titik utama kepentingan.

FOTOGRAFI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menarik minat pelajar terhadap pelajaran mereka

Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang hendak disampaikan guru Merangsang pemikiran pelajar seterusnya mendorong penerokaan dan perkembangan minda pelajar Membantu guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman kepada pelajar FIKIR-FIKIR Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda di sekolah?

AKTIVITI [aktiviti ini perlu dilaksanakan]

Berdasarkan satu sub-topik di dalam matapelajaran anda, rancangkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan melibatkan penggunaan beberapa media fotografi. Dalam pada itu rancangkan (anda boleh cuba mengaplikasikan model ADDIE) proses penghasilan media fotografi tersebut supaya ia boleh memberi impak yang baik dalam proses P&P anda.

Laksanakan perancangan yang telah dibuat dalam bilik darjah.

Dokumen perancangan P&P anda yang melibatkan media fotografi. Hasilkan media fotografi sama ada dalam bentuk cetakan atau digital. Muat naik kedua-dua hasilan ini di LMS.

AKTIVITI REFLEKSI [aktiviti ini perlu dilaksanakan]

Berdasarkan aktiviti di atas, jelaskan bagaimana penghasilan beberapa fotografi dalam konteks teknikal dan juga teknik yang digunakan.

Dalam proses mengambil (shot) gambar, apakah aspek-aspek teknikal dan teknik yang dirasakan sesuai digunakan untuk menghasilkan foto-foto untuk tujuan P&P. Beri penjelasan anda.

Adakah foto yang anda gunakan dalam proses P&P itu, dapat member impak terhadap pelajar anda untuk memahami topik yang diajar dan bagaimana?

Dokumenkan perkara-perkara di atas, kemudian muat naik ke dalam LMS.

TUTORIAL [aktiviti ini perlu dilaksanakan]

Dengan menggunakan dua foto yang telah anda hasilkan, buat penilaian dari segi ciri-ciri pengambaran dan komposisi, kemudian kaitkan dengan aspek pedagogikal. Seterusnya banding bezakan kedua-dua foto tersebut. Buat kesimpulan dari perbandingan tersebut.

Buat sedikit pemerhatian atau selidikan di pusat sumber sekolah anda, apakah media bahan 2D dan 3D yang ada. Adakah media-media ini kerap digunakan atau sebaliknya (tidak) oleh guru-guru sekolah anda. Cuba dapatkan sebab-sebab mengapa ia digunakan atau tidak oleh rakan-rakan guru.

Dokumenkan persoalan di atas dan muat naik ke LMS, cetak dokumen tersebut dan bawa berdama foto semasa sesi tutorial.

110 110 110

Rujukan: 1. Chin Yoon Poh (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn Bhd 2. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Oxford Fajar 3. Razali Nor (1994). Teknologi Pendidikan 1: Media Bukan Unjuran. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn Bhd 4. Heinich, Molenda, Russell & Smaldino (1996). Projected Visuals. In Instructional Media and Technologies for Learning. Englewood Cliffs: Prentice Hall (pp 137131) 5. Romiszowski, A.j. (1988). Projected visuals. In The Selection and Use of Instructional Media. London: Kogan Page (pp.137-158). 6. Telg, R. (2000). Effective Computer-Generated Visuals for Presentations 7. Newby, T., Stepich, D., Lehman, J & Russell, J. (2000). Instructional Technology for Teaching and Learning: Designing Instruction, Integrating Computers and Using Media. Prentice-Hall, Inc

111 111 111

You might also like