You are on page 1of 12

PERKHIDMATAN EKOSISTEM

FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH MANUSIA DARIPADA EKOSISTEM

Jenis-jenis perkhidmatan termasuk:

Pembekalan

Pengawalaturan Budaya Sokongan

PENILAIAN EKOSISTEM
Manusia menilai ekosistem dari aspek apa yang boleh diperoleh daripadanya.

Sesuatu ekosistem diturunkan nilai jika tidak membekalkan keperluan asas manusia.
Kebanyakan manusia tidak memahami perkhidmatan daripada sesuatu ekosistem jika tidak menggunakan sesuatu perkhidmatan secara langsung.

Perkhidmatan Pembekalan
1. Makanan dan Fiber produk makanan daripada tumbuhan, haiwan, mikrob; serabut daripada kayu, sutera, hemp dan jut

2. Bahan Api kayu, bahan buang haiwan, etanol dari tebu; bahan api bio fuels dari tumbuhan kiambang

3. Resos Genetik Bahan genetik tumbuhan, haiwan dan mikrooragnisma digunakan untuk penternakan, pembiakbkaan dan bioteknologi
4. Biokikia, bahan perubatan, bahan farmasi ubatan herba (cth. morphine, quinine, aspirin); bahan tambahan makanan (food additives) (cth. Alginates dari rumpair - from seaweed) 5. Resos Perhiasan / Kosmetik produk haiwan spt. kulit, cengkerang, bunga, ranting kayu
5

Perkhidmatan Pengawalaturan
1. Penyenggaraan Kualiti Udara Ekosistem menyumbang kepada serta menyerap bahan kimia daripada atmosfera, lalu mempengaruhi banyak aspek kualiti udara. 2. Pengawalaturan Iklim Ekosistem mempengaruhi iklim tempatan (mengubah tumbuhan penutup tanah, suhu, hujan) dan secara global (membebas gas-gas rumah hijau). 3. Kawalan Air Kadar dan kuantiti pengaliran air hujan (runoff), banjir dan proses memperbaharui air simpanan semulajadi, sangat dipengaruhi oleh jenis penutup tanah, pertukaran kawasan paya, dan pertukaran hutan kepada kawasan tanaman atau pendiaman manusia. 4. Kawalan Hakisan Tanah Tanaman penutup tanah sangat penting dalam penjagaan nutrien tanah, penjagaan tanah serta mengelak kejadian runtuh tanah.

5. Pembersihan Air dan Kumbahan Ekosistem main peranan sebagai agen penuras untuk mengeluar bahan pencemar dari air sebelum muncul dari mata air dan menjalankan proses penguraian bahan buangan organik di ekosistem akuatik. 6. Kawalan Penyakit Manusia Perubahan dalam ekosistem boleh mempengaruhi rebaknya patogen dan vektor penyakit manusia spt. Bakteria kolera, nyamuk Aedes.. 7. Kawalan Biologi Perubahan dalam ekosistem mempengaruhi akt. hidup perosak tanaman dan pembawa penyakit ternakan. 8. Pendebungaan Ekosistem pengaruhi pengagihan, bilangan dan keberkesanan agen-agen pendebungaan. 9. Pelindung Ribut Ekosistem tepi pantai seperti paya bakau dan banjaran batu karang membantu mengurangkan kesan bencana alam seperti taufan dan Tsunami.

Perkhidmatan Budaya
1. Diversiti Budaya Diversiti dalam ekosistem adalah salah satu faktor yang mempengaruhi diversiti budaya. 2. Nilai Rohani dan Agama Ada beberapa agama yang percaya ekosistem / komponen ekosistem sebagai entiti suci. 3. Sistem Ilmu (tradisional dan formal) Ekosistem mempengaruhi jenis ilmu yang digunakan dan diperkembangkan oleh sesuatu budaya. 4. Nilai Pendidikan Ekosistem atau komponen-komponennya atau proses-prosesnya menggariskasarkan pendiidikan formal dan tak formal dalam banyak masyarakat. 5. Inspirasi Ekosistem memberi inspirasi untuk seni,cerita dongeng, simbol kebangsaan, arkitektur dan pengiklanan.
8

6. Nilai Aestetik Ramai menghargai nilai aestetik ekosistem dengan pembinaan taman botanik, taman perumahan serta persisiran pantai. 7. Perhubungan sosial Ekosistem mempengaruhi perhubungan sosial dalam kalangan masyarakat khas seperti nelayan, pengembara (nomad) atau pekebun. 8. Rasa Kepunyaan Ramai orang mempunyai perasaan kepunyaan yang kuat terhadap sesuatu ciri dalam ekosistem yang mereka mendiami. 9. Nilai Warisan Kebanyakan masyarakat ingin melestarikan landskap bersejarah dan spesis-spesis yang signifikan dari segi budaya. 10. Rekreasi dan pelancongan- eko (eco-tourism) Ramai orang gemar melancong menikmati ekosistem yang berbeza di dunia ini.

Perkhidmatan Sokongan

1. Penghasilan tanah dan retensi 2. Kitaran nutrien 3. Produktiviti primer

10

*Apakah kaitan antara perkhidmatan ekosistem dan biodiversiti?

Biodiversiti adalah sumber kebanyakan bekalan ekosistem spt. makanan, resos genetik.
Variasi menjamin pilihan produk ekosistem yang berbagai untuk kegunaan manusia. Perubahan dalam ekosistem, khasnya kehilangan biodiversiti akan mengakibatkan kehilangan perkhidmatan ekosistem.

11

Reading list
1. Millennium Ecosystem Assessment (2003). Ecosystem and Human Wellbeing: A Framework for Assessment. Island Press. Chapter 2: Ecosystems and their services.

12

You might also like