You are on page 1of 24

PENGENALAN Lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau berkumpulan dalam sukan olahraga.

Ada acara untuk peserta lelaki dan ada juga acara untuk peserta wanita. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, acara lari berganti-ganti sering menjadi tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun penonton. Lari berganti-ganti juga adalah satu acara yang paling menarik dalam bidang trek dan padang. Biasanya, acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter disusun pada akhir program sebagai kemuncak di mana penonton dapat menikmati kehandalan pasukan-pasukan yang bertanding dalam suatu pertentangan hebat dan segi kederasan dan kemahiran penukaran baton. Pasukan yang menang dalam acara ini hanya dapat dikesan selepas keputusan terakhir disebarkan sebab ada kemungkinan baton terjatuh, pelari-pelari menerima baton luar daripada zon terhad untuk penukaran baton atau pembatalan yang lain. Dalam keadaan ini, pasukan ynag mempunyai keempatempat pelari yang pantas dengan hantaran yang tidak baik akan ditewaskan oleh pasukan lain di mana pelari-pelarinya mempunyai kepantasan sederhana sahaja tetapi hantaran mereka licin dan baik. Oleh kerana teknik larian telah dipelajari, maka pelari-pelari perlu diajar kemahiran-kemahiran ansur maju dalam teknik menerima dan memberi baton. Susunan pelari-pelari mengikut kualiti masing-masing perlu diambil kira Synchronisation antara keempat-empat atlet sangat penting sebab ini akan memastikan kelicinan dalam teknik penukaran baton yang baik bila mereka sampai ke peringkat pertandingan. Atlet juga perlu mengetahui aspek-aspek kognitif dan psikomotor supaya latihan menjadi lebih bermakna kepada mereka. Mereka juga mesti teguh dan berlatih bersungguh-sungguh sebab acara ini perlu penyelarasan keempat-empat pelari untuk mencapai kejayaan.

SEJARAH Menurut sejarah, kali pertama lari berganti-ganti diadakan ialah pada akhir abad ke-19 di Amerika Syarikat dan dihasilkan oleh dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennysylavania, iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin. Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34) iaitu suku batu dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893. Sejak itu lari berganti-ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai. Dalam tahun kemudian wujud pula Pennysylvania relay Carnival yang merupakan acara tahunan di Bandar Amerika Syarikat. Dari situ, acara lari berganti-ganti ini dikembangkan ke bandar-bandar lain di Amerika danm terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dari Amerika Syarikat, acara lari berganti-ganti tersebar pula ke negara-negara lain. Terdapat pelbagai acara lari berganti-ganti, walaupun kebanyakan peminat sukan olahraga didedahkan dengan acara 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter sahaj. Antaranya termasuk sebagai acara dalam beberapa kejohanan olahraga ialah 4 x 200 meter, 4 x 800 meter, 4 x 1500 meter dan lari bergantiganti jarak jauh, selain dua acara dinyatakan terdahulu. Selain dari itu, terdapat pula lari berganti-ganti campuran atau gabungan seperti 100 x 200 x400 x 800 meter. 100 x 100 x 200 x 400 meter dan 200 x 200 x 400 meter. Menurut sejarah, hanya acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter sahaja diadakan pada tahun 1893 di Pennysylvania. Ini bermakna 4 x 400 meter adalah cabang daripada 4 x 100 meter. Kini lari berganti-ganti 4 x 400 meter menjadi acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga dari peringkat yang paling rendah sehingga ke peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik. Kepopularan acara ini setanding dengan acara 4 x 100 meter sama ada dari segi penyertaan ataupun sambutan orang ramai. Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 400 meter, terdapat empat orang pelari yang akan berlari sejauh 400 meter atau satu pusingan balapan menjadikan keseluruhan jarak yang dilalui oleh keempat-empat orang pelari ini 1600 meter. Cara larian adalah sama dengan acara lari berganti-ganti yang lain iaitu peserta pertama akan berlari sejauh satu pusingan dengan membawa baton untuk diberi kepada pelari kedua yang akan berlari satu pusingan balapan untuk diberi pelari kedua, yang akan berlari satu pusingan balapan untuk diberi pelari ketiga dan seterusnya pelari terakhir yang akan menamatkan keseluruhan larian. Pelari terakhir dalam sesebuah pasukan lari berganti-ganti termasuk 4 x 400 meter ini akan berlari sepantas mungkin untuk menamatkan larian. Pada pelari ini terletak keputusan dalam sesuatu larian. Pelari yang mencecah tali atau 2

pita penamat terlebih dahulu dikira sebagai pemenang, diikuti pelari yang kedua tiba dan begitulah seterusnya. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, acara 4 x 400 meter diletak sebagai acara terakhir, yang kadang-kadang merupakan penentu kepada pencapaian sesebuah pasukan dalam menentukan jumlah keseluruhan pungutan pingat. Acara 4 x 400 meter wanita dan diikuti dengan 4 x 400 meter lelaki menjadi acara penutup kejohanan itu. Oleh kerana 400 meter dianggap sebagai acara pecut, maka acara berganti-ganti 4 x 400 meter ini juga adalah tergolong sebagai acara pecut. Pertukaran baton walaupun tidak sepantas 4 x 100 meter, tetapi sebarang kesilapan atau kelambatan akan memberi kelebihan kepada pihak lawan untuk menguasai perlawanan itu. Peralatan Baton mestilah tiub kosong, licin dan bulat. Ianya dibuat daripada kayu, logam atau benda yang kejor/tegar dalam satu pecahan. Panjangnya tidak lebih daripada 30 cm dan daripada 28 cm. Lingkaran kelilingnya antara 120 hingga 130 mm (4.75 inci) dan beratnya tidak kurang daripada 50 gram. Baton seeloknya berwarna terang supaya mudah dilihat pada masa perlumbaan. Kasut Kasut atau spikes merupakan peralatan penting bagi para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara lari berganti-ganti. Walau bagaimanapun penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini terutama acara lari pecut. Jenis kasut bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan individu. Bagaimana pun biarlah daripada jenis yang ringan. Tapak dan tumit kasut yang dibenarkan ialah untuk 11 tempat paku. Bahagian paku yang teranjur dari tapak atau tumit tidak meelebihi 25 mm panjangnya. Atlit tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sama ada di dalam atau di luar kasut yang boleh menambah tebal kasut atau yang boleh memberi bantuan kepada pemakainya. Nombor peserta Setiap peserta hendaklah memakai nombor yang dipakai di belakang dan di dada supaya jelas kelihatan. Nombor-nombor itu mestilah sama dengan nombor dalam buku aturcara. Ukurannya tidak melebihi 150 mm x 25 mm dan gubahan nombor-nombor peserta yang mengambil bahagian hendaklah sama. Pakaian Di dalam semua acara, peserta-peserta mestilah memakai pakaian bersih dan digubah supaya tidak menjolok mata. Pakaian mestilah dibuat daripada bahan yang tidak nipis dan menampakkan susuk badan pemakai walaupun basah dan boleh mengganggu keputusan hakim. 3

Blok permulaan Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut dan pelari pertama acara lari berganti-ganti 4 x 100 m dan 4 x 400 m membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya, para pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini tetapi kebanyakan atlit, blok ini amat diperlukan termasuk di peringkat sekolah. Blok permulaan hendaklah dibuat seluruhnya dengan benda yang kejur/tegar dan tidak boleh memberi sebarang bantuan tambahan kepada peserta. Ukuran Balapan Panjang balapan bagi acara balapan termasuk acara lari berganti-ganti 4 x 100 m dan 4 x 400 m ialah tidak kurang daripada 400 m. Balapan mestilah tidak kurang daripada 7.32 m lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen atau lain-lain benda yang sesuai, lebih kurang 50 mm tinggi dan 50 mm lebarnya. Jika di atas balapan rumput, bendera hendaklah dipacakkan di atas garisan pada setiap 5 meter untuk menghindarkan peserta-peserta daripada berlari di atasnya. Bendera-bendera itu dicondongkan 60 darjah dengan bumi ke sebelah dalam. Bendera berukuran 0.25m x 0.2m. Balapan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 6 lorong dan seberapa boleh 8 lorong. Lebar lorong ialah antara 1.22m hingga 1.25m. Bagi acara 4 x 100m, pelari pertama hingga pelari keempat mestilah berlari di lorong masing-masing. Dalam acara 4 x 400m pula, pusingan pertama dan sebahagian pusingan kedua hingga akhir lengkungan pertama hendaklah berlari dalam lorong masing-masing. Peserta-peserta dibenarkan memotong akan ditandakan dengan bendera bertiang 1.50m tinggi di kedua-dua belah balapan. Bagi acara 4 x 100m, pelari pertama akan berlari sejauh 106m, pelari kedua dan pelari ketiga sejauh 126m dan pelari keempat sejauh 120m. Bagi acara 4 x 400 m pula, peserta akan berlari pada jarak yang sama. Zon pertukaran baton dalam acara 4 x 100m ialah pada jarak 20m.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM LARI BERGANTI-GANTI Komponen kognitif dalam pergerakan melibatkan pengertian tanggapan analisa, sintisis dan penggunaan berjenis-jenis aspek pergerakan. Pembentukan konsep prinsip-prinsip mekanik dan saintifik dalam lari berganti-ganti membolehkan murid memahami kenapa dan bagaimana badan mereka bergerak apabila mereka melakukan sesuatu supaya ianya dapat memberi kesan yang baik pada peserta. Lari berganti-ganti adalah acara pecut (sprint event) kerana kebanyakan prinsip-prinsip mekanik dan saintifik adalah berkaitan dengan lari pecut. 1. Hukum pergerakan Newton 1.1 Hukum Inertia Segala-galanya akan bergerak terus dan hanya menghala ke lain sekiranya ada sesuatu kuasa yang menghalakannya. 1.2 Hukum Halaju Kelajuan badan terpulang kepada kekuatan daya tekanan yang bertindak. 1.3 Hukum tindak balas Untuk sesuatu tindakan ada sesuatu tindak balas yang sama dan berlawanan. Pusat graviti Pusat graviti adalah pusat perimbangan badan Gerakan badan yang dijatuhkan ( falling body ) Pelari-pelari perlu menjarakkan pusat gravitinya semasa membuat permulaan seberapa ke hadapan yang boleh sehingga ia mula melangkah untuk berlari. Semasa pecut, tubuh badan diangkat ke udara dalam masa yang singkat sekali. Daya tekanan Pergerakan berlaku jika ada tekanan 4.1 daya sentrifugal 4.2 daya sentripetal 5. Kelajuan dan langkah Jika kelajuan bertambah maka langkah menjadi lebih panjang 6. Pergerakan 6.1 Pergerakan terus - yang bergerak dari satu tanda ke satu tanda. 6.2 Pergerakan paksi yang mempunyai satu paksi 5

2. 3.

4.

Contoh : Pergerakan kaki yang berpaksi di bahagian punggung di mana pelari bergerak lebih laju ke depan Domain psikomotor Domain ini merangkumi semua pengalaman pembelajaran berdasarkan membaiki kualiti tindak balas pergerakan. Domain Afektif Perasaan dan sensitiviti Permulaan Dalam Lari Berganti-ganti Dalam acara lari berganti-ganti permulaannya adalah pada selekoh balapan. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat adalah seperti untuk berlari untuk lari pecut hanya perbezaan pada landasan larian. Pelari pertama dikehendaki memasang bloknya pada sebelah kanan lorong itu mengikut garisan lurus ke lengkungan bahagian dalam lorong itu. Ini kerana : i) boleh mendapat kelajuan yang maksima mengikut pergerakan lurus (linear motion ) jika dibandingkan dengan permulaan berlari dari selekoh ii) dapat mengurangkan sedikit jarak larian. Selepas mencapai kelajuan, pelari itu mestilah berlari seberapa dekat dengan garisan dalam lorong itu dan dekam badan ke depan serta condong kesebelah kiri mengikut selekoh itu. Butir-butir kognitifnya adalah kerana dapat mengurangkan jarak larian jika mengambil selekoh kecil daripada mengambil selekoh yang besar. Dekamkan badan adalah untuk keseimbangan. Badan dicondongkan untuk imbangan daya tarikan sentrifugal dan setripetal. Jika daya tarikan sentrifugal melebihi daya tarikan sentripetal maka kita akan dicampakkan keluar daripada trek.

Bentuk balapan 4 X 100 m

Bentuk balapan 4 X 400 m

Perbezaan kedudukan dan bentuk balapan 4 X 100 m dengan 4 X 400 m

FASA-FASA LARI BERGANTI-GANTI 1. 2. 3. 4. Fasa sokongan (support ) Pelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan. Mendarat atas bola bebola kaki pada masa permulaan fasa ini. Fasa tolakan (drive) Pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya. Fasa pemulihan (recovery) Kaki belakang ditarik tinggi ke hadapan Fasa hayunan (swing) Lutut kaki depan ditinggikan ke depan

Kedudukan Pelari 4 x 100 meter 7

Pelari pertama boleh bermula dan berlari lencong dengan pantas. Bermula dengan gaya dekam dengan baton di tangan kanan mengikut lorong dalam lari mula hingga habis. Pelari kedua menunggu di zon kederasan di tempat sesah (check mark). Berdiri di sebelah kanan dan berada dalam keadaan bersedia dan berlari dengan pantas apabila pelari pertama sampai ke tanda yang telah ditetapkan. Pelari kedua mesti mempunyaikepantasan dan daya tahan. Penukaran baton mesti dilakukan dalam zon penukaran baton. Pelari ketiga Berdiri di sebelah lorong seperti pelari kedua dan aksi adalah sama. elari ini merupakan seorang yang mahir dalam lari di lencongan. Pelari keempat Posisi berdiri dan aksi adalah sama dengan pelari kedua. Pelari ini perlu mempunyai kepantasan dan daya berjuang dan ianya juga digelar Anchor Man.

Semua pelari mesti berlari mengikut lorong masing-masing dari mula hingga akhir. Kedudukan Pelari 4 x 400 meter Pelari pertama bermula gaya dekam dengan baton berada di tangan kanan. Pelari pertama akan berlari dalam lorong sendiri dari mula hingga akhir. Pelari kedua- pelari ini akan menunggu di zon pertukaran baton lorong sendiri dan akan menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ini akan memotong masuk lorong pertama selepas lencongan pertama.

Pelari ketiga dan keempat menunggu dan menerima baton 10 meter dari belakang garisan penamat. ( Ini adalah untuk pertandingan antara lebih daripada tiga pasukan )

LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU DALAM LARI BERGANTI-GANTI Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang pengajaran berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara lari berganti-ganti ini. Fasa-fasa tersebut adalah : 1. 2. 3. 4. fasa pegangan dan hayunan baton fasa memberi dan menerima baton fasa larian dalam zon pertukaran baton fasa penamat 9

1. Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton Setiap pelajar diminta untuk memegang baton seperti ditunjukkan di dalam gambarajah sepanjang larian mereka. Para pelajar perlu diterangkan rasional memegang baton bagi mewujudkan ruang menerima baton yang maksimum bagi pelari yang akan menerima baton. Seterusnya pelajar diminta untuk membiasakan diri berlari dengan membawa baton dengan cara yang betul. Guru meminta pelajar agar dapat membiasakan menggunakan kedua-dua belah tangan.

5 5 cara pegang baton

2. Fasa memberi dan menerima baton Dalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan ialah kelancaran hantaran baton. Oleh itu, teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton ialah teknik pandang dan teknik tanpa pandang. Teknik pandang Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400 meter di mana penerima baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga menerima baton itu. 10

Teknik tanpa pandang Teknik ini digunakan untuk acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter di mana penerima baton menunggu di tempat yang sesuai dalam zon kederasan

Teknik pandang

Cara peretukaran baton Teknik tanpa pandang

3. Hantaran berterusan Bilangan pelari terdiri daripada angka yang genap. Keperluan : Trek 400 meter dan bertanda dengan bendera pada tiaptiap 50m di trek. Jumlah stesen adalah lapan. Organisasi 4.1 Pada tiap-tiap stesen diletakkan pelari 4.2 Pelari pada stesen satu bermula membawa baton dengan tangan kiri, kemudian menghantar baton pada perta stesen tiga 11

yang menerima dengan tangan kanan. Tiap-tiap pelari berbuat demikian sehingga baton kembali semula ke peserta pertama daripada pelari nombor lapan 4.3 Selepas menghantar baton, berlari anak balik ke tempat asalnya. 4.4 Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepanjang latihan ini. Jangka masa latihan terpulang kepada jurulatih. 5. Hantaran berterusan (sembilan pelari sepasukan) Semua pelari pergi ke lapan-lapan stesen seperti aktiviti lapan berpasukan. Pelari nombor satu dan pelari nombor sembilan menunggu di stesen nombor satu. Pelari nombor satu memegang baton dengan tangan kanan dan dia akan menerima kembali dengan tangan kiri. Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima baton dengan tanagn kanan dan tangan kiri. Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan. Jarak diantara peserta adalah dua puluh hingga tiga puluh meter. Seperti biasa, peserta pertama tiba ke stesen pertama, peserta kedua menghulurkan tangannya ke belakang bila peserta pertama memberi isyarat. Demikian juga dengan pelari-pelari seterusnya. Selepas peserta nombor lima menerima baton dalam tangan kanan, semua pelari berpusing dan jarak seperti pada awal aktiviti di mana peserta nombor lima menjadi pelari pertama pada kali ini.

6.

2 1 3 Cara menghantar baton

4. Fasa Larian Dalam Zon Pertukaran Baton Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di kawasan atau zon larian yang telah ditetapkan. Jarak bagi zon pertukaran baton bagi acara 4 x 100 meter ialah 20 meter. Semua atlit perlu didedahkan tentang zon tersebut di mana kedudukan sebelum dan semasa menerima baton. Sebagai pemberi atau orang yang akan memberikan baton dan hantar dalam kawasan terhad. Baton juga 12

perlu diserahkan sepanjang 1/3 kepada penerima dan pastikan hantaran itu dalam tangan penerima. Sebagai seorang penerima, larian perlu dilakukan daripada garisan awal sepanjang zon dan jangan memandang ke belakang. Baton harus diterima dengan cepat semasa pelari yang menghantar baton tiba ke tanda yang telah dibuat. Penerima baton perlu berada di luar pertengahan lorong jika menerima dengan tangan kanan dan lari dalam separuh bahagian lorong bertujuan untuk memberi kawasan lari bagi pelari yang akan menerima baton.

Zon pertukaran baton

13

Pergerakan dalam pertukaran baton Langkah Ansur Maju 1. Berlari anak di dalam kawasan atau garisan yang telah disediakan. Garisan atau kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda.Pelari atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga kawasan akhir penanda. Lakukan aktiviti berulangkali. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar zon dan penerima akan berada di permulaan garisan yang telah ditetapkan. Apabila pemberi berlari menuju ke arah zon pertukaran baton, penerima akan berlari anak hingga ke garisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton. Lakukan aktiviti ini berulang-kali dan menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon tersebut. Aktiviti secara berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam satu kumpulan. Aktiviti ini dilakukan seperti 2 tetapi menggunakan padang yang sebenar. Peserta akan mengambil tempat sebagaimana yang telah ditetapkan. Buat permulaan, peserta mebuat larian anak . Seterusnya lakukan seperti keadaan yang sebenar bagi membiasakan pelajar melakukan pertukaran baton di dalam zon yang telah ditetapkan dengan kemas dan betul. 14

2.

3.

4.

Fasa Penamat Apabila peserta hendak melintasi garisan penamat, pastikan rentak larian tidak berubah. Dada peserta hendaklah ke hadapan dan mencecah dahulu ke garisan penamat. Peserta yang dadanya dahulu menyentuh garisan penamat dianggap pemenang.

Teknik penamat

Langkah Ansur Maju 1. Guru melatih murid berlari dalam kumpulan untuk menamatkan satusatu larian dengan jarak 20 meter. Apabila sampai di garisan penamat murid mendepankan dada dahulu supaya dada melintasi garisan penamat. Latihan ini di ulang berkali-kali. UNDANG-UNDANG DALAM LARI BERGANTI-GANT Dalam acara lari berganti-ganti, terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam setiap pasukan. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari adalah seperti berikut : o Setiap peserta tidak dibenarkan masuk ke dalam lorong pasukan lain sebaik sahaja baton telah diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya. Pasukan-pasukan yang bertanding dinasihatkan berlari mengikut lorong masing- masing sehingga semua peserta telah melintasi zon terhad. o Peserta-peserta daripada setiap pasukan tidak dibenarkan berlari lebih dari satuleg. 15

o Setiap baton yang dihantar atau diberikan kepada rakan sepasukan mestilah di zon pertukaran yang ditetapkan. Zon bagi jarak pertukaran baton sejauh 20 meter. o Jika terjadi sesuatu perkara seperi baton terjatuh semasa sesi pertukaran, setiap pelari yang memberi atau menghantar baton itu dikehendaki mengambilnya semula. o Apabila berlaku keadaan di mana baton jatuh di luar daripada kawasan hantaran maka pelari yang menjatuhkan baton tesebut mestilah memungut atau mendapatkannya semula.

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN Pelari-pelari bagi acara lari berganti-ganti sering melakukan beberapa kesalahan yang disedari atau sebaliknya. Kesalahan-kesalahan ini akan memberikan gangguan kepada pelari-pelari tersebut dalam membuat larian. Antara kesalahan-kesalahan yang ketara : 1. Pergerakan bahu semasa melakukan larian. Seringkali pelaripelari yang terlibat dalam acara ini melakukan kesilapan seperti yang dinyatakan. Pergerakan bahu semasa melakukan larian mestilah seimbang bagi memastikan larian dapat dilakukan dengan kemas.

16

2. 3. 4. 5.

Ayunan tangan semasa melakukan larian mestilah betul. Kedudukan tangan ke tepi, lurus dan tegan semasa memecut dengan kepantasan. Semasa melakukan larian atau memecut seperti acara pecut yang lain, sering pelari-pelari berlari dalam keadaan biasa agar pergerakan kepala dapat dilakukan dengan sempurna. Semasa larian, genggaman tangan pada baton perlulah erat agar baton tersebut tidak terjatuh dan akan mengakibatkan kelewatan serta ketinggalan Ketika melakukan permulaan larian, kedudukan atau lonjakan keluar daripada belok sering membuatkan seseorang pelari tertinggal disebabkan permulaan yang tidak sempurna.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Bagi mengelakkan berlaku sesuatu kejadian atau perkara yang tidak diingini, beberapa langkah keselamatan perlu dielakkan. Setiap pelari juga perlu diingatkan tentang beberapa perkara agar acara tersebut dapat dijalankan dengan baik. Diantaranya : o Setiap pelari dalam sesuatu pasukan hendaklah berlari di dalam lorong masing-masing. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang perlanggaran dan akan mengakibatkan kelewatan atau ketinggalan. Perkara seperti ini menjadikan bahan bantahan. o Setelah pelari-pelari menyerahkan baton kepada rakan-rakan pasukan, pelari tersebut perlulah melihat ke belakang sebelum keluar dari trek balapan. Ini bagi memastikan tidak berlaku perlanggaran, menghadang pasukan lain atau mengganggu larian pelari lain. o Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter terutamanya, pelaripelari perlulah melihat ke belakang dan ke kanan iaitu arah larian sebelum keluar dari trek balapan. Ini akan memudahkan pelaripelari lain dapat melakukan larian tanpa gangguan.

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL DAN LATIHAN Ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan. Kecergasan boleh diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap daripada segi jasmani, rohani, emosi dan sosial. Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi. Kesemua faktor ini ditentukan oleh : 17

i) ii) iii)

faktor persekitaran faktor keturunan faktor corak hidup

Komponen Kecergasan Konsep kecergasan merangkumi lima aspek iaitu : i) ii) iii) iv) v) kecergasan sosial kecergasan mental kecergasan fizikal kecergasan emosi kecergasan rohani yang

Konsep kecergasan di atas adalah syumul atau komprehensif membolehkan sesorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. i) Kecergasan sosial

Seseorang individu itu adalah ahli keluarga dan masyarakatnya. Oleh itu, ia perlulah cergas melibatkan diri di dalam aktiviti social agar ia dapat memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Rakyat yang cergas akan menjadi sumber yang kaya kepada negara, kecergasan sosial akan dapat merapatkan masyarakat dan seterusnya menjadi alat yang berkesan ke arah perpaduan negara. ii) Kecergasan Mental Kecergasan mental merupakan kesedaran seseorang individu itu terhadap dirinya, masyarakat dan negaranya serta dapat membuat penilaian dan pengukuran yang adil tanpa dipengaruhi oleh pihakpihak tertentu. Kecergasan mental ini juga membolehkan seseorang individu itu melakukan tanggungjawab yang positif terhadap diri dan masyarakatnya dengan menggunakan daya kerja setimpal. ii) Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua sapek terbesar seperti mana pendapat Corbin dan Lindsey (1979) serta Hockey (1981) iaitu aspek kesihatan dan aspek perlakuan. Aspek kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi lima komponen dengan melibatkan kecergasan kardiovaskular menjadi tumpuan utama. Lima komponen tersebut ialah: i. ii. Daya tahan kardiovaskular Kekuatan otot 18

iii. iv. v.

Daya tahan otot Kelenturan dan Kecergasan Komposisi tubuh badan

Manakala aspek kecergasan yang berlandaskan perlakuan ialah : i. Koordinasi ii. Imbangan iii. Ketangkasan iv. Kuasa v. Masa tindak balas vi. Kepantasan iii) Kecergasan Emosi Keperluan pembinaan asas kecergasan jasmani/fizikal, kecergasan sosial dan kecergasan mental ialah pengawalan emosi. Oleh itu, pengetahuan mengenainya perlulah ada agar seseorang itu tidak bertindak mengikut perasaan. Untuk itu, bagi pembinaan asas kecergasan emosi, pengetahuan psikologi, kualiti kehidupan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang berat. Kecergasan emosi membolehkan seseorang itu melakukan integrasi perpaduan, keeratan dalam kumpulan (team work), hormat menghormati, disiplin diri, teguh menghadapi cabaran dan mudah diterima oleh masyarakat. Kecergasan Rohani Kecergasan rohani ialah keupayaan dalaman seseorang itu seperti teguh, kuat daripada segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Kecergasan rohani merupakan kecergasan jangka panjang yang boleh membawa kesihatan dan peningkatan kualiti kemanusiaan, keperibadian bangsa, kepimpinan, produktiviti, disiplin diri, kepuasan diri (self satification, self astualisation), penanaman nilai-nilai, pembentukan watak, berdikari dan ketuanan diri.

iv)

KECERGASAN FIZIKAL Akademi PJ Amerika Syarikat (1979) menyatakan kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga ynag mencukupi untuk riadah. Selain daripada itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul. Fall (1980), memberikan pendapatnya tentang kecergasan fizikal daripada dua 19

aspek iaitu kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu dalam aktiviti sukan terutamanya daripada sistem tenaga, daya kuasa, kekuatan, daya tahan dan sebagainya. Walau bagaimanapun semua kaum dan semua peringkat mempunyai tahap kecergasan fizikal optima masing-masing. PROGRAM LATIHAN Pendahuluan Perancangan yang teliti, sistematik dan saintifik adalah kriteria bagi menjamin keberkesanan program yang dikelolakan. Hanya dengan adanya program latihan yang terancang, jurulatih mampu membimbing dan memperkembangkan keupayaan prestasi atlit ke tahap optimum supaya dapat mencapai kecemerlangan serta memperoleh kemenangan dalam sesuatu pertandingan yang dijadikan matlamat kejayaan. Dalam hubungan ini, seseorang jurulatih harus mengambil kira empat aspek persediaan utama iaitu persediaan fizikal, persediaan teknik, persediaan taktik dan persediaan mental dalam program latihan yang dikelolakan. Perancangan program latihan yang berkesan melibatkan empat faktor pertimbangan utama yang harus dilaksanakan menurut turutan yang khusus. Deskripsi grafik di bawah menunjukkan keempat-empat pertimbangan penting tersebut. Langkah-langkah Dalam Perancangan Program Latihan Perancangan latihan yang sistematik dan saintifik serta berkesan perlu dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut : a. Mengenalpasti tarikh pertandingan utama yang menjadi sasaran kepada atlet untuk mencapai puncak prestasi b. Senaraikan tarikh untuk sepanjang tahun program latihan akan dikelolakan c. Tentukan pertandingan atau kejohanan yang akan disertai sepanjang tahun sehingga pertandingan utama yang menjadi sasaran kemenangan dalam program latihan. d. Bahagikan tempoh latihan kepada 3 fasa utama berasaskan konsep periodisasi program latihan Fasa Persediaan Fasa Pertandingan Pra-Pertandingan Pertandingan Persediaan Umum Persediaan Spesifik

20

Fasa Transisi Transisi Aktif Transisi Pasif

Jadualkan setiap komponen keupayaan atlit yang ingin dipertingkat mengikut fasa-fasa latihan yang dikenalpasti. Aspek-aspek utama dalam komponen keupayaan atlet yang ingin diperkembangkan termasuklah persediaan fizikal, persediaan mental, persediaan teknik dan persediaan taktik.etapkan peratus masa latihan untuk melatih setiap aspek komponen latihan utama yang dipilih. Nyatakan beban latihan (intensiti dan isipadu) untuk setiap fasa latihan yang dirancang. Masukkan maklumat-maklumat lain yang perlu seperti tarikh ujian, pemeriksaan doktor, penjadualan latihan pusat dan tarikh pertandingan utama yang bakal dihadapi ke dalam program latihan. Program Latihan Tahunan Program latihan ialah satu dokumen bertulis yang memperincikan perancangan yang bersistematik dan saintifik untuk membantu atlit dalam persediaannya dari segi fizikal, mental, teknik dan taktik dalam menuju matlamat kejayaan dan kecemerlangan prestasi dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan yang akan disertai. Secara umum, program latihan tahunan meliputi beberapa kitaran makro, kitaran mikro serta sesi latihan harian yang dikelolakan oleh jurulatih untuk memperkembangkan potensi atlet ke tahap optimum.

Jadual 1 : Penilaian Program Latihan Tahunan Nisbah Agihan Masa Untuk Aspek Latihan (Persediaan Fizikal, Teknik, Taktik & Psikologi)

21

Dalam perancangan program latihan, jurulatih perlu memberi perhatian yang sewajarnya penetapan nisbah agihan masa untuk setiap aspek persediaan iaitu persediaan fizikal, teknik, taktik dan psikologi bagi menghasilkan program yang seimbang dan bersesuaian dengan keperluan atlet seiring dengan matlamat program tersebut. Berikut adalah cadangan nisbah agihan masa untuk keempat-empat aspek persediaan untuk satu program latihan acara lari berganti-ganti. Nisbah Agihan Masa Untuk Aspek Latihan Persediaan Persediaan Persediaan Fasa Fizikal Teknik Persediaan 70% 30% Umum Persediaan 60% 25% Khusus Pra 45% 25% Pertandingan Pertandingan 25% 20% Transisi Kaedah Latihan Pencapaian kecergasan fizikal optimum pemain menjadi tumpuan utama jurulatih untuk menyediakan asas yang mantap untuk menghasilkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan yang bakal disertai. Untuk tujuan ini, pelbagai kaedah latihan yang sistematik dan saintifik serta mengandungi variasi aktiviti perlu diserap ke dalam program latihan untuk mengekalkan minat, mengembangkan tahap prestasi seiring dengan matlamat yang ingin dicapai. Di antara kaedah latihan yang sesuai dilaksanakan untuk menghasilkan persediaan fizikal yang mantap adalah termasuk : 1. Latihan Jeda 2. Latihan Litar 3. Latihan Bebanan 4. Latihan Pliometrik 5. Latihan Tekanan KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa acara lari berganti-ganti adalah acara balapan yang memerlukan kerjasama dalam pasukan di samping program latihan yang sistematik untuk membentuk pasukan yang mantap. 50% Persediaan Taktik 10% 20% 40% Persediaan Psikologi 5% 10% 20% -

22

Teknik yang digunakan juga adalah penting bagi mendapatkan sebuah pasukan yang mantap di mana aspek biomekanik dapat diaplikasikan sepenuhnya. Manakala teknik larian, hantaran baton dan kedudukan pelari dalam sesuatu pertandingan perlu ditekankan bagi menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Peserta haruslah mengelak daripada melakukan kesilapan dalam pertandingan kerana ianya akan mempengaruhi keputusan pertandingan. Latihan adalah amat penting terutama dalam teknik penukaran baton kerana di sinilah penentu kejayaan sesebuah pasukan itu. Persefahaman dalam memberi dan menerima baton dianggap penting.

23

BIBLIOGRAFI Ken Foreman (1981) Track and Field Techniques for Girls and Women, 3rd Edition WM.C Brown Company Publishers, Dubuque, Iowa. Vasudevan T. Arasoo (1986) Aktiviti Pendidikan Jasmani dan Sukan, Fajar Bakti Petaling Jaya. Wee Eng Hoe (1995) Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Edisi Kedua, Fajar Bakti, Shah Alam. Rujukan Internet http:// www. Sportfair.com/ ASB4000X.html http// www.all-americansports.com/track/index.html http// www. Marsacademy.com/ormect/orblesl.html http// www.measco.com/plomot.html

24

You might also like