You are on page 1of 58

!

S A W A

Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!


Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak (Community Pesticide Action Kits - CPAK) Bertindak di peringkat tempatan!

Penghargaan: Penerbitan modul ini telah dijayakan dengan sokongan dan bantuan dari: ASEAN Canada CUSO, Canada Evangelische Zentralstelle Fur Entwicklungshilfe e.V (EZE), Germany Humanistisch Instituut Voor Ontwinkkelingssamenwerking (HIVOS) Netherlands Organization for International Development Cooperation (NOVIB), Netherlands

Maklumat untuk modul ini telah dipetik dari pelbagai sumber. Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Marion Moses, Pesticide Education Center, yang mana buku beliau bertajuk, Harvest of Sorrow-Farm Workers and Pesticides Bahagian I dan II merupakan bahan rujukan yang sangat berguna dalam menyiapkan modul ini. Penulis utama: Romeo F. Quijano dan Sarojeni V. Rengam Editor: Ronald Macfarlane Pasukan Editorial: Irene Fernandez, Jeyamary M. Anthony, Lyn Redoble, Berdy Steven, Agus Sugiartoto, Lolit Suplido dan Warsono Susunatur dan rekabentuk terbitan: Yanes Govindaraj Illustrasi: Allan Woong Terima kasih ditujukan khas kepada: Jennifer Mourin dan juga kepada Gregg Strong yang telah banyak membantu dalam menyiapkan draf awal sebahagian daripada modul-modul CPAK dan memberikan panduan sepanjang tahun-tahun pertama penyiapan modul-modul tersebut. Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali bahan kimia di IRRI, antara tahun 1967 hingga 1988. Dalam tahun 1987, beliau disahkan menghidap penyakit Parkinson dan telah dibuang kerja setahun selepas itu. Dia menerima takdir tersebut dan meninggal pada minggu pertama bulan September 1999. Diterbitkan bersama di dalam Bahasa Malaysia oleh: Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP), Penang dan Sustainable Development Network (SUSDEN) Terjemahan oleh: Jumat Majid Pulau Pinang June 2002

KATA PENGANTAR
Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak (Community Pesticide Action Kits CPAK) diterbitkan bertujuan untuk membantu komuniti di kawasan pedalaman Asia dalam memikirkan masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan racun perosak. Selain itu ia juga menggalakkan mereka untuk bekerjasama dalam usaha menangani sebahagian daripada masalah tersebut. CPAK diterbitkan oleh beberapa buah badan bukan kerajaan dan sosial yang beribu pejabat di beberapa buah negara ASEAN:Pesticide Action Network Asia dan Pacific (PAN AP), beribu pejabat di Malaysia Gita Pertiwi, Indonesia Pesticide Action Network Philippines, Filipina Tenaganita, Malaysia Terdapat sembilan modul yang masing-masing akan menyentuh pelbagai aspek:
o o o o o o o o o Awas! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda Memecahkan Kebisuan: Penggunaan Racun Perosak Di Ladang-ladang Mengaut Keuntungan Dari Racun: Industri Racun Perosak Racun Perosak Memusnahkan Dunia Kita Wanita Dan Racun Perosak Tinggalkan Racun Perosak: Pengenalan Kepada Pertanian Mapan Meneruskan Pemantauan: Undang-Undang Berkaitan Racun Perosak Bagaimana Untuk Mengatakan TIDAK! Kepada Racun Perosak: Pengorganisasian Komuniti Memantau Racun Perosak: Panduan Aktiviti Pemantauan Oleh Komuniti

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa modul lagi dijangka akan diterbitkan pada masa hadapan. Modul-modul ini sebenarnya tidak mencukupi kerana ia tidak berdiri dengan sendirinya. Terdapat banyak bahan tambahan dalam pelbagai bahasa tempatan diperlukan. Anda mungkin ingin melengkapkan modul ini dengan Kartun Drama Permainan Gambar Poster Patung Skrip radio Projektor sisip Pelekat Pita video

Perhatikan persekitaran anda untuk bahan yang sesuai digunakan. Banyak daripada bahan-bahan di atas boleh disediakan oleh komuniti sendiri. Anda juga boleh menghubungi Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP) untuk mendapatkan panduan. PAN AP akan berasa sangat gembira jika menerima sebarang maklum balas berkenaan dengan terbitan ini dan bagaimana anda telah menggunakannya. Marilah berusaha bersama-sama untuk menjauhkan dunia kita dari bahan toksik racun perosak.

KANDUNGAN

Muka surat

Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan

Sesetengah Racun Perosak dan Simtom-simptom Keracunannya

26

Perhatikan Tubuh Anda!

29

Kekalkan Pemantauan

37

Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan


Pada awal pagi 9 Disember 1996, para pekerja di Malita, Davao del Sur, Filipina telah mencuba sejenis racun perosak baru di ladang koko mereka. Menurut mereka serangga perosak di kawasan tersebut telah lali terhadap jenis racun perosak yang lain. Oleh sebab itu mereka berpendapat bahawa telah tiba masanya bagi mereka untuk mencuba racun makhluk perosak yang lebih kuat. 22 orang pekerja mula menyembur racun perosak pada pukul 7.00 pagi tanpa mengetahui bahawa mereka sedang menggunakan sejenis racun perosak yang sangat merbahaya. Sejam kemudian, seorang daripada mereka telah jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Tiga jam selepas itu, pekerja yang lain mula merasa loya, muntah-muntah, pening dan penglihatan mereka mula kabur. Beberapa orang lagi turut jatuh pengsan. Kesemua pekerja tersebut telah dibawa ke hospital. Pekerja-pekerja dalam kumpulan kedua mula bekerja pada pukul 10.00 pagi pada hari yang sama. Tanpa mengetahui apa yang telah berlaku kepada pekerja-pekerja dalam kumpulan yang terdahulu. Hanya dalam jangka masa beberapa jam sahaja, mereka juga mengalami simtom-simtom yang sama. Kumpulan penyelamat telah pergi ke kawasan tersebut untuk membantu mereka, tetapi mereka juga turut mengalami keracunan. Keseluruhannya pada hari tersebut sahaja, seramai 50 orang telah dimasukkan ke hospital kerana keracunan racun perosak. 35 orang daripada mereka berada pada tahap yang kritikal.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kesan Racun Perosak Kepada Masyarakat


Kesihatan Anda. Kesihatan keluarga Anda. Kesihatan Komuniti Anda. Kepada para petani dan isi rumah di seluruh dunia yang menggunakan (atau tinggal berdekatan dengan mereka yang menggunakan) racun perosak, perkara pertama yang perlu mereka ambil tahu ialah bagaimana racun perosak ini akan memberi kesan kepada kesihatan mereka. Bukan para petani atau penyembur racun sahaja yang perlu mengambil berat tentang penggunaan racun, tetapi juga keluarga dan jiran yang tinggal berdekatan dengan tempat penggunaan racun tersebut. Ibu-ibu mengandung juga perlu mengambil berat tentang penggunaan racun perosak kerana ia mungkin memberi kesan kepada anak-anak mereka yang bakal dilahirkan, begitu juga dengan binatang ternakan, ikan dan burung-burung. Komuniti secara keseluruhannya juga perlu mengambil berat tentang sumber makanan dan minuman mereka yang mungkin tercemar!

Syarikat pengeluar racun perosak sering berbicara berkenaan penggunaan racun perosak secara selamat atau mengiklankan racun perosak yang mesra alam. Kedua-dua kenyataan di atas adalah tidak benar. Racun perosak adalah racun - ia selama-lamanya tidak akan selamat untuk digunakan! Racun perosak membunuh organisma hidup dan akan mencemarkan tanah serta sumber air - oleh sebab itu ia selamanya tidak akan mesra alam.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Ini adalah kerana, kebanyakan simtom keracunan racun perosak adalah sama dengan masalah kesihatan yang lain - contohnya ruam dan pening - selalunya orang tidak sedar bahawa mereka telah pun keracunan. Oleh kerana kebanyakan masalah ini tidak menunjukkan kesan secara serta merta, contohnya seperti gangguan saraf atau kanser, orang ramai tidak menyedari bahawa penyakit-penyakit ini mungkin disebabkan oleh racun perosak. Jika anda merasa kurang sihat selepas terdedah kepada racun perosak, kemungkinan besar anda telah keracunan. Jika anda terus terdedah, anda mungkin akan mengalami penyakit yang lebih serius. Jangan biarkan sesiapapun - pengurus ladang, suami atau pegawai/kakitangan kesihatan - memberitahu anda bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku terhadap diri anda dan menyatakan bahawa ia hanyalah kesan bahang matahari, makanan yang anda makan ataupun perkara-perkara biasa yang lain. Belajarlah mengenal dan menerima tanda-tanda yang ditunjukkan oleh tubuh anda!

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Petani dan Pekerja Lebih Kerap Terdedah Kepada Racun Perosak


Bilkis, seorang petani yang sedang mengandung tiga bulan, sering kali memetik kapas ketika suaminya sedang menyembur racun perosak. Bilkis selalunya berkaki ayam dan tidak memakai sebarang perlindungan semasa bekerja di ladang. Selepas bekerja, Bilkis memberi makan kepada binatang ternakannya sebelum menukar pakaiannya. Pada hari seterusnya Bilkis akan bekerja di ladang kapas itu lagi. Apabila merasa pening dia akan berhenti selama lima belas minit dan meneruskan kerja. Bilkis menyatakan, Apabila kami memasuki ladang untuk memulakan kerja memetik, bau racun perosak sangat menyesakkan nafas. Malah, seluruh kampung juga diselubungi bau busuk racun perosak tersebut.

Carlos pula ialah seorang pekerja ladang di sebuah pusat penyelidikan antarabangsa semenjak tahun 1977 hinggalah tahun 1990. Dia telah terdedah dengan pelbagai jenis racun perosak dalam jangka masa tersebut. Dia telah disahkan menghidapi penyakit leukimia akibat daripada kerja-kerja yang telah beliau lakukan. Dia meninggal dunia pada 23 Januari 1997 ketika berumur 38 tahun. Dia meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Dalam setahun, dianggarkan terdapat seramai 25 juta orang pekerja yang mengalami keracunan racun perosak.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kanak-kanak Juga Turut Mengalami Keracunan


Kami Tidak Tahu Apa Yang Patut Kami Lakukan, kata seorang wanita desa mengeluh kesedihan. Pada 22 Oktober 1999, 60 orang murid telah mengambil sarapan di sebuah kampung di Peru. Setengah jam kemudian, sebahagian daripada kumpulan murid tersebut mula mengadu kekejangan perut dan pengsan di kawasan sekolah. Mereka menjerit, muntah dan menekan perut menahan kesakitan. Ada di antara mereka yang mati di kawasan sekolah manakala yang lain menggeliat kesakitan di sekitar padang dan bangunan sekolah. Mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital. Seramai dua puluh empat orang murid sekolah telah meninggal dalam peristiwa itu dan ada di antara mereka yang hanya berumur empat tahun. Para doktor berusaha keras untuk menyelamatkan seramai 21 orang murid yang masih hidup yang telah pengsan selepas mengambil sarapan bijirin dan susu di sekolah. Polis dan doktor tempatan menemui sisa racun serangga di dalam perut murid-murid yang telah meninggal dunia. Tidak lama kemudian didapati salah satu daripada bekas susu yang didermakan untuk sarapan murid-murid sekolah tersebut bercampur dengan parathion. Parathion ialah sejenis racun serangga dan ia juga digunakan untuk membunuh tikus serta anjing. Bekas susu tersebut diletakkan di hadapan salah sebuah rumah seorang petani. Murid-murid yang berjalan menuju ke sekolah menyangka bahawa bekas susu tersebut adalah untuk sarapan mereka lalu membawanya ke sekolah untuk dijadikan sarapan.

Saya Membantu Mak Saya, kata Premanathan, 10 tahun. Premanathan tinggal bersama kedua-dua orang tuanya dan lima orang adik beradik yang lain. Keluarganya merupakan sebuah keluarga tani yang bekerja menanam sayur untuk diniagakan di pasar. Dia membantu kerjakerja di ladang selepas waktu sekolah dan sering kali diberikan wang untuk membeli racun perosak dari kedai berdekatan untuk kegunaan di ladang. Dia menggalas bekas racun perosak itu di atas bahunya dalam perjalanan balik ke rumah. Bekas-bekas racun perosak yang telah digunakan dibiarkan berselerak di kawasan ladang dan adik-adiknya yang berumur enam dan tujuh tahun seringkali bermain dengan bekas-bekas tersebut. Pernah berlaku, sebaik sahaja selesai bermain-main dengan bekas-bekas tersebut adiknya telah jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital. Walau bagaimanapun, adiknya bernasib baik kerana dibenarkan keluar dari hospital selepas sehari ditahan.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bagaimana Racun Perosak Menyebabkan Keracunan?


ang lui li kulit

Mela

Ini boleh berlaku melalui tumpahan ke atas pakaian atau pun secara langsung ke atas kulit, menyentuh tanaman yang baru sahaja disembur, resapan semburan racun perosak ke dalam kulit atau ketika merendam pakaian, membancuh racun perosak tanpa memakai sebarang sarung tangan, atau semasa membasuh pakaian yang tercemar dengan racun perosak. Bagi kebanyakan petani yang bekerja di ladang, cara utama mereka terdedah kepada racun perosak adalah melalui kulit.
afas an

lu Mela

i sal

u Ini adalah cara yang paling biasa berlaku bagi petani yang menyembur racun perosak, atau bagi sesiapa yang berada berdekatan dengan kawasan yang baru sahaja disembur. Adalah amat penting untuk sentiasa diingati bahawa sesetengah racun perosak tidak mempunyai bau.

ern ran p

an akan i pem lu Ini berlaku apabila seseorang meminum racun perosak secara tidak sengaja ataupun Mela sebaliknya, memakan atau meminum air yang dicemari dengan racun perosak, mengambil makanan tanpa membasuh tangan dengan teliti dari racun perosak yang baru sahaja mereka gunakan.
Lain- lain 10%

Melalui Kulit 90%

Bagaimana racun perosak memasuki tubuh

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kesan Akut Racun Perosak Terhadap Kesihatan


Semua racun perosak berpotensi untuk membahayakan kesihatan. Terdapat dua jenis keracunan serta-merta dan jangka panjang. Kesan toksik akut berlaku apabila kesan keracunan dapat dirasai dengan serta merta. Nama lain bagi kesan toksik akut adalah keracunan akut. Kesan toksik kronik berlaku apabila kesan keracunan dari racun perosak tidak berlaku dengan serta merta. Kesan jangka masa panjang ini mungkin hanya berlaku sebulan atau mungkin juga bertahun-tahun selepas pendedahan terhadap racun perosak. Sebahagian Daripada Kesan Akut termasuklah:

Sakit Kepala

Pening Kepala

Loya

Sakit Dada

Muntah

Ruam

Sakit Otot

Peluh Keluar Berlebihan Kekejangan Otot

Sukar Bernafas Cirit-birit

Mati Pandangan Kabur

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah yang dimaksudkan dengan kesan akut setempat racun perosak


Kesan akut setempat merujuk kepada perubahan atau tindak balas yang berlaku pada bahagian badan tertentu apabila secara langsung telah bersentuhan atau terkena racun perosak. Kesan akut setempat boleh digambarkan dengan rasa menyakitkan seperti kering, kemerahan dan gatal pada mata, hidung, tekak dan kulit; mata berair serta batuk. Ataupun, ia boleh juga digambarkan melalui masalah kulit seperti kemerahan, gatal, rasa bahang/panas, ruam, melepuh dan keputihan. Simtom yang biasa dilihat akibat dari keracunan racun perosak adalah apabila kuku tangan dan kaki bertukar warna kepada hitam atau biru. Dalam keadaan yang lebih teruk kuku mungkin akan tertanggal.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesan akut sistemik racun perosak


Kesan akut sistemik racun perosak berlaku apabila racun perosak telah memasuki tubuh dan memberikan kesan kepada keseluruhan sistem badan. Darah membawa racun perosak memasuki semua bahagian tubuh anda dan ini akan memberikan kesan terhadap mata, jantung, paru-paru, perut, usus, hati, buah pinggang, otot, otak dan urat saraf. Simtom-simtom bagi keracunan akut sistemik racun perosak dan sepantas mana racun tersebut akan meracuni anda bergantung kepada jenis bahan, panjang tempoh pendedahan, dan tahap toksik racun tersebut.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak memberikan kesan akut ke atas kulit?

YA!
Jenis racun perosak apakah yang diketahui menyebabkan masalah kulit dikalangan pekerja ladang?
Racun kulat merupakan sejenis racun perosak yang paling banyak menyebabkan masalah kulit berbanding dengan jenis-jenis racun perosak yang lain. Walau bagaimanapun, racun rumpai, racun serangga dan penyemburan juga dilaporkan turut menjadi penyebab kepada masalah kulit. Racun perosak adalah bahan toksik yang boleh diserap ke dalam badan melalui liang kulit. Kulit, dalam proses itu akan turut dirosakkan oleh bahan tersebut. Kadang-kadang, tindakbalas kulit ditunjukkan dalam bentuk alahan terhadap racun perosak atau komponen-komponen tertentu yang terdapat di dalam campuran tersebut. Kulit akan memberikan tindakbalas yang kuat walaupun ia didedahkan kepada bahan tersebut dalam jumlah yang sedikit. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh memburukkan lagi keadaan sesetengah masalah kulit.

Racun Kulat
Benomyl Captafol Captan Chlorothalonil Copper sulfate Dicloran (DCNA) Dinobuton Dinocap Ditalimfos Dithianon Dyrene Folpet HCB Maneb Mancozeb Organotins PCNB PCB Sulfur Thiophanate Thiram Triphenyltin Zineb

Racun Rumpai
2,4-D Alachlor Allidochlor Amitrole Atrazine Barban Diquat Glyphosate MCPA Nitralin Paraquat Phenmedipham Propachlor Pyrazon

Racun Serangga
Arsenic Cryolite Dienochlor Dinitrophenol Malathion Naled Parathion Pyrethrins

Pewasap
Dazomet Dichloropropene Ethylene oxide Metam sodium Methyl bromide

Walaupun ada banyak lagi racun perosak yang tidak termasuk di dalam senarai ini, tidak bermakna ia selamat pada kulit anda. Badan kita memberikan tindakbalas yang berlainan kepada bahan-bahan ini. Sesetengah individu mungkin memberikan tindakbalasyang lebih kuat berbanding dengan individu yang lain.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bagaimana untuk memastikan ruam disebabkan oleh racun perosak?


Kadang-kala agak sukar untuk menentukan racun perosak yang mana menyebabkan masalah kulit kerana pekerja di ladang sering kali terdedah kepada lebih daripada satu jenis racun perosak. Adakalanya juga masalah kulit bukan disebabkan oleh racun perosak: tindakbalas kulit pekerja ladang terhadap jenis tanaman, gigitan serangga, alahan kepada bahan lain, atau jangkitan penyakit kulit. Ujian khas, seperti ujian tampalan, selalunya dapat memberitahu apa yang menyebabkan ruam tersebut. Walau bagaimanapun, ujian jenis ini amat sukar diperolehi oleh petani dan pekerja ladang. Secara umumnya, jika ruam kulit kelihatan selepas terdedah kepada racun perosak, dan jika ia pulih selepas pendedahan dihentikan, kemungkinan besar racun perosak menyebabkan ruam tersebut.

Ruam

10

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak memberikan kesan kronik kepada ...


? araf em s st ... si Banyak racun perosak yang digunakan di dalam sektor pertanian adalah sangat merbahaya kepada otak dan sistem saraf.

Bahan kimia yang merbahaya kepada sistem saraf dikenali sebagai neurotoksin simtom penyakit otak organik disebabkan oleh racun perosak adalah seperti masalah hilang ingatan yang teruk, kesukaran untuk menumpukan perhatian, perubahan personaliti, lumpuh, kekejangan, tidak sedar diri dan koma.

ati? ...h Oleh kerana tubuh menggunakan hati untuk menguraikan bahan toksik agar menjadi bahan

yang kurang merbahaya, hati sendiri akan dirosakkan oleh racun perosak. Ini boleh menyebabkan penyakit hepatitis toksik.
? rut ..pe . Muntah, perut memulas dan cirit birit adalah simtom yang biasa bagi keracunan racun perosak.

Pendedahan kronik juga boleh membawa kepada masalah dalam perut yang serius. Ramai orang yang telah menggunakan racun perosak selama bertahun-tahun selalunya mengalami masalah mengambil makanan walaupun ia merupakan makanan yang biasa sahaja. Bagi individu yang pernah meminum atau menelan racun perosak - sama ada secara sengaja atau tidak - kerosakan pada bahagian perut adalah sangat dahsyat. Racun perosak akan menghakis dinding perut.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

11

n? imu em st ...si Tindakbalas alahan adalah gangguan ke atas sistem pelalian badan. Ia merupakan tindakbalas badan terhadap bahan asing di dalam badan. Racun perosak mempunyai keupayaan yang berbeza-beza dalam menghasilkan tindakbalas alahan, dan individu yang berlainan memberikan tahap tindakbalas yang berlainan juga.

Sesetengah racun perosak telah disahkan boleh menganggu sistem pelalian badan dengan cara yang lebih merbahaya. Ia boleh melemahkan keupayaan badan dari menentang jangkitan penyakit. Ini bermaksud badan akan lebih mudah diserang penyakit. Ataupun, jika jangkitan penyakit telah pun berlaku, penyakit tersebut akan menjadi lebih parah dan sukar untuk disembuhkan.
an? rmon bad angan ho ...keseimb Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa racun perosak memberikan kesan ke atas pengeluaran hormon. Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh organ seperti otak, tiroid, paratiroid, buah pinggang, kelenjar adrenal, zakar dan ovari, untuk mengawal fungsi badan yang utama. Sesetengah racun perosak menyebabkan hormon pembiakan mengeluarkan sperma pada jumlah yang kurang pada kaum lelaki atau perkembangan telur yang tidak sempurna pada kaum wanita. Sementara itu, sesetengah racun perosak boleh menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid yang boleh membawa kepada kanser kelenjar tiroid.

Sesetengah kelenjar, organ dan lapisan tisu yang penting akan menerima atau menghantar isyarat hormon di dalam tubuh manusia.

Ilustrasi dari Our Stolen Future: Are we threatening our fertility, intelligence and survival? - A scientific detective story, oleh Theo Colborn, Dianne Dumanoski dan John Peterson Myers; Dutton, 1996.

12

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak boleh menyebabkan keguguran bayi?


Kebanyakan racun perosak yang biasa digunakan dalam sektor pertanian diketahui atau disyaki menyebabkan keguguran terhadap haiwan percubaan di dalam makmal dan besar kemungkinan ia akan menyebabkan perkara yang sama pada manusia. Racun perosak yang menyebabkan keguguran dipanggil sebagai embriotoksin. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa golongan ibu yang terdedah kepada racun perosak pada bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran. Malah ibu bapa yang terdedah kepada racun perosak sebelum kandungan terbentuk juga turut menerima risiko untuk mengalami keguguran bayi yang baru dikandung.

Adakah racun perosak boleh menyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan?


Kebanyakan racun perosak yang digunakan di dalam sektor pertanian diketahui atau disyaki menyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan. Racun perosak yang menyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan dikenali sebagai fetotoksin. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu yang terdedah kepada racun perosak semasa mengandung boleh dikaitkan dengan kejadian kematian bayi semasa dilahirkan. Malah ibu bapa yang terdedah kepada racun perosak sebelum kandungan terbentuk juga turut menerima risiko untuk mengalami kematian bayi semasa dilahirkan.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

13

Adakah racun perosak boleh menyebabkan kemandulan pada lelaki? Ya!


Terdapat sesetengah racun perosak yang memang diketahui menyebabkan kemandulan dan ketidaksuburan pada kaum lelaki. Terdapat laporan mengatakan ada di kalangan kaum lelaki yang tidak mampu memperolehi cahaya mata lagi setelah terdedah kepada racun perosak. Sebahagian daripada racun perosak yang digunakan dalam sektor pertanian diketahui menyebabkan ketidaksuburan dan kemandulan pada haiwan. Racun perosak boleh merosakkan sel-sel sperma dengan membunuh atau mencacatkannya. Racun perosak yang merosakkan sel-sel sperma dikenali sebagai spermatotksin atau toksin organ pembiakan.

Bolehkah para suami yang menggunakan racun perosak memberi semasa bekerja kesan kepada isteri mereka yang mengandung dan tidak terdedah kepada racun perosak?
Kajian ke atas bahan kimia-bahan kimia ini menunjukkan terdapat kemungkinan bahawa bayi yang belum dilahirkan akan menerima kesan walaupun ibu mereka tidak bekerja dengan racun perosak. Kesan tersebut diperolehi daripada perhubungan dengan suami yang mengunakan racun perosak di dalam kerja mereka seharian.

14

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah bayi terdedah kepada bahaya racun perosak melalui susu ibu?
Ya, hanya jika siibu juga telah terdedah. Walau bagaimanapun, susu ibu adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan sebagai bekalan khasiat yang diperlukan oleh bayi. Terdapat banyak bahan pelindung di dalam susu ibu yang mana bayi tidak boleh memperolehinya dari susu tiruan. Apabila racun perosak memasuki tubuh siibu, dan memasuki organ-organ tubuhnya seperti hati atau buah pinggang ia hanya dikeluarkan melalui pembuangan air kecil, air besar atau peluh. Racun perosak juga akan memasuki bahagian-bahagian tubuh yang berlemak dimana ia akan terkumpul. Salah satunya adalah buah dada wanita. Susu ibu sering kali digunakan sebagai bahan untuk mengukur kadar pencemaran kerana ia mudah untuk diperolehi. Ia adalah lebih mudah berbanding dengan cara biopsi yang menyakitkan untuk mengukur tisu lemak di bahagian yang lain. Perlu diingat bahawa organ-organ yang lain dan juga semua bahagian-bahagian yang berlemak di dalam tubuh manusia boleh tercemar dengan racun perosak. Daripada berhenti memberikan susu ibu kepada bayi adalah lebih baik kita menghentikan penggunaan racun perosak.

Susu Ibu sangat bagus untuk bayi

Adakah racun perosak menyebabkan kecacatan pada bayi?


Ya!
Banyak racun perosak yang mampu menembusi kulit manusia juga mampu menembusi dinding uri dan memberikan kesan kepada bayi di dalam kandungan. Terdapat kajian yang menunjukkan kaitan di antara pendedahan racun perosak terhadap golongan ibu dan kecacatan pada bayi. Ini secara khususnya berlaku jika pendedahan terjadi di dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan kerana pada masa tersebut organ-organ bayi sedang terbentuk. Kerana anda terdedah kepada racun perosak yang boleh menyebabkan kecacatan bayi tidak bermakna bayi anda akan mengalami kecacatan. Hakikatnya, ia bermaksud bahawa peluang untuk bayi anda mendapat kecacatan adalah lebih tinggi. Tidak dapat dipastikan sama ada pendedahan ibu bapa kepada racun perosak sebelum kandungan terbentuk akan menyebabkan kecacatan pada bayi.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

15

Apakah racun perosak yang diketahui sebagai penyebab kepada kecacatan bayi?
Bahan kimia yang menyebabkan kecacatan pada bayi dikenali sebagai teratogen. Banyak bahan kimia yang digunakan di dalam proses pembuatan racun perosak diketahui atau disyaki sebagai penyebab kepada kecacatan anak-anak haiwan percubaan di makmal. Memandangkan haiwan percubaan di makmal adalah dari jenis mamalia, haiwan yang mempunyai struktur badan yang hampir sama dengan manusia dan mudah terkena penyakit dan keracunan, terdapat kemungkinan yang mencukupi untuk bahan-bahan ini turut memberi kesan sama kepada manusia. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (U.S. EPA) telah menyenaraikan racun perosak berikut sebagai telah diketahui atau disyaki menyebabkan kecacatan pada bayi (lihat petak di bawah).

Racun Rumpai
Acrolien Bentazone Cyanazine Bromoxynil 2,4-D Dinocap Dinoseb Diquat Nitrofen Picloram 2,4,5-T

Racun Kulat
Benomyl Captafol Folpet HCB Mancozeb Maneb Tributyltin oxide Tributyltin fluoride Triphenyltin acetate

Racun Serangga
Avermectin Chlordimeform Endosulfan Ethion Phosmet Methyl parathion Mirex Trichlorfon

16

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak menyebabkan kanser?


Ya!
Terdapat kajian yang menunjukkan kaitan di antara pendedahan kepada racun perosak dan kanser pada manusia. Ini tidak bermaksud bahawa jika anda terdedah kepada racun perosak, anda pasti akan mendapat penyakit kanser. Sebenarnya ia bermaksud peluang untuk anda mendapat kanser adalah lebih tinggi berbanding jika anda tidak terdedah kepada racun perosak. Dengan kata lain, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser. Bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dikenali sebagai karsinogen.

Apakah racun perosak yang diketahui atau disyaki sebagai penyebab kanser?
Menurut U.S. EPA racun perosak yang disenaraikan di dalam kotak di bawah adalah diketahui atau disyaki sebagai penyebab kepada kanser. Ini hanyalah permulaan: Agensi Perlindungan Alam Sekitar California mempunyai senarai tiga kali ganda lebih panjang daripada senarai di bawah.

Racun Serangga
Arsenic Cadmium Chlordane Chlordimeform DDT Dichlorvos Dieldrin Heptachlor

Racun Kulat
Captafol Captan Chlorothalonil Folpet HCB Maneb Mancozeb

Racun Rumpai
Acetochlor Acifluorfen Alachlor Amitrole Oxadiazon

Pewasapan
DBCP EDB Dichloropropane Dichloropropene

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

17

Apakah jenis racun perosak yang paling toksik atau beracun?


Racun perosak yang paling toksik atau beracun adalah dari jenis yang sama dengan gas saraf - organofosfat atau metil karbamat. Racun perosak jenis ini sangat merbahaya kerana ia menyerang kolinesterase, bahan yang diperlukan oleh sistem saraf kita untuk berfungsi dengan sempurna. Racun perosak jenis gas saraf mengurangkan tahap kolinesterase dan simtom-simtom keracunan akan muncul. Racun perosak jenis gas saraf adalah penyebab utama kepada kematian berkaitan dengan racun perosak di seluruh dunia. Sebahagian daripada racun perosak jenis gas saraf yang sangat toksik disenaraikan di dalam jadual di bawah.

Organofosfat Azinophosmethyl Demeton methyl Dischlorvos/DDVP Disulfoton Ethion Ethyl parathion/Parathion Fenamiphos Fensulfothion Metamidophos Methidathion Methyl parathion Mevinphos Phorate Sulfotepp Terbufos

Kolinesterase Aldicarb Carbofuran Fomentanate Methomyl Oxamyl Propoxur

18

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Berapa lama selepas pendedahan kepada racun perosak jenis gas saraf simtom keracunan akan muncul?
Keracunan akut boleh berlaku sebaik sahaja selepas terdedah, selalunya dalam masa beberapa jam sahaja. Masa yang diambil untuk simtom-simtom tersebut muncul bergantung kepada faktor-faktor berikut:

tahap toksik racun perosak tersebut tahap kepekatan racun perosak tersebut dan campurannya bagaimana anda terdedah padanya - adakah ia tertumpah secara langsung ke atas kulit anda atau adakah ia telah tertelan atau terminum berapa lama anda telah bekerja dengan racun perosak apakah pakaian perlindungan yang anda pakai apakan jenis racun perosak lain yang anda gunakan keadaan cuaca pada masa tersebut - adakah ia panas atau lembab

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

19

Simtom-simtom keracunan racun perosak jenis gas saraf yang pada kadar yang rendah
Seseorang yang mengalami keracunan mungkin akan menunjukkan sebahagian atau semua simtom yang diberikan. Walau bagaimanapun ini bergantung kepada jenis racun perosak dan masa yang diambil oleh racun tersebut untuk meracuni mereka. Adalah luarbiasa jika seseorang yang keracunan menunjukkan satu simtom sahaja. Malah walaupun telah diracuni pada kadar yang rendah seseorang mungkin tidak menyedari manamana simtom terutamanya jika simtom tersebut muncul secara perlahan-lahan. Jika anda menunjukkan mana-mana daripada simtom ini semasa bekerja dengan racun perosak, anda seharusnya meninggalkan kawasan tersebut serta merta. Anda tidak sepatutnya menunggu lebih lama agar simtom-simtom keracunan yang lain muncul ataupun keadaan anda akan menjadi semakin teruk.

Sakit perut

Pandangan kabur

Sakit dada

Cirit-birit

Pening kepala

Peluh keluar berlebihan

Sakit kepala

Sakit dan kekejangan otot

Rasa loya dan muntah-muntah

Terlalu banyak cecair keluar dari mata, hidung dan mulut

20

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Simtom-simtom keracunan racun perosak pada kadar yang sederhana


Simtom-simtom keracunan pada tahap yang sederhana oleh racun perosak jenis gas saraf adalah sama dengan yang disenaraikan bagi keracunan pada tahap yang rendah. Simtomsimtom tambahan adalah seperti berikut:

Kekeliruan

Kesukaran untuk berjalan

Kesukaran menumpukan perhatian

Rasa lemah badan

Sentakan otot

Anak mata menjadi kecil (miosis)

Jika keracunan berlaku secara perlahan-lahan dalam jangka masa beberapa hari, mungkin simtom-simtom ini juga akan ditunjukkan:

Sukar untuk tidur

Mimpi ngeri

Rasa gundah

Jika pendedahan kepada racun perosak berterusan, keracunan pada tahap yang teruk mungkin berlaku. Seorang pekerja yang mengalami keracunan pada tahap sederhana mungkin akan menunjukkan sebahagian atau semua simtom-simtom yang disenaraikan di atas, bergantung kepada jenis racun perosak dan jangka masa pendedahan.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

21

Simtom-simtom keracunan racun perosak pada kadar yang teruk


Simtom-simtom keracunan oleh racun perosak jenis gas saraf adalah sama seperti yang telah diberikan sebelum ini dengan tambahan seperti berikut:

Pengsan Kurang kawalan ke atas pundi kencing dan cirit-birit Koma Anak mata menjadi sangat kecil (miosis) Bibir dan kuku berwarna biru (sianosis) Kesukaran bernafas Sawan Mati

Jika keracunan pada tahap yang teruk tidak dikenalpasti dan dirawat segera dan dengan betul, mangsa mungkin akan mati.

Untuk tindakan!

Periksa label racun perosak yang anda gunakan. Adakah diantaranya jenis gas saraf? Berapa kerap anda terdedah kepada racun perosak tersebut? Dengan cara apa racun perosak ini memasuki tubuh anda? Adakah anda menunjukkan mana-mana simtom seperti yang diberikan di atas semasa menggunakan racun perosak?

22

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah dia ujian kolinesterase?


Klonisterase adalah enzim yang terdapat di dalam darah yang membolehkan saraf berfungsi dengan sempurna. Apabila seseorang mengalami keracunan oleh racun perosak jenis organofosfat atau karbamat, tahap kolinesterase di dalam darah akan berkurangan. Terdapat dua jenis kolinesterase di dalam darah anda, iaitu kolinesterase yang terdapat di dalam sel darah merah dan kolinesterase yang terdapat di dalam plasma. Demikian juga terdapat dua jenis ujian untuk tahap kolinesterase. Oleh kerana ujian tersebut menguji perkara-perkara yang berbeza, adalah lebih baik jika kedua-dua ujian dijalankan. Tetapi jika hanya satu jenis ujian sahaja dapat dijalankan dalam satu masa, ujian yang terbaik untuk dijalankan adalah ujian tahap kolinesterase di dalam sel darah merah, kerana ia dapat memberitahu doktor jenis rawatan yang sesuai diberikan kepada mangsa.

Adakah doktor tahu dari tahap kolinesterase bahawa saya telah mengalami keracunan?
Jika anda mengalami keracunan yang teruk, ya, kerana kolinesterase anda sudah pasti pada tahap yang sangat rendah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang adalah sukar untuk menentukan dari satu ujian bahawa seseorang telah mengalami keracunan pada tahap yang rendah atau sederhana. Ini adalah kerana tahap kolinesterase setiap individu adalah berbeza. Oleh kerana itu, anda memerlukan satu lagi ujian - dilakukan apabila anda tidak terdedah kepada racun perosak - sebagai perbandingan. Seseorang doktor mungkin menyatakan bahawa tahap kolinesterase anda adalah normal, tetapi jangan mudah rasa selamat selagi anda belum melakukan ujian perbandingan. Seseorang yang telah terdedah dalam jangka masa yang panjang seharusnya menjalankan pemeriksaan dengan lebih kerap.

Untuk tindakan!

Adakah kerja anda melibatkan penggunaan racun perosak jenis gas saraf? Jika ya, adakah syarikat anda mempunyai program pemantauan tahap kolinesterase yang kerap? Adakah terdapat kakitangan terlatih yang mampu mentafsirkan keputusan ujian tersebut? Jika perkhidmatan ini tidak disediakan, apakah langkah yang anda boleh lakukan untuk melobi bagi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik?

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

23

Jika saya telah mengalami keracunan, berapa lama tempoh yang diperlukan untuk tahap kolinesterase saya kembali paras normal?
Ia bergantung kepada jenis dan tahap keracunan yang dialami. Kadang-kadang ia hanya perlu mengambil masa dalam beberapa hari sahaja dan kadang-kadang ia mengambil masa lebih dari sebulan sebelum paras kolinesterase kembali ke tahap yang normal. Sehingga tahap kolinesterase anda kembali ke paras yang selamat, adalah lebih elok jika anda tidak kembali bekerja!. Jika paras kolinesterase anda kekal pada tahap yang rendah, adalah terlalu merbahaya untuk terdedah kepada racun perosak lagi.

100% (dari garis asas)

Normal bagi anda - garis asas

75% (dari garis asas)

Keracunan tahap rendah - selalunya tidak menunjukkan sebarang simtom

50% (dari garis asas)

Keracunan pada tahap sederhana mungkin menunjukkan simtom

25% (dari garis asas)

Keracunan pada tahap teruk - selalunya sakit kepala, pening, loya dan muntah-muntah, berpeluh dan simtom lain Pengsan - boleh membawa maut jika tidak dirawat

0% (tidak ada aktiviti)

Untuk tindakan!

Jika anda dapati tahap kolinesterase anda rendah, apakah yang akan anda lakukan? Bolehkan anda mencari kerja lain?

24

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah terdapat ubat yang boleh mengubat keracunan oleh racun perosak jenis gas saraf?
Ubat untuk keracunan oleh racun perosak dari kelompok organofosfat dan karbamate dikenali sebagai atropine. Atropine adalah penawar, iaitu ubat yang memberikan tindakbalas ke atas kesan keracunan tersebut. Ubat lain yang disyorkan sebagai penawar kepada keracunan oleh racun perosak dari kelompok organofosfat adalah pralidoxime (2-PAM). Walau bagaimanapun ia hanya berkesan jika diberikan serta merta sebaik sahaja selepas keracunan. Terdapat kaedah-kaedah yang telah ditetapkan tentang bagaimana memberikan ubat-ubat ini - bila, berapa banyak, berapa kerap dan untuk berapa lama. Penawar juga merupakan bahan toksik dan ia juga boleh menyebabkan keracunan jika tidak digunakan dengan betul.

Adakah terdapat penawar bagi racun perosak yang tidak termasuk di dalam kelompok seperti yang dinyatakan di atas?
Tidak ada!
Tidak terdapat sebarang ubat yang boleh menjadi penawar kepada keracunan yang disebabkan oleh racun perosak dari kelompok selain daripada yang dinyatakan di atas.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

25

Beberapa Jenis Racun Perosak Dan Simtom-simtom Keracunannya


Apakah simtom keracunan paraquat?
Paraquat adalah bahan perengsa yang sangat kuat yang boleh menyebabkan kecederaan yang teruk kepada mata, kulit, hidung dan tekak. Ia boleh menyebabkan barah pada kulit dan tekak serta pendarahan hidung yang teruk. Paraquat merosakkan kuku, yang mana boleh menyebabkan ia tertanggal terus dari jari. Ia boleh menyebabkan kegagalan hati dan buah pinggang dari berfungsi dengan betul. Ia juga boleh menyebabkan luka pada paru-paru dan membawa kepada maut akibat kelemasan.

Adakah terdapat penawar bagi keracunan paraquat?


Tidak ada!
Hanya sejumlah kecil pekatan paraquat diperlukan untuk menyebabkan kematian, terutamanya apabila ia ditelan. Terdapat para pekerja yang maut kerana paraquat meresap melalui kulit mereka. Paraquat telah menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia.

Untuk tindakan!

Adakah anda terdedah kepada paraquat? Berapa kerapkah anda terdedah? Cara apakah ia memasuki tubuh anda? Adakah anda pernah mengalami mana-mana simtom di atas semasa menggunakan racun perosak ini?

26

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah simtom keracunan metil bromida?


Sakit kepala Pening Loya Muntah Metil bromida adalah gas yang tidak mempunyai warna dan pada kepekatan yang rendah ia juga tidak mempunyai bau. Oleh sebab itu, gas pemedih mata, chloropicrin, kadang-kadang ditambah pada campuran metil bromida agar ia dapat dikesan dengan lebih mudah. Lemah sendi dan otot Kesukaran berjalan Pengsan

Metil bromida boleh membunuh!


Metil bromida merupakan bahan perengsa yang sangat kuat pada paru-paru dan menyebabkan kesukaran bernafas, pneumonia, serta pengumpulan air di dalam paru-paru. Jika metil bromida terkena pada kulit ia boleh menyebabkan rasa gatal dan menggelupas ataupun mungkin kesan terbakar yang teruk. Sesetengah mangsa yang terselamat daripada keracunan metil bromida mungkin akan mengalami kerosakan kekal sistem saraf yang akan membawa kepada perubahan personaliti, kehilangan daya ingatan, kebimbangan melampau, kesukaran menumpukan perhatian dan masalah mental yang lain.

Untuk tindakan!

Adakah anda terdedah kepada metil bromida? Berapa kerapkah anda terdedah? Cara apakah ia memasuki tubuh anda? Adakah anda pernah mengalami mana-mana simtom di atas semasa menggunakan racun perosak ini?

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

27

Apakah simtom keracunan organoklorin?


Simtom-simtom keracunan AKUT termasuklah:
Loya Muntah Sakit kepala Pening Mudah berang/keliru Kekejangan otot Lemah otot Sawan

Simtom-simtom keracunan KRONIK termasuklah semua yang disenaraikan di atas dan juga yang berikut:
Pucat Masalah kulit Kemandulan Masalah jantung Masalah hati Tidak sedarkan diri

Contoh-contoh racun perosak dari jenis organoklorin:


Aldrin Chlordane DDT Dieldrin Endosulfan Endrin Heptachlor Lindane

Untuk tindakan!

Adakah anda terdedah kepada racun perosak dari jenis organoklorin? Berapa kerapkah anda terdedah? Cara apakah ia memasuki tubuh anda? Adakah anda pernah mengalami mana-mana simtom di atas semasa menggunakan racun perosak jenis ini?

28

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Perhatikan tubuh anda!


Apa yang perlu dilakukan jika berlaku kes keracunan?
Kebanyakan simtom keracunan racun perosak adalah tidak khusus. Ini bermaksud penyakit atau keadaan yang lain juga akan menunjukkan simtom-simtom yang sama. Satu contoh simtom tidak spesifik adalah sakit kepala, yang boleh juga disebabkan oleh perkara-perkara lain. Jika anda mengalami keracunan pada tahap rendah atau sederhana, mungkin agak sukar untuk menentukan sama ada simtom-simtom yang ditunjukkan adalah dari demam selesema, perut tidak selesa atau sebarang masalah kesihatan yang lain. Tetapi jika anda tidak mengalami sebarang masalah semasa pergi bekerja dan tiba-tiba merasa tidak sihat sebaik sahaja bekerja dengan racun perosak, oleh itu adalah lebih baik jika anda mengesyaki racun perosak sebagai penyebabnya. Jika pekerja-pekerja lain yang juga menggunakan racun perosak turut menunjukkan simtom yang sama, kemungkinan besar masalah tersebut disebabkan oleh keracunan racun perosak. Jika anda tidak pasti apa yang menyebabkan simtom tersebut, adalah lebih baik jika andaian dibuat bahawa ia disebabkan oleh racun perosak. Tentunya anda tidak mahu mengambil risiko mengalami keracunan yang teruk!

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

29

Apa yang perlu dilakukan jika saya rasa saya telah diracuni oleh racun perosak?
Perkara pertama dan yang paling penting adalah, serta-merta berhenti menggunakan racun perosak. Tinggalkan kawasan tempat bekerja! Jika anda rasa anda diracuni melalui resapan ke dalam kulit, tukar pakaian anda dan basuh bahan kimia tersebut dengan sabun dan air. Beritahu orang lain - ahli keluarga, rakan sekerja atau penyelia - tentang simtom yang anda tunjukkan dan minta pertolongan mereka untuk mendapatkan bantuan perubatan. Jika anda mengalami keracunan akut oleh racun perosak, anda memerlukan rawatan perubatan kecemasan. Walaupun anda tidak pasti bahawa apa yang anda alami adalah disebabkan oleh racun perosak, bertindak bijak dan selamat, tinggalkan tempat kerja dengan segera!

Jika anda boleh mendapatkan bantuan pegawai perubatan, tanya soalan-soalan berikut: Adakah keadaan saya sekarang disebabkan oleh penggunaan racun perosak? Apakah ujian yang boleh dijalankan sama ada keadaan saya sekarang disebabkan oleh racun perosak atau tidak? Perlukan saya berhenti bekerja dengan racun perosak? Berapa lama? Adakah terdapat sebarang ubat yang perlu saya ambil? Adakah pendedahan kepada racun perosak akan memberi kesan kepada kandungan saya?

Jangan lupa untuk membawa bekas atau botol tersebut bersama anda!
Jangan lupa untuk membawa botol atau label racun perosak tersebut bersama anda agar pegawai perubatan tahu apakah yang mungkin menyebabkan simtom-simtom yang anda tunjukkan.

30

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bagaimana pegawai perubatan mengetahui simtom yang ditunjukkan adalah disebabkan keracunan racun perosak?
Kakitangan kesihatan perlu mengetahui perkara-perkara berikut: Nama racun perosak yang anda gunakan Kuantiti yang telah digunakan Keadaan persekitaran semasa pendedahan kepada racun perosak berlaku. Nyatakan kaedah pendedahan berlaku (sama ada melalui kulit, paru-paru, perut atau gabungan semua ini) dan sebab-sebab keracunan berlaku (sama ada sengaja, kemalangan, penyalahgunaan atau pendedahan yang berlebihan) Masa pendedahan kepada racun perosak berlaku dan berapa lama selepas pendedahan simtom mula ditunjukkan Apakan simtom-simtom yang anda tunjukkan. Adalah lebih elok jika anda boleh menggambarkan simtom-simtom tersebut menurut urutan dari simtom pertama hingga yang terakhir Sama ada rakan kerja yang lain juga turut mengalami perkara yang sama Jika anda menggunakan racun perosak jenis gas saraf (karbamat atau organofosfat), doktor juga perlu tahu tahap kolinesterase anda. Oleh kerana ramai kakitangan kesihatan tidak terlatih dalam mengenalpasti simtom dan tanda-tanda keracunan racun perosak, kadang-kadang mereka memberikan diagnosis yang berbeza atau sama sekali tidak menghiraukan aduan anda. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan pendapat dari kakitangan kesihatan yang lain.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

31

Apa yang patut dilakukan jika penyelia tidak mempercayai bahawa saya mengalami masalah akibat racun serangga?
Ini adalah masalah yang sentiasa berlaku, dan ia merupakan perkara yang agak sukar untuk diberikan jawapan. Kadang-kadang, kerja dan pendapatan anda adalah lebih penting daripada berbalah pendapat dengan penyelia anda. Kadang-kadang, penyelia juga tidak menyedari kesan toksik akibat daripada penggunaan racun perosak dan lebih menitikberatkan pendapatan yang boleh diperolehi dari kerja yang anda lakukan berbanding dengan kesihatan pekerja. Anda perlu ingat bahawa hanya ada yang mengetahui keadaan tubuh anda. Racun perosak adalah racun dan pendedahan yang berpanjangan boleh membunuh!

Untuk tindakan!

Dapatkan maklumat tentang undang-undang berkenaan dengan kesihatan dan keselamatan pekerja terutamanya yang berkaitan dengan pendedahan racun perosak kepada pekerja sektor pertanian. Dapatkan maklumat berkenaan pampasan bagi penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan.

32

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apa yang patut saya lakukan jika racun perosak terpercik ke dalam mata saya?
Terdapat ramai pekerja ladang atau petani yang buta akibat percikan racun perosak ke dalam mata mereka. Simtom yang biasa bagi keracunan racun perosak di dalam mata adalah rasa bahang, mata berair dan penglihatan menjadi kabur. Anak mata yang sangat kecil menunjukkan tahap keracunan yang teruk. Jika anda secara tidak sengaja terpercik racun perosak ke dalam mata, lakukan seperti berikut: Buka kelopak mata dengan jari dan bilas mata anda serta merta dengan air mengalir sekurang-kurangnya selama 30 minit. Jika hanya sebelah mata sahaja yang terpercik pastikan mata yang sebelah lagi tidak turut tercemar Jangan gunakan cecair pencuci mata! Ia bukanlah penawar kepada racun dan kerana ia hanya boleh digunakan dalam kuantiti yang sedikit dan ia tidak boleh membasuh racun tersebut dari mata anda Berjumpa dengan kakitangan kesihatan secepat mungkin Bawa bekas racun perosak apabila anda mendapatkan khidmat nasihat kakitangan kesihatan tersebut

Apa yang patut saya lakukan jika racun perosak tertumpah ke atas kulit saya? Basuh racun perosak tersebut dengan sabun dan air serta merta Tanggalkan pakaian dan barang kemas yang telah tercemar Mandi dengan serta merta Jika anda rasa terdapat simtom keracunan berjumpa dengan kakitangan kesihatan serta merta Bawa bekas racun perosak apabila anda mendapatkan khidmat nasihat kakitangan kesihatan tersebut

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

33

Apa yang patut saya lakukan jika seseorang telah menelan racun perosak?
Kadang-kala ada orang yang menelan racun perosak dengan tujuan untuk membunuh diri. Walaupun ia merupakan cara yang teruk untuk mati, mereka menggunakan racun perosak kerana ia adalah racun dan mudah diperolehi. Kadang-kadang racun perosak boleh juga tertelan secara tidak sengaja, terutamanya jika ia disimpan bukan di dalam bekas asal seperti botol minuman ringan. Kadang-kadang, kanakkanak yang tidak diperhatikan dan dengan perasaan ingin tahu akan cuba merasa kandungan botol racun perosak jika mereka memperolehinya. Jika anda melihat atau mengesyaki bahawa keracunan berlaku melalui cara menelan racun perosak tersebut, anda boleh lakukan perkara-perkara berikut untuk membantu: Baringkan mangsa dengan kedudukan kepalanya lebih rendah daripada badan. Pastikan mangsa hanya berbaring senget pada sebelah badan sahaja untuk melancarkan pernafasan jika beliau termuntah sebelum pengsan Bersihkan mulut mangsa dengan kain atau tisu bersih. Tanggalkan gigi palsu dan keluarkan semua bendalir. Pastikan tangan anda tidak turut tercemar dalam proses tersebut. Jika ada, gunakan sarung tangan getah. Tanggalkan semua pakaian yang telah tercemar dan mandikan mangsa dengan air dan sabun. Ini perlu dilakukan terutamanya jika anda tahu bahawa racun perosak yang ditelah adalah sangat toksik dan jika bantuan kesihatan sukar diperolehi. Untuk mengelakkan mangsa daripada menggigit jari anda, gunakan tangan yang sebelah lagi untuk menekan pipi mangsa terutamanya di antara gigi. Jangan cuba memaksa mangsa yang pengsan, sawan atau mempunyai penyakit jantung untuk memuntahkan racun yang telah ditelannya. Memaksa wanita yang sarat mengandung untuk muntah juga boleh membahayakan kandungannya Jika anda berada berdekatan dengan kemudahan kesihatan, adalah lebih baik jika anda tidak memberikan sebarang cecair kepada mangsa dan biarkan kakitangan kesihatan memberikan suntikan cecair kepada mangsa. Tetapi, jika anda fikir bantuan perubatan akan mengambil masa yang lama untuk tiba, dan jika mangsa memberikan kerjasama serta dalam keadaan sedar, berikan mangsa air minum yang banyak beberapa liter dalam beberapa jam. Ini akan memaksa mangsa lebih kerap membuang air dan dengan itu menggalakkan pembuangan racun dari tubuhnya. Jangan berikan sebarang makanan. Jangan berikan susu atau alkohol. Jangan paksa mangsa yang pengsan atau sawan untuk minum Dapatkan bantuan perubatan dengan segera Bawa bekas atau label racun perosak tersebut dengan anda

34

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Jika seseorang menunjukkan simtom-simtom keracunan racun perosak, apakah yang boleh saya lakukan?
Rawatan keracunan racun perosak lebih elok dilakukan oleh kakitangan perubatan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan sementara menunggu bantuan perubatan tiba: Alihkan mangsa dari kawasan keracunan berlaku. Berhati-hati agar anda juga tidak terkena racun perosak. Pakai sarung tangan getah jika ada Jika terdapat tumpahan, tanggalkan pakaian yang tercemar dan bilas kulit dengan sabun dan air Jika kulit mangsa terasa panas, sejukkan dengan menggunakan span dan air. Jika badan mangsa terlalu sejuk balut tubuhnya dengan selimut Jika mangsa mengalami sawan, anda boleh meletakkan kain di antara giginya untuk mengelakkan lidahnya daripada tergigit. Berhati-hati semasa mengawal pergerakan mangsa yang sawan. Kawalan adalah untuk mengelakkan mangsa daripada mencederakan dirinya dan bukan untuk mencederakannya. Mengilas tangan mangsa yang mengalami sawan dengan keadaan mengigil yang keterlaluan boleh menyebabkan keretakan tulang Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (cardiopulmonary resuscitation CPR) jika anda tahu mengenainya. Sebelum memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut, pastikan tidak ada kesan racun perosak pada mulut mangsa dengan mengesat terlebih dahulu dengan kain bersih. Anda juga boleh meletakan sapu tangan di atas mulut mangsa sebelum memberikan bantuan Tanya berkenaan dengan pendedahan tersebut. Pastikan bahan kimia yang digunakan. Pastikan anda membawa botol racun perosak tersebut bersama agar anda boleh menunjukkannya kepada kakitangan kesihatan kelak Tenangkan diri anda dan juga mangsa mereka boleh menjadi sangat agresif Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

35

Ubat yang terbaik untuk keracunan racun perosak adalah melalui pencegahan

Untuk tindakan!

Lawat klinik di mana anda bekerja, pejabat kakitangan kesihatan terdekat, atau klinik di kawasan anda. Adakah terdapat kakitangan yang terlatih mengendalikan kes-kes keracunan racun perosak? untuk

Adakah terdapat ubat dan peralatan untuk digunakan semasa rawatan kecemasan? Jika telah terdapat kes keracunan racun perosak sebelum itu, apakah perkhidmatan perubatan yang mangsa telah perolehi? Jika anda tidak puas hati dengan kualiti perkhidmatan kesihatan tersebut, apakah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut? Belajar bagaimana untuk melindungi diri anda daripada pendedahan terhadap racun perosak. Belajar tentang alternatif bagi racun perosak.

36

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

KEKALKAN PEMANTAUAN
Apakah yang dimaksudkan dengan Pemantauan Racun Perosak Oleh Komuniti? Pemantauan secara mudahnya bermaksud pemerhatian yang kerap, pengamatan dan merekodkan masalah yang kita alami. Ia juga bermaksud mengambil tahu apa yang orang, syarikat dan kerajaan lakukan pada peringkat setempat. Apakah yang boleh dilakukan oleh Pemantauan Komuniti? Jika orang ramai memahami kesan buruk racun perosak, mungkin mereka akan cuba mengelakkan atau mengurangkan penggunaannya. Jika anda, bersama dengan komuniti mengumpul maklumat berkenaan dengan kemusnahan pada kehidupan dan alam sekitar akibat daripada penggunaan racun perosak, adalah tidak mustahil untuk memujuk seluruh komuniti anda untuk tidak menggunakan racun perosak sama sekali dan mencari alternatif baginya.

Dengan maklumat ini, adalah juga tidak mustahil untuk menggalakkan kerajaan untuk: menukar polisi yang menggalakkan penggunaan racun perosak, dan; mengawal industri berkaitan racun perosak dengan lebih berkesan.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

37

Bagaimana saya boleh memastikan bahawa racun perosak telah memberi kesan kepada kehidupan komuniti saya?
Pemantauan komuniti adalah salah satu cara untuk mengumpulkan maklumat bagaimana racun perosak memberikan kesan kepada kehidupan komuniti anda. Terdapat banyak cara untuk melakukan pemantauan. Pemantauan boleh dilakukan secara spesifik dan sistematik terhadap maklumat-maklumat yang terperinci. Pemantauan juga boleh juga dilakukan hanya sekali dengan pengumpulan maklumat secara umum untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang keadaan semasa. Sesetengah kelompok tertentu telah mula menggunakan kertas soal-jawab, lihat Lampiran 1 dan 2 untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan penggunaan racun perosak, kaedah penyemburan dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh komuniti. Selain itu, sebuah kumpulan bersama pekerja-pekerja yang terlibat dalam penggunaan racun perosak telah menyediakan sebuah rekod kesihatan harian (lihat Lampiran 3). Pekerja-pekerja tersebut yang kebanyakannya merupakan penyembur racun perosak memantau keadaan kesihatan mereka dengan merekodkan sebarang simtom keracunan racun perosak setiap hari. Rekod-rekod ini kemudiannya digabungkan dan memberikan maklumat yang sangat bernilai. Di Filipina, pemantauan perubatan bagi pekerja-pekerja yang terlibat dengan racun perosak telah dimulakan. Di Malaysia, sebuah kumpulan tempatan sedang menjalankan percubaan tahap kolinesterase, sejenis enzim di dalam darah pekerja-pekerja ladang.

Apakah yang boleh dipantau oleh komuniti?

Bila pengguna racun perosak merasa tidak sihat dan apakah simtom-simtom yang ditunjukkan Bagaimanakah komuniti boleh terdedah Apakah yang membimbangkan anda dan komuniti tentang penggunaan racun perosak Adakah terdapat sebarang kes keracunan atau kematian akibat racun perosak Apakah jenis racun perosak yang digunakan Adakah terdapat penggunaan sebarang racun perosak yang telah diharamkan atau tidak didaftarkan Adakah racun perosak tersebut dipakej dan dilabelkan dengan sempurna Siapa yang menggunakan racun perosak di dalam komuniti dan siapa yang membuat keputusan tentang jenis racun perosak yang perlu dibeli dan digunakan Bagaimanakah racun perosak dijual, diangkut, dicampur dan disembur Bagaimanakan bekas kosong dibuang Bagaimana industri racun perosak mempromosi dan menjual produk mereka Adakah terdapat alternatif yang berjaya bagi racun perosak

38

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kajian Kes: Kesan Kesihatan Racun Perosak Ke Atas Penyembur Wanita Wanita di dalam sektor perladangan di Malaysia menyembur racun perosak hampir setiap hari. Khuatir berkenaan kesan kesihatan akibat penggunaan racun perosak terhadap pekerja wanita, Tenaganita mengambil keputusan untuk menjalankan sebuah projek pemantauan kesihatan di kalangan pekerja ladang wanita di Malaysia. Kerjasama dengan Pesticide Action Network Asia and the Pacific dan juga Pusat Racun Negara yang berpejabat di Universiti Sains Malaysia telah diadakan. Kajian tersebut melibatkan 100 orang pekerja. Pekerja lapangan Tenaganita telan melawat beberapa buah ladang dan selepas beberapa lawatan pekerja-pekerja yang terlibat dengan penyemburan racun perosak telah dikenalpasti. Mereka kemudiannya berbincang dengan pekerjapekerja itu berkenaan dengan projek tersebut. Para pekerja yang mengambil bahagian telah ditemubual berkenaan dengan pendedahan mereka terhadap racun perosak dan jika terdapat sebarang simtom keracunan (lihat Lampiran 2). Kaji selidik ini diperkuatkan lagi dengan pengumpulan contoh untuk tahap kolinesterase di dalam darah. Pusat Racun Negara telah mengumpulkan semua borang kaji selidik dan menganalisis contoh darah yang diperolehi. Para pekerja yang menunjukkan tahap kolinesterase yang sangat rendah telah diberikan ujian lanjutan. Kaji selidik tersebut telah dijalankan di dua kawasan di Semenanjung Malaysia. Dianggarkan 100 orang penyembur racun perosak wanita telah mengambil bahagian di dalam kaji selidik ini. Dalam beberapa kes, terdapat pekerja wanita yang menyembur semasa mengandung. Keputusan awal menunjukkan bahawa wanita-wanita tersebut telah mengalami penurunan tahap kolinesterase. Tahap tersebut kembali normal bagi pekerja yang berhenti melakukan semburan. Keputusan ujian tersebut dikongsikan bersama dengan pekerja-pekerja yang mengambil bahagian. Para pekerja tersebut kini mengambil bahagian di dalam usaha pemantauan kesihatan bagi jangka masa panjang di mana mereka akan merekodkan setiap hari apakah racun perosak yang mereka gunakan dan jika terdapat sebarang simtom keracunan (lihat Lampiran 3). Ini akan membantu memberikan data yang lebih berguna berkenaan dengan hubungan di antara semburan racun perosak dan kesan ke atas kesihatan. Tenaganita kini secara berterusan mengadakan bengkel latihan bagi membincangkan kesan-kesan racun perosak terhadap kesihatan mereka, hak-hak mereka sebagai pekerja dan juga masalah-masalah mereka sebagai pekerja wanita. Tenaganita telah berkongsi dengan pekerja-pekerja tersebut keputusan ujian dan bersama-sama menyediakan draf cadangan yang seterusnya akan dimasukkan di dalam laporan lengkap. Untuk mendapatkan sokongan penuh dari pihak pengurusan ladang untuk kaji selidik ini adalah mustahil. Dalam sesetengah kes, terdapat pekerja yang kehilangan pekerjaan mereka kerana penglibatan mereka di dalam kaji selidik ini. Potensi untuk kehilangan kerja juga merupakan salah satu halangan mengapa ramai pekerja yang tidak mahu contoh darah mereka diambil. Satu daripada pencapaian penting bagi projek ini adalah peningkatan perasaan menghargai diri sendiri di kalangan pekerja-pekerja itu. Ramai di antara mereka, ini adalah kali pertama mereka diberikan tumpuan secara serius terhadap keadaan kesihatan dan kehidupan mereka. Ini seterusnya memberikan mereka keberanian untuk mempertingkatkan taraf hidup dan suasana di tempat kerja mereka. Keputusan pemantauan akan memberikan maklumat kepada para pekerja dan merupakan asas kukuh kepada keperluan untuk pemantauan kesihatan pekerja ladang yang lebih kerap. Keputusan pemantauan itu juga akan membantu dalam pembentukkan perundangan yang lebih ketat berkenaan racun perosak di samping menggalakkan kerajaan bertindak untuk menangani kesan kesihatan penggunaan racun perosak di ladang-ladang.

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

39

Bagaimana kami boleh mula melakukan pemantauan?


Berhimpun bersama anggota komuniti. Putuskan apakah perkara yang sangat penting bagi komuniti secara keseluruhannya. Putuskan apakan maklumat yang mana komuniti anda rasa perlu dan boleh dikumpulkan. Selalunya ini akan memerlukan tarikh, nama dan racun perosak atau kejadian (sebagai contoh, seseorang telah mengalami keracunan racun perosak). Anda mungkin ingin bermula dengan menggunakan borang soal-jawab untuk memantau kesan racun perosak terhadap kesihatan, sila lihat Lampiran 1. Borang kaji selidik ini disediakan oleh PAN-Filipina. Lampiran 2 adalah borang kaji selidik yang disediakan oleh Tenaganita di Malaysia untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan penggunaan racun perosak oleh pekerja-pekerja ladang dan kesannya terhadap kesihatan mereka. Borang kaji selidik ini akan membantu dalam memberikan garis panduan kepada anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin menggunakan bahagian-bahagian yang berkaitan dari borang kaji selidik ini untuk menyediakan borang kaji selidik anda sendiri. Ini bergantung kepada pendedahan komuniti anda dalam isu-isu berkaitan dengan racun perosak. Rekod kesihatan harian bagi pekerja-pekerja yang terlibat dengan penggunaan racun perosak (lihat Lampiran 2) juga sangat berguna. Ingat sebarang maklumat yang berguna, sebagai contoh, rasa loya mestilah direkodkan pada hari ia berlaku. Pemerhatian adalah sangat penting. Maklumat umum berkenaan tahap kesihatan komuniti semasa penggunaan racun perosak juga perlu direkodkan. Sebarang kes yang luar biasa seperti kes-kes ruam kulit atau pengsan, dan mungkin juga mana-mana individu yang menghidapi kanser atau wanita mengandung mengalami keguguran dalam jangka masa tertentu perlulah direkodkan dengan nama dan tarikh semasa ia berlaku.

40

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah langkah seterusnya?


Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah analisa maklumat yang telah dikumpulkan bersama kelompok anda. Perhatikan jika terdapat maklumat yang berguna di dalam usaha melobi kerajaan di peringkat tempatan dan juga kebangsaan. Kemudian, hantar maklumat tersebut kepada badan-badan yang tersenarai di kulit belakang buku ini. Badan-badan ini mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dari komuniti di seluruh negara di samping menjalinkan hubungan dua hala dengan badan-badan yang serupa dari negara-negara di seluruh Asia. Jika anda mengambil keputusan untuk berkongsi data-data ini dengan mana-mana badan tersebut, ia bukanlah penamat kepada usaha yang telah dilakukan. Badan-badan ini akan memastikan kelompok anda akan sentiasa diberitahu tentang kajian-kajian yang berguna dan juga sebarang perancangan serta aktiviti. Kelompok anda akan menjadi sebahagian daripada kumpulan di peringkat antarabangsa! Untuk tindakan! Ajak komuniti anda melibatkan diri dalam usaha pemantauan racun perosak! SERTAILAH KEMPEN DI PERINGKAT ASIA!

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

41

Bersama kita boleh membawa perubahan?


Komuniti anda tidak bersendirian. Terdapat banyak kelompok petani, pekerja ladang, lelaki dan wanita, di seluruh negara anda dan juga di rantau Asia dan Pasifik sedang bekerjasama untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan racun perosak dan juga kaedah-kaedah penjagaan ladang. Kesemua data ini sedang dikumpulkan dan disusunkan bagi setiap negara, begitu juga bagi setiap rantau. Jika kita mempunyai ratusan laporan, dari negara-negara yang berbeza, dengan nama dan tarikh, berkenaan dengan kesan buruk terhadap kesihatan oleh racun perosak, para ahli politik pun terpaksa mendengar permintaan kita.

42

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah matlamat kami?


Kami berharap agar kejadian keracunan racun perosak tidak akan berlaku lagi. Kami berharap agar pemantauan oleh komuniti akan menyumbang kearah pembinaan organisasi sosial dan kelompok petani yang lebih kukuh. Kami akan bekerjasama untuk memberikan tekanan agar sistem perundangan yang lebih ketat dikenakan ke atas pengeluar, penjual dan penggunaan racun perosak. Kami ingin mendapatkan maklumat yang mencukupi berkenaan kesan racun perosak yang merbahaya yang tidak mungkin dapat dinafikan, dan kerajaan terpaksa menyekat atau memperketatkan undang-undang penggunaan semua racun ini. Kami ingin agar industri racun perosak lebih bertanggungjawab dengan menghentikan pengeluaran dan penjualan racun perosak yang meracuni para petani, orang ramai dan alam sekitar. Kami akan bekerjasama dalam memastikan industri racun perosak akan mendapat balasan atas semua perbuatan mereka.

Ajak kelompok anda melibatkan diri dalam pemantauan racun perosak! SERTAI KEMPEN DI PERINGKAT ASIA!

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

43

Dimana anda boleh mendapat bantuan di Indonesia

Gita Pertiwi Griyan Lama No. 20 Rt. 01/Rwl Solo 57171, Indonesia tel: (6271) 710465 faks: (6271) 718956 e-mel: gita@slo.mega.net.id Mitra Tani Association Jalan Nitikan Baru Nombor 95 Yogyakarta 55162 tel/faks: (0274) 381101 Yayasan Pembangunan Pedesaan (Yayasan Pembangunan Luar Bandar) Tursari IV/25, Solo 57197 Jawa Tengah, Indonesia tel: (0271) 711674 Hari Pangan Sedunia (Hari Makanan Sedunia) Tegalgendu KG II Rt 50/Rw XI Yogyakarta tel/faks: (0274) 380776

LSK Bina Bakat (Institut Kajian Sosial dan Pembangunan Kemahiran) Jalan Ki Mangunsarkoro No. 79 Solo 57136, Jawa Tengah, Indonesia tel: (0271) 718594 faks: (0271) 719770 (Wartel Manahan) Pusat Pendidikan Linkungan Hidup (Pusat Latihan Pendidikan Alam Sekitar) Seloliman Trawas, Mojokerto Propinsi Jawa Timur Peti Surat 03 Trawas Mojokerto 61375 tel: (0343) 880884 faks: (0321) 618752

Dimana anda boleh mendapat bantuan di Malaysia


Tenaganita Tingkat 11, Wisma Yakin Jalan Masjid India 50100 Kuala Lumpur tel: (603) 2691-3681/291-3691 faks: (603) 2691-3681 e-mel: tnita@hotmail.com Organisasi Perkhidmatan Awam 13, Taman Berjuntai Jalan Bukit Badong 45600 Batang Berjuntai, Selangor tel: (603) 8719125 Pusat Racun Negara Pusat Racun Negara Kebangsaan Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang Tel/faks: (604) 6568417

44

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Dimana anda boleh mendapat bantuan di Filipina


PAN Philipines Rm. 301 Department of Pharmacology U.P. College of Medicine 547 Pedro Gil St., Ermita, Manila tel: (632) 5264248/5218251 faks: (632) 5218251 e-mel: romyquij@yahoo.com OFFERS Training Centre Kisante, Makilala, NorthCotabato Tel: (064-23) 81453 (melalui Rose Catedrilla) AMIHAN No. 61-B Evangelista Street, Project 4 Quezon City, Philippines Tel: (632) 4372173 Faks: (632) 9139244 Health Alliance for Democracy Negros Riverside Hospital, Bacolod City Tel: (034) 4337331 (melalui Dr. Etherl Tangarorang, Silay City) Tel: (034) 57185 SIBAT #10 Alley 13, Project 6, Quezon City tel: (632) 9293220 tel/faks: (632) 9291140 e-mel: sibat@info.com.ph Visayas Primary Health Care Program Rm. 203 Crestly Bildg., Osmena Blvd., Cebu City Tel: (132) 2544663 ANI Foundation Suerte Subdivision, Kidapawan City Tel: (064-23) 81665

Dimana anda boleh mendapat bantuan di rantau Asia Pasifik


Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP) Peti Surat 1170, 10850 Pulau Pinang, Malaysia tel: (604) 6570271/6560381 faks: (604) 6577445 e-mel: panap@panap.net laman web: www.panap.net

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

45

Lampiran 1: Pemantauan Komuniti Ke Atas Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nama individu yang kesihatannya terjejas akibat racun perosak________________________ Alamat ______________________________________________________________________ Umur __________ Lelaki ____________ Perempuan _________ Mengandung __________ Adakah ladang yang dikerjakan oleh individu tersebut miliknya? Ya Tidak Tarikh kesihatan individu tersebut mula terjejas _______________________________________ Apakah kesan buruk racun perosak tersebut? (Nyatakan dengan jelas apa yang berlaku, tanda dan simtom yang dialami) ___________________________________________________________ Apakah nama racun perosak tersebut ______________________________________________ Adakah individu tersebut turut menggunakan racun perosak itu __________________________ Adakah pengguna tersebut memakai sarung tangan, topeng pakaian keselamatan yang lain? Ya Tidak Bagaimana individu tersebut terdedah kepada racun perosak itu? a) Semasa menyembur d) Memakan makanan tercemar b) Semasa mencampurkan racun perosak e) Semasa mengharung air c) Semasa menaburkan racun perosak Apa yang berlaku kepada individu tersebut? a) Meninggal dunia d) Dibawa ke hospital b) Tidak lagi mampu bergerak e) Lain-lain c) Tidak ada perkara serius berlaku Berapa lamakah selepas pendedahan kesan mula kelihatan? a) Serta-merta c) Selepas satu hari b) Selepas beberapa jam d) Lebih dari satu hari selepas itu Berapa lamakah kesan racun perosak tersebut berlaku? a) Beberapa minit c) Satu hari b) Beberap jam d) Lebih dari sehari Berapa kerapkah individu tersebut terdedah kepada racun perosak? a) Hampir setiap hari c) Setiap bulan e) Jarang b) Setiap minggu d) kurang dari sekali sebulan Pernahkah beliau pernah mengalami perkara yang sama sebelum itu? Ya Tidak Adakah individu tersebut pernah menghidap sebarang penyakit sebelum kejadian itu? Ya Tidak Jika ya, apakah penyakit tersebut _________________________________________________ Adakah individu tersebut mengambil ubat sebelum kejadian itu? Ya Tidak Jika ya, apakah jenis ubat yang beliau ambil? ________________________________________ Adakah individu tersebut seorang perokok? a) Tidak b) 1-10 batang/sehari c) lebih dari 10 batang/sehari Adakah individu tersebut meminum arak? a) Tidak b) hampir setiap hari c) beberapa kali dalam seminggu d) Beberapa kali dalam sebulan Pernahkan individu tersebut mendapat kesan buruk daripada arak sebelum kejadian itu? Ya Tidak Adakah terdapat perkara/faktor lain yang mungkin boleh menyebabkan simtom/tanda yang sama seperti yang disebabkan oleh racun perosak? Ya Tidak Jika ya, apakah perkara/faktor tersebut? ____________________________________________

11.

12.

13.

14.

15. 16. 17. 18. 19. 20. 21.

22. 23.

24.

Nama individu yang membuat laporan: ________________________________________________ Alamat: __________________________________________________________________________ Organisasi: _______________________________________________________________________ Tarikh laporan: ____________________________________________________________________
46

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Lampiran 2: WANITA MENENTANG KITARAN RACUN


Soal jawab berkenaan penyemburan racun perosak di ladang-ladang Nama: Lokasi: Maklumat Peribadi: Jantina:____________ Umur: __________ Bangsa: ____________

Status perkahwinan: _______________ Pekerjaan pasangan: _____________ Jumlah anak: ________________ Jenis pekerjaan: _______________

Lama berkhidmat: ________________ Gaji: _______________ Adakah anda: Jumlah jam bekerja: Pekerja tetap Sehari Pekerja kontrak Seminggu Sebulan Pekerja asing

Adakah anda mengandung atau menyusukan bayi: _________________________ Penggunaan racun perosak Adakah anda seorang penyembur racun perosak Ya Tidak

Tarikh kali terakhir anda terdedah kepada racun perosak: __________________ 1. Racun perosak jenis apakah anda gunakan di ladang: Racun rumpai Lain-lain 2. Apakah racun perosak yang anda gunakan: Nama biasa: ___________________________ Ia digunakan untuk apa: Jenama: ______________ Racun serangga Racun kulat

____________________________________________

Berapa kerapkah anda menyembur racun ini Adakah anda menyembur sepanjang tahun: Adakah masa rehat diberikan: Ya Ya Tidak Tidak

Berapa lamakah masa rehat tersebut: ___________________________________

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

47

Apakah tugasan yang diberikan kepada anda: _____________________________________ Berapa lama selepas menyembur anda diberikan tugasan lain: ________________________ Kekerapan dalam sebulan: ____________________________________________________ Berapa jam diperlukan untuk sekali semburan: ____________________________________ 3. Peralatan: Kaedah semburan (peralatan yang digunakan): ___________________________________ Bagaimanakah ia disimpan: _________________________________________________ Adakah latihan penggunaan pernah diberikan: __________________________________ 4. Pakaian Keselamatan: Adakah pakaian/peralatan keselamatan disediakan Jika ya, apakah pakaian/peralatan tersebut? Meliputi seluruh badan Apron dan baju pelindung Sarung tangan Kasut Pelindung mata dan muka Peralatan pernafasan Ya Tidak Ya Tidak

Adakah pakaian pelindung dibasuh selepas ia digunakan 5. Mencampurkan Racun Perosak: Adakah anda mencampurkan racun perosak sebelum menyembur

Ya

Tidak

Jika tidak, siapa yang melakukan pencampuran __________________________________ Apakah bahan yang dicampurkan dengan racun perosak tersebut _____________________ Berapakan kuantiti campuran tersebut __________________________________________ Adakah anda mencampurkannya dengan racun perosak lain Ya Tidak

Jika ya, apakah racun perosak tersebut _________________________________________ Berapakan kuantiti campuran tersebut ___________________________________________

48

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

6. Kesan Racun Perosak Selepas menyembur adakah anda mengalami:Rasa loya Pening kepala Sakit kepala Muntah-muntah Sukar benafas Dada rasa ketat/padat Rasa gatal/tompok merah atau putih pada kulit (bahagian mana pada tubuh?) Hidung berdarah Penglihatan menjadi kabur Adakah anda terdedah kepada racun perosak Melalui pernafasan Resapan oleh kulit Tidak sengaja memakannya 7. Perubatan 1. Kepada siapa anda pergi jika anda mempunyai tanda keracunan racun perosak?_____________ 2. Apakah rawatan yang diberikan: Ubat: Jenis: Sapu Jenis cecair 3. Adakah anda mendapat pemeriksaan perubatan yang kerap?___________________________ 4. Dimanakah anda pergi untuk pemeriksaan perubatan?_________________________________ 5. Siapa yang menjalankan pemeriksaan perubatan?____________________________________ 6. Adakah terdapat polisi di ladang anda untuk menghantar penyembur racun perosak lebih kerap untuk pemeriksaan kesihatan? ___________________________________________________ pil untuk dimakan Ya Ya Ya Tidak Tidak Tidak Terketar-ketar/menggigil Sakit pada bahagian bawah perut Sakit pada bahagian faraj Rasa bahang semasa membuang air kecil Letih Sakit belakang Sendi lutut bengkak

Kuku kehilangan warna, membengkak serta tertanggal

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

49

50

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

51

Pemantauan Oleh Komuniti - Ringkasan


Apakah Pemantauan Racun Perosak Oleh Komuniti?
Pemantauan racun perosak oleh komuniti bermaksud: orang biasa juga turut terlibat di dalam usaha mengumpulkan maklumat tentang bagaimana racun perosak digunakan dan masalah-masalah yang ia timbulkan Untuk melakukan perkara ini, mereka perlulah bekerjasama untuk memerhatikan dan merekodkan data berkenaan racun perosak dan bahayanya kepada orang ramai dan alam sekitar di samping mengumpul data berkenaan dengan alternatif kepada racun perosak.

Apakah Yang Boleh Dilakukan Oleh Pemantauan Racun Perosak Komuniti?


Jika orang ramai memahami bahaya racun perosak kepada kesihatan, tanah dan komuniti mereka, mungkin mereka akan berusaha menyekat atau mengurangkan penggunaan racun perosak. Jika komuniti membantu dalam mengumpulkan maklumat berkenaan dengan kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan racun perosak, adalah tidak mustahil untuk memujuk kerajaan agar mengubah polisi yang menggalakkan penggunaan racun perosak dan mengawal industri racun perosak dengan lebih berkesan.

Apakah Yang Boleh Dipantau Oleh Komuniti?


Bila pengguna racun perosak merasa tidak sihat dan simtomsimtomnya. Bagaimana industri racun perosak mempromosi dan menjual produk mereka. Apakah yang telah dilakukan oleh racun perosak terhadap tanah dan alam sekitar. Alternatif yang berjaya bagi racun perosak Apakah perkara yang menimbulkan kebimbangan di dalam komuniti berkenaan dengan penggunaan racun perosak.

52

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

C-PAK (Community-Pesticides Action Kit) adalah sebuah kit: satu siri penerbitkan modul berkenaan bahaya dan alternatif kepada racun perosak. Kit ini juga menggalakkan komuniti agar melibatkan diri di dalam pemantauan kesan negatif penggunaan racun perosak dan dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai di samping mengambil tindakan menentang penggunaan racun perosak. Tentanglah kitaran racun!!

C-PAK diterbitkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan ASEAN:


Pesticide Action Network Asia and the Pacific, Peti Surat 1170, 10850 Pulau Pinang, Malaysia Pegarah urusan: Sarojeni V. Rengam tel: (604) 657 0271/656 0381 faks: (604) 657 7445 e-mel: panap@panap.net Tenaganita Tingkat 11, Wisma Yakin Jalan Masjid India 50100 Kuala Lumpur tel: (603) 2691 3681/2691 3691 faks: (603) 2691 3681 e-mel: tnita@hotmail.com PAN Philipines Rm. 301 Department of Pharmacology U.P. College of Medicine 547 Pedro Gil St., Ermita, Manila tel: (632) 526 4248/521 8251 faks: (632) 521 8251 e-mel: romyquij@yahoo.com ANI Foundation Suerte Subdivision, Kidapawan City Tel: (064-23) 81665

Gita Pertiwi Griyan Lama No. 20 Rt. 01/Rwl Solo 57171, Indonesia tel: (6271) 710 465 faks: (6271) 718 956 e-mel: gita@slo.mega.net.id

CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

53

Tentang kitaran racun perosak di dalam komuniti anda! Ambil tindakan untuk memperbaiki komuniti anda!

You might also like