P. 1
Kemahiran Saintifik tugasan

Kemahiran Saintifik tugasan

|Views: 85|Likes:
Published by Anandha Valli

More info:

Published by: Anandha Valli on Mar 03, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/28/2013

pdf

text

original

Kemahiran Saintifik 2

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu ataupun pengumpulan maklumat dan penyusunannya. Perkataan Sains berasal daripada bahasa Latin, ‘scinetia’ yang membawa maksud mendapatkan ilmu atau maklumat, Sains bermula dengan pengalaman dan mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Oleh itu, Sains disimpulkan sebagai satu himpunan ilmu pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui satu proses pengkajian dan dapat diterima oleh akal manusia. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran Saintifik merupakan kemahiran yang paling penting untuk

menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Ia teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kemahiran Saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains boleh didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ia juga membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem. Ia juga dikenali sebagai kemahiran kognitif. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang senang ataupun yang mudah kepada yang kompleks. Ia juga dapat dikelaskan kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980). Dalam kurikulum sains, kemahiran proses sains asas (KPSA) yang dikenalpasti dan diperkembangkan adalah memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi, manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula merangkumi mentafsir maklumat, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipothesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1994). Secara keseluruhannya terdapat 12 dalam kemahiran proses sains. Pertamanya kemahiran pemerhatian merujuk kepada kemahiran yang menggunakan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran menghidu bau, merasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek ataupun fenomena. Keduanya ialah

. fenomena. Kemahiran kelima pula ialah meramal iaitu proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan sesuatu data.kemahiran mengelas menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaannya. membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul . Kemahiran ketiga pula ialah kemahiran mengukur dan menggunakan nombor iaitu kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai. Kemahiran proses sains yang seterusnya ialah menggunakan perhubungan ruang dan masa iaitu kebolehan memperihalkan atau menunjukan lokasi.Kemahiran ini juga dikenali segai kemahiran psikomotor. memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk. kejadian atau peristiwa. peralatan bahan sains dengan tepat dan menyimpan peralatan sains di tempat yang betul. arah. graf. Seterusnya kemahiran mentafsir data iaitu menerangkan kebolehan memberi penerangan rasional tentang suatu objek. Kemahiran keempat pula ialah kemahiran Membuat inferens yang menerangan kepada pemerhatian. bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa. Kemahiran ini juga diguna untuk cara yang boleh memberikan satu nilai bernombor untuk tentukan sesuatu konsep. Ia juga mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk seperti secara lisan. Kemahiran manipulatif lebih menjurus kepada penggunaan dan pengendalian peralatan sains serta bahan kimia semasa melakukan sesuatu aktiviti penyiasatan di makmal kimia. jadual atau gambar rajah. Kemahiran keenam pula adalah berkomunikasi iaitu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima. Ia juga membantu membuat kesimpulan awal yang logik yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian. mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan melakar spesimen. menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Kemahiran seterusnya ialah kemahiran membuat hipotesis iaitu proses yang menyatakan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens untuk menerangkan sesuatu perkara ataupun sesuatu peristiwa. Kemahiran manipulatif sains meliputi mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Kemahiran kesembilan pula ialah mendefinisi secara operasi merupakan proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan. Kemahiran proses sains terakhir adalah kemahiran membuat eksperimen iaitu kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Kemahiran kesepuluhnya ialah mengawal pembolehubah iaitu mengenalpasti pembolehubah dan menghubungkaitnya. fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.

Tanpa menguasaan kemahiran ini murid tidak menjadi seorang murid yang berfikiran kritis dan kreatif. Kemahiran Saintifik juga merupakan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli sains di seluruh dunia. Ia juga digunakan semasa membuat sesuatu keputusan peribadi untuk diri kita dan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi dalam sehidupan seharian. . Kemahiran saintifik juga sangat penting untuk melahirkan murid yang sentiasa ingin tahu sesuatu fenomena.Kemahiran Saintifik sangat diperlukan dalam pengajaran matapelajaran Sains di semua peringkat persekolahan. mengeluarkan idea baru dan tidak sahaja menggunakan idea keluaran Negara lain. Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran yang penting dalam alam sekolah murid kerana memberi penekanan kepada matapelajaran sains dan budaya menyelidik dan menolong murid berfikir secara kreatif. dapat melahirkan ahli sains yang merekacipta. Justeru itu sebagai seorang guru kita perlulah menguasai kemahiran saintifik dengan sepenuhnya agar dapat mendidik anak murid dengan baik.

B) Kemahiran saintifik dijadikan ataupun dikatakan kemahiran yang penting dalam memahami erti bidang sains yang sebenar iaitu sebagai asas kepada pendekatan inkuiripenemuan yang membolehkan seseorang individu mencari sesuatu jawapan dengan sistematik tanpa sekadar memahami sesuatu teori sahaja. Mereka juga berpendapat bahawa respons yang tidak betul kepada soalan berkaitan kemahiran proses sains membina hipotesis menunjukkan wujudnya kerangka alternatif ataupun miskonsepsi dalam kalangan guru tersebut. semua hal ini tidak akan terlaksana sekiranya guru-guru yang mengajar matapelajaran Sains itu sendiri tidak dapat menguasai kemahiran saintifik. mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian. menyimpan peralatan dan bahan-bahan sains dengan cara yang betul. perekodan serta pengukuran dengan betul (Abu Hassan. kemahiran proses sains membolehkan murid memperoleh kemahiran berfikir asas dan bersepadu dalam membuat inferens. Terdapat dua kemahiran yang terlibat yang tidak boleh diasingkan apabila kita memperkatakan tentang kemahiran saintifik ini iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.82% guru pelatih menguasai kemahiran proses sains membina 8 hipotesis manakala 26. Komuniti sekolah yang celik sains akan menghasilkan pembentukan masyarakat yang bersaintifik dan progresif. 2003). Kemahiran manipulatif pula selalunya melibatkan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan serta bahan-bahan sains dengan betul dan juga selamat. Pelbagai masalah akan dihadapi oleh murid sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ataupun aktiviti harian jika guru tidak menguasai kemahiran saintifik dengan tepat dan betul.73% guru pelatih menguasai kemahiran proses sains mengenali pembolehubah. pihak kementerian telah memberi peluang kepada murid untuk menyiasat tentang sains dan teknologi pada setiap masa. Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) jelas . Antara masalah yang wujud jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran saintifik adalah murid tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. mempunyai daya cipta dan berpandangan jauh pada masa hadapan kelak. Namun. mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat. Oleh hal itu. memerhati dan menjalankan sesuatu eksperimen. mengawal pembolehubah. Menurut Rozita (2000). Suatu Kajian awal oleh Tan dan Chin (2001) yang melibatkan guru sains Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) 14 minggu di Maktab Perguruan Batu Lintang didapati hanya 56.

Selain daripada itu.. Justeru masalah wujud dimana guru bukan opsyen sains tidak mampu untuk menerapkan kemahiran saintifik dalam kalangan murid kerana sendiri tidak dapat menguasai kemahiran saintifik dengan baik. tanpa memberi penekanan terhadap kesepaduan domain kognitif.(Lilia et al. Seterusnya.menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. ramai di kalangan guru masih juga menggunakan kaedah tradisi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar matapelajaran sains di sekolah(Zurida. Ini kerana ramai murid bersikap negatif semasa mempelajari sains dan ada dikalangan mereka juga merasakan diri mereka telah gagal meskipun mereka belum cuba melakukan tugasan yang . menurut Meor Ibrahim (2001). Maka. Ini kerana guru tersebut secara tersendiri tidak menguasai kemahiran tersebut dan tidak dapat membimbing anak muridnya sewaktu eksperimen itu. kemahiran saintifik juga perlu diberi penekanan sepenuhnya. Mereka melakukan sesuatu amali hanya mengikut prosedur yang diberi tanpa bimbingan gurunya. Kegagalan guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan kemahiran seperti kemahiran saintifik menyebabkan minat murid terhadap sesuatu kemahiran sukar dipupuk serta mengakibatkan murid kurang berminat untuk menguasai kemahiran tersebut dan seterusnya. Hal ini menyebabkan guru-guru tersebut berada dalam keadaan tertekan ketika mengajar dan mereka akan berasa kurang keyakinan diri dalam mengajar. seseorag guru itu perlu menguasai kemahiran saintifik.2002) Jika seseorang murid tidak menguasai kemahiran saintifik masalah yang wujud kepada murid tersebut ialah tidak dapat melakukan aktiviti PEKA dengan baik. Untuk mengendalikan radas dengan baik. Selain daripada itu. 1998). Seterusnya ada dalam kalangan guru sains tidak menguasai kemahiran saintifik kerana mereka adalah bukan dari opsyen sains. afektif dan psikomotor murid. mata pelajaran sains terlalu memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali.ini menyebabkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran itu menjadi rendah. Mereka juga tidak dapat mengendalikan kelas amali dengan sebaik mungkin kerana kurang mahir dalam pengendalikan alat radas dan juga konsep sains itu sendiri. murid juga tidak berpeluang menjalankan sesuatu amali secara tersendiri. Ramai guru dari opsyen bahasa dan matematik diminta untuk mengajar sains. sedangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dalam bidang sains.

Akibatnya. Jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran saintifik ia memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan diri murid dalam kehidupan harian mereka. memandangkan PEKA adalah salah satu cara untuk mengukuhkan teori dan konsep sains dalam kalangan murid sekolah rendah. Jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains guru tersebut tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan.diberi. Contohnya Kemahiran mengukur dan mengguna nombor jika seseorang guru tidak tahu cara mengukur sesuatu objek dengan betul beliau tidak dapat mengajar tajuk itu dengan lengkap. Senario ini telah memberikan kesan kepada pencapaian murid dalam matapelajaran sains. Ini memberi masalah sewaktu murid membuat kesimpulan sewaktu menerang peristiwa berdasarkan sesuatu pemerhatian ataupun kesimpulan untuk sesuatu eksperimen. 2004). Penyalahgunaan konsep juga berlaku akibat daripada hal ini.Hal ini boleh menyebabkan masalah miskonsepsi dalam diri guru itu sendiri dan kepada murid yang belajar dengan beliau. Seterusnya jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran membuat inference dengan baik beliau tidak dapat mengajar anak muridnya untuk mahir dalam teknik tersebut. Secara tidak langsung dalam kehidupannya beliau tidak dapt mengukur sesuatu barang dengan betul dan tepat. Hal ini memberi kesan buruk kepada . (Lembaga Peperiksaan Malaysia 1999). tidak dapat mengukur panjang kain itu dengan betul. Tujuan PEKA sains untuk menentukan murid benar-benar menguasai kemahiran saintifik atau tidak. Beliau tidak dapat mengajar murid untuk berfikiran secara kraetif dan kritis. Jika seseorang murid tidak menguasai kemahiran mengukur dan mengguna nombor ini menyebabkan murid tidak dapat menggunakan alat ukuran dengan tepat dan tidak dapat memperkembangkan kemahiran mengira. mereka tidak dapat menjalankan amali dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya menjadi bosan dan mengabaikan PEKA kerana kurang minat terhadap kerja-kerja amali( Abu Hassan. Contohnya dalam konteks sains selalunya melibatkan kemahiran proses sains seperti mendefinisi secara operasi. Contohnya mengukur kain dengan pembaris panjang jika beliau tidak menguasai kemahiran mengukur ini. beliau tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna serta beliau tidak dapat mengajar konteks tersebut dengan betul. Jika guru tidak tahu mengetahui hal itu iaitu memberi definisi sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan secara mendalam.

Ini kerana semua soalan yang ditanya di bahagian B melibatkan kemahiran saintifik seperti membina hipotesis. Ini kerana matapelajaran sains selalunya melibatkan aktiviti eksperimen. Kemahiran eksperimen dalam kemahiran proses sains merupakan sesuatu kemahiran yang sangat penting dalam mengajar matapelajaran sains. Contohnya seperti menukar gram kepada kilogram tanpa menguasai kemahiran ini murid tidak dapat berurusan dalam hal penukaran ini dengan baik. Jika mereka tidak menguasai kemahiran ini murid tidak tahu cara bagaimana untuk mendapat maklumat dalam soalan yang diberi. Jika beliau membuat silap dalam menjalankan eksperimen maka murid mungkin mengalami miskonsepsi jika eksperimen yang dijalankan memberi hasil yang berlainan. Jika murid tidak menguasai kemahiran saintifik dengan baik mereka tidak dapat menjawab soalan bahagian B dengan lengkap.kehidupannya. bukan sedikit bahaya yang mendatang. memberi alasan bagi setiap hasil dapatan. membentuk fakta. membuat keputusan. jika berlakunya sesuatu kecuaian semasa membuat eksperimen di dalam makmal. menyatakan pemboleh ubah dan sebagainya. Selain daripada itu. Secara amnya murid membiasakan diri dengan ukuran-ukuran am yang digunakan dalam kehidupan harian. jika murid tidak menguasai kemahiran saintifik mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan mengaplikasika maklumat yang perolehi dengan kreatif. Ini kerana mempelajari sesuatu eksperimen dalam matapelajaran sains tanpa berpeluang untuk mencuba adalah ibaratkan lagu tanpa irama. Selain kemahiran proses sains seseorang guru juga perlu menguasai kemahiran manipulatif. Oleh itu. Ini membawa murid kepada tidak berjaya menganggar sebarang perubahan yang akan berlaku dalam sesuatu fenomena. dalam satu jangka masa tertentu. iaitu sebelum pengajaran berakhir guru perlu memberi peluang kepada murid . Selain daripada itu. menilai serta membuat kesimpulan pada eksperimen yang dilakukan. Kurang penguasaan kemahiran ini menyebabkan murid tidak dapat mengelaskan pemerhatian. bahkan maut juga boleh mengundang.Secara tidak langsung kadangkala mereka gagal juga dalam peperiksaan akibat tidak menguasai kemahiran ini. membina konsep. Menurut Abu Hassan (2003) beliau juga menyatakan. pengetahuan yang kukuh mengenai teori serta kemahiran melakukan eksperimen mestilah seiring. Seseorang guru perlulah mahir dalam menjalankan sesuatu eksperimen sebelum mengajar anak muridnya. Seterusnya guru perlu memberi peluang untuk murid cuba untuk melakukan eksperimen secara ‘hands on’. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sempurna.

penggunaan bahan. Kemahiran manipulatif juga dikira satu daripada komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bidang sains. kegagalan murid untuk menguasai sepenuhnya kemahiran manipulatif tersebut semasa menjalankan amali bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri tetapi turut melibatkan orang lain. Oleh itu. Mereka juga tidak boleh menggunakan peralatan sains dengan betul dan cermat. jika seseorang murid tidak mnguasai kemahiran manipulatif mereka tidak dapat melakukan pergerakkan koordinasi motor kasar dan motor halus dengan baik. kecederaan yang berpunca daripada bahan kimia tidak sepatutnya berlaku sekiranya murid mempunyai pengetahuan yang mendalam dan sentiasa menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikannya. Oleh hal itu. guru perlu membimbing murid dari segi teknik penggunaan alat. Justeru. sesuatu eksperimen yang dijalankan dalam amali sains kadangkala melibatkan bahan-bahan kimia yang mempunyai sifat-sifat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada tisu sel manusia jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati. Jika beliau tidak memiliki pengetahuan dan menguasai kemahiran manipulatif beliau tidak dapat membimbing anak muridnya menjalankan aktiviti penyiasatan mereka dengan efektif dan sistematik. jika guru tidak mengajar cara betul untuk menggunakan alat dengan cermat maka peluang untuk seseorang murid mengalami kecederaan adalah agak tinggi. Selain itu. walhal cara pengendalian alatan dan bahan dalam makmal kimia sangat penting dalam menjamin keselamatan murid. penting guru untuk menguasai kemahiran manipulatif sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains berlaku dengan sempurna kelak. Menurut Halimaton dan Zaiton (1997). Tanpa mengamalkan teknik-teknik amali dengan baik seseorang guru tidat dapat membimbing muridnya ketika menjalankan sesuatu aktiviti amali. keselamatan dan kebersihan. Seterusnya . seorang guru tidak dapat mengajar mata pelajaran sains dengan berkesan serta menyerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid ketika berada di makmal.membersih serta mengembalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat manakala semasa melakukan eksperimen. Tanpa penguasaan yang baik. demontrasi juga diperlukan untuk menunjukkan teknik yang betul dalam penggunaan sesuatu alat dan bahan. Seterusnya jika guru tidak menguasai kemahiran manipulatif tidak dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amali sains di sekolah. Selain daripada itu. pengukuran. Selain daripada itu. Selain daripada itu.

Oleh itu. setiap aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dan sempurna iaitu dengan menggabungkan ketiga-tiga domain kognitif. afektif dan psikomotor agar para murid memperoleh kemahiran saintifik yang berkesan pada masa akan datang. Sebelum menjadi seorang guru yang terlatih. Sebagai kesimpulannya selaku seorang guru sains di sekolah adalah penting bagi seseorang itu mahir dalam semua komponen yang terdapat dalam bidang sains dengan sempurna. bakal-bakal guru juga perlu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang sama seperti seorang pelajar untuk menjadi seorang pendidik yang baik dan berkebolehan. .kelemahan pengendalian bahan-bahan sains kadangkala menimbulkan kemalangan yang besar kepada murid jika tidak diguna dengan cara yang betul.

dan air untuk membuat makanan? b) Adakah tumbuhan memerlukan baja untuk membuat makanan? c) Adakah tumbuhan memerlukan baja.Bahagian C Eksperimen : Cara tumbuhan menghasilkan makanan Objektif Untuk mengenalpasti cara tumbuhan menghasilkan makanan secara sendiri. Proses fotosintesis akan membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas. Pengenalan Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. udara dan air. Tumbuhan memerlukan tanah. air. udara dan cahaya matahari untuk membuat makanan secara sendiri? Hipotesis Tumbuhan tidak boleh membuat makanan dan tidak hidup tanpa cahaya matahari. Pernyataan masalah a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari. cahaya dan air. Baja mengandungi mineral yang boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. udara. Pemboleh ubah malar Prosedur yang berlainan Pemboleh ubah dimanipulasi Keadaan tumbuhan Pemboleh ubah bergerak balas Tumbuhan . udara. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Tumbuhan juga perlu dibaja secara kerap untuk membantu proses tumbesarannya.

Tumbuhan hijau tidak disiram dengan air. Prosedur C 1. 4. 2. 4. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. 2. 3. Prosedur D 1. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. 3. Air dituang pada tumbuhan hijau pada setiap hari 4.Bahan/radas I. Tumbuhan diletakkan dibawah tempat yang tidak ada cahaya. Tumbuhan hijau ditutup dengan beg plastik. Tumbuhan hijau di letakkan di ruang yang mempunyai sumber percayaan yang baik. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber pencahayaan yang baik. 2. III. 3. Tumbuhan Baja Beg plastik Prosedur A 1. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber percahayaan yang baik. Air dituang pada tumbuhan hijau pada setiap hari. Prosedur B 1. . 3. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. 2. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun. II. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

Ruang yang ditutup dengan beg plastik tidak dapat cahaya matahari dan udara menyebabkan daun tidak dapat menjalani proses fotosintesis. D Hari 1 Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 Daun tidak menunjukkan perubahan ketara Hari 3 Daun mula menjadi kuning Hari 4 Tumbuhan mula layu -Daun Layu Tumbuhan hijau tidak mendapat keperluan asas air menyebabkan tumbuhan layu dan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis.Keputusan Eksperimen Prosedur A Pemerhatian Hari 1 Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 Daun tetap segar Hari 3 Kelihatan daun bertumbuh dengan kecil Hari 4 Daun segar dan kelihatan hijau Inferens -Daun segar -Hal ini kerana tumbuhan hijau mendapat untuk cahaya menjalani matahari proses fotosintesis B Hari 1 Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 Daun tidak menunjukkan perubahan ketara Hari 3 Daun mula layu Hari 4 Daun terus gugur -Daun Layu . C Hari 1 Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 Daun tumbuh dengan segar Hari 3 Daun tumbuh dengan banyak dan segar Hari 4 Daun tetap segar dan kelihatan hijau -Daun segar . .Hal ini kerana tumbuhan hijau mendapat cahaya matahari dan zat tambahan untuk bertumbuh dengan sebar dan menjalani proses fotosintesis.

air. 3. Tumbuhan memerlukan zat tambahan seperti baja untuk bertumbuh dengan penuh segar. air dan udara untuk terus bertumbuh dan menjalankan proses fotosintesis. 2. . Tanpa cahaya matahari tumbuhan tidak dapat hidup dan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. Tanpa udara tumbuhan tidak dapat hidup. Kesimpulan Sebagai kesimpulan. Tumbuhan yang mati disebabkan tidak mendapat keperluan asasnya. Tumbuhan memerlukan sumber air. cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis. Tumbuhan hijau dalam prosedur A dan C hidup disebabkan membuat makanan dengan sendiri berbanding B dan D yang tidak dapat keperluan asas. 6.Perbincangan 1. Tumbuhan memerlukan udara. Tumbuhan juga memerlukan baja untuk proses pertumbuhan yang baik. 7. 5. menyimpul bahawa tumbuhan hijau memerlukan kesemua keperluan asas seperti cahaya matahari. Tanpa air tumbuhan tidak dapat hidup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari. 4. Tumbuhan hijau mempunyai klorofil dalam daun hijaunya yang menyerap cahaya matahari untuk membuat makanan dengan sendiri daripada karbon dioksida yang terdapat diuadara dan air daripada tanah. Nutrien asas tumbuhan memerlukan udara.

Mereka beringat bahawa tumbuhan makan seperti manusia. guru boleh menjelaskan cara tumbuhan membuat makanan dengan sendiri iaitu proses fotosintesis. Bagi murid B. Menerusi eksperimen tersebut murid mengetahui keperluan asas sesuatu tumbuhan. Secara tidak langsung miskonsepsi terhadap tajuk ini juga akan diselesaikan. . Miskonsepsi ini menyebabkan mereka berfikiran sebegini. tanah dan air cukup untuk sesuatu tumbuhan hidup dengan baik manakala murid A pula beringkat bahawa tanpa baja sesuatu tumbuhan boleh hidup dengan penuh segar. air dan cahaya matahari. Jika seseorang murid dijelaskan dengan cara ini murid itu kemungkinan besar mendapat konsep tumbuhan menghasilkan makanan dengan sendiri.Sebagai seorang guru Sains dicsekolah saya memilih eksperimen keperluan asas tumbuhan dan elemen yang diperlukan untuk tumbuhan hidup dan membuat makanan. Daripada diolog yang diberi saya mengetahui bahawa murid mengalami miskonsepsi dalam cara tumbuhan makan. Selain itu. Kedua-dua murid mempunyai miskonsepsi dalam keperluan asas tumbuhan. Oleh hal demikian sebelum menerang proses fotosintesis mereka perlu mengetahui keperluan asas tumbuhan menerusi eksperimen yang diberi. baja juga diperlukan untuk tumbuhan untuk tumbuh dengan penuh segar. Proses itu memerlukan udara. dia percaya bahawa baja. Dengan menggunakan eksperimen ini. Menerusi eksperimen ini guru dapat menerangkan cara tumbuhan menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan untuknya. Dengan cara ini guru senang untuk menerang tajuk proses fotosintesis iaitu cara tumbuhan membuat makanan dengan sendiri.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->