You are on page 1of 65

LAMPIRAN 1 PEMARKAHAN

2.

ESEI: (a) (b)

3.

FORUM JUMLAH

SEMESTER 3 SESI 2011/2012

KOD & NAMA KURSUS

KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


Tugasan 1 : Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut: Pilihan : Autisme Tugasan 2 : Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi KUMPULAN Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. GROUP PAHANG07(A112PJJ) Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanak berkeperluan khas Pilihan : Sindrom Down Dan Autisme

DISEDIAKAN OLEH NAMA NORJANAH BINTI SUFIAN NO. ID D20102046116 NO. TELEFON 019-9399173

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ABU BAKAR BIN YUSOF TARIKH SERAH: 1 Mei 2008
LAMPIRAN 2

ISI KANDUNGAN TUGASAN 1-AUTISME


1. Pendahuluan

HALAMAN

4 5 6 7 8 13 13 14 15 15 16

2. Etiologi 3. Definisi 4. Punca-Punca Autisme 5. Ciri-Ciri Umum Autisme 6. Ciri-Ciri -Perkembangan Fizikal Autisme -Perkembangan Kognitif Autisme -Perkembangan Sosial Autisme -Perkembangan Bahasa Autisme -Perkembangan Emosi Autisme 7. Langkah Pencegahan TUGASAN 2- SINDROM DOWN DAN AUTISME 1. Pengenalan Sindrom Down 2. Masalah Sampingan Kanak-Kanak Sindrom Down 3. Pakar-Pakar Yang Dilibatkan 4. Pelan Tindakan Pendidikan Kanak-Kanak Sindrom Down 5. Pengenalan Autisme
6. Masalah Sampingan Kanak-Kanak Autisme 7. Pakar-Pakar Yang Dilibatkan

20 21 22 26 30 36 38 40 44

8. Pelan Tindakan Pendidikan Kanak-Kanak Autisme 9. Bibliografi FORUM E-LEARNING


Forum 1 Forum 2 Forum 3 Forum 4

45 51 56 63

TUGASAN 1:

Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut:

Pilihan : Autisme

Pendahuluan. Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi. Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanakkanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma Autism Spectrum Disorder). Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran. Apatah lagi dunia kanak-kanak autisme masih misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka. Mereka gagal bercampur dan bermain riang seperti anak-anak lain. . Mereka seolaholah sedang bermain dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan orang lain, walaupun mereka sedang bermain dengan anak-anak lain. Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat cepat mengamuk. Mereka juga mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya pada usia tertentu mereka sudah boleh bercakap.

Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai.. Autisme bukanlah sejenis penyakit. Ia adalah suatu kelainan dengan kanak-kanak normal atau boleh dikatakan sebagai satu kecacatan. Oleh itu, ia tidak mempunyai penawar tetapi boleh dirawat menerusi pendidikan dan terapi yang bersesuaian dengan mereka. Autisme diklasifikasikan sebagai ketidaknormalan perkembangan neuro atau kecacatan neurologi yang menyebabkan interaksi sosial yang tidak normal dan masalah kemampuan berkomunikasi.

I. Etiologi bermaksud kajian atau punca kajian Perkataan Autisme digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1919 oleh Pengkaji Autisme iaitu Eugen Blueler. Ianya membawa maksud orang yang kurang atau tiada hubungan dengan dunia luar. Pada masa kini istilah autisme lebih dikenali sebagai development disorder atau bermaksud masalah perkembangan. Autisme telah dinyatakan sebagai satu sindrom kumpulan tingakah laku yang unik pada tahun 1943 oleh pakar psikologi Dr. Leo Kanner. Beliau mmengkelaskan autisme sebagai masalah gangguan efektif, persepsi, linguistik, kognitifdan komunikasi (Corbett,1998). Walaupun sebelum penulisan Kanner, terdapat kanak-kanak autistik namun mereka dianggap sebagai mempunyai masalah kekurangan daripada segi mental dan tidak dikenali sebagai satu kumpulan sendiri. Beliau melihat autisme sebagai masalah gangguan efektif,persepsi, linguistik, kognitifdan komunikasi (Corbett,1998). Walaupun sebelum penulisan Kanner, terdapat kanak-kanak autistik namun mereka dianggap sebagai mempunyai masalah kekurangan daripada segi mental dan tidak dikenali sebagai satu kumpulan sendiri. Pada 1944. Pakar psikiatri Jerman, Aspenger dalam tesis kedoktorannya menyatakan mengenai jenis kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Aspenger membincangkan mengenai empat kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri luar biasa berkaitan masalah Aspenger sosial, tiada pemahaman bahawa interpersonal, menunjukkan pelbagai mata, bentuk tiada perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan. menyatakan kanak-kanak ini tidak memandang ekspresi,melakukan pergerakkan tubuh yang sama berulang kali, tidak bersemangat untuk belajar dan terdapat bidang-bidang tertentu yang diminati serta membuat perkataan sendiri (Myles dan Simpson 1998). Blueler menyatakan bahawa ia merupakan tingkah laku yang mengasingkan diri dimana proses pemikiran skizoprenia sebagai autistik kerana penumpuan lebih kepada fantasi tanpa memikirkan reality dan logic. Namun mengikut Blueler, seperti pemikiran orang autisme adalah normal apabila manusia berimaginasi dan kreatif namun apabila hilang keseimbangan antara autisme dan realiti maka tingkah laku yang menunjukan ciri-ciri autisme akan timbul (Frath,1993)

Otak seorang autisme

Kebanyakan para pengkaji berpendapat bahawa penyebab utama autisme bagi kebanyakan kes adalah tidak diketahu. Namun begitu berdasarkan kajian beberapa kes para saintis berpendapat bahawa terdapat ketidaknormalan pada bahagian otak yang berlaku semasa dalam kandungan. Saiz otak kanak-kanak autisme juga lebih besar berbanding kanak-kanak normal. Menurut Trevarthen,Aitken,Papoudi dan Roberts(1998) terdapat kesilapan genetik dalam otak dimana pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan kesilapan dalam gen yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti down sindrom namun tiada sebab untuk menjangkakan bahawa perubahan satu gen boleh menyebabkan kecelaruan yang kompleks dalam pembentukkan otak dan fungsinya.Jika ia disebabkan oleh faktor keturunan ,terdapat kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab. Gen tertentu yang tidak normal dikaitkan dengan kimia serotonim di otak mempunyai peranan dalam menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanak-kanak autistik. Antara 17 dan 58% individu berada dalam keadaan ini dimana neoron dari cerebral cortex dari amorphuris tuber menunjukkan terdapat gangguan proses biokimia.Walaupun begitu,peratus kumpulan autistik di sini hanya 0.4 dan 3 peratus kebanyakkan lelaki. Mereka kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap kerencatannya. Selain saintis berpendapat autisme ada kaitan dengan mutasi gen dan walaupun punca sebenar tidak diketahui, faktor genetik dan persekitaran dipercayai menyumbang

kepada gangguan ini. Namun begitu, penyebab keturunan adalah hanya 15 peratus kes berbanding 85 peratus lagi tidak diketahui puncanya.

II.

Definisi Autisme berasal daripada perkataan Yunani iaitu autos bermakna diri atau

seseorang yang merujuk kerpada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara disekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga bermaksud keadaan tertentu yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Perkataan autisme merupakan gabungan 2 huruf Greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang membawa maksud orientasi atau keadaan. Oleh itu autisme boleh didefinasikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya. Autisme boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Autisme merupakan satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama seorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka mempunyai masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas dan menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik, kemahiran mekanikal, seni dan lain-lain. Gejala ini mula nampak sejak lahir atau semasa masih kecil dan gejala yang lebih spesifik kanak-kanak autisme nampak normal pada tahun pertama dan kedua dalam kehidupannya.

III. Antara punca-punca yang dipercayai penyebab autisme Kebanyakan para pengkaji berpendapat bahawa penyebab utama autisme bagi kebanyakan kes adalah tidak diketahu. Namun begitu berdasarkan kajian beberapa kes para saintis berpendapat bahawa terdapat ketidaknormalan pada bahagian otak yang berlaku semasa dalam kandungan. Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga menjadi penyebab autisme antaranya seperti penyakit rublella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak. Susunan adik-beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih. Kanak-kanak dengan adik beradik autistik mempunyai kebarangkalian lebih tinggi (dua hingga lima peratus) mendapat masalah sama. Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti menunjukkan bahawa

ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme. Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Punca lain seperti kehadiran virus turut menyebabkan autisme. Ibu mengandung yang menghidap rubella mempunyai risiko mendapat anak autisme dalam tempoh tiga bilan pertama kehamilan. Virus Cytolomegalo juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme.

Karekteristik Kanak-kanak Autisme Interaksi sosial Komunikasi 8

Perilaku emosi Pola bermain Gangguan sensori halus dan kasar Lewat perkembangan atau perkembangan yang tidak normal

Falsafah Pendidikan Khas pada tahun 1986 menegaskan tentang kepentingan setiap kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri antara individu. Perbezaan yang wujud ini memerlukan pelbagai skop pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak ini dapat berfungsi sedaya upaya mereka. Satu kumpulan kanak-kanak yang berada dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak autisme yang mengalami masalah perkembangan. Kanak-kanak ini sering menunjukkan ciri-ciri ketidaknormalan dalam komunikasi, tingkah laku, interaksi sosial dan tindak balas ransangan. Autisme juga menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Autisme tiada penawar yang lengkap dan biasanya kanak-kanak autisme didapati amat sukar untuk hidup berdikari semasa dewasa. Perbezaan adalah isu sosial dan tidak dianggap gangguan lagi. Punca-punca keadaan ini kini sedang dikaji secara meluas dan penyelidikan mendedahkan bahawa selain daripada genetik, saraf dan kognitif gejala, keabnormalan kromosom juga dikaitkan. Faktor-faktor autisme termasuklah faktor genetik yang diwarisi dan kehadiran teratogens dalam tempoh lapan minggu pertama kehamilan. Pendedahan kepada faktor persekitaran semasa hamil seperti pengambilan makanan tertentu, penyakit berjangkit, penyalahgunaan alkohol semasa mengandung, merokok dan penyalahgunaan dadah semasa hamil menyebabkan perkara ini berlaku. Kategori Autisme Autistic Disorder Selalunya berjaya dikesan sebelum berusia 3 tahun memandangkan terdapat masalah dari segi interaksi sosial, komunikasi dan kemampuan bermain secara imaginatif serta adanya perlakuan berulang pada minat dan aktiviti.

Asperger's Sydrome Mempunyai masalah dalam perkembangan sosial dan minat serta aktiviti terbatas. Umumnya individu autisme dalam kategori ini tidak menunjukkan sebarang kelewatan dalam perkembangan pertuturan serta cerdik.

Retts Syndrome Lebih kerap terjadi kepada anak perempuan. Individu terbabit juga pernah mengalami perkembangan normal dan hilang kemampuan dan mempunyai ciri-ciri autisma.

Chilhood Disintegrative Disorder Menunjukkan perkembangan yang normal pada 2 tahun usianya dan kehilangan kemampuan yang dicapai sebelim ini.

Pervasive Developmental Disordeer Individu ini tidak menunjukkan kriteria seperti Asperger dan Retts Sydrom.

IV.

Ciri-ciri Autisme Komunikasi Kanak-kanak autisme sering dilihat sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran kerana tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain dan jarang menggunakan bahasa. Kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung, Kanak-kanak autisme susash diajak bercakap dan kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. Perkataan atau jawapan yang dituturkan oleh mereka tidak sesuai dengan pertanyaan dan mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

Interaksi Sosial Kanak-kanak autisme suka bersendirian menjauhkan diri duduk di suatu sudut. Mereka tiada perhubungan mata dan sentiasa mengelak daripada memandang

10

orang lain. Kanak-kanak autisme tidak tertarik untuk bermain bersama kawan atau susah untuk berkawan dan tidak mahu apabila diajak bermain. Gangguan Deria Kanak-kanak autisme sensitif pada sentuhan dan tidak suka dipegang atau dipeluk. Mereka juga sensitif dengan bunyi yang kuat dan akan menutup telinga. Kanak-kanak ini suka mencium dan menjilat permainan atau benda lain. Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut. Pola Bermain Tidak suka bermain seperti rakan-rakan lain sebayanya dan tidak suka bermain bersama mereka. Mereka tidak bermain mengikut cara biasa dan suka memutarmutarkan atau melambung-lembung dan menyambut permainan atau apa sahaja yang dipegangnya. Suka dengan objek yang berputar seperti kipas dan apabila menyukai sesuatu benda akan terus dibawa kemana-mana sahaja. Tingkah Laku Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif. Melakukan perbuatan yang sama berulang kali dan gemar menepuk-nepuk tangan. Kanak-kanak autisme dapat duduk lama tanpat berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi. Emosi Kanak-kanak autisme sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk dan tidak terkawal jika tidak dituruti kemhuannya atau dilarang melakukan sesuatu yang diinininya. Mereka akan merosakkan apa sahaja yang ada di sekelilingnya jika emosinya terganggu. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan tidak mempunyai rasa simpati serta tidak memahami perasaan orang lain.

11

Kanak-kanak autisme digambarkan kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri

Tanda awal Autisme Kanak-kanak berusia 0-5 tahun Bayi lahir-Usia 6 bulan Bayi terlalu baik atau tenang dan mudah teransang menyebabkan bayi banyak menangis terutama malam dan susah ditenangkan. Tidak senyum tidak memberi respon apabila diagah dan tidak menunjukkan perhubungan kontak mata. 6 bulan-2 tahun Tidak mahu dipeluk dan diangkat dan tidak berupaya menggunakan kata-kata. Tidak tertarik pada permainan bayi dan suka menepuk tangan sendiri. Mereka juga mungkin menolak makanan keras atau tidak mengunyah. 2-3 tahun Mereka tidak tertarik dengan perhatian dan menganggap orang lain sebagai alat atau benda. Menunjukkan kontak mata yang terbatas dan mungkin akan suka mencium dan menjilat sesuatu benda.

12

4-5 tahun Menunjukkan nada suara yang aneh biasanya bernada tinggi merasa marah apabila perubahan rutin pada kegiatan sehariannya dan tidak takut melukakan diri sendiri.

Ciri-ciri perkembangan fizikal Melihat kepada keadaan fizikalnya, kanak-kanak autisme tidak mempunyai kelainan dengan kanak-kanak normal sebayanya. Mereka kelihatan normal dan sukar untuk melihat bahawa mereka mengalami autisme dari pandangan luaran. Individu autisme disebut sebagai 'neuri-development disorder' iaitu kecelaruan dalam pembentukan otak. Dalam otak manusia terdapat beribu sel saraf yang mengawal kesedaran luar tubuh termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman. Ketidaknormalan pada saiz saraf memberi kesan kepada deria yang berkaitan dengan sistem lain di bahagian otak. Berdasarkan kajian bahagian otak individu autisme terdapat kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus. Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi di dalam kandungan ibu. Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor.

Ciri-ciri Perkembangan kognitif Perkembangan kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masingmasing. Ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategorikan, merangcang, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Perkembangan kognitif memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalah berbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian kecil yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Mereka mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pula berlaku pada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus oversectively iaitu perkara atau ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan. Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deris tetapi mereka tidak berupaya memilih malklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini dikekalkan 13

dalam bentuk yang asal. Kanak-kanak istimewa tidak boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang panjang dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat sebagaimana kebiasaan orang lain. Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkaraperkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan antara dua perkara menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan seumpamanya. Namun terdapat juga individu autisme yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang luar biasa contohnya dalam muzik, seni lukis dan matematik.

Ciri-ciri Perkembangan Sosial Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan suatu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanal berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh masyarakat. Perkembangan sosial melibatkan proses yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran. Bagi kanak-kanak autisme mereka akan mengelak daripada sebarang bentuk interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri daripada sebarang interaksi dengan orang lain. Mereka akan bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi tidak pela menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukan sesuatu. Kanak-kanak ini kekok untuk bersosial disebabkan mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami perasaan orang lain. Kanak-kanak autisme sukar untuk dibantu pehubungan sosial yang normal. Mereka selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi sosial. Ini dkerana kekurangan interaksi dan perhubungan, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya. Bagi kanakkanak autisme pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kepentingan yang membolehkan mereka membina perhubungan atau interaksi pada masa hadapan dan mereka jarang memulakan interaksi sosial.

14

Ciri-ciri Perkembangan Bahasa Kanak-kanak autisme boleh bertutur dan banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan dan kurang mahir untuk membentuk frasa secara kreatif. Mereka mempunyai masalah dalam gestur, penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan dalam bahasa juga menyebabkan masalah sosial dan perkembangan kognitif. Namun demikian bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak autisme biasanya tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan bergantung kepada latihan berbahasa sepanjang proses membesar yang diberi dimana masalah bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu masalah bahasa boleh menjadi lebih baik jika perkembangan lain berlaku. Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan kurang upaya tertentu dalam tahap segmentl phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada kebiasaannya pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti orang dewasa. Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan. Linguistik utama yang membezakan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yana lain seperti retardasi, pekak dan lain-lain. Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagia di antaranya Ekolalia yan g merupakan ciri yang paling menonjol. Adalah kekerapan dimana mereka mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Latihan komunikasi untuk kanak-kanak tidak terhad kepada mereka yang mempunyai bahasa pertuturan sahaja kerana kebanyakkan kanak-kanak autisme menunjukkan seperti menghadapi mental retardasi dan ciri-ciri autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi pertuturan. Terdapat juga sistem auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak biasa sama ada perbezaan ini menyebabkan masalah komunikasi secara lisan atau tidak diketahui tetapi ini memberi rasional untuk mengejar bahasa melalui visual atau stimulasi sentuhan kinastatik.

Pendekatan lain yang digunakan ialah penggunaan latihan isyarat dan pertuturan dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa namun kajian belum dapat menjelaskannya. Terdapat kajian menyatakan bahawa kanak-kanak autisme lemah dalam meniru secara verbal dan dapar mengeluarkan dengan bantuan ransangan secara visual. Walaupun latihan menggunakan isyarat mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanak-kanak autisme.

15

Ciri-ciri Perkembangan Emosi Untuk memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanak-kanak autisme, penentuan umur sosial perlu diambil kira dan memilih cara terbaik untuk menjalankan pemulihan. Namun proses menentukan umur sosial emosi seseorang sukar kerana perlu mengambil kira bagaimana seseorang memberi respon. Menjadi persoalan adakah kanak-kanak autisme dapat memahami perasaan yang ditunjukkan melalui muka dan suara sesorang. Satu kajian dijalankan di mana kanak-kanak perlu menyesuaikan bentuk wajah dengan suara berlainan emosi. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka. Kanak-kanak ini gagal untuk membuat hubungan antara emosi yang sama dalam cara yang berlainan. Mungkin mereka tidak mengetahui perasaan tertentu boleh didefinasikan dalam cara yang tidak disalahfahamkan. Perasaan yang ada dan cara yang dinyatakan melalui suara dan wajah boleh menyebabkannya kekal sebagai sebuah buku yang tertutup. Jika diinterpretasikan dengan cara ini kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagai sebahagian daripada kekurangan kognitif. Keletah kanak-kanak autisme ketawa menjadi bukti bahawa kanak-kanak autisme menunjukkan perasaan mereka wujud dalam keadaan sosial yang betul. Sekurangkurangnya dalam bidang emosi kanak-kanak autisme dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain, digelerek atau pergerakan mengikut muzik.

V. Langkah Pencegahan Sebelum Hamil Seorang bakal ibu haruslah merancang kehamilannya sebelum dia hamil bagi

memastikan bayi yang akan dikandung sihat , tidak bermasalah serta tidak berlakunya kecacatan. Penjagaan kesihatan, pengambilan makanan seimbang sebelum kehamilan serta memastikan kesediaan tubuh badan bersedia untuk hamil (diri benar-benar sihat) penting untuk menjamin kesihatan dan mengelakkan bayi yang bakal dikandung. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan para saintis menyatakan bahawa bibit bebarapa kes autisme berlaku sebelum seorang ibu hamil lagi atau sebelum vaksin seperti rubella diberikan kepada para ibu. Hal ini berlaku kepada kes-kes bawaan genetik autisme. Pakar embrio Amerika Syarikat, Patricia Rodier berpendapat bahawa hubungan antara autisme dengan kecacatan sewaktu lahir disebabkan oleh faktor thalidomide. Ia 16

bermaksud berlakunya kerosakan otak pada janin dapat dikesan seawal usia 20 hari semasa pembentukan janin. Minshew dalam kajiannya berpendapat bahagian yang mengendali pusat memori dan emosi dalam otaklebih kecil berbanding dengan kanak-kanak normal. Semasa Hamil Bagi mencegah gangguan perkembangan sejak kehamilan, hendaklah dilihat dan diteliti penyebab dan faktor risiko terjadinya gangguan perkembangan sejak dalam kehamilan. Ibu yang hamil hendaklah membuat pemeriksaan dan konsultasi ke doktor pakar pada masa kandungan awal. Melakukan pemeriksaan secara rutin dan selalu mengikuti nasihat dan petunjuk doktor dengan baik. Jika berlaku pendarahan sewaktu kehamilan hendaklah segera berjumpa doktor kerana ini mengakibatkan gangguan pemberian oksigen dan nutrisi ke bayi yang akan menyebabkan gangguan otak pada janin. Pendarahan pada awal kehamilan juga berhubungan dengan kelahiran prematur dan bayi lahir dengan berat yang rendah. Prematur dan bayi yang kurang berat juga merupakan risiko tinggi terjadinya autism. Ibu yang mengandung juga hendaklah berhati-hati dalam mengambil ubat kerana mungkin akan mengganggu pembentukan sistem susunan saraf pusat mengakibatkan autism dan gangguan perkembangan lain.

Semasa Bersalin Waktu bersalin adalah waktu yang menentukan kehidupan bayi yang selanjutnya. Beberapa komplikasi yang timbul sewaktu saat ini menentukan kondisi bayi yang akan dilahirkan. Apabila terjadi gangguan dalam waktu bersalin maka yang paling berbahaya adalah aliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh bayi termasuklah otak. Otak merupakan organ yang paling sensitif terhadap gangguan ini dan jika terganggu akan mempengaruhi kualiti hidup bayi dalam perkembangan dan perilakunya nanti. Ibu yang hamil hendaklah mendapatkan informasi secara jelas dan lengkap terhadap risiko yang mungkin terjadi sewatu persalinan. Sewaktu usia bayi beberapa faktor risiko haruslah berwaspada dan melakukan langkah-langkah pencegahan. Terapi dan intervensi perlu dilakukan apabila gejala atau gangguan perkembangan sudah dapat dilihat pada bayi..

Kadar Kejadian 17

Autisme biasanya terjadi oleh kanak-kanak dari segala pelusuk dunia tidak kira bangsa, agama dan taraf sosioekonomi sesebuah negara mahupun keluarga. Menurut bilangan yang menghadapo autisme tulin adalah 4 hingga 5 dari 10,000 orang dan 10 hingga 15 dalam 10,000 orang. Ini berdasarkan tinjauan yang dijalankan di United States dan England. Lebih ramai kanak-kanak lelaki yang mengalaminya berbanding kanak-kanak perempuan dengan nisbah 4:1. Walaupun kanak-kanak perempuan nisbahnya kecil didapati mereka mengalami masalah yang serius pada setiap bidang yang diuji berbanding kanakkanak lelaki. Dengan IQ 40, kanak-kanak perempuan lemah dalam kemahiran urus diri, teruk dalam bahasa dan ujian persepsi. Kesimpulan Individu autisme secara fizikalnya tidak ada perbezaan dengan kanak-kanak yang normal. Namun begitu apabila pemerhatian dibuat kepada mereka menampakkan kelainan dari segi sikap, pemikiran, tingkah laku dan pertuturan. Pelbagai perkara dikaji bagi mencari punca kejadian autisme tetapi masih tiada jawapan muktamad sehinggalah hari ini. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya guru-guru dalam mengenal pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak autisme ini supaya dapat berhadapan dengan mereka dengan bijak dan menggunakan segala kemahiran yang ada dalam membentuk mereka menjadikan seperti kanak-kanak yang lain. Kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak autisme ini kerana tanpa kesabaran dan ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka. Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan membolehkan kanak-kanak istemewa ini memperoleh ilmu pengetahuan tanpa halangan dengan sempurna. Ada diantara mereka yang lulus daripada kolej , menerima ijazah dan ada juga mereka yang berkahwin. Pada alam pekerjaan mereka boleh diterima sebagai pekerja yang berhati-hati dan boleh dipercayai. Namun demikian mereka sukar mendapat pekerjaan. Langkah-langkah pencegahan dan rawatan perlu diambil bagi mengelakkan risiko berlakunya masalah perkembangan anak ini dan justeru itu hendaklah kita selalu mendekatkan diri kepada Allah kerana setiap kejadian berlaku dengan ketentuannya.

18

TUGASAN 2

Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan, (b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek berikut:

(a) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan (b) Masalah-masalah sampingan. (c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan (d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan berkenaan.

PILIHAN 1. SINDROM DOWN 2. AUTISME

19

SINDROM DOWN Pengenalan Masalah Sindrom Down mula dikesan sejak tahun 1860 oleh Dr. Langdon Down dari England. Namun begitu masalah ini telah didiagnosis secara saintifik dengan pemeriksaan kromosom pada awal tahun 1960-an. Mulanya ia dikenali sebagai Mongoloid atau mongolism kerana semua pesakit mempunyai wajah yang serupa dengan bangsa monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas. Atas tuntutan supaya nama penyakit ini ditukar oleh kerajaan Mongolia dan atas kefahaman bahawa pesakit ini terdapat di merata dunia maka nama itu telah ditukar kepada Sindrom Down. Punca- Punca Kejadian Beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis. Pada tahun 1866, seorang ahli fizik, John Langdon Haydon Down (1828-1896) menjadi individu pertama dalam dunia yang telah mengkaji mengenai Sindrom Down. Seterusnya pada tahun 1959 Jerome Lejeune, seorang ahli fizik dari Perancis telah mendedahkan kajian beliau mengenai terdapatnya penambahan kromosom pada kromosom yang ke-21. Ia menjelaskan bagi orang normal, bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi penghidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom. Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom yang pertama dirajahkan secara penuh.Menururt kajian klinikal, ibu-ibu hamil yang berumur 35 tahun dan ke atas berisiko lebih tinggi melahirkan anak Sindrom Down. 95% kelahiran Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kondysjustion kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 yang mana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Manakala 5% dari kalangan kanak-kanak Sindrom Down adalah disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan translocation. Keadaan ini biasanya berlaku ketika pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan ini kromosomnya pula normal iaitu 23 pasang atau berjumlah 46 kromosom.Keadaan Sindrom Down pula disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan mosaic.

biasanya berlaku pada ibu-ibu hamil diperingkat umur yang lebih muda. Sebilangan kecil

20

MASALAH MASALAH SAMPINGAN Perkembangan Kognitif Kanak-kanak sindrom down mempunyai masalah ingatan, perhatian dan kefahaman yang lemah dan gagal bertindak dengan cepat. Kanak-kanak ini juga lambat bercakap. Lemah daya penaakulannya serta tumpuan dalam rutin kehidupan. Keupayaan mental mereka adalah berselisihan yang mana IQ mereka berada ditahap 50-70 tetapi boleh mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik dan bersistematik. Perkembangan Fizikal Kebanyakan kanak-kanak sindrom down mempunyai masalah perkembangan motor kasar yang mana ianya lambat berkembang berbanding kanak-kanak normal. Ia berpunca daripada masalah otot-otot yang lembik. Namun begitu dengan latihan dan terapi yang diberikan akan membuatkan mereka akan berjaya juga melakukan hampir semua pergerakan kasar. Kebanyakan kanak-kanak ini juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan serta mengidap penyakit jantung berlubang. Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping masalah kesihatan ini, mereka juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata, tangan dan koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya masih kaku serta perkembangan sensori-motor mereka adalah lambat dan abnormal. Perkembangan Emosi Dan Tingkah Laku Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka berkelakuan tidak menentu seperti agresif, pasif dan memerlukan perhatian yang lebih daripada keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks terutama perasaan mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak balas tidak sama . Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat singkat . Ketidakstabilan emosi berlaku jika harapan mereka terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah. Walau bagaimanapun, uniknya mereka juga bersifat pengasih dan mudah mesra dengan orang lain.

21

Perkembangan Bahasa Selain daripada mempunyai masalah menguasai bahasa, penggunaan bahasa mereka adalah terhad kerana mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan betul atau pelat. Masalah pertuturan yang kronik berbanding kanak-kanak normal menyebabkan mereka menghadapi masalah kurang pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat bertutur. Masalah Jantung. Kebanyakan kanak-kanak sindrom down dilahirkan berserta dengan masalah jantung. Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis /PDA). Bagi kanak-kanak Sindrom Down yang lain kadang-kadang mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan sukar bernafas. Masalah Usus. Masalah usus biasanya dikesan semasa diawal kelahiran seperti : a. Salur esofagus yang terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali dibahagian tertentu esofagus. Biasanya dapat dikesan semasa berumur 1-2 hari selepas kelahiran yang mana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau dapat dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka. Penyempitan ini dinamakan Hirshprung Disease. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran. Tanda-tanda awalnya ialah perut membuncit dan susah untuk buang air besar. Masalah-Masalah Lain. 1. 10% daripada kanak-kanak Sindron Down mungkin mengalami masalah

Hipotiroidism iaitu kurang hormon tiroid.. 2. 10% lagi kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil ( rawan ) di bahagian leheryang lumpuh (atlantoaxial instability). 22 akan menyebabkan berlakunya penyakit

3. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko kanser sel darah putih atau leukemia.

Pakar Pakar Yang Perlu Dilibatkan Kebanyakan kes sindrom down sukar dikesan pada peringkat awal kehamilan kerana pembentukan janin belum sempurna. Semua wanita hamil yang mempunyai risiko mendapat bayi sindrom down perlu mendapatkan nasihat pakar sebagai salah satu usaha mengelakkan risiko mendapat bayi sindrom down. Apabila anak sindrom down ini dilahirkan pengesanan awal terhadap kebarangkalian kanak-kanak ini menghadapi masalah kesihatan yang lain turut dijalankan oleh pakar-pakar perubatan yang tertentu bagi memastikan tindakan awal yang berkesan dapat diambil supaya ia dapat membantu keadaan kanakkanak inidaripada pelbagai aspek kehidupan. 1. Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan Menurut Pakar Perbidanan, mengandung pada usia 35 tahun ke atas adalah berisiko tinggi kerana selain daripada ibu menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kencing manis, mengandung dalam usia ini juga boleh meningkatkan risiko mendapat bayi sindrom down. Senario ini semakin kerap berlaku kepada wanita berpendidikan tinggi dan berkerjaya kerana mereka lewat mendirikan rumahtangga dan sikap mementingkan kerjaya. Disebabkan mereka ini berkahwin lewat, tahap kesuburan wanita ini juga semakin menurun mengikut bertambahnya usia. Mengandung pada usia yang lewat akan meningkatkan risiko pelbagai masalah kepada ibu dan bayi dalam kandungan termasuklah risiko mendapat bayi sindrom down. Dalam keadaan begini, perlunya informasi yang tepat diterima untuk dijadikan panduan sebelum memulakan keluarga. Rujukan kepada pakar perubatan sangat perlu terutama jika seseorang ibu itu pernah mengalami keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat. Ia penting bagi mengetahui punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak cacat atau Sindrom Down. Melalui pemeriksaan ini juga, kita dapat mengetahui penyebab dan punca, seterusnya ibu tersebut boleh mengambil langkah pencegahan yang segera. Jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawatnya tidak mungkin lagi dapat dijalankan walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan ketuban serta ari-ari seseorang ibu mengandung seperti yang telah dinyatakan.

23

2. Pakar Imbasan Perkembangan teknologi dalam bidang perubatan banyak memberi faedah kepada dunia perubatan dan masalah kesihatan. Melalui ujian imbasan yang canggih, gejala sindrom down dapat dikesan pada peringkat yang lebih awal. Kaedah ujian ini adalah satu langkah pencegahan yang boleh dilakukan [ada peringkat awal kehamilan seawal tiga bulan pertama kehamilan. Kajian mendapati ujian imbasan tidak memberi kesan negatif kepada kandungan serta tidak menyakitkan ibu. Kaedah ini juga tidak melibatkan pengambilan cecair dari dalam rahim ibu. Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan mendapat anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di dunia. Oleh itu, prosedur terbaru yang dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down. Ujian ini boleh dijalankan oleh para ibu yang mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilan. 3. Pakar ENT Pemeriksaan oleh pakar telinga, hidung dan tekak dijalankan bagi memastikan kanak kanak sindrom down ini mengalami masalah pendengaran atau tidak. Ini kerana dalam kebanyakan kes kelahiran sindrom down, mereka ini dilahirkan mempunyai masalah pendengaran selain daripada masalah kesihatan lainnya. Ujian bunyi akan dijalankan kepada kanak-kanak ini beberapa minggu selepas dilahirkan untuk memastikan tahap pendengaran kanak-kanak ini sama ada normal atau sebaliknya. 4. Pakar Patologi Pertuturan Kanak-kanak sindrom down mempunyai masalah pertuturan. Selain daripada masalah sukar menguasai bahasa, masalah ini akan menghadkan komunikasi kanak-kanak ini dengan mereka disekelilingnya. Kanak-kanak ini bukan sekadar lambat bercakap tetapi juga sangat sukar bertutur. Oleh itu, dengan adanya pakar patologi pertuturan dapat membantu kanak-kanak ini bertutur melalui terapi pertuturan yang dijalankan. 5. Pakar Mata Kanak-kanak sindrom down juga seringkali berhadapan dengan masalah penglihatan. Oleh itu satu bentuk ujian cahaya untuk memastikan sama ada kanak-kanak yan dilahirkan dengan Sindrom Down ini mempunyai masalah penglihatan atau tidak perlu dijalankan seawal yang boleh selepas kelahiran kanak-kanak ini.

24

6. Pakar fisioterapi Disebabkan kanak-kanak sindrom down ini mengalami masalah fizikal otot-otot yang lemah, pakar fisioterapi diperlukan agar dapat membantu kanak-kanak ini menjalani terapi fisioterapi yang berkesan supaya kanak-kanak ini dapat berjalan atau menggerakkan anggota badannya yang lemah sepertimana kanak-kanak normal. 7. Peranan Guru guru Peranan seorang guru amatlah besar kerana selain daripada melahirkan modal insan yang berpengetahuan, guru juga memainkan peranan dalam mendidik sahsiah dan rohani murid dengan menerapkannya dalam setiap sesi pengajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melatih guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam mendidik dan mengajar pelbagai kategori murid daripada kanak-kanak normal hingga kepada nakank-kanak bermasalah seperti sindrom down, buta dan autisme. Guru-guru ini mendapat tauliah khas daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepakaran mereka dapat digunakan secara langsung kerana kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Mereka perlu dibantu dan antara aktiviti yang boleh membantu mereka ialah :i. Permainan Bahasa. Semua kanak-kanak gemar bermain. Oleh itu aktiviti bermain dapat menarik perhatian mereka. Dalam permainan ini, perkataan yang ingin diajar perlu ringkas dan diselitkan dengan gambar yang berwarna-warni. ii. Sebelum memulakan aktiviti dengan kanak-kanak ini, cuba dapatkan perhatian terlebih dahulu daripada mereka supaya interaksi dengan kanak-kanak tersebut berjalan lancar. iii. Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak- balas mereka dan beri peluang mereka menjawab setiap persoalan. iv. Gnakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami semasa berkomunikasi. v. Untuk membuatkan mereka lebih tertarik dengan komunikasi kita, sambil bertutur lakukan aksi atau lakonan yang boleh menghiburkan mereka. vi. Dalam mengajar mereka latihan yang berterusan perlu diterapkan agar mereka lebih mahir dan tidak mudah lupa. 25

vii.

Pilih masa yang sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif untuk menjalankan sesi pengajaran supaya kanak-kanak ini dapat menerima pengajaran yang hendak disampaikan.

viii.

Dalam melaksanakan sesi pengajaran, pastikan tertumpu pada satu-satu perkara sahaja. Kanak-kanak ini perlu diberi masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.

ix.

Setiap masa yang terluang perlu diisi dengan berinteraksi dengan mereka supaya wujudnya kemesraan dengan kanak-kanak ini.

x.

Setiap percakapan mereka perlu diberi tindak balas untuk merangsang kanak-kanak ini untuk belajar bertutur.

PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN Pelan Tindakan adalah satu matlamat yang ingin dicapai sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Ianya bagi memastikan kesinambungan hidup kanak-kanak bekeperluan khas supaya potensi kanak-kanak ini dapat diperkembangkan secara optimum supayaa kanak-kanak ini boleh berdikari dan mengurus diri sendiri. Bagi memastikan matlamat itu tercapai, guru seharusnya merangka satu bentuk pelan tindakan yang sesuai dengan keperluan hidup kanak-kanak down sindrom ini. Ini juga bagi memastikan kanakkanak ini tidak mengalami keciciran dalam bidang pendidikan dan mendapat hak serta peluang yang sama dalam pendidikan . Menurut K.A Razhiyah (2005) , hanya guru istimewa dapa mengajar murid istimewa. Menjadi guru yang kreatif dalam Pendidikan Khas memerlukan kita mencuba perkara yang mencabar dan melakukan sesuatu yang istimewa. Hanya guru istimewa dapat mengajar murid yang istimewa ( K.A Razhiyah, 2005 ). Apabila seorang guru berada di dalam dunia Pendidikan Khas, setiap hari adalah hari yang baru, kerana ada sahaja cabaran dan pengalaman baru yang akan dilalui guru. Cabarab terbesar guru pendidikan khas adalah menangani emosi murid yang sentiasa berubah-ubah. Hubungan antara guru pendidikan khas dengan muridnya adalah sangat rapat. Guru mestilah menunjukkan perasaan gembira dengan pengajaran dan aktiviti yang dilakukannya untuk mengubah mood kanak-kanak supaya bergembira bersama guru. Menjadi guru yang kreatif dan ceria dalam pengajaran murid pendidikan khas amat penting bagi mewujudkan suasana kelas, pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

26

Seorang guru harus percaya bahawa semua kanak-kanak itu kreatif dan berbakat serta mempunyai potensi dalam setiap perkaran yang berbeza. Potensi ini perlu dikembangkan ke tahap optimum supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas Apa yang penting sekali adalah guru perlu peka pada perkembangan dan perubahan bagi mencapai matlamat Torrance (1970 ) pengajaran secara kreatif melibatkan usaha-usaha menampung beberapa keperluan manusia seperti ingin tahu, keperluan bagi menghadapi cabaran dan menangani tugas-tugas sukar, keperluan bagi memberi sepenuh tumpuan dalam sesuatu tugasan dan keperluan bagi menjadi individu yang tersendiri. Oleh itu bagi melayani keperluan-keperluan kreatif seseorang murid-murid, guru perlulah mengenal pasti dan mengakui potensi anak murid mereka. Antara pelan tindakan yang perlu dilakukan dalam pendidikan khas ialah dengan : Pendidikan menyeluruh dan bersepadu. Pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu bermaksud satu proses pendidikan yang menggabungkan pelbagai kemahiran, elemen dan nilai murni sama ada aktiviti pendidikan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dengan menngunakan pelbagai strategi, dan teknik. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza antara setiap individu dari segi perkembangan, minat, kebolehan serta latar belakang murid yang berbeza. Pendekatan ini membantu murid memahami hakikat kehidupan yang sebenar iaitu sesuatu pembelajaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak terpisah. Ia juga memberi peluang kepada murid meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam. Murid juga diberi lebih banyak pilihan dan motivasi. Selain daripada itu ia juga dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid serta kemahiran berbahasa dan komunikasi. Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 1997 menyatakan Dalam melaksanakan

kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah- suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Ini bermakna guru perlu merancang strategi yang berkesan untuk disesuaikan dengan murid berkeperluan khas tanpa mengubah kurikulum yang dikehendaki dalam pengajaran pendidikan khas. Di Malaysia, murid pendidikan khas terikat kepada kurikulum khas yang digubal untuk murid pendidikan khas. Kurikulum ini digubal untuk memenuh keperluan murid pendidikan khas

27

agar murid ini pada akhirnya dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Khas yang mahu melahirkan insan yang berdikari serta mampu menguruskan diri sendiri. Pengajaran yang bercorak individu direka untuk untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluangpeluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baru atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa. (Kirk, S.A. et.al. Educating Exceptional Children, 1993) Kurikulum Kebangsaan sedia ada tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid pendidikan khas kerana ketidaksesuaian dengan tahap murid pendidikan khas. Ini kerana tahap pencapaian murid pendidikan khas adalah rendah dan peningkatan serta perkembangan pembelajaran mereka adalah lambat dan perlahan. Mereka tidak mampu untuk mengikuti kurikulumkebangsaan sedia ada kerana objektif yang terlalu tinggi dan kemahiran yang sukar dicapai dengan tahap keupayaan mental mereka. Oleh kerana itu kurikulum yang sesuai dibina menggunakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus serta bersesuaian dengan keupayaan murid pendidikan khas. Kurikulum Pendidikan Khas ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan murid berkeperluan khas. Kepelbagaian tahap kumpulan murid mengikut keupayaan yang ringan, sederhana dan teruk serta tahap kefungsian yang tinggi dan rendah memerlukan rekabentuk model yang dibina bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada murid. Kurikulum Pendidikan Khas yang digubal berdasarkan kepada tiga prinsip utama : Pembelajaran Yang Menggembirakan Dan Bermakna Konsep pengajaran yang menggembirakan dan bermakna ini menekankan kepad suasana pembelajaran yang kondusif supaya murid dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan yang akan digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan bermasyarakat. Ini dapat meransang minat murid untuk belajar dengan perasaan ingin tahu dan seronok. Belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Murid boleh bermain dan berinteraksi secara bersendirian, orang lain dan bahan. Pelbagai jenis permainan yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajarn seperti Main Sosial, Main Kognitif dan Main Sosiodrama.

28

Fitrah semulajadi kanak-kanak gemar bermain. Oleh itu pendekatan sebegini dijalankan dengan harapan murid boleh melalui proses pembelajaran itu melalui altiviti yang menyeronokkan seperti meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan memperolehi pengalaman tanpa disedari. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan pemikiran serta mengembangkan kemahiran berbahasa, kemahiran sosial dan kefahaman budaya. Aktiviti bermain juga membantu perkembangan murid secara menyeluruh serta dapat memenuhi keperluan kognitif, efektif dan psikomotor dan secara tidak langsung mereka dapat memahami dunia persekitaran mereka sendiri. Pendidikan Sepanjang Hayat Matlamat pendidikan sepanjang hayat ialah menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas, memupuk sikap dan tingkah laku positif serta menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian kanak-kanak. supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam Perancangan dan aktiviti adalah penting supaya perlaksanaannya selaras dengan perkembangan murid pengalaman pembelajarannya. Ini penting supaya perancangan adalah mengikut keperluan murid untuk digunakan dalam kehidupan seharian mereka Komponen Pengurusan Diri merupakan satu contoh komponen yang penting untuk melatih berdikari dan berkemahiran dalam kehidupan seharian. Komponen ini menekankan aspek keperluan diri murid untuk menguruskan diri sendiri seperti amalan makan dan minum, kebersihan dan kekemasan diri dan lain-lain aspek pengurusan diri. Kesemua aspek tersebut diajar untuk murid mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Perancangan Pengajaran Guru melaksanakan proses pengajaran dengan baik dan berkesan supaya pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Ini memerlukan seorang guru membuat perancangan dengan rapi dan tersusun. Rancangan tahunan, semester dan mingguan harus dirangkan lebih awal manakala rancangan harian pula haruslah diberikan penekanan yang terperinci berdasarkan format rancangan pengajaran harian. Aktiviti yang berlandaskan pembelajaran koperatif juga didedahkan untuk memberi panduan kepada guru merancang aktiviti pembelajaran yang seronok (fun in learning). Dengan itu akan dapatlah menarik tumpuan murid dalam pembelajaran secara optimum.

29

AUTISME Pengenalan Autisme berasal daripada perkataan Yunani iaitu autos bermakna diri atau seseorang yang merujuk kerpada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara disekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga bermaksud keadaan tertentu yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Perkataan autisme merupakan gabungan 2 huruf Greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang membawa maksud orientasi atau keadaan. Oleh itu autisme boleh didefinasikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya. Autisme boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Autisme merupakan satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama seorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka mempunyai masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas dan menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik, kemahiran mekanikal, seni dan lain-lain. Gejala ini mula nampak sejak lahir atau semasa masih kecil dan gejala yang lebih spesifik kanak-kanak autisme nampak normal pada tahun pertama dan kedua dalam kehidupannya. Autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku, mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan berumur 30 bulan (Hallahan dan Kauffman, 1997). Kesimpulan yang boleh dibuat daripada definisi diatas ialah autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka . Autisme boleh wujud sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkahlaku yang positif boleh berlaku. Eugen Blueler pada tahun 1919 yang merujuk autisme kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar. Walaubagaimanapun kini istilah autisme merujuk kepada developmental disorder atau masalah perkembangan .Dr. Leo Kanner seorang ahli psikologi telah menghurai buat pertama kalinya autisme sebagai satu sindrom kumpulan tingkah laku yang unik pada tahun 1943. Beliau melihat autisme sebagai masalah gangguan efektif,persepsi, linguistik, kognitifdan komunikasi (Corbett,1998). Walaupun sebelum penulisan Kanner, terdapat kanak-kanak autistik namun mereka dianggap sebagai mempunyai masalah kekurangan daripada segi mental dan tidak dikenali sebagai satu kumpulan sendiri. Namun mengikut Blueler, pemikiran orang autisme adalah normal apabila 30

manusia berimaginasi dan kreatif namun apabila hilang keseimbangan antara autisme dan reality maka tingkah laku yang menunjukan ciri-ciri autisme timbul (Frath,1993). Tahun berikutnya seorang psikastri Jerman, Aspenger dalam satu kertas kerjanya menyatakan mengenai jenis kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam tesis kedoktorannya yang telah diterbitkan pada tahun 1944, Aspenger telah membincangkan mengenai empat kanak-kanak yang luar biasa daripada masalah sosial, tiada pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan. Aspenger menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak memandang mata, tiada ekspresi,melakukan pergerakkan tubuh yang sama berulang kali, tidak bersemangat untuk belajar dan terdapat bidang-bidang tertentu yang diminati serta membuat perkataan sendiri (Myles dan Simpson 1998).

VI. Ciri-ciri Autisme Komunikasi

Kanak-kanak autisme sering dilihat sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran kerana tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain dan jarang menggunakan bahasa. Kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung, Kanak-kanak autisme susash diajak bercakap dan kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. Perkataan atau jawapan yang dituturkan oleh mereka tidak sesuai dengan pertanyaan dan mengeluarkan bahasa yang tidak difahami. Interaksi Sosial

Kanak-kanak autisme suka bersendirian menjauhkan diri duduk di suatu sudut. Mereka tiada perhubungan mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. Kanakkanak autisme tidak tertarik untuk bermain bersama kawan atau susah untuk berkawan dan tidak mahu apabila diajak bermain. Gangguan Deria

Kanak-kanak autisme sensitif pada sentuhan dan tidak suka dipegang atau dipeluk. Mereka juga sensitif dengan bunyi yang kuat dan akan menutup telinga. Kanak-kanak ini suka mencium dan menjilat permainan atau benda lain. Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut.

31

Pola Bermain

Tidak suka bermain seperti rakan-rakan lain sebayanya dan tidak suka bermain bersama mereka. Mereka tidak bermain mengikut cara biasa dan suka memutar-mutarkan atau melambung-lembung dan menyambut permainan atau apa sahaja yang dipegangnya. Suka dengan objek yang berputar seperti kipas dan apabila menyukai sesuatu benda akan terus dibawa kemana-mana sahaja. Tingkah Laku

Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif. Melakukan perbuatan yang sama berulang kali dan gemar menepuk-nepuk tangan. Kanak-kanak autisme dapat duduk lama tanpat berbuat apaapa dan tanpa sebarang reaksi. Emosi

Kanak-kanak autisme sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk dan tidak terkawal jika tidak dituruti kemhuannya atau dilarang melakukan sesuatu yang diinininya. Mereka akan merosakkan apa sahaja yang ada di sekelilingnya jika emosinya terganggu. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan tidak mempunyai rasa simpati serta tidak memahami perasaan orang lain. Ciri-ciri perkembangan fizikal Melihat kepada keadaan fizikalnya, kanak-kanak autisme tidak mempunyai kelainan dengan kanak-kanak normal sebayanya. Mereka kelihatan normal dan sukar untuk melihat bahawa mereka mengalami autisme dari pandangan luaran. Individu autisme disebut sebagai 'neuri-development disorder' iaitu kecelaruan dalam pembentukan otak. Dalam otak manusia terdapat beribu sel saraf yang mengawal kesedaran luar tubuh termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman. Ketidaknormalan pada saiz saraf memberi kesan kepada deria yang berkaitan dengan sistem lain di bahagian otak. Berdasarkan kajian bahagian otak individu autisme terdapat kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus. Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi di dalam kandungan ibu. Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor.

32

Ciri-ciri Perkembangan kognitif Perkembangan kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masingmasing. Ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategorikan, merangcang, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Perkembangan kognitif memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalah berbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian kecil yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Mereka mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pula berlaku pada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus oversectively iaitu perkara atau ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan. Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak berupaya memilih malklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini dikekalkan dalam bentuk yang asal. Kanak-kanak istimewa tidak boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang panjang dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat sebagaimana kebiasaan orang lain. Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkaraperkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan antara dua perkara menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan seumpamanya. Namun terdapat juga individu autisme yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang luar biasa contohnya dalam muzik, seni lukis dan matematik.

Ciri-ciri Perkembangan Sosial Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan suatu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanal berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh masyarakat. Perkembangan sosial melibatkan proses yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran. Bagi kanak-kanak autisme mereka akan mengelak daripada sebarang bentuk interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri daripada sebarang interaksi dengan orang lain. 33

Mereka akan bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi tidak pela menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukan sesuatu. Kanak-kanak ini kekok untuk bersosial disebabkan mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami perasaan orang lain. Kanak-kanak autisme sukar untuk dibantu pehubungan sosial yang normal. Mereka selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi sosial. Ini dkerana kekurangan interaksi dan perhubungan, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya. Bagi kanakkanak autisme pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kepentingan yang membolehkan mereka membina perhubungan atau interaksi pada masa hadapan dan mereka jarang memulakan interaksi sosial. Ciri-ciri Perkembangan Bahasa Kanak-kanak autisme boleh bertutur dan banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan dan kurang mahir untuk membentuk frasa secara kreatif. Mereka mempunyai masalah dalam gestur, penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan dalam bahasa juga menyebabkan masalah sosial dan perkembangan kognitif. Namun demikian bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak autisme biasanya tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan bergantung kepada latihan berbahasa sepanjang proses membesar yang diberi dimana masalah bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu masalah bahasa boleh menjadi lebih baik jika perkembangan lain berlaku. Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan kurang upaya tertentu dalam tahap segmentl phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada kebiasaannya pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti orang dewasa. Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan. Linguistik utama yang membezakan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yana lain seperti retardasi, pekak dan lain-lain. Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagia di antaranya Ekolalia yan g merupakan ciri yang paling menonjol. Adalah kekerapan dimana mereka mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Latihan komunikasi untuk kanak-kanak tidak terhad kepada mereka yang mempunyai bahasa pertuturan sahaja kerana kebanyakkan kanak-kanak autisme menunjukkan seperti menghadapi mental retardasi dan ciri-ciri autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi pertuturan. Terdapat juga sistem auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak biasa sama ada perbezaan ini menyebabkan masalah komunikasi secara lisan atau tidak

34

diketahui tetapi ini memberi rasional untuk mengejar bahasa melalui visual atau stimulasi sentuhan kinastatik. Pendekatan lain yang digunakan ialah penggunaan latihan isyarat dan pertuturan dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa namun kajian belum dapat menjelaskannya. Terdapat kajian menyatakan bahawa kanak-kanak autisme lemah dalam meniru secara verbal dan dapar mengeluarkan dengan bantuan ransangan secara visual. Walaupun latihan menggunakan isyarat mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanak-kanak autisme. Ciri-ciri Perkembangan Emosi Untuk memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanak-kanak autisme, penentuan umur sosial perlu diambil kira dan memilih cara terbaik untuk menjalankan pemulihan. Namun proses menentukan umur sosial emosi seseorang sukar kerana perlu mengambil kira bagaimana seseorang memberi respon. Menjadi persoalan adakah kanak-kanak autisme dapat memahami perasaan yang ditunjukkan melalui muka dan suara sesorang. Satu kajian dijalankan di mana kanak-kanak perlu menyesuaikan bentuk wajah dengan suara berlainan emosi. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka. Kanak-kanak ini gagal untuk membuat hubungan antara emosi yang sama dalam cara yang berlainan. Mungkin mereka tidak mengetahui perasaan tertentu boleh didefinasikan dalam cara yang tidak disalahfahamkan. Perasaan yang ada dan cara yang dinyatakan melalui suara dan wajah boleh menyebabkannya kekal sebagai sebuah buku yang tertutup. Jika diinterpretasikan dengan cara ini kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagai sebahagian daripada kekurangan kognitif. Keletah kanak-kanak autisme ketawa dan menangis menjadi bukti bahawa kanakkanak autisme menunjukkan perasaan mereka wujud dalam keadaan sosial yang betul. Sekurang-kurangnya dalam bidang emosi kanak-kanak autisme dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain, digelerek atau pergerakan mengikut muzik.

35

MASALAH-MASALAH SAMPINGAN KANAK-KANAK AUTISME Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ramai individu autisme mepunyai tingkahlaku yang berkait tetapi kecelaruan yang jelas dan nyata berciri autisme. Kajian juga menunjukkan orang yang terlibat mempunyai tingkahlaku autisme mempunyai kaitan tetapi mempunyai kecelaruan yang jelas.Ini termasuklah Sindrom Landau Kleffnor ,Sindrom Fragile X. Sindrom Williams dan Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit ,terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik,ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa.Individu ini boleh dianggap sebagai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai kerja dan boleh hidup berdikari (Reed ,1999) Sindrom Fragik tidak merupakan satu bentuk mental reterdasi long aim di mana pada kromosom tidak terjerut.Lebih 15% daripada individu yang mempunyai fragile bukan sindrom menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistic .Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat ,hyperaktif ,eye contact yang lemah serta bahasa mengibar-gibarkan tangan . Kebanyakan individu ini berfunsi pada tahap masalah ringan kepada yang sederhana . Semakin mereka membesar ,perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung (Edelson,1999) . Mereka yang mempunyai Sindrom Landou- Kleffner menunjukkan banyak tingkah laku autisme seperti mengelakkan diri daripada bersosialisasi, mengkehendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah bahasa. Individu ini sering di anggap sebagai menghadapi regresifautisme kerana mereka menunjukkan ciri-ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun 7 tahun. Mereka biasanya mempunyai kemahiran bahasa yang baik tetapi kemudian hilang keupayaan untuk bercakap. Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis corak Edan G semasa tidur. (Edelson , 1999). Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat. Didapati memberi lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur hingga 1 1/2tahun. Sebahagian daripada ciri-ciri tingkah lakunya termasuklah kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan , mengoyangkan badan, cuba mengelak daripada bersosial.Individu ini kebiasaanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk. Sindrom William mempunyai ciri-ciri kanak-kanak autistic termasuk perkembangan yang lambat dalam bidang bahasa, sensetif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian, dan mempunyai masalah sosial. Namun secarakontras kepada ramai individu autistic , mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosialdan menghadapi masalah jantung. (Edelson, 1999).

36

Individu autistic sering ketinggalan ke belakang berbanding rakan sebaya dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif. Pada zaman kanak-kanaksebagai tambahan kepada ketidakfungsian tingkah laku mula timbul seperti self-stimulatory behaviorsiaitu pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamatseperti mengoyang-goyang badan ,menggoyang tangan, mencederakan diriseperti menggigit jari , tangan menghantuk kepala,masalah tidur. Manakala eye contactyang lemah, tidak sensitive kepada sakit hiperaktif dan hipoaktif serta kurang menumpukan perhatian (Hallahan dan Kauffman ,1997). Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak autistic adalah dimana mereka berkehendak kepada persamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang persererative.Mereka cuba mengekalkan rutin harian dimana satu perubahan walaupun kecil menyebabkan mereka sedih dan tidak tenteram.Sebagai contoh yang biasa seperti hanya makan dan minum, makanmakanan yang sama pada setiap waktu makan,memakai pakaian yang sama atau mendesak dan meminta orang lain memakai pakaian yang samadan pergi ke sekolah menggunakan jalan yang sama. Satu sebab yang mungkin untuk mengkehendaki kepada kesamaan ialah kerana tidak mempunyai memahami dan menangani situasi yang berbeza (Edalsun,1999). Kanak-kanak autistic juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh. Lebih kurang 25%menghadapi masalah sawan untuk kali pertama ketika baligh yang mungkin disebabkan oleh perubahan hormon. Ada ketikanya banyak masalah tingkah laku menjadi lebih kerap dan lebih teruk pada amsa ini, walaubagaimanapun tidak semua kanakkanak autistic mengalami masalah yang sama (Edelson, 1999). Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan autisme diantaranya masalah sosial yang teruk yang boleh didefinisikan sebagai tiada kebolehan untuk terlibat dalam interaksi 2 hala, terutama dengan rakan sebaya, masalah komunikasi yang teruk sama ada secara verbal atau non verbal dan kurang daya imaginasi termasuk dalam permainan pura-pura yang sering diganti dengan tingkahlaku pengulangan. Kanak-kanak autistic dikatakan mempunyai ingatan yang baik (rote memory) untuk menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan keretapi walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut. Walaupun ini satu pencapaian namun, ia lebih merupakan ciri ketidakfungsian berbanding kebolehan yang sempurna kerana ia tidak membawa makna jika mereka tidak dapat menggunakannya.(Frith,1993). keupayaan untuk

37

PAKAR-PAKAR YANG DILIBATKAN 1. Pakar Otak Pelbagai cara pakar saintis otak mendapat maklumat mengenai otak individu autistik. Bukti daripada imbasan otakyang menggunakan pelbagai kaedah menyatakan bahawa kaedah Pneumoencephalography (PEG) mendapati kehilangan tisu dalam Cortex di Temporal Lobe yang kiri mungkin menerangkan mengenai kekurangan yang teruk dari segi bahasa sebahagian kanak-kanak autistik (Freiaretal.,1984), kaedah Computerisad Axial Tomography (CAT) turut mendapati ketidaknormalan yang banyak dan kerosakkan dalam Cerebral Cortex (Ballotin et al.,1989), kaedah Magnetic Resonance Imaging(MRI) dalam kajian di US telah mendapatkan imej yang jelas otak tengah dan struktur serebrum dan mendapati sesuatu yang tidak disangkakan mengenai otak individu autistik (Horowitz et al.,1988), kaedah Positron Emission Tomographymenunjukkan terdapat perbezaan metabolic dengan ketidaknormalan aktiviti sel dan mendapati terdapat kolerasi yang rendah dalam bahagian hadapan dan parietal (mengamal pertuturan) dari cortek antara struktur dan saraf otak dan kaedah Single Photon Emission Computerised Axial Tomogrraphy (SPECT) merupakan teknik yang lebih murah dan kajian telah mengukur perjalanan darah dan mendapati pengurangan perjalanan darah dalam bahagian hadapan dan Lateral Temporal Lobes yang kanan.

Gambarajah diatas adalah gambarajah system limbic yang terdapat didalam otak manusia.Hasil daripada post-mortem ke atas beberapa individu autistik oleh Dr.Bauman dan Kemper mendapati terdapat dua bahagian dalam system limbic yang kurang berkembang iaitu amydaladan hippocampus. Dua bidang ini bertanggungjawabuntuk emosi, tingkah laku yang tidak disebabkan oleh input sensori dan pembelajaran.Pengkaji ini mendapati juga terdapat kekurangan sel perrkinje dalam cereblum.Menggunakan magneta Resonance 38

Imaging ,Dr. Courchesne mendapati dua bidang dalam cereblum,vermal lobules vi dan vii, yang ternyata kecil daripada biasa dalam individu autistik. Apa yangmenarik, terdapat sebahagian individu autistik yang mana vermal lobules vidanvii adalah lebih besar daripada mereka yang normal.S atu atau kedua-dua bidang dalam cereblum dipercayai bertanggungjawab terhadap ciri penumpuan perhatian (Edelson 1999).

2. Doktor Pakar Sistem Otak Pemerhatian terkini terhadap pengenalpastian sistem otak yang rosak kerana kerosakkan gen telah menyebabkan autisme, walaupun bahagian lain otak adalah sempurna.Kesemua jenis autisme mungkin mempunyai pelbagai punca,kerosakkan pembentukkan otak ketika peringkat pre-natal membawa kepada kerosakkan fungsi yang lebih tinggi yang kelihatan lama selepas kelahirandan ia merupakan ciri linguistik. Hasil daripada kajian Dr.Bauman dan Kemper (1985)mendapati terdapat autonomi yang tidak normal di bahagian otak individu autisme.Kesemua berstruktur dan berhubungdengan fungsiemosi dan turut mendapati perubahan dalam neocerebeller cortex.Terdapat kajian menunjukan pengurangan sel perkinje dalam sereblum yang berkaitan menumpukan perhatian dan koordinasi pergerakan badan namun masih terdapat perbezaan pendapat. 3. Pakar CNS Menurut Trevarthen, Aitken,Papoudi dan Roberts(1998) terdapat kesilapan genetik dalam otak dimana pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan kesilapan dalam gen yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti down sindrom namun tiada sebab untuk menjangkakan bahawa perubahan satu gen boleh menyebabkan kecelaruan yang kompleks dalam pembentukkan otak dan fungsinya.Jika ia disebabkan oleh faktor keturunan ,terdapat kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab.Gen tertentu yang tidak normal dikaitkan dengan kimia serotonim di otak mempunyai peranan dalam menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanak-kanak autistik. Antara 17 dan 58% individu berada dalam keadaan ini dimana neoron dari cerebral cortex dari amorphuris tuber menunjukkan terdapat gangguan proses biokimia.Walaupun begitu,peratus kumpulan autistik di sini hanya 0.4 dan 3 peratus kebanyakkan lelaki. Mereka kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap kerencatannya.

39

Bukti untuk ketidaknormalan Neorochemical berpunca daripada kajian terhadap keberkesanan beberapa bentuk perubahan tingkahlaku dan status kanak-kanak yang mengalami kesan secara langsung. Peningkatan tahap Urinary Serotonim telah diperhatikan secara konsisten dalam 30% kes autistik. Jika dilihat daripada aspek biokimia, ramai individu autisme meningkatkan tahap serotonin dalam darah dan cerebral spiral fluid mereka, manakala yang lain mempunyai tahapserotonin yang rendah. Terdapat juga bukti bahawa individu autistik meningkatkan tahap bete endorphins; dan endogenous apiate seperti bahan dalam badan yang mengakibatkan individu autistik kurang merasa sakit (Edelson,1999). 4.Pakar Psikiatri Kanak-Kanak Bagi setiap kes autism, ibu bapa perlu mendapatkan pengesahan pakar perubatan untuk mengesahkan anak mereka menghadapi masalah autautis. Masalah autism ini hanya boleh disahkan oleh pakar psikiatri kanak-kanak sahaja melalui ujian dan kajian yang dijalankan kepada seorang kanak-kanak. Apabila kanak-kanak ini telah disahkan mengalami gangguan autism maka ibu bapa akan dinasihatkan supaya mengambil pendekatan tertentu contohnya menghantar anak mereka mengikuti terapi tingkah laku bagi kanak-kanak autieme yang tidak dapat mengawal tingkah laku.

PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN AUTISME

1. Pendidikan menyeluruh dan bersepadu. Pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu bermaksud satu proses pendidikan yang menggabungkan pelbagai kemahiran, elemen dan nilai murni sama ada aktiviti pendidikan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dengan menngunakan pelbagai strategi, dan teknik. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza antara setiap individu dari segi perkembangan, minat, kebolehan serta latar belakang murid yang berbeza. Pendekatan ini membantu murid memahami hakikat kehidupan yang sebenar iaitu sesuatu pembelajaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak terpisah. Ia juga memberi peluang kepada murid meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam. Murid juga diberi lebih banyak pilihan dan motivasi. Selain daripada itu ia juga dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid serta kemahiran berbahasa dan komunikasi. 40

2. Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna Pendekatan pengajaran ini menekankan kepada suasana pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif diberikan penekanan supaya murid dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan yang akan digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan bermasyarakat. Pendekatan belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Murid boleh bermain dan berinteraksi secara bersendirian, orang lain dan bahan. Pelbagai jenis permainan yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajarn seperti Main Sosial, Main Kognitif dan Main Sosiodrama. Pendekatan ini penting kerana fitrah semulajadi kanak-kanak yang gemar bermain. Murid boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan memperolehi pengalaman tanpa disedari. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan pemikiran serta mengembangkan kemahiran berbahasa, kemahiran sosial dan kefahaman budaya. Aktiviti bermain juga membantu perkembangan murid secara menyeluruh serta dapat memenuhi keperluan kognitif, efektif dan psikomotor dan secara tidak langsung mereka dapat memahami dunia persekitaran mereka sendiri. 2. Pendidikan sepanjang hayat Pendidikan sepanjang hayat adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjana peluasan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian murid itu sendiri. Sesuai dengan matlamat pendidikan khas yang bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas, memupuk sikap dan tingkah laku positif serta menyesuaikan diri dengan alam kehidupan seharian murid. Perancangan aktiviti adalah penting supaya perlaksanaannya selaras dengan perkembangan murid supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam pengalaman dan pembelajarannya. Ini penting supaya perancangan adalah mengikut keperluan murid untuk digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Perancangan hasil pembelajaran murid perlulah selari dengan keperluan kehidupan seharian diri murid itu sendiri. Komponen Pengurusan Diri merupakan satu contoh komponen yang penting untuk melatih berdikari dan berkemahiran dalam kehidupan seharian. Komponen ini menekankan 41

aspek keperluan diri murid untuk menguruskan diri sendiri seperti amalan makan dan minum, kebersihan dan kekemasan diri dan lain-lain aspek pengurusan diri. Kesemua aspek tersebut diajar untuk murid mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

3. Perancangan Pengajaran Dalam pendidikan, pengajaran amat perlu dilaksanakan dengan baik dan berkesans upaya pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Kejayaan dimaksudkan di sini adalahsegala aspek pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Untuk mencapai tahap keberkesanan ini, penting sekali seorang guru yang terlibat dalam pengajaran membuat perancangan rapi dan tersusun. Oleh itu adalah penting untuk guru membuat rancangan tahunan, semester dan mingguan. Untuk pengajaran harian pula pendedahan diberi dengan lebih terperinci berdasarkan format Rancangan Pengajaran Harian yang berunsurkan pembelajaran bestari. Aktiviti yang berlandaskan pembelajaran koperatif juga didedahkan untuk memberi panduan kepada guru merancang aktiviti pembelajaran yang seronok (fun in learning). Dengan itu akan dapatlah menarik tumpuan murid dalam pembelajaran secara optimum. PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN KHAS Selaras dengan matlamat pembangunan pendidikan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan tiga dasar utama ICT seperti berikut : i. ii. iii. Semua murid memperolehi kemahiran menggunakan ICT ( literasi ICT ) Peranan dan fungsi ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran Penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan

sistem pengurusan. Dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid pendidikan khas pengguanaan ICT amat penting kerana ianya dapat membantu : i. ii. iii. iv. membentuk persepsi dan pemikiran murid dijadikan bahan bantu mengajar diprogramkan dengan perisian khas merangsang minat murid dan memberikan keseronokan 42

v. vi. vii.

merangsang kreativiti dan pemikiran murid memudahkan murid memahami konsep, sebab dan akibat ICT sebagai sebahagian daripada kehidupan masa kini.

Penggunaan ICT merangkumi pelbagai media elektronik dan bukan elektronik seperti komputer, LCD, internet, televisyen, perakam audio, kamera dan bahan bercetak seperti akhbar, majalah dan sebagainya. Penyepaduan komputer dalam bilik darjah dapat memberikan murid persekitaran pembelajaran yang menarik dan guru boleh menggunakannya sebagai satu sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan perisian yang sesuai adalah penting bgi menggalakkan pembelajaran aktif murid.

43

BIBLIOGRAFI 1. Mohamed., J. K. (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional. 2. K.A. Razhiyah.2008. Apa Itu Autisme. Kuala Lumpur: Penerbit PTS Professional Publishing Sdn Bhd. 3.Jamila K.A. Mohamed. 2005.Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur: Penerbit PTS Professional Publishing Sdn Bhd. 4.Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. 2011. Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Penerbit USM 5.Blog peribadi Norjanah Binti Sufian : http://mamaiman cahayamatakuiman.blogspot.com/2011/12/mengenali-kanak-kanak-autisme.html 6.http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/199-kanak-kanak-autistik.html 7.http://www.nural.com.my/BM/autism.html 8.http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03vj_autisme.pdf 9.http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ERNIEAP050361D2008TTP.pdf

10. http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=957 11. http://onitsukahana.blogspot.com/2011/03/kaedah-intervensi-untuk-kanak-kanak.html

44

Course ID : KBK3073 < Group Name : Group PAHANG07(A112PJJ) < Full Name : NORJANAH BINTI SUFIAN Date posted

Title

Message

Full Name

FORUM Saudari Hana, 1 Saya pada asalnya adalah guru opsyen Pengajian Melayu dengan minor Kemahiran Hidup, tetapi saya dipostingkan untuk mengajar murid pendidikan khas bermasalah bermasalah pendengaran. Untuk makluman saudari, saya juga pernah berpengalaman mengajar murid-murid pendengangaran selama 6 tahun di Johor Bahru sebelum terjun mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran di Raub, Pahang ...hingga kini telah hampir 10 tahun. Walaupun, isyarat mengajar murid bermasalah dan murid-murid pendengaran bermasalah

11 Mar NORJANA 2012 08:52:4 1 AM H BINTI SUFIAN

memerlukan seorang guru itu perlu menguasai bahasa terlebih dahulu pendengaran ada yang bukan setakat cacat pendengaran tetapi bercampur dengan kecacatan lain tetapi bagi pendapat peribadi saya, saya lebih gembira dan lebih rasa mudah mengajar murid-murid bermasalah pendengaran berbanding murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai

pelbagai ragam masalah, dari yang boleh dibimbing hingga kepada yang tidak boleh dibimbing. Dari yang boleh mengurus diri sendiri sepenuhnya kepada yang masih tidak dapat mengurus diri sendiri. Menjadi guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran telah membuatkan sikap saya yang mahukan kesempurnaan berubah kepada lebih penyayang dan lebih banyak bertoleransi. Ia sangat memerlukan kesabaran sedangkan saya kurang sabar sebenarnya. Kebanyakan murid pendidikan khas terutamanya murid bermasalah pembelajaran mempunyai persekitaran yang 45

sangat menyedihkan terutamanya dari segi latar belakang keluarga, ekonomi keluarga dan tempat tinggal murid itu sendiri. Ini menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk dan murid tidak mendapat bimbingan keluarga apabila berada di rumah.

FORUM Saya sangat setuju dengan cara yang saudari lakukan 10 Mar NORJANA 1 untuk melihat bukti hitam putih kanak-kanak itu bermasalah 2012 pembelajaran atau tidak dengan memberikan ujian kertas 11:51:2 dan pensel. Ujian kertas dan pensel untuk murid-murid 1 PM Linus tegar boleh menunjukkan tahap keupayaan sebenar kanak-kanak tersebut. Sekiranya murid masih lagi gagal untuk melepasi saringan Linus kedua, maka wajarlah murid tersebut dicadangkan oleh pihak sekolah untuk diperiksa dan disahkan oleh pakar perubatan yang bertauliah supaya murid ini boleh ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid seperti ini perlu diletakkan di dalam kelas Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran sekiranya diperakui doktor dan dicadangkan oleh doktor untuk belajar dikelas bermasalah pembelajaran. Sekiranya murid tersebut terus berada dalam kelas aliran perdana ditakuti murid tersebut akan terus keciciran dalam pelajaran dan akhirnya pelbagai masalah tingkah laku dan emosi yang lain akan terbina akibat bosan gagal menguasai pembelajaran. Sebagaimana yang diketahui biasanya murid bermasalah pembelajaran tidak boleh memberikan fokus yang lama semasa guru mengajar oleh itu, satu strategi atau pendekatan yang sesuai dengan murid ini perlu dijalankan oleh gurunya. FORUM Pada pendapat saya, jika meneliti daripada situasi yang 23 1 saudara kongsikan, murid tersebut adalah murid autisme. 2012 Apr NORJANA H BINTI 46 H BINTI SUFIAN

Murid autisme bukan tidak mendengar atau memahami 06:01:1 bahasa tetapi meraka lebih senang berdiam diri. Murid 6 PM autisme juga bukan tidak bijak. Tetapi tidak gemar memberi respon kepada setiap pertanyaan. Murid autisme juga seorang yang gemar melakukan sesuatu perkara secara berulangkali dan lebih suka menyendiri dalm dunianya sendiri. Jika kanak-kanak down sindrom dikesan kecacatannya melalui rupa paras, mata yang agak sepet, pipi yang gebu bulat, jari yang sama ukuran dan pendek. ukuran badan yang rendah serta lidah yang lebar dan pendek, Kanakkanak down sindrom juga mempunyai kromosom sama ada x atau y yang terlebih berbanding kanak-kanak biasa. Kanak-kanak autisme tidak dapat dikesan kecacatannya sewaktu lahir. Ini kerana kanak-kanak autisme mempunyai rupa paras seperti kanak-kanak normal yang sempurna. Tingkahlaku autisme cuma akan ditunjukkan oleh kanakkanak ini pada peringkat awal kanak-kanak seawal usia 2 tahun apabila kanak-kanak seusianya sudah boleh berbahasa. Biasanya autisme hanya akan dikesan apabila kanak-kanak itu pada peringkat 3-5 tahun. Pakar kanak-kanak mengatakan punca autisme adalah kompleks dan sukar ditentukan. Ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak yang berlaku ketika dalam kandungan. Saintis berpendapat autisme ada kaitan dengan mutasi gen dan walaupun punca sebenar tidak diketahui, faktor genetik dan persekitaran dipercayai menyumbang kepada gangguan ini. Oleh itu, selain faktor genetik yang dikatakan penyebab masalah autisme faktor kandungan yang tidak normal juga menjadi sebab kanak-kanak lahir dengan autisme. http://www.hmetro.com.my/articles/Autismebukanbeban/Art icle

SUFIAN

FORUM Saya sangat bersetuju dengan pendapat atas pengalaman 10 Mar NORJANA 47

saudara

bahawa

pada

akhir-akhir bukan

ini

murid

yang 2012

BINTI

bermasalah

pembelajaran

setakat

berpunca 11:30:5

SUFIAN

daripada faktor fizikal atau semulajadinya tetapi atas faktor- 1 PM faktor persekitaran sebagai contoh yang saudara berikan ialah masalah dalam institusi keluarga. Saya pernah melalui pengalaman sebagaimana saudara. Saya mempunyai seorang murid yang fizikalnya sangat sempurna tetapi prestasi pembelajarannya bukan setakat merosot bahkan lebih teruk lagi murid ini menunjukkan gejala masalah emosi dan tingkahlaku pada masa-masa tertentu. Selepas saya menjalankan soal selidik kepadanya bapanya tentang permasalahan anak ini, barulah saya tahu bahawa murid ini merasa kehilangan ibunya yang meninggalkannya selepas ibu bapanya bercerai. Sangat menyedihkan, murid yang asalnya cerdik terpaksa ditempatkan ke kelas pendidikan khas kerana masalah keluarga. Tekanan emosi menyebabkan kanak-kanak ini selalu bertindak diluar kawalan. Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa seluruh ahli keluarganya perlu dipanggil untuk dibawa berbincang termasuklah ibu kanak-kanak ini untuk keadaan kanak-kanak ini. Menempatkan murid seperti ini ke dalam kelas Pendidikan Khas adalah jalan terakhir sekiranya keadaan murid tidak berubah. Pengaruh persekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan sering menjadi punca masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak. FORUM Tugas dan tanggungjawab seorang guru amatlah luas. 10 Mar NORJANA 1 Guru bukan setakat mengajar di dalam kelas bahkan guru 2012 juga adalah seorang pendidik, pembimbing dan pendorong. 11:13:3 Sebagai seorang penyampai ilmu yang bertanggungjawab 6 PM dalam masa yang sama guru juga bertindak sebagai penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau 48 H BINTI SUFIAN memperbaiki

pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Kepentingan peranan guru itu tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui alam pendidikan yang diberikan oleh guru. Dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru

Pendidikan Khas selama hampir 15 tahun bermula dengan guru Pendidikan Khas untuk murid-murid bermasalah pendengaran dan kini sebagai guru Pendidikan Khas untuk murid-murid bermasalah pembelajaran bermacam permasalahan murid-murid telah saya hadapi. Untuk murid-murid Pendidikan Khas bermasalah

pembelajaran biasanya, guru aliran perdana atau guru pemulihan khas yang akan mencadangkan nama murid yang didapati mempunyai permasalah dalam pembelajaran untuk ditempatkan dalam kelas integrasi bermasalah pembelajaran. Untuk murid yang mempunyai kecacatan yang ketara seperti autisme, sindrom down, terencat akal atau hiperaktif, saya akan mencadangkan kepada ibu bapa murid tersebut untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor pakar sebelum ditempatkan dalam kelas integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Bagi kes sebegini biasanya ibu bapa boleh menerima dengan terbuka cadangan guru. Namun begitu, apabila seorang murid itu fizikalnya kelihatan normal dan tidak menampakkan ciri-ciri kanakkanak bermasalah pembelajaran seperti kes disleksia atau slow learner kesukaran untuk ibu bapa menerima cadangan guru akan timbul. Ibu bapa biasanya berpandangan positif tentang anak mereka. Kebanyakan ibu bapa sukar menerima kenyataan apabila guru menerangkan anak mereka menghadapi masalah pembelajaran. Disini perananan guru pendidikan khas amat penting. Sebelum

49

memanggil ibu bapa untuk berbincang tentang keadaan anak-anak mereka, guru perlu menunjukkan bukti hitam putih atau keputusan ujian pengesanan atau saringan yang telah dijalankan kepada kanak-kanak tersebut. Apabila ujian saringan yang dijalankan menunjukkan keputusan bahawa kanak-kanak tersebut perlu dirujuk kepada pakar perubatan barulah ibu bapa boleh dipanggil untuk dibawa berbincang. Turut serta dalam perbincangan itu mestilah ada guru kelas murid tersebut, guru kaunseling, guru besar dan guru pendidikan khas. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Kanakkanak bermasalah pembelajaran biasanya tidak mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada kanak-kanak normal lain. Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak normal adalah dari segi keupayaan intelek. Kanak-kanak bermasalah boleh dilihat sebagai sukar menguasai pembelajaran terutamanya kemahiran membaca dan menulis. Ini menyebabkan mereka jauh ketinggalan di segi intelek berbanding dengan kanak-kanak normal. Antara ciri-ciri sosial dan peribadi mereka ialah kesukaran kanak-kanak ini untuk berinteraksi dengan rakan sebayanya dan mempunyai daya tumpuan yang singkat dalam apa sahaja tugas yang dijalankan terutamanya semasa didalam kelas.

FORUM Pada pendapat saya, ciri-ciri kanak-kanak seperti yang 11 Mar NORJANA 1 dikatakan saudara berkemungkinan adalah kanak-kanak 2012 disleksia sepertimana dinayatakan oleh Drake (1989) 08:35:5 bahawa "masalah disleksia dirujuk kepada beberapa 2 AM ciri, antaranya: kesukaran dan belajar berbahasa, kebolehan 50 ketidakseimbangan H BINTI SUFIAN

intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak papan tulisan, hitam dan dapat atau menulis buku), tumpuan dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual)." Sepertimana yang saya lihat dikelas saya, kebanyakan murid masalah pembelajaran adalah murid yang menghadapi masalah disleksia. Masalah disleksia atau kekeliruan ini akan menyebabkan murid ketinggalan dalam pelajaran dan akhirnya menjadi pelajar tercicir sedangkan murid disleksia bukanlah murid yang bodoh cuma mereka keliru. Kebanyakan murid disleksia adalah murid yang bijak sebenarnya dan mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang. Oleh itu, murid ini perlu diajar oleh seorang guru yang khas dan bukan guru yang bukan bidangnya. Apabila murid ini sudah pulih daripada masalah ini (apabila meningkatnya umur) maka murid ini boleh diletakkan dalam kelas inklusif sepenuhnya untuk mereka bersaing dalam pembelajaran dengan kanak-kanak normal. FORUM Saya sangat bersetuju dengan pendapat-pendapat saudari 02 2 tentang keperluan menginklusifkan murid-murid pendidikan 2012 khas di kelas arus perdana. Pendidikan inklusif bukan setakat memberikan murid pendidikan khas peluang yang sama rata bagi bersaing dengan murid normal di kelas arus perdana tetapi ia dapat membina keyakinan diri dan self esteem dikalangan murid pendidikan khas. Melalui pendidikan inklusif juga dapat memupuk matlamat perpaduan melalui pendidikan dan menyediakan insan pendidikan khas yang boleh bersaing secara sihat denganmasyarakat normal. Melalui pendidikan inklusif juga, murid pendidikan khas boleh 51 10:58:3 8 PM Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

menunjukkan bakat dan kebolehan mereka yang selama ini terpendam dan akhirnya dapat mengoptimumkan potensi murid-murid pendidikan khas supaya dapat bersaing dengan murid-murid normal di kelas arus perdana. Secara tidak langsung, pendidikan inklusif dapat

mewujudkan perasaan saling menghormati, memahami dan tidak memandang rendah keupayaan murid pendidikan khas.

FORUM Saudari, 2 Sebagaimana yang difahami bahawa matlamat utama pendidikan inklusif itu adalah bagi memberi peluang untuk murid pendidikan khas untuk bersaing, menerima pengajaran dan pembelajaran serta menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah supaya dapat berkembang secara optimum dan menyesuaikan diri dalam masyarakat normal. Oleh yang demikian, amatlah perlu murid pendidikan khas diinklusifkan tetapi ia amat bergantung kepada situasi dan kemampuan murid tersebut sama ada murid tersebut secara mental dan fizikalnya sedia untuk diinklusifkan atau tidak. Guru-guru di kelas aliran perdana tidak mempunyai hak untuk menyekat murid pendidikan khas diinklusifkan dan belajar bersama dengan murid-murid yang normal di kelas arus perdana sekiranya murid pendidikan khas yang hendak diinklusifkan itu mampu dan standing dan boleh bersaing dengan rakan-rakan mereka di kelas arus perdana. Menginklusifkan murid pendidikan khas dikelas arus perdana tidak bererti menambah beban guru arus perdana. Ini kerana matlamat inklusif ini harus dipandang secara positif. Bagi memudahkan perjalanan inklusif murid

02 2012

Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

10:22:2 0 PM

52

pendidikan khas, guru pendamping (guru resos) yang terdiri dari guru pendidikan khas akan bertindak sebagai pemudah cara dan pembantu. Murid ini juga perlu dibimbing semula oleh guru resos dan bukan melepaskan terus murid ini dalam tanggungjawab guru arus perdana. Pemanatuan berterusan oleh guru pendamping perlu dilakukan bagi mengelakkan keciciran kepada murid yang diinklusifkan. Jika murid ini tidak mampu mengikuti pembelajaran inklusif sepenuhnya dalam semua subjek, memadai murid diinkusifkan dalam subjek yang ia boleh bersaing dan tidak ketinggalan jauh. Ini dipanggil sebagai separa inklusif. FORUM Saudara, 2 apa yang dimaksudkan oleh saudara adalah pendidikan inklusif secara separa inklusif. Pada pendapat saya pendidikan separa inklusif ini boleh dilaksanakan dalam keadaan tertentu contohnya, murid tidak menguasai atau lemah dalam subjek tertentu. Ini menyebabkan murid tersebut hanya diinklusifkan dalam subjek yang boleh dikuasai dan mampu bersaing dengan murid normal agar ia tidak ketinggalan dan tercicir jika pendidikan inklusif sepenuhnya dilakukan kepada murid ini. Pendidikan inklusif sepenuhnya tidak patut dilakukan pada murid sebegini kerana ditakuti murid ini akan terus tercicir dalam kelas arus perdana. Hanya murid-murid yang benar-benar mampu bersaing dari segi mental dan intelek sahaja yang dibolehkan mengikuti program pendidikan inklusif sepenuhnya dengan bantuan guru pendamping. FORUM Menurut Haji Sabri Salleh (Timbalan Ketua Pengarah 02 2 Pendidikan, 1996), pendidikan inklusif dalam konteks 2012 pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada 10:07:2 murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang 9 PM belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Matlamat utama pendidikan inklusif ialah memberi peluang 53 Apr NORJANA H BINTI SUFIAN 02 2012 11:08:4 0 PM Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

untuk murid-murid pendidikan khas menerima pengajaran dan pembelajaran sera menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar arus perdana dari peringkat awal supaya murid ini akan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat normal. Pada pendapat saya, keperluan untuk menginklusifkan murid pendidikan khas amat bergantung kepada situasi dan kemampuan murid itu sendiri dan guru boleh membuat pilihan sama ada seseorang murid pendidikan khas itu boleh diinklusifkan atau tidak atau boleh diinklusifkan penuh atau separa inklusif. Sebagai seorang guru pendidikan khas, saya akan membuat pertimbangan kepada keadaan dan kemampuan murid tersebut sebelum menginklusifkannya. Bagi murid yang boleh menulis dan membaca dengan lancar, murid ini boleh diinklusifkan sepenuhnya. Namun begitu, jika sekiranya murid ini sangat lemah dalam subjek tertentu sebagai contoh subjek matematik, menginklusifkan murid ini sepenuhnya dalam semua subjek termasuk matematik akan memburukkan keadaan dan akan membuatkan murid ini terus keciciran kerana tidak mampu bersaing dengan rakan di kelas arus perdana. Pendekatan yang sesuai untuk murid ini ialah separa inklusif dimana murid ini hanya diinklusifkan untuk subjek yang dia tidak jauh ketinggalan dan boleh bersaing manakala untuk subjek yang murid masih lemah perlu diajar dalam kelas pendidikan khas dengan bimbingan guru sepenuhnya supaya mendapat sepenuh perhatian. FORUM Saudari, 2 Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari dari sudut positif tentang mengapa perlunya dan kesan jika seseorang murid pendidikan khas itu diinklusifkan. Namun begitu, saya terfikir mungkin adakah benar pendapat saudari menginkusifkan murid pendidikan khas di kelas 54 02 2012 10:37:3 9 PM Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

arus perdana akan mengundang perasaan rendah diri dan akan menyebabkan murid-murid yang diinklusifkan tersebut ketinggalan. Sebelum seseorang murid pendidikan khas tersebut dipilih untuk diinklusifkan di kelas arus perdana, murid tersebut perlu melalui suatu proses saringan yang melayakkan ia diinklusifkan. Murid ini harus melepasi tahap yang boleh dan mampu bersaing dengan murid normal secara fizikal dan mentalnya. Murid yang terpilih ini juga sekurangkurangnya sudah diuji tidak mempunyai masalah menulis dan membaca serta sudah boleh menguasai asas sesuatu topic dalam subjek yang hendak diinklusifkan. Adalah menjadi tugas guru pendidikan khas memastikan murid ini mampu dari segi intelek untuk bersaing dengan muridmurid normal di kelas arus perdana. Saudari, Antara matlamat tersirat dalam pendidikan inklusif adalah bagi memupuk kefahaman, kerjasama, kebolehan menyesuaikan diri antara semua golongan dan membina keyakinan diri dan self esteem dalam jiwa murid pendidikan khas supaya rasa rendah diri dapat dikikis bila murid pendidikan khas dapat menunjukkan kebolehan dan bersaing dengan murid normal. Pendidikan inklusif bukan dirancang untuk mewujudkan jurang tetapi sebaliknya adalah bagi membina satu peluang pendidikan yang adil dan sama bagi setiap anggota masyarakat. RPI Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa RPI itu satu 23 kontrak antara ibu bapa dan guru tentang apa yang perlu 2012 dicapai oleh murid dalam jangkamasa tertentu. Oleh yang 07:17:2 demikian, satu majlis permuafakatan ibu bapa dan guru 6 PM haruslah diadakan antara pihak guru dan sekolah bagi memastikan perjalanan RPI diikuti. Atas sebab itu jugalah dokumen berkaitan harus ditandatangani antara guru besar, guru RPI dan ibu bapa. 55 Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

Melalui RPI, guru dan ibu bapa boleh melihat kemahiran yang dikehendaki dapat dicapai oleh murid dalam jangkamasa tertentu. Jika sekiranya kemahiran yang ingin dicapai melalui RPI gagal dicapai guru boleh mengulang kemahiran tersebut sehingga objektif yang dikehendaki tercapai. RPI dibina supaya ibu bapa dan guru boleh samasama bekerjasama memastikan murid mencapai kemahiran tersebut dalam jangkawaktu yang dikehendaki' FORUM Setiap bakal ibu bapa tentunya mahukan anak yang lahir itu 23 3 sempurna daripada segi mental dan fizikal. Selain daripada 2012 faktor genetik atau baka, kecacatan bayi juga boleh berlaku 06:50:3 ketika dalam kandungan. Terdapat banyak faktor punca 9 PM kecacatan bayi yang berlaku pada dalam kandungan. Ibu hamil perlukan zat yang sentiasa mencukupi bagi memastikan ia sentiasa sihat dan bayi yang dikandung juga dalam keadaan sihat. Amalan menjaga pemakanan dan mengambil zat-zat dari sumber tambahan amat perlu bagi memastikan tubuh ibu dan anak yang dikandung mendapat zat yang mencukupi. Pemeriksaan kehamilan mengikut jadual yang ditentukan amat penting bagi memastikan ibu dan anak yang dikandung sentiasa dalam keadaan sihat. Bacaan tekanan darah juga amat penting dipantau kerana tekanan darah yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Selain itu, ibu atau bapa yang mengambil rokok atau alkohol juga berisiko besar mendapat anak yang cacat. Ibu yang tinggal dalam persekitaran yang tercemar atau dipenuhi asap rokok juga berisiko sebagaimana ibu yang merokok. Faktor persekitaran semasa bayi dibesarkan juga Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

memainkan peranan dan pengaruh kepada perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak normal yang terdedah kepada aktiviti yang tidak sihat seperti membuli. memukul atau 56

merokok boleh melakukan tindakan yang serupa. Ini seterusnya akan mengakibatkan masalah tingkah laku kepada kanak-kanak tersebut. FORUM Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa masalah 23 3 kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh menyebabkan 2012 bayi mengalami kecacatan otak atau mental retarded. 05:06:2 Masalah kekurangan oksigen kerap berlaku semasa proses 9 PM kelahiran. Proses kelahiran adalah proses yang mencemaskan. Sekiranya bayi yang dilahirkan mengalami masalah lemas ia perlu segera diambil tindakan untuk memberi bantuan oksigen. Bayi yang baru lahir adalah bayi yang sangat mudah terdedah kepada masalah. Selain itu, kandungan plumbum yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah tingkah laku yang sukar dikawal. Ini kerana kandungan plumbum tersebut telah menjadikan kanak-kanak bertindak secara agresif dan berlebihan aktif. Selain daripada proses semasa kehamilan dan kelahiran yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi, proses pembesaran seseorang kanak-kanak amat bergantung kepada faktor persekitaran. Dewasa ini, dapat dilihat bahawa bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran atau slow learner semakin bertambah. Ini kemungkinan bersebab daripada faktor biologi sebelum atau sewaktu hamil atau semasa kelahiran. Antara yang menyumbang masalah ialah faktor persekitaran. Kanakkanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang agresif juga mampu bertindak/ bertingkah laku secara agresif kepada orang lain. Ini kerana kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan suka meniru sesuatu perkara. Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

FORUM 3 Salam sejahtera,

23 2012

Apr NORJANA H BINTI SUFIAN 57

04:56:5

Mencegah lebih baik mudah daripada merawat. Setiap 1 PM masalah ada enyelesaiannya dan setiap penyakit ada ubatnya..Langkah pencegahan terbahagi kepada sebelum dan selepas kelahiran. Saudara/ri Proses kehamilan dan proses kelahiran adalah suatu proses yang amat menakjubkan. Proses keehamilan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat atau trimester. Peringkat awal adalah 3 bulan pertama yang memerlukan para bakal ibu menjaga kehamilannya dengan sebaik mungkin kerana pada peringkat inilah ibu terdedah kepada risiko keguguran dan risiko melahirkan anak cacat. Ibu perlu sentiasa mengikut nasihat doktor, mengambil makanan berkhasiat serta mengambil makanan tambahan yang dinasihatkan doktor, contohnya pengambilan asid folic yang mencukupi sangat penting untuk mengelakkan mendapat anak cacat. Pelbagai punca dapat dikenalpasti oleh pakar perubatan sebagai penyebab kepada kelahiran bayi cacat. Antaranya penyakit darah tinggi boleh menyebabkan kelahiran spontan bayi pramatang, Kelahiran bayi pra matang amat berisiko besar terededah kepada penyakit dan tidak cukup sifat. Ini kerana bayi itu dilahirkan sebelum masanya. Terdapat banyak kes bayi pra matang mengalami masalah kecacatan otak kekal dan mental retarded. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kecacatan genetik atau diwarisi, perlu sentiasa mengikut nasihat doktor untuk mengelakkan ibu melahirkan bayi yang juga terdedah kepada kecacatan. Ibu yang menghidap penyakit kencing manis yang teruk juga terdedah untuk melahirkan bayi yang buta atau kurang berat semasa lahir. Ini kerana gula berlebihan boleh membawa risiko bayi mengalami masalah katarak ketika dalam kandungan. Mengandung di usia 38 tahun ke atas juga boleh mencetus pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi kepada kandungan 58

sulung. Pada usia sebegini, ibu terdedah melahirkan bayi sindrom down dan ibu itu sendiri berisiko tinggi mejadi penghidap penyakit darah tinggi. Pengawasan dan pemantauan yang teliti dan berterusan perlu sentiasa dilakukan oleh doktor sekiranya mengandung di usia ini. Pada masa sekarang, murid-murid perempuan telah

diberikan imunisasi rubellah pada pada peringkat awal sekolah menengah. Imunisasi ini diberikan sebagai langkah awal mengelakkan jangkitan penyakit kepada kandungan pada 3 bulan pertama kehamilan.Penyakit rubella boleh menyebabkan kecacatan pendengaran dan mental Pengambilan alkohol, rokok dan dadah yang berlebihan tidak kira oleh ibu atau bapa juga boleh menggalakkan risiko kelahiran anak cacat. Oleh itu, para ibu atau bapa perlulah menjalani gaya hidaup sihat untuk kesejahteraan generasi yang diwarisi .

FORUM Sabersetuju dengan pendapat saudari bahawa mencegah 23 3 adalah lebih baik. Justeru itu ini menjadikan proses 2012 penvegahan kecacatan adalah sangat penting. Proses pencegahan kecacatan terbahagi sebelum dan semasa mengandung dan selepas kelahiran bayi. Bagi mengurangkan risiko ibu-ibu melahirkan bayi cacat, ibu-ibu perlu merancang kehamilan mengikut faktor umur dan masalah ibu sendiri. Sebelum mengandung, para ibu dinasihatkan mengambil asid folic yang mencukupi bagi mengelakkan kecacatan atau keguguran. Ini kerana masalah kekuranagan asid folic adalah antara penyebab kecacatan dan kematian bayi semasa dalam kandungan

Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

05:26:1 7 PM

59

lagi. Semasa hamil, ibu mestilah mematuhi jadual pemeriksaan dengan pusat kesihatan dan mengikut segala nasihat yang diberikan oleh doktor. Ibu perlu mematuhi diet yang seimbang yang ditetapkan dan memakan tambahan untuk mendapat zat yang mencukupi atas nasihat doktor. Penjagaan semasa kehamilan amat penting, Penyakit preeklampsia selalu menyerang ibu hamil pada usia kandungan 20 minggu ke atas. Penyakit ini berpunca daripada tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dan kesannya bayi dalam kandungan boleh mngalami masalah kekurangan atau terputus bekalan oksigen dan kesannya boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan atau menyebabkan bayi menglami masalah kecacatan otak yang kekal. Selain itu, pre-eklampsia juga adalah penyebab utama kelahiran pra matang yang berisiko mengalami kecacatan atau penyakit bahaya lain. Proses kelahiran juga adalah proses penting yang boleh mngakibatkan kecacatan bayi jika berlakunya kelewatan atau kecuaian. proses kelahiran haruslah dilakukan secara berhati-hati dengan kehadiran pakar perubatan supaya dapat mengelakkan masalah yang timbul. Penjagaan selepas kelahiran juga amat penting supaya bayi dapat membesar dengan sempurna. Jadual suntikan Imunisasi yang disediakan secara berkala juga harus dipatuhi oleh ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Penyakit meningitis contohnya boleh menyebabkan kecacatan otak yang serius. FORUM Saya sangat setuju dengan pendapat saudari bahawa 23 3 terdapat tiga faktor utama penyebab kecacatan peda bayi 2012 iaitu :1. Biologi 05:46:4 1 PM Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

60

2. Psikologi 3. Persekitaran. Bagi mengelakkan berlakunya masalah kecacatan kepada bayi tindakan pencegahan adalah lebih baik daripada tindakan merawat. Faktor biologi adalah faktor paling kerap menjadi penyebab kepada kecacatan. Langkah-langkah awal perlu bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan sihat serta terhindar daripada risiko cacat. Faktor biologi juga termasuk faktor genetik. Ibu bapa down sindrom berisiko melahirkan anak down sindrom. Selain itu, faktor biologi juga termasuklah faktor kekurangan nutrien semasa bayi dalam kandungan. Kekurangan nutrien boleh menjadikan bayi membesar secara tidak sempurna.Usia ibu semasa hamil juga antara sebab faktor biologi. Ini kerana ibu yang melahirkan bayi pada usia awal 40an terdedah melahirkan bayi sindrom down. Faktor psikologi ialah faktor kedua penyebab kecacatan bayi yang dilahirkan FORUM Menurut peraturan-peraturan pendidikan 1997, guru boleh 23 4 mengubahsuai kaedah dan strategi pengajaran asalkan 2012 ianya sesuai dengan keperluan murid-murid yang berbeza 06:36:1 tahap keupayaannya tanpa mengubah kurikulum itu sendiri. 0 PM Bagi memastikan dan matlamat Falsafah Falsafah pendidikan Khas dapat Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

Kebangsaan

Pendidikan

dilahirkan, guru mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk merealisasikannya. Mengajar murid pendidikan khas tidak sama seperti mengajar murid normal arus perdana. Setiap pengajaran guru harus diperincikan sehalus-halusnya dan diulang berkali-kali dengan kepelbagaian teknik dan strategi agar murid-murid menguasai sesuatu kemahiran yang diajar guru.

61

Murid pendidikan khas juga mengalami masalah short term memory. Ini bermakna pengajaran hari ini walaupun telah dilihat menguasai kemahiran belum tentu diingati murid pada haru esok. Ini bermakna guru perlu sentiasa mengulang sesuatu topik sebelum memulakan kemahiran baru. Selain itu, murid pendidikan khas juga mengalami masalah fokus yang sangat pendek. Sebagaimana murid arus perdana yang tidak boleh fokus dalam jangka waktu lama apa lagi murid pendidikan khas. Masalah masa fokus yang terhad ini membantutkan usaha guru untuk memastika murid menguasai kemahiran yang diajar dalam masa yang singkat. Kreativiti guru sangat perlu bagi menjadikan aktiviti P+P menyeronokkan, tidak membosankan dan semua murid mengambil bahagian. Strategi, teknik dan pelaksanaan P+P yang terancang serta menarik penting untuk murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti permainan semasa P+P sangat sesuai dijalankan.

FORUM Walaupun mengikut peraturan-peraturan pendidikan 1997, 23 4 guru boleh mengubahsuai strategi dan kaedah pengajaran 2012

Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

semasa mengajar murid pendidikan khas, guru sama sekali 06:58:2 tidak boleh mengubah isi kandungan kurikulum yang telah 2 PM ditetapkan. Pengubahsuaian kaedah, teknik dan strategi sangat

diperlukan semasa mengajar murid-murid yang berbeza tahap penguasaannya. Sebagaimana yang diketahui muridmurid pendidikan khas terdiri daripada individu yang berbeza masalah dan penyakitnya maka itu strategi pengajaran guru juga tidak semestinya sama.Pelbagai kaedah boleh dirancang guru sama ada dalam aktiviti permainan, main peranan (lakonan), lawatan ke premis

62

berkaitan atau didik hibur boleh dilaksanakan guru. Murid pendidikan khas tidak kira apa masalahnya adalah murid yang yang optimum sangat dalam lemah daya kefahaman guru, guru dan perlu kefokusannya. Untuk memastikan murid mendapat faedah pengajaran merangka aktiviti yang sesuai dan tidak membosankan.

FORUM Ya, bahan bantu mengajar adalah amat penting dalam 23 4 pengajaran murid pendidikan khas. Murid pendidikan khas 2012 perlu melihat lebih banyak bahan bantu

Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

mengajar 07:05:3

berbanding dengan murid normal. Bahan bantu mengajar 3 PM yang sesuai adalah objek maujud. Selain itu, untuk memastikan murid menguasai kemahiran yang diajar contohnya kemahiran mengira wang atau membeli belah, murid boleh dibawa belajar di situasi sebenar contohnya dengan membawa murid pergi membeli dan mengira wang di kedai runcit yang selalu murid pergi. Bahan bantu mengajar peranannya selain daripada

menjadikan pengajaran guru lebih menyeronokkan juga boleh menguatkan pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran. Contohnya apabila mengajar tentang rasa pedas. Rasa itu adalah sesuatu yang abstrak. Guru boleh meminta murid merasa mcili untuk memberi kefahaman murid bagaimana maksud rasa pedas tersebut. Strategi dan teknik yang dirancang oleh guru pendidikan khas perlu berbeza-beza agar tidak mendatangkan kebosanan. Pelbagai kaedah pengajaran boleh dilakukan guru seperti strategi didik hibur, main peranan, permainan atau simulasi. FORUM Pendidikan Khas adalah satu bentuk pengajaran yang 23 4 dirancang untuk keperluan murid-murid berkeperluan khas. 2012 Kurikulum Pendidikan khas adalah sangat istimewa kerana 06:26:1 selain daripada ingin mencapai hasrat Falsafah Pendidikan 7 PM 63 Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

Kebangsaan juga ia dirancang bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Khas dapat dicapai. Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas adalah tertakhluk kepada Peraturan Pendidikan 1997. Ia adalah satu program yang dibina untuk memenuhi keperluan murid-murid pendidikan khas yang berbeza-beza keperluan dan keupayaannya. Oleh yang demikian, pengajaran guru kepada murid pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi bergantung kepada keperluan kanak-kanak dan kebolehan kanak-kanak berkeperluan khas tersebut. Dalam pendidikan khas, strategi dan teknik pengajaran boleh diubah suai mengikut keperluan murid. Contohnya guru pendidikan khas mengajar murid dalam bilangan murid yang kecil. Guru boleh merancang untuk menjalankan pengajaran sama ada dalam bentuk permainan dalam darjah atau melawat di luar kelas. Ia dibolehkan asalkan tidak menyimpang dari kurikulum yang dibenarkan. Pendidikan khas boleh dirancang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Pendidikan khas merujuk kepada satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima kanak-kanak berkeperluan khas (Mansor 2005). Ia dilaksanakan bagi mencapai hasrat Falsafah berhaluan, Pendidikan berupaya, Kebangsaan beriman, yang bermatlamat mampu melahirkan insan berpendidikan khas yang berkemahiran, berdikari, merancang dan menguruskankehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. FORUM Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa untuk 23 4 mencapai dan memperkembangkan potensi murid ke tahap 2012 optimum pelbagai strategi dan kaedah boleh dirancang 07:10:1 guru asalkan ianya tidak melanggar peraturan-peraturan 6 PM pendidikan 1997. Apr NORJANA H BINTI SUFIAN

64

Matlamat utama pendidikan khas adalah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas. Bagi memastikan hasrat itu tercapai guru dibolehkan mengubahsuai kaedah, teknik, masa selaras dengan keperluan murid pendidikan khas supaya perkembangan yang optimum dan kemahiran dalam sesuatu pengajaran kemahiran dapat dicapai

65

You might also like