You are on page 1of 18

PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Oleh: Nazri bin Samsudin ISI KANDUNGAN: Pengenalan Objektif Permainan Bahasa Kelebihan Permainan Bahasa Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa Contoh Permainan Bahasa dalam P&P Bahasa Arab Tahun 2 1 Pengenalan Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru1. Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mutakhir ini. Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 1. Objektif Permainan Bahasa Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan matlamat dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini dirangkumkan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu2: 1.1 Merangsang interaksi verbal pelajar
Dalam permainan bahasa, para pelajar akan diminta bercakap dan mempraktikkan ungkapanungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan kerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya secara aktif. Tiada seorang pun daripada mereka dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka.
Fauzi Hanafi (Dr), Al-Alaab Al-Lughawiyyah wa At-Tabir As-Syafahi Al-Ibdaiy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post3902715) 2 Lihat 5 isi penting ini dalam: http://bobezani.tripod.com/teknik.htm. Huraiannya pula adalah daripada penulis sendiri. 2
1 Radhi

1.2 Menambah kefasihan dan keyakinan


Permainan bahasa bertujuan untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari.

1.3 Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa bukan sahaja boleh digunakan selepas selesai pengajaran sesuatu isi pelajaran tetapi ia dapat menyediakan konteks pembelajaran itu sendiri. Pelajar dapat lebih mengikuti proses pembelajaran apabila sesuatu aktiviti seperti permainan bahasa dijalankan dalam masa yang sama pengajaran guru dilakukan. Ini dapat dilakukan apabila pelajar menjalankan permainan bahasa dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi mengawasi dan memantau pembelajaran mereka.

1.4 Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan Dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu akan dihadapi oleh guru apatah lagi para pelajar yang perlu memahami isi kandungan pelbagai mata pelajaran. Maka permainan bahasa dapat mengikis perasaan ini dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan perasaan seronok dan gembira sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan lebih baik. 1.5 Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelajar bermasalah yang memerlukan kepada aktiviti pemulihan, pengukuhan atau pengayaan bergantung kepada tahap penguasaan mereka selepas melalui aktiviti biasa seperti mendengar penerangan guru, soal jawab dan membaca buku teks. Maka permainan bahasa sangat membantu dalam mengatasi masalah pembelajaran. 3 2. Kelebihan Permainan Bahasa Permainan bahasa mempunyai peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi membantu menguasai pelbagai kemahiran bahasa. Ia juga dapat membantu dalam memudahkan lagi aktiviti pembelajaran bahasa kerana pembelajaran bahasa merupakan satu tugas yang sukar yang memerlukan kepada latihan yang berterusan untuk mempraktikkannya dan menguasai segala aspek kemahiran berbahasa. Antara kelebihan permainan bahasa ialah1: 2.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih dan menguasai pelbagai kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam pelbagai situasi dan keadaan. Oleh itu, permainan bahasa merupakan kaedah terbaik dalam membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa sama ada secara lisan dan tulisan. 2.2 Ia dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa pembelajaran bahasa selain daripada memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan negatif yang dihadapi oleh segelintir pelajar seperti suka menyendiri, mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para pelajar yang lain. Oleh itu, permainan bahasa dapat membantu mereka untuk meluahkan buah fikiran dan perasaan mereka dengan lebih jelas. 2.3 Ia dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara lebih kreatif, inovatif dan semulajadi (fitrah). 2.4 Ia dapat membantu guru memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar sama ada dari segi sebutan atau bacaan sesuatu perkataan yang berbeza penggunaannya sesuai dengan situasi dan keadaan tertentu.
Fauzi Hanafi (Dr), Al-Alaab Al-Lughawiyyah wa At-Tabir As-Syafahi Al-Ibdaiy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post3902715)
1 Radhi

4 2.5 Ia memberi peluang kepada guru dan sesama para pelajar untuk berbincang, bertanyakan soalan dan mengeluarkan pandangan sambil melaksanakan aktiviti permainan bahasa. Oleh itu, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam keadaan rehat dan santai. 3. Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa Berikut adalah teknik pengelolaan aktiviti permainan bahasa. Guru boleh menjayakannya sama ada secara berkumpulan, berpasangan ataupun secara individu1: (a) Secara Berkumpulan Guru boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulan-kumpulan yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. Guru perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam sesebuah kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah membahagikan pelajar ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan bahasa bolehlah digantikan dengan jenis permainan yang tidak

memerlukan terlalu banyak gerak kerja menulis. Sebagai alternatif, guru boleh membawa pelajar anda keluar kelas untuk meneruskan permainan. Sebelum guru memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, guru perlulah: (i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu. (ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada pelajar boleh diminta membantu guru. (iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis, membaca dan memahaminya.
1 Zawawi

Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009). Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University

5 (b) Secara Berpasangan Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan dengan permainan secara berkumpulan. Guru boleh mengawal pelajar dengan mudah. (c) Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yan tertentu. Dalam situasi begini, pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan. 6 4. Contoh permainan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Tahun 2 di sekolah kebangsaan: Nama Permainan Bahasa Mengenal Nombor dan Bilangan () Tajuk dalam Buku Teks Bahasa Arab Tahun 2 ( mukasurat 14) dan ( mukasurat 30) Kemahiran Bahasa Mendengar dan Bertutur Isi kandungan Nombor dan Bilangan 21 hingga 30 ( -) Objektif 1. Mengenal bentuk nombor dan bilangan Bahasa Arab 2. Membilang nombor dalam Bahasa Arab 3. Menyebut nombor dan bilangan Bahasa Arab dengan betul dan lancar Bahan Wang kertas RM1 dan RM10, 3 set kad nombor Arab ( -) Kaedah Kelas, kumpulan dan individu LANGKAH-LANGKAH Pendahuluan (2 minit) Guru masuk ke dalam kelas dan meminta murid-murid membaca doa secara beramai-ramai. Set Induksi (3 minit) - Guru menunjukkan 10 keping wang kertas RM1 dan sekeping wang kertas RM10. 7 - Guru membilang setiap keping wang kertas RM1 dari 1 hingga 10.

- Kemudian, guru mengeluarkan sekeping wang kertas RM10 dan mencampurkan dengan 10 keping wang kertas RM1 satu persatu serta membilang dari 11 hingga 20. Langkah 1 (5 minit) - Guru membahagikan murid di dalam kelas kepada 3 kumpulan iaitu setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid (jumlah murid di dalam kelas ialah 30 orang). - Guru mengagihkan kad nombor 21 hingga 30 kepada setiap kumpulan. Ini bermakna setiap murid mendapat nombor yang berlainan.


Langkah 2 (15 minit) - Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut urutan tanpa menunjukkan kad nombor dan meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-ramai. - Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut urutan dengan menunjukkan kad nombor dan meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-ramai.


Langkah 3 (20 minit)

- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu dan meminta murid dari setiap kumpulan untuk datang ke hadapan kelas membawa dan menunjukkan nombor yang dipegangnya. - Kemudian, 3 orang murid dari setiap kumpulan itu tadi diminta untuk menyebut nombor yang ditunjukkan itu tadi. - Kumpulan yang berjaya menunjukkan dan menyebut nombor dengan betul akan diberikan 1 markah bagi setiap kad nombor yang betul dan 1 markah lagi bagi setiap sebutan nombor yang betul. Markah penuh ialah 2 markah bagi aktiviti ini.


Langkah 4 (10 minit) - Setiap kumpulan diberikan semula 10 keping kad nombor 21 hingga 30. - Setiap kumpulan diminta untuk menyusun semula 10 keping kad nombor tersebut dengan betul dan teratur. - Kumpulan yang berjaya menyusun semula 10 keping kad nombor 21 hingga 30 tersebut dengan betul akan diberikan 1 9 markah bagi setiap nombor yang disusun dengan betul. Penutup (5 minit) - Setiap kumpulan diminta untuk menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut giliran. Beberapa manfaat yang boleh diperolehi oleh guru dan murid daripada permainan bahasa ini: 1) Permainan ini hanya menggunakan bahan bantu mengajar iaitu wang kertas dan kad nombor tanpa menggunakan buku teks. Maka para murid lebih berasa teruja dan seronok serta bersedia untuk memulakan pembelajaran melalui permainan. 2) Semua murid memberikan perhatian kepada pengajaran guru apabila guru memulakan pengajaran dengan mengeluarkan wang kertas yang pelbagai jenis. Sekaligus, dapat menghilangkan rasa jemu dan bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran. 3) Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran kerana dapat menghasilkan suatu permainan bahasa yang kreatif dan inovatif. Ini dapat memberikan motivasi dan suntikan semangat yang baru kepada guru untuk mencipta aktiviti permainan bahasa yang lain.

4) Dalam permainan bahasa ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru dapat melihat dan menilai kepelbagaian sikap dan tingkah laku daripada para murid yang terlibat. 5) Permainan bahasa ini adalah lebih mudah untuk dipelajari dan lebih cepat untuk diterima oleh para murid kerana aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan murid dan isi kandungan pelajaran disampaikan dalam bentuk yang kreatif. 10 Penutup Dengan adanya permainan bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, khususnya apabila melibatkan murid yang belajar Bahasa Arab sebagai bahasa asing ketiga (selepas Bahasa Inggeris) di Malaysia ini, maka diharapkan dapat menambahkan lagi minat mereka dalam mempelajari bahasa ini. Aktiviti permainan bahasa ini juga dapat mengubah persepsi murid bahawa mempelajari Bahasa Arab adalah sesuatu yang susah dan membebankan. Hasil daripada penglibatan dan kejayaan mereka dalam menjalankan permainan bahasa ini, maka mempelajari Bahasa Arab sebenarnya adalah mudah. 11 RUJUKAN 1. Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009). Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University 2. Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaludin Yahya (2008). Buku Teks Bahasa Arab Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Alaab Al-Lughawiyyah wa At-Tabir As-Syafahi Al-Ibdaiy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=39027 15#post3902715) 4. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

1.1 Konsep dan maksud Permainan Bahasa Permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain (study and fun). Iaitu muridmurid didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran mereka. Jelasnya bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah dipilih untuk dipraktikan dalam pengajaran. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran BAKSK meningkatkan tahap kecerdasan dan keinterlektual mereka. Pendekatan ini akan menjadi lebih mudah diikuti walaupun pelajar tersebut memiliki tahap IQ yang lemah. Ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru akan menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian bagi menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya bersedia menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Michael berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran.[1] Ini akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang telah dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka banyak membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat, bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan membina stuktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan sebagainya[2]. Natijahnya murid akan dapat memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka.

1.2 Matlamat Seperti pendekatan-pendekatan atau kaedah yang lain, kaedah permainan bahasa juga mempunyai beberapa matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh setahun atau tiga tahun, selepas kaedah tersebut dipraktikkan. Iaitu sejauhmanakah keberkesanan kaedah ini dapat mempertingkatkan prestasi penguasaan bahasa Arab dikalangan murid sekolah kebangsaan. Kaedah permainan bahasa merupakan salah satu instrument yang penting dalam menggarap matlamat pendidikan diantara tujuan permainan bahasa diadaptasikan

dalam pengajaran dan pembelajarn adalah seperti berikut ;[3] (a) Mewujudkan senario pembelajaran yang berlainan daripada Pengajaran dan pembelajaran biasa. (b) Murid diberi peluang untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur semasa bermain. (c ) Memberi peluang kepada murid untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata mereka. (d) Mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen. Iaitu Murid dapat berinteraksi antara satu sama lain tanpa rasa malu atau segan dan menimbulkan minat untuk bekerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan di dalam mana-mana aktiviti yang akan dijalankan. (e) Guru mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya ia lebih menarik dan berkesan. (f) Naluri ingin tahu dan bermain adalah sesuatu yang bersifat ( natural) semulajadi di kalangan murid. Jesteru itu, dengan pendekatan permainan bahasa diharap suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan menyenangkan murid. (g) Aktiviti bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada murid mengapliksikannya di dalam situasi yang pelbagai. (h) Guru dapat membentuk sikap positif yang sihat di klangan murid. Contohnya sikap hormat-menghormati, bantu-membantu, saling bekerjasama, patuh kepada arahan dan peraturan, berani mencuba sesuatu yang baru, mengakui kesilapan diri, menerima kenyataan (sama ada kalah atau menang) secara terbuka dan sebagainya. (i) Aktiviti permainan merupakan salah satu contoh kepada guru untuk membentuk suasana pengajaran yang lebih mencabar. (k) Membolehkan murid memperolehi ilmu pengetahuan (knowledge) melalui pelbagai instument seperti melalui proses pemerhatian, perbandingan dan pembinaan. (l) Kaedah permainan bahasa juga dapat memudahkan tugas guru disamping tidak mengabaikan konsep pembelajaran Murid akan mempunyai daya kreatif, dan daya saing yang sihat disamping inisiatif yang kuat untuk belajar dan menguasai sesuatu permainan. 1.3 Objektif Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ; [4] (a) Merangsang Interaksi Verbal Murid Di dalam permainan yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping itu, mereka juga diminta memberi kerjasama

kepada guru di dalam menjayakan permainan bahasa yang akan dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga mereka terasa sumbangan mereka dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Mereka juga akan bersedia apabila diminta bercakap mengenai sesuatu tajuk. Semua murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan. Keadaan sedemikian akan menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan mengawal disiplin bilik darjah supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

(b) Menambah Kefasihan dan Kefahaman Jenis permainan yang dipilih seharusnya mempunyai matlamat dan objektif iaitu mempertingkatkan kelancaran dan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan di dalam sesuatu permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja, bahkan fungsi berbahasa juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat kerumitan berbahasa. Permainan yang mengandungi kegiatankegiatan yang memberi arahan misalnya boleh dimainkan kepada semua peringkat bergantung kepada pengetahuan berbahasa dan kefasihan tertentu murid. Murid biasanya akan menjadi lebih seronok apabila berhadapan dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka berbahasa dengan menggunakan bahasa yang telah mereka pelajari. Pada waktu yang sama, guru peranan sebagai pemberi maklumat bahasa. (c) Bertindak sebagai alat mengikis bosan Perasaan bosan atau jemu adalah salah satu sifat yang normal bagi seorang guru. Begitu juga kepada murid. Mereka akan menjadi lekas bosan, jemu, mengantuk dan lapar apabila menjelangnya waktu tengahari. Apabila berada dalam situasi sebegini seorang guru yang cuba menyampaikan maklumat atau info terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan tatabahasa ataupun aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana suasana pada waktu itu amat menjemukan dan membosankan murid. Oleh yang demikian sebagai langkah altenatif kepada permasalahan ini, satu aktiviti pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai sekali digunakan sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan reliven pada waktu itu. (d) Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan Pendekatan permainan amat sesuai sebagai instrument pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Jika dilihat kepada ciri-cirinya, pemainan bahasa dapat membantu kumpulan murid yang lemah dari aspek Intelligent Quality (IQ) untuk memahami pendekatan proses pembelajaran. Kumpulan murid yang bermasalah di dalam akademik juga boleh diatasi dengan pendekatan permainan bahasa. Mereka mungkin menghadapi masalah pengamatan, pendengaran, penangkulan atau recall review dan hafazan akan dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak permainan.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Kurikulum Sekolah Menengah KBSM (1998)[5] juga telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasa melalui pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ; (i) Untuk mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. (ii) Untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa tertentu mengikut keupayaan mereka. (iii) Untuk mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahasa yang diajar. (iv) Untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang bahasa. (v) Untuk berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sama ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain. (vi) Memupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah.

2. Ciri-ciri Permainan Bahasa. Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini. Guru tersebut mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ ( Emosional Quality ) murid yang akan diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan penerimaan murid adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar, (jenius) pemainan bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan. Sebaliknya bagi murid-murid yang lemah IQ ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami proses pembelajaran. Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah memperkenalkan semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut.[6] Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti berikut; 2.1. Ciri-ciri umum (a) Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami. (b) Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi. (c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan

permainan. (d) Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca. (e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu. (f) Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai. (g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat. ( h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya. 2.2 Ciri-ciri Khusus[7]. (a) Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. (b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. (c) Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan. (d) Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif. (e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas. (f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas. (g) Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis. (h) Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

3. Kesan-kesan pengunaan kaedah Permainan Bahasa Kesan-kesan pengunaan kaedah permainan bahasa ke atas murid sekolah kebangsaan dilihat dari dua aspek. Pertama kesan positif dan kedua kesan negatif. 3.1. Kesan Positif ; i) Murid lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar. ii) Lebih menyeronokkan dan pembelajaran lebih ceria. iii) Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru. iv) Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. v) Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama, berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

3.2. Kesan negatif.

i) Permainan memakan masa yang panjang. Guru sukar untuk melaksanakannya kerana peruntukan masa yang terhad.. ii) Murid terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif tidak mencapai sasaran sepenuhnya. iii) Sukar mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu proses pembelajaran di bilik sebelah. Iv) Set permainan adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap IQ murid. v) Sukar mendapat alat BBM yang menarik di pasaran kalau ada pun harga terlalu mahal. vi) Masalah kewangan untuk membeli bahan atau alat permainan yang siap di pasaran. vii) Alat BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja. viii) Kekurangan tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat.

. Contoh Set Permainan Bahasa. Pemilihan tajuk adalah berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Arab komunikasi j-QAF darjah satu ) Objektif : Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan. Bahan : Kerusi, kotak, pita rakaman (muzik nasyid), kad Denda. Cara bermain : berkumpulan/Kelas. 2.2. Langkah Perlaksanaan Permainan :1. Permainan ini boleh dimainkan dalam satu kumpulan atau beberapa kumpulan (jumlah kotak adalah mengikut bilangan kumpulan). 2. Bilangan kerusi akan dikurang sebuah bagi setiap kumpulan. ( ini beerti jika jumlah pelajar dalam satu kumpulan 10 orang maka bilangan kerusi yang akan disediakan adalah 9 buah) 3. Kerusi-kerusi akan disusun membentuk satu bulatan. Murid-murid akan berdiri berdekatan bulatan kerusi tersebut. 3. Apabila lagu/muzik dimainkan, murid-murid akan berjalan mengelilingi bulatan kerusi tersebut. 4. Apabila muzik diberhentikan, murid-murid akan duduk di atas kerusi-kerusi tersebut. Murid yang tidak dapat duduk akan didenda. 5. Murid yang didenda, perlu mengambil sekeping kad di dalam kotak misteri, dan membacanya dengan kuat. 6. Pelajar yang didenda akan berlakon atau menjawab soalan. 7. Muzik akan dimainkan semula. Murid-murid akan kembali mengelilingi bulatan kerusi semula. 8. Seperti pusingan pertama, apabila muzik diberhentikan, pelajar yang tidak dapat duduk di atas kerusi akan didenda mengikut arahan yang tercatat pada kad denda. Begitulah seterusnya.

9. Guru membuat penilaian kendiri.

Permainan bahasa yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyaibeberapa objektif yang tentu. Antaranya seperti yang berikut:(a) Merangsang interaksi verbal pelajarDalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan pendapatmereka. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan.Lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli kumpulanakan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa sahaja mereka akandiminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkanbersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnyauntuk berkomunikasi. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satusuasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagaifasilitator dan menjaga disiplin kelas.(b) Menambah kefasihan dan keyakinanPermainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa sertamenambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhadkepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitanberbahasa yang berbezabeza. Permainan yang mengandungi kegiatan memberikan arahanumpamanya, boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dankefasihan tertentu pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yangmencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalambahasa yang dipelajari. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harusbersedia memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam kontekskepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis.

(c) Menyediakan konteks pembelajaranPermainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yangterlibat, bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainanbahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. Ini merupakan satu suasanayang sihat dan berfaedah kepada para pelajar, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. Dalampermainan, mereka dapat menunjukkan kecergasan, di samping terlibat secara berkesan dalam apasahaja aktiviti yang dijalankan.(d) Alat mengikis rasa bosanPada waktuwaktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah hari, pelajar akan merasabosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuantentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan

ayat-ayat. Pada saat ini permainanbahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar danmengantuk. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhikeperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan ini berasaskan keadilan danpertandingan, akan meransang pelajar untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah.Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui olehmereka dalam kehidupan di luar bilik darjah.(e) Alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaanDalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya.Justeru, permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakanpelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasisedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untukmengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf,membunyikan suku kata dan perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan puladiadakan. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Walaubagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yangdiperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. Pelajar di dalam sesebuahkelas, biasanya mempunyai pelbagai peringkat kebolehan, misalnya kumpulan cergas, sederhana danlemah. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidakbegitu ramah. Namun demikian, mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasaidiri mereka itu dapat dihapuskan. Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkanmengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar yang cergas melalui permainan yang dijalankan.Namun, mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dankemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam aktivitki pengayaan akanmenambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka

5. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya. Dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif ia akan mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik dan menyeronokkan. Dengan kaedah yang digunakan ini akan dapat memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam penggajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain.

[1] Ustaz Zawawi Bin Ismail (2006). Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn Bhd. M.s 78 [2] Ibid. [3] ibid

Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangdilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuandan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dansantai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru

Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakansalah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arabmutakhir ini.Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiranmendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) terhadap pelajar di dalam bilik darjah terdapat banyak kaedah yang disarankan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia (JAPIM, KPM) seperti Kaedah Tematik, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Semula Jadi atau Kaedah Terus, Kaedah Latih Tubi, Kaedah Induktif, Kaedah Deduktif dan Kaedah Elektif (Manual Kursus Pendedahan Kurikulum Semakan Bahasa Arab, 2002). Raja Mukhtaruddin pula (dalam Abdul Rashid Ali, 1993) memberikan makna kaedah sebagai cara keseluruhan mengajar bahasa bagi mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip tertentu. Sebagai contoh, kaedah pengajaran bahasa untuk penguasaan kemahiran membaca adalah berbeza daripada kaedah untuk pengajaran bertutur dan menulis. Juriah (1990) mendefinisikan kaedah sebagai cara-cara mengajar bahasa yang dihasilkan oleh pendekatan-pendekatan pengajaran bahasa. Contohnya, kaedah tradisional, kaedah terus dan kaedah bacaan (Abdul Rashid Ali, 1993). Hal ini bermakna pengajaran yang berkesan sangat berkait rapat dengan kemahiran guru memadankan kaedah mengajar dengan objektif dan gaya pembelajaran pelajar. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih Kaedah Permainan Bahasa (KPB) untuk diuji keberkesanannya dalam P&P kata kerja al-mudri serta penguasaan pelajar terhadap pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan dengannya. Tokoh yang banyak membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel. Menurutnya, (dalam Mohd. Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub, dan Shahabuddin Hashim, 2007),.aktiviti bermain dapat mengembangkan banyak kemahiran belajar dalam kalangan pelajar. Di peringkat rendah, kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial seperti interaksi dan komunikasi dan juga kemahiran-kemahiran berbahasa. Di peringkat tinggi, pelajar-pelajar juga perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah. Sudah tentulah permainan untuk kanak-kanak adalah berbeza daripada pelajar yang lebih matang. Bagi peringkat rendah, aktiviti permainan yang melibatkan penggunaan jasmani adalah sesuai tetapi bagi peringkat tinggi, guru-guru perlu merancang aktiviti-aktiviti permainan yang lebih menekankan latihan minda (Mohd. Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub, dan Shahabuddin Hashim, 2007). Hal ini dijelaskan oleh KPM seperti yang berikut : Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberipenekanan khusus dalam proses P&P kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, KPM, 2003).

[4] Ibid. Halaman 81 [5] Ibid. m.s 82 [6] Buku panduan Perlaksaan Model Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun !. (2005). Jabatan Pendidkkan Islam dan Moral. Kementerian Pelajarn Malaysia. M.s 105
Penyelidik memilih tajuk kata kerja al-mudari kerana ianya merupakan satu tajuk yang penting untuk dikuasai oleh pelajar dalam sukatan pelajaran subjek bahasa Arab. Menurut Saifol Barin Ramli (2006) kepentingan menguasai bahagian membina ayat adalah jelas kerana dalam sukatan peperiksaan bahasa Arab peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), soalan yang berkaitan dengan bahagian membuat ayat adalah sebanyak 40% markah dengan pecahan 10% untuk bahagian melengkapkan teks, 10% membina ayat berdasarkan gambar, 10% membina ayat berdasarkan iklan atau jadual dan 10% membina ayat berdasarkan terjemahan daripada bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab (Format Peperiksaan PMR Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Menurutnya lagi, ayat kata kerja dalam bahasa Arab boleh membantu pelajar dalam proses pembentukan ayat dengan lebih mudah dan betul berbanding dengan ayat kata nama. Kebarangkalian pelajar melakukan kesilapan dalam menulis ayat kata kerja adalah sedikit berbanding dengan ayat kata nama.

CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA YANG BAIKPermainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah bukan setakat berakhir di bilikdarjah, tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah.Berlaku juga keadaan pelajaran bahasa yang disampaikan secara bermain dapat membantupelajar mempelajari sesuatu yang lebih daripada aktiviti bermain itu sendiri. Oleh itu, gurubahasa perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri permainan bahasa yang baik dansesuai dipraktikkan dalam pengajaran bahasa. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baikadalah seperti yang berikut:(a) Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa sepertipenguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis danpenguasaan elemen tatabahasa.(b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik, sesuai dengan peringkatpenguasaan bahasa pelajar.(c) Memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajardengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar terhadapbahan.(d) Dapat merangsangkan pelajar untuk bertindak balas secara aktif dan positif

[7] Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Sila rujuk buku modul OUM.karangan Ustaz Zawawi Bin Ismail (2006). Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn Bhd. M.s 86

You might also like