You are on page 1of 5

KHUTBAH HARI RAYA Pada hari raya, khutbah hari raya disampaikan selepas solat sunat hari raya.

Dalil disyariatkan khutbah pada hari raya adalah berdasarkan riwayat dari Abi Said al-Khudri r.a. yang menceritakan;


Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah melakukan solat sunat hari raya kemudian baginda menyampaikan khutbah kepada orang ramai. Khutbah hari raya disampaikan selepas selesai menunaikan solat sunat hari raya. Ia berbeza dengan khutbah jumaat yang disampaikan sebelum solat jumaat. Sekiranya khutbah hari raya itu dilakukan sebelum dari solat sunat hari raya, maka khutbah itu tidak dikira dan sunat ia diulang semula selepas solat. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. yang menceritakan;

.
Adalah Rasulullah s.a.w., Abu Bakar dan Umar r.a. menunaikan solat sunat dua hari raya sebelum khutbah.

Ibnu Abbas r.a. turut menceritakan;

- -
Aku menghadiri solat hari raya Fitrah bersama Nabi s.a.w., Abu Bakar, Umar dan Uthman di mana semua mereka menunaikan solat terlebih dahulu, kemudian baru berkhutbah. (Riwayat Imam Muslim) Menurut mazhab Syafie, rukun-rukun khutbah hari raya adalah sama seperti mana rukun khutbah Jumaat. Antara rukunnya ialah memuji Allah yakni mengucapkan Alhamdulillah dengan sebarang bentuk pujian. Selain itu, khatib juga hendaklah berselawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w dengan sebarang bentuk selawat. Seterusnya, menjadi rukun khutbah juga ialah memberi pesanan dengan taqwa kepada seluruh hadirin. Khatib juga hendaklah membaca sepotong ayat alQuran di dalam khutbah beliau seterusnya membaca doa untuk sekalian kaum muslimin. Menurut mazhab Syafie juga, antara perkara lain yang disunatkan dalam khutbah hari raya ialah imam tersebut memulakan khutbah pertama dengan bertakbir yakni melaungkan Allahu Akbar sebanyak sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir sebanyak tujuh kali. Dari Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah r.a. yang menceritakan;

(*) :
Menjadi sunnah memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir yang berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir yang berturutturut

(Riwayat Imam al-Baihaqi) Selain itu, di dalam khutbah hari raya Aidilfitri, imam disunatkan memberi peringatan kepada hadirin berkaitan dengan kewajipan menunaikan zakat fitrah manakala di dalam khutbah hari raya Aidiladha pula, disunatkan imam memberi peringatan tentang ibadah korban. Mendengar khutbah adalah sunat. Khutbah dan begitu juga mendengar khutbah bukanlah syarat bagi sahnya solat hari raya. Namun begitu, jika seseorang (yang menghadiri solat hari raya) tidak mendengar khutbah hari raya atau bercakapcakap ketika khutbah disampaikan atau meninggalkan majlis tanpa menunggu khutbah, maka hukumnya adalah makruh. PERSOALAN BERKAITAN SOLAT SUNAT HARI RAYA Terdapat beberapa persoalan yang timbul berkaitan dengan solat sunat hari raya. Antaranya ialah berkaitan dengan menunaikan solat yang afdhal sama ada di masjid ataupun di tanah lapang. Menjadi sunnah Nabi s.a.w. menunaikan solat hari raya di tanah lapang jika dapat berbuat demikian tanpa sebarang kesukaran atau tegahan seperti hujan, cuaca terlalu sejuk dan sebagainya. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Said al-Khudri r.a.;

...
Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke mushalla (tempat menunaikan solat). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Menurut jumhur ulamak, menunaikan solat sunat hari raya di kawasan lapang lebih afdhal dari menunaikannya di masjid kerana mengikut sunnah Nabi tersebut. Namun menurut mazhab Syafie, menunaikan solat hari raya di masjid adalah lebih afdhal kecuali jika masjid sempit, maka ketika itu barulah afdhal ditunaikan solat di kawasan lapang. Nabi s.a.w. menunaikan solat hari raya di kawasan lapang kerana masjid baginda sempit dan tidak mampu menampung semua jamaah.

Persoalan yang seterusnya ialah berkaitan dengan azan bagi menunaikan solat sunat hari raya. Bagi solat sunat hari raya, tidak disunatkan azan dan juga iqamah sebelum menunaikan solat, akan tetapi dilaungkan seruan ( yang membawa maksudnya marilah menunaikan solat berjamaah. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdillah r.a. yang menceritakan;

.
Tidaklah dilaungkan azan (untuk solat hari raya) pada hari raya fitrah dan juga hari raya korban. Selain itu, timbul juga persoalan berkaitan dengan solat sunat hari raya secara bersendirian. Sebagai mana yang diketahui bahawa solat sunat hari raya biasanya ditunaikan secara berjamaah di masjid tetapi apakah hukumnya jika ia ditunaikan sebagai bersendirian. Solat hari raya sunat dilakukan secara berjamaah (di masjid atau di tanah lapang) berdasarkan banyak hadis-hadis yang sahih dan masyhur serta menjadi ijmak para ulamak. Namun jika seseorang itu melakukan solat hari raya secara bersendirian dirumahnya atau di tempat lain, maka solatnyan adalah sah. Jika dilakukan solat hari raya dilakukan secara bersendirian, maka tidak perlu berkhutbah. PERKARA-PERKARA YANG DIGALAKKAN PADA HARI RAYA Terdapat beberapa perkara yang digalakkan oleh Islam kepada penganutnya pada hari raya. Antaranya ialah mandi sunat pada hari raya. Umat Islam digalakkan untui mandi sunat pada pagi hari raya sebelum menunaikan solat sunat hari raya. Setelah itu, disunatkan juga untuk memakai pakaian yang baru dan bersih serta memakai haruman dan wangi-wangian. Pada hari raya Aidilfitri, umat Islam digalakkan menjamah makanan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri. Pada hari raya Aidiladha pula, disunatkan menjamah makanan selepas selesai menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha. Selain itu, pada hari raya juga, seluruh umat Islam digalakkan untuk saling ziarah-menziarahi sanak-saudara, keluarga, jiran tetangga, rakan taulan dan

sebagainya. Dengan ziarah-menziarah, maka hubungan silaturahim akan dapat dijalinkan dengan lebih erat dan kukuh. Seterusnya, bersedekah kepada golongan yang memerlukan juga merupakan amalan yang sangat digalakkan pada hari raya. Seterusnya, dalam bergembira menyambut hari raya, umat Islam hendaklah tidak alpa dan lalai dalam mengingati Allah. Oleh itu, umat Islam hendaklah memperbanyakkan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil atau berzikir kepada Allah pada hari raya keseronokan dan kegembiraan yang dinikmati pada hari raya bertambah berkat dengan rahmat daripada Allah s.w.t.

You might also like