You are on page 1of 6

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TINGKATAN 1 KARANGAN BAHAN RANGSANGAN Tips mengarang karangan bahan rangsangan. a.

Soalan karangan bahan rangsangan ini dijawab berdasarkan bahan rangsangan seperti berikut: Gambar tunggal atau siri (lukisan) Gambar foto (sebenar) Gambar rajah Ilustrasi kartun Pelan Iklan Graf Jadual Petikan atau catatan b. Lihat bahan rangsangan yang dikemukakan dengan teliti. c. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). d. Perenggan- 5/6 perenggan. e. Perenggan- Pendahuluan. 3/4 Perenggan-[2] Isi/huraian 1 Perenggan- [3]Penutup. f. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja. g. Ketahui kehendak soalan. h. Tulis karangan berdasarkan arahan soalan dan bahan rangsangan yang dikemukakan. i. Olah setiap isi karangan dengan baik, menarik dan berkesan. j. Murid digalakan memasukkan peribahasa dalam setiap perenggan atau sekurang-kurangnya satu peribahasa dalam satu karangan bahan rangsangan. k. Murid disyorkan membina hanya 3 ayat bagi setiap perenggan agar jumlah patah perkataan tidak melebihi 120 patah perkataan. l. Sintaksis- ringkas & padat. m. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih ( Selain itu, Sehubungan itu, Justeru dll ). m. Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah n. ditetapkan. o. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak. Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ). Ayat yang gramatis. Kosa kata yang luas dan tepat. Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. Hanya kesalahan minimum pengunaan kata. Isi menepati kehendak soalan Huraian isi matang dan berkembang. Pengolahannya yang menarik dan berkesan. Pembinaan Karangan Bahan Rangsangan Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ). Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.

Cara menulis isi karangan. Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.

Cara penulisan penutup. Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TINGKATAN 1

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANSANGAN Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, yakni kata kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan. Strategi kedua ialah menulis introduksi/pendahuluan yang mantap. Pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen: ayat rangsangan, iaitu ayat yang mengungkapkan tajuk karangan; ayat huraian, iaitu ayat yang menghuraikan tajuk karangan; dan ayat arahan, iaitu ayat yang menyatakan fokus/skop karangan.

Contoh Soalan: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara pengamalan gaya hidup sihat. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

MENTAFSIR BAHAN RANSANGAN

KATA KUNCI TAJUK FOKUS PANJANG

: HURAIKAN PENDAPAT ANDA : GAYA HIDUP SIHAT : KEPENTINGAN : 200 250 PATAH PERKATAAN

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TINGKATAN 1

LATIHAN. Soalan 1: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar Tunggal

MENTAFSIR BAHAN RANSANGAN

KATA KUNCI TAJUK FOKUS PANJANG

: _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________

Soalan 2: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar Foto/Sebenar

MENTAFSIR BAHAN RANSANGAN KATA KUNCI TAJUK FOKUS PANJANG : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TINGKATAN 1

Soalan 3:Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kegiatan masa lapang. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar rajah

MENTAFSIR BAHAN RANSANGAN KATA KUNCI TAJUK FOKUS PANJANG : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________

Soalan 4: Lihat graf di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

MENTAFSIR BAHAN RANSANGAN KATA KUNCI TAJUK FOKUS PANJANG : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________ : _______________________________________________________________________________

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TINGKATAN 1

Pendahuluan Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).

1. 2. 3.

Calon dikehendaki menulis ayat yang mengandungi pengenalan atau definisi tajuk atau bahan yang diberi Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan. Huraian atau contoh yang diberi akan menggambarkan pemahaman calon terhadap tema atau bahan rangsangan tersebut.

Contoh Pendahuluan 1 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mencegah gejala buli di sekolah. Panjang huraian anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah kata. Gejala Buli Di Sekolah

Gejala buli melibatkan perbuatan mengasari seseorang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan. Seseorang yang lemah akan mematuhi arahan dan menghormati mereka yang dianggapnya kuat. Buli boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu buli dari segi fizikal dan buli dari segi mental. Contoh Pendahuluan 2 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan pembakaran terbuka. Panjang huraian anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah kata. Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka merupakan pembakaran sampah sarap, belukar, hutan atau sisa-sisa pertanian di kawasan lapang secara terbuka. Kegiatan ini biasanya dilakukan selepas penebangan hutan, penuaian padi dan pembuangan sampah di kawasan yang tidak diwartakan. Pembakaran terbuka ini boleh merosakkan alam sekitar dan menyebabkan pencemaran udara yang berleluasa.

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TINGKATAN 1

LATIHAN (Menulis Pendahuluan) Soalan 1 : Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah berkebun sayur. Panjang huraian anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah kata

Soalan 2 : Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah belajar yang berkesan. Panjang huraian anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah kata

You might also like