You are on page 1of 11

Analisis Otot, Tulang dan Sendi

Prepared by: Edosh PISMP PJ 08

Pergerakan Semasa Rejaman

Analisis Otot

Aktiviti rejaman melibatkan beberapa bahagian otot pada tubuh badan. Antara bahagian yang terlibat ialah bahagian tangan, badan dan kaki. Antara otot yang terlibat pada bahagian badan ialah biseps dan triseps. Otot ini menyimpan tenaga ketika melakukan rejaman. Selain itu, kekuatan seseuatu rejaman turut melibatkan kekuatan otot biseps dan triseps. Hal ini kerana otot biseps akan mengecut ketika tangan diangkat dan otot triseps pula akan menegang. Ketika rejaman dilakukan otot biseps akan menegang manakala otot triseps pula akan mengecut. Otot lain pada bahagian tangan yang turut terlibat ialah deltoid dan brachialis. Otot ini terletak pada bahagian bahu dan lengan. Otot ini juga terlibat dalam melakukan sesuatu rejaman yang kuat

Untuk otot pada bahagian badan pula terbahagi kepada dua iaitu otot pada bahagian depan badan dan belakang badan. Otot yang terlibat pada depan bahagian badan ialah rectus abdominis dan linea alba. Kedua-dua otot ini terletak pada bahagian perut. Otot ini akan menegang ketika perejam melompat dan menarik badan ke belakang. Setelah itu, otot ini akan mengecut ketika perejam melakukan rejaman iaitu ketika perejam membengkokkan badannya. Kekuatan kedua-dua otot ini juga turut dijadikan faktor kekuatan kepada sesuatu rejaman. Antara otot yang terlibat ialah latissimus dorsi. Otot ini merupakan otot yang terbesar yang terletak pada belakang badan manusia. Ketika perejam melakukan rejaman, otot ini akan mengendur ketika perejam menarik badannya ke belakang dan menegang apabila perejam membengkokkan badannya. Otot ini juga terlibat dalam melakukan sesuatu rejaman yang deras dan kuat.

Untuk bahagian paha, otot yang terlibat ialah quadriceps femoris. Otot ini terletak pada bahagian hadapan paha. Quadriceps femoris terdiri daripada empat bahagian otot kecil iaitu rectus femoris, vastus medialis, vastus lateralis dan sartorius. Otot ini akan menegang ketika perejam melompat dan mendarat ketika melakukan rejaman. Otot ini juga terlibat dalam menentukan kekuatan perejam melakukan lompatan. Otot yang kuat pada bahagian ini akan menyebabkan perejam melompat lebih tinggi. Untuk otot pada bahagian belakang paha ialah otot hamstring. Otot ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang lebih kecil lagi. Antara otot yang berada pada bahagian otot hamstring ialah gracilis, semitendinosus, biceps femoris dan semi membranosus. Keempat-empat otot terlibat ketika perejam melakukan lompatan ketika merejam. Untuk otot pada bahagian betis pula ialah gastrocnemius dan tibialis anterior. Kedua-dua otot ini akan mengecut keras ketika perejam melakukan lompatan dan pendaratan. Ketika di udara pula, kedua-dua otot ini akan menegang ketika perejam membengkokkan kakinya.

ANALISIS TULANG

Bahagian lengan atau tangan, tulang yang terlibat ialah humerus. Humerus merupakan salah satu tulang yang terpanjang pada tubuh badan. Ia terletak pada lengan iaitu dari hujung bahu ke siku. Antara tulang lain pada bahagian lengan yang turut terlibat ialah radius dan ulna. Tulang humerus dan radius-ulna dihubungkan sendi engsel. Sendi ini berperanan dalam membolehkan tangan membengkok ketika melakukan rejaman. Seterusnya ialah tulang pada tapak tangan iaitu carpus, metacarpus dan phalanges. Kesemua tulang ini terlibat dalam rejaman serta arah rejaman yang akan dilakukan. Hal ini kerana tulang radius, ulna dan carpus berhubung antara satu sama lain. Walaupun begitu, kesemua tulang ini bersifat fleksibel dan ini membolehkan perejam menentukan arah ketika melakukan rejaman.

Untuk tulang pada bahagian tengah badan yang terlibat dalam rejaman ialah clavicle. Clavicle ialah tulang yang terletak pada bahagian bahu. Tulang ini memainkan peranan dalam melakukan hayunan tangan ketika rejaman. Tulang ini dihubungkan oleh sendi yang terletak pada scapula. Scapula juga turut memainkan peranan ketika melakukan hayunan tangan dalam rejaman. Tulang lain pada tubuh badan yang turut terlibat ialah vertebrae bones iaitu tulang belakang manusia. Tulang ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu servix, torax, lumbar, sacrum, dan koksik. Kesemua tulang ini terlibat ketika perejam membengkokkan badan untuk melakukan rejaman. Bahagian yang paling besar memainkan peranan ialah pada bahagian torax dan lumbar.

Femur merupakan tulang yang terpanjang pada badan manusia dan ianya terletak pada bahagian paha. Tulang tibia dan fibula yang terletak pada bahagian betis dan tulang tarsal, metatarsal serta phalanges yang terletak pada tapak kaki. Tulang-tulang ini memainkan peranan dalam pergerakan perejam khususnya ketika merejam bola. Untuk tulang femur, ia dihubungkan oleh sendi yang terletak pada lutut iaitu patella. Patella membolehkan kaki membengkok semasa perejam hendak melompat.

You might also like