You are on page 1of 3

Nama : K/P:

Eksperimen 3a Tajuk Pengenalan

Sistem Pernafasan Haiwan Pembedahan Sistem Pernafasan Haiwan (trakea) Sistem pernafasan bagi serangga seperti lipas dan belalang dikenali sebagai sistem trakea. Sistem trakea terdiri daripada jaringan tiub kecil yang dipanggil trakea. Trakea disambung pada udara luar melalui pembukaan yang dipanggil spirakel. Udara masuk melalui spirakel ke dalam trakea. Trakea bercabang berulang kali untuk membentuk salursalur halus yang dipanggil trakeol. Dinding trakeol adalah nipis dan lembab. Setiap sel di dalam badan serangga dibekalkan dengan sekurang-kurangnya satu trakeol. Pertukaran gas berlaku di antara trakeol dan sel badan. Oleh itu serangga tidak memerlukan darah untuk mengangkut oksigen. Menyiasat sistem pernafasan serangga(belalang) belalang, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop cahaya, kanta tangan,metilena biru,pencungkil gigi 1.Belalang diletakkan di atas papan pembedahan dengan bahagian abdomen ke atas. Jarum digunakan untuk memegang belalang di atas papan pembedahan. 2. Dengan menggunakan pisau,bahgian abdomen belalang dibelah. 3. pencungkil gigi diguna untuk mengeluarkan sel dari dalam abdomen belalang. 4.sel yang dikeluarkan diletakkan dalam titisan metilena biru diatas slaid kaca. 5. specimen kemudian ditutup dengan penutup kaca. 6. Struktur sel dalam slaid diperhatikan menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.

Objektif / Hipotesis Bahan dan Alat Radas Prosedur

Pemerhatian

Nama : K/P:

Analisis Data

a) Serangga seperti belalang mempunyai struktur respirasi khas iaitu system trakea untuk pertukaran gas. b) System ini terdiri daripada satu rangkaian tiub udara yang dikenali sebagai trakea. c) Dinding setiap trakea diperkuat dengan gelang kitin supaya tidak mudah runtuh. d) Trakea membuka keluar melalui liang pernafasan seni yang dikenali sebagai spirakel. e) Spirakel ini terdapat dikedua-dua belah sisi toraks dan abdomen serangga.Spirakel mempunyai injap yang membuka atau menutup untuk membenarkan udara bergerak ke dalam atau keluar badan. f) Setiap trakea bercabang kepada banyak tiub yang lebih kecil yang disebut trakeol. g) Bilangan trakeol yang banyak menyediakan luas permukaan yang besar untuk pertukaran gas.Trakeol masuk jauh kedalam tisu serangga. h) Hujung trakeol dipenuhi dengan bendalir supaya oksigen boleh melarut ke dalamnya.Oksigen meresap daripada trakeol terus ke dalam sel otot. i) Oleh itu serangga tidak memerlukan darah untk mengangkut oksigen. Berdasarkan eksperimen mengkaji system trakea serangga,sel pernafasan belalang telah digunakan.sel pernafasan belalang agak besar.Pada pembesaran x40 menggunakan mikroskop cahaya,sel telah dapat dilihat.Namun,pada pembesaran x400 menggunakan mikroskop cahaya,sel pernafasan belalang dapat dilihat dengan lebih jelas.Pencahayaan turut memainkan peranan yang penting.Pelarasan cahaya pada mikroskop perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan hasil ujikaji Berjaya.Gelung-gelun kitin yang melingkari trakea jelas kelihatan. Masalah yang timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup yang mengganggu pemerhatian ke atas sel.Cara untuk mengatasi masaalah ini adalah dengan mengetuk kaca penutup dengan perlahan-lahan menggunakan pensil yang tajam agar gelembung udara tadi dapat dikeluarkan.Selain masalah itu,proses mengeluarkan sampel dari abdomen juga agak rumit.Ini kerana belalang yang digunakan agak

Perbincangan

Nama : K/P:

kecil. Selain itu masalah penutup kaca yang kotor dan berkulat turut mengganggu pemerhatian.Namun,masalah ini dapat diatasi dengan membasuh penutup kaca terlebih dahulu dan mengelap dengan kain lembut atau tisu.Untuk ujikaji ini,tiada larutan kimia yang digunakan.Memadai sampel diletakkan ke dalam titisan air paip. Kesimpulan Pada umumnya serangga bernafas dengan melalui sistem trakea ( trachea system ) yg cabang-cabangnya menjalar ke seluruh tubuh, sehingga udara yang diambil dapat langsung berhubungan dengan jaringan sel. Sistem trachea berfungsi dalam proses pengangkutan oksigen dari udara dan pengeluaran karbondioksida dari dalam tubuh Trakea merupakan pelipatan dari dinding tubuh, terdiri atas lapisan kutikula yang membentuk tabung. Dinding trakea tardiri atas tiga lapisan: Tacnidia - Lapisan paling dalam Epithelium - Lapisan sel tengah basement membran - Lapisan paling dalam yg memperkuat dd trakea

Rujukan

1.Buku a) Gan Wan Yeat(2004).Eksplorasi Biologi Tingkatan Empat(1st ed).Penerbitan Fajar Bakti SDN BHD. b) Jane B.Reece(2008).Campbell/Reece Biology(eight edition)Pearson International Edition. c) Lee Soon Ching(2007).Biology for Matriculation Semester 1(second edition).Oxford Fajar SDB.BHD. 2.internet I. http:wiki.answer.com/Q/why don%27tonioncellhavechloroplast diakses pada 2 April 2012. II. http:wiki.answer.com/Q/how is the nucleus able to control the biochemia activities of tha cell diakses pada 2 April 2012

You might also like