You are on page 1of 22

1

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada analisa ujian kemahiran menggunting dengan melihat sejauh mana kemampuan kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti menggunting melibatkan 7 jenis bentuk serta garisan yang perlu digunting. Pengkaji juga akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada soal selidik kepada guru dan juga kanak-kanak atau responden yang terlibat. Selain itu pengkaji turut membuat pemerhatian ke atas responden dalam menyelesaikan ujian-ujian yang diberikan, pemerhatian yang dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana kemampuan kanak-kanak untuk memegang gunting dengan betul, posisi badan mereka semasa menggunting dan juga faktor-faktor lain yang memunkinkan kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas. Kajian yang dijalankan ini melibatkan 4 orang kanak-kanak, iaitu Responden A dan Responden B, 5 tahun manakala Responden C dan Responden D, 6 tahun. Carta palang berganda akan digunakan untuk menjelaskan dapatan daripada ujian-ujian menggunting yang

dijalankan disamping untuk menunjukkan perbandingan keputusan ujian untuk setiap responden yang berbeza-beza.

4.2

Konsep dan Asas Memegang Gunting yang Betul dalam Kalangan Kanakkanak

Tahap Kemahiran Menggunting

3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Pertama Kedua Pemerhatian Ketiga Responden A Responden B Responden C Responden D

Rajah 4.1: Carta pemerhatian kanak-kanak memegang gunting Menerusi carta bar yang dilakarkan, dapat dilihat bahawa Responden A masih berada di tahap lemah dalam aspek memegang gunting berbanding dengan responden yang lain termasuk responden yang seusia dengannya. Manakala responden yang berumur 6 tahun menunjukkan bahawa mereka berada ditahap yang amat baik dalam memegang gunting.

Rajah 4.2: Cara Responden berumur 6 tahun memegang gunting dengan betul

Pada pemerhatian kedua, setelah dibimbing responden yang pada awalnya berada di tahap yang lemah mampu untuk mencapai tahap yang lebih baik melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Ini menjelaskan bahawa di dalam tempoh sebulan yang dilalui penyellidik bersama responden ini iaitu Responden B, berlaku peningkatan pada tahap penguasaan responden dalam kemahiran

menggunting.

Rajah 4.3: Cara Responden B (5 tahun) memegang gunting dalam pemerhatian pertama

Rajah 4.4: Cara Responden B (5 tahun) memegang gunting setelah dibimbing

Namun begitu terdapat juga responden yang masing tidak dapat memegang gunting dengan betul, walaupun sudah sebulan bersama pengkaji dalam usaha memperbaiki kemahiran mereka mengendalikan gunting.

Rajah 4.5: Cara Responden A (5 tahun) memegang gunting

4.3

Kemahiran Kanak-Kanak dalam Menggunting

Ujian dijalankan sebanyak 3 kali dan ianya dijalankan semasa atau sebagai sebhagian daripada proses pengajran dan pembelajran dalam kelas. Ujian ini telah dijalankan setiap hari jumaat dengan mengambil waktu pelajaran seni dan kraf dan ianya melibatkan hanya 4 orang kanak-kanak iaitu 2 orang 5 tahun dan 2 orang lagi 6 tahun. Bagi ujian yang pertama, pengkaji mengulang ujian ini sebanyak tiga kali bagi mendapatkan data yang lebih tepat dalam mementukan tahap atau keupayaan kanakkanak dalam kemahiran menggunting. Semsa ujian menggunting garisan ini dijalankan pengkaji mengambil peluang untuk merekod cara kanak-kanak memegang gunting,sama ada betul atau tidak, serta merekod cara kanak-kanak dalam mengawal pergerakan tangan serta tubuh badan mereka semasa menggunting. Semasa inilah dapat diketahui faktor-faktor yang membataskan perkembangan kemahiran

menggunting kanak-kanak tersebut.

3 Tahap Kemahiran Menggunting 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Lurus Zig-zag Bengkang Bengkok Ujian Menggunting Garisan Responden A Responden B Responden D Responden C

Rajah 4.6: Perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan

Dalam ujian yang dijalankan, data atau hasil pemerhatian dan ujian dapat dirumuskan seperti dalam rajah 4.6. Berdasarkan rajah tersebut, responden A merupakan sample kajian yang paling tidak mempunyai kemahiran menggunting yang memberangsangkan. Responden A mampu untuk menggunting garisan lurus namun dalam tahap yang tidak begitu memuaskan dan bagi garisan zig-zag dan bengkangbengkok, responden tersebut tidak mampu langsung untuk menggunting mengikut garisan yang diberikan. Bagi responden B pula, ia berada di tahap sederhana dimana sekiranya diberikan latihan yang kerap responden tersebut mampu untuk menguasai kemahiran mengunting agar lebih baik. Ini kerana hasil guntingan yang digunting oleh responden B dari satu ujian ke satu ujian semakin memuaskan dan meningkat kebolehannya untuk memegang dan mengawal gunting bagi menggunting garisan yang diberi. Manakala bagi responden C dan D yang sememangnya dilihat tidak mengalami masalah dalam memegang gunting, mereka tidak mengalami sebarang masalah untuk menggunting mengikut garisan yang ditetapkan namun, hasilnya masih boleh diperbaiki agar lebih baik dan hasil guntingan tidak senget dan bergerigi.

Bagi ujian kedua dan ketiga dijalankan pada hari dan masa permerhatian yang berbeza di dalam suasana pembelajran dan pengajaran seni dan kraf. Ujian kedua adalah di mana pengkaji menguji kemampuan responden untuk mengunting bentukbentuk mudah, iaitu bentuk-bentuk geometri seperti bulat, segi tiga, dan segi empat. Manakala ujian yang terakhir pula lebih berbentuk bagi mengguji kemampuan responden dalam menggunting bentuk bebas dan yang lebih kompleks iaitu lukisan tapak tangan masing-masing.

Tahap Kemahiran Menggunting

3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Bulat Segi Tiga Segi Empat Bentuk Lebih Kompleks Responden A Responden B Responden C Responden D

Ujian Menggunting Bentuk

Rajah 4.7: Perbezaan skor responden dalam ujian menggunting bentuk

Dalam ujian yang dijalankan, data atau hasil pemerhatian dan ujian dapat dirumuskan seperti dalam rajah 4.7. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, kemahiran menggunting responden A adalah yang baling lemah kerana dia tidak dapat menggunting untuk membentuk sebarang bentuk geometri mahupun bentuk tangan. Responden B pula, dia tidak mengalami sebarang masalah kecuali ketika memotong bentuk bulatan dan juga bentuk tangan. Ini bermakna responden ini mampu untuk menggunting garisan yang lurus dengan kemas namun untuk garisan yang bengkok seperti bentuk bulatan responden ini tidak dapat mengawal pergerakan tangan dan tubuh badanya semasa menggunting dengan baik untuk mendapatkan hasil guntingan yang baik dan kemas.

Namun bagi responden C dan D, mereka sekali lagi tidak mengalami sebarang masalah untuk menggunting mengikut garisan yang ditetapkan bagi membentuk bentuk yang diminta oleh guru.

4.4 Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menggunting dalam Kalangan Kanak-Kanak

Selepas menjalankan pemerhatian semasa ujian dijalankan dan mengadakan sesi soal selidik ke atas responden, pengkaji dapat menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas iaitu cara murid memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting, kordinasi mata dan tangan serta kesesuaian saiz gunting yang digunakan, pendedahan guru dan ibu bapa dengan aktiviti menggunting serta persepsi guru terhadap aktiviti menggunting. Pengkaji mendapati faktor utama kepada keterbatasan kemahiran menggunting murid adalah cara mereka untuk mengawal pergerakan tangan mereka semasa menggunting. Pengkaji memerhatikan bahawa kebanyakan kanak-kanak

menggunakan cara yang salah dalam menegndalikan gunting sehingga menyebabkan kesakitan pada sendi mereka. Disebabkan kesakitan yang mereka rasakan mereka merasa cepat putus asa dan mengalah dalam melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.8: Kesukaran responden dalam mengawal pergerakan tangan semasa menggunting

Perkara ini bukanlah andaian pengkaji semata-mata, bahkan bagi menguatkan dan memdapakan kepastian, penyelidik turut menggunakan data daripada soal selidik yang dijalankan kepada kanak-kanak semasa aktiviti menggunting dijalankan. Kesemua responden yang mengalami kesukaran dalam memegang dan mengawal pergerakan tangan mereka dalam aktiviti menggunting menyatakan mereka berasakan kesakitan pada tanagn mereka semasa melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.9: Responden tidak dapat mengggunting dengan baik akibat postur tubuh badan yang salah.

Selain itu berdasarkan pemerhatian guru, postur tubuh badan murid juga menjadi salah satu punca mengapa kanak-kanak mengalami kesukaran dalam berada di tahap yang baik ketika menggunting. Cara menggunting yang betul adalah untuk kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka. Berdasarkan pemerhatian responden tidak dapat untuk menggunting dengan baik mengikut garisan atau membentuk bentuk-bentuk yang telah ditetapkan akibat masalah ini.

Rajah 4.10: Tangan dominan dan tangan bukan dominan digunakan dengan betul.

Sambil memotong, kanak-kanak akan turut belajar bagaimana untuk menggunakan tangan bukan dominan untuk memegang kertas. Pada mulanya tangan bukan dominan hanya akan perlu untuk memegang kertas sementara tangan dominan menggerakkan gunting ke hadapan dalam garis lurus. Namun lama kelamaan, tangan bukan dominan akan perlu untuk bergerak dan mengerakkan kertas sementara tangan dominan membuka dan menutup bilah menggunting. Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang dianggap tidak penting turut dapat dijadikan sebagai salah satu faktor keterbatasan kemampuan kanak-kanak untuk menggunting dengan baik iaitu kesesuaian saiz gunting dan juga koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Ini kerana semasa mengunting, disebabkan kesakitan yang mereka rasakan semasa menggunting responden meminta untuk menggunakan gunting yang lain, sama ada lebih besar atau pun lebih besar. Bagi responden A dan responden B mereka lebih suka untuk menggunakan gunting yang kecil memandangkan saiz tangan mereka yang kecil. Terdapat juga responden yang langsung tidak dapat mengunting dan menyelesaikan semua ujian yang berikan. Ini adalah berikutan kelemahan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak untuk menggunting pada garisan yang telah diberikan. Responden tersebut hanya menggunting bahagian tepi-tepi kertas dan bukannya pada garisan yang ada pada kertas. Hal ini berulang dalam setiap ujian yang diberi walupun telah dibimbing oleh pengkaji.

10

RESPONDEN Bil Faktor-Faktor A 1 2 3 4 Kesesuaian saiz gunting Cara murid memegang gunting Postur tubuh badan semasa menggunting Koordinasi mata dan tangan B X C X X X X D X X X X

Jadual 4.1: Faktor-faktor yang membataskan kemahiran menggunting murid

Bagi mencari faktor yang lebih memberikan kesan, penyelidik turut mengumpulkan dan menggunakan data yang dikumpul daripada soal selidik yang dijalankan kepada guru tadika serta murid tadika yang terlibat dalam kajian ini sendiri. Bagi menyelidik pengaruh pendedahan penggunaan gunting di tadika, pengkaji telah menjalankan soal selidik terhadap kanak-kanak. Jadual 4.2 menunjukkan kekerapan pendedahan yang diperolehi responden di tadika dalam kemahiran menggunting yang betul. Kekerapan Ya Adakah guru pernah mengajar anda cara memegang gunting di tadika? Adakah guru membenarkan anda untuk menjalankan aktivti menggunting sendiri tanpa bantuan di tadika? Jumlah Peratus (%) 1 Tidak 3

1 12.5

7 87.5

Jadual 4.2: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian A

11

Data menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang diajukan persolan sama ada mereka pernah diajar menggunakan gunting dengan betul atau tidak di tadika, menjawab tidak. Hanya seorang daripada empat kanak-kanak yang menjawab pernah. Apabila diselidik kanak-kanak tersebut merupakan murid baru dan menurut kanak-kanak tersebut di tadika nya yang sebelumnya, guru-guru di sana mengajarnya untuk menggunakan gunting serta membenarkan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan guru yang minima di tadika. Ini bermakna hanya 12.5 % kekerapan pendedahan penggunaan gunting dengan betul yang kanakkanak perolehi di tadika. Selain mengambil faktor rangsangan dan galakan di sekolah, pengkaji turut mengajukan soalan berkaitan galakan ibu bapa atau keluarga di rumah tentang aktiviti menggunakan gunting. Bagi responden yang mempunyai kemahiran menggunting yang baik dapat dilihat bahawa di rumah mereka turut dijalankkan untuk menggunakan gunting namun dengan pantauan dan juga bantuan yang minimum daripada orang yang lebih dewasa. Manakala bagi responden yang lemah kemahiran menggunting, hasil daripada dapatan soal selidik, ibu bapa atau keluarga mereka tidak membenarkan mereka sama sekali untuk menggunakan gunting dengan sendiri. Ini berlaku kerana bimbang akan berlaku kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut. Kekerapan Ya Adakah ibu bapa anda pernah mengajar anda cara memegang gunting di rumah? Adakah ibu bapa anda membenarkan anda untuk menjalankan aktivti menggunting sendiri tanpa bantuan di rumah? Jumlah Peratus (%) 4 50 4 50 2 2 2 Tidak 2

Jadual 4.3: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian B

12

50-50 itulah hasil dapatan daripasa soalan soal selidik mengenai pendedahan yang responden terima di rumah dalam kemahiran menggunakan gunting dengan betul. 50% responden yang menjawab ya adalah responden yang berumur 6 tahun manakala yang menjawab tidak adalah responden berumur 5 tahun. Soal selidik yang dijalankan bukan sahaja melibatkan responden sahaja, ianya juga turut melibatkan sesi soal selidik dengan guru dengan menanyakan soalan yang sama seperti yang ditanya kepada responden. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percanggahan data. Kekerapan Ya Adakah anda pernah mengajar murid-murid cara memegang gunting di tadika? Adakah anda membenarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan di tadika? Adakah anda bersetuju bahawa dengan menggunakan gunting kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka? Jumlah Peratus (%) 6 67 Jadual 4.4: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Guru 3 34 3 0 3 0 0 Tidak 3

Data menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru yang diajukan persoalan sama ada mereka pernah mengajar murid-murid mereka menggunakan gunting dengan betul atau tidak, menjawab tidak. Namun para guru membenarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti menggunting sendiri dengan bantuan yang minima di tadika. Peratusan soal selidik yang dilakukan lebih ke arah jawapan yang negative iaitu 34% menjawab tidak.

13

Namun apabila diajukan soalan berkenaan persepsi guru terhadap kemahiran menggunting yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak, kesemua guru bersetuju seratus peratus. Apabiila dipertikaikan jawapan yang diberikan kesemua guru memberi alasan bimbang akan keselamatan kanak-kanak dan juga bilangan gunting atau kemudahan untuk menggunting yang terhad dan tidak mencukupi untuk digunakan untuk semua kanak-kanak dalam satu-satu masa.

4.5

Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang dapatan atau hasil hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji dengan menggunakan instrument kajian yang dijalankan iaitu menerusi pemerhatian, soal selidik terhadap responden dan guru serta ujian bagi menguji tahap kebolehan mengunting kanak-kanak. Selain itu aspek factor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting kanak-kanak juga turut disentuh dalam bahagian ini, faktor-faktor yang diutarakan adalah seratus peratus berdasarkan pemerhatian pengkaji dan juga jawapan-jawapan yang diperolehi daripada sesi soal selidik bersama responden serta guru. Hasil yang diperolehi daripada analisa ujian kemahiran menggunting dan factor yang mempengaruhinya ini akan digunakan oleh pengakaji dalam merumuskan dan seterusnya mencadangkan beberapa aktiviti yang setrusnya dapat memperbaiki tahap kemahiran menggunting kanak-kanak di peringkat tadika.

14

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dapatan daripada analisi kajian. Pengkaji membuat rumusan dengan member ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrument kajian yang digunakan. Segala hasil dapatan kajian juga dihubungkaitkan dengan kajian lepas yang letah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Selain itu pengkaji sendiri akan menyarankan beberapa cadangan yang dikemukakan kepada guru di bilik darjah, pihak ibu bapa di rumah dan beberapa cadangan laian bagi meningkatkan lagi kemahiran menggunting kanak-kanak. Di samping itu cadangan-cadangan penambah baikan untuk kajian masa hadapan dan kesimpulan bagi kajian yang dijalankan juga dikemukan oleh pengkaji dengan jelas.

15

5.2

Perbincangan Hasil Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil analisa data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa kajian tentang adakah kanak-kanak memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul telah pun terjawab. Tiga dari daripada 4 orang responden memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul. Namun untuk persoalan kedua pula, adakah kanakkanak mampu mengawal pergerakan tangan mereka ketika menggunting dengan baik, ini dapat dilihat menerusi ujian menggunting garisan luris di mana kanak-kanak yang lebih kecil iaitu 5 tahun mempunyai kawalan pergerakan tangan yang lemah ketika mengunting. Ini dapat dilihat dari carta palang yang ditunjukkan di bab 4 dalam dapatan kajian dalam skor perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan dan juga bentuk. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara kemahiran motor halus dan umur atau lebih tepat lagi kemtangan tubuh badan kanak-kanak saling mempengaruhi antara satu sama lain. Merujuk kepada data responden C dan D, umur mereka yang lebih tua setahun dan juga kematangan tubuh badan mereka menyebabkan wujudnya berubahan peningktan penguasaan kemahiran menggunting sama ada dalam memegang gunting dengan betul atau pun kawalan pergerakan tangan serta tubuh badan mereka ketika menggunting. Namun data bagi responden A langsung tidak menunjukkan kebolehannya dalam melakukan aktiviti menggunting. Bukan sahaja responden memiliki kawalan tangan ketika menggunting yang lemah bahkan responden turut tidak dapat untuk memegang gunting dengan cara yang betul. Ianya berbeza dengan responden B yang melakukan kurang kesalahan berbanding responden A, dan kemahirannya mengawal dan memegang gunting adalah lebih baik berbanding responden B. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakukanya masalah kemahiran motor halus seperti menggunting ini sama ada faktor dalaman atau luaran. Kaedah pengajaran dan bahan yang digunakan dalam kemahiran menulis dikategorikan sebagai faktor luaran (Carlson & Cunningham, 1990) dan faktor dalaman menurut Berninger & Rutberg, 1992 ianya lahir darioada dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti keupayaan dalam kemahiran motor halus dan pergerakan motor halusnya. ini kerana, kemahiran motor halus seperti menggunting merupakan kemahiran penting

16

dalam kehidupan fizikal dan ianya berkembang selaras dengan usia. Namun latihan yang berterusan dan konsisten juga mampu untuk meningkatkan kemahiran menggunting dengan lebih cepat. Kajian Stout 1998 pula mengutarakan bahawa kanak-kanak lelaki mengalami perkembangan motor halus yang lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan. Responden A merupakan kanak-kanak lelaki. Inilah yang terjadi kepada responden A yang tidak dapat menguasai kemahiran mengguting dengan baik sesuai pada usia umurnya seperti responden B. Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang dijalankan, Responden A sama sekali tidak mampu untuk menyelesaikan ujian yang diberikan dan mengikut arahan untuk menggunting mengikut garsan yang dicetak pada kertas. Responden A hanya menggunting bahagian tepi kertas sahaja. Situasi ini mengukuhkan lagi pendapat Woodward dan Swinth, 2002 yang menyatakan sesetengah kanak-kanak tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti disebabkan faktor-faktor tertentu. Menurut Khatijah (1982), tingkat pencapaian kanakkanak adalah berbeza-beza kerana mereka berbeza daripada segi kemampuan mental, minat dan juga bakat. Berdasarkan pemerhatian, Responden A mengalami kesukaran dalam mengawal pergerakan tangannya semasa menggunting sehingga menyebabkan dia tidak dapat menjalankan aktiviti menggunting secara tetap. Jika dibiarkan berterusan masalah ini ia akan mempengaruhi aspek kemahiran lain seperti kemahiran menulis pula. Ini kerana kemahiran menulis dan kemahiran menggunting adalah saling berkaitan. Namun selain daripada faktor usia, terdapat juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi penguasaan kemahiran menggunting ini seperti persekitaran minat dan keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri sewaktu proses pengumpulan data dijalankan. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru dan juga kanak-kanak, menunjukkan kurangnya pendedahan terhadap penggunaan gunting sama ada di rumah dan tadika merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada ketidakbolehan kanak-kank untuk menguasai kemahiran menggunting dengan baik.

17

5.3 Cadangan dan Saranan Kepada Guru, Ibu Bapa dan Penyelidik

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kemahiran kanak-kanak sama ada dalam memegang gunting atau pun dalam mengendalikan gunting masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan terutama bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Disebabkan kerumitan cengkaman gunting betul, ia adalah perkara biasa untuk anakanak muda untuk memegang dan cuba untuk menggunakan gunting dengan tidak betul. Cadangan yang disenaraikan adalah untuk penambahbaikan bagi

memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan kemahiran menulis mengikut tahap perkembangan mereka. Cadangan ini lebih menfokuskan kepada tanggungjawab guru sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Cadangancadangannya adalah seperti berikut : a) Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi meningkatkan penguasaan kedua-dua kemahiran ini. Aktiviti yang menarik akan mencuri perhatian, tumpuan, kesediaan melakukan aktiviti dan boleh juga mempengaruhi kemahiran motor halus seperti menggunting (Moore & Law, 1990). b) Guru perlu memperbanyakkan latihan dan memberi pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat mudah kepada yang lebih kompleks. Latihan secara pengulangan akan meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak kanak. Aktiviti pengulangan akan meransang daya ingatan dan kemahiran kanak-kanak. Kanak- kanak belajar melalui pengalaman yang diulangi (Kohn, 1998). Latihan bermula daripada aktiviti mudah kepada sukar membolehkan kanak-kanak menadaptasikan kemahiran tersebut dalam dirinya secara berperingkat. Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk cara yang betul bagi mengurangkan kesalahan kanak-kanak sewaktu aktiviti.

c)

Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak bagi mengurangkan kesalahan dalam melakukan aktiviti. Guru yang

18

kurang

prihatin menyebabkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang

berterusan dan menjadi satu kemahiran yang tidak baik kepada kanakkanak. Kanak-kanak akan selesa dengan keadaan tersebut dan enggan melakukan perubahan. Bimbingan dari segi menggunting dan membuat aktiviti dengan cara yang betul akan menghasilkan satu tindak balas positif dari kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar melalui peniruan dan mengadaptasikannya dalam kehidupan mereka. Guru perlu peka kepada masalah pembelajaran kanak kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran perlu dikenalpasti dan tindakan selanjutnya perlu dijalankan segera. Guru boleh bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan kanak kanak mendapat intervensi awal di sekolah dan di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui masalah yang dialami oleh si anak dan mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan yang disarankan oleh guru, hasil daripada perbincangan dan maklum balas yang positif dari kedua-dua pihak ( Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin Ahmad : 2003 ).

d)

Kebanyakan kanak-kanak menjadi berminat dalam menggunting sekitar usia dua dan setengah atau tiga tahun. Apabila anak anda mula-mula menunjukkan minat dalam menggunakan gunting, pengkaji mempunyai beberapa tips yang pengkaji cadangkan untuk membantu dia cepat menguasai kemahiran menggunting yang betul. Antaranya adalah: a) Biarkan anak anda hanya berlatih memegang gunting tanpa tekanan yang dijangka untuk memotong apa-apa. Ini ada lah untuk kanaka-kanak untuk memegang gunting cara yang betul setiap kali dia memilih untuk menggunakan gunting, dan dengan sendirinya menggalakkan kanakkanak-kanak kemudian membuka dan menutup gunting seberapa banyak mana yang dia mahu. b) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana dia perlu untuk membuka jari telunjuk dan ibu jari seluas mungkin untuk membuka bilah gunting dan

19

kemudian bagaimana dia perlu menutup jari untuk menutup bilah gunting. Jelaskan bahawa yang lebih luas dia membuka jarinya, lagi luka beliau akan. c) Jangan pergi terlalu jauh. Pengkaji sedar bahawa kebanyakan ibu bapa mungkin tidak akan meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan dengan gunting kerana akan mendatangkan risiko kepada kanak-kanak itu sendiri atau mereka disekitarnya. Tetapi anda juga perlu duduk terlampau dekat supaya anda boleh terus memberi kanak-kanak petunjuk lisan seperti "Sekarang membuka jari anda benar-benar luas" atau "pusing kertas dengan tangan kiri anda supaya anda boleh memotong keluar bulatan itu." Tanpa komen-komen ini yang menyokongkanak-kanak hingga mereka selesa dengan cengkaman gunting betul, kanak-kanak mungkin boleh kembali untuk menggunakan cara cengkaman yang salah (atau untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuka dan menutup bilah gunting dengan meletakkan satu tangan pada setiap tangkai). Ini pendekatan yang tidak betul walaupun akan menghasilkan karya guntingan, tetapi mereka tidak cekap dan tidak tepat.

Jika anak anda masih belum lagi mempunyai cengkaman gunting betul, mempunyai dia meletakkan gunting dan berjabat tangan anda. Apabila anak anda mencapai untuk berjabat tangan anda, dia secara semulajadi akan memutarkan tangannya supaya ibu jarinya di atas dan jari jari kelingking beliau menunjuk ke arah lantai. Selepas anda berjabat tangan dengan anak anda sekali atau dua kali, minta dia untuk menggoncang masa ketiga. Masa ini, kerana beliau meluas tangannya kepada anda untuk berjabat, gunakan tangan anda untuk memilih sepasang gunting oleh bilah logam tertutup dan letakkan hujung gunting dengan lubang jari ke tapak dihulurkan beliau. Kemudian secara lisan mengarahkan beliau untuk meletakkan ibu jarinya di dalam gelung di atas gunting dan meletakkan jari telunjuknya (atau telunjuk jari dan jari tengah bersama-sama) dalam gelung di bahagian bawah. Apabila anak anda memegang gunting dengan betul, ambil sehelai kertas dan biarkan anak anda menguntingnya beberapa kali tanpa perlu bimbang tentang menggunakan tangan bukan dominan untuk menstabilkan kertas.

20

Oleh itu, pengkaji mencadangkan guru-guru untuk menjalankan aktiviti menggunting dengan lebih kerap dan dengan cara yang kreatif. Dalam mengajar kanak-kanak untuk menggunakan gunting atau memegang gunting sebagai contoh sekiranya kanak-kanak mempunyai kebencian dalam menggunakan gunting akibat daripada pengalaman sebelumnya seperti kesakitan yang dialami semasa memegang gunting dengan cara yang salah, guru-guru boleh menguli playdough berbentuk sosej atau cacing dan kemudian meminta kanak-kanak menggunting untuk membuat kacang, gula-gula dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh mengajar kanak-kanak menggunakan gunting dengan meminta mereka menggunting potongan jalur (1.5 cm) kertas berwarna warni untuk kanak-kanak gunting merentasi lebar kertas tersebut. Aktiviti ini agak mudah dilakukan ini adalah kerana gunting hanya perlu dibuka dan ditutup sekali sahaja untuk berjaya memotong jalur kertas warna tersebut. Hasil guntingan jalur kertas tadi boleh digunakan dalam membuat kolaj. Setelah kanak-kanak mampu

mengenggunakan gunting dalam aktiviti ini barulah kanak-kanak ini diberikan kertas yang lebih lebar sedikit yang mana gunting perlu dibuka dan ditutup sebanyak dua kali untuk memotong jalur kertas kersebut. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting atau mengendalikan gunting dalam menggunting bentuk-bentuk pula guru boleh memuakan dengan memotong pada garisan tebal yang lurus. Kertas yang digunakan itu boleh diwarnakan sebelum dipotong dan digunakan secara kreatif untuk membuta bunga, rantaian kertas dan sebagainya. Guru harus memastikan kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka. Setelah itu barulah beralih kepada menggunting bentuk bulatan. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting bulatan guru mungkin perlu duduk di belakang kanak-kanak untuk membimbing tangan yang memegang kertas dalam menggerakkan kertas semasa menggunting. Selepas beberapa kali melakukannya bersama, kanakkanak akan dapat memahaminya dengan baik. Namun guru harus memastikan bahawa kanak-kanak tidak menggunting dalam arah yang salah di sekeliling bulatan. Seterusnya bolehlah beralih kepada bentuk-bentuk mudah seperti segi tiga dan segi empat.

21

Apabila kanak-kanak telah menguasai kemahiran menggunting dan mampu untuk menggunting pada sekitar sudut-sudut pada bentuk-betuk mudah, mereka akan mampu untuk beralih kepada bentuk-bentuk yang lebih kompleks. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dicadangkan beberapa cadangan bagi kajian-kajian akan datang dalam skop kajian yang sama. Memandangkan kajian yang dijalankan ini hanya terhad kepada 1 tadika sahaja dan melibatkan 4 orang kanak-kanak, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang untuk meningkatkan tahap kemahiran menggunting kanak-kanak. Di mana kajian dilakukan menggunakan sampel yang lebih besar supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu satu kajian yang sama boleh dijalankan yang meliputi lebih banyak tadika ataupun membuat perbandingan antara tadika di Bandar dan luar Bandar. Kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang hanya memfokuskan kepada sejauh mana tahap pengguasaan kemahiran menggunting kanak-kanak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, sekiranya kajian juga boleh dipanjangkan tempoh pemerhatiannya pada masa akan datang ia akan membolehkan penyelidik bagi mendapatkan data yang lebih terperinci berkenaan topik kajian. Ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menggunting dan perkaitannya dengan kemahiran-kemahiran kanak-kanak yang lain seperti kemahiran pra-tulis.

5.4

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjuukan bahawa masalah kurang penguasaan kemahiran menggunting bukan sahaja berpunca daripada factor kamatangan kanak-kanak iaitu usia mereka, tetapi wujud juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran menggunting ini. Oleh itu, kajian ini diharapkan memberikan pendedahan dan pencerahan kepada guru, penyelidik mahupun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam kepentingan kedua-dua kemahiran ini dan implikasinya serta langkah-langkah yang

22

boleh diambil bagi mengatasi masalah dan meningkatkan penguasaan kemahiran kanak-kanak. Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti sama ada kanak-kank memiliki konsep atau asas memegang gunting dengan betul, mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kemahiran

menggunting terbatas dalam kalangan kanak-kanak dan seterusnya mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak.

You might also like