You are on page 1of 29

CIRI-CIRI IKLIM PERSEKOLAHAN DALAM ALAM BELAJAR Iklim persekolahan yang baik atau buruk bergantung kepada gaya

pentadbiran seseorang guru besar/ pengetua. Iklim persekolahan juga berhubung rapat dengan disiplin dan peraturan sekolah yang ada serta perasaan kekitaan murid serta kakitangan sekolah. iklim persekolahan yang kondusif adalah iklim persekolahan terbuka dan menggalakkan murid bebas berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru serta bebas melakukan aktiviti sekolah. Dalam iklim sekolah yang kondusif, guru boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil,gembira dan sempurna. Kesimpulannya, iklim persekolahan yang dikatakan kondusif adalah sebuah sekolah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. CIRI-CIRI IKLIM YANG KONDUSIF (positif) Perhubungan yang saling hormatmenghormati antara kakitangan akademik dengan murid-muridnya. Kesukarelaan muridmurid menerima aspirasi dan Peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah Perasaan kekitaan yang timbul antara murid dan guru dengan menerima sekolah sebagai sebuah keluarga yang mesra Setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai Kewujudan iklim peersekitaran yang bersih, teratur dan tenteram Kewujudan disiplin yang baik, iaitu zero defect dalam semua Aktiviti pendidikan iaitu tiada masalah pembelajaran, tiada masalah disiplin dan sebagainya CIRI-CIRI IKLIM SEKOLAH YANG NEGATIF Anggota-anggota sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan konflik keperibadian serta masalah disiplin sekolah Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama di antara anggota-anggota sekolah tidak dapat diperlihatkan Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan Anggota-anggota sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan konflik keperibadian serta masalah disiplin sekolah Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama di antara anggota-anggota sekolah tidak dapat diperlihatkan Anggota-anggota sekolah sering menghadapi ancaman tekanan

dan konflik keperibadian serta masalah disiplin sekolah Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama di antara anggota-anggota sekolah tidak dapat diperlihatkan Anggota-anggota sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan konflik keperibadian serta masalah disiplin sekolah Keterlibatan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah sekadar minimun sahaja Interaksi sosial di antara anggota-anggota sekolah diperhatikan pasif Kepimpinan Guru Besar/Pengetua bercorak autokratik, manakala guru-guru bersikap acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar

ORGANISASI SEKOLAH YANG SIHAT ~Mempunyai pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah ~Mempunyai pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah ~Kesesuaian menyebar kebudayaan dan ilmu pengetahuan ~Berkongsi kuasa autoriti dalam pengurusan sekolah Keberkesanan dalam pengggunaan sumber Mempunyai semangat perpaduan di kalangan anggota sekolah Anggota-anggota sekolah merasa kepuasan serta bercita-cita mengejar kecemerlangan Anggota-anggota sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan reformasi pendidikan untuk kemajuan sekolah ORGANISASI SEKOLAH YANG KURANG SIHAT Matlamat sekolah yang kurang jelas, keliru serta bercanggah Kekurangan standardisasi di antara guru dengan murid sekolah Kekurangan semangat kerjasama di kalangan anggota, khasnya di antara guru dengan rakan sekerja

Kekurangan standardisasi untuk menilai prestasi dan pencapaian guru sekolah Sekolah sering mendapat kritikan daripada kalangan anggota dalam sekolah dan luar sekolah Kuasa kawalan sekolah adalah rendah, sekolah sering dipengaruhi oleh anggota luar dalam bidang autoriti pengurusan Kekurangan peruntukan modal untuk perkembangan sekolah\

Sunday, April 18, 2010budaya sekolah 1.0 Iklim dan Budaya Sekolah 1.1 Pengenalan Sekolah seringkali diungkap sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbir secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah. Menurut T.Marimuthu (1990:96) budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi-institusi lain. 1.2 Definisi Iklim dan Budaya Sekolah Deal dan Kennedy (1982) di dalam satu artikel komunikasi cemerlang yang terdapat di laman web

http://www.scribd.com/doc/4859899/BUDAYA-KERJACEMERLANG melihat budaya sebagai proses komunikasi. Budaya sekolah dapat dijelaskan melalui pengumpulan cerita-cerita, perkongsian, kawalan dan tokok tambah melalui masa, membentuk pengajaran dan pembelajaran tentang dunia yang mana menerangkan perkara dan memandu membuat keputusan. Smith (2002) di dalam satu artikel budaya sekolah yang terdapat di laman web http://www.environment.nsw.gov.au/resources/cee/raepea rse menyamakan ethos sekolah dengan budaya sekolah. Beliau mendefiniskan budaya sekolah sebagai nilai-nilai implicit dan eksplisit yang memandu warga sekolah berinteraksi. Ballatine (1997) di dalam laman web http://library.Usu.ac.id /download/ fh/ 0600519. Melihat iklim sekolah sebagai sesuatu yang tunggal tentang persekitaran di setiap sekolah. Mc Brien dan Brandt (1997) pula berpendapat bahawa iklim sekolah adalah sejumlah nilai, budaya, amalan keselamatan dan struktur organisasi yang terdapat dalam sesebuah sekolah. Iklim persekolahan yang baik adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan interaksi pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan selesa, mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna 1.3 Iklim dan Budaya Persekolahan yang Baik Iklim persekolahan yang dikatakan baik mengandungi beberapa ciri uatama seperti perhubungan yang saling

hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dan pelajar-pelajarnya. Kewujudan suatu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. Kesukarelaan pelajar menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Kewujudan alam belajar yang bersih, teratur dan tenteram. Kewujudan disiplin yang baik dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah kecerian dan sebagainya. 3.1. Motivasi Guru Guru dituntut supaya berusaha mengekalkan perhatian murid. Guru tidak boleh kehilangan motivasi semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas. Guru perlu bersemangat sepanjang tempoh pengajaran kepada murid-muridnya. Guru kehilangan motivasi dalam diri sebagai seorang guru. Motivasi ke atas seorang guru ini perlu ditingkatkan dengan pelbagai cara agar seorang murid ini menjadi lebih berdedikasi dan pengajaran menjadi lebih efektif. Guru perlu menjadi seorang guru yang bermakna kepada pelajarnya. Guru yang sentiasa tidak bekerja keras dan bekerja tidak cukup masa. Sepanjang pengalaman saya berada di Sekolah Rendah Mahmud, Raub, Pahang, guru-guru di sekolah tersebut sengaja melambatkan proses pembelajaran yang berlansung di kelas-kelas yang jauh sedikit jaraknya dengan Bilik Guru. Guru berjalan dengan kadar perlahan untuk sampai ke kelas masing-masing dan lebih banyak membebel di dalam kelas tersebut daripada melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menurut pandangan Bryan Coombs (1986), menerangkan guru perlu sentiasa meningkatkan motivasi diri dari hari ke hari bagi meningkatkan motivasi dalam diri sendiri. Pihak pentadbir Sekolah perlu peka terhadap masalah guru mereka ini dan seharusnya segera mengambil tindakan yang sepatutnya bagi membendung masalah guru yang kurang bermotivasi ini.

3.2. Teknik Penyampaian Ilmu yang Lebih Berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher). Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Sepanjang pengalaman saya melihat guru mengajar di kelas hanyalah seperti melepaskan batuk di tangga semata-mata. Rancangan Pengajaran Harian hanya dibuat untuk tujuan rekod dan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung tidak langsung menjurus kepada apa yang digunakan oleh guru tersebut di dalam kelas mereka. Menurut Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob (1992), telah menulis buku guru dan pengurusan. Perhubungan guru yang mesra antara pelajar amat diperlukan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. 3.3. Interaksi Antara Guru dan Murid Wujud jurang atau batu penghalang antara guru dan murid, kesukaran bagi guru untuk menyelami masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Guru yang penyayang,lucu dan tidak pilih kasih akan mendekatkan murid-murid kepada guru tersebut,murid-murid akan lebih mudah menumpukan perhatian,menerima arahan dan nasihat guru,lebih mudah berdamping dan berkongsi masalah dengan guru mereka.Melalui kaedah ini emosi murid-murid akan lebih terkawal dan matlamat sesuatu P&P itu akan lebih mudah tercapai. Masalah mengenai guru dewasa kini mempengaruhi ibu bapa membuat andaian sendiri tentang guru sehingga sanggup merendahkan martabat seorang guru kepoada anak-anaknya. Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas,

mengurus bahan-bahan pengajaran untuk P&P yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Guru melakukan sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan efektif sebelum melakukan sebarang tindakan. Mengikut pengalaman saya sepanjang berada di program Pengalaman Berasaskan Sekolah, murid-murid yang mempunyai guru seperti ini akan menjauhkan dirinya daripada guru. Murid-murid berasa bimbang dengan pergerakkan guru dan tindakan guru yang garang kerana tidak yakin akan keselamatan mereka. Mereka sentiasa menjauhkan diri dari guru seumpama ini, mahupun ketika berselisih dengan guru murid akan melarikan diri supaya tidak berselisih dengan guru ini. Menurut Dana Mc Dermott (1945), ibu bapa membantu guru dengan meletakkan kepercayaan anak-anak mereka sepenuhnya kepada guru mereka. Murid-murid tidak boleh melawan guru mereka malah perlu menghormati gurunya. Jika berlaku sebarang masalah antara guru jalan penyelesaiannya perlulah bertemu dengan pihak pengurusan dan pentadbir sekolah bagi menyelesaikan masalah yang timbul. 3.4. Guru Pendidikan Khas tidak menjalankan tugas dengan baik. Guru Pendidikan Khas malu untuk mengakui dirinya seorang guru pendidikan khas malah tidak mahu menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik. Guru tidak berminat menghadapi masalah dalam mengawal pelajar-pelajarnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P & P).

Guru kekurangan penghayatan untuk benar-benarmenjadi guru Pendidikan Khas. Kebanyakkan guru yang menceburi bidang ini hanyalah guru bidan terjun yang mana memasuki arena pendidikan ini kerana telah tiada pekerjaan lain, sedangkan guru ini tidak mempunyai minat dalam bidang pendidikan. Segelintir guru pula tidak mendapat didikan yang secukupnya untuk menempuh alam pendidikan khas ini. Semasa saya melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya membuat pemerhatian kepada kelas-kelas pendidikan khas untuk mengetahui sejauh sedikit tentang masalah dan apakah jalan penyelesaian yang harus wujud dalam diri seorang guru Pendidikan Khas. Semasa pemerhatian saya dibuat ada guru kelas Pendidikan Khas ini meninggalkan muridnya bermain di dalam kelas tanpa pengawasan sesiapa mahupun pengawasan Pembantu Pengurusan Murid. Menurut K.A. Razhiyah (2005). Adalah lebih baik sekiranya seseorang guru pendidikan khas mempunyai sikap gilagila dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Seseorang guru perlu komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka. 3.5. Bidang Tugas dan Tanggungjawab guru semasa melakukan lawatan. Tugas dan tanggungjawab guru termasuklah waktu guru bertugas, menandatangani buku kehadiran, menulis buku persediaan mengajar harian,memberi kerja rumah kepada pelajar, menjadi guru ganti, pakaian dan kekemasan diri, kebersihan, keselamatan perabot, pelawat, papan kenyataan, membuat kenyataan akhbar, menganjurkan lawatan sambil belajar dan sebagainya. Segala tugas guru adalah tanggungjawab guru yang perlu dilakukan dengan sempurna. Sedikit masalah yang berlaku atau kecuaian

yang berlaku boleh mengakibatkan masalah kebapa murid-murid. Guru yang membawa anak murid ke lawatan sambil belajar di luar sekolah contohnya, perlu mengambil berat keselamatana anak murid mereka bagi mengelakkan dari berlaku sebarang kejadiaan yang tidak diingini berlaku. Contohnya kecuaian yang berlaku baru-baru ini yang mana tiga orang pelajar kehilangan nyawa akibat jambatan runtuh. Namun sebarang lawatan yang dirancang itu perlu terlebih dahulu dirujuk kepada pihak pentadbiran sekolah. Pihak sekolah pula perlu mendapat kkelulusan secara bertulis daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah yang saya jalankan saya berpeluang melihat guru di sekolah tersebut amat berani membawa muridnya pergi lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur tanpa merujuk dengan cara yang betul kepada pihak sekolah dan seterusnya ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Bagi saya perkara seumpama ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri guru itu dan juga murid-murid beliau jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Menurut Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar (2006), guru amatlah bertanggungjawab kepada murid-muridnya. Setiap masalah yang timbul akan dirujuk kepada guru tersebut dan seterusnya kepada pihak sekolah dan di lanjutkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Oleh itu guru perlu melakukan pelbagai kajian sebelum melakukan sebarang tindakan kepada anak murid mereka bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku kepada anak murid mereka. Guru juga perlu melakukan prosedur yang betul dengan mengikuti landas yang telah ditetapkan. 4.0. KESIMPULAN

Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan atau dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya. Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua bahan dan tenaga untuk melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak berlaku adil kepada mereka dengan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya. Seperti mana Height (1996) menerangkan: "Tiada sesiapa yang boleh memulihkan kembali nilai kita dan menyelamatkan orang kita, melainkan diri sendiri.
TAJUK 1

ALAM BELAJAR
PENGENALAN KONSEP ALAM BELAJAR Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen. Cuba kaji Rajah 1 dan nyatakan dua komponen itu. Di bawah setiap komponen, nyatakan elemenelemennya. Alam Fizikal:Fizikal boleh diibaratkan sebagai guru yang kedua bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar

sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka. Psikososial:Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif , tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah

didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar. KOMUNITI PEMBELAJARAN Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan dan pembelajaran individu. Cuba melayari internet tentang teori ini dan nyatakan elemen-elemen dalam setiap sistem dalam model Bronfenbrenner. 1. Mikrosistem. Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,rakan-rakan,jiran dan guru. 2. Mesosistem. Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh

mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran. 3. Ekosistem. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh

sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. 4. Makrosistem. Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting 5. Kronosistem. Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid. Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru? Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru. Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar

tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak. PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional untuk setiap kategori. Permainan Sosial 1.Permainan congkak 2. Permainan batu seremban 3. Permainan main guli Permainan Kognitif

1.Permainan

galah panjang lari ikat kaki

2.Permainan

3.Permainan

tingting Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak. Jenis Permainan Tradisional: Permainan sepak raga bulatan Perkembangan Intelek Perkembangan sosioemosi Perkembangan Fizikal Dapat belajar cara mengimbangkan bola dalam bulatan yang ditetapkan Dapat berkomunikasi dengan baik dan tunjuk ajar yang berterusan untuk mengimbangi bola. Pergerakan kaki, tangan,mata dan badan.Permainan yang memerlukan pergerakan pantas.

TAJUK 2

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KONSEP PENGAJARAN Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti1perancangan,2pengelolaan,3penyampaian,

4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses


untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.

Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran? Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu. Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya. Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan membantunya dalam proses pembelajaran. KONSEP PEMBELAJARAN Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri pembelajaran untuk setiap peringkat. Hieraki Pembelajaran Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh 1. Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. 2. Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi

secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80 %.Ibunya memberi pujian,bagus,Ali pandai.Ali akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk mendapatkan pujian daripada ibunya. 3. Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lainlain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. 4. Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. 5. Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang sama,pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang

berlainan.Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. 6. Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.Pelajar dapat membentuk konsep yang

baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. 7. Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan generalisasi. 8. Peneyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah,iaitu mengenal masalah,mencari maklumat,membuat hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan. KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis pembelajaran. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, sila lengkapkan jadual di bawah. Kategori Huraian Maklumat lisan Mendapatkan semula maklumat yang disimpan: Keadaan dalaman yang menyokong termasuk: -ilmu sedia ada; -strategi untuk memperoses maklumat baru; Kemahiran Intelek Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi respon kepada

pelbagai konsapsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada. Keadaan dalaman yang menyokong. Strategi Kognitif Perencangan Kawalan diri Pemantuan pemikiran dan pembelajaran oleh murid-murid termasuk: -khusus kepada tugas -umum -eksekutif Sikap

Satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang; Kemahiran motor Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan; Melibatkan tiga tahap: (i) Belajar urutan yang berkenaan; (ii) Amalkan pergerekan tersebut; (iii) Murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran;

TAJUK 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALAN Pernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh yang berkaitan dengan teori pembelajaran di bawah?: Jean Piaget ,SeymourPapert ,Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey Apa pula tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar di bawah? Apakah yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.

Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta

hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan komen terhadap hasil penemuan tokoh berkenaan. Tokoh Ujikaji Hasil Dapatan Komen Burrhus F. Skinner (1904 1990) Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Jika seorang kanak-kanak diberi pujian selepas melakukan susuatu yang diingini ,maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian atau pun peneguhan. Faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu

peneguhan negatif akan berperanan membentuk perkembangan kanak-kanak. Peneguhan positif perlu dipergiatkan dari masa kesemasa dan peneguhan negatif perlu dihentikan. Albert Bandura (1925 Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait dengan tingkahlaku agresif . Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan.Melalui proses memerhati orang lain,seseorang Pemerhatian dan pengekalan merujuk kepada perolehan atau pembelajaran sesuatu tingkahlaku, manakala penghasilan

Tokoh Ujikaji Hasil Dapatan Komen Burrhus F. Skinner (1904 1990) Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Jika seorang kanak-kanak diberi pujian selepas melakukan susuatu yang diingini ,maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian atau pun peneguhan. Faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu peneguhan negatif akan

berperanan membentuk perkembangan kanak-kanak. Peneguhan positif perlu dipergiatkan dari masa kesemasa dan peneguhan negatif perlu dihentikan. Albert Bandura (1925 Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait dengan tingkahlaku agresif . Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan.Melalui proses memerhati orang lain,seseorang Pemerhatian dan pengekalan merujuk kepada perolehan atau pembelajaran sesuatu tingkahlaku, manakala penghasilan

TAJUK 5 PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN


PENGENALAN

Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari, 1997). Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran,

etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat. Perbezaan Individu 1. Budaya dan Etnik 2. Jantina 3. Kecerdasan 4. Gaya Pembelajaran 5. Sosio ekonomi

You might also like