P. 1
stilistik

stilistik

|Views: 162|Likes:
Published by marsyamaisarrah

More info:

Published by: marsyamaisarrah on Mar 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/09/2015

pdf

text

original

STILISTIK

PENGENALAN
Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya atau style.Dalam bahasa , Melayu kata stylistiks menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan , kita akan membicarakan persoalan istilah dahulu.Persoalan ini akan berkaitan dengan berbagai-bagai persoalan lain,misalnya istilah dan pengertian yang berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan kemunculan ilmu itu sendiri, yang berhubungan dengan hakikatnya sebagai ilmu. Sebelum timbul ilmu stilistik , iaitu kajian tentang gaya bahasa yang digunakan untuk menganalisis karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis, Maka timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama lain. Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah.Kesedaran tentang ilmu yang masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera.Terdapat dua faktor yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti berikut;

i)

Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di dalam sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka „berbeza‟ daripada bahasa seharian mereka.

ii)

Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk merumuskan gaya yang terdapat pada „bahasa yang indah‟ itu dengan menghubungkan gya dengan „keindahan‟

bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di dalam bahasa.1 DEFINISI STILISTIK Stilistik berasal daripada bahasa Inggeris iaitu “style‟ yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan .dalan dan lain-lain. 2.‟linguistik‟ yang bererti tatabahasa. stilistik di dalam bahasa.Menurut Bally.Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap „kelambatan‟ munculnya stilistik sebagai ilmu. Wawasan demikian adalah seiring dengan pernyataan Cummings dan Simmons: bahawa pembelajaran bahasa di dalam teks sastera merupakan „a branch of linguistic called stylistic‟.Di dalam konteks yang lebih luas . .Widdowson. Bagi Leech.Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera. ciri-ciri stilistik. stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa.Chatman. maka dalam topik ini .Jacobson.ching.Kesemua sub bidang ini akan disentuh memandangkan kepentinganya di dalam memberi gambaran kasar kepada pelajar sebelum mendalami bidang ini secara lebih mendalam pada topik berikutnya.Leech. Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting. Menurut Kamus Bahasa Indonesia.Levin. perlu didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik.Jacobsons beranggapan bahawa puitika (poetics) sebagai teori tentang system dan kaedah teks sastera sebagai bahagian yang tidak dipisahkan bagi linguistik. stilistik adalah pembelajaran gaya ilmu linguistik atau „simply‟ defined as the (linguistic ) study as style”. mereka menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi daripada bahasa yang digunakan di dalam teks sastera.

Chavatik pula mengemukan stilistik sebagal kajian teks sasatera dan kod estetik dengan kajian stilistik yang mengkaji bahasa dalam teks sastera.22).Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mengatakan stilistik ilah kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan . dan juga kekayaan unsur pembentuk itu dijadikan sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem tandanya. kita perlu memahami i) ii) iii) Gambaran objek/peristiwa Gagasan Ideologi yang terkandung di dalam karya sastera Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga . Sedangkan menurut Rene Wellek dan Austin Warren . Walaupun fokusnya hanya pada sistem tanda untuk memperoleh pemahaman tentang ciri-ciri penggunaan .Aminuddin mentakrifkan stilistik sebagai pengajian tentang cara pengarang di dalam menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan secara kompleks.1995.Manakala . stilistika perhatian utamanya adalah kontras sistem bahasa pada zamannya (Wellek dan Warren. Mengikut Kamus Zaaba. . sebagaimana bahasa menjadi objek kajian linguistik (Aminuddin.stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. stilistik ialah suatu kajian mengenai teknik penggunaan gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam suatu penulisan.Ianya berkaitan dengan stail atau gaya terutamanya gaya bahasa. 1990:221). Bertolak daripada berbagai pengertian yang telah disebutkan. apabila system tanda dihubungkan dengan cara pengarang di dalam menyampaikan gagasan .

Stilistik ialah kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan. Kaedah ini banyak dipakai .antaranya ialah untuk menghuraikan tingkah laku bentuk bentuk bahasa tulisan yang digunakan atau dicipta oleh pengarang di dalam karya deskriptif mahupun karya kesusasteraan . kesusasteraan yang mempunyai sifat dan hakikat perkembangan dan perubahan yang sejajar dengan perkembangan fikiran dan realiti kehidupan manusia dan masyarakat. ikut dipertimbangkan. yang melibatkan.Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan kefahaman sebenar tentang kesusasteraan (Nik Hassan Basri:378). pada kebiasaanyan . Selain itu.Kelompok sosial itu pula dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas di dalam sesuatu masyarakat. baik gaya individu mahupun implikasi lain. stilistik ialah kajian stail mengkaji segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah teks kesusasteraan.lahirnya hasil sastera yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus. berdasarkan jenis bahasa inilah .stilistik merujuk kepada kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti dengan menggunakan kaedah linguistik.Oleh itu.Di dalam karya kesusasteraan.walaubagaimanapun . di kaji dan dihubungkan dengan kajian bahasa (Keris Mas:8) . Menurut Keris Mas .Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya bahasa. bentuk bahasa tulisan atau gaya bahasa banyak dipakai. Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri lingustik yang berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial. maka stilistik berusaha mencari jalan keluar bagi menghuraikan perhubungan antara bentuk pengucapan dengan makna yang dibawa oleh ny a (Nik Hassan Basri :378).

iaitu penggunaan peribahasa.Kajian stilistik telah berubah kepada kajian yang dianggap lebih objektif dan saintifik.sindiran .ungkapan dan sebagainya.com). teknik eksposisi. disamping kelainan yang bersifat figuratif .bahasa kiasan. yang diandaikan sebagai apa yang diperkatakan (isi) dan apa cara mengatakan bentuk atau bahasa ). terdapat stilistik. . Perubahan kajian ini disebut kajian bentuk dan kajian isi.pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi .stilistik melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau deviasi daripada norma tatabahasa .Esasterawan.(Keris Mas :8) Didalam disiplin linguistik. Dengan stilistik. Beberapa pendapat lain yang sempat dikutip telah diutarakan oleh Freeman(1970:4). Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera.stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. penggunaan pengulangan dan meminjam usaha pengarang (di dalam konteks ini penyair) untuk mendapat kepastian tulisannnya. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Murray pula berpendapat bahawa stilistik ialah gaya dan sesuatu yang istimewa.baginya . pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara pendekatan yang subjektif dan impresionis dan memasuki cara baru yang lebih objektif dan lebih saintifik.Pemilihan kata dan penyusunan struktur ayat memperlihatkan ciri-ciri keperibadian penulis. yang tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan dengan penggunaan bahasa itu.Kajian terhadap teks sastera secara tradisional hanya terbatas pada kelainan bahasa dalam hubungan dengan kehendak tatabahasa.Kedua-dua pula merupakan cabang linguistik (Azmi Rahman . Ia meliputi kajian terhadap teks sastera.

Di dalam kajian puisi. Fowier (1987.Bahasa sastera. yakni imej. memberikan batasan stiliistik. juga memberikan pengertian tentang stilistik.Menurutnya para ahli mengatakan bahawa stilistik meneliti sastera pada aspek bahasa . pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh kesan tertentu serta keseluruhan ciri bahasa sekelompok penulis sastera (Kridalaksana.Stilistik juga melihat diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi deviasi/penyimpangan di dalam aspek linguistik secara eksplisit maupun implisit (Esasterawan. stilistik dipakai sebagai gabungan. mengatakan bahawa hakikat stilistik adalah pemakaian dan penggunaan nya di dalam karya sastera.adalah tentang ilmu gaya bahasa. mengatakan bahawa stilistik merupakan cabang daripada pengajian sastera. khasnya bahasa puisi adalah bahasa yang paling menonjol deviasi atau penyimpangan bahasa. struktur suara. terlepas daripada linguistik ataupun sastera.Selanjutnya . terutama kesusasteraan.237).com) Kridalaksana(1982:157).Umar Junus (1980:xvii). stilistik adalah ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera: iaitu ilmu interdispiliner antara linguistik dan kesusasteraan atau penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa (Dwisusanto.Gaya bahasa sendiri adalah pemuafakatan kekayaan bahasa oleh seseorang di dalam bertutur dan menulis. iaitu ilmu sastera dan ilmu linguistik .Tetapi kemunculannya sudah ada di dalam linguistik . sintaksis dan lain-lain. morfologi dan sintaksis.1982:49-50) .Umar Junus (1980. stilistik adalah bahagian daripada linguistik yang memusatkan perhatian nya pada variasi penggunaan bahasa .xviii) mengusulkan bahawa stilistik menjadi ilmu yang berdiri sendiri.menurutnya . stilistik. di dalam Kamus Linguistik. Sebagaimana yang kita sudah ketahui.Menurutnya .stilistik melihat kajian bahasa puisi dengan unsur linguistik seperti fonologi.com) Tuner (1977:7).Wordpress.menurutnya .

penelitian stilistik ini di lakuakn dengan menghayati variasi terhadap pemakaian bahasa yang normal dan mememukan tujuan estetiknya (Wellekdan Warren.Enkvist(Junus 1989:4).Wordpress.namun kedua-dua pendekatan tersebut pada hakikatnya tidaklah saling bertentangan (Dwisusanto. (ii) Kedua.1990:226) Berdasarkan kedua-dua pendekatan tersebut. ternyata terdapat perbezaan mengikut bidang kajian masing-masing. seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bungkus yang membungkus inti pemikiran yang telah ada sebelumnya Pilihan antara berbagai pernyataan yang mungkin Sekumpulan ciri peribadi Penyimpangan norma atau kaedah Sekumpulan ciri kolektif Hubungan antara satuan bahasa yang dinyatakan di dalam teks yang lebih luas daripada kalimat Untuk mengkaji karya sastera dari sudut stilistik. iaitu: (i) Pertama.Ia dilihat daripada tujuan estetik karya sastera sebagai makna yang penuh. pengajaran stilistik dilakukan dengan cara menganalisis system linguistik karya sastera dan dilanjutkan dengan menginterpretasi ciri-cirinya. ada dua kemungkinan di dalam mendekatinya . . mengatakan bahawa gaya bahasa ada enam pengertian .com).

Dengan cara membuat perbandingan ini. dalam tulisannya cuba menunjukkan perbezaan antara stilistik dengan linguistik. iaitu. maka beliau dapat mengemukakan takrif stilistik dengan lebih jelas. . (i) Kajian tentang unsur-unsur ekspresif bahasa yang dapat menampilkan pemikiran dan perasaan sefektif mungkin (ii) Kajian tentang gaya bahasa pengarang secara individu.Mengikut Awang Sariyan (1985) daripada dua aliran pemikiran yang diperkembangkan oleh Charles Bally dan Leo Spitzer itu. misalnya berupa rangkaian (perulangan) sesuatu bentuk linguistik seperti ayat jenis tertentu atau bunyi tertentu . sesuatu karya sastera boleh berupa novel . Ciri-ciri keindahan bahasa yang universal itu.Stilistik wujud sebagai cabang disiplin linguistik yang berdiri sendiri pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20. Di dalam Bahasa Inggeris . stilistik mula digunakan pada tahun 1846.drama . Ini akan diterangkan seterusnya.1988:210). cerpen.Stilistik ialah kajian kuantitatif yang berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal berkenaan sesuatu karya sastera. ahli-ahli stilistik menyimpulkan dua jenis kajian stilistik. Lutfi Abas. puisi moden atau sajak (Lutfi Abas.

(b) Gaya bahasa pertentangan pula adalah seperti hiperbola. sindiran dan gaya retorik. Misalnya gaya bahasa perbandingan simile di ajar kepada pelajar-pelajar tingkatan satu.epifora. Ianya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang utama tadi. Di dalam mata pelajaran Bahasa melayu. Stilistik di dalam kajian bahasa secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima bahagian. bahasa pengulangan. perbandingan. (d) Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu cirri sahaja iaitu sinkof.Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang membezakan diantaranya.inverse dan paradox (c) Sementara .kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya . .morfologi. Ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakap dalam linguistik seperti fonologi. pertautan dan pertentangan.CIRI.penyirnaan. anaphora.CIRI LINGUISTIK Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. metafora. (a) Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti imejan. gaya pertentangan merangkumi aliterasi.rima dan sinkof.personafikasi. Pertama.pleonasme dan simile. gaya bahasa ini di ajar mengikut tahap-tahap tertentu.sintaksis dan semantik.Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa.asonansi.

Ciri yang seterusnya ialah epitet yang menjadi keterangan atau frasa yang menggelarkan atau merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau menggantikan nama sesuatu benda atau gaya bahasa. gambar yang ditunjukkan itu menggembalikan kenangan kita kepada peristiwa Mei 1969. eufemisme. ianya juga perlu dikuasai oleh guru bagi membezakan nya dengan ciri-ciri yang lain.Sungguhpun gaya bahasa pertautan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Kilatan atau bayangan merupakan nama lain bagi alusi. epitet. Ia merangkumi pengganti symbol atau lambing yang menyatakana sesuatu sifat atau ciri yang khas daripada seseorang atau sesuatu hal. metonimia dan alusi.Loceng pagi sebenarnya menggambarkan ayam jantan yang berkokok. Menurut Nik Hassan Basri (2005) . Contoh perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan ciri ini ialah “Loceng pagi bersahut-sahutan pada pagi itu di rumah saya”. . Contohnya . antonomasia.Seterusnya antonomasia melibatkan penggunaan Jabatan kementerian dan gelaran tertentu seperti Dekan dan Guru Besar. gaya bahasa pertautan ialah gaya bahasa yang menghubungkan sesuatu yang memiliki ciri atau sifat tertentu dengan yang lain.Alusi merupakan pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung kepada sesuatu cerita. eponym.antaranya gaya bahasa yang selalu dikelompokkan di dalam gaya bahasa ini ialah gaya bahasa sinekdok.

kata yang mengalami proses penyingkatan pula disebut sebagai akronim.”Setelah mereka pergi dari rumah.Contoh nya ABIM yang bermaksud Angkatan Belia Islam Malaysia.Contoh ayat .2005) Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan iaitu bentuk bahasa yang mengalami unsure pengguguran bunyi.Antara unsurnya ialah sinkof. praakhir atau suku kata akhir bagi sesuatu .Contoh perkataan yang sering digugurkan ialah perkataan “hulu” menjadi”ulu” dan “kamu” menjadi “mu” sahaja. frasa atau bahagian ayatnya.Apokop pula ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan yang mengalami proses pengguguran huruf akhir.Pengguguran ini adalah bagi memudahkan penutur meyebutnya . Batang hidung itu mewakili keseluruhan tubuhnya (Nik Hassan Basri . walaupun perkataan separuh sahaja digunakan.suku kata.Penyingkatan ini adalah disebabkan oleh pengguguran huruf atau suku kata didalam struktur kata tertentu.iaitu pengguguran bunyi atau kata pada awal ujaran atau huruf awal atau suku kata awal bagi sesuatu perkataan.Contohnya.Metonimia pula digunakan bagi menjelaskan ciri atau nama seperti jenama dan sebagainya. dan“beranak”. perkataan “mati.apokop. kata. akronim.Perkataan ini lebih lembut berbanding mati. Manakala eufemisme merupakan kata atau ungkapan yang lebih halus sebagai pengganti kata-kata atau ungkapan yang agak kasar atau keras. dan aferisis. Ciri yang terakhir di dalam gaya pertautan adalah sinekdok.Terdapat perkataan yang sinonim dengan perkataan ini seperti “meninggal dunia”.sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih perkataan sehingga akhirnya membentuk satu perkataan yang terdiri daripada satu atau lebih suku kata.”Perangai kamu ini seperti Pak Pandir”.Eponim pula sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang yang memiliki sifat tertentu di pakai di dalam ayat bagi menghubungkan sifat yang dimiliki oleh orang lain. Sementara itu. Contohnya .Sinekdok membawa maksud perkataan yang disebut itu membawa maksud sepenuhnya.Aferisis ialah salah satu gaya bahasa penyirnaan .batang hidung pun tak nampak”. Tetapi bagi menggambarkan ciri eufemisme.perkataan kasar digunakan .afesis.ellipsis.

yang di dalam ayatnya di dapati adanya unsur penghilangan atau pengguguran kata atau kata-kata atau ayat yang menjadi unsur penting di dalam pembinaan sintaksis yang lengkap. contohnya “anakanda”menjadi “anak” sahaja.Terdapat lima ciri yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaiatu aliterasi.epizeukis. “Dia dirotan”. anaphora. tetapi pencantuman itu tidak dapat membentuk akronim. tetapi afesis mengugurkan bunyi vokal bagi sesuatu kata.Contohnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Ciri stilistik keempat yang terdapat dalam gaya bahasa pengulangan atau repetisi bermaksud gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi.Afesis dan aferisis adalah hampir sama .erotesis.perkataan. .Contoh perkataan “kekanda” menjadi “kanda”. kata. frasa atau rangkai kata atau pengguguran tertentu seperti pengguguran frasa nama sebagai subjek. dan kiasmus. frasa. terdapat sembilan ciri yang kurang digunakan iaitu anadiplosis. Ian jug termasuk pengguguran seluruh frasa predikat atau pengguguran bahagian frasa predikat atau gaya bahasa.epanortesis.asyndeton.seterunya . sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih.Pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah. atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan di dalam sesebuah konteks yang sesuai.dan epifora.epanalepsi.Kesemua ciri di bawah penyirnaan ini adalah hampir sama tetapi mempunyai hanya sedikit perbezaan dari segi pengguguran penyingkatan.antanaklasis.frasa yang digugurkan ialah “oleh gurunya”. Proses penyingkatan adalah disebabkan penggunaan huruf . objek. baharu menjadi baru saja. suku kata. gradasi.Sementara itu. Di dalam contoh ayat. Contohnya . asonansi. suku kata atau bahagian suku kata di dalam struktur kata dan rangkai kata tertentu.ellipsis merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan yang di dalam struktur ayatnya dihilangkan kata. manakala aferisis adalah sebaliknya.

Gaya bahasa ini terbentuk hasil daripada pengulangan konsonan yang sama .Benarbenar tidak mahu”(halaman 29).Anafora pula ialah pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat.‟i‟. pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang biasanya berurutan seperti anaphora.gaya bahasa pengulangan ini biasanya terdapat di dalam puisi atau prosa. Epifora atau epistrofa ialah sejenis gaya bahasa pengulangan: iaitu pengulangan kata. pengulangan konsonan „d‟ “dara damba daku”. . Contohnya.Puisinya adalah seperti berikut”Alam adalah sebahagian daripada kami .185a:197) mendifinisikan aliterasi sebagai pemakaian kata yang permulaannaya sama bunyinya. sama ada di dalam puisi tradisional . terdapat enam jenis vokal tetapi bunyi-bunyi itu hanya diwakili oleh lambing „a‟. Seterusnya asonansi.Pengulangan ini biasanya dapat dilihat di dalam beberapa rangkap sajak atau syair. Contoh .Oleh yang demikian . cinta kepadanya cinta jutaan manusiawi.‟e‟.Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan .5). gaya bahasa asonansi yang dipetik daripada puisi. Othman Kelantan iaitu: “Aku tidak mahu.‟o‟.cinta kepadanya adalah cinta jutaan bunga-bungaan.” Setiap huruf “a‟ menggambarkan asonansi. moden. taringan (1985a:181. moden kreatif atau bukan kreatif.iaitupengulangan vokal „a‟. sajak “Negara Cinta”oleh Nahmar Jamil.beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kata pada akhir ayat yang juga berurutan. anaphora ialah pengulangan kata pada awal baris untuk ayat-ayat yang berturut-turutan.dan „u‟ iaitu sebanyak lima huruf sahaja.Menurut Rahman Shaari (2004. prosa tradisional.frasa.Contoh gaya bahasa epifora yang ditinjau di dalam prosa kumpulan. Surat yang merupakan buku karya S.alam adalah syurga bumi.Di dalam bahasa Melayu . yang biasanya secara berurutan supaya memperoleh kesan tertentu.

didalam daya ada segala”. iaitu.”Di dalam raga ada darah.abcabc.Penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan juga di dalam penulisan kreatif.Gaya bahasa ini terlalu banyak menggunakan tanda koma di dalam ayat.Contohnya.Rima akhir bunyi ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir di dalam suatu rangkap .Contohnya . “Tenang-tenang air di laut. misalnya aaaa.pantun.abba dan sebagainya.di dalam tenaga ada daya.Sementara. tetapi mempunyai makna yang berbeza.Anadiplosis ialah sejenis gaya bahasa pengulangan. iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair.atau rima ialah susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir di dalam sesuatu baris atau serangkap puisi. iaitu kata atau frasa terakhir di dalam satu klausa atau ayat yang berikutnya.aabb.ayat antara satu dengan lainnya menjadikan satu ayat yang panjang . epanalepsi membawa maksud pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir di dalam kalausa atau ayat. Contoh rangkap yang memaparkan rima akhir „abab‟ yang dipetik daripada “Pantun Budi”.”Mereka tidak lupa pesanan ibu mereka”.iaitu hanya dengan tanda koma atau beberapa tanda koma.sampan kolek mudik ke tanjung.2005) Sungguhpun ciri-ciri ini juga terkandung di dalam gaya bahasa penyirnaan.namun ianya kurang diketahui.Epanalepsi juga merupakan pengulangan awal kata di dalam struktur kata di dalam ayat menjadi kata terakhir di dalam baris yang sama di dalam ayat.Ianya dikenali sebagai asindeton.abab. Gaya bahasa pengulangan yang menggunakan tanda baca yang sama berulangulang untuk menghubungkan kata.Antanaklasis pula ialah sejenis gaya bahasa pengulangan yang mengandungi pengulangan kata yang sama bentuknya di dalam ayat . budi sedikit rasa nak junjung”(Nik Hassan Basri .Contohnya.hati terkenang mulut menyebut.”Burung kakak tua menegur ayahku kelmarin.klausa.di dalam darah ada tenaga . Menegur kakak tua ayahku pagi kelmarin”. . frasa.gurindam.

”Ramli makan nasi.Epanortesis ialah gaya bahasa pengulangan..mesodilopsis atau nama lainnya responsif ialah gaya bahasa pengulangan.Misalnya “Kita malah bermegah juga di dalam kesengsaraan kita tahu kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan.contohnya. iaitu pengulangan kata atau frasa yang berada di tengah . pidato..eh makan bubur”. perbahasan atau penulisan yang tujuannaya adalah untuk mencapai keberkesanan yang mendalam dan penekanan setra pertanyaan yang disuarakan atau persoalanyang diajukan itu tidak mengharapkan jawapan.. dan tahan uji menimbulkan harapan. Erotesis pula merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan yang berupa pertanyaan yang sering digunakan di dalam ucapan ..Contohnya. Sementara .Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pengampun”.Epizeukis ialah sejenis gaya bahasa pengulangan.(Taringan.‟‟. iaitu pengulangan kata atau frasa yang pentingkan atau yang ditekan itu diulang beberapa kali berturut-turut di dalam satu ayat.Gradisi pula ialah gaya bahasa pengulangan yang memaparkan maklumat yang mengandungi beberapa kata atau frasa yang paling sedikit tiga kata –atau istilah yang hadir secara berurutan di dalam ayat yang mempunyai beberapa perubahan yang bersifat kuantitatif.Tetapi di sebalik pengulangan itu terkandung maksud ayat pada mulanya ingin menjelaskan sesuatu tetapi diperbetulkan yang salah.iaiatu pengulangan beberapa kata yang sama di dalam ayat.1985:239) pula merupakan inverse hubungan antara dua kata di dalam satu ayat pula dikenal sebagai kiasmus.dan ketekunan menimbulkan tahan uji.Dan pengharapan tidak mengecewakan.Ya Allah...

kakak mengunjungi abang dan mereka saling kunjung mengunjungi”.mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna yang bertentangan.Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa ini tiga sahaja iaitu hiperbola.apofasis.Contohnya.katabasis.litotes.Contohnya “Abang mengunjungi kakak.Contohnya.klimaks.sinis.tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian tengah ayat atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan.iaitu yang berupa pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali di dalam sebuah struktur ayat.”Bapanya memelihara kambing dan ayam dan lembu dan kerbau di ladang”.”Rasuah bukan sahaja patut di kutuk tetapi diperangi habis-habisan”.Polisindeton ialah sejenis gaya bahasa pengulangan. Gaya bahasa pertentangan.antiklimaks.sarkasme satira. gaya bahasa yang lain pula adalah seperti antifrasis.ironi. iaitu yang menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa di dalam ayat.hipalase. iaitu sejenis gaya yang berusaha untuk mencapai keselarian di dalam penggunaan kata –kata beberapa frasa yang menduduki fungsi yang sama di dalam bentuk kenahuan yang sama.inuendo.preterisio. .dan inverse atau anastof..paradox.oksimoron. Gaya yang terakhir di dalam gaya bahasa yang berkaitan dengan pengulangan ialah tautotes.Tautotes ialah sejenis gaya bahasa pengulangan . hiperbaton.Manakala .silepsi dan zeugma.Paralelisme ialah gaya bahsa pengulangan.

maksud hiperbola ialah pembaziran atau suatu cara yang melebihkan –lebihkan semata-mata untuk mencapai kesan tertentu.1984:3)..1971:233).Contohnya .Ini bermaksud paradox memaparkan suatu keadaan atau suasana yang berlawanan. iaitu suatu gaya bahasa yang mengandungi kebenaran yang diperbesarkanbesarkan (Dale et al. (b) Paradoks ialah sejenis gaya bahasa pertentangan yang mengandungi pertentangan nyata dengan fakta yang ada. c) Manakala .Jadi . .tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum dan reality. ukurannya dan sifatnya (Moelino.Gaya bahasa ini boleh dijumpai dalam teks komsas.Kata majmuk ini dibina melalui gabungan perkataan „hyper‟ yang bermaksud melebihi dan „ballien‟yang bererti meluahkan atau mengeluarkan . sama ada ayat aktif songsang atau ayat pasif songsang.2000:79).a)Hiperbola berasal daripada bahasa Yunani. ditengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan (Dzul Karnain.Dengan kata lain hiperbola ialah unkapan yang melebihkan –lebihkan apa yang sebenarnya dimaksudkan : jumlahnya. inverse atau anaskof pula ialah gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunan nya yang lazim atau ayat yang susunnya dimulai dengan predikat dan diikuti dengan subjek.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->