P. 1
TESIS AKU - Sistem Ekonomi 'Abbasiyyah : Sejarah Dan Perkembangan

TESIS AKU - Sistem Ekonomi 'Abbasiyyah : Sejarah Dan Perkembangan

4.74

|Views: 4,601|Likes:
Published by onemahmud

Projek Ilmiah ini membincangkan tentang sejarah dan perkembangan ekonomi keajaan Bani ‘Abbasiyyah. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji sektor utama kerajan Bani ‘Abbasiyyah dan sumber kewangannya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Baitul Mal di dalam mengususkan dan mentadbir segala harta negara. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi metode historical study dan content analysis seperti penelitian terhadap buku atau kitab yang dikaji. Hasil kajian ini mendapati kerajaan Bani ‘Abbasiyyah merupakan salah satu zaman kegemilangan dinasti Islam yang unggul.

Projek Ilmiah ini membincangkan tentang sejarah dan perkembangan ekonomi keajaan Bani ‘Abbasiyyah. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji sektor utama kerajan Bani ‘Abbasiyyah dan sumber kewangannya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Baitul Mal di dalam mengususkan dan mentadbir segala harta negara. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi metode historical study dan content analysis seperti penelitian terhadap buku atau kitab yang dikaji. Hasil kajian ini mendapati kerajaan Bani ‘Abbasiyyah merupakan salah satu zaman kegemilangan dinasti Islam yang unggul.

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: onemahmud on Feb 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/17/2013

pdf

text

original

1

BAB I REVOLUSI ABBASIYYAH PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah (‘Arab: ‫ العباسدين‬al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi ّ Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.1

Golongan ‘Abbasiyah merupakan sebahagian daripada Banu Hashim (AlHashimiyah) kerana merupakan keturunan Al-‘Abbas bin ‘Abdul Mutalib bin Hashim, salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. dan sempat hidup bersama r.a dan melihatnya sebagai pemimpin agung umat Islam. Al- ‘Abbas terlibat secara aktif pada zaman Jahiliah iaitu menguruskan Jabatan Al-Siqayah dan AlRifadah.

1

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Abbasiyyah

2

1.2

REVOLUSI ‘ABBASIYAH

Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah ‘Abbasiyyah datang dari Saidina ‘Abbas bin ‘Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraish yang berlainan daripada keturunan nabi. Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina ‘Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin ‘Abdul Aziz.

1.2.1

BERTUKAR KEKUASAAN

Pembunuhan terhadap Husayn bin ‘Ali di Karbala telah menyebabkan seluruh puak Syi’ah bersatu. Serta bertambah kuat pula seruan untuk keluarga ‘Ali, hingga menimbulkan perselisihan-perselisihan dan pemberontakan yang tidak putus-putus di serataa pelusuk negeri di masa-masa tertentu. Kemudian terjadilah suatu peristiwa penting bagi sejarah Syi’ah iaitu pertukaran kekuasaan Imam dari Bait Ali kepada Bait Abbas, di tangan Abu Hashim bin Muhammad bin al-Hanafiyah ketua Syi’ah alKaysaniyyah.2 Peristiwa ini berlaku pada tahun 98 H, apabila Sulaiman bin Abdul Malik menjemput Abu Hashim ke istananya dan menunjukkan kebaikannya. Tetapi sebaliknya Khalifah merancangkan untuk membunuh Abu Hashim dengan memberinya racun, kerana seruan yang dilakukan oleh Abu Hashim. Apabila ia berasa ia akan mati, Abu Hashim pergi ke suatu kampung bernama al-Hamimah yang
2

Mohd. Mokhtar Shafie, Sejarah Islam Abad Pertama, 1995, hlm. 344.

3 terletak di Shurah, antara Aham dan Jijaz iaitu di mana Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas tinggal bersembunyi. Di sanalah Abu Hashim menyerahkan kuasanya sebagai Imam kepada Syi’ah dan menyampaikan segala maklumat serta dokumen penting pergerakan mereka bersama denga senarai nama kakitangan gerakan itu di Kufah. Dengan itu berpindahlah kuasa menjadi Imam (pemerintah) Syi’ah dari ‘Alawiyyah kepada ‘Abbasiyyah.3 Walau bagaimanapun, penyerahan ini adalah dirahsiakan kepada pengikutpengikut Syi’ah kerana mengelakkan perpecahan dalam gerakan mereka untuk menjatuhkan Bani Umayyah. Mereka telah memakai slogan ‘Keluarga Nabi’ dalam seruan mereka. Perhubungan di antara Bani Umayyah seluruhnya iaitu yang terdiri dari ‘Alawiyyin dan ‘Abbasiyyah adalah rapat sekali. Kedua-dua keluarga itu bersatu menghadapi musuh yang satu iaitu Bani Umayyah.4 Ternyata bahawa di akhir-akhir kurun pertama Hijrah keluarga ‘Abbasiyyah adalah lebih berkemampuan dari keluarga ‘Alawiyyah dari segi politik, dan lebih mempunyai bakat dalam pemerintahan. Sebeb itulah Abu Hashim ini tidak bererti mewakili sekuruh keluarga keluarga ‘Ali, kerana yang menyerahkan hanya Syi’ah Kaysaniyyah dan tidak pula Syi’ah Imamiyyah dari anak-anak Fatimah. Inilah pentingnya perkara siapakah ketua mereka perlu dirahsiakan.5

1.2.2

SUSUNAN DAKWAH ‘ABBASIYYAH

Gerakan dakwah mereka bolelah dibahagikan kepada dua peringkat iaitu yang pertama, bermula dari akhir kurun pertama hingga kepada sokongan yang diberikan oleh Abu Muslim al-Khurasani. Gerakan mereka pada peringkat ini berjalan dengan rahsia. Kadang-kadang mereka pergi ke serata pelusuk negeri dengan menyamar diri sebagai pedagang-pedagang dan jemaah-jemaah haji dan lain-lain.6

3 4

Mohd. Mokhtar Shafie, Sejarah Islam Abad Pertama, 1995, hlm. 344. Ibid. 5 Ibid. 6 Ibid.

4 Peringkat yang kedua ialah setelah penyertaan Abu Muslim al-Khurasani dalam gerakan ini. Sejak itu mereka mula berterangan dalam menjalankan kempenkempen terbuka dan melancarkan pemberontakan bersenjata, hingga tumbangnya Kerajaan Bani Umayyah.7

1.2.3

SOKONGAN DARIPADA MAWALI

Mawali ialah hamba-hamba dan orang-orang tawanan yang dibebaskan yang tediri dari orang-orang Parsi. Mereka ini telah membenci pemerintahan Bani Umayyah dan mengharapkan kejatuhannya. Ini ialah kerana kekerasan yang ditimbulkan oleh pihakpihak berkuasa terhadap mereka. Pemerintah Bani Umayyah menganggap Mawali sebagai rakyat kelas bawah. Jadi kedudukan di antara orang-orang ‘Arab dengan orang-orang bukan Arab adalah berbeza.8 Sebab itulah apabila berjalannya gerakan untuk menggulingkan kerajaan Bani Umayyah, mereka telah memberi sokongan yang kuat. Penduduk-penduduk Khurasan di bawah pimpinan Abu Muslim al-Khurasani telah memberikan pengorbanan yang besar dalam membentuk kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.9

1.2.4

JATUHNYA KERAJAAN BANI UMAYYAH

Sedang gerakan menentang Bani Umayyah rancak berjalan, Muhammad bin ‘Ali al-‘Abbasiyyah telah meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya Ibrahim. Peristiwa ini berlaku pada tahun 125 H. Waktu itu perjuangan ‘Abasiyyah telah memasuki peringkat keduanya yang bermula dari tahun 127 H, iaitu dua tahun selepas

7 8

Mohd. Mokhtar Shafie, Sejarah Islam Abad Pertama, 1995, hlm. 344. Ibid. 9 Ibid.

5 itu.Ibrahim telah berhubung dengan Abu Muslim al-Khurasani yang telah menggerakkan tenaga tentera dalam gerakan mereka.10 Abu Muslim al-Khurasani mendapat peluang baik dengan berlakunya pertentangan di antara Arab Mudzar dan Arab Yaman di Khurasan pada tahun 128 H. Bermula dari kejadian ini berlakulah sebeb kejatuhan Bani Umayyah. Berikutan dengan itu pula Khawarij telah memberontak di Yamandan Hadramaut, yang menyebabkan lemahnya kerajaan.11 Ibrahim telah menulis sepucuk surat perintah kepada Abu Muslim alKhurasani supaya membunuh setiap orang yang disyaki, sehingga kalau perlu bunuhlah sesiapa saja yang bercakap-cakap di Arab di Khurasan, katanya : Surat ini telah sampai ke tangan Marwan bin Muhammad, maka Ibrahim pun ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dan dibunuh.12 Abu Salamah al-Khallal menjalankan dakwah pula. Apabila Ibrahim mengetahui yang ianya tidak ada lagi harapan untuk hidup, ia pun mengangkat saudaranya meneruskan dakwah dan meneruskan perjuangan hingga ke Kufah.13 Dalam pertempuran di luar Kufah, Yazid bin Umar bin Hubairah iaitu panglima Bani Umayyah telah dikalahkan dan ianya lari ke Wasit. Abu Salamah alKhallal pula masuk menawan Kufah pada tahun 132 H, dengan hanya sedikit tentangan.14 Pada akhir tahun itu juga bendera hitam yang menjadi lambang Bani ‘Abbas telah terkibar di tembok-tembok Damsyik. Apabila jawatan khalifah terserah kepada Abu ‘Abbas, dia telah menghantar bapa saudaranya ‘Abdullah bin ‘Ali untuk memerangi Marwan bin Muhammad yang melarikan diri dan bertahan di Sungai Zab di Iraq. Ramai tenteranya terbunuh dan lemas di sungai itu termasuk lebih kurang 300 orang dari bani Umayyah pada 11 hari bulan Jamadil Akhir, 132 H.15

10 11

Mohd. Mokhtar Shafie, Sejarah Islam Abad Pertama, 1995, hlm. 347. Ibid. 12 Ibid. 13 Ibid. 14 Ibid. 15 Ibid.

6 Kemudian Marwan bin Muhammad ke Nausil dan terus ke Hurran membuat pertahana di sana tetapi dikalahkan. Selepas itu ia mengikuti Sungai Furat, tetapi setelah ‘Abdullah bin ‘Ali menyekat jalannya, maka harta bendanya dirampas. Marwan bin Muhammad terus melarikan diri ke Palestin dan Urdun (Jordan) untuk membuat pertahanan dan dikalahkan juga.16 ‘Abdullah terus di Damsyik mengepung tentera Bani Umayyah dan ia dapat mengalahkan al-Walid bin Muawiyah bin Abdul Malik bersama dengan 50,000 tentera serta membunuh ramai dari Bani Umayyah.17 Akhirnya Marwan bin Muhammad menemui ajalnya di salah sebuah kampung bernama Busir di Mesir di tangan Saleh bin Ali al-‘Abbasi, iaitu pada malam Ahad 27 hari bulan Zulhijjah, 132 H. Dengan itu tamatlah riwayat kerajaan Bani Umayyah dan terbentuklah kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.18

1.3

PENUBUHAN KERAJAAN ‘ABBASIYYAH

Ditubuhkan apabila Abu al-‘Abbas ‘Abdullah bin Muhammad al-‘Abbasi. Lebih dikenali sebagai al-Saffah. Dilantik oleh penduduk Kufah sebagai Khalifah negara Islam dan berjaya menewaskan Khalifah Banu Umawi yang terakhir iaitu Khalifah Marwan bin al-Hakam II bin Muhammad pada tahun 13 H. Dawlah ini berterusan dalam jangka masa yang panjang kira-kira 500 tahun. Diterajui oleh 37 khalifah, semuanya daripada keturunan bapa saudara Nabi iaitu al-‘Abbas bin ‘Abd Mutalib.19 Pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah berdiri pada tahun 132 H/ 749 M seiring dengan runtuhnya pemerintahan Bani Umayyah. Pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah runtuh pada tahun 856 H/ 1258 M setelah orang-orang Mongol menghancurkan Baghdad dan membunuh khalifah terakhir Bani ‘Abbasiyyah. Dengan demikian, Bani ‘Abbasiyyah menjadi penguasa selama 524 tahun yakni dari tahun 132 hingga 656 H.
16 17

Mohd. Mokhtar Shafie, Sejarah Islam Abad Pertama, 1995, hlm. 347. Ibid. 18 Ibid.
19

7 Pemerintahan mereka dibahagi kpada dua periode sebagaimana yang banyak diistilahkan oleh kalangan sejarawan. 1. Pemerintahan ‘Abbasiyyah periode I: Periode ini dimulai sejak tahun 132 hingga 247 H/ 749 – 861 M. Periode ini merupakan masa kejayaan para khalifah ‘Abbasiyyah. Pada periode ini ianya diperintah oleh sepuluh orang khalifah. 2. Pemerintahan ‘Abbasiyyah periode II: Periode ini dimulai dari tahun 247 – 656 H/ 861 – 1258 M. Masa ini adalah masa lemahnya para khalifah dan lenyapnya kekuasaan mereka. Pada masa ini pemerintahan ‘Abbasiyyah dikuasai oleh pembesar atau menteri yang dilantik oleh khalifah. Khalifah-khalifah yang memerintah pada periode kedua ini seramai 27 orang.20

1.3.1

Khalifah Bani ‘Abbasiyyah Periode Pertama (132-347 H/ 749-861 M)

Senarai nama khalifah yang memerintah pada periode I:

1. Abu ‘Abbas ‘Abdullah bin Muhammad (al-Saffah), 132-136 H/ 749-753 M. 2. Abu Ja’far ‘Abdullah bi Muhammad (al-Mansur), 137-158 H/ 753-774 M. 3. Muhammad bin ‘Abdullah bin Muhammad (al-Mahdi), 158-169 H/ 774785 M. 4. Musa bin Muhammad bin ‘Abdullah (al-Hadi), 169-170 H/ 785-786 M. 5. Harun bin Muhammad bin ‘Abdullah (al-Rasyid), 170-193 H/786-808 M. 6. Muhammad bin Harun bin Muhammad (al-Amin), 193-198 H/ 808-813 M.

20

Ahmad al-Usairy, Sejarah Islam Sejak Zaman Nabi Hingga Abad XX, 2003, hlm. 218.

8 7. ‘Abdullah bin Harun bin Muhammad (al-Ma’mun), 198- 218 H/ 813- 833 M. 8. Muhammad bin Harun bin Muhammad (al-Mu’tasim), 218-227 H/ 833841 M. 9. Harun bin Muhammad bin Harun (al-Wathiq), 227-232 H/ 841-846 M. 10. Ja’far bin Muhammad bin Harun (al-Mutawakkil), 232-247 H/ 846-861 M.21

Pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah periode kedua berlangsung dari tahun 247 hingga 556 H atau hingga 1258 M. Dengan kata lain periode ini berlangsung lebih dari 400 tahun. Pada periode inilah lemahnya para khalifah dan didominasi oleh golongan menteri atau pembesar yang dilantiknya. Munculnya negeri-negeri kecil akibat ramainya pemimpin yang memisahkan diri dari kerajaan pusat dan pengakuan khalifah terhadap kekuasaan mereka. Pada periode ini juga, munculnya peradabanperadaban Islam masa lalu di masa ini dalam bentuk ilmu pengetahuan, pembangunan, kemewahan dan poya-poya.22 Selain itu juga, pada periode ini serangan pasukan Salib ke wilayah kaum muslimin, dan akhir sekali serangan dari pasukan Mongolia dan dihancurkannya pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah dan jatuhnya Baghdad pada tahun 656 H/ 1258 M.23

1.3.2

Khalifah Bani ‘Abbasiyyah Periode Kedua (247-656 H/ 861-1258 M)

Senarai nama khalifah yang memerintah pada periode II:

21 22

Ahmad al-Usairy, Sejarah Islam Sejak Zaman Nabi Hingga Abad XX, 2003, hlm. 219. Ibid, hlm. 245. 23 Ibid.

9 1. Muhammad bin Ja’far al-Mutawakkil (al-Muntasir), 247-248 H/ 861-862 M. 2. Ahmad bin Muhammad al-Mu’tasim (al-Musta’in), 248-252 H/ 862-866 M. 3. Muhammad bin Ja’far al-Mutawakkil (al-Mu’taz), 252-255 H/ 866-868 M. 4. Muhammad bin Harun al-Wathiq (al-Muhtadi), 255-256 H/ 868-869 M. 5. Ahmad bin Ja’far al-Mutawakkil (al-Mu’tamid), 256-279 H/ 869-892 M. 6. Ahmad bin Thalhab bin Ja’far (al-Mu’tadhid), 279-789 H/ 892-901 M. 7. ‘Ali bin Ahmad al-Mu’tadhid (al-Muktafi), 289-295 H/ 901-907 M. 8. 9. Ja’far bin Ahmad al-Mu’tadhid (al-Muqtadir), 295-320 H/ 907-923 M. Muhammad bin Ahmad al-Mu’tadhid (al-Qahir), 320-322 H/ 932-933 M.

10. Muhammad bin Ja’far al-Muqtadir (al-Radhi), 322-329 H/ 933-940 M. 11. Ibrahim bin Ja’far al-Muqtadir (al-Muttaqi), 329-333 H/ 940-944 M. 12. ‘Abdullah bin al-Muktafi (al-Mustakfi), 333-334 H/ 944-945 M. 13. Al-Fadhl bin Ja’far al-Muqtadir (al-Muthi’), 334-363 H/ 945-973 M. 14. ‘Abdul Karim ibnul Fadhl al-Muthi’ (al-Tha’i), 363-381 H/ 945-973 M. 15. Ahmad bin Ishaq ibnul Muqtadir (al-Qadir), 381-422 H/ 973-991 M. 16. ‘Abdullah bin Ahmad al-Qadir (al-Qaim), 422-467 H/ 1030-1074 M. 17. ‘Abdullah bin Muhammad ibnul Qaim (al-Muqtadi), 467-487 H/ 10741094 M. 18. Ahmad bin ‘Abdullah al-Muqtadi (al-Mustazhir), 487-512 H/ 1094-1118 M. 19. Al-Fadhl bin Ahmad al-Mustazhir (al-Mustarsyid), 512-529 H/ 1118-1134 M.

10 20. Manshur ibnul al-Fadhl al-Mustarsyid (al-Rasyid), 529-530 H/ 1134-1135 M. 21. Muhammad bin Ahmad al-Mustazhir (al-Muqtafi), 530-555 H/ 1135-1160 M. 22. Yusof bin Ahmad al-Muqtafi (al-Mustanjid), 555-566 H/ 1160-1170 M. 23. Al-Hasan bin Yusof al-Mustanjid (al-Mustadhi’), 566-575 H/ 1170-1179 M. 24. Ahmad ibnul Hasan al-Mustadhi’ (al-Nashir), 575-622 H/ 1179-1225 M. 25. Muhammad bin Ahmad al-Nashir (al-Zhahir), 622-623 H/ 1225-1226 M. 26. Manshur bin Muhammad al-Zhahir (al-Mustanshir), 623-640 H/ 12261242 M. 27. ‘Abdullah bin Manshur al-Mustanshir (al-Mu’tashim), 640-656 H/ 12421258 M.24

1.4

KEJATUHAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH

Orang-orang Mongolia adalah bangsa yang berasal dari Asia Tengah. Negeri mereka adalah Mongolia sebuah kawasan terjauh di China. Mereka terdiri daripada kumpulan besar dari kabilah-kabilah yang pelbagai yang kemudian disatukan oleh Jenghis Khan (603-624 H/ 1206-1226 M) dan menjadikan Khurah Quram sebagai ibu kota pemerintahannya. Mereka adalah orang-orang Badwi-sahara yang terkenal dengan sikap yang keras kepala dan suka melakukan kejahatan. Selain itu, mereka juga adalah manusiamanusia yang suka berperang, merompak, danmenumpahkan darah, serta meyembah

24

Ahmad al-Usairy, Sejarah Islam Sejak Zaman Nabi Hingga Abad XX, 2003, hlm. 247,248.

11 berhala-berhala, bintang-bintang, dan matahari. Mereka memakan apa sahaja, dan senang melakukan hal-hal yang hedonistik-permisif.

1.4.1

SERANGAN MONGOL

Sebagai awal dan permulaan dari penghancuran Baghdad dan khilafah Islam, orangorang Mongolia menguasai negeri-negeri Asia Tengah Khurasan dan Persia. Mereka berhasil menakluki negeri Khawarizmi dan menguasai Asia Kecil. Dengan demikian, Iraq telah terbuka di depan mata mereka. Hulagu Khan dan pasukannya menyerang Baghdad dengan pasukan yang sangat besar. Mereka langsung memenangkan peperangan sejak langkah pertama. Sementara itu, Khalifah al-Mu’tasim langsung menyerah. Setelah itu, para pemimpin dan fukaha’ juga keluar, sehingga Baghdad kosong dari orang-orang yang mempertahankan kota. Maka, Hulagu Khan membunuh khalifah dan orang-orang yang datang bersamanya.

Hulagu kan mengizinkan pasukannya untuk melakukan apa sahaja di Baghdad. Mereka menghancurkan kota Baghdad dan membakarnya. Pembunuhan dan perompakan berlangsung selama 40 hari. Sementara orang-orang yang menjadi korban pembunuhan ini berjumlah lebih kurang dua juta orang, sebagaimana disebutkan oleh sebahagian sejarawan.

1.4.2

FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN ‘ABBASIYYAH

Kemusnahan Kerajaan ‘Abbasiyyah secara langsung ialah dengan pelanggaran Hulagu Khan yang menghancurkan ibu kota Baghdad, pada tahun 1258 M, yang selama ini menjadi kota ilmu pengetahuan dan pusat kebudayaan. Penduduk ibu kota itu dianggarkan pada mulanya ialah sebanyak 2 juta orang. Menurut Ibn Khaldun

12 sejumlah satu juta dan enam ratus ribu telah terkorban akibat tindakan tentera Mongol. Dengan bencana itu, maka bermulalah kemusnahan Kerajaan ‘Abbasiyyah.25 Di samping sebab yang langsung seperti tersebut di atas, terdapat juga faktorfaktor lain yang membawa ke arah kelemahan dan kejatuhan Kerajaan ‘Abbasiyyah. Misalnya persaingan antarabangsa Arab dan bukan Arab, dan perbezaan antara penganut berbagai aliran agama Islam telah membawakan kepada kelemahan Empayar ‘Abbasiyyah. Misalnya golongan penyokong ‘Ali tidak berpuas hati terhadap aliran Khawarij. Penganut aliran Mu’tazilah bermusuhan dengan golongan al-Sunnah. Persaingan antarabangsa Parsi dan Arab memainkan peranan yang penting ke arah kelemahan Empayar Islam; dilanjutkan pula dalam bentuk fahaman Syi’ah yang dianuti oleh orang Parsi dan mazhab al-Sunnah diikuti oleh segolongan besar orang Arab.26 Semangat orang Arab Islam untuk menegakkan kekuasaan mereka mulai merosot. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kekayaan yang diperolehi telah menjadikan mereka lemah. Diikuti dengan kejatuhan moral yang berpunca daripada kemewahan hidup yang mendorong mereka untuk berfoya-foya. Sistem harim dan jumlah besar hamba perempuan budak-budak lelaki telah menjatuhkan nilai moral orang Arab. Pengaruh yang sama berlaku terhadap sesetengah-sesetengah khalifah Bani ‘Abbasiyyah.27 Selepas Harun al-Rasyid, al-Ma’mun dan al-Mu’tasim tidak terdapat lagi ketua negara Kerajaan ‘Abbasiyyah yang berkebolehan untuk memimpin kerajaan. Khalifah-khalifah ‘Abbasiyyah yang terakhir tersangat lemah; setengah-setengahnya dipengaruhi oleh kehidupan yang suka berfoya-foya dengan wanita, arak, nyanyian, muzik dan gaya hidup yang senang dan berpeleseran. Mereka tidak lagi mementingkan tentang kekuatan ketenteraan yang dapat menguatkan kewibawaan Empayar Islam.28

25 26

Ismail Hamid, Pengantar Sejarah Umat Islam, 1985, hlm. 102. Ibid. 27 Ibid. 28 Ibid.

13 Faktor ekonomi juga memainkan peranan penting. Keadaan itu berlaku kerana pemerintah membelanjakan wang dengan membazir untuk memberi hadiah yang lumayan dan melancarkan peperangan. Sementara cukai yang berat telah membebankan rakyat dan membantut kegiatan ekonomi di kalangan mereka. Bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan kemarau turut memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi negara, kerana secara langsung memusnahkan sumber-sumber ekonomi negara.29 Al-Mu’tasim telah mencipta satu dasar yang melemahkan Kerajaan ‘Abbasiyyah apabila beliau mengambil 50,000 orang Turki untuk menjadi askar upahan dengan harapan untuk menjadikan mereka sebagai penyokongnya yang setia. Apabila orang Turki ini menjadi pengawal istana, maka kedudukan mereka bertambah kuat, lalu mereka mulai menguasai khalifah sehingga khalifah terpaksa mengikut arahan mereka. Malah al-Mu’tasim sendiri terpaksa berpindah dari kota Baghdad ke Samara kerana tentera Turki mengacau orang ramai di kota Baghdad.30 Dalam abad pertengahan, prinsip yang penting bagi kepentingan sebuah negara itu terletak pada kekuatan angkatan tentera. Tetapi Kerajaan ‘Abbasiyyah pada masa akhir-akhir ini tidak lagi mengambil perhatian penting tentang kekuatan tenteranya. Dengan kelemahan angkatan tentera, mudahlah sahaja pihak musuh menguasai sesuatu negeri itu, seperti yang berlaku kepada Kerajaan ‘Abbasiyyah. Apabila diserang oleh tentera Mongol, mereka tidak dapat lagi bertahan sehingga kota Baghdad telah dimusnahkan. Biarpun Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan kerajaan yang kuat pada mulanya, tetapi akhirnya telah menjadi lemah kerana kekacauan dan pemberontakan terus-menerus berlaku; misalnya pemberontakan puak Khawarij di Hijaz, kaum Kurdis di Iraq dan beberapa pemberontakan lain di jajahan Islam yang lain.31 Hukuman kejam terhadap orang besar yang telah berjasa kepada negara seperti hukuman bunuh kepada seluruh keluarga Barmak oleh Harun al-Rasyid telah mengeruhkan suasana. Walaupun Perdana Menteri Ja’fa Barmak dan keluarganya telah berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada negaa, namun Harun al-Rasyid
29 30

Ismail Hamid, Pengantar Sejarah Umat Islam, 1985, hlm. 102. Ibid, hlm. 102, 103. 31 Ibid, hlm. 103.

14 bertindak tanpa belas kasihan terhadap keluarga ini dan merampas harta benda mereka. Peristiwa ini merupakan sejarah yang hitam sekali dalam sejarah Kerajaan ‘Abbasiyyah.32 Sementara itu, jajahan Kerajaan ‘Abbasiyyah yang luas tidak dapat dikawal dengan baik. Tidak terdapat hubungan yang erat antara kerajaan pusat dengan daerahdaerah yang jauh ditadbirkan oleh gabenor-gabenor yang mengambil kesempatan untuk menjalankan pentadbiran secara autonomi. Gabenor pula menunjukkan sikap taat setiap kepada khalifah pada lahirnya sahaja, sedangkan mereka berkuasa penuh di dalam daerahnya. Keadaan ini membawa ke arah perpecahan daripada kerajaan pusat. Apabila khalifah-khalifah yang lemah dipilih menjadi ketua negara, maka daerahdaerah yang selama ini menikmati hak-hak autonomi mulai membebaskan diri daripada kerajaan pusat, dan menubuhkan kerajaan-kerajaan yang merdeka, seperti Kerajaan Fatimiyyah di Mesir, Kerajaan Tahriyah, Kerajaan Saffariyah, Kerajaan Sammaniyah dan lain-lain.33

1.5

KESIMPULAN
32 33

Ismail Hamid, Pengantar Sejarah Umat Islam, 1985, hlm. 103. Ibid.

15

Dengan berakhirnya Dawlah Bani Umayyah dan bermulalah era pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah dengan Abu al-‘Abbas ‘Abdullah al-Saffah sebagai khalifah yang pertama. Dengan ini tertegaklah kekuasaan Bani ‘Abbas, dan sekali lagi menafikan perjuanan golongan Syi’ah yang mahu melantik golongan ‘Alawiyyun sebagai khalifah negara Islam. Pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah hanya sementara, selepas iu mulalah dikuasai oleh orang Turki, Bani Buwaih dan Bani Saljuk. Selepas pada itu kerajaan ini melalah nampak keretakan dan kepincangan iaitu bibit perpecahan dan kemusnahan mulai kelihatan. Akhirnya kerajaan ini dihancurkan oleh tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan pada tahun 1258 M.

16

BAB II

SEKTOR-SEKTOR UTAMA EKONOMI KERAJAAN ‘ABBASIYYAH

2.1

PENGENALAN

Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan salah sebuah kerajaan yang amat makmur dengan kegemilangan tamadunnya yang tinggi. Tidak hairanlah sekiranya ianya telah mencapai aspek kemajuan dan pembangunan dalam setiap sektor, tidak kira dalam sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan. Sektor-sektor ini merupakan nadi utama ekonomi kerajaan Bani ‘Abbasiyyah. Sekiranya tiadanya sumber-sumber ini maka tidak diketahui apa akan jadi kepada nasib kerajaan ini. Di setiap sektor memainkan peranan penting yang tersendiri untuk memberikan sumbangan ekonomi di tahap yang maksima. Di dalam bab ini akan diterangkan satu persatu tentang sektor ekonopmi ini yang menjadi penyumbang kepada ekonomi kerajaan ‘Abbasiyyah selain sumbersumber yang lain.

2.2

PERTANIAN

17

Kegiatan perdagangan tidak mungkin mencapai kepesatan yang luar biasa jika tidak ditampug oleh kegiatan pertanian dan perindustrian yang mapan. Hal ini yang sangat menjadi perhatian para penguasa dinasti Abbasiyah. Pada masa ‘Abbasiyah lah bidang pertanian mengalami perkembangan pesat, karena di samping ibu kota terletak di daerah sangat subur (diapit oleh sungai Eufrat dan Tigris), para penguasa memberi kekebasan kepada penduduk setempat untuk mengolah lahan pertanian mereka, tanpa tekanan-tekanan yang bersifat diskriminatif (membeza-bezakankan). Pertanian juga telah mencapai kemajuan kerana kesedaran pihak pemerintah tentang betapa perlunya pertanian sebagai sumber hasil negara yang utama dan juga kerana kerajaan memberi penghormatan dan layanan yang elok kepada pemilikpemilik tanah yang subur. Kerajaan telah memajukan pertanian di kawasan lembahan sungai Eufrates dan Tigris yang terkenal subur itu, di mana kemudahan-kemudahan taliair dan terusan diadakan. Banyak hasil pertanian yang ditanam di Asia barat diperkenalkan kepada Eropah, terutamanya penanaman tebu.34 Bidang pertanian maju pesat pada masaa awal dinasti ‘Abbasiyah karena pemerintahannya sendiri terletak diderah yang sangat subur, ditepian sungai yang biasa di kenal Sawad; karena mereka menyedari pertanian merupakan sumber utama pemasukan Negara; dan pengelohan tanah hampir sepenuhnya di kerjakan oleh penduduk asli, yang statusnya mengalami peningkatan pada masa rezim baru ini. lahan-lahan pertanian yang terlantar, di desa-desa yang hancur di berbagai wilayah kerajaan di perbaiki dan dibangun kembali secara bertahap.35 Daerah rendah didaerah Tigris-Eufrat, yang merupakan daerah terkaya setelah Mesir, dan dipandang sebagai surga aden, mendapat perhatian khusus dari pemerintah pusat. Mereka membuka kembali saluran irigasi yang lama dari sungai Eufrat, dan membuat saluaran irigasi baru sehingga membentuk “jaringan yang sempurna”. Kanal besar pertama, yang disebut Nahr I’sa setelah digali kembali oleh keluarga al-Mansur,

34

35

Auni Haji Abdullah, Lintasan Sejarah Islam, 1972, hlm. 112. http://faroji83.wordpress.com/2008/06/05/bani-abbasiyah/

18 menghubungkan aliran sungai Eufrat di Anbar sebelah barat laut dengan sungai Tigris di Baghdad.36 Sekolah-sekolah pertanian dibuka untuk menganalisis sifat-sifat tanah dan tanaman yang cocok untuk ditanam di atas jenis tanah dan iklim yang beraneka, sebuah karya penting tentang ilmu pengolahan tanah dan tanaman ditulis di Iraq oleh seorang pengkaji, Ibn Washiyyah dalam buku yang dinamakan kitab Al-Filalah al Nabatiyyah (291 H/904 M) yang isinya merupakan hasil kajian dan perpaduan antara ilmu tradisional dengan ajaran-ajaran yang termaktub dalam filsafat-filsafat kuno. Wilayah Spanyol yang sangat subur tidak disia-siakan kaum muslimin. Gandum merupakan makanan utama, hampir seluruh kaum muslimin saat itu diperkebunan sayur-mayur, tumbuhan penuh dan beraneka ragam makanan rambat serta rempah-rempah melimpah ruah. Di wilayah-wilayah selain sayuran, kaum muslimin menanam seluruh jenis buah-buahan yang terdapat di Mediterania, sementara di daerah pinggiran gurun, ditanami pohon kurma yang menjadi makanan pokok penduduk miskin saat itu. Tanaman asli Irak terdiri atas gandum, padi, kurma, wijen, kapas dan rami. Daerah yang sangat subur berada di daratan tepian sungai ke selatan, Sawad, yang menumbuhkan berbagai jenis buah dan sayuran, yang tumbuh didaerah panas maupun dingin. Kacang , jeruk, terung, tebu, dan beragam bunga seperti, bunga mawar dan violet tumbuh subur.37 Daerah Khurasan merupakan daerah pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan pajak kerajaan terbesar. Kota bundar Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang membentang dari Bashrah ketenggara. Ditamantaman ini tumbuh subur beberapa jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon, jeruk, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak,
36 37

http://faroji83.wordpress.com/2008/06/05/bani-abbasiyah/ Ibid.

19 mentimun, mawar, kemangi, segka, di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti yang diisi es, harga satu buah semanga diBaghdad mencapai 700 dirham. Pada keyataannya , pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu, kecuali magga, kentang, tomat, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari dunia baru. Dan Negara koloni Eropah di seberang benua. Pertanian merupakan sumber terpenting kerajaan ‘Abbasiyah dan petani merupakan majoriti penduduk yang mendiami seluruh wilayah kekuasaan di antara mereka yang hanya menjadi buruh tani, praktek pengolahan tanah pertanian tidak jauh berbeza dengan amalan masa khulafa’ al-Rasyidin. 2.3 PERINDUSTRIAN

Di bidang industri terdapat pemisah antara sektor pemerintah dan swasta, tetapi bagaimana bebasnya pihak swasta bergerak dalam suatu industri kerajinan tangan misalnya ia Tetap di bawah aturan dan pengawasan negara. Hampir seluruh Perindustrian yang berskala besar ditangani oleh negara, seperti fabrik senjata, galangan kapal laut, armada perdagangan fabrik kertas dan fabrik barang-barang lux lainnya. Termasuk brukat emas untuk pakaian para khalifah dan hadiah raja-raja. Demikian juga percetakan mata wang emas dan perak. Industri lain yang sangat penting pembuatan kertas tulis, yang di perkenalkan pada abad ke 8 dari China ke Samarkhan kertas Samarkand, yang diduduki Islam pada tahun 704, di pandang tidak ada tandingannya pada saat itu. Sebelum akhir abad ke 8 Baghdad memiliki pabrik kertas pertama. Secara bertahap kota-kota lain juga mendirikan fabrik.38 Perindustrian sangat maju di masa ini. Di kawasan Asia Barat banyak didapati perusahaan membuat permaidani, selimut, sutea, kapas, kain-kain bulu, kain-kain tenun, alat-alat perkakas rumah dan dapur. Kufah menjadi pusat perusahaan sutera. Syiraz pula merupakan pusat pengeluaran jubah dan kain-kain tenun. Bandar-bandar di Lubnan dan Syiria seperti Tyre, Sidon dan lain-lain adalah merupakan pusat perusahaan barang-barang gelas dan kemudian ianya diperkenalkan kepada barat.
38

http://faroji83.wordpress.com/2008/06/05/bani-abbasiyah/

20 Perusahaan membuat kertas juga bertambah maju dan orang-orang barat telah menirunya.39 Seni mengolah perhiasan juaga mengalami perkembangan pada masa Dinasti Abbasiyah, mutira, safir, rubi, emerald, dan permata sangat disukai para bangasawan; sedangakan batu zamrud yang berwarna biru kehijauan, batu carnelius, coklat, atau hitam disukai oleh kalangan bawah. Salah satu batu berharga paling terkenal di dalam sejarah Arab adalah rubi besar, yang pernah dimiliki oleh raja Persia, yang diatasnya di ukir nama Harun, ketika ia memperoleh 40 ribu dinar, rubi itu begitu besar dan berkilau hingga “jika pada malam hari kita meletakan di kamar yang gelap, ia akan bersinar seperti lampu. Suadara perempuan Harun seperti yang kita ketahui mengenakannya uantuk menghias kepalanya, sedangkan istrinya menggunakannya untuk menghias sepatunya.40

Kemahiran tangan yang di tangani oleh pihak swasta sangat banyak dan bervariasi. Secara umum para produsen bertindak pula sebagai penjual barang-barang yang diproduksinya. Bahkan, mereka yang bergerak di bidang tekstil, terhimpun dalam sebuah unit koperasi yang disebut bazzaz (produsen dan penjual kain) yang pekerjanya penenun, pemintal dan binatu, kekuatan mereka yang begitu besar dan sangat dominan, terutama di kota-kota besar, melahirkan kelompok baru dalam masyarakat, aristokrat kaum pedagang. Beberapa bidang industri dan kerajinan rakyat yang terkenal pada masa ini antara lain: 1. Industri gelas dan tembikar. 2. Industri tekstil dan tenun terdapat di Myat, Kabul, Transoxiana, Maroko Andalus, Merx dan Mesir mosul sejak awal terkenal dengan pembuatan permadani yang khas, sedangkan kain kepala dari sutra yang hingga kini dikenal dengan sebutan kufiah, Damaskus terkenal dengan pembuatan kain Dumas yang disulami dengan benang emas dan kain-kain tirai yang dibuat dari pintalan sutera.

39 40

Auni Haji Abdullah, Lintasan Sejarah Islam, 1972, hlm: 111. http://faroji83.wordpress.com/2008/06/05/bani-abbasiyah/

21 3. Kertas telah lama dikenal orang di Cina. Ketika Samarkhand ditaklukkan kaum muslimin (704 M), di kota ini terdapat pabrik kertas tulis yang diproduksinya sangat halus dan bagus, pada akhir ke 8 M. Baghdad telah memiliki pabrik kertas tersendiri. Dari kaum muslimin di Spanyol bangsa Eropa mengenal kertas abad ke 12 dan 13 M. 4. Industri pertimbangan, penggalian perak, kuningan, timah, dan besi terdapat di daerah Afrika dan Andalus. 5. Penggilingan gula tebu menyebar di sebelah barat daya Persia, Basrah, dan Tusthat, begitu juga pengolahan minyak jaitun yang menjadi pelezat makanan terdapat di Andalus Maroko dan Mesir. 6. Selain jenis industri yang tercantum di muka dinasti Abbasiyah menggalakan industri pembuatan lilin, sabun kerajinan kulit, galangan kapal perang dan lain-lain.

2.4

PERDAGANGAN

Pendekatan Khalifah Harun al-Rasyid sebelum mangkatnya pada tahun 193 Hijrah telah dapat melaksanakan suatu nilai kemakmuran dan keamanan yang tulen kepada masyarakat Islam. Kota Baghdad yang belum berusia setengah abad di zamannya telah tumbuh dengan pesatnya menjadi pusat dunia yang amat makmur dan mempunyai erti antarabangsa.41 Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban yang tinggi itu dicapai dengan melibatkan jaringan perdangan internasional yang luas. Pelabuhanpelabuhan seperti Baghdad, Bashrah, Siraf, Kairo, dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internaisonal.42 Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang dengan secara kafilah dan barangnya dibawa oleh kuda. Di sebelah barat orang-orang Arab telah berdagang sampai ke Sepanyol. Mereka telah menjual kurma,
41

42

Haji Dusuki bin Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, 1974, hlm. 373. http://faroji83.wordpress.com/2008/06/05/bani-abbasiyah/

22 gula, kapas, kain bulu, alat besi dan gelas serta mengimport rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negeri-negeri Asia. Dari Afrika diimport, gading, kayu arang dan hamba abdi.
43

Luas wilayah kerajaan yang tingginya tingkat peradaban yang dicapai baik dalam bidang industri maupun pertanian memaksa diadakan suatu perdagangan Internasional yang lebih luas. Berikut laluan-laluan penting yang dilalui para saudagar pada kegiatan niaga pada masa dinasti Abbasiyah: 1. Dari barat ke timur via Mesir, menggunakan laluan ini. Kebanyakan

para pedagang Yahudi yang menjadi mitra usaha saudagar muslim dan Irak. Di Istahan mereka mempunyai perkampungan dagang yang disebut Havi Yahudi (lorong Yahudi). 2. 3. Dari Eropah ke Timur Via Antiokia terus ke Baghdad melalui sungai Dari utara Rusia ke timur melalui laut Kaspian kemudian ke Marx,

Eufrat, kemudian teluk Persi, Yaman, India dan China. Balk, Bukhara, Samarkhand, Transoxiana, dan China. 4. Jalur darat dari Eropa ke timur dimulai dari Andalusia, melalui Jabal

Tariq ke Maroko, Tunisia, Mesir, Damaskus, Irak (Baghdad, Basrah, dan Kuffah) lalu ke Iran, Kirman, India dan berakhir di China. Para saudagar muslim yang berniaga lewat jalur ini sekarang disebut silk road (jalur sutra). Disebut demikian karena salah satu barang dagangan yang diangkut berupa sutra. 5. Jalur laut dan Teluk Persi, Gujerat, Selat Malaka, Jawa, Laut China ke

Kanton (China). Sebuah karya maha penting tentang laluan-laluan dan pusat perdagangan dan pemerintahan ditulis pada masa ini (abad ke 3 H/ 9 Masihi) oleh seorang ahli geografi Abu Al–Qosim bin Khurdadhbeh dari Persia dalam buku yang dinamakannya AlMusalik wa al Mamalik, berikut pusat-pusat penting perdagangan pada masa dinasti
43

Auni Haji Abdullah, Lintasan Sejarah Islam, 1972 hlm: 111

23 Abbasiyah: 1. Antiokia yang terletak di pesisir timur laut tengah pelabuhan yang

diperlebar pada masa Khalifah al-Mu’tasim ini merupakan pusat perdagangan Syam yang menjadi transit (perhentian) para saudagar timur dan barat. 2. Pelabuhan Iskandariah dan Varma, juga menjadi penghubung antara pedagang yang dagang dari Eropah dan Laut Merah. 3. Ailot, Qolzam, dan Jeddah, adalah pusat-pusat perdagangan Laut Merah, Jeddah bahkan setiap tahun menjadi terminal jamaah haji yang datang dari pelusuk dunia. 4. Aden merupakan pintu gerbang kapal-kapal yang akan memasuki Laut Merah. 5. Basrah pintu gerbang kota Baghdad dan muara sungai Tigris didatangi

oleh pedagang dari timur dan barat 6. Baghdad merupakan kota dagang terbesar di Asia, sebagaimana

Iskandaria sebagai pusat perdagangan di Afrika, kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukannya sebagai ibu kota daulat Abbasiyah dan pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru. 7. Damaskus menjadi kota dagang penting karena dilewati oleh kapilah-

kapilah jamaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekkah. 8. Tushat, kota dagang Mesir di zaman dinasti Fatimiyyah, merupakan

kota terbersih dan aman tentram 9. Tes (Maroko) dan lain-lain

24 Satu kebiasaan bangsa Arab sebelum Islam dan diteruskan kaum muslim, yakni dilangsungkannya pekan-pekan dagang dan bazaar raya pada waktu-waktu tertentu kota-kota penting perdagangan.44

Disebelah timur, pedagang Islam telah menjelajah sampai ke Cina, yang berdasarkan riwayat berbahasa Arab, telah dilakukan sejak masa Khalifah al-Manshur para pengusaha dari Bashrah yang membawa dagangannya dengan kapal laut kebergabagai negri yang jauh, masing-masing membawa muatan bernilai lebih dari satu juta diraham. Seorang pemilik penggilingan di Bashrah di Baghdad mampu berderma untuk orang miskin 100 dinar perhari, tingkat aktiviti perdagangan di dukung oleh pengembangan industri. Daerah asia barat menjadi pusat industri karpet, sutra, kapas, dan kain wol, satin dan brokat, sofa lengkapan dapur dan rumah tangga lailainnya.45 Di sepanjang pelabuhan yang berbatu-batu panjangnya berlabuh beratus-ratus lapal termasuk kapal perang dan kapal pedagang antarabangsa. Di kedai-kedainya pula terdapat jualan sutera dan kasturi yang berasal dari Tiongkok, rempah ratus dan cat dari India, batu-batu permata dan hasil-hasil perusahaan dari Turki dan Asia Tengah, madu, lilin dan barang-barang kulit dari Skandinavia dan Rusia, gading dan barang-barang galian seperti emas permata dan lain-lain dari Afrika-Timur, beras dan gandum dari Mesir, barang-barang kaca dan buah-buahan dari Syiria, bahan-bahan sutera dan bau-bauan dari Parsi.46 Dari Baghdad pula, saudagar-saudagar Arab mengirim barang-barang dagangan mereka ke Timur Jauh, Eropah dan Afrika. Mata wang Arab yang belum beberapa lama kemudian telah ditemui orang jauh di Utara sampai ke Rusia, Finland, Sweden dan Jerman. Semuanya membuktikan kegiatan saudagar-saudagar Arab Islam pada zaman itu yang menguasai pasaran dunia. Riwayat pengalaman nelayan Sinbad, salah satu cerita yang paling terkenal adalah berasas kebenaran yang dilakukan oleh saudagar-saudagar Islam.47
44

http://anakciremai.blogspot.com/2008/07/makalah-tarikh-islam-tentang.html Ibid. 46 Haji Dusuki bin Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, 1974, hlm. 374. 47 Haji Dusuki bin Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, 1974, hlm. 374.
45

25

Isteri Khalifah Harun al-Rasyid sendiri yang bernama Siti Zubaidah juga telah mengambil peranan yang penting ke arah kemakmuran. Pada satu musim haji, Siti Zubaidah telah menghadiahkan sebuah perigi yang besar kepada orang yang mengerjakan haji di Mekah. Perigi itu diwakafkan kepada semua orang. Hingga zaman ini perigi itu masih ada dan terkenal dengan nama ‘Ain Zubaidah.48 Perniagaan tetap menjadi perhatian yang besar, baik dari penguasa Umawiyyah maupun Abbasiyah lebih menggondol bangsa Arab dalam memegang sentral kekuatan ekonomi negara, termasuk dalam perdagangan. Sementara pemerintah Abbasiyah lebih egaliter dan equal sifatnya, sehingga golongan muslim manapun bisa ikut adil dalam memegang kendali perdagangan, tanpa mengalami kesulitan dalam hal birokrasi tetapi bagaimanapun satu hal yang patut dibanggakan pada kekuasaan dinasti Abbasiyah Penyebaran yang efektif dari agama Islam bukanlah akibat perlakuan atau espansi militer kewilayahan-kewilayahan tertentu, melainkan melalui kegiatan secara damai oleh pihak-pihak saudagar muslim dan oleh misi-misi golongan sampai di sisi lain. Orang tertarik memeluk agama Islam berkat suri tauladan yang mereka perlihatkan dalam kehidupan mereka sehari-hari.49 Sumur-sumur dan terminal tempat peristirahatan para kafilah dagang yang menempuh laluan darat, kian diperbanyakan jumlahnya, demikian juga menaramenara kawalan. Bagi yang menggunakan laluan laut penguasa ‘Abbasiyah menambah jumlah armada lautnya. Kecuali untuk pengamanan pelabuhan-pelabuhan dagang juga untuk mengawal dan mengamankan kapal-kapal yang mengarungi lautan dari gangguan perompak. Perhatian ini sangat memberi pengaruh besar bagi perkembangan perniagaan muslim yang berskala lokal maupun internasional. Tidak hairan jika masyarakat Eropah pada saat itu menjuluki para pedagang muslim dengan “raja-raja dari timur”50 Dari Baghdad dan pusat-pusat perdagangan Islam lainnya para pedagang muslim mengirim barang-barang melalui samudera ke timur jauh. Eropa dan Afrika, seperti hasil-hasil industri perhiasan, kaca logam, Mutiara dan rempah-rempah. Mata
48 49

Ibid. http://anakciremai.blogspot.com/2008/07/makalah-tarikh-islam-tentang.html 50 http://anakciremai.blogspot.com/2008/07/makalah-tarikh-islam-tentang.html

26 wang Arab (Daulah ‘Abbasiyah) yang beberapa dasa warsa terakhir ini ditemukan para arkeologi di daerah utara sampai Rusia, Finland, Jerman dan Swedia, membuktikan bahwa kegiatan kaum muslimin dari zaman ini dan zaman berikutnya meliputi seluruh dunia.51

2.5

KESIMPULAN

Berdasarkan peribincangan di atas jelas menunjukkan bahawa setiap sektor ekonomi yang diterangkan sebentar tadi memberi pulangan yang lumayan kepada kerajaan Bani ‘Abbasiyyah. Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah telah mengalami satu zaman kegemilangan yang amat makmur dan kemewahan yang melimpah ruah.

BAB III SUMBER KEWANGAN EKONOMI ‘ABBASIYYAH

51

Ibid.

27 PENDAHULUAN

3.1

PENGENALAN

Sumber-sumber kewangan merupakan hasil-hasil pendapatan negara mengikut sumber ekonomi Islam. Antara sumber-sumber ekonomi ini termasuk zakat, kharaj dan jizyah. Setiap daripada sumber ini dipungut dan dikutip mengikut keadaan dan syarat tertentu menurut syariat Islam. Agama Islam telah menggariskan degan selengkapnya untuk kita melaksanakan perkara ini dengan adil dan betul. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan betul, maka pemerintah dan rakyat akan menerima hukuman di akhirat kelak.oleh itu, kita ikuti perkembangan sumber-sumber kewangan ini pada masa kerajaan Bani ‘Abbasiyyah. Pada zaman ini sumber-sumber ini dilaksanakan dengan baik dan mengikut lunas-lunas Islam yang sebenar.

3.2

ZAKAT

Diberi tafsiran baru yang berbeza-beza mengikut mazhab antaranya mazhab Hanafi, mazhab Shafi‘e dan mazhab Hambali. Kemudiannya mazhab-mazhab ini pula mempengaruhi urusan petadbiran dan pelaksanaan zakat. Zakat fitrah wajib ditunaikan setelah selesai mengerjakan puasa bulan Ramadhan. Orang yang berhak

28 menerima zakat fitrah ialah hamba atau orang yang merdeka tidak kira jantina dan klasifikasinya.52 Seorang Islam wajib berfitrah untuk dirinya sendiri, setelah itu kaum keluarganya atau tanggungannya iaitu isteri dan anak-anaknya. Zakat harta adalah harta benda yang diwajibkan zakat seperti zakat hasil ternakan, zakat emas dan perak, zakat barang perdagangan dan zakat pertanian. Syarat-syarat wajib zakat ialah seorang yang berzakat mesti beragama Islam, mengetahui hukum wajib zakat sementara tanah pertanian yang diusahakan hendaklah daripada jenis tanah yang dikenakan cukai usyur iaitu tanah milik sendiri.53 Pada masa pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah sistem zakat masih lagi mengguna pakai sistem pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin lagi. Perkara ini masih berterusan, kerana sistem zakat di dalam Islam tiada perubahan. Ianya tetap sama sampai bilabila, Cuma yang bezanya hanya jumlah pungutan itu sahaja mengikut keperluan semasa.

3.3

KHARAJ

Kharaj merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik sesuatu bidang tanah yang ditakluki oleh tentera Islam, sama ada melalui peperangan atau secara aman. Sebelum zaman Khalifah Umar al-Khattab, belum ada apa yang dinamakan kharaj. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, setelah mendapat nasihat daripada kalangan para sahabat,

52 53

Mahayudin Hj. Yahaya, Nota Lengkap Tamadun Islam STPM, 1999, hlm. 108. Ibid.

29 khususnya Ali bin Abi Talib, maka tanah-tanah yang ditakluki di Iraq dijadikan tanah kharaj.54 Badan Pemegang Amanah telah ditugaskan untuk memungut cukai tanah berkenaan. Secara umumnya, semua tanah yang dimiliki oleh orang Islam dinamakan tanah zakat dan dikenakan zakat. Manakala tanah yang dimiliki oleh orang bukan Islam dinamakan tanah kharaj dan dikenakan cukai kharaj.55 Terdapat dua jenis kharaj iaitu kharaj wazifah dan kharaj muqasamah. Kharaj wazifah diwajibkan membayar kharaj mengikut keluasan tanah, manakala Kharaj muqasamah pula, berdasarkan hasil yang diperoleh. Kadar kharaj berbeza mengikut kawasan dan keadaan. Kharaj wazifah dikenakan sekali dalam masa setahun, manakala kharaj muqasamah pula, dikenakan setiap kali hasil tanaman diperoleh.56 Faktor yang menentukan kadar kharaj adalah berdasarkan kualiti tanah, sama ada subur atau tidak, disirami air hujan atau menggunakan alat penyiram. Kedudukan kawasan tanah yang strategik juga merupakan faktor penting dalam menentukan kadar kharaj. Kharaj akan diluputkan jika keseluruhan hasil tanaman musnah disebabkan faktor-faktor semula jadi.57 Kharaj tetap dikenakan walaupun pemilik tidak mengerjakan tanahnya dengan syarat pemilik sebenarnya berupaya mengerjakan tanah tersebut. Kharaj tidak dikenakan ke atas tempat kediaman sesebuah kampung. Jika pemungut cukai dan pemilik tanah tidak bersetuju mengenai hal kharaj, dalwaan pemilik tanah adalah diberi keutamaan. Sistem kharaj bukan sahaja diamalkan di Iraq malah di Mesir, Syria, kawasan-kawasan Fars, Kirman, Armenia dan lain-lain kawasan.58 Pada masa pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah Diwan al-Kharaj telah ditubuhkan. Jabatan ini bertujuan untuk mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan masalah cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Jabatan ini diketuai
54 55

Mahayudin Hj. Yahaya, Nota Lengkap Tamadun Islam STPM, 1999, hlm. 110. Ibid. 56 Ibid. 57 Ibid. 58 Mahayudin Hj. Yahaya, Nota Lengkap Tamadun Islam STPM, 1999, hlm. 110.

30 oleh seorang pegawai. Pegawai ini akan meneliti dan memastikan peraturan dan sistem kharaj berjalan lancar. Beliau juga berkuasa untuk melantik wakil pemungut cukai dan menentukan jumlah cukai mengikut keadaan dan kawasan tertentu. Selain itu juga, tugas pegawai ini juga adalah memastikan supaya semua cukai kharaj dihantar ke Baitul Mal selepas ditolak perbelanjaan wilayah.59 Selepas pemerintahan ‘Umar Ibn Abd al-‘Aziz penyelenggaraan sistem kharaj dan Baitul Mal pada amnya agak berbeza, dan ada kalanya bercanggah dengan peraturan yang diasaskan oleh khalifah-khalifah sebelumnya. Kerana as-Saffah, khalifah pertama kerajaan ‘Abbasiyyah, dan al-Mansur, dengan bantuan para menterinya, telah mengatur dan menyusun semula sistem penghasilan negara kepada suatu tingkat yang lebih berkesan. Di antaranya, mengarahkan penyusunan semula kadar cukai (kharaj dan daribah) dan menyekat pengubahan tanah bentuk kharaj kepada bentuk ‘Usyur.60

3.4

JIZYAH

Jizyah merupakan sejenis cukai perlindungan yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam demi untuk menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.61

Hailani Muji Tahir, Baitul Mal Institusi Kewangan Negara Islam dan Asas Belanjawan Negara, 1982, hlm. 13. 60 Ibid, hkm. 14, 15. 61 Mahayudin Hj. Yahaya, Nota Lengkap Tamadun Islam STPM, 1999, hlm. 111.

59

31 Jizyah bertujuan untuk menggantikan usaha dan penat lelah yang telah dicurahkan oleh orang Islam bagi melindungi orang bukan Islam. Syarat jizyah iaitu sihat dari segi fizikal dan mental; sampai umur akil baligh; mestilah kaum lelaki; mestilah berkemampuan untuk membayar jizyah; mestilah sihat; selamat daripada bencana yang berpanjangan seperti buta/sakit tua; dan merdeka.62 Jizyah boleh dibahagikan kepada dua: 1. Jizyah secara baik atas dasar kerelaan dan persetujuan. 2. Jizyah secara paksa iaitu pihak pemerintahan sendiri yang menentukan kadarnya.

Kadar jizyah mengikut mazhab Syafi’i ialah minima satu dinar. Manakala menurut mazhab Hanafi dan Hambali, pembayaran jizyah berbeza mengikut keadaan individu. Mazhab Hanafi menyatakan masa pembayaran jizyah ialah pada awal tahun.63 Pelaksanaan jizyah telah dilakukan pada zaman Khalifah al-Rasyidin, zaman Bani Umayyah dan ‘Abbasiyyah. Pada zaman pemerintahan Abu Bakar, pemimpin Hirah telah bersetuju membayar jizyah sebanyak 19 ribu dirham setahun. Setelah diberi tiga pilihan sama ada memeluk Islam, diserang atau membayar jizyah.64 Manakala pelaksanaan jizyah pada zaman Bani Umayyah adalah bersifat menindas dan perkauman terhadap golongan bukan Islam sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Akan tetapi Khalifah Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berinisiatif untuk mengubah dasar pencukaian yang menindas ini dan beliau memberi nafas baru dalam dasar pemerintahan Bani Umayyah. Namun ia hanya sementara dan dasar pencukaian yang menindas diteruskan kembali selepas beliau wafat. Pada zaman Bani ‘Abbasiyyah sistem jizyah kembali seperti zaman Khalifah al-Rasyidin dengan beberapa perubahan kecil.65

62 63

Ibid. Ibid. 64 Ibid, hlm. 113,114. 65 Mahayudin Hj. Yahaya, Nota Lengkap Tamadun Islam STPM, 1999, hlm. 114.

32

3.5

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas jelas menunjukkan sumber-sumber kewangan memainkan peranan yang penting untuk menjana dan menampung pendapatan negara. Setiap hasil yang dikutip dan dipungut ini akan dihantar terus ke baitul mal. Pelaksanaan ini masih lagi berhalan dengan lancar dan tiada sebarang halangan dan gangguan semasa proses ini berlangsung semasa tempoh pemerintahan di masa kegemilangan kerajaan ‘Abbasiyyah. Walau bagaimanapun, selepas daripada tempoh kegemilangan kerajaan ‘Abbasiyyah semua yang dibincangkan di atas sebentar tadi, semuanya mengalami keadaan yang kucar kacir dan porak peranda. Khalifah sewenang-wenangnya menggunakan semua harta ini untuk kegunaan peribadi dan untuk berhibur dan berfoya-foya.

BAB IV PERANAN BAITUL MAL

33 PENDAHULUAN

4.1

PENGENALAN

Setelah tampok pemerintahan kerajaan Islam berpindah ke tangan Bani Abbasiyah, pemimpinnya yang awal, iaitu al-Saffah dan al-Mansur mengambil langkah menyusun semula sistem penghasilan Negara hingga mencapai tahap yang lebih berkesan. Demi menjaga kepentingan politik, ekonomi dan keselamatan Negara, al-Mansur turut memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Kufah ke Baghdad.66 Kedudukan kota Baghdad yang begitu strategik menjadikan hubungan perdagangan di kota tersebut semakin meningkat. Selain berperanan sebagai kota ilmu pengetahuan, dalam tempoh yang begitu singkat ia mampu muncul sebagai pusat perdagangan antara timur dan barat yang terbesar pada masa itu. Sejak itu, umat Islam mulai melangkah ke satu era baru kemewahan. Setelah al-Mansur meninggal dunia, hasil kekayaan Negara dikatakan mencecah jumlah 810 juta dirham di dalam Baitul-Mal.67

Kemajuan sistem kewangan semakin meningkat pada zaman pemerintahan alMahdi pada tahun 158 Hijrah. Beberapa peraturan baru dibuat dan dikuatkuasakan. Jabatan Akauntan Negara (al-Zimam) ditubuhkan bertujuan mengawal akaun pungutan hasil dan perbelanjaan bagi setiap jabatan. Disusuli dengan zaman pemerintahan Harun al-Rasyid pada tahun 170 Hijrah, perbendaharaan Negara
http://edition.globalmediachannel.tv/index2.php?option=com_content&task=view& id=453&pop=1&page=0&Itemid=91 67 Ibid
66

34 semakin meningkat. Kemakmuran bertambah dan populariti penduduk juga turut meningkat. Menurut al-Imam al-Tabari, selepas Harun al-Rasyid meninggal dunia, harta Baitul-Mal telah mencecah jumlah sebanyak 900 juta dirham.68 Sebagai makluman, 10 dinar emas pada masa itu menyamai 100 dirham perak. Harga barang keperluan adalah amat murah jika dibandingkan dengan masa kini. Mengikut kajian sejarah, harga seekor kambing dewasa ketika itu hanyalah satu dirham sahaja. Andaikan seekor kambing dewasa itu berharga 200 dirham (595gram) atau 20 dinar emas (85 gram) mengikut kadar nisab zakat matawang emas dan perak, bermakna hasil perbendaharaan Negara Islam ketika itu telah mencapai 180 billion. Al-Rasyid dikatakan sebagai pemerintah yang terbaik di zaman kerajaan Bani Abbasiyyah. Pada masa beliau terdapat laporan-laporan yang agak lengkap, khususnya mengenai sumber hasil pendapatan Baitul Mal. Al-Jahashiari, melaporkan bahawa terdapat jumlah harta Baitul Mal sebanyak 530, 512,000 juta dirham. Bagaimanapun, tidak ada penjelasan mengenai perbelanjaan dari harta tersebut.69 Al-Tabari, pula melaporkan bahawa ketika al-Rasyid wafat, harta di dalam Baitul Mal didapati begitu banyak hingga mencapai jumlah 900,000,000 (sembilan ratus juta) dirham. Pencapaian hasil Negara yang begitu besar jumlahnya dipercayai melibatkan suatu system pentadbiran Negara yang cekap dan berkesan. Tidaklah keterlaluan kalau dikatakan bahawa di zaman kerajaan Abbasiyyah pada dasarnya telah wujud dasar belanjawan Negara sebagaimana yang terdapat pada hari ini.

http://edition.globalmediachannel.tv/index2.php?option=com_content&task=view& id=453&pop=1&page=0&Itemid=91 69 Hailani Muji Tahir, Baitul Mal Institusi Kewangan Negara Islam dan Asas Belanjawan Negara, 1982, hlm. 16.

68

35 Bezanya mungkin dalam bentuk kelengkapan dan kecekapan teknologinya yang lebih menonjol.70 Selepas al-Rasyid wafat (139 H- 809 H) terjadilah rebutan kuasa yang akhirnya al-Ma’mun dapat menumpaskan al-Amin. Peristiwa itu membawa kepada keadaan tidak stabil dalam Negara dan kesempatan ini digunakan sepenuhnya ole kerajaan Rom dengan melakukan serangan-serangan hebat ke atas kerajaan Abbasiyyah, khususnya di zaman pemerintahan al-Mu‘tasim dan al-Mutawakkil. Dengan ini bermulalah zaman keruntuhan kerajaan ‘Abbasiyyah hingga dikatakan di masa al-Mutawakkil jumlah harta di dalam Baitul Mal merosot begitu jauh sekali, iaitu hanya 67 juta berbanding 900 juta dirham di masa al-Rasyid.71

4.2

PERANAN BAITUL MAL

Baitul-Mal berperanan utama dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan masyarakat majmuk dibawah naung pemerintahan kerajaan Islam. Antara lain Baitul-Mal berperanan sebagai; i) Agen pembangunan.

ii) Badan Amanah. iii) Agensi perdagangan. iv) Badan penasihat dan pengawas kepada kerajaan Islam.

Hailani Muji Tahir, Baitul Mal Institusi Kewangan Negara Islam dan Asas Belanjawan Negara, 1982, hlm. 16. 71 Ibid, hlm. 17.

70

36 Sebagai agen pembangunan, ia berperanan menerima simpanan dan memberi pinjaman tanpa bunga meliputi sector pertanian dan perdagangan. Disamping itu, ia juga merupakan pusat penyelarasan pertukaran matawang serta menerima titipan harta. Kegiatan pertukaran matawang diletakkan dibawah jabatan khas yang dikenali sebagai Diwan al-Amwal. Pada masa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, system ini dikenali sebagai Jahbadh (uruswang).72 Peranan jabatan ini diperluaskan lagi pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah dengan pengeluarkan dan penggunaan wang kertas, surat kredit dan cek. Fungsinya sama sebagaimana yang dilakukan oleh bank-bank pada masa kini. Langkah penggunaan cek, surat kredit dan wang kertas diambil adalah susulan daripada kesukaran untuk menguruskan kemunculan matawang-matawang yang berbeza ekoran kesan daripada pengluasan empayar Islam.73 Lantaran sebagai sebuah badan yang beramanah, ia berperanan menjaga harta milik orang Islam dan juga bukan Islam. Antara bentuk harta orang Islam yang diuruskan ialah harta waqaf, harta anak-anak yatim, harta peninggalan si mati tanpa waris, wasiat, nazar, kaffarat dan harta yang dikutip seperti wadi’ah (simpanan semasa).74 Manakala harta orang-orang bukan Islam pula seperti harta peninggalan si mati tanpa waris, harta-harta pengembara orang bukan Islam yang mati di Negara Islam dan harta yang ada hubungkaitnya dengan sulh al-jizyah ( perjanjian cukai jaminan perlindungan kepada kaum zimmi). Segala kegiatan tersebut membuktikan bahawa Baitul-Mal berfungsi memberi kerjasama ekonomi di peringkat antarabangsa.
http://edition.globalmediachannel.tv/index2.php?option=com_content&task=view& id=453&pop=1&page=0&Itemid=91 73 Ibid. 74 Ibid.
72

37 Keadaan ini wujud sebagaimana tercatit dalam laporan-laporan sejarah Asia dan Eropah; bahawa perdagangan para saudagar Islam meluas hingga ke negara-negara Eropah dan Asia.75 Selain itu, Baitul-Mal turut berperanan sebagai badan penasihat kepada pemerintah dalam masalah belajawan Negara. Pada masa yang sama, ia juga bertindak selaku badan pengawas (hisbah) yang mengawal segala kegiatan yang tidak selari dengan kehendak syarak yang merosak dan menyusahkan kepentingan orang awam. Dengan kata lain, ia juga berperanan sebagai mekanisme kawalan kualitatif; iaitu memberi panduan, bimbingan, nasihat dan pujukan kepada setiap unit dalam sector ekonomi.76 Walaupun begitu sekali peranan Baitul-Mal namun ini bukan bererti ia merupakan sebuah bank pusat sebagaimana yang wujud pada masa kini. Malah peranan serta fungsinya lebih luas lagi kerana ia meliputi urusan umum seperti polisi kewangan negara dan dasar belanjawan negara. Oleh itu, untuk diterjemahkan peranan dan fungsinya pada masa kini, ia lebih sesuai dan tepat diertikan sebagai Perbendaharaan Negara.77 Meskipun kepakaran teknologi pada masa itu agak terhad, sistem

perhubungan serta pengangkutan yang begitu terbatas dan kewujudan perakaunan yang belum begitu meluas, namun kerajaan Islam pada masa itu telah mampu membukti serta mewujudkan suatu system belanjawan negara yang menjadi asas bagi sistem belanjawan yang ada pada masa sekarang.78
http://edition.globalmediachannel.tv/index2.php?option=com_content&task=view& id=453&pop=1&page=0&Itemid=91 76 Ibid. 77 Ibid. 78 http://edition.globalmediachannel.tv/index2.php?option=com_content&task=view& id=453&pop=1&page=0&Itemid=91
75

38

4.3

KESIMPULAN

Jelaslah disini bahawa peranan yang dimainkan oleh Baitul Mal begitu bermakna dan mustahak sekali untuk menguruskan setiap hasih mahsul negara. Peranan yang begitu besar sekali ditinjukkan oleh Baitul Mal ini. Sekiranya tiadanya Baitul Mal maka keadaan akan menjadi sukar dan urusan-urusan untuk menguruskan harta ini akan menjadi kucar kacir dan penyelewengan dan pembaziran akan berlaku.

BAB V KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI

39

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Dengan ekonomi yang pesat ini maka ianya sudah tentu akan memberikan kesan positif mahupun negatif. Kesan-kesan ini akan memberikan impak tertentu tidak kira terhadap pemerintah mahupun terhadap masyarakat di sekitar kerajaan Bani ‘Abbasiyyah. Dalam bab ini akan diterangkan beberapa kesan yang dialami oleh masyarakat di sekitar kerajaan Bani ‘Abbasiyyah, yang mana ianya memberikan kesan-kesan yang tertentu untuk menunjukkan kemewahan dan kekayaan rakyatnya di bawah naungan kerajaan Bani ‘Abbasiyyah yang makmur ini.

5.2

KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat jelas sekali kelihatan. Disini dapat dihuraikan tiga kesan utama yang dapat disimpulkan iaitu:

40 1) Umat Islam ketika itu dapat menikmati taraf kehidupan yang tinggi. 2) Banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan seperti tali air, jalan, masjid, sekolah dan lain-lain. 3) Banyak peluang pekerjaan yang dapat disediakan untuk rakyat pada ketika itu.

Dengan keadaan ekonomi yang kukuh dan mantap maka umat Islam pada masa itu menikmati taraf kehidupan yang lebih tinggi dan terjamin. Penduduk di sekitar ibu kota Baghdad pada masa tersebut tidak lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan seperti sebelum ini. Boleh dikatakan keseluruhan rakyat atau umat Islam di bawah pemerintahan Abbasiyyah ketika itu hidup dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada masalah kemiskinan yang membelenggu mereka. Selain daripada itu, pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kehidupan rakyat atau umat Islam pada ketika itu seperti tali air, jalan, masjid, sekolah dan lain-lain lagi. Dengan adanya segala kemudahan dan prasarana ini lebih memudahkan lagi untuk rakyat atau umat Islam pada ketika menjalankan kegiatan harian mereka. Kemudahan-kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh umat Islam. Selain itu juga, banyak peluang pekerjaan yang disediakan oleh pemerintah pada ketika itu untuk rakyat atau umat Islam. Peluang-peluang pekerjaan ini boleh dilihat di dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian, perdagangan, perindustrian dan sebagainya.

5.3

KESIMPULAN

Dengan keterangan yang diberikan sebentar tadi jelaslah menunjukkan bahawa dengan kemajuan dan ketamadunan yang tinggi yang telah dicapai oleh kerajaan Bani ‘Abbasiyyah telah memberikan kesan yang tertentu kepada masyarakatnya. Kesan-

41 kesan ini akan mematangkan lagi usaha dan daya maju di kalangan penduduk kerajaan Bani ‘Abbasiy

PENUTUP Masa Daulah Abbasiyah adalah masa keemasan Islam, Pada masa ini kedaulatan umat Islam telah sampai ke puncak kemuliaan, baik kekayaan, kemajuan ataupun kekuasaan. Pada zaman ini telah lahir berbagai ilmu Islam dan berbagai ilmu penting

42 telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Selain itu sumbangan umat Islam bagi peradaban dunia juga dihasilkan oleh para cendikiawan-cendikiawan besar yang hidup di masa Daulah Abbasiyah ini. Namun ada pelajaran penting yang dapat kita petik dari perjalanan panjang Daulah ‘Abbasiyah yang selama berabad-abad menguasai dunia yakni agar umat Islam jangan terlena dengan kekuasaan dunia, karena keterlenaan dan hidup bermegah-megah menyebabkan kita jauh dari ajaran Allah SWT. Hal juga merupakan pemicu bagi umat Islam untuk kembali bangkit merebut kejayaan Islam yang pernah dirasakan pada masa Daulah Abbasiyah. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah yang terjadi kepada nasih sebuah kerajaan yang agung seperti kerajaan Bani ‘Abbasiyyah ini, yang mana ianya bermula beberapa isu yang kontroversi dan berakhir dengan serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan pada tahun 656 H/ 1258 M.

RUJUKAN

Auni Haji Abdullah. 1974. Lintasan Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.

43 Hailani Muji Tahir. 1982. Baitul Mal Institusi Kewangan Negara Islam dan Asas Belanjawan Negara. Kajang: Sincere Press Sdn. Bhd. Haji Dusuki bin Haji Ahmad. 1974. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hamid. 1985. Pengantar Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur: Heinemann Sdn. Bhd. Mahayudin Hj. Yahaya. 1999. Nota Lengkap Tamadun Islam STPM. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd. Mokhtar Syafie. 1995. Sejarah Islam Abad Pertama. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. http://faroji83.wordpress.com/2008/06/05/bani-abbasiyah http://anakciremai.blogspot.com/2008/07/makalah-tarikh-islam-tentang.html http://edition.globalmediachannel.tv/index2.php?option=com_content&task=view& id=453&pop=1&page=0&Itemid=91

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->