You are on page 1of 2

Anda ialah pemberita dari sebuah akhbar tempatan.

Anda diminta menulis


rencana yang berkaitan dengan keracunan makanan. Tulis rencana tersebut
selengkapnya.

Bahaya Keracunan Makanan.


Oleh: Khairul Faizin Ahmad

Kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya kes


keracunan makanan. Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpunca
daripada keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Menurut
sumber-sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini,
terdapat tiga belas kes keracunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu
kematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar sekolah.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golongan


paling tinggi yang terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku kerana
golongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama sering terdedah kepada
penyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atau asrama sekolah. Selain
golongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai daya
ketahanan badan yang lemah juga sering diserang oleh keracunan makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal ini
demikian kerana sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyai
pengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini, biasanya terdiri daripada masyarakat
luar bandar. Tambahan pula, ada yang menganggap kes keracunan makanan ini
sebagai penyakit biasa yang mudah dirawat dengan menggunakan kaedah tradisional
seperti meminum air kangkung dan air kelapa muda. Bagi masyarakat orang Asli
pula, mereka mempunyai rawatan tertentu jika memakan bahan beracun seperti
cendawan dan buah-buahan hutan.

Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, punca
keracunan makanan adalah daripada proses penyediaan makanan yang tidak
sempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak dengan baik, dan makanan yang
terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius . Di samping itu, terdapat juga
buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci serta tangan pemakan itu sendiri
yang tidak berbasuh sebelum memegang makanan. Keadaan ini menyebabkan
keracunan makanan berlaku. Lebih menyedihkan lagi, keracunan makanan ini
melibatkan kanak-kanak sekolah yang membeli makanan di kantin sekolah

Beliau menjelaskan lagi bahawa kebanyakan kes keracunan makanan


disebabkan oleh bakteria, mikroorganisma, virus racun atau toksin, dan bahan-bahan
kimia. Makanan yang sering dijangkiti oleh bakteria dan keracunan ialah susu atau
keju, masakan berlemak seperti nasi lemak dan mi, roti, kuih-muih, daging, ayam, dan
ikan. Makanan-makanan lain adalah seperti makanan di dalam tin, makanan basah,
dan berair yang didedahkan di tempat panas. Tin yang kemek membolehkan
mikroorganisma menyerang makanan di dalam tin melalui lubang-lubang halus di
bahagian yang kemek itu. Keracunan juga disebabkan oleh kulat atau cendawan
beracun yang membiak pada makanan serta haiwan-haiwan beracun seperti siput,
katak, dan ular.
Tanda-tanda umum keracunan makanan ialah rasa mual, muntah, cirit-birit,
pening-pening, dan gangguan perut. Selain tanda-tanda umum, pesakit juga mungkin
mengalami demam, kelesuan, dan tiada selera makan. Kesan daripada keracuan
makanan ialah kehilangan air dalam badan pesakit. Sekiranya tubuh pesakit
kekurangan air yang terlalu serius, pesakit mungkin berkeadaan kritikal. Bagi kes yang
lebih parah, kerosakan hati dan sistem saraf boleh berlaku dan boleh membawa maut.
Walaupun kesan keracunan makanan amat serius, namun kesedaran secara
menyeluruh tentang bahaya keracunan ini belum wujud. Kita sebenarnya mempunyai
Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai tentang kesalahan
penipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan. Walau bagaimanapun, setakat
ini, jarang-jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.

Oleh sebab kes keracunan makanan khususnya di sekolah merupakan satu


masalah yang serius, semua pihak termasuk pengetua, guru-guru, ibu bapa, dan
anggota masyarakat yang lain mestilah memberi kerjasama untuk mengatasi masalah
tersebut. Pihak sekolah boleh bertindak dengan menarik balik tender yang diberikan
kepada pengusaha-pengusaha kantin atau asrama yang tidak mematuhi garis
panduan yang ditetapkan. Ibu bapa pula boleh memberikan didikan kepada anak-anak
tentang betapa pentingnya memakan makanan yang bersih dan berkhasiat di samping
menggalakkan mereka membawa bekal ke sekolah.

You might also like