You are on page 1of 1

Kebiasaannya merekod maklumat secara huraian melibatkan penggunaan rekodanekdot dan rekod berterusan, di mana rekod-rekod ini mengaplikasikan

teknik merekodsecara cerita atau naratif. Rekod anekdot merupakan rekod yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa dan berbentuk catatan ringkas yang merekodkan satu kejadian atau tingkah lakuyang penting. Justeru, rekod ini akan menerangkan sesuatu peristiwa yang dicatatkansecara berperingkat dan diterangkan secara fakta dengan menimbulkan pelbagai persoalan bagi menceritakan peristiwa tersebut. Misalnya, guru mempersoalkan di mana, bagaimana, apa, bila, siapa dan tujuan atau objektif peristiwa tersebut berlaku.Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menulis rekod anekdotadalah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang,murid yang ingin diperhatikan tidak perlu ditentukan dan mengenal pasti kepentingan peristiwa yang berlaku serta signifikan kepada aspek perkembangan murid. Selain itu,setiap pemerhatian perlu ditulis secara objektif dan perkara-perkara yang ditulis mestilah

menggambarkan perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiranmenyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang diperoleh murid.Setiap persoalan yang timbul mengenai peristiwa atau tingkah laku yang ingindirekodkan dapat diterangkan oleh guru dengan menggunakan perkataan iaitu dalam bentuk ayat atau menggunakan gambar. Sesuatu rekod harus mengandungi maklumattentang nama murid, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru, cadangandan tindakan yang diambil oleh guru. Jika sesuatu peristiwa yang berlaku memerlukancampur tangan guru, maka guru akan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid keluar daripada permasalahan yang dihadapinya. Persediaan alat tulisdan buku kecil atau helaian kertas di tempat yang mudah dicapai amat penting agar gurudapat mencatatkan peristiwa yang berlaku dengan serta-merta.Antara kebaikan penggunaan rekod anekdot adalah tidak memerlukan latihan danguru boleh menulis apa-apa sahaja yang diingininya. Selain itu, tiada panduan yang perludiikuti dalam melaksanakan rekod ini. Justeru, sesiapa sahaja boleh melakukan rekodanekdot. Kebiasaannya, rekod anekdot digunakan untuk merekod kejadian yang tidak diduga dan mencatatkan tingkah laku yang diperlukan. Namun, sekiranya pemerhati tidak mencatatkan peristiwa yang berlaku dengan segera, pemerhati berkemungkinan lupatentang perkara tersebut atau salah mencatatkan fakta mengenai peristiwa tersebut.Kadangkala catatan peristiwa yang direkod sukar untuk dianalisa oleh orang lain. Hal inikerana pencatat mencatatkan peristiwa yang berlaku terlalu ringkas sehinggakan tidak mempunyai gambaran peristiwa yang lengkap

You might also like