You are on page 1of 30

PERANCAH (SCAFFOLDING)

DEFINISI : Satu binaan sementara yang diperlukan bagi peringkat pembinaan. Ianya digunakan bagi memudahkan pekerja melakukan kerja-kerja di tempat yang tinggi.

Peranca diperlukan bagi kerja-kerja pembinaan di tempat yang tinggi.

Uji minda

Namakan kerja-kerja bangunan yang memerlukan penggunaan perancah.

Bamboo Scaffolding

Steel scaffolding

Ciri-ciri Perancah :


Mudah dipasang dan dibuka semula setelah selesai diguna Mudah dipindah dari satu tapak ke tapak yang lain Proses mengangkut, memasang dan membuka hanya mengambil masa yang singkat.

Fungsi Peranca :
1) Pelantar Tempat Kerja
membolehkan pekerja melaksanakan tugasnya dengan mudah dan selamat. Kerana banyak kerja yang terletak jauh dari aras tanah atau lantai bangunan. Contohnya: kerja pada dinding, siling dan bumbung. Perancah diperlukan untuk menghampirkan pekerja dengan tugasnya.

Fungsi Peranca :
2) Pelantar Untuk Menempatkan Bahan dan Loji
Bahan dan loji perlu disediakan berhampiran dengan pekerja supaya kerja berjalan lancar.

Fungsi Peranca :
3) Pelantar dan Tangga Laluan
Perbezaan fungsi ini daripada fungsi di atas adalah dari segi penumpuan beban. Hanya digunakan untuk menyokong pelantar yang diguna sebagai laluan pekerja atau laluan untuk mengangkut bahan-bahan dan loji. Contohnya: menghubungkan dua bangunan berhampiran yang sedang dibina dengan salah satu daripadanya tidak mempunyai tangga.

Keperluan Rekabentuk


 

   

Dibina berperingkat mengikut keperluan. Ketinggian struktur dibina mengikut kemajuan ketinggian bangunan. Unsur-unsur mudah dicantum antara satu-sama lain dan dibuka apabila siap. Struktur mestilah kukuh untuk menanggung beban iaitu beban pekerja, bahan dan loji juga tiupan angin) Unsur-unsur struktur tidak terlalu berat bagi memudahkan pengendalian. Mempunyai jaminan keselamatan. Jenis struktur tidak mengganggu kerja pembinaan sesuai dengan kerja yang dijalankan. Menghubungkan laluan yang menghubungkan pelantar pada aras berlainan.

Pengkelasan Kegunaan Perancah


1) Kegunaan Ringan
mengecat, mencuci satu pelantar sahaja dibenarkan

2) Serbaguna
sehingga 4 pelantar dibenarkan agihan beban maksimum ialah 180 kg/m2

3) Kegunaan berat
2 pelantar bekerja untuk kegunaan berat 2 pelantar untuk berjalan dan kegunaan ringan Agihan beban maksimum ialah 290 kg/m2

Basic scaffolding

Basic scaffold dimensioning terms. No boards, bracing or couplers shown

Jenis-jenis Peranca


Perancah Putlog Tunggal


Ia adalah terdiri dari satu baris tiang tegak (standard) yang dipasang secara memanjang bersama dengan ledger dan brace dengan putlog di bahagian hujung pada ledger dan satu lagi akan diletak pada dinding bangunan melalui lubang yang diadakan untuk tujuan ini. Lubang ini akan dipenuhkan selepas kerja selesai.

Perancah Julur (Spur Scaffold)


Perancah jenis ini pada keseluruhannya adalah disokong oleh spur Digunakan untuk membuat kerja-kerja tambahan atau membaiki bahagian bangunan pada bahagian atas sesuatu bangunan. Perancah ini dibina bermula pada bahagian / tempat yang memerlukannya. Cara ini diamalkan supaya tidak mengganggu kerja-kerja di bahagian bawah bangunan itu. Jaring keselamatan dipasang bagi menjaga keselamatan orang-orang yang lalu di bawahnya.

Perancah Bergerak (Mobile Scaffold)


Ia mampu berdiri tegak dengan sendiri. Perancah jenis ini diperlukan bagi kerja-kerja dalam bangunan. Kadangkala ianya juga diperlukan bagi menyokong acuan lantai tingkat atas. Perancah tambahan boleh disambungkan untuk mendapatkan ketinggian yang dikehendakki. Roda caster dipasangkan pada kakinya supaya boleh dipindah-pindahkan dengan mudah di dalam bangunan.

Uji minda


Selain kegunaan untuk kerja-kerja di dalam bangunan, nyatakan kegunaan lain bagi perancah bergerak (mobile scaffolding).

Perancah Jenis Kerangka (Frame Scaffold)


Dipasang dengan menggunakan kerangka yang telah sedia dibentuk dan komponennya. Terdiri daripada beberapa bahagian yang boleh didirikan untuk tujuan-tujuan pembinaan seperti menyokong acuan konkrit, membina tembok, tiang, mengecat dan sebagainya. Jenis peranca ini semakin popular terutama bagi projek-projek pembinaan yang besar.

Frame Systems
  

H Frame H Frame with ladder Door Frame Type

Bahagian-bahagian Peranca Kerangka




Pengalas terdapat dua jenis iaitu pengalas tetap dan pengalas jek (jake base). Semua beban akan ditanggung oleh pengalas. Perlu didirikan di atas papan alas sekiranya dibina di atas tanah lembut. Rangka utama disambungkan dengan pengalas di bahagian bawah dan kepada rangka utama yang lain dengan kekunci. Rangka Pemijak disambung dengan rangka utama dan ditetapkan dengan kekunci. Rembat digunakan untuk menetapkan penyambungan segala rangka utama apabila rangka-rangka itu didirikan. Pin penyambung dipasangkan pada setiap sendi/ sambungan Tangga/ladder menghubungkan setiap tingkat/aras.

Perancah Jenis Tiub (Tube and Coupler)


Merupakan perancah yang kebanyakkan strukturnya dibina dengan menggunakan tiub bulat dan dibentukkan sebagai ledger, standart, brace dan lain-lain dan ianya dicantumkan menggunakan alat coupler (pengganding).

Scaffold Fittings
 

Pressed Double Coupler Swivel Coupler Swivel Coupler Putlog Coupler Putlog (Single) Coupler (Forged)

 

Penggunaan perancah dalam pembinaan bangunan

Labelkan jenis-jenis binaan perancah di bawah :

KESELAMATAN

Tabir jejaring digunakan untuk tujuan keselamatan.

Jaring Keselamatan


Terdiri daripada 2 jenis iaitu : Personel net : digunakan sebagai melindungi kemungkinan pekerja jatuh daripada tempat kerja yang tinggi. Net Perlindung Bahan : digunakan sebagai melindungi kemungkinan berlaku alatan, objek daripada terjatuh.

1)

2)

Guardrail


 

Keperluan peraturan mengkehendaki setiap bahagian yang terbuka seperti di pelantar kerja, pendaratan sementara, tangga dan di bahagian terbuka lain hendaklah di sediakan penghadang guardrail. Diperlukan pada ketinggian 2 meter dan lebih tinggi. Papan pacak (toe board ) hendaklah digunakan pada ketinggian 200mm dan ketebalan tidak kurang 50 mm. Penghadang tengah (medium guardrail) hendaklah dipasang pada ketinggian 690mm. Penghadang atas (top guardrail) hendaklah dipasang pada ketinggian 900mm-1100mm.

Scaffolding showing required protection of a working platform with maximum dimensions. Butt-board not visible. No couplers shown

Accessories


Adjustable Jacks

You might also like