You are on page 1of 29

PSV 3110: SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Yong Mun Sen@ Yong Yen Lang Lahir pada 10 Januari 1896 di Kuching, Sarawak. Dikenali dan digelar sebagai The Father Of Malaysian Painting.

Watercolour - Fishing boat, 10.5ins x 14.5ins, signed and dated 1953

Dawn, 37cm x 54.5cm Watercolour on parchment paper 1955

Title: Seaside Village Medium: Watercolor Year: 1950

Datuk Syed Ahmad Syed Jamal Lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor Pelopor aliran ekspresionisme abstrak

The Bait (1959)

Tajuk: Umpan (1959) Media: Cat minyak Tema: Abstrak, watak-watak dan peristiwa-peristiwanya digunakan sbg lambang. Gaya: sapuan berus tegas,ruang latar tidak mengandungi cat,bentuk-bentuk organik berpusar dan berlingkar gelisar menimbulkan pergerakan. Nilai: menggambarkan suasana yang misteri dan mujarad dalam suatu catan yang kompleks.

Gunung Ledang (1978)

Tajuk: Gunung Ledang(1978) Media: Cat Minyak pada kanvas

Gambaran gunung dihasilkan pada belakang catan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Ruang hadapan catan yang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi penggunaan warna. Elemen perspektif turut diaplikasi dalam hasil kerja ini. Unsur imbangan dan imejan segitiga menyerupai bentuk Ledang menjadi unsur. Bagi beliau, Gunung Ledang adalah sesuatu yang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Penghasilan bentuk adalah lebih kepada rupa geometri iaitu segitiga yang disusun secara tidak terancang dan juga secara berperingkat.

Elemen penegasan yang dapat dilihat pada bentuk segitiga yang terbesar yang mempunyai tujuh tahap. Tujuh tahap yang dimaksudkan dalam bentuk Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yang mempercayai terdapatnya tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga. Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit. Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran. Warna biru yang lebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk yang berwarna hijau seperti bendera adalah tempat bersemadi roh-roh mangsa nahas tersebut. Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang-bintang bertukar menjadi bentuk-bentuk segitiga.

Langit dan Bumi (1998)

Tajuk: Langit dan Bumi I, (1998) Media: Arkalik atas kanvas (203sm x 274.5sm) Aliran: Ekspresionisme Menggunakan subjek alam semulajadi sebagai teras pengkaryaan. Terbahagi kepada empat bahagian; i. Bahagian bawah: lapisan bumi ii. Bahagian ke-2: tumbuh-tumbuhan dan bukit bukau iii. Bahagian ke-3: Awan,jalur cahaya dan hujan iv. Bahagian ke-4: Langit dan bintangbintang

Unsur Seni dan prinsip rekaan: Garisan: condong, cembung,melintang Jalinan: Mujarad (jalinan abstrak) Bentuk: Rupa: Ruang: Mendatar dan cetek Warna: warna panas(merah & kuning) ke warna sejuk(biru mud dan biru tua),warna gelap (campuran warna)

Semangat Ledang (1999)

Tajuk: Semangat Ledang(1999) Media: Akrilik atas kanvas(203x274.5 cm)

Abdul Latiff bin Haji Mohidin (A. Latiff Mohidin, Alma) Dilahirkan pada 20 Ogos 1938 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan seorang penyair. Sering menggunakan teknik impasto dalam berkarya.

Tajuk: Pago Pago (1964) Media: Cat minyak Tema: Alam yang digambarkan secara metaforik. Gaya: Bentuk organik berlatar kesunyian lanskap yang disinari bulan menimbulkan suasana yang puitis dan romantik. Sapuan berus tebal,tidak memastikan identiti sebenar dan bentuk berupa tumbuhan yang dihiasi jalinan. Nilai: Merakamkan pengalaman pelukis di rantau Melayu Asia,mencerminkan pengembaraannya yang luas di Indonesia,Thailand dan Indo China.

Siri Pago-pago 2 (1988)

Berlin (1962)

Datuk Ibrahim Hussein Lahir pada 13 Mac 1936 di Kampung Sungai Limau,Kedah Teknik yang sering digunakan dalam menghasilkan karya adalah "printageGabungan cetakan (printing) dan kolaj(collage).

Cambodia (1998)

Ale-ale (1996)

Genting (1978)

http://sktebaang.blogspot.com/2010/02/s ejarah-seni-catan.html

You might also like