You are on page 1of 5

PENGGUNAAN ALATAN MANIPULATIF UNTUK MENGAJAR PENOLAKAN DENGAN PENGUMPULAN SEMULA PADA TAHUN 3 CEMERLANG.

Oleh: Muhammad Afiq Bin Abdul Latif & Norihan Mat Zin Unit Matematik Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Masalah penolakan dengan pengumpulan semula merupakan masalah yang sering berlaku kepada murid-murid sekolah. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan ke atas murid Tahun 3 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Tujuan kajian ialah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam topik penolakan dengan mengumpul semula. Dapatan awal menunjukkan murid-murid kurang menguasai topik penolakan dengan mengumpul semula. Seramai 6 orang responden telah dipilih menggunakan kaedah purposive sampling. Kajian yang dijalankan ialah kajian tindakan. Instrumen yang digunakan ialah ujian pra dan pasca, soal selidik dan pemerhatian. Analisis data menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan markah di antara responden yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan alatan manipulatif iaitu Papan Ajaib meningkatkan tahap penguasaan murid dalam topik penolakan dengan mengumpul semula. Tindakan susulan yang dicadangkan ialah penggunaan Papan Ajaib ini untuk topik penambahan dengan mengumpul semula. Kata kunci : penggunaan, alatan manipulatif, penolakan, pengumpulan semula 1.0 PENGENALAN Masalah penolakan dengan mengumpul semula merupakan satu masalah yang kerap berlaku di kalangan murid-murid. Hal ini disebabkan kerana murid-murid ini kekurangan penguasaan konsep penolakan dengan mengumpul semula. Sebagai pendidik perlulah mencari idea atau jalan untuk mengatasi masalah yang di alami oleh murid-murid. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah penggunaan bahan manipulatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan manipulatif merupakan sebagai bahan atau objek dari dunia yang nyata yang boleh di gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan manipulatif boleh membantu murid-murid untuk mengukuhkan kefahaman mereka terhadap sesuatu konsep dalam subjek tertentu. 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

1.2

Objektif
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

Semasa mengajar Matematik Tahun 3 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal untuk tajuk penolakan, penyelidik sedar murid-murid mengalami masalah dalam kemahiran tolak dengan mengumpul semula. Selepas penyelidik mengajar tajuk penolakan dengan mengumpul semula, penyelidik memberi latihan. Penyelidik memberi masa kepada murid-murid untuk menjawab latihan yang telah diberikan. Selepas muridmurid menjawab soalan yang telah diberikan, penyelidik akan menyemak soalan-soalan yang telah dijawab oleh murid-murid. Selepas penyelidik menyemak latihan-latihan tersebut, didapati segelintir murid tidak dapat menjawab soalan penolakan dengan mengumpul semula dengan betul. Penyelidik telah mengajar dengan baik tetapi murid-murid masih tidak dapat menguasai konsep penolakan dengan mengumpul semula. Berdasarkan pemerhatian dari latihan yang telah diberi, murid-murid tidak faham akan tentang konsep pinjam sebelah dan kemudian kumpul semula. Murid-murid tidak boleh mengumpul semula dengan cara yang betul. Mereka tidak faham akan mengapa wujudnya angka 10 ketika proses mengumpul semula. Perkara ini merupakan amat serius kerana perkara ini merupakan konsep asas dalam matematik. Seseorang murid itu perlu menguasai konsep ini. Oleh hal yang demikian, penyelidik amat risau akan masalah yang sedang berlaku. Murid-murid juga tidak boleh mengingati langkah-langkah dalam penolakan dengan mengumpul semula. Penyelidik telah mencuba untuk membantu murid-murid dalam mengatasi masalah tersebut. Penyelidik telah memberi pelbagai latihan kepada murid-murid supaya masalah ini dapat di atasi. Akan tetapi, masalah ini masih juga belum dapat di atasi. Penyelidik telah memikirkan apakah kaedah yang paling sesuai dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. Jadi, penyelidik perlu membuat satu tindakan untuk memastikan murid-murid dapat memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula dengan baik. Murid-murid memerlukan pertolongan daripada guru mereka untuk mengatasi masalah yang mereka alami. Sebagai guru Matematik, seseorang itu perlu memikirkan cara atau kaedah yang berkesan untuk murid-murid dalam menguasai sesuatu konsep Matematik.

59

1. 2. 3. 1.3 1. 2. 3. 1.4

Untuk melihat penggunaan konsep Papan Ajaib oleh murid dalam menyelesaikan persoalan dengan mengumpul semula. Meninjau pandangan murid berkaitan dengan penggunaan Papan Ajaib dalam menyelesaikan persoalan penolakan dengan mengumpul semula berpandukan soal selidik yang dijalankan. Meningkatkan kefahaman murid dalam penolakan dengan mengumpul semula tanpa menggunakan Papan Ajaib . Soalan Kajian Adakah murid berjaya menjawab soalan penolakan dengan menggunakan konsep Papan Ajaib? Apakah pandangan murid terhadap penggunaan Papan Ajaib dalam menyelesaikan masalah dalam penolakan dengan mengumpul semula? Adakah murid dapat meningkatkan kefahaman dalam penolakan dengan mengumpul semula tanpa menggunakan Papan Ajaib? Sampel dan Lokasi Seramai 6 orang murid-murid Tahun 3 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal iaitu 4 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Kajian ini hanya terhad kepada murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal sahaja.

2.0 2.1

DAPATAN KAJIAN Objektif Kajian 1: Untuk melihat penggunaan konsep Papan Ajaib oleh murid dalam menyelesaikan persoalan dengan mengumpul semula.

RESPONDEN

NO SOALAN

UJIAN PRA

UJIAN PASCA

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

60

2.2

Objektif Kajian 2: Meninjau pandangan murid berkaitan dengan penggunaan Papan Ajaib dalam menyelesaikan persoalan penolakan dengan mengumpul semula berpandukan soal selidik yang dijalankan.

2.3

Objektif Kajian 3: Meningkatkan kefahaman murid dalam penolakan dengan mengumpul semula tanpa menggunakan Papan Ajaib. 100 50 0 UJIAN PRA UJIAN PASCA

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

61

3.0

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Hasil dari penggunaan alat ini boleh dilihat dari analisis skrip jawapan ujian pra dan pasca. Dari analisis yang dilakukan, penyelidik dapat melihat perubahan yang berlaku kepada responden. Pada ujian pra, responden telah melakukan beberapa kesilapan dan kecuaian dalam pengiraan penolakan dengan mengumpul semula. Namun begitu, hasil dari ujian pasca menunjukkan peningkatan yang telah berlaku oleh responden. Responden dapat menjawab soalan penolakan dengan menggunakan konsep Papan Ajaib. Dari hasil ini dapat dilihat bahawa alat manipulatif dapat memberi kesan yang positif kepada penggunanya. Kajian yang dijalankan ini menyokong kajian yang telah dilakukan oleh Witzel, Mercer & Miller (2003). Kesimpulan dari objektif kedua menunjukkan responden menyokong 100% akan penggunaan alat manipulatif ini. Alat ini telah membantu responden untuk menguasai konsep penolakan dengan mengumpul semula. Hal ini disokong oleh Moyer, Niezgoda & Stanley (2005). Dari kajian ini, seseorang murid itu dapat mengembangkan kefahaman mereka terhadap subjek Matematik apabila menggunakan alat manipulatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa alat manipulatif memang berkesan dalam mengembangkan kefahaman responden. Kefahaman responden dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian pasca. Kesimpulan yang diperolehi dari objektif ketiga ialah responden dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam topik yang dipelajari oleh mereka dengan menggunakan konsep Papan Ajaib. Aspek yang perlu di ambil berat ialah proses penyediaan alat ini. Alat yang digunakan hendaklah mudah untuk difahami oleh responden untuk menggunakannya. Bahan yang digunakan juga perlu perlulah sesuai dengan lapisan umur responden serta tidak membahayakan responden ketika menggunakannya. Menurut Piaget (1971), beliau mencadangkan bahawa bahan yang digunakan untuk membuat alat manipulatif perlulah dari bahan realiti dan beliau tidak menggalakkan kanak-kanak mengamalkan imiginasi di dalam kelas. 3.1 Sorotan Literatur Guru yang baik ialah guru yang berminat untuk mencari ilham atau idea untuk meningkatkan kemahiran mengajar. Matlamatnya ialah untuk membantu murid-murid supaya lebih memahamiapa yang telah diajar oleh seseorang guru. Matematik merupakan subjek yang agak sukar kerana mereka perlu menguasai pelbagai konsep. Penggunaan bahan manipulative semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dikatakan dapat membantu meningkatkan kefahaman murid. Menurut Piaget (1952), mencadangkan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kematangan mental untuk memahami konsep-konsep Matematik yang melibatkan kata-kata atau simbol-simbol adalah memerlukan lebih banyak pengalaman dengan penggunaan bahan konkrit dan gambar semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Berdasarkan kenyataan Piaget di atas, murid tidak dapat memahami dengan jelas tentang konsep Matematik jika guru menjelaskan atau mengajar Matematik dalam kata-kata atau simbol sahaja. Murid memerlukan bahan konkrit dan gambar dalam proses pembelajaran. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan Papan Ajaib untuk murid-murid supaya digunakan dalam tajuk penolakan dengan mengumpul semula. Murid-murid tidak akan faham jika guru hanya menulis di papan hitam untuk tajuk ini. Selain itu, Piaget mendapati bahawa kanak-kanak berkembang melalui tiga tahap perkembangan belajar. Tahap pertama adalah konkrit atau manipulatif. Tahap kedua adalah tahap representasional atau peralihan dan terakhir adalah abstrak. Pada awal tadika, kanak-kanak berada dalam tahap konkrit di mana mereka harus menyentuh benda-benda di sekitar merekauntuk mengembangkan konsep asas matematik. Selain itu, Piaget telah menemui bahawa untuk membantu perkembangan melalui tahap peralihan ialah bahan abstrak harus diberi dengan tahap perkembangan dan aktiviti. Dari pernyataan itu, kita dapat mengetahui bahawa murid-murid yang belajar Matematik dengan jenis ini akan lebih baik.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

62

3.2

Cadangan Kajian Lanjutan Terdapat beberapa cadangan yang boleh dikemukan seperti berikut: 1. 2. Diaplikasikan dengan topik Matematik yang lain (penambahan) Diperluaskan penggunaannya ke atas semua murid (Tahun 1 Tahun 6) Kesimpulan Dapatan Kajian

3.3

Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah penggunaan alat manipulatif ini terbukti berkesan kerana berlakunya peningkatan terhadap pencapaian murid-murid pada markah ujian pasca yang dijalankan. Ini juga menunjukkan bahawa kaedah ini berkesan dalam meningkatkan penguasaan muted dalam topik penolakan dengan pengumpulan semula di kalangan murid-murid tahun 3 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Selain itu, penggunaan alat manipulatif ini dapat mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid ketika melakukan operasi tolak dengan pengumpulan semula. 4.0 PENUTUP

Akhir kata adalah diharapkan semoga alat manipulatif ini dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam topik matematik seperti penolakan dengan pengumpulan semula. Alat manipulatif yang diperkenalkan ini telah menunjukkan keberkesanannya pada murid tahun 3 Cemerlang yang mengalami masalah dalam topik ini. Semoga alat ini dapat digunakan dalam konsep matematik yang lain seperti topik penambahan.

BIBLIOGRAFI Mok Soon Sang (2010), Penyelidikan Dalam Pendidikan; Perancangan dan Perlaksanaan Penyelidikan Kajian. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,Selangor. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Huraian Sukatan Pelajaran matematik, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Piaget, Jean (1971). The Psychology of Intelligence. Boston: Routledge and Kegan, James W. Heddens (2008). Improving Mathematics Teaching by Using Manipulatives. Kent State University. Stephanie R. Schweyer (2000). The Effective Use Of Manipulatives. Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan kursus penyelidikan tindakan untuk Maktab/ Institut Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Julaila Selamat, Rosnah Embok Tang, Rashidah Punawan (2002). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menjawab Soalan Tolak Dengan Mengumpul Semula Dari Ratus Ke Puluh Ke Sa. SK. Laksamana, Kota Tinggi, Johor.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

63

You might also like