You are on page 1of 66

PRINSIP ASAS GRAFIK

EDU 3105
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MAHMUD JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN KUALA TERENGGANU

Asas Grafik
Prinsip Reka bentuk visual Peralatan penghasilan grafik

PRINSIP ASAS GRAFIK


Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

Sambungan

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambanglambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan


Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan
pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

Reka Bentuk Visual


Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau betulis.

Konsep dan Fungsi Visual


Visual boleh didapati dalam tiga bentuk: Fotografi Elektronik Grafik Fotografi dan video sebagai satu contoh bahan elektronik. Di mana ianya disediakan dalam bentuk ilustrasi melalui gambar atau visual yang menyerupai situasi yang sebenar.

Definisi Grafik
Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenar berasal dari perkataan graphikos bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Manakala Grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.


Ciri-ciri yang memainkan peranan yang berkesan untuk ketiga-tiga visual tersebut: Mudah dan jelas dibaca dan difahami. Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar,guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

Elemen Reka Bentuk Visual

Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual. Elemen Grafik terdiri daripada: i. Ruang ( Space ) ii. Garis ( Line ) iii. Permukaan ( Surface ) iv. Bentuk tiga dimensi ( Form ) v. Bentuk dua dimensi ( Shape )

1. Ruang (Space)
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis:
Ruang Positif ruang yang digunakan. Ruang Negatif ruang yang kosong.

Ruang negatif

Ruang positif

2. Garisan ( Line )
Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain. Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).

Fungsi garisan ialah:


1.

2. 3. 4.

Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain. Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan. Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan. Menunjukkan kekusutan.

5. 6.

Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain. Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

3. Permukaan ( Surface )
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya. Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas.

4. Bentuk Dua Dimensi (Shape)

Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi: a) Bentuk geometri

b) Bentuk abstrak

c) Bentuk gambaran

5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)


Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori: Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.

Contoh, lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan.

Prinsip Reka Bentuk Visual


Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.

Enam prinsip grafik


i. ii. iii. iv. v. vi. Simplisiti Dominan Pola Seimbang Variasi Harmoni

1. Simplisiti
Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.

2. Dominan
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :

a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)


Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.
41%

20% 14%

25%

b) Warna dan bentuk yang kontras c) Saiz yang lebih besar d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

3. Pola
Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-

item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama. Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul. Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.

4. Seimbang
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang.

Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.

Terdapat dua jenis seimbang


a) Seimbang formal Bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

Seimbang tidak formal Bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama. Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.
b)

5.

Variasi

Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu

komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolaholah visual itu hidup dan bergerak. Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

6.

Harmoni

Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu

menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual. Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

Warna

Roda Warna

Menjiwai Warna

Warna PANAS

Warna SEJUK

Warna HANGAT

Warna NYAMAN

Warna PUCAT

Warna GELAP

Warna CERAH

Skema Asas Warna

Juga dikenali sebagai KOMBINASI WARNA

Skema Primer

Skema Sekunder

Skema Tertiar

Komplimentari

Komplimentari Terpecah

Skema Bertembung

Skema Analogous

Skema Akromatik

Skema Neutral

Proses membina suatu persembahan berwana


Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Jelaskan hasil yang anda mahukan dengan warna Pilih satu warna utama yang melambangkan keperluan projek Pilih satu skema warna berasaskan pilihan warna utama Perincikan pilihan warna yang lain berdasarkan pengkhususan dalam projek dan citarasa individu

HURUF
Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan

gambar dan lukisan. Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan. Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual.

Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan iaitu:
Stail huruf ii. Bilangan stail huruf iii. Huruf besar dan huruf kecil iv. Warna huruf v. Saiz huruf vi. Jarak antara huruf vii. Jarak antara baris
i.

1.

Stail Huruf

Terdapat beratus-ratus stail huruf (font) pada

masa ini, namun kesemua stail huruf boleh dikelaskan kepada lima keluarga iaitu: a) Huruf Roman

b)

Huruf Gotik

A
c) Huruf Sambung atau Cursive

d) Huruf Teks

e) Huruf Novelti

2.

Bilangan Stail Huruf

Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan

menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf. Jangan melebihi tiga stail. Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej.

3.

Huruf Besar dan Huruf Kecil

Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar

dalam reka bentuk anda. Biasanya huruf besar digunakan pada tajuk. Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil.

4.

Warna Huruf

Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang

hendak disampaikan. Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius. Pernah seorang pelajar menggunakan huruf berwarna hijau untuk tajuk, Aku Terpenjara warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.

5.

Saiz Huruf

Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak

digunakan boleh dijawab berdasarkan satu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak tertentu seperti rajah dibawah:
Ketinggian huruf kecil 2 1 2 4

20 60 40 50 Jarak penglihatan dalam kaki

80

6.

Jarak Antara Huruf

Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang,

tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat. Huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan.

7.

Jarak Antara Baris

Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf

adalah sama. Baris yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan. Sebagai aturan biasa, bagi sekeping transparensi, bilangan baris dihadkan kepada enam baris sahaja.

You might also like