You are on page 1of 15

Topik 1

 Teori

HASIL
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi kecerdasan fizikal, tingkah laku sosial
dan kecerdasan kinestetik kanak-kanak;
2. Mengemukakan tokoh dalam perkembangan fizikal dan
implikasi kecerdasan fizikal dalam pembelajaran kanak-
kanak;
3. Mengemukakan tokoh dalam aspek tingkahlaku dan sosial
dan implikasinya dalam pembelajaran kanak-kanak; dan
4. Mengemukakan tokoh dalam kecerdasan kinestetik dan
implikasinya dalam pembelajaran kanak-kanak.

PENGENALAN
Tajuk pertama ini kita akan melihat definisi beberapa aspek dalam
perkembangan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak. Antara definisi
yang akan diberi penekanan adalah aspek kecerdasan fizikal,
tingkahlaku dan sosial serta kecerdasan kinestetik kanak-kanak. Kita
juga akan membincangkan beberapa tokoh yang terlibat dengan
perkembangan fizikal, tingkahlaku sosial dan kecerdasan kinestetik.
Seterusnya perbincangan ini akan menjurus kepada implikasi aspek
perkembangan fizikal, tingkahlaku sosial dan kinestetik ini terhadap
pembelajaran kanak-kanak. Ini selaras dengan matlamat dan objektif
am pendidikan prasekolah untuk membolehkan murid
memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan
kesihatan dan keselamatan yang betul (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2003)

AKTIVITI 1.1

Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda faham


tentang perkembangan fizikal kanak-kanak. Bagaimana kanak-
kanak mula merangkak dan berjalan. Bagaimana kanak-kanak
mula menyebut perkataan mama atau papa?
TOPIK 1 TEORI  2

1.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL

1.1.1Pandangan
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat,
selamat dan ceria. Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan”
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-
kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan
alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering
dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota
badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.

Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal


seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat
berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya,
seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan
sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau

Gambar persekitaran tadika yang sihat dan


ceria, kanak-kanak sedang bermain bersama
rakan.

persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan


pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga
kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Rajah 1.2: Kanak-kanak lebih berminat untuk meneroka dan belajar dalam
persekitaran yang bersih, selamat dan ceria
TOPIK 1 TEORI  3

Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam


penjagaan diri. Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang
boleh mendatangkan kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak juga
perlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang berbahaya.
Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga
keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang
tidak dikenali.

Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu peri pentingnya menjaga


kebersihan tubuh badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat
rambut dan memberus gigi. Mereka juga harus diberikan pengetahuan
dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Selain itu,
kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat cara
pemakanan yang baik seperti jenis makanan yang sesuai untuk
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak juga


perlu didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota
badan yang betul. Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat
memastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi dengan
berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul atau
pergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan
tubuh badan mereka.

SEMAK KENDIRI 1.1

Bagaimanakah anda dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif


bagi
tumbesaran fizikal kanak-kanak ?

MAK KENDIRI 1.1


TOPIK 1 TEORI  4

1.1.2 Definisi Perkembangan Fizikal Menurut


Tokoh
Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut
Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak
boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini
penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi
yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam
perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability),
pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan
merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan
mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang
berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala
manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di
persekitarannya.

Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara


kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh
kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam
model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan
proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula
berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak
khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal


kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup
atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-
kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak
berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud
persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal
sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam
memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk
melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran
yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan
melalui persekitaran yang terbuka.

1.1.3Implikasi Dalam Pembelajaran


Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang
terbaik bagi proses pembelajaran berlaku. Pada ketika ini, kanak-kanak
lebih mudah menerima pengaruh rangsangan persekitaran sama ada
yang berbentuk positif atau negatif. Rangsangan yang positif akan
melonjakkan lagi kecemerlangan diri kanak-kanak tersebut. Pada
TOPIK 1 TEORI  5

peringkat ini kemahiran dan potensi kanak-kanak lebih mudah untuk


dikembangkan ke peringkat yang optimum. Pada tahap ini juga
kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dan sanggup
menghabiskan banyak masa dengan aktiviti fizikal yang dapat
meningkatkan kemahiran mereka.

Proses pembelajaran kanak-kanak memerlukan keperluan fizikal


mereka seperti persekitaran, kebersihan diri dan rasa selamat perlu
dipenuhi. Kanak-kanak perlu digalakkan mengamalkan langkah
kebersihan diri seperti menjaga kebersihan pakaian, rambut, kuku dan
penjagaan gigi. Penjagaan diri yang baik akan membolehkan kanak-
kanak lebih memberi tumpuan terhadap pembelajaran mereka.
Mereka juga memerlukan keadaan persekitaran yang kondusif dengan
menggalakkan aktiviti yang dapat merangsang deria mereka dalam
pembelajaran. Kanak-kanak juga seharusnya berasa selamat di
persekitaran untuk pembelajaran mereka.

Dari aspek pemakanan pula, kanak-kanak akan berasa cepat bosan


dengan pemakanan yang sentiasa sama dihidangkan kepada mereka.
Makanan yang berkhasiat dan yang dapat memenuhi selera mereka
adalah amat penting. Kanak-kanak memerlukan makanan yang dapat
membekalkan tenaga untuk mereka seperti makanan yang mempunyai
karbohidrat yang tinggi seperti nasi, bihun dan roti. Selain itu
makanan berprotein yang menggalakkan pertumbuhan mereka seperti
telur, ikan dan daging. Kanak-kanak akan cepat tertarik dengan
makanan yang berwarna yang menarik seperti buah-buahan. Cara
pemakanan ini akan mempengaruhi tumbesaran dan kematangan
minda kanak-kanak.

Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Pembelajaran kanak-kanak


melalui pengalaman fizikal. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan
motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang
membolehkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti fizikal dengan
yakin. Kanak-kanak boleh dilibatkan dengan aktiviti seperti memegang
guli untuk belajar mengira bilangan objek. Melalui aktiviti penggunaan
motor kasar dan motor halus seperti ini akan meningkatkan
kecerdasan kanak-kanak.
TOPIK 1 TEORI  6

TINGKAHLAKU DAN SOSIAL


1.2

1.2.1Pandangan
Tingkahlaku merujuk kepada perlakuan yang ditunjukkan oleh
seseorang kanak-kanak. Aspek sosial pula berkaitan dengan pergaulan
dan interaksi kanak-kanak denagan mereka yang berada di
sekitarannya. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan kanak-kanak
dipengaruhi oleh proses peneguhan, dendaan atau peniruan. Sesuatu
tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak akan diulangi
sekiranya kanak-kanak tersebut memperoleh ganjaran atau pujian
akibat dari tingkahlaku yang ditunjukkan tersebut. Ganjaran atqau
pujian biasanya adalah disebabkan suatu tingkahlaku yang mereka
tunjukkan yang bersesuaian dengan peraturan sosial mereka. Oleh itu,
dalam perkembangan tingkahlaku kanak-kanak, sesuatu tingkahlaku
akan diulangi jika model tingkahlaku itu bersesuaian dengan diri kanak-
kanak tersebut. Begitu juga jika tingkahlaku yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tersebut dikenakan dendaan maka tingkahlaku itu akan
cuba mereka elak atau tidak mengulanginya sama sekali.

Perkembangan tingkahlaku kanak-kanak juga dipengaruhi pemerhatian


dan peniruan terhadap tingkahlaku rakan sebaya, orang dewasa dan
ibu bapa mereka. Ibu bapa khususnya secara psikologi penting dalam
perkembangan tingkahlaku seseorang kanak-kanak. Ibu bapa melalui
amalan seharian atau contoh akan mempengaruhi tingkahlaku anak
mereka. Melalui samaada ganjaran atau dendaan kanak-kanak akan
bertingkahlaku secara yang sepatutnya. Contohnya, ibu bapa dan
rakan sebaya sering mengguna ganjaran atau dendaan dalam
membentuk anak mereka bertingkahlaku sebagai seorang perempuan
atau lelaki (Lott & Maluso, 2001 ).

Kebolehan kanak-kanak dalam bertingkahlaku untuk melakukan atau


tidak sesuatu perbuatan berkait rapat dengan perkembangan
pengawalan diri. Kanak-kanak perlu dilatih agar dapat mengatasi
dorongan terhadap melakukan sesuatu yang ditegah. Untuk
memperoleh pengawalan diri ini kanak-kanak perlu belajar mengawal
kesabaran dan melambatkan keinginan. Oleh itu dalam teori sosial
kognitif (Bandura, 2002), percaya bahawa faktor kognitif adalah
penting dalam perkembangan pengawalan diri seseorang kanak-kanak.
TOPIK 1 TEORI  7

Persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-


kanak. Persekitaran sosial yang baik seperti masyarakat yang
harmoni, hubungan antara jiran tetangga yang baik, anak-anak boleh
bermain bersama akan menimbulkan suasana yang baik untuk
perkembangan kanak-kanak. Selain itu, suasana kerjasama dan
kerukunan antara jiran tetangga akan dapat menggalakan
pertumbuhan kanak-kanak yang lebih baik.

1.2.2 Definisi Tingkahlaku Sosial Menurut Tokoh

Terdapat beberapa tokoh yang membincangkan definisi tingkahlaku


sosial dalam pembelajaran kanak-kanak. Menurut P.Kelvin (1970)
tingkahlaku sosial merujuk kepada “observable patterns of activity
between any two or more people, either with respect to one another or
at least in as much as the behaviour of one person can be seen to be
somehow affected by that of others”. Beliau juga menegaskan
perkaitan antara tingkahlaku individu yang berfungsi berasakan
kepada persekitaran fizikal.

Tingkahlaku sosial juga dihubungkan dengan proses sosialisasi kanak-


kanak dan boleh dikaitkan dengan perlakuan, sikap dan nilai. Seorang
tokoh psikologi, G. Allport mentakrifkan tingkahlaku sosial dari aspek
psikologi. Beliau menyatakan dari aspek psikologi sosial, bidang ini
cuba memahami dan menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan
tingkahlaku individu dipengaruhi jangkauan, khayalan atau kehadiran
orang lain bersamanya ( Azizi Yahaya, 2004).

Doherty, J dan Brennan, P. (2008) menjelaskan walaupun kanak-kanak


yang berasa yakin dan bebas bergerak, mereka tetap memerlukan
perhatian. Mereka juga akan memerhatikan tingkahlaku orang dewasa
dan akan meniru sebagai salah satu dari proses pembelajaran. Kanak-
kanak ini secara amnya mempunyai persefahaman antara rakan
mereka dan memahami tingkahlaku yang betul atau salah dan kurang
sesuai. Kanak-kanak juga akan menyesuaikan konsep nilai dan watak
yang bersesuaian dalam tingkahlaku sosial berkawan dengan rakan
mereka. Semua perkembangan ini sangat penting sebagai persediaan
kanak-kanak ini sebelum mereka melalui proses pembelajaran yang
formal di sekolah misalnya.
TOPIK 1 TEORI  8

1.2.3 Implikasi Dalam Pembelajaran


Tingkahlaku dan sosial kanak-kanak amat mempengaruhi cara
pembelajaran seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih seronok
sekiranya proses pembelajaran melibatkan aktiviti berkumpulan
bersama rakan sebaya. Kaedah pembelajaran secara kooperatif
misalnya akan dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Lebih
banyak peluang kanak-kanak dapat berinteraksi dengan rakan sebaya
lebih banyak mereka dapat mendengar pendapat yang pelbagai dan
berbeza. Pengalaman ini pastinya berupaya merangsang kanak-kanak
untuk berfikir, meluaskan pandangan mereka dan lebih kreatif dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Kanak-kanak perlu yakin dalam pergaulan dengan rakan mereka untuk


mereka berasa gembira. Persekitaran seperti ini akan menyebabkan
mereka sentiasa mencari alasan untuk datang ke sekolah setiap hari.
Oleh itu guru perlu mengenal pasti minat kanak-kanak ini dalam
berinterkasi bersama rakan dan memberi galakkan kepada mereka.
Guru perlu kreatif dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran bersama.

Salah satu cara bagi menggalakkan pembelajaran bersama adalah


dengan melibatkan kanak-kanak ini dalam interaksi berbentuk
permainan. Bentuk permainan tradisional seperti bermain congkak,
batu seremban dan ting-ting adalah bentuk permainan yang
menyeronokkan dan memberi pengalaman interaksi sosial yang
berharga bagi kanak-kanak. Bentuk permainan ini juga mampu
memupuk pemikiraan kanak-kanak agar lebih kritikal dalam
menyelesaikan masalah. Selain itu tingkah laku sosial kanak-kanak
dalam penyelesaian masalah juga turut akan meningkat.

SEMAK KENDIRI 1.2

Huraikan bagaimana persekitaran, permainan dan interaksi dengan


rakan sebaya
TOPIK 1 TEORI  9

mampu mempengaruhi pembelajaran yang berkesan pada kanak-


kanak?

TEORI KECERDASAN KINESTETIK

1.3
1.3.1Pandangan
Apa yang dimaksudkan dengan kecerdasan kinestetik? Kecerdasan
kinestetik adalah kebolehan kanak-kanak mengguna dan
mengkoordinasi bentuk badan dengan mahir. Selain mengkoordinasi,
kecerdasan ini juga termasuklah kebolehan kanak-kanak menggunakan
kemahiran fizikal seperti fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan
tubuh badan. Ia juga merujuk kepada penggunaan anggota badan
untuk melakukan sesuatu aktiviti, menyatakan idea atau meluahkan
sesuatu perasaaan.. Melalui kecerdasan kinestetik ini, kanak-kanak
dapat membuat aktiviti seperti bermain bola, berenang, menari dan
lain-lain lagi.

Kecerdasan kinestetik dapat dikaitkan dengan pergerakan fizikal


kanak-kanak. Pergerakan fizikal sering dikaitkan dengan sesuatu
perlakuan aktiviti kanak-kanak tersebut. Pergerakan yang aktif oleh
kanak-kanak ini akan melatih otot-otot mereka berfungsi dengan lebih
baik dan fleksibel. Kanak-kanak ini akan dapat memanipulasi objek dan
aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan motor kasar
mereka.

Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang baik akan


dapat melakukan pergerakan dengan berkesan seperi menari,
bersukan atau bermain bola serta cekap dalam aktiviti yang
melibatkan penggunaan motor anggota badan mereka. Selain itu,
kanak-kanak juga akan dapat menggunakan alatan yang diberi dengan
baik seperti kanak-kanak ini dapat bermain permainan mereka atau
menunggang basikal. Oleh itu melalui aktiviti bermain kanak-kanak
akan dapat meningkatkan kecerdasan kinestetik mereka.
TOPIK 1 TEORI  10

AKTIVITI 1.2

Jelaskan bagaimana kecerdasan kinestetik akan dapat meningkatkan


perkembangan diri seorang kanak-kanak?

1.3.2 Definisi Kecerdasan Kinestetik Menurut


Tokoh
Kecerdasan kinestetik dan perkembangan kemahiran pergerakkan
anggota badan berlaku secara berperingkat. Gallahue (1982)
mencadangkan dua konsep bagi pembelajaran kemahiran kinestetik
atau pergerakkan anggota badan iaiti; a) kemahiran pergerakkan dari
yang mudah ke komplek dan b) kemahiran meningkat secara beransur
dari kemahiran umum kepada jenis pergerakkan yang lebih khusus.
Bagi konsep pertama, contohnya kanak-kanak perlu menguasai
kemahiran seperti seimbangkan badan, melompat, membaling atau
menangkap bola sebelum mereka menguasai kemahiran yang lebih
komplek seperti menendang, menahan atau mengelecek bola dalam
sukan bolasepak. Begitu juga dengan konsep yang kedua, kanak-kanak
misalnya perlu menguasai kemahiran seperti berjalan dan berlari
sebelum mereka dapat mempelajari kemahiran yang lebih khusus
seperti melompat melepasi halangan.

Perkembangan dalam kecerdasan fizikal kanak-kanak juga dilihat


sebagai asas bagi perkembangan yang lebih holistik. Misalnya, Field
(1990) menjelaskan bahawa perkembangan dalam kemahiran
pergerakan tubuh badan kanak-kanak akan mempengaruhi kecerdasan
intelek, sosial dan emosi kanak-kanak tersebut. Di peringkat awal
perkembangan seorang bayi, kanak-kanak ini akan menggunakan
kemahiran kinestetik untuk mempelajari tentang diri sendiri,
persekitaran fizikal dan sosial mereka. Kanak-kanak di peringkat ini
lebih cenderung untuk memegang mainan yang bewarna terang.
Aktiviti seperti ini akan memperkembangkan fungsi koordinasi otot dan
anggota badan mereka.
TOPIK 1 TEORI  11

Gardner (1983) telah memperkenalkan konsep kecerdasan pelbagai


yang menjelaskan salah satu daripada tujuh kecerdasan dalam diri
kanak-kanak adalah kecerdasan kinestetik. Beliau mengemukakan
pendapatnya dengan panjang lebar dalam buku The Frames of Mind
(1983). Hasil dari konsep kecerdasan yang beliau perkenalkan ini
tercetuslah Projek Spektrum yang diterapkan dalam kurikulum. Teori
oleh Gardner ini telah merubah rangka
kerja dalam proses pembelajaran di
semua peringkat perkembangan.

Rajah 1.2: Howard Gardner


Menurut Gardner, terdapat beberapa ciri bagi sesuatu kecerdasan
termasuk kecerdasan kinestetik iaitu; setiap individu mempunyai
beberapa jenis kecerdasan, kecerdasan dapat ditingkatkan, kecerdasan
boleh dirangsang, terdapat kecerdasan yang berkembang sepenuhnya,
perkembangan kecerdasan adalah tidak seiring dan kecerdasan boleh
dididik dan dilatih. Oleh itu, kecerdasan kinestetik merupakan salah
satu kecerdasan berkaitan pergerakan dan kemahiran fizikal yang
boleh dipelajari dan ditingkatkan ke tahap yang lebih mahir. Kanak-
kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi akan cekap
melakukan pergerakan tubuh badan mereka. Mereka juga cenderung
untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan.

1.3.3 Implikasi Dalam Pembelajaran


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) turut menekankan pentingnya
seorang kanak-kanak berkembang secara seimbang dari aspek jasmani
selain daripada aspek emosi, rohani dan intelek. Bersepadu bermakna
guru perlu menggabungkan aspek perkembangan kanak-kanak dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, dalam merancang
pengajaran bahasa, guru boleh melibatkan pergerakan, melakonkan
dan mengira melibatkan pergerakan kinestetik.
TOPIK 1 TEORI  12

Murid yang mempunyai kecerdasan kinestetik berkebolehan untuk

Gambar kanak-kanak sedang bermain


bersama rakan di luar kelas.

belajar melalui perbuatan dan pergerakan seperti meniru, main


peranan, lakonan atau belajar dalam bermain. Justeru guru perlu
bersedia dengan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan pembelajaran
murid yang dapat melibatkan pergerakan tubuh badan mereka.
Contohnya, bagi menggalakkan kanak-kanak menguasai kemahiran
membaca, guru boleh merancang aktiviti yang melibatkan pergerakan
tubuh badan seperti mengeja sambil menyanyi dan mengerakkan
anggota badan mereka.

Sekiranya guru dapat memanipulasikan kemahiran kinestetik ini dalam


pembelajaran kanak-kanak, pastinya proses pembelajaran kanak-kanak
ini akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan bagi kanak-
kanak tersebut. Kanak-kanak akan lebih terdorong dan bermotivasi
menggunakan kebolehan pergerakkan dan koordinasi badan mereka
dalam proses pembelajaran. Keadaan ini akan memungkinkan kanak-
kanak lebih berminat untuk belajar dan lebih mudah mengikuti
pelajaran.
TOPIK 1 TEORI  13

Rajah 1.3: Pembelajaran dalam kelas yang melibatkan permainan dan


pergerakan membolehkan kanak-kanak lebih aktif mengambil

SEMAK KENDIRI 1.2

(a) Bagaimanakah kecerdasan kinestetik kanak-kanak dapat


ditingkatkan ?
(b) Apakah aktiviti di luar bilik darjah yang sesuai untuk
meningkatkan kecerdasan kinestetik ini ?
TOPIK 1 TEORI  14

SEMAK KENDIRI 1.5

• Persekitaran fizikal, keselamatan dan pemakanan merupakan


perkara asas yang perlu diberi perhatian dalam perkembangan
diri seorang kanak-kanak. Dalam pembelajaran kanak-kanak
keperluan untuk berinteraksi dan bermain bersama rakan tidak
boleh diabaikan.

• Melalui aktiviti yang dirancang dengan baik proses pembelajaran


akan dapat memperkembangan kebolehan diri kanak-kanak di
samping meningkatkan keyakinan diri dalam tingkah laku sosial
mereka.

• Aktiviti permainan bersama rakan ini juga akan melatih kemahiran


otot dan anggota badan mereka. Melalui aktiviti ini kerecerdasan
kinestetik kanak-kanak turut akan berkembang.

• Kemahiran yang mereka peroleh dalam proses bermain dan


berinteraksi bersama akan akan melatih mereka bagi kemahiran
yang lebih tinggi seperti kemahiran penyelesaian masalah dan
membuat keputusan. Kemahiran ini juga akan membantu mereka
menghadapi situasi yang berbeza seperti persediaan mereka
untuk memasuki ke alam persekolahan di sekolah rendah.

Perkembangan fizikal
Tabiat pemakanan
Tingkahlaku sosial
Psikologi sosial
Kecerdasan kinestetik
Koordinasi tubuh badan
Kemahiran motor
TOPIK 1 TEORI  15

• Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial.
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

• Doherty, J. & Brenan, P. (2008), Physical Education and Development 3-11. New
York: Routledge

• Field, T.M. (1990), Infancy. Cambridge, MA: Harvard University Pres

• Gardner, H. (1983) Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York:
Basic Books.

• Gardner, H. (1999), Intelligence reframed. Multiple intelligence for the 21st


century. New York: Basic Books

• Gallahue, D.L. (1982), Development Movement Experiences for


Children. New York: Wiley

• Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Today’s


Children. Madison, WI: Brown and Benchmark

• Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

• Wright, H. Dan Sugden, D. (1999), Physical Education for All.


London: David Fulton

You might also like