P. 1
Semarak Akal: Satu Kritikan Sosial Terhadap Masyarakat

Semarak Akal: Satu Kritikan Sosial Terhadap Masyarakat

4.83

|Views: 3,419|Likes:
Published by hannanfarhana
satu kritikan sosial oleh anak muda bernama Mohamad Ridhwan Bin Alias
satu kritikan sosial oleh anak muda bernama Mohamad Ridhwan Bin Alias

More info:

Published by: hannanfarhana on Mar 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2012

pdf

text

original

SEMARAK AKAL: SATU KRITIKAN SOSIO-POLITIK TERHADAP MASYARAKAT

OLEH

MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

Acuan Yahudi Pilihan Kita?

Secara idealnya, kehidupan manusia sama ada Islam atau bukan Islam berada dalam acuan yang dicipta oleh bangsa Yahudi dan pendokongnya. Acuan yahudi ini dibaptiskan dalam semua elemen kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial. Bukan itu sahaja, ia termasuk dalam persoalan bentuk mangkuk tandas kepada persoalan ideologi politik. Begitulah kehebatan dan kepintaran yahudi laknatullah. Walaupun hebatnya acuan yahudi ini, manusia khususnya orang Islam terus terleka dan dibuai mimpi indah mengagungkan acuan yahudi yang dianggap simbol pembangunan dan kemodenan. Contoh mudah makanan seperti burger, syarikat MacDonald dan KFC merupakan syarikat penyokong yahudi telah mengajar manusia tentang penting prestij dan menjadi makanan itu yang boleh dimakan sambil berlari dan minum coke (mengubah adab makan orang Islam). Fenomena ini bukan hanya di Malaysia tetapi terdapat juga di bumi suci, Makkah. Betapa kerdilnya pemikiran umat Islam. Pemikiran yahudi terbongkar apabila muncul protokol yahudi yang membicarakan rancangan rahsia yahudi selama 100 tahun. Serangan pemikiran dan kebudayaan dilakukan bukan secara terangan tetapi dididik melalui media massa dan pendidikan atas nama ke arah negara maju dan membangun. Asas kepada semua elemen yang dianjurkan oleh nafsu jahat yahudi ini adalah faham humanisme. Humanisme merupakan fahaman yang mengagungkan akali dan perasaan kemanusiaan. Daripada faham humanisme inilah lahir faham-faham seperti feminisme, kapitalis, liberalisme, demokrasi, komunisme, idea trendy, makanan segera, hak asasi, amalan sek bebas, gay dan pelbagai kebijaksanaan yahudi. Humanisme bermatlamat memenuhi nafsu kemanusiaan, kebenaran dan

keadilan bersifat dari manusia, oleh manusia dan untuk manusia. Mungkin ada yang mempersoalkan, kalau begitu apa yang kita ada untuk hidup?

Kita seharusnya mencari alternatif yang semakin ditinggalkan orang kerana kekunoan dan tidak relevan kononnya iaitu kembali kepada sistem al Quran dan hadis, marilah kita mempersoalkan sejauh manakah kita

menggunakan al Quran dan hadis dalam kehidupan kita? Cukupkah ia dijadikan amalan ritual sahaja? Sistem yang dihasilkan oleh yahudi mestilah dijernihkan dan disuntikkan dengan roh Islam dengan membuang matlamat nafsu

kemanusiaan sahaja. Pelaksanaan sesuatu amalan mestilah berada dalam kawalan syariat agar tidak melanggari akidah dan ketentuan Ilahi. Begitulah yang harus dilakukan dalam amalan perundangan sebagai contoh.

Laksanakanlah hudud dan qisas di samping menghapuskan amalan perundangan barua yahudi yang ada sekarang.

Penguasaan yang paling berbisa yahudi adalah penguasaan pemikiran. Saya cuba menukilkan secara ringkas penguasaan yahudi dalam pemikiran politik dan anak muda. Dalam politik, yahudi telah mewujudkan suasana pertentangan bagi mencari kuasa. Secara tidak langsung sistem pilihan raya yang ada sekarang menyumbangkan kepada suasana perpecahan dan

ketegangan politik yang teruk. Inilah yang diideakan oleh karl marx. Sewajar kita menggunakan sistem peratusan undi dan dibenarkan semua pihak berkempen melalui TV dan semua pihak perlu mengakui kekalahan sebagai biasa dalam permainan politik. Aliran pemikiran politikus sekular dipengaruhi ideologi feminisme, sosialis, teokrasi dan liberal-pragmatisme yang berkiblat yahudi sehingga mereka cuba menidakkan hukum Allah dan mengamalkan sesuatu bertentangan dengan Islam seperti rasuah.

Di kalangan anak muda, pemikiran pemujaan terhadap artis, pengaulan bebas, budaya trendy dan kehidupan selesa tanpa perjuangan dan dakwah telah diterap dan dicanang hampir sempurna(masih mengingati agama Islam tetapi sebagai amalan ritual dan bersifat peribadi) mengakari pemikiran anak muda. Media massa mendidik anak muda dengan URTV, rancangan 3R dan pelbagai lagi program yang boleh menaikkan keghairahan nafsu kemanusiaan anak muda yang sememang mudah terangsang dan lalai. Budaya trendy dapat dilihat dari segi pemakaian dan pemilikan handphone baru mereka. Itulah idea utama yang diterang secara ringkas tentang acuan yahudi yang mengakari kehidupan seharian kita. Sama-sama kita jernihkan.

ANALISIS KELEMAHAN GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PANDANGAN
OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS tokawang_sufi@yahoo

Kebangkitan gerakan Islam terasa teruji setelah lama menyelinap dalam masyarakat Malaysia. Kini, sedikit sebanyak kelihatan beberapa kelemahan dalam gerakan Islam sehingga menghilangkan kualiti gerakan dan memburukkan imej gerakan itu sendiri. Bukan niat penulis mengodam atau mengkritik tetapi elok rasanya jika kita mengkritik secara membina agar gerakan Islam dapat melayari bathera perjuangan di samudera perjuangan ini dengan maha perkasa.

Konsep Gerakan Islam

Menurut Dr. A Hamid Majid al Quwaisi, gerakan Islam ialah “aliran sosial yang merakyat; bertolak dari kesedaran khususnya terhadap Islam sebagai suatu wawasan dakwah yang bergerak merealisasikan ajarannya dalam bentuk negara dan sistem politik sekurang-kurangnya dalam peringkat awal melalui tatacara dan wahana yang sah dari perspektif Islam”. Abu Wahab Afandi gerakan Islam ialah “Gerakan yang bergiat dalam lapangan politik untuk menerapkan Islam dan syariatnya dalam kehidupan individu dan umum”. Solusinya, Gerakan Islam adalah satu proses membangkitkan kesedaran massa melalui pembaikkan berasaskan al Quran dan hadis dalam politik, ekonomi dan sosial dengan

wujudnya suasana Islam memerintah bukannya Islam diperintah dalam Negara, masyarakat, keluarga, diri dan sekurang-kurangnya dalam hati seseorang jika tiada kemampuan menonjol diri.

Aliran pemikiran Islam di Malaysia terbahagi;

1. Aliran Islam Selapis

Mereka terdiri daripada institusi berkuasa seperti Mufti, Majlis Fatwa atau Majlis Agama Negeri. Islam selapis yang diamalkan oleh institusi kerajaan sangat ‘maksum’ tanpa dosa. Mereka boleh ‘memujuk’ orang lain, memberi fatwa dan menguasai keputusan kerajaan. Selain itu, madrasah atau sekolah pondok juga menganut aliran ini. Mereka adalah benteng Islam daripada pengaruh golongan reformis, modenis dan orientalis. Institusi pendidikan tradisional juga ‘penjaga’ utama ajaran kitab-kitab ulama sama ada kuning atau ‘hijau’. Kenapa Islam selapis? Mereka ini memilih Islam ‘tulen’ tanpa dipengaruhi aliran pemikiran yang lain. Mereka mahu Islam yang asali tanpa perubahan unsur unsur non-Islam. Biasanya mereka sangat berkuasa dalam pentadbiran agama dan akur kepada arahan pemerintah politik. Kebanyakan masyarakat menganut aliran ini kerana bersifat arus perdana dan memperolehi kemudahan daripada pemerintah politik.

2. Aliran Islamisasi

ABIM, YADIM, IKIM, JIM, ISTAC dan PKPIM antara yang menganuti aliran Islamisasi. Islamisasi dilakukan dalam politik, sosial dan ekonomi. Kebiasaannya, aliran ini disertai oleh golongan kelas menengah dan berpendidikan Barat. Mereka mendokong pemikiran ulama, pemikir Islam dan Barat, dan falsafah. Mereka ini cuba meng‘Islam’kan perkara baru yang telah lama bertapak dalam sesebuah sistem. Contoh mengIslamkan pendidikan(lihat penulisan Wan Mohd Nor Wan Daud). Mereka juga dikenali reformis dan modernis. Lihatlah penulisan Anwar Ibrahim, Syed Naquib al Attas dan Siddiq Fadil yang cukup menarik kerana terdapat pautan pemikiran secara plural antara moden dan tradisional. Mereka mencintai tokoh yang sederhana dan bertaraf pemikir seperti Ismail al Faruqi , Jose Rizal, Yusof Qaradhawi dan Malik Bennabi. Dan jangan terkejut jika pimpinan aliran ini meminati idea Kung Fu Tze, taksub terhadap masakan Barat, bermain piano, membaca karya Shakespeare secara mingguan di rumah(ala usrah) atau mendengar alunan suara Celion Dion(penyanyi USA).

3. Aliran Tareqat

Aliran tareqat semakin kurang diberi perhatian dan semakin luntur pengaruhnya dalam masyarakat. Di Malaysia, tareqat yang berpengaruh adalah Ahmadiah yang berpusat di Linggi dan Bukit Abal. Kebiasaannya tareqat dianuti oleh kelas menengah secara tersembunyi dan tuan guru pondok. Amalan tareqat menekankan pembersihan rohani dan kurang mengambil berat perkara politik atau permasalahan masyarakat. Paling teruk, banyak aliran tareqat dikatakan sesat.

4. Elemen Islam

Elemen Islam ini terdapat dalam pertubuhan atau jemaah yang tidak bercirikan Islam seperti UMNO, SIS, GPMS, Majlis Aids Malaysia dan Forum Iqra. Mereka sayang terhadap ajaran Islam tetapi tidak mahu menerima konsep Islam sebagai satu cara hidup syumul yang diperjuangkan oleh jemaah Islam atau ‘Islam Yes, Parti Islam No’. Niat mereka baik tetapi pendekatan mereka adalah bathil. Mereka rela mengelumang dalam fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam seperti ideologi sosialis, nasionalis dan sekular. Ada juga di kalangan mereka mahukan Islam tetapi tohor pengetahuan agama Islam mereka. Mereka menafsir ajaran Islam berdasarkan akal yang dipengaruhi unsur Yahudi-Kristian di Barat. Mereka lebih banyak terpengaruh dengan idea orientalis hasil daripada pendidikan dan pengalaman mereka. Walaupun perjuangan elemen Islam menjauhi prinsip perjuangan Islam tetapi kehadiran mereka telah mencabar keintelektualan para ulama dan cendikiawan Islam. Para ulama dan cendikiawan Islam dicabar agar lebih berilmu untuk menghadapi elemen Islam yang terdiri daripada golongan terpelajar.

5. Aliran Tabligh

Walaupun mendakwa tiada pegangan politik, gerakan tabligh banyak disokong oleh parti UMNO. Gerakan tabligh banyak disalah anggap terutama golongan ‘syariat’ yang mengaji di institusi Islam seperti lepasan al Azhar dan Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. Aliran yang berpusat di masjid Sri Petaling (di Malaysia) ini diasas oleh Maulana Ilyas. Untuk memahami fahaman tabligh, kita haruslah memahami kehidupan Maulana Ilyas [baca buku Abul Hasan Ali ad Nadwi).

Kehidupan para tabligh merantau untuk membangkitkan ghairah agama dalam masyarakat. Pusat dakwah komuniti mereka adalah masjid. Mereka akan

menziarah saudara semuslim untuk memperkasakan kembali iman dan amal mereka. Paling menarik gerakan tabligh disertai oleh orang yang dihormati dalam gerakan ‘Islam Politik’ dan dunia dakwah iaitu Abul Hasan Ali an Nadwi.

6. ISLAM POLITIK

‘Islam politik’ adalah golongan yang menggugat kekuasaan pemerintah politik. Penjajah Barat dan pemerintah politik selalunya mengaitkan golongan Islam politik sebagai teroris dan pemecah belah masyarakat. Asas kepada gerakan Islam politik ialah Ikhwanul Muslimin dan Jamaati Islami. Tokoh ideolog mereka ialah Hasan al Banna, Abu Ala’ Maududi, Syed Qutb dan Said Hawwa. Di Malaysia, Islam politik didokongi oleh PAS dan PMI. Kalau kita meneliti tulisan atau ceramah golongan Islam politik seperti al shahid Hasan al Banna dan tuan guru Haji Hadi terdapat banyak persamaan iaitu bersumber al Quran dan hadis secara total tanpa banyak tafsiran. Malik Bennabi menyifatkan, mereka bukannya menafsir al Quran tetapi melontarkan kembali idea al Quran ke dalam masyarakat. Mereka lebih mendokong idea-idea ulama muktabar untuk mengembali Islam sebagai satu cara hidup.

Itulah diantara aliran terbesar dan berpengaruh di Malaysia. Kita menghormati sifat plural dalam berjemaah. Islam bukannya monopoli sesetengah pihak. Setiap aliran mempunyai kelebihan dan para pendokong mereka mempunya hujah tersendiri. Sukar untuk menidakkan kefahaman masing-masing.

KELEMAHAN GERAKAN ISLAM

Di bawah adalah beberapa kelemahan gerakan Islam yang dirasakan oleh penulis perlu dicakna oleh pendokong gerakan Islam. Kelemahan ini adalah cebisan daripada pelbagai kelemahan yang boleh dibincang tetapi penulis berkeputusan hanya menuqilkan 3 daripadanya.

1. Ketumpulan Idealis

Perjuangan gerakan Islam pada hari ini sangat menyedihkan. Mereka telah kehilangan idealis perjuangan ekoran terlalu sibuk dengan agenda politik. Proses tarbiyah ke arah penyuburan idealis semakin terbantut dari hari ke hari. Idealis sangat penting bagi mengarahkan perjuangan Islam. Rukun Baiah Ikhawanul Muslimin yang sepatutnya difahami dan menjadi amalan gerakan Islam semakin

tidak dipedulikan sehingga perjuangan dalam gerakan Islam berdasarkan kepentingan yang tersendiri.

PAS sebagai contoh terlalu politikal sehingga melupakan urusan kebajikan massa, pendidikan dan dakwah. Bagi menarik sokongan massa, urusan memasyarakatkan PAS ke dalam masyarakat Malaysia perlu diperkasakan. Antaranya mengadakan amal kebajikan dalam sesebuah komuniti, dialog ilmu antara agama dan amal dakwah secara istiqamah ke dalam masyarakat terutamanya golongan belia. Isu-isu semasa seperti isu pengguna, alam sekitar dan sains perlu dicakna.

Roh tasawuf perlu digarapkan kembali dalam jiwa peserta gerakan Islam. Politik benci-membenci dan dendam perlu dihindari. Pimpinan gerakan Islam perlu berusaha mendidik pengikut secara akar umbi walaupun mereka mempunyai Dewan Ulama dan Majlis Syura yang semakin hilang peranan. Walaupun gerakan Islam berjaya mengumpul pengikutnya dalam ceramah tetapi kita harus ingat kebanyakan yang datang adalah pengikut totok gerakan Islam yang belum teruji kualitinya. Jika 20,000 ribu orang penyokong gerakan Islam datang mendengar ceramah tetapi disana ada 80,000 ribu orang tidak mengendahnya.

Ekoran perkara inilah para pimpinan gerakan Islam perlu turun padang dan datang kepada audien bukannya mengharapkan kedatangan pengikut gerakan Islam dalam sesuatu program atau ceramah. Alangkah indah jika pimpinan ulama turun padang berdakwah rumah ke rumah seumpama gerakan tabligh. Mengalirlah air mata rakyat jika melihat tuan guru rela datang ke rumah rakyat marhaen untuk mengingatkan rakyat tentang Islam yang murni lagi syumul. Alangkah indahnya jika pengikut yang cetek ilmu dan amal dapat beribadat dan ditarbiyah oleh tuan guru secara langsung selama 3 hari di masjid. Cukup indah dan rindu rasanya akan kelazatan bersama-sama orang yang alim lagi solihin. Ingatlah amalan ini juga diamalkan oleh Ikhwanul Muslimin. Jika dihalau, dibenci dan dihina, pasti para ulama dapat pahalanya, ingatlah manusia bernamaMuhammad S.A.W pernah dihina bahkan dicedera semasa berdakwah di Taif, besar manakah ulama sekarang berbanding Muhammad S.A.W yang maksum jika tidak mahu sedikit pun rasa dihina oleh manusia yang tiada hidayah?

Selain kehilangan unsur dakwah, gerakan Islam politik juga kehilangan tautan rohani antara ahli gerakan. Jika bertemu tiada ukhwah di antara sesama ikhwan. Mereka tidak cuba mengenali antara satu sama lain. Tautan rohani ala tareqat ini amat ditekankan oleh Hasan al Banna sebagaimana yang terkandung dalam doa mathurat. Oleh sebab itulah baiah yang dilafazkan diingkari oleh ahli gerakan.

Ketumpulan idealis ini juga dialami gerakan Islam ala Islamisasi. Akibat kebergantungan melampau kepada pimpinan tertentu dan sejarah silam, idealis gerakan Islam ala Islamisasi seperti ABIM semakin luntur. Wacana ilmu, diskusi, kertas kerja yang dinamakan fiqh al hadarah telah dibekukan dan dielitkan di arkib atau rak buku. Solusi yang dirumuskan hanya tinggal slogan dan dibeku di institusi seperti varsiti dan institusi ‘think tank’ tanpa dialirkan dan dipratikkan dalam masyarakat. Lihat gerakan tabligh, mereka turun ke dalam masyarakat tanpa banyak slogan, tanpa banyak berdiskusi. Yang penting adalah gerak kerja secara massa bukannya secara selektif. Alangkah indah jika mahaguru ABIM seperti Siddiq Fadil dan Uthman Muhammadi turun ke masjid (dan ajak sekali si pemikir seperti Syed M. Naqiub al Attas) untuk berdakwah di peringkat massa. Setakat di PLA, Kajang dan Anjung Rahmat tidak cukup untuk mengerakkan minda madani rakyat marhaen.

Bagi gerakan tabligh, Maulana Ilyas telah memberi amaran gejala yang akan memusnahkan idealis tabligh. Dalam Malfuzat, beliau menyatakan kekurangan ulama dan ahli fikir akan memusnahkan niat baik gerakan tabligh. Walaupun keluar 40 hari sekalipun, kalau tidak mendapat bimbingan ulama, kita akan terjerumus ke lembah kejahilan. Selain itu, maulana juga bimbang gejala ‘makan angin’ dan santai para karkun(ahli tabligh). Keikhlasan untuk berdakwah mungkin luntur jika gejala ini berterusan. Kita bertabligh bukan untuk bersantai tetapi membawa usaha iman yang mulia. Selain itu gerakan tabligh juga gagal mengerakkan idealis yang diinginkan oleh maulana, ghast(ziarah) semakin kurang berkesan kerana ketiadaan istiqamah, tiada kesungguhan, tidak menyeluruh dan tiada pembimbing yang mursyid. Jika usaha baik ini diistiqamahkan, model Mewat akan terjelma di tempat tabligh berpusat seperti di Sri Petaling dan Kubang Bujuk, Terengganu. Tapi sayang, impian model Mewat hanya mampu gah di bibir sahaja.

2. Pengurusan Organisasi

Aktiviti gerakan Islam lebih kepada aktiviti yang melengkapkan program tahunan untuk dimasukkan sebagai lampiran semasa muktamar. Jika inilah tujuannya, gerakan Islam tidak ada bezanya dengan pertubuhan yang lain. Gerak kerja berasaskan jasad tanpa faktor kejiwaan dan kerohanian. Aktiviti gerakan Islam juga tidak menyeluruh dan yang aktif hanya di peringkat pusat. Peringkat bahagian dan negeri bagaikan penyu menangis.

Gerakan Islam jangan hanya gagah di peringkat pusat dan lebih banyak bersukaneka bersama sekolah taskinya. Bukanlah salah mereka ‘bersukaneka’ tetapi biarlah berpada. Gerakan Islam sepatutnya aktif menggerakkan aktiviti

yang berpusat di masjid dan sekitar masyarakat serta kolej dimana dakwah boleh dilakukan secara terbuka. Lakukan ghast harian. Pendekatan dakwah banyak caranya tetapi yang berkesan adalah mendekati masyarakat massa(inilah cara nabi).

Gerakan Islam amat lemah di peringkat bahagian dan negeri seperti nyawa-nyawa ikan. Peserta gerakan Islam yang telah ditarbiyah di Kuala Lumpur gagal menggerakkan jemaah di peringkat negeri atau bahagian kerana tiada sinergi dari segi sokongan ikhwan yang lain [ketidaksudian untuk aktif semakin menjelma jika ikhwan telah berumahtangga], masalah kewangan, tiada kemudahan tempat dan tiada kesungguhan penggerak gerakan Islam. Bagi gerakan Islam, sewajarnya ada pusat nukleus bagi ahli berkumpul dan beraktiviti yang perlu dibuka sepenuh masa. Pusat nukleus ini akan menjadi nadi gerakan Islam dalam kawasan yang mikro. Di kawasan mikro, unsur kebersamaan sangat penting bagi mengeratkan hubungan sesama ikhwan dan mengelakkan ahli gerakan Islam hanyut dibuai badai kemaksiatan. Bagi gerakan pelajar Islam, aktiviti mereka hanya terhad kepada kelulusan universiti. Keberharapan tinggi terhadap kelulusan HEP telah menyebabkan gerakan pelajar Islam kaku dan tak bermaya dalam usaha hendak berprogram. Sewajarnya gerakan pelajar Islam menggunakan platform luar [secara terang atau rahsia] untuk mengerakkan aktiviti kemasyarakatan seperti aktifkan Sekretariat Pelajar PUM atau pertubuhan lanjutan ala alumni (contoh penjenamaan semula GAMIS sebagai Gabungan Alumni Mahasiswa Islam SeMalaysia-bercorak kemasyarakatan, pendidikan dan dakwah) sebagai wadah perjuangan, dan aktivitinya tanpa mengharapkan kelulusan dan dana HEP.

Bagi gerakan tabligh, tertib yang diusulkan oleh Maulana Ilyas semakin dilupai. Gerakan tabligh semestinya mengadakan inovasi dalam pendekatan agar diterima oleh masyarakat. Janganlah hanya taksub kepada idea gerakan tabligh yang bersifat statik dan ke’IPB’an sahaja [IPB-unsur India, Pakistan dan Bangladesh sahaja]. Unsur-unsur luaran ialah aktiviti kemasyarakatan, seminar dan politik Islam perlu dikembangkan.

Lujnah-lujnah dalam gerakan Islam seperti PMI, PKPIM dan PAS bagaikan tidak bermaya dan mandul daripada aktiviti penjanaan qalbu dan jasad. PMI sebagai contoh mempunyai ramai AJK dalam setiap lujnah tetapi gerak kerja gagal diolah dengan sempurna. Istiqamah dan semangat berpasukan semakin hilang. Akibatnya, kebanyakan gerak kerja dilakukan oleh orang yang sama.

3. Kelunturan Kualiti Insani

Seperti yang penulis selalu titik beratkan adalah amalan kerohanian yang diamalkan oleh ahli gerakan Islam. Amalan wirid seperti mathurat sepatutnya menjadi darah-daging ahli gerakan Islam. PAS dan PMI sebagai contoh, boleh mewajibkan wirid khusus bagi gerakan mereka. Pimpinan dan ahli wajib istiqamah dengan amalan tersebut. Paling baik ialah amalan mathurat. Amalan inilah yang membezakan kita dengan gerakan yang lain iaitu tautan rohani yang berasaskan pengharapan kepada Allah. Selain itu, komitmen dan istiqamah ahli gerakan Islam terhadap aktiviti pembangunan insan seperti usrah dan penzahiran rukun baiah yang 10 semakin longgar dan tidak bermaya. Usrah boleh menguatkan barisan pejuang dengan ilmu dan hubungan ukhwah sesama ahli. Manakala rukun bai’ah adalah tiang atau etika penting bagi menyatukan fikrah ahli agar tidak terlalu berbeza dalam pertelingkahan pendapat. Bagi gerakan tabligh, mereka terkenal dengan zikir dan ibadat. Cuma ibadat perlu dibimbing oleh para ulama kerana majoriti ahli tabligh bukan pakar dalam bidang agama. Beramal tanpa ilmu cukup merbahaya.

Peranan masjid wajar digunakan sebaik mungkin. Lakukan aktiviti kebersamaan di masjid. Contoh, setiap 2 minggu sekali diadakan solat subuh atau isyak berjemaah bersama pimpinan. Selain memakmurkan masjid, fikrah gerakan dapat disatukan dengan bimbingan pimpinan utama disamping merapat hubungan dengan masyarakat setempat. Rasanya saranan ini perlu dicernakan oleh gerakan Islam terutamanya PMI. Mendidik biarlah dari rebung.

RUMUSAN DAN CADANGAN

1. kembalikan gerakan Islam ke dalam masyarakat massa tanpa sifat elit dan selektif. Setiap program perlu bersifat menyeluruh dan istiqamah.

2. amalan ahli jemaah perlu dipertingkatkan. Amalan wirid adalah pendinding dan pautan rohani dalam menghadapi tekanan kejiwaan daripada musuh.

3. Idealis gerakan perlu ditakhtakan kembali. Garapan idea dan impian pendokong asali perlu dikaji dan dilaksanakan. Kumpulan pemikir wajar ditubuhkan bagi menghalatujukan arah perjuangan. Kumpulan ini terbahagi dua iaitu umumi dan khusus. Bagi fasa umumi, satu perbincangan tajuk atau usul dilakukan secara terbuka, solusi daripada fasa umumi dibawa kepada kumpulan pemikir yang khusus untuk diperincikan. Setelah diperincikan dibawa pula kepada Syura atau MT untuk diluluskan dan terus dipratikkan oleh lujnah.

Penulisan diatas adalah pandangan penulis bagi melihat satu tranformasi dilakukan dalam gerakan Islam. Jangan melihat kelemahan sebagai sesuatu yang negatif tetapi anggaplah kelemahan itu pemberi semangat bagi usaha yang lebih baik. Diharapkan kebestarian para pendokong gerakan Islam melahirkan keutuhan gerakan.

9.6.04 dikemaskini pada 10.06.05

ANTARA ISLAM AMERIKA DAN ISLAM TALIBAN.
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias tokawang_sufi@yahoo.com

Sekarang menjadi satu trend agar agama Islam perlu lebih liberal dan progresif. Akal digunakan tanpa batasan. Saya tertarik dengan pendapat seorang peserta idea liberal dan progresif di dalam majalah al Islam. Peserta ini menyatakan ulama selalu memetik hujah al Quran sebagai landasan hukum. Contoh bab bertudung, beliau menyatakan aktivis dakwah dan ulama cenderung berpegang kepada ayat hukum sahaja dalam mengupas isu semasa tanpa merujuk idea atau fahaman lain. Secara konklusi, beliau mahu perubahan dalam pemikiran ulama secara yang diingini oleh beliau agar ulama lebih berakal dan bermain dengan falsafah.

Pertama, kita harus lebih mengenali dan memahami Islam. Menganut Islam bermakna kita menyerah diri kepada agama Islam. Kita menjadi hamba agama Islam. Dalam solat kita, kita selalu menyatakan kita menyerah wajah kita kepada Allah SWT. Dalam doa iftitah kita selalu membaca ‘aku hadapkan mukaku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi patuh dan berserah diri dan bukanlah aku dari golongan musyrikin....’. Penyerahan wajah, sesuatu yang kita sayangi, dijaga dan dibelai kepada Allah menandakan kerdilnya kita yang wajib menyerah kehidupan kita [wajah cukup disayangi oleh manusia, tanpa wajah orang tidak dapat mengenali diri seseorang] kepada yang Maha Esa. Apabila kita menganut Islam, kita tidak harus mempersoalkan kemutlakan arahan Allah yang dicerminkan melalui ajaran Al Quran dan Hadis. Jika kita bekerja di sebuah syarikat milik si A, bos kita si A selalu datang lewat. Adalah tolol jika mempersoalkan kenapa bos datang lewat. Sepatutnya bos A yang mempersoalkan si pekerja. Kenapa engkau wahai manusia tidak taat dan melakukan hukum Aku (Allah)?.

Hukum Allah yang bersifat mutlak tidak perlu dipersoalkan. Kenapa lelaki dibenarkan menjadi iman Jumaat, berpoligami dan mendapat lebih bahagian dalam pembahagian harta pusaka. Ini kebijaksanaan Allah SWT. Sepatutnya kita bertanya kepada diri sendiri sejauhmana aku melakukan perintah Allah. Kita sebagai manusia beriman perlu taat dan ‘menurut perintah’ Allah tanpa menghirau suara sumbang orang kafir dan munafik. Amalan ini untuk diri kita bukan orang lain. Amalan ajaran Islam dalam gaya hidup kita membuktikan tahap ketaqwaan seseorang insan.

Golongan seperti penulis tersebut mabuk dalam dunia falsafah yang bertunjangkan akal itu. Golongan penulis dan pemikir Islam seperti ini digelar jalur Islam Amerika. Aliran Islam Amerika ialah Islam berbentuk ilmiah tetapi tidak sampai kepada pelaksanaan hukum. Islam di depan komputer, berteori dan ditulis pada kepingan kertas bisu. Dan mereka ini bukan Islam tulen tetapi lebih kepada pengamalan Islam secara selektif dan bertema. Istilah lebih tepat lagi ‘mulut manis, jubur masam’ dan ‘besar tahi daripada dubur’. Penulisan dan bicara ilmiah mereka sungguh memukau dengan kekinian, kecanggihan dan integrasi antara tamadun tetapi mereka sesat dalam kecerahan. Mereka ini gagal dari segi pengamalan Islam yang murni.

Kebebalan golongan peserta idea progresif dan liberal ini kerana mereka beranggapan sejarah negara ini umpama sejarah Eropah zaman pertengahan. Mereka mengagungkan Revolusi Perancis dan zaman kecerahan di Eropah yang membawa kepada kebangunan falsafah dan kejatuhan teokrasi. Ini impian bebal mereka. Mereka harus faham evolusi sejarah negara kita cukup berbeda. Teras sejarah kita adalah Melayu-Islam bukan teokrasi Kristian [teokrasi dan konsep ad-din adalah berbeda] yang ekstrem itu. Jangan kita membohong diri dengan mengautkan idea Barat yang dikatakan hebat itu.

Idea Islam Taliban cukup menggugat kekuatan ummat Islam pada hari ini. Islam Taliban ialah tauladan yang memudahkan Barat menghancurkan ummat Islam terutamanya gerakan Islam. Kenapa Barat (Kristian-Yahudi) ingin melihat kehancuran gerakan Islam?. Gerakan Islam adalah wadah menggugat kedaulatan kuasa besar Barat. Status negara umat Islam dan gerakan Islam ala Tabligh tidak membimbangkan Barat. Paling ditakuti adalah wahana politik Islam yang membina kedaulatan Islam yang memerintah melalui khalifah secara alami. Kekuatan dan pengaruh Hizbullah, Ikhwanul Muslimin, HAMAS dan Hizbut Tahrir membuatkan kaki kuasa besar tergoyang. Inilah yang berjaya mengerunkan kuasa Barat dan balaci anak watan mereka di negara umat Islam.

Idea Islam Taliban dipelopori oleh golongan yang mahukan kemenangan secara tergesa-gesa tanpa pemeringkatan strategi. Kemenangan Islam adalah kemenangan bertahap seperti tahap pertama Rasulullah di Mekah dan kedua di Madinah. Ketergesaan akan membuatkan umat Islam rugi dan musuh akan mengalahkan Islam dengan mudah. Golongan yang kedua adalah ejen musuh dalam perjuangan Islam. Watak seperti Osama Laden yang tercipta oleh Barat cukup merbahayakan umat Islam. Mereka ini boleh dipersoalkan pengamalan Islam mereka kerana mereka pernah menjadi balaci Barat dan berkemungkinan ditugaskan menghancurkan Islam dari dalam bagi merealisasikan fasa terakhir penguasaan Kristian-Yahudi untuk menghancurkan Islam dan menguasai dunia.

Kembali kepada al Quran dan hadis tanpa mempersoalkannya. Itulah penyelesaian kepada berbilang aliran. Al Quran adalah hakim kepada permasalahan umat. Jangan kita hanyut dalam lautan fantasia akal dan ilmu yang dalam dan tidak kesudahan itu, nanti kita akan lemas, berakal dan berilmu tanpa amalan. Al Quran adalah batasan dan bersifat muktamad. Ikutlah apa yang diputuskan oleh al Quran, hadis dan ulama muktabar yang cemerlang dan terbilang ibadat, akhlak dan ilmunya. Marilah kita memulakan tugas paling besar iaitu melukis manusia Quranik dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan alami tanpa membuang masa berdebat yang tiada kesudahannya. Bebaslah manusia Islam dari pemikiran, faham, sikap dan perilaku mempersekutukan Allah (syirik). Faham Material dalam Pemikiran Insan. Materialisme adalah fahaman dan ideologi yang diimani oleh manusia secara langsung atau tidak langsung. Ia merupakan cabang kepada faham humanisme yang menjadi asas fahaman2 duniawi di dunia ini. Bagaimana fahaman material menjadi ideologi? Menurut Prof. Lowenteins, ideologi adalah pengabungan atau penyelarasan pola pemikiran dan pola kepercayaan atau pemikiran menjadi kepercayaan. Kita boleh melihat faham material yang tertanam dalam

masyarakat. Bertamadun sesebuah negara bergantung kepada pembangunan material sedangkan Islam mengambarkan ketamadunan sesuatu bangsa

berteraskan pencerahan akidah daripada kejahilan. Inilah dilema yang dihadapi oleh mantan kerajaan Taliban Afghanistan dan Kelantan. Pembangunan material terlalu penting dan didewakan sehingga agama Islam menjadi satu upacara ritual yang bersifat peribadi sahaja. Masyarakat dibiarkan terpengaruh dengan

rasuah pembangunan material bagi memenuhi nafsu dan kepentingan pihak tertentu(Yahudi dan pendokongnya). Fahaman Material yang dicandukan dalam pemikiran masyarakat dicipta oleh pemikir-pemikir Yahudi melalui acuan humanisme. Karl Marx yang pro Yahudi menerangkan politik dan sejarah dalam konteks ekonomi. Marx percaya setiap perkara yang berubah bergantung kepada kaedah pengeluaran dan pengelutan kelas-kelas masyarakat. Keadaan ekonomi akan menentukan bentuk pemerintahan, undang-undang, negara dan agama dalam masyarakat. Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nation(1776) telah menganjurkan

perdagangan bebas sekaligus memenangkan pedagang2 bebas. Fahaman material berasaskan kapitalis-komunis ini menyalahi faham Islam yang

mementingkan ketinggian akidah dalam bernegara, muamalat dan sosial.

Di Malaysia, faham material semakin rancak membiak sehingga sukar dibendung. Golongan pencinta Islamsendiri kadangkala terlanjur memenangkan faham material melalui percakapan dan perbuatan. Perkara ini terjadi kerana sistem pendidikan kita telah diteledori daripada matlamat asali iaitu melahirkan insani yang kamil melalui pemupukan potensi diri dan ketaatan pada Allah. Sistem pendidikan sekarang dicemari dengan faham material yang menfokuskan kepada kelahiran tenaga buruh yang pintar, mementingkan pendapatan besar dan selesa dengan jawatan tinggi. Arus faham material telah segar dan tegar dalam pemikiran ibubapa, masyarakat dan pemimpin negara. Masyarakat yang dinodai faham material selalu mempersoalkan pekerjaan seseorang graduan universiti yang bekerja sebagai pencuci tandas di pejabat kerana orang tersebut lulusan varsiti tetapi mereka tidak mempersoalkan jika graduan kolar putih mengambil rasuah atau tidak menunaikan tugas untuk berkhidmat dalam

masyarakat. Inilah pandangan yang diherotkan dan perlu dibanteras.

Menurut Harun Yahya, dalam bukunya Penipuan Evolusi menyarankan kita kembali menyelidik al Quran dengan hati terbuka agar kesedaran muncul meleraikan kejahilan dan sifat prejudis selepas diulit dan didangdutkan oleh faham material. Faham material akan terus disebar luas oleh barua-barua yahudi melalui pemimpin dan cerdik pandai kita bertopengkan Islam(mereka mengikut acuan yahudi tanpa disedari oleh mereka sendiri). Persoalan yang timbul, bersediakah mahasiswa membanteras gejala ini?.

KEMARAAN ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias tokawang_sufi@yahool.com

Sejak akhir tahun 1990an, Dunia Islam mula disemarakkan dengan pemikiran moden yang dikenali sebagai gagasan Islam Liberal. Gerakan pemikiran ini semakin membiak pesat sehingga berjaya mempengaruhi cerdik pandai, ulama dan pemimpin negara umat Islam. Jika gagasan pemikiran Islam Liberal tidak dikawal, kemungkinan besar ketulenan agama Islam yang sebenar akan tercabar sehingga menjejaskan kemurnian agama Islam. Antara tokoh Islam yang terpengaruh dengan gagasan Islam Liberal adalah Muhamad Arkoun, Nurcholish Majid, Hasan Hanafi, Aminah Wadud dan Abdullah al Naim. Gerakan Islam Liberal mula terbit pada era tahun 1980an yang dipopularkan oleh Leonard Binder, seorang sarjana berketurunan Yahudi melalui bukunya yang bertajuk Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies. Menurut Khalif Mu’ammar, seorang sarjana lepasan ISTAC, buku ini memfokuskan tentang rational discoursedan penciptaan pemerintahan liberal. Kini, gagasan Islam Liberal ini semakin popular dan cuba menguasai persekitaran sosial-politik masyarakat Islam seantero dunia termasuk di negara kita. Dari segi sejarah, Islam Liberal telah ditunaskan daripada pengaruh eksternal yang berasal dari pemikiran liberal Barat dan ‘pemberontakan’ dalaman oleh golongan reformis Kristian yang mencabar tradisi agama Kristian. Kemenangan golongan reformis Kristian bersama golongan pro-falsafah dan sains dalam pertarungan tersebut membolehkan terbitnya suasana reformasi politik, ekonomi dan sosial di Dunia Barat. Antara dampak kemenangan ini adalah meliberalisasikan agama. Menurut Greg Barton, seorang pendukung gagasan Islam Liberal, prinsip utama Islam Liberal adalah pentingnya kontekstualisasi ijtihad, komitmen terhadap rasionaliti dan reformasi agama, penerimaan terhadap pluralisme sosial dan agama, dan pemisahan agama daripada parti politik dan kedudukan negara yang non-sektarian. Prinsip-prinsip ini secara halus mencabar tradisi kesyumulan ajaran Islam melalui tema-tema tertentu seperti Islam Inklusif, Islam Plural dan Islam Sederhana. Pengistilahan Islam Liberal itu sendiri menunjukkan kedangkalan pendukung Islam Liberal, dimana Islam sendiri cuba diklasifikasikan sehingga mewujudkan suasana dwi-Islam iaitu Islam Liberal dan Islam Tidak Liberal. Pengistilahan secara salah akan menyebabkan kesucian Islam dinodai kerana terdapat unsur-unsur negatif dalam ajaran Islam sedangkan suasana negatif yang wujud dalam masyarakat Islam dilakukan oleh umat Islam yang ‘tohor’

ilmu agamanya bukannya berpunca daripada ajaran Islam sendiri. Kedapatan juga tokoh ilmuan Islam yang terpengaruh dengan gagasan ini cuba memurnikan kembali ajaran Islam dengan menghentam pemikiran ulama Islam silam yang didakwa terlalu eksklusif. Mereka mahu Islam bersifat inklusif dan progresif bagi menangani perubahan zaman. Kesanggupan golongan berilmu menyokong gagasan Islam Liberal semata-mata mahu memperolehi status gelaran intelek muslim sederhana. Tema Islam Plural pula cuba diterapkan ke dalam pemikiran masyarakat Islam oleh llmuan dan penulis berideakan Islam Liberal. Sifat Plural dalam ajaran Islam cuba diterap dengan menerima ajaran-ajaran agama atau fahaman yang lain. Menurut Hamid Algar, golongan Islam Liberal tidak sedar mereka melakukan kesalahan apabila berkompromi begitu banyak dengan agama dan fahaman lain sehingga kepada persoalan dasar (akidah) di dalam agama Islam. Kompromi secara berlebihan akan mengancam tunjang akidah umat Islam kerana setiap amalan perlu dinilai melalui perspektif Islam bukannya ajaran atau fahaman agama lain. Tema Islam Inklusif mengakui kebenaran agama lain selain daripada Islam. Golongan Islam Liberal menggunakan tema ini untuk menyamakan agama lain dengan agama Islam kerana agama lain turut menganjurkan amalan yang baik dan benar.Tema Inklusif ini menyamai konsep pragmatisme akhlak yang telah dipopularkan oleh John Dewey di Amerika Syarikat. Dalam konsep pragmatisme, kebenaran mutlak tidak ada menyebabkan setiap sesuatu tidak bersifat eksklusif. Tema ini mengarahkan umat Islam mengakui kebenaran agama lain sehingga boleh menyebabkan umat Islam berada pada tahap murtad. Di Malaysia, usaha golongan Islam Liberal dapat dilihat dari segi ideal, penulisan, percakapan dan kelakuan seseorang atau sesebuah organisasi. Mereka menampakkan diri mereka terpisah tetapi mereka adalah satu jaringan yang menunggu masa untuk mempamerkan diri mereka. Mereka bagaikan gumpulan awan kecil yang bertaburan cuba berkumpul dan turun membanjiri bumi. Selain tulisan di akhbar tempatan, golongan Islam Liberal mula menonjol diri dengan menyokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama [IRC] yang diseminarkan pada 24 Februari 2005. IRC cuba ditubuhkan oleh Majlis Peguam Malaysia dan disokong oleh Majlis Perundingan Malaysia bagi Ajaran Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh [MCCBCCH] dan Yayasan Konrad Adenauer. Kehadiran Yayasan Konrad Adenauer dalam usaha menubuhkan IRC boleh disangsikan kerana yayasan yang berpusat di Jerman ini cuba mencampuri urusan dalaman negara ini. IRC berperanan penyiasat, pengantara, perunding dan pendamai terhadap dakwaan perbuatan yang menjejaskan keharmonian agama. Penubuhan IRC ditentang hebat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdullah Md. Zin kerana bercanggah dengan Perlembagaan Negara manakala pertubuhan Islam seperti ABIM, Persatuan Ulama Kedah dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia [PPMM] turut menentang kerana IRC akan cuba memcampuri urusan agama yang sudah ditentukan oleh al Quran dan hadis, dan cubaan IRC mencampuri urusan agama Islam boleh mengeruhkan suasana beragama di Malaysia. Paling menarik terdapat 2 pertubuhan berasaskan Islam turut menyokong penubuhan IRC iaitu Forum Iqra dan Sister in Islam (SIS). Forum Iqra dipimpin oleh Dr. Kassim Ahmad pernah mengemparkan negara dengan isu antihadis melalui Jemaah al Quran dan SIS dipimpin oleh sekumpulan wanita Islam yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama. Dibimbangi keberanian golongan ini tanpa tahap keilmuan yang cukup dan terlalu taksub dengan pemikiran Barat, golongan ini akan sesat dalam mencari cahaya hidayah Ilahi. Pertubuhan Islam yang menyokong idea penubuhan IRC perlu mendapat nasihat daripada

para ulama sebelum membuat keputusan dan mereka juga seharusnya menerima kemutlakan ajaran al Quran tanpa prejudis. Penolakan 50 NGO terhadap undang-undang bersifat kawalan moral adalah satu contoh penularan idea Islam Liberal di kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan pertubuhan ini terjajah dengan idea hak asasi Barat tanpa melihat nilai kemoralan sosial masyarakat Islam dan Timur. Kawalan moral dalam masyarakat Islam dan Timur bukan sahaja tertakluk pada hak peribadi tetapi meliputi hak masyarakat dan negara. Peribahasa Cina ada mengatakan ‘Jia you jia gui, guo you guo fa’ yang bermaksud sesebuah keluarga mempunyai peraturan dan sebuah negara mempunyai undang-undang. Hasil gabungan usaha diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam kawalan sosial akan menghasilkan satu kekuatan yang jitu untuk membanteras kemerosotan nilai sosial dalam masyarakat sekarang. Adalah dangkal jika menolak perundangan bersifat kawalan sosial sedangkan ia boleh memupuk disiplin dan akhlak individu dan masyarakat. Pemikiran Islam Liberal perlu ditolak disebabkan ia boleh merbahayakan akidah umat Islam. Walaupun idea Islam Liberal dilihat bersifat reformasi untuk umat Islam tetapi ia adalah satu pembohongan terhadap Allah SWT kerana mencampur-adukkan kebenaran dengan kebathilan. Idea Islam Liberal membohongi kebenaran selepas datangnya kebenaran. Jangan sampai ilmu jahat menguasai pemikiran dan gaya hidup umat Islam. Berhati-hatilah.

KONSEP TABLIGH MODEN: SATU GAGASAN
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias.

Sejak peristiwa 11 September 2001, agama Islam selalu sahaja ditohmah sebagai penaja keganasan. Perkembangan Islamfobia ini menyebabkan gerakan dakwah di seluruh dunia di selimuti dengan ketakutan terutamanya di negara Barat. Oleh sebab itu, umat Islam memerlukan kebijaksanaan baru bagi memperkemaskan kembali pendekatan dakwah supaya dakwah yang disampai dapat diterima oleh masyarakat dunia. Antaranya, penggunaan pendekatan sains dalam dakwah.

Dunia hari ini adalah dunia logik, penaakulan dan saintifik menyebabkan kesukaran bagi ulama dan pendakwah tradisional untuk mendekati masyarakat yang telah sebati dengan sistem pendidikan moden yang materialistik dan sainstifik. Natijahnya, golongan berpendidikan moden terutamanya golongan elit lebih selesa mengikuti budaya Barat daripada mengikuti budaya Islam. Penulis percaya pendekatan sains boleh dijadikan sebagai instrumen dakwah yang berkesan bagi memecah taboo pemikiran golongan yang berkiblat akal logik ini.

Menurut Maulana Muhammad Yusuf, Amir kedua Jemaah Tabligh sedunia, tabligh ialah sifat Rasulullah SAW di dalam kehidupan dan sifat baginda dalam kerja agama. Kekuatan dan segala sesuatu tidak digunakan kecuali di jalan Allah. Konsep Tabligh digunakan untuk mencapai matlamat tabligh iaitu meneruskan

tugas Rasulullah untuk mendaulatkan agama Allah SWT dengan menggunakan sains sebagai pendekatan tabligh. Kedaulatan agama Allah SWT perlulah dimulai daripada pembinaan jiwa insan, keluarga, masyarakat dan seterusnya kewujudan negara Islam. Negara Islam sukar untuk dibina selagi tidak diwujudkan jiwa insan muslim yang sejati. Jiwa insan muslim sejati dalam digarapkan dengan 6 prinsip tabligh yang telah dipopularkan oleh Maulana Muhammad Ilyas iaitu dua kalimah syahadat, solat, ilmu dan zikir, menghormati orang lain, ikhlas dan berjuang Fi Sabilillah. Jika 6 prinsip menjadi milik umat Islam, barulah empayar keintelektualan, ekonomi, akhlak dan politik Islam dapat dikembalikan.

Gagasan tabligh moden

Jemaah Tabligh berperanan membawa kesedaran kepada umat Islam untuk mengamal agama dengan mengikuti kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Ia dapat diamalkan dengan menghayati fadhilat-fadhilat agama yang membangkitkan ghairah untuk beribadat. Usaha untuk mengislah diri insani dilakukan secara hoslitik semasa usaha mengislahkan masyarakat umum. Bagi tujuan ini, peserta tabligh [karkun] perlu keluar [ghast] berjemaah yang mempunyai fikir yang sama dalam tempoh tertentu seperti 3 hari, 10 hari atau 40 hari untuk mengislah diri dan mentasykil masyarakat awam. Keistimewaan tabligh ialah usaha ini boleh dilakukan oleh sesiapa jua tanpa mengira autoriti agama seseorang karkun. Walau bagaimanapun setiap jemaah diperlengkapkan dengan seorang ustaz bagi membimbing jemaah.

Tabligh moden merupakan pendekatan dakwah yang berasaskan dialog dengan menggunakan sains dan ilmu perbandingan agama dan ideologi bagi menghapuskan ketidakfahaman masyarakat terhadap Islam. Ia bersifat merentasi sempadan perkauman, jantina, agama dan geografi dengan usaha dakwah agar manusia berfikir tentang kebenaran agama Islam tanpa menolak prinsip dan metode asali tabligh tradisi. Tabligh moden harus dijalankan kerana gerakan dakwah sekarang terpaksa menghadapi masyarakat yang semakin berpendidikan dan jahil tentang agama secara syumul dan sahih. Hujah berasaskan agama tidak akan membebaskan kejahilan masyarakat moden berpendidikan yang mementingkan hujah akal dan saintifik. Oleh sebab itu, ilmu sains dan ilmu perbandingan agama dilihat satu alat bantu yang paling penting bagi membantu pendebat atau pendakwah Islam.

Semangat dialog digunakan membuka ruang agar masyarakat Islam dan non Islam berfikir untuk mencari kebenaran dalam suasana keterbukaan. Dialog ini boleh dizahirkan melalui debat ilmiah, wacana ilmu dan forum yang mengkaji al Quran dan hadis berdasarkan tema bagi memudahkan kefahaman audien

tentang Islam. Dialog ini bukan mencari kemenangan tetapi satu proses pencambahan ilmu yang meliputi wacana dua hala antara pihak yang berlainan pendapat. Dalam sejarah Islam, Syeikh Rahmatullah al Kiranawi telah berdebat dengan seorang paderi, Funder pada 10 April 1855 di Akbarabad Abdul Masih, India. Beliau juga menulis sebuah kitab bertajuk Izahharulhaq yang berkaitan tentang pertentangan pendapat antara Kristian dengan Islam atas permintaan Khalifah Abdul Aziz, pemerintah Daulah Uthmaniyyah.

Dekad yang lepas ramai dai berasaskan dialog telah muncul seperti Ahmad Deedat, Harun Yahya dan Dr. Zakir Abdul Karim Naik. Dr. Zakir sebagai contoh adalah pengasas Islamic Research Foundation [IRF] di India merupakan pusat latihan pendakwah berasaskan ilmu perbandingan agama. Harun Yahya pula menggunakan pendekatan sains bagi menjernihkan pemikiran manusia daripada mengikuti fahaman-fahaman Barat terutamanya teori Darwin. Di Malaysia, mempunyai beberapa daie yang bersifat tabligh moden seperti Dr. Yusof Othman, Dr. Daniel Zainal Abidin dan Saudara Shakirin.

Sebenarnya, gerakan dakwah seperti PERKIM dan Akademik Sains Islam (ASASI) mempunyai kepakaran dan potensi untuk mengerakkan program tabligh moden ke dalam masyarakat tetapi sayang mereka tidak menggunakan kelebihan sebaik mungkin untuk menjanakannya. Saba Islamic Media dan Jemaah Islah Malaysia cuba memainkan berperanan secara aktif menggerak tabligh melalui dialog antara agama, penulisan dan bahan interaktif. Tabligh moden dilihat satu kaedah dakwah Islam untuk mendekati kebanyakan elitis dan kelas menengah yang selama ini mengamalkan cara hidup yang terpesong daripada agama.

Sebagai cadangan sebuah kelab yang dinamakan Kelab Harun Yahya ditubuhkan di institusi pengajian tinggi, maktab penguruan, institusi kesihatan bersekutu, institusi kemahiran dan sekolah berasrama untuk memperkenalkan tabligh moden yang berasaskan sains dan perbandingan agama. Institusi pendidikan ini merupakan regalia untuk melahirkan kelas menengah negara perlu diperkasakan dengan Islam kerana mereka adalah bakal pemimpin dan profesional negara. Aktiviti yang boleh dijalankan kuliah bulanan, bengkel dan tamrin tahunan yang menfokuskan kepada mendidik jiwa pelajar menjadi insan pendakwah yang rabani.

Dalam bertabligh, peranan wanita selalunya terpinggir dan dianggap tidak penting. Pandangan ini harus kita jernih kerana golongan wanita memainkan peranan sangat penting dalam suasana kehidupan pada zaman sekarang. Mereka hampir menguasai semua aspek dalam kehidupan sama ada dalam

akademik, sektor pentadbiran awam dan swasta, dan sektor perkilangan. Jemaah Tabligh sendiri yang selama ini dilihat paling kolot tentang penyertaan wanita dalam dakwah telah melakukan anjakan paradigma dengan menerima wanita sebagai ejen dakwah. Di bawah pimpinan Maulana Ina’amul Hasan, Amir Ketiga Jemaah Tabligh peranan wanita telah diperkasakan. Menurut Maulana In’amul Hasan, masturat [wanita] perlu membuat usaha di bawah pengawasan lelaki. Dalam gagasan tabligh moden, wanita seharusnya lebih perkasa meredah lautan manusia untuk menyampaikan dakwah. Pendakwah wanita harus merapati wanita profesional dengan suasana berhikmah dan kondusif. Setiap pendakwah mesti membentang usul dakwah bukannya menghina atau memberi tekanan kepada audien. Jika audien tidak mahu menerima seruan dakawh, hanya doa dapat dilafazkan.

Golongan artis dan seniman selalu ditohmah dan dipinggirkan oleh para ulama dan pendakwah.

Amalan ghast tetap dilakukan oleh tabligh moden tetapi difokuskan kepada kumpulan tertentu terutamanya golongan elit dan terpelajar. Jemaah Tabligh moden harus mendekati golongan artis dan seniman yang selalu dipinggirkan oleh agamawan. Sikap mesra dan dialog kepada golongan dipinggirkan oleh agamawan bagi mendekatkan agama dengan mereka sekaligus meleburkan taboo yang menganggap Islam antihiburan. Amalan bercorak tasawuf yang semakin dilupai oleh jemaah tabligh tradisi ialah pengamalan manzil. Manzil adalah susunan wirid yang diatur oleh keluarga Kahdalawi iaitu keluarga Maulana Muhamad ilyas.

ARTISISME SEBAGAI TAULADAN MASYARAKAT MODEN?
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias1 Globalisasi merupakan satu proses penerusan dasar imperialisme Barat ke atas masyarakat Timur. Tunjang kekuatan globalisasi adalah penguatan kuasa KristianYahudi ke atas politik, ekonomi dan sosial manusia melalui penjajahan minda dan gaya hidup. Globalisasi hanyalah solekan baru bagi proses penjajahan moden ini tidak dapat dihalangi oleh masyarakat Timur kecuali melalui kekuatan jati diri setiap orang dalam sesebuah masyarakat. Produk budaya merupakan salah satu daripada impak proses globalisasi. Dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, produk budaya telah berjaya membanjiri hampir keseluruhan gaya hidup dan pemikiran masyarakat Timur termasuk yang beragama Islam. Oleh sebab itu, satu kesedaran bersama perlu dicipta oleh kesatuan masyarakat Timur bagi menguatkan jati diri dalam menghadapi cabaran globalisasi.

∗ Penulis adalah siswazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial [sejarah, dan antropologi dan sosiologi] daripada Universiti Malaya. Kini melanjutkan pelajaran dalam diploma lanjutan di sebuah institusi pendidikan di Pahang.
1

Sex And The City [SATC] adalah sebuah drama yang mengambarkan kehidupan 4 orang gadis kosmopolitan. SATC boleh disebariskan dengan drama lain seperti Friends yang mengambarkan suasana keruntuhan moral masyarakat Barat. Karektor dalam SATC menunjukkan nilai kebebasan, peluang dan kemampuan untuk berjaya golongan wanita. Drama ini menjadi satu contoh pemikiran dan gaya hidup Barat yang cuba diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat Timur melalui proses globalisasi. Satu tranformasi budaya telah cuba memecahkan taboo akal-budi masyarakat Timur yang diakari oleh nilai agama dan adat ketimuran. Britney Spears pula merupakan satu icon yang mewakili golongan artis yang ternama, bergaya dan kontroversi. Kelincahan gadis ini membuatkan dirinya menjadi ikutan ramai para remaja terutamanya gadis-gadis. Pemujaan terhadap Britney Spears sebagai icon of glamour membuktikan beliau dapat merumuskan kelakuan kebudayaan popular Barat yang dikomoditikan oleh dirinya telah berjaya menjadi moderator budaya yang mempersonakan keekstasian gaya hidup remaja. Kedua-dua produk budaya Barat ini merupakan proses penaklukan semula kuasa Yahudi-Kristian melalui rejim kapitalis mereka. Disebalik kemaraan kapitalis Barat ke dunia Timur, ‘tangan ghaib’ yang menentukan hala tuju golongan kapitalis adalah kumpulan Yahudi-Kristian. Mereka cuba mengubah pemikiran dan gaya hidup masyarakat dunia demi kepentingan kantung ekonomi mereka. Britney Spears secara tidak disedari adalah lambang keuntungan kapitalis. Beliau sendiri adalah komoditi untuk mempersonakan dan melariskan jualan produk dengan menggunakan kelebihan yang ada pada tubuhnya. Fragmen-fragmen tubuh artis seperti bibir, rambut, payu dara, peha, mata dan sebagainya telah diniagakan untuk keuntungan nafsu para kapitalis. Maka lahirlah pil pelansing, gincu Maybelline, syampu Sunsilk, wangian Dior bahkan alat sulit wanita pun dieksplotasi dengan kehadiran ‘lampin wanita’ berjenama kotex dan ‘anak seluar’ keluaran Versace atau adidas. Fakulti kecantikan dan keinginan untuk bergaya ini telah mengubah pemaknaan sosial masyarakat Timur kepada budaya popular masyarakat Barat yang mewah dan trendy. Pemaknaan sosial masyarakat Timur telah luntur dihakis oleh penawaran kesenangan, kegembiraan, kemudahan yang telah membentuk kekuasaan individu yang berhak menentukan hala tuju kehidupan masing-masing tanpa kekangan institusi masyarakat dan keluarga. Setiap orang yang menyintai budaya popular akan mencari informasi bagi mengetahui perkembangan artis yang diiconkan kepada Spears berkaitan barangan aksesori kecantikan yang digunakan oleh artis tersebut. Pemujaan terhadap artis menyebabkan pemakaian budaya oleh sesebuah masyarakat ditentukan oleh artis melalui media massa. Perkara ini menjadikan masyarakat Timur terbius oleh keekstasian budaya popular yang bersifat ilusi dan fantasia untuk mengelabui masyarakat demi permerebakan konsumerisme ke dalam masyarakat Timur. Kecantikan yang dilatari oleh budaya popular dan konsumerisme ini telah membentuk pemujaan kebeliaan oleh kebanyakan ahli masyarakat Timur. Masyarakat Timur terutamanya Muslim mudah terpengaruh dengan fenomena ini berasa bimbang jika kecantikan mereka semakin lusuh. Mereka juga amat takut tentang ketuaan dan kematian menyebabkan mereka mencari alternatif untuk hidup lebih lama dan sentiasa cantik. Maka mereka mula mencari ubat seperti botox untuk mengekalkan kecantikan yang tiruan. Pemujaan kebeliaan ini melalui perislahan jasmaniah merupakan kepalsuan yang mengindahkan usia yang sudah tua. Jika manusia terus hanyut dengan kepalsuan ini, kesedaran diri tentang akhirat dan kematian semakin dilalaikan sehingga sanggup melakukan kemaksiatan kerana merasakan diri mereka masih muda dan hidup selama-lamanya.

Britney Spears adalah lambang keremajaan yang lincah, bergaya dan kontroversi. Keremajaan cukup menarik bukan kerana potensi mereka sebagai remaja tetapi keluasan pasaran yang boleh dibina dalam komuniti keremajaan ini. Jumlah mereka yang besar dan keunikan sifat anak muda yang memberontak, tergesa-gesa dan romantik semampu mungkin dieksplotasi oleh kapitalis untuk keuntungan mereka. Penampilan dan masa terluang para remaja telah dicandukan melalui media massa dengan kesenangan, kemewahan dan kejelitaan. Pengaruh ini boleh dilihat melalui budaya pertukaran telefon bimbit mengikut perkembangan semasa, pakaian mereka, muzik dan sukan ekstrem. Remaja hanya melihat sesuatu daripada pandangan fizik bukannya metafizik. Mereka tidak memahami prinsip dengan hanyut dalam gelombang kepalsuan trendy yang pantas bertranformasi. SATC merupakan satu produk budaya yang cuba mengubah persekitaran budaya masyarakat Timur. Kehadiran kes VCD lucah Pramugara Melampau, kes Linda-Edry KRU, Nasya Aziz, Wan Nor Azlin dan kes pembunuhan Noritta mengambarkan penularan produk budaya SATC ke dalam masyarakat kita. Biarpun mereka mengaku tidak melakukan perkara tersebut tetapi kes seumpama ini telah membuktikan fenomena ini memang berlaku dalam masyarakat kita. SATC terhasil daripada trajedi kemanusiaan dan kehampaan iman serta hidayah kebudayaan Barat telah cuba mengelirukan pemikiran manusia agar meninggalkan keunggulan beragama. Menurut Syed Naquib al Attas dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, trajedi kemanusiaan ini timbul kerana mereka hidup berdasarkan material dan dicandukan dengan keashikan hidup duniawi yang melulu sehingga membelakangi agama. Mereka telah memisahkan agama dan urusan keduniaan dalam kehidupan mereka. SATC telah berjaya mewujudkan satu budaya pengaulan bebas yang melanggari adab kesusilaan masyarakat Timur. Pengaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dan kerap bertukar pasangan telah diakhiri dengan adegan seks. Di Malaysia, sebahagian masyarakat kosmopolitan seperti di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang, upacara seks bebas menjadi kelaziman bagi mereka. Laporan Berita Harian menyatakan peningkatan sebanyak 13 peratus remaja yang berusia 15 hingga 21 tahun melakukan sek sebelum kahwin adalah petanda tentang kemaraan fenomena SATC yang cuba membumikan di dalam masyarakat Malaysia. Menurut Syeikh Ali Thantawi, pengaulan bebas dan pembukaan aurat merupakan asas kepada budaya seks sebelum kahwin. Sumber malapetaka ini disirkulasikan melalui media massa. Selain itu, SATC menunjukkan kekuatan feminis yang cuba menguasai dunia dengan budaya berdikari, bebas dan perkasa melebihi lelaki. Menurut Rowbotham, feminisme yang mengungguli gerakan pembebasan wanita telah berhujah kandungan tafsiran teologi dalam tradisi agama telah didominasi oleh lelaki. Watak unggul kejantanan kaum lelaki dan imej lemah kaum wanita dalam tradisi agama dibuat berdasarkan susuk fizikal dan biologi manusia adalah tidak adil. Feminisme mencandukan wanita agar bangkit membebaskan diri dari kekangan tahyul ketuanan lelaki. Menurut Syeikh Ali Thantawi, feminisme menuntut hak mereka yang bathil dan ingin memuaskan nafsu mereka. Mereka berkiblat Barat dan menganggap kemajuan dan pemodenan sebagai pemimpin. Mereka cuba menyucikan model pakaian separuh bogel, percampuran bebas dan kelakuan seks bebas sebagai budaya anutan masyarakat Timur. Kebanyakan pemimpin gerakan feminisme sendiri kebanyakannya tidak berkahwin dan cuba menikmati kelazatan kehidupan wanita yang lain. Kepalsuan kekuatan wanita dalam SATC bersifat pemuasan nafsu dan khayali yang melanggari batasan kemanusiaan.

SATC dan Britney Spears telah menjadi satu epiphenomenon iaitu fenomena yang menghasilkan fenomena dimana kesatuan budaya negatif seperti minum arak, seks bebas dan pembukaan aurat perempuan telah menghasilkan fenomena negatif yang lain dalam masyarakat. Fenomena yang terhasil daripada fenomena ini seperti budaya andartu, kehancuran institusi kekeluargaan, AIDS, rogol dan budaya hiburan underground [hip hop dan punk]. Inilah impak ke arah keruntuhan adab masyarakat Timur terutama yang beragama Islam. Menurut Syed Naquib al Attas dalam Tujuan Dan Objektif Pendidikan Islam, gejala keruntuhan adab ialah proses menyamakan yang diusahakan dari semasa ke semasa di dalam pemikiran Muslim dan diamalkan di dalam masyarakatnya. Maksud menyamakan ialah menyamakan setiap orang, pemikiran dan sikap dengan peringkat yang sama dengan orang menyamakan itu. Oleh sebab itu, kelihatan sebahagian masyarakat Muslim cuba menyeragam kebudayaan tradisi yang berakal-budikan al Quran dan hadis dengan kebudayaan Barat rosak. Senjata ampuh untuk menghadapi ancaman fenomena SATC dan Britney Spears ialah menguatkan jatidiri setiap orang agar dapat menbentengi diri daripada dipengaruhinya. Peranan pemerkasaan jati diri setiap orang terutamanya Muslim perlu digembleng oleh kerajaan selaku pemilik kuasa yang boleh menentukan hala tuju masyarakat dalam bernegara. Kerajaan haruslah menggariskan dasar dan merancang instrumen penyaring agar unsur-unsur positif yang tidak melanggari adat Timur dan agama Islam sahaja diterima masuk ke dalam pemikiran dan gaya hidup masyarakat. Kawalan terhadap sumber informasi seperti internet, majalah dan televisyen satelit atau kabel perlu dipermantapkan agar penyaluran maklumat ini tidak disalahgunakan untuk memperbanyakkan program berunsurkan maksiat. Kehilangan adab dalam lingkungan komuniti timbul ekoran kekeliruan dan kesilapan mengurusi faham keilmuan. Syed Naquib menyatakan kehilangan adab adalah kehilangan disiplin iaitu disiplin jasad, akal dan diri sendiri yang menentukan pengenalan dan pengakuan dengan diri sendiri dan masyarakat. Kegagalan manusia menentukan pengenalan dan pengakuan telah menyebabkan mereka gagal mencari ketauhidan dalam kehidupan. Ketiadaan faham keilmuan yang sahih dan benar juga turut menyebabkan manusia terus diselimuti dengan faham jahil yang menggelapkan cahaya hidayah. Maka muncullah pemimpin-pemimpin sama ada pemimpin diri sendiri [iman yang lemah], keluarga atau masyarakat yang tidak layak mengisi kepimpinan yang sah dan sahih. Oleh sebab itu, faham keilmuan yang diamalkan di institusi pendidikan perlu dijernih dengan memahami tujuan dan objektif pendidikan yang berasaskan al Quran dan hadis. Solusi kekuatan utama yang perlu dikuasai oleh setiap muslim bagi membina jati diri, peradaban dan survival Islam antaranya menerusi kekuatan akidah, kekuatan ilmu dan pendidikan, kekuatan budi pekerti-adab, kekuatan tasawuf, kekuatan tazkiyah dan kekuatan islah. Kekuatan-kekuatan ini diharapkan dapat menguatkan jati diri umat dalam menghadapi fenomena SATC dan Britney Spears yang semakin mengancam peradaban masyarakat Timur. Fenomena SATC dan Britney Spears terhasil daripada impak globalisasi secara terselindung dan tersirat ini adalah lanjutan daripada proses imperialisme anjuran kekuatan Yahudi-Kristian perlu dihalang agar masyarakat Muslim tidak lagi dijajah oleh mereka.

PENJAJAHAN TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

Dunia kini mengalami perubahan mendadak dengan kebanjiran teknologi-teknologi yang terkini dampak daripada proses globalisasi. Globalisasi menyebabkan manusia berada dalam sebuah perkampungan yang sempit dimana pemikiran dan gaya hidup mereka cuba diseragam mengikuti pemikiran dan gaya hidup yang dianggap terunggul iaitu dari Barat. Sebenarnya, kemaraan teknologi yang mengubah pemikiran dan gaya hidup manusia tidak dapat dihalang tetapi haruslah diterima dengan saringan. Teknologi sangat penting bagi manusia untuk menjamin keselesaan manusia dalam melakukan sesuatu gerak kerja. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai contoh telah menyebabkan berlakunya satu revolusi dalam peradaban manusia apabila ICT digunakan dalam multidisiplin seperti pendidikan, ekonomi, pertahanan dan kesihatan. Manusia kini lebih bermaklumat apabila dunia telah berada dihujung jari sahaja. Jaringan internet telah menyebabkan informasi dari serata dunia boleh didapati dengan mudah.
Penularan teknologi ke dunia Timur telah membawa bersama pemikiran dan gaya hidup Barat yang menyebabkan berlakunya tranformasi budaya. Kebanyakkan teknologi yang berasal dari Barat mestilah mempunyai worldview Barat tidak semuanya bersesuaian dengan world view masyarakat Timur yang berakal-budikan agama dan adat Timur. Natijah daripada tranformasi budaya yang tidak terkawal, masyarakat Timur mula menerima dampak negatif dalam politik, ekonomi dan sosial. Di Malaysia, teknologi telah memberi impak dalam perubahan sosial umat Melayu-Islam. Perubahan sosial ini dapat lihat jika kita meneliti perubahan yang berlaku dalam masa 14 tahun yang lepas. Teknologi Barat yang dianggap mempunyai nilai-nilai terunggul hanya gah dibibir dan di dalam lembaran-lembaran media massa sahaja. Hakikatnya, umat Melayu-Islam terutamanya anak muda semakin parah dalam krisis akhlak disebabkan ransangan teknologi, dan permasalahan ini menghantui ibubapa, ulama dan pemimpin kita dalam usaha mengatasinya.

Islam sendiri tidak menghalang perkembangan teknologi yang boleh membangunkan ketamadunan umat. Dalam perkembangan tamadun, Islam mengamalkan hubungan yang ideal iaitu berasaskan hubungan dialog. Tamadun Islam bersifat akomodatif dalam pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain seperti Yunani dan Parsi. Pengambilan unsur-unsur asing dilakukan dengan semangat dialog dan bersikap selektif. Menurut Siddiq Fadzil, tamadun Islam hanya mengambil bahagian yang relevan dari sains dan teknologi tamadun asing bukannya worldview, epistemologi atau nilai-nilai budayanya. Kita hanya memerlukan pemodenan teknologi bukannya pembudayaan tamadun asing terutamanya dari Barat.

Teknologi yang terpilih perlu disuntik dengan roh Islam supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Teknologi harus diletakkan didalam perspektif Islam akan dapat difungsikan sebagai alat untuk merealisasikan misi kekhalifahan di bumi bukannya teknologi dalam konteks tamadun sekular yang menghakis nilai-nilai kemanusiaan seperti seks bebas dan berpakaian separuh

bogel. Perkara ini disebut oleh Naisbitt sebagai technological intoxication (keracunan teknologi) di kalangan manusia. Manusia sanggup menjadi hamba teknologi dengan membelanjakan wang secara berlebihan atau menghabiskan masa untuk beraktiviti dengan teknologinya.

Internet merupakan sumber maklumat yang tidak terbatas sifatnya. Tanpa saringan dan keimanan yang mantap, pengguna internet akan hanyut dalam dunia fantasia yang berasaskan pemuasan nafsu. Internet yang dimaniskan dengan istilah bermaklumat ini berupaya membentuk pemikiran generasi muda pada hari ini merentasi sempadan geografi, budaya dan agama. Ia menyeragamkan pemikiran manusia berdasarkan siapa yang lebih banyak dan berkuasa mengawal internet. Walaupun internet dianggap satu ruang bebas tanpa monopoli, sebenarnya Baratlah yang memonopoli hampir keseluruhan internet sama ada teknologi dan pengisiannya. Justeru, kita wajar menyaring maklumat agar tidak terpedaya dengan tipu-daya Barat yang akan merosakkan budaya dan agama masyarakat Timur.

Dasar langit terbuka membolehkan kewujudan televisyen setelit yang akan mencorak pemikiran umat Melayu-Islam di negara ini. Kewujudan televisyen satelit bertujuan supaya rakyat mempunyai pemikiran bertaraf antarabangsa adalah satu ilusi dan mitos para pendukung hedonisme. Televesyen satelit diomong-kosong sebagai sumber informasi padahal secara realitinya hanya program hiburan sahaja yang dicandukan kepada audien demi kepentingan kapitalis. Akibatnya, generasi kini dibaptiskan dengan hiburan yang tidak terbatas secara langsung dapat dilihat daripada impak akhlak mereka. Program hiburan seperti Akademik Fantasia dan Auditiontelah mewujudkan perasaan fanatik melulu di kalangan generasi muda dibimbangi melunturkan ketahanan akhlak Islam.

Peminat kereta atau ‘mat motor’ pula sanggup menghabiskan duit gajinya dan ibubapa bagi memenuhi keperluan kereta atau motorsikalnya. Mereka memberi kelebihan kepada alat berbanding keperluan diri mereka sendiri. Seseorang remaja atau mahasiswa sendiri lebih banyak memperhambakan dirinya untuk bermain permainan video daripada membuat tugasan atau berseminar di institusi pendidikan. Oleh sebab itulah, tanpa kawalan peribadi dan kesedaran kendiri seseorang insan akan terlalai dalam dunia maya yang khayali. Kita akan tertipu oleh kecanggihan teknologi yang tidak hakiki. Teknologi bersifat dinamik ini sukar untuk menetapkan kedudukannya, justeru setiap pengejaran terhadap kecanggihan teknologi akan menemui jalan siasia. Di universiti pula, para mahasiswa genius amat mencintai teknologi terutamanya berkaitan telefon bimbit dan kenderaan bermotor. Ia telah menjadi budaya popular pelajar menukar telefon bimbit berdasarkan perkembangan terkini. Memang tidak salah menukarnya jika kita berkemampuan tetapi jika

menggunakan wang PTPTN untuk membeli telefon bimbit, hilang matlamat baik skim tersebut untuk membantu mahasiswa dalam pembiayaan kehidupan di kampus. Warga genius di varsiti, janganlah teknologi dijadikan tuan oleh diri anda. Telefon bimbit hanyalah berperanan dalam berkomunikasi sahaja bukan bertujuan untuk bergaya megah yang tiada kesudahan sifatnya. Justeru pertukaran telefon bimbit baru menyebabkan kita tertipu dengan kebijaksanaan iklan-konsumerisme.

Ini hanyalah secangkir impak negatif penggunaan teknologi yang tidak terkawal telah membuktikan teknologi perlu dipantau dan diselia dengan baik agar ia tidak merosakkan pemikiran dan cara hidup manusia terutamanya anak muda. Teknologi umpama pisau yang dapat digunakan dalam kerja-kerja dapur dan ia juga boleh digunakan untuk membunuh seseorang. Teknologi samalah sifatnya dengan pisau, insanlah yang memperalatkannya untuk menjadi baik atau buruk. Jaminan penggunaan teknologi secara baik terletak kepada ilmu yang dimiliki oleh seseorang insan. Insan yang baik haruslah mempunyai ilmu yang betul dan lengkap mengenai agama agar dia dapat menilai kehidupan daripada kacamata agama. Menurut Syed Naquib al Attas, insan yang baik ialah insan yang berilmu luhur, insaf akan tanggungjawab kepada Tuhannya yang Haq, insan yang memahami serta menyelenggarakan penunaian tanggungjawab terhadap dirinya dan ahli masyarakat, insan yang dalam serba-serbi tingkah lakunya sentiasa mengasuh dirinya menuju ksempurnaan sebagai insan beradab.

Kecintaan kepada teknologi telah disirami ke dalam pemikiran manusia sejak kecil sama ada di sekolah atau di rumah. Ia terbit daripada faham material yang tertanam dalam pemikiran pengubal sistem pendidikan dan ibu-bapa yang menerima tarbiyah daripada sistem pendidikan faham material sebelum itu. Pemikiran generasi muda telah dibaptiskan dengan pujaan yang mengagungagungkan kebudayaan dan teknologi yang berasal daripada Barat. Manusia diwajibkan percaya bahawa hanya teknologi dari Barat sahaja yang mampu memberi kesejahteraan kepada ketamadunan manusia. Kecanggihan teknologi Barat menyebabkan manusia tertipu dengan ‘sihir’ ciptaan saintis Barat dimana teknologi mereka tiada mempunyai roh yang mengarahkan kepada kebenaran bahkan ia membawa kepada kekeliruan dan keuntungan sekelompok elitis yang pro Yahudi.

Barat cuba menjajah dengan menggunakan teknologi yang berubah secara drastik dan ia juga dapat mengubah pemikiran dan cara hidup sesebuah negara. Teknologi yang tidak mempunyai perasaan tidak akan mengesiani insan bahkan mereka cuba menguasai ketertiban hidup manusia, alam sekitar dan angkasa raya demi pemuasan nafsu mereka. Lihat teknologi yang dimiliki oleh syarikat multinasional Barat seperti Nokia dan Microsoft begitu pantas berubah sehingga manusia di serata dunia tidak mampu menangani perubahan teknologi

mereka. Manusia tiada pilihan kecuali mengikuti perubahan teknologi mereka jikalau tidak mahu ketinggalan dalam ketamadunan manusia kononnya.

Kini teknologi telah mempesonakan mata manusia agar kepalsuan dan ilusi sebagai yang benar. Pada masa akan datang ia akan mengelirukan yang hak dengan yang bathil dan meragui kebolehan akal manusia mencapai kebenaran yang hak dan menafikan kebenaran yang diyakini dengan iman [Syed Naquib al Attas]. Perkara ini telah terbukti dengan kepercayaan melulu kebanyakan ahli masyarakat kita terhadap media massa elektronik Barat sehingga boleh mengubah pemikiran seseorang. Akibatnya pemikiran manusia akan dicandukan dengan penyeragaman pemikiran yang ditentukan oleh pihak berkepentingan. Inilah tanda kejayaan Yahudi dalam tempoh menunggu kedatangan dajal laknatullah.

Teknologi hanya boleh dikawal oleh insan baik yang disuluhi dengan ajaran al Quran dan Hadis melalui pembersihan pemikiran material. Bagi melaksanakan wagas [wawasan dan gagasan] ini, pemikiran dan cara hidup masyarakat perlu disuntik dengan akhlak Islami. Sistem pendidikan perlu menyahkan faham material secara melampau dan digantikan dengan pengajaran akhlak al Quran dan gaya hidup Rasulullah SAW yang sederhana. Pemerintah harus lebih serius untuk membersihkan mentaliti masyarakat yang tercandu oleh faham material, bukannya menggalakkan penularan faham ini. Tugas adipenting bagi pemerintah adalah mengubah pemikiran rakyat ke arah kebenaran bukannya menghamburkan pembangunan yang tiada roh Islami. Ketamadunan dalam Islam bukan dinilai daripada pembangunan fizikal tetapi pembangunan insani yang dimiliki oleh generasi Quranik. Kepentingan teknologi tidak dapat dinafikan tetapi penggunaannya memerlukan kepimpinan akal yang benar.

KEUNIKAN GERAKAN ISLAM DI NEGARA TURKI.
OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS tokawang_sufi@hotmail.com

Setelah tumbangnya Daulah Uthmaniyyah pada tahun 1924, muncul kerajaan Turki Moden yang ditubuhkan oleh Musthapa Kamal Ataturk yang mengamalkan dasar sekular. Sekular berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ yang mempunyai pengertian masa dan tempat atau kedudukan. Menurut Syed Naquib al Attas, faham sekular merujuk makna kedisinikinian. Syed Naquib menyimpulkan sekular sebagai idea yang lebih dekat dengan ideologi positivisme yang bertentangan dengan Islam kerana positivisme menyatakan bahawa wujudnya alam hanyalah fakta [fizik] dan tidak ada disebalik fakta [metafizik] sedangkan Islam mengakui kewujudan unsur fizik dan metafiziknya alam. Secara mudahnya, sekular telah memisahkan antara agama

dengan urusan dunia. Bagi menjamin keteguhan sekularisme, Musthapa Kamal telah mengubal perlembagaan negara Turki berteraskan ajaran sekular melalui Parti Republik Rakyat dan mengarahkan tentera sebagai pengawal kepada ideologi sekular.

Musthapa Kamal adalah legasi yang dibentuk oleh Freemason Yahudi untuk mengucar-kacir perpaduan umat Islam. Beliau dididik oleh Freemason Yahudi yang berpusat di Salonika, Macedonia dan memasuki Islam untuk memusnahkan Islam dari dalam atau dikenali sebagai Dunmah. Beliau mempunyai seorang penasihat Yahudi yang bernama Hakham Yahudi Hasyim Nahun yang menasihat Ataturk dalam politik, ekonomi dan sosial. Islam telah dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan, dengan menggunakan slogan garbie doegeo [berarak menuju ke Barat], penggunaan bahasa Arab, pemakaian menutup aurat dan jawatan khalifah telah dihapuskan. Ataturk telah cuba menerapkan prinsip Kamalisme iaitu republik, nasional, populis, estatis, sekular dan revolusionari ke dalam pemikiran masyarakat Turki.

Kedurjanaan Ataturk dengan menggunakan sekularisme telah cuba menghancurkan ajaran Islam ditentang hebat oleh seorang ulama yang bernama Badiuzzaman Said Nursi. Walaupun ditindas dengan kejam, beliau telah berjuang melalui mata pena. Said Nursi menulis risalah yang dikenali Risalah-i Nur ialah himpunan surat yang mentafsir ayat al Quran. Risalah ini cuba membuktikan kebenaran dan kemantapan sistem hidup Islam dengan menggunakan nas al Quran, hadis, ilmu kalam, sains dan sejarah. Selain itu, Said Nursi juga pernah menganggotai parti al-Ittihad al-Muhammadi yang bertujuan mengembalikan ketuanan Daulah Uthmaniyyah dan pelaksanaan syariat selepas kebangkitan gerakan sekular melalui Parti Perpaduan dan Kemajuan sebelum Perang Dunia Pertama. Gerakan al-Nur yang dipelopori oleh Said Nursi ini merupakan asas kepada Jemaah Zaman yang diusahakan oleh murid-muridnya. Angin kebangkitan Islam yang ditiup oleh Risalah-i Nur terus bersemarak di Turki hingga hari ini.

Pada tahun 1946, Turki mengamalkan demokrasi liberal melalui pilihanraya yang memberi peluang golongan Islam menyertainya. Setelah sekian lamanya, parti sekular menguasai pilihanraya, Necmettin Erbakan seorang berkelulusan ijazah kedoktoran [PhD] dalam kejuteraan telah membentuk parti berlatar belakang Islam yang pertama iaitu National Order Party pada tahun 1970 tetapi diharamkan oleh mahkamah perlembagaan pada 20 Mei 1971 atas desakan tentera. Pada 11 Oktober 1971, Erbakan menubuhkan sebuah parti baru iaitu National Selvation Party [NSP] yang telah menyertai pilihanraya pada tahun 1973 dan menang sebanyak 48 kerusi atau 11.8 peratus. Kejayaan ini membolehkan Erbakan menbentuk kerajaan campuran dengan parti sekular, Republican People Party.

Dengan kepintaran politik Erbakan, golongan Islamis berjaya memperolehi beberapa jawatan politik seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman. Pada tahun 1974, NSP bergabung parti Justice Party dalam kerajaan campuran ekoran tentera Turki menyerang Cyprus. Dalam pilihanraya 1977, NSP mendapat 8.6 peratus undi atau 27 kerusi. Peratusan yang kecil ini masih menghidupkan peluang NSP menyertai kerajaan campuran Justice Party. Kerajaan campuran telah dibubarkan oleh rampasan kuasa tentera pada tahun 1980 ekoran kebimbangan impak negatif daripada Revolusi Iran pada tahun 1979.

Turki kembali kepada pemerintahan demokrasi pada tahun 1982, Erbakan melalui pengikutnya, Ali Tukmen telah menubuhkan Parti Refah pada 19 Julai 1983. Dalam pilihanraya 1984, Parti Refah telah berjaya mendapat 7.8 peratus tetapi 10 tahun kemudian Parti Refah mendapat 21.38 peratus atau 158 kerusi yang diadakan pada 25 Disember 1995. Sebelum itu dalam pilihanraya bandaran pada 27 Mac 1994, Parti Refah berjaya menguasai 327 majlis bandaran termasuk Istanbul dan Ankara. Dalam pilihanraya ini juga Parti Refah berjaya menguasai 28 daripada 76 wilayah di seluruh Turki. Parti Refah telah mengadakan kerajaan campuran dengan parti sekular True Party pimpinan Tansu Ciller. Erbakan telah dilantik sebagai Perdana Menteri Turki.

Dasar pro-Islam Erbakan menyebabkan pemerintahannya ditekan oleh tentera dan Erbakan terpaksa meletakkan jawatan pada tahun 1997. Mahkamah Perlembagaan Turki telah mengharamkan Parti Refah pada bulan Januari 1998 kerana mengancam prinsip sekular dan Erbakan dilarang bergiat dalam politik. Berikutan pengharaman ini, Virtue Party ditubuhkan oleh pengikut Erbakan, Rejai Kutan pada akhir tahun tahun 1997 tetapi parti diharamkan pada tahun 2001. Setelah pengharaman parti Virtue, Rejai Kutan telah menubuhkan parti Saadet manakala golongan reformis dalam Parti Refah yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul menubuhkan Justice and Development Party [AKP] pada tahun 2001.

Dalam pilihanraya yang diadakan pada 3 November 2002, AKP telah berjaya memperolehi 34.28 peratus atau 365 kerusi telah membolehkan AKP menubuhkan kerajaan Turki sehingga kini. Erdogan telah dilantik sebagai Perdana Menteri setelah AKP meminda perlembagaan agar Erdogan dibenar bergiat aktif dalam politik. Sebelum ini, Erdogan adalah Dato Bandar Istanbul yang pernah dipenjara dan dilarang berpolitik kerana membaca puisi Mehmet Akif yang dianggap menghina prinsip sekular Turki. AKP semampu yang mungkin cuba menerapkan semangat Islami dalam pentadbiran dan cuba menggelak konflik dengan tentera yang mengawal prinsip sekular.

Walaupun Turki mengamalkan sekularisme secara total, parti berakartunjangkan Islam berjaya menjadi kuasa penentu dalam proses penubuhan kerajaan di Turki kerana kelemahan prinsip populis Kamalisme iaitu siapa yang lebih popular akan berkuasa. Erdogan merupakan Dato Bandar Istanbul yang popular telah berjaya menyediakan kemudahan untuk rakyat Turki semasa pemerintahan Parti Refah. Parti Refah sendiri pernah menyelesaikan masalah hutang bandar-bandar dikuasainya yang berjumlah USD16 bilion dan meningkat pendapatan daripada USD 150 juta pada tahun 1994 kepada USD 1.87 bilion dalam tahun 1997.

Menurut Perlembagaan Turki setiap warganegara yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai hak menubuhkan parti politik, menyertai parti politik atau meninggalkan mana-mana parti politik. Peluang ini memudahkan parti berlatar belakang Islam yang diharamkan menubuhkan kembali organisasi mereka dengan hanya menukar nama baru. Sistem pilihanraya berasaskan peratusan undi popular juga membantu parti berasaskan Islam. Dalam sistem ini, setiap parti perlu mendapat 10 peratus undi bagi mendapat kerusi. Setiap wilayah akan diberi satu kerusi parlimen dan bakinya akan dibahagikan kepada parti yang mendapat lebih daripada 10 peratus undi.

Cabaran parti Islam dalam pemerintahan di Turki adalah menghadapi 3 institusi yang melindungi ideologi sekular iaitu tentera, badan birokrasi dan badan politik. Perlembagaan Turki telah menetapkan negara tersebut adalah sebuah negara sekular dan tiada kuasa yang dibenarkan menggugatnya. Ideologi sekular ini dilindungi oleh tentera yang bertindak seganas mungkin termasuk merampas kuasa jika ada pihak yang cuba mencerobohi ideologi sekular. Erbakan sendiri beberapa kali ditekan sehingga beliau dibersarakan daripada kancah politik. Kebangkitan generasi muda untuk memperjuangkan Islamisasi diharapkan membawa perubahan baru kepada gerakan Islam. Selama ini rakyat Turki dididik secara sekular sehingga mereka bersifat lebih Barat daripada orang Barat dan bersifat anti-Islam yang dianggap agama anti-pembangunan dan mundur.

Kebijaksanaan Erbakan dapat dilihat apabila beliau telah melatih kadernya melalui sekolah Iman Hatip supaya dilahirkan profesional berjiwa Islam dan menubuhkan jaringan perdagangan Islam yang dikenali MUSIAD [Persatuan Peniaga dan Pengusaha Bebas] pada 5 Mei 1990. Persatuan ini menyatukan usahawan pro-Islam dalam pelbagai bidang. Pada tahun 1991 sebanyak 400 orang telah menyertai MUSIAD dan jumlah ini bertambah kepada 1700 orang pada tahun 1993. Jumlah ini bertambah kepada 3000 orang pada tahun 1998 dengan anggaran pendapatan $ 2.97 bilion. Kedudukan ekonomi yang kukuh membolehkan MUSIAD pimpinan Ali Bayramoglu membantu parti politik berlatar belakang Islam di sebalik tabir.

Selain gerakan politik Islam dan ekonomi, gerakan sosial berasaskan Islam turut memainkan peranan penting di Turki. Gerakan sosial Islam Turki ini dipimpin oleh Fethullah Gulen seorang pemikir yang terpengaruh dengan pemikiran Said Nursi. Gerakan Gulen menggunakan pendekatan non-politik berasaskan semangat dialog dan toleransi. Gulen sering berbicara tentang sains dan Islam, demokrasi, pemodenan, agama dan semangat toleransi. Gulen sendiri kerap kali mengkritik dan menyokong cadangan sama ada daripada pihak sekular atau Islamis. Gulen cuba merapati semua pihak di Turki dengan menggunakan kesederhanaan tanpa terlalu pro atau kontra terhadap manamana pihak. Penyertaan non-muslim dalam gerakannya membuktikan Gulen mementingkan dialog antara agama bagi mendekatkan ajaran Islam dengan non-muslim.

Gerakan Gulen bukanlah satu gerakan yang mempunyai institusi khas atau lambang rasmi tertentu. Pembabitan gerakan ini dapat difahami dalam kerangka kumpulan kepentingan [intrest group]. Ia digerakkan oleh Yayasan Guru Turki dan Yayasan Penulis dan Wartawan yang bergiat dalam aktiviti pendidikan dan media massa. Gerakan Gulen memiliki hampir 200 buah sekolah daripada Tanzania ke China dan 100 buah sekolah di Turki. Dalam media massa, gerakan Gulen memiliki akhbar Zaman, saluran TV Samanyolu dan stesen radio Burc. Kekuatan ini membolehkan Gerakan Gulen menjadi pengimbang kuasa antara pihak Islamis dan sekular sehingga cuba didekati oleh semua pihak di Turki. Sokongan Gerakan Gulen dapat mempengaruhi keputusan-keputusan dalam pemerintahan di negara Turki.

Begitulah keunikan gerakan Islam di Turki, sebuah negara mengamalkan ideologi sekular secara total. Secara keseluruhannya, gerakan Islam haruslah menggunakan kebijaksanaan bagi mendepani setiap cabaran berdasarkan suasana tempatan. Kebolehan gerakan Islam di Turki mendepani cabaran pihak sekular perlu ditauladani oleh gerakan Islam di seluruh dunia. Oleh sebab itu, keupayaan menggunakan strategi san jieche [gabungan tiga] iaitu penyatuan kekuatan politik daripada dalam kerajaan, luar kerajaan dan gerakan non-politik perlu digembleng bagi memperkasakan sesebuah gerakan Islam. AGENDA YAHUDI: ISLAM DIBERANGUS?? Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

Peristiwa 11 September 2001 merupakan turning point kepada gerakan Yahudi antarabangsa memasuki fasa baru perjuangan mereka. Gerakan Yahudi adalah pengarah di sebalik tabir drama kehidupan manusia pada hari ini cukup mempengaruhi suasana semasa politik, ekonomi dan sosial manusia. Di tapak keruntuhan bangunan WTC, terbitlah istilah baru yang

bakal mengubah suasana dunia iaitu memerangi keganasan. Paling menarik, keganasan yang diwar-warkan kebanyakan didominasi oleh ummat Islam. Golongan pejuang dan gerakan Islam ditohmah sebagai wadah yang membenihkan keganasan di kalangan umat Islam. Ketakutan yang tidak menentu oleh kepimpinan dunia termasuk pemimpin umat Islam menunjukkan kedangkalan mereka memahami Islam dalam makna yang sebenarnya. Suasana ini sebenarnya didalangi oleh Yahudi melalui proksinya.
Penyakit akal orang Yahudi merasakan mereka adalah satu-satunya bangsa yang dipilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia. Manusia lain dianggap goyim iaitu tahap lebih rendah daripada binatang. Natijahnya, mereka berasa bongkak dan sombong dengan keberadaan mereka. Kedurjanaan bangsa Yahudi semakin menjadi-jadi setelah kemunculan gagasan zionisme ke dalam masyarakat mereka. Gagasan zionisme ini berpaksikan kepada ‘ras’ yang telah memarginasikan keyakinan keagamaan. Bangsa Yahudi yang terusir daripada Baitul Muqqadis pada tahun 70M cuba kembali berkumpul dan bernegara di tanah suci ini. Golongan pendatang inilah yang ekstrem dan ganas memenggal makna kemanusiaan di kalangan masyarakat di bumi Palestin. Yahudi zionis ini diketuai oleh Theodor Herzl, Bapa Zionisme. Fasa baru ini membolehkan gerakan Yahudi melakukan serangan awal ke atas negara yang disyaki menyimpan keganasan boleh dilihat fasa armaggendon setelah berpuas hati dengan serangan pemikiran dan kebudayaan yang dilakukan selama ini. Perkara ini bermakna dunia kembali menggunakan senjata bagi menyelesaikan masalah. Tiada kuasa termasuk PBB yang dapat menghalangi penangan Yahudi ini. Perancis, Jerman, Rusia, India dan China hanyalah pelakon-pelakon pembantu untuk menyokong gerakan Yahudi untuk menyedapkan pandangan masyarakat dunia. Perkara jelas kelihatan dengan asosiasi mereka dengan gerakan Yahudi. Sebelum fasa ini, umat manusia telah dicandui oleh gerakan Yahudi dalam segala aspek. Bagi menakluki manusia, pembersihan jiwa daripada agama perlu dilakukan. Pembersihan ini perlu dilakukan dalam suasana kasih sayang dan mesra. Inilah suasana yang ingin digambarkan oleh Henry Martyn, ‘aku datang untuk menemui umat Islam, tidak dengan senjata tapi dengan kata-kata, tidak dengan kekuatan tapi dengan logika, tidak dalam benci tapi dalam cinta’. Fenomena ini dapat dilihat dengan kehadiran unsur-unsur gerakan yahudi melalui media massa dan gerakan sosial. Maka tertubuhlah kelab Rotary, Kelab Lion dan lain-lain yang dinaungi oleh Freemason. Kelab seumpama ini telah membanjiri masyarakat dengan habuan kebajikan untuk menyusupi hati-nurani umat. Kelab-kelab ini didokongi oleh para elitis yang mempunyai kekuatan politik dan ekonomi di sesebuah negara. Mereka secara halus menguasai jentera kerajaan bagi memudahkan polisi-polisi yahudi dilakukan sama ada dalam politik, ekonomi dan sosial. Mereka berkumpul di lodge-lodge mereka untuk merencanakan kemusnahan kebangkitan Islam dan membuncitkan perit ekonomi mereka. Di Malaysia, isu Freemason heboh dalam tahun 1976 di Dewan Rakyat dimana Ghazali Shafie menyatakan terdapat 51 lodge golongan ini di Malaysia. Paling menarik, terdapat ahli Freemason yang pernah menguasai PERKIM dan USIA [badan dakwah di Sabah]. Paling mengemparkan, ahli Parlimen Kuala

Selangor, Raja Nasron mendedahkan senarai ahli Freemason Malaysia terdapat di ibu pejabat UMNO Malaysia [lihat Watan Mei 1982]. Jika kita meneliti pemikiran dan kelakuan kepimpinan tertinggi UMNO daripada awal sehingga sekarang memang terdapat idea-idea Freemason. Muslihat ini dapat dilihat pada tahun 1997, cubaan membawa masuk pasukan kriket Israel ke negara ini bahkan menurut Ramlah Adam dalam buku Burhanuddin al Helmy, kerajaan Tanah Melayu pernah mengiktiraf Israel tetapi pada 1 Disember 1960, Zulkifli Mohamad, Naib Presiden PAS telah mengusulkan agar pengiktirafan tersebut ditarik balik. Secara warasnya, kita boleh melihat dampak perjanjian Hudaibiyah ke atas politik Islam-Quraisy. Kesanggupan kaum Quraisy melakukan perjanjian tersebut menandakan pengiktirafan mereka terhadap kerajaan Islam Madinah. Kes ini berlaku di Malaysia untuk membibit-bibitkan hubungan mesra dengan Israel. Media massa adalah wadah paling berkesan untuk menguasai pemikiran dan kebudayaan umat Islam. Ketaksuban umat kepada artis merupakan dampak kejayaan strategi yahudi. Anak gadis kita mudah terpengaruh dengan gaya hidup artis seperti Madonna dan Britney Spears. Madonna sebagai contoh adalah Yahudi Kabbalah. Subang, pakaian, alat solek yang digayakan oleh artis menumbuhkan suasana pemujaan kebeliaan di kalangan manusia terutamanya wanita. Akibatnya, manusia diselubungi suasana waham, takut mati dan sayang dunia. Buah pemikiran Yahudi turut disebar melalui rancangan televisyen. Kehadiran rancangan 3R di beberapa negara seperti Malaysia dan Filipina telah cuba menghidupkan ‘kuasa wanita’ di kalangan anak muda. Tahukah siapakah disebalik rancangan ini? Kebanyakan pengacara wanita rancangan 3R dilatih di Kolej Goldmiths dan ditaja biasiswa oleh Yayasan Chevening, pendokong gerakan yahudi. Fenomena hadhari dalam agama semakin marak membakari suasana masyarakat pada masa ini. Fenomena hadhari dalam agama Islam semacam mewujudkan agama dalam agama. Apa tidaknya, agama Islam dapat diklasfisikasikan sama ada hadhari atau tak. Inilah penentuan agama oleh nafsu manusia yang jahil dan dibutai oleh faham material. Fenomena hadhari inilah yang menimbulkan suasana dialog agama yang mengatasi keunggulan akidah. Ulama muktabar dikecam dan Islam cuba diarahkan kepada kesamaan keagamaan atas semangat toleransi yang melampaui batas antara kufur dan iman. Maka lahirlah Islam Plural, Islam Inklusif, Islam Hadhari, Islam Liberal dan Islam Progresif yang mengucar-kacirkan kefahaman Islam masyarakat. Impaknya, berlangsunglah majlis ‘deparaya’ [depavali berkahwin dengan hari raya] yang cuba mengelirukan kefahaman Islam. Gagasan yang dilihat liberal dalam kerangka pemikiran Islam ini telah ditelurkan oleh Rene Guenon, seorang Freemason. Kebijaksanaan Yahudi dapat dilihat apabila mereka menggunakan serangan pemikiran dan kebudayaan ke atas masyarakat manusia. Kejayaan menguasai pemikiran dan gaya hidup membolehkan Yahudi menguasai setiap manusia. Klimak daripada dampak tersebut, gerakan Yahudi secara mudah memomokkan keganasan sebagai senjata ampuh memasuki dengan unsur

ketenteraan ke atas sesebuah negara. Oleh sebab itu tidak mustahil jika melihat kehadiran proksi Yahudi melalui unsur dalaman dan luaran di sesebuah negara. Pengolakkan di Selatan Thai sebagai contoh boleh mengundang kedatangan tentera Amerika di Thai, Malaysia dan Indonesia. Keganasan melalui gerakan ketenteraan Yahudi menunjukkan dunia hampir ke pehujungnya. Mereka cuba memberanguskan Islam tetapi merekalah akan diberangus (baca:dihancurkan). Islam tidak sesekali akan diberanguskan, cuma umat Islam yang mengejar kejahilan dan kefakiran akhirat sahaja yang akan diberanguskan. Agenda yahudi ini akan diteruskan dengan mewujudkan lebih banyak fenomena dajal sebelum turunnya dajal yang sebenar. Peristiwa 11 September bakal mengubah sejarah dunia setelah berjayanya fasa muslihat holocaust dengan kewujudan sebuah negara Yahudi, Israel. Tanpa kesatuan akidah dan persaudaraan ini, umat Islam sekali lagi akan diberangus.

FENOMENA ANDARTU: MEMUDARKAN KEINDAHAN BERKELUARGA. Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias2 tokawang_sufi@yahoo.com

Menurut Dr. Harlina Haliza Siraj, terdapat 20 hingga 30 peratus wanita dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) adalah wanita muda yang belum berumah tangga. Kehadiran wanita semakin ramai mendominasi kehidupan, baik di kampus, dalam bisnes, persatuan kemasyarakatan atau di sektor perkilangan telah membuktikan ramainya jumlah wanita dalam masyarakat di negara ini. Dalam sebuah hadis daripada Anas dan diriwayatkan oleh Bukhari, dikatakan seorang lelaki akan mengurusi sebanyak 50 orang perempuan pada akhir zaman. Jumlah ini tidak harus dimusykilkan bahkan jangan cuba melawan dengan mengadakan usaha meramaikan kaum Adam kerana fenomena ini disengajakan oleh Allah sebagai dugaan dan tanda akhir zaman.

Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan, pada tahun 1981 sehingga 1990, sebanyak 43.2 peratus golongan muda iaitu 20

∗ Penulis adalah graduan lepasan Universiti Malaya dalam bidang Sosiologi/Antrapologi dan Sejarah. Kini bertugas sebagai pendidik di wilayah pendalaman Sarawak.
2

hingga 34 tahun belum berkahwin. Pada tahun 1991 sehingga 2000 pula, sebanyak 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin dengan 68.5 peratus daripadanya adalah wanita. Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita. Pada tahun 1991, lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun). Pada tahun 2000 pula, lelaki (28.6 tahun) dan bagi wanita pula (25 tahun).

Peningkatan kaum hawa telah mengubah persekitaran dunia moden. Perubahan ini bukan sahaja dampak daripada jumlah kehadiran mereka tetapi perubahan sosial setelah peningkatan taraf pendidikan, perindustrian dan pemodenan yang dialami telah menyebabkan kaum hawa bangkit melepasi tembok tradisi mereka yang diletakkan sebagai pembantu suami di rumah. Maka berkokoklah sesetengah gerakan feminis yang cuba memartabatkan status wanita. Mereka mahu membebaskan diri daripada cengkaman dan ketuanan lelaki yang selama ini menyelubungi mereka. Golongan Feminis menginjak-injak tafsiran agama secara tradisi sebagai regalia bagi lelaki memperhambakan mereka. Mereka menghina poligami dan pembahagian harta pusaka yang dianggap menjatuhkan martabat mereka. Golongan feminis ini telah terjajah dengan ‘faham’ wanita yang terlampau dengan menyembah ajaran feminisme Barat secara membuta-tuli.

Golongan Feminis menaja ‘kuasa wanita’ cuba memecah taboo pemikiran beragama di kalangan kaum hawa. Feminisme sekali imbas tampak menarik dan berkesan tetapi fahaman ini hanya bersifat khayali untuk orang bermimpi sahaja. Kewujudan fahaman ini ekoran pengaruh Barat yang diikuti oleh mereka yang tidak mahu memahami ajaran Islam yang syumul dan sahih. Kebanyakan feminis mendapat pendidikan dari Barat dan diajar oleh orang non-muslim menyebabkan akal-pengertian tentang ajaran Islam terus bebal dan tersimpul. Golongan Feminis tajaan Barat ini adalah kaum sesat di siang hari dimana pencerahan

hidayah di sekelilingi mereka cuba dipadam oleh nafsu mereka sendiri. Mereka tidak menghiraukan saranan ulama kerana mereka bongkak dan degil dengan keunggulan kefahaman ilmu agama mereka yang cetek dan sesat itu.

Antara impak senario feminisme adalah kelambatan wanita berpendidikan tinggi berkahwin. Ada beberapa faktor yang menelurkan fenomena andartu seperti sejarah hidup semasa lampau melalui ibubapa, perkahwinan dianggap sesuatu yang membebankan dan malu memulakan langkah pertama. Faktor lain yang menjuruskan kepada masalah ´andartu´ atau ´andalusia´ ini; antaranya ialah janji manis daripada pasangan untuk berkahwin yang kemudiannya berakhir dengan tragedi penipuan, penderaan, perkosaan ataupun sikap lelaki yang suka berfoya-foya menyebabkan wanita sukar untuk menerima lelaki lain dalam hidup mereka.

Perempuan yang melepasi umur tertentu masih belum berkahwin akan merasai perkahwinan tidak menjadi perkara yang penting bagi mereka kerana mereka telah stabil dari segi kerjaya dan pendapatan. Kekuatan wang memberi peluang wanita andartu untuk hidup bebas dengan mengamal seks bebas, mandi buih bersama rakan-rakan dan berpeleseran di kelab hiburan. Sebenarnya, kita menyukarkan yang mudah dengan melibatkan emosi dan ingin memuaskan nafsu keunggulan wanita sahaja. Kita tertipu dengan keindahan slogan yang dilaungkan oleh golongan feminis.

Syeikh

Ali

Thantawi

telah

mengemukakan

senjata

ampuh

untuk

menyelesaikan masalah wanita iaitu berkahwin. Sebenarnya, berkahwin telah menyelesaikan separuh daripada masalah yang dihadapi oleh wanita.

Perkahwinan adalah perkongsian jiwa yang merungkai simpulan, menyejukkan

yang panas dan menguatkan yang rapuh. Kebanyakan feminis yang berjuang itu sendiri belum berkahwin, tidak mempunyai anak dan mereka bukan juga pengamal Islam yang syumul. Mereka ini membasuh najis dengan air kencing. Inilah kebebalan mereka. Mahu menghapuskan AIDS dengan menghalalkan kondom. Halal kondom bermakna menghalalkan zina dan seks bebas. Mahu menghapuskan perogolan dengan menghalalkan pembukaan aurat. Inilah tanda kedangkalan ilmu, faham dan iman mereka. Mereka ini hanya mahu

mengemankan kelazatan kaum hawa yang lain.

Sikap materialistik terutamanya pihak keluarga perempuan juga menjadi satu fobia bagi lelaki untuk mengahwini perempuan. Bayangkan wang hantaran berjumlah perempuan berijazah adalah RM 8000 ditambah pula dengan hadiah gelang dan cincin. Ini belum dikira pakaian persandingan dan kos kenduri. Beban kewangan ini menyukarkan usaha murni pihak lelaki. Sewajarnya, pihak keluarga perempuan bertimbang rasa dengan sumber kewangan pihak lelaki.

Perbincangan dalam suasana mesra perlu dijalinkan agar isu hantaran dapat diselesaikan dalam suasana harmonis.

Pihak perempuan pula seharusnya mengubah taboo yang menyelimuti pemikiran masyarakat kita. Apa yang penulis maksudkan ialah pihak perempuan boleh memula langkah untuk menjalin hubungan persahabatan dengan lelaki. Kaedah ini tidak semestinya mengoda tetapi dijalani secara profesional dan beradab iaitu kaedah meminang dan merisik. Dalam sejarah Islam, Khatijah pernah meminang Rasulullah SAW dan Saidina Umar pernah menawarkan anaknya, Hafsah kepada Saidina Abu bakar dan Uthman.

Peranan aktivis mahasiswi Islam di kampus-kampus perlu diperluaskan. Mahasiswi Islam perlu menyedarkan para mahasiswi tentang bahayanya wabak feminisme yang cuba mengherotkan pandangan Islami. Pendekatan seminar, risalah dan dakwah bilik ke bilik boleh dijalankan untuk menerangkan tentang impak negatif feminisme. Selain itu, institusi lagenda seperti Baitul Muslim perlu diberikan suntikan idea baru. Institusi ini boleh dijadikan wadah perkenalan sihat bagi para mahasiswa. Sebenarnya, keaktifan mahasiswi dalam persatuan adalah satu kaedah halus mempromosi diri mahasiswi Islam. Gerak kerja bersama membolehkan kita melihat akal-budi seseorang. Perkara ini terbukti sehingga terdapat ahli usrah berkahwin sesama mereka. Bagi penulis ini adalah perkara yang positif walaupun orang mungkin mempersoalkan tujuan atau niat

seseorang itu berpersatuan. Ya, benar tujuan berpersatuan perlu diutamakan tetapi faedah-faedah sampingan berpersatuan perlulah dihargai dan tidak harus ditolak.

Mahasiswi Islam terutamanya ‘mawar-mawar’ gerakan mahasiswa Islam adalah gadis yang mulia dan terhormat perlulah memerangi musibah dan wabak yang dicetuskan oleh para feminis berkiblat Barat ini. Kukuhkanlah Persatuan Mahasiswa Islam dikampus untuk mengembali kebenaran Islam di kalangan mahasiswi Islam. Ancam mereka dengan firman Allah dan contoh logik seperti penyakit daripada seks bebas kepada mereka yang melakukan maksiat. Dan terakhir diri mahasiswi Islam sendiri cuba memudahkan urusan perkahwinan terutamanya berkaitan mas kahwin dan pilihan kerjaya seseorang lelaki.

Marilah bersama-sama memeriahkan dunia perkahwinan Islami kerana dengan perkahwinan kita dapat menambahkan pahala ibadat dan menceriakan kehidupan berkeluarga yang sememangnya menjadi fitrah bagi setiap manusia.

Semoga perkahwinan yang memenuhi kaedah Islam yang syumul dan sahih dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah sosial masyarakat.

GERAKAN FEMINISME: SATU MITOS
MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS tokawang_sufi@hotmail.com

Manusia Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,

Tetapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi, Dekat dihatinya untuk dicinta

Di atas antara bingkisan kata untuk para wanita yang cukup indah dan romantis. Kata-kata yang mempunyai nilai kemanusiaan yang asali dimana psikologi dan bioligikal dijadikan regalia untuk menilai peranan wanita. Bagi penganut feminisme yang didokongi oleh wanita moderat pula, peranan wanita lebih kepada persamaan gender dan nilai material. Jiwa dan pemikiran mereka diselimuti dengan pengaruh Barat yang cukup menebal. Antara mereka berani mencabar prinsip agama yang qata’i. Golongan feminis selalu saja menuduh fiqh tradisional terlalu memenangkan lelaki kerana dibuat oleh ulama lelaki sehingga mengabai hak-hak wanita. Sebenarnya polemik ini berlaku disebabkan dua pihak iaitu juak yang tidak mahu menerima perubahan fiqh dengan pihak yang terburu-buru mahukan perubahan fiqh dan terpengaruh dengan aliran pemikiran Barat. Sebenarnya, nilai yang diperjuangkan oleh feminis cukup indah jika dinilai secara akali. Sebab itulah, ramai wanita terutamanya wanita muda terpengaruh dengan fahaman ini. Budaya trendy, pembelaan hak wanita, persamaan gender dan kekuasaan wanita cukup hebat diperjuangkan oleh mereka. Suasana diwujudkan adalah perlawanan di antara lelaki vs perempuan dimana selama ini perempuan seolah-olah diperhambakan oleh lelaki. Dan wanita mesti menang dalam pertarungan ini. MESTI menang walau apa cara pun. Pertubuhan wanita mula muncul di serata tempat, SIS antaranya. Nilai-nilai [lebih tepat syariat] Islam mula dibelasah. Antaranya poligami, disifatkan tidak sesuai. Sebenarnya, wanita berhak marahkan suami yang berpoligami tetapi bukan hukum poligami. Begitu juga pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh syariat. Jika kita mempersoalkan perihal ini, kenapa tidak kita mempersoalkan persoalan pengharaman daging babi yang terkenal lazatnya? Jangan mewujudkan suasana permusuhan di antara lelaki dengan perempuan tetapi wujudlah suasana perlu-memerlukan dan lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.

Impak virus feminisme ialah kelahiran wanita yang berbangga dengan kemandiriannya. Mereka rela membujang atau berkahwin lewat demi kerjaya dan mengejar tujuan tertentu. Ada dikalangan mereka lebih rela bergaya-hidupkan seks bebas daripada berkahwin yang dianggap alat khas bagi lelaki untuk menggongkong mereka daripada hidup bebas. Lelaki dianggap ‘touch n go’ di ranjang dan murah boleh dibayar. Mereka cukup seronok memperhamba bangsa lelaki. Pengaulan bebas sehingga kepada layanan seks yang berleluasa sekarang juga membimbangi membawa kehancuran institusi berkeluarga. Begitu juga dengan ketinggian kasta perempuan yang berjawatan tinggi, dimana lelaki segan untuk bergaul dengan elitas wanita ini meluaskan lagi jurang perbedaan di antara mereka. Bagi menjernihkan suasana, ulama seharusnya mengambil peranan dengan mengkaji semula secara teliti pentafsiran syariah yang classical mengenai kedudukan dan peranan wanita berdasarkan ketepatan kehendak wahyu agar suasana harmonis dapat dijalin di antara kehendak wanita masa kini dengan aspirasi Islam. Kaum Adam pula seharusnya sedar dan faham tentang ilmu kekeluargaan Islam dalam memimpin rumah-tangga. Kaum hawa pula, perlu mengakui ketinggian agama sebagai perlembagaan kehidupan ini dan reaktualisasi suasana perlu-memerlukan di antara mereka dengan kaum adam. Apaguna mengejar habuan dunia yang bersifat sementara, sedangkan nilai-nilai Islam untuk akhirat tidak dijunjung. De factonya, kita berada dalam suasana utopia yang banyak ditipu oleh pandangan mata. Sedarlah, dunia melalui teknologi, duitan, pangkat dan lain-lain tidak dapat dikejar kerana sifat tamak dan sifat tidak puas hati yang terbuku dalam hati kita. Pencarian dunia tidak mempunyai impak yang jelas berbanding pencarian akhirat. Jika kita seorang penjual tauhu, jualan setiap hari tidak jelas keuntungannya kerana rezeki tak menentu antara hari ke hari tetapi pencarian akhirat melalui amal kita telah ditetapkan oleh Allah. Jika bertahajud, kita telah dikurniakan pahala yang ditentukan nilainya oleh Allah. Ini jelas dan tidak dimungkiri. Tetapi kita tidak nampak pahala berbanding mata wang. Marilah kita mereparasikan masyarakat dengan kehadiran ghairah agama melalui fadhilat. Mungkin inilah sebabnya, jemaah Tabligh selalu membaca kitab fadhail amal karangan Maulana Zakariyya yang berobjektifkan mengerakkan hati dan jasad untuk mengamal agama dan berusaha meningkatkan iman sehingga mewujudkan suasana agama dalam masyarakat. Akhir kalam, wahai Lelaki jadilah pembimbing wanita ke arah kebenaran, dan wahai wanita jadilah teman-pembantu setia mengubati kegusaran lelaki. Hidup ini indah, jika kita mengindahkannya dengan nilai-nilai Islam yang syumul dan murni.

MELINDUNGI BELIA ISLAM DARIPADA ALIRAN PEMIKIRAN SESAT. Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias. tokawang_sufi@yahoo

Selepas keruntuhan empayar kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924, umat Islam telah mengalami saat paling hina dalam sejarah ketamadunannya. Pertama kali dalam sejarah Islam, jawatan khalifah dimansuh dan wilayah-wilayah dibahagi kepada negara-negara kecil

berdasarkan pemerintahan imperialis Barat. Asas kejatuhan kerajaan islam Uthmaniyyah adalah penularan aliran pemikiran sesat dalam masyarakat Islam terutamanya belia Islam sehingga menghilangkan roh ajaran islam dalam masyarakat.

Menurut Muslim Muhammad Asad, faktor utama yang menyebabkan keruntuhan budaya dan sosial dalam masyarakat Islam kerana mereka meninggalkan roh ajaran Islam. Roh ajaran islam ialah perasaan bertanggungjawab terhadap kekuatan negara Islam. Jika mereka meninggalkan tanggungjawab ini, maka inilah penyebab bagi kelemahan Islam.

Menurut as syahid Iman Hasan al Banna, ancaman pemikiran yang paling bahaya adalah ilhad (atheis) dan ibahiyah (mengharuskan segala sesuatu). Kedua-dua pemikiran sesat ini adalah asas kepada aliran pemikiran sesat yang lain seperti Islam Liberal, sekularisme dan materialisme. Aliran pemikiran sesat ini jika tidak dibendung, ia akan mencabar keaslian ajaran Islam. Bahayanya aliran pemikiran sesat ini adalah ia menyerang secara halus sehingga sukar para ulama dan cendikiawan Islam untuk mengatasinya. Menurut Muslim Muhammad Asad, sesungguhnya keamanan Islam itu tetap kekal tetapi itu hanyalah pada zahir sahaja, sebagaimana jasad tanpa roh.

Dalam setiap medium atau program yang dilaksanakan oleh pendokong pemikiran sesat pasti terselit unsur ilhad dan ibahiyah. Menurut Anwar al jundi, medium utama yang digunakan adalah sistem pendidikan dan media massa. Ketika gagasan gerakan Islam mula dihidupkan oleh Iman Hasan al Banna, kita mendapati kelompok penjajah yang pro-yahudi dan kristian, dan pendokong mereka yang berasal daripada anak watan Islam mula bermati-matian

menerapkan fahaman-fahaman mereka dalam seni, kesusasteraan dan berusaha

mengagung-agungkan

tokoh

yang

berideologi

Barat

bagi

menentang

kebangkitan semula Islam.

Mereka mula mempromosi kehebatan tokoh seperti Julius Caesar dan Mustpha Kamal Attaturk dalam buku sejarah di sekolah dan menghidupkan kembali ajaran yang melemahkan roh ajaran islam dan nilai-nilai murni Islam seperti buku-buku tulisan Ibnu Arabi, Hallaj, Abdul Razak, Taha Husain dan Salamah Musa. Bukubuku ini bertentangan dengan arus kebangkitan Islam baru.

Penguasaan media massa dan sistem pendidikan bertuankan penjajah telah membolehkan roh ajaran Islam telah dilemahkan di kalangan belia Islam. Belia islam mula taksub kepada kemajuan barat sehingga islam hanya dianggap agama untuk ibadat sahaja dan menganggapkan ajaran Islam selain daripada ibadat adalah mundur dan antipembangunan.

Sejak kebelakangan ini, banyak fahaman telah bercampur aduk sehingga menyebabkan belia islam tidak tahu hakikat sebenarnya mungkin tertipu oleh fahaman-fahaman yang bercampur aduk. Islam adalah satu-satunya manhaj yang asli dan mampu memberi segala-segalanya kepada manusia yang yakin kepada ajaran Islam. Fahaman-fahaman sesat yang bercampur aduk dapat dilihat dengan munculnya fahaman Islam Liberal, Islam Plural dan Islam Inklusif. Fahaman Islam Liberal sebagai contoh banyak mempunyai unsur ibahiyah dalam aliran pemikirannya. Mereka cuba menggunakan akal-logik untuk menghalal dan memudahkan ajaran Islam.

Islam adalah satu-satu ajaran sahih dan benar sesuai sepanjang zaman. Islam bukanlah satu gagasan eksperimen seperti Marxisme, kapitalis dan sekularisme.

Islam bukan hanya setakat agama seperti kristian, yahudi, buddha dan hindu. Islam adalah satu cara hidup yang mencakupi persoalan politik, agama-ibadah, ekonomi, sosial dan muamalat. Jika sistem komunisme telah runtuh dan kapitalisme mula berkecamuk dengan dominasi kekayaan sekelompok manusia yang menindas dan menzalimi manusia secara halus dengan riba dan spekulatif pasaran saham, Islam tetap relevan dan bakal bangkit jika umat Islam terutamanya golongan belia berpegang teguh dengan gaya hidup islam.

Belia harus kembali kepada gaya hidup Islam yang syumul berlandas al Quran dan hadis. Benteng keimanan perlu dibina dengan penghayatan ideal Islam. Usaha penggarapan ini seharusnya dimainkan oleh institusi negara, jika tiada negara Islam maka jemaah Islam perlu mendepani usaha ini. Jangan sampai gejala kesesatan pemikiran ini meresapi akal budi para belia.

SENIBINA MASJID DI ALAM MELAYU: KESATUAN SAKRAL DAN PROFAN
OLEH MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS3 tokawang_sufi@yahoo.com

Masjid adalah rumah ibadat orang Islam yang sakral [suci]. Masjid paling agung dan dijanjikan ketinggian pahala beribadat adalah Masjidil Haram, Mekah, Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil al Aqsa, Palestin. Masjid boleh didefinisikan sebagai tempat menyembah, lebih tepat lagi sebuah bangunan yang digunakan oleh umat Islam untuk beribadat kepada Allah SWT. Perkataan masjid berasal daripada bahasa Arab dan kata pokoknya sujudan dan kata kerjanya (fi’l madi) sajada (ia sudah sujud). Kata kerja sajada diberikan ‘mim’, sehingga terjadilah kata nama tempat menyebabkan perubahan bentuk kata sajada kepada masjidun. Secara rasminya, masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW adalah Masjid Quba setelah peristiwa Hijrah iaitu pada 28 Julai 662 Masihi.

Di Malaysia, bangunan ibadat ini dikenali masjid, di Jawa sebagai Maesgit dan Aceh dikenali sebagai Meuseugit. Perkembangan masjid di serata bahagian
∗ Penulis adalah siswazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial [sejarah, dan antropologi dan sosiologi] daripada Universiti Malaya. Kini seorang pendidik di sekolah pendalaman Sarawak.
3

dunia membuktikan Islam sebuah agama yang universal. Perkara ini jelas apabila pembinaan masjid boleh diasimilasi dengan unsur local genius sehingga melahirkan unsur yang baru dan pelbagai. Selagi tidak menyalahi syarak, ajaran Islam membenarkan sesuatu perkara jika ia boleh memberi dampak berguna untuk umat Islam. Oleh sebab itu, kita harus sedar bahawa masjid bukan sekadar tempat ibadat tetapi mempunyai pemaknaan tersendiri daripada kesatuan sakral (elemen agama) dan profan (elemen keduniaan).

Masjid bukanlah sebuah binaan kosong tanpa makna. Ramai di kalangan orang Islam tidak menghiraukan pemaknaan di sebalik konsep dan senibina masjid. Sebenarnya, umat Islam bukanlah umat yang lemah tetapi kita hanya kurang kesedaran disebabkan kejahilan kita. Dulunya, Mohse Dayan pernah mengemuka rancangan Yahudi untuk menghancurkan Islam secara terbuka. Ramai orang Yahudi mengkritik Mohse Dayan kerana mendedahkan rancangan tersebut secara terbuka. Lantas Mohse Dayan menjawab: ‘jangan bimbang, orang Arab tidak akan membacanya!’. Inilah malapetaka yang menimpa umat Islam disebabkan kejahilan ilmu mereka. Antara natijahnya, mereka juga tidak memahami konsep masjid yang selalu mereka kunjungi. Bentuk paling menarik masjid di Alam Melayu adalah atap tumpang atau meru dimana bumbungnya tirus ke atas dan di puncak atap terdapat mustaka atau mahkota atap. Menurut Soekmono, bentuk bumbung jenis ini menyerupai struktur atap bangunan Candi Hindu-Buddha yang ditafsirkan Gunung Mahameru, satu unsur kosmologikal Hindu. Atap tumpang biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih lapisan yang akan mempengaruhi denah segiempat tepat masjid. Setiap lapisan atap tumpang ini mempunyai pemaknaan tertentu. Lapisan pertama (dari bawah) bermaksud, bumi atau dunia tempat manusia. berpijak. Lapisan kedua, manusia Islam adalah pendukung agama yang diredai oleh Allah SWT. Dan lapisan ketiga berkaitan persoalan akidah dan keimanan. Atap tumpang ini memberi makna bagi mencapai ke puncak keimanan kita haruslah meredah setiap peringkat yang diumpamakan pada setiap lapisan atap tersebut. Contoh, masjid yang mempunyai atap tumpang ialah Masjid Kampung Laut, Nilam Puri Kelantan.

Bentuk atap kedua dalam senibina Melayu adalah bumbung rumah kampung. Atap jenis ini berbumbung panjang lurus membentuk dua lapis bumbung ditelangkup atau dilipat sehingga membentuk seperti huruf V terbalik. Contoh, Masjid Haji Kadir, Bukit Besar Terengganu. Bentuk atap ketiga ialah bentuk limas. Menurut Abdul Halim Nasir, bentuk limas bumbungnya bertulang lurus mendatar dan bersambung dengan 4 tulang bumbung yang bertulang limas menurun ke cucuran atap. Atap limas juga dikenali atap perabung lima.

Senibina atap masjid di Alam Melayu menunjukkan kebijaksanaan umat Islam-Melayu yang memdiami rantau ini. Atap tumpang sebagai contoh dibina

berdasarkan penyesuaian terhadap alam sekitar di Alam Melayu yang mempunyai keadaan lembap dan panas sepanjang tahun. Lapisan atap tumpang sedemikian memudahkan pengaliran air hujan dan proses pengudaraan keluar dan masuk ke dalam masjid agar suasana dewan solat senantiasa nyaman.

Kewujudan pengaruh asing dalam senibina masjid di Alam Melayu membuktikan rantau ini pernah menjadi tumpuan bangsa asing melalui perdagangan dan penjajahan. Pengaruh atap Cina klasik sebagai contoh dapat dilihat pada Masjid Kampung Hulu Melaka yang mempunyai rabung bergelombang yang mirip rumah ibadat orang Cina. Kedatangan British telah memperkenalkan kubah bentuk potong bawang dari Parsi dan India sehingga kebanyakan masjid mula menggunakan kubah jenis ini. Antara masjid yang terawal menggunakan kubah ini ialah Masjid Sultan di Singapura pada tahun 1828. Kehadiran pengaruh asing dalam senibina atap masjid di Alam Melayu menunjukkan Islam adalah agama yang sederhana, toleransi dan universal sehingga dapat menerima unsur-unsur asing. Islam bukan agama milik orang Arab sahaja tetapi milik umat manusia yang sesuai di serata tempat dan zaman.
Bangunan masjid berbentuk rumah kediaman Melayu yang berdasarkan rumah bujang dan rumah bertiang 12 yang biasanya denah bersegi empat bujur sangkar dengan jumlah tiangnya 6 atau 12 batang. Kebanyakan masjid berteraskan kayu kerana sesuai dengan cuaca semulajadi Alam Melayu yang lembap dan panas. Antara kayu yang menjadi pilihan adalah cengal dan meranti bagi menghalang pereputan.

Setiap masjid mempunyai ruang khusus untuk lelaki dan perempuan bagi memelihara batas pengaulan bebas di antara mereka. Ruang yang luas di dalam dewan solat dengan pencahayaan yang sesuai menimbulkan suasana lenggang dan khusyuk semasa beribadat sebagai simbol kesakralan. Kedudukan pintu adalah ganjil terletak di hadapan atau di sisi kiri dan kanan arah masuk masjid. Ia tidak mengadap kiblat. Kebanyakkan tingkap dan pintu adalah berhiaskan dengan ukiran bermotif tumbuhan, kosmos dan kaligrafi.

Masjid mempunyai bahagian bawah yang terpisah dengan bumi yang dikenali kolong. Keterpisahan bahagian ini penting mengelakkan lantai rosak dan banjir. Ruang serambi pula tidak berdinding tetapi ditutup baris-baris pagar yang diukir dengan gaya tertentu. Serambi merupakan unsur profan kerana bahagian urusan dunia dilakukan disini seperti jamuan dan majlis akad nikah. Dalam konsep Candi Hindu, serambi boleh diumpamakan sebagai mandapa iaitu kawasan separuh suci. Biasanya serambi lebih rendah daripada bahagian induk masjid seperti di Masjid Kampung Laut. Selain serambi, ada masjid mempunyai balai lintang atau rumah surau yang bersambung dengan badan masjid yang dijadikan tempat menyimpan perkakasan masjid yang boleh dipinjam oleh masyarakat setempat.

Menara masjid di Alam Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur ketamadunan bangsa lain. Di Melaka, ada menara mempunyai unsur pagoda Cina seperti Masjid Trengkera yang diperbuat daripada konkrit. Menara kayu boleh dilihat di Masjid Kampung Laut dan Masjid Pulau Condong, Kelantan. Pembinaan menara lebih lewat daripada masjid menyebabkan kebanyakkan menara kelihatan terpisah daripada bahagian induk masjid. Menara pertama yang dibina oleh penjajah Barat adalah di Masjid Banten oleh Hendrik Lucas pada tahun 1569 dengan konkrit manakala menara yang mempunyai unsur Candi Hindu dapat dilihat pada Masjid Kudus.
Dalam memerhatikan persekitaran masjid, kita akan dapat melihat terdapat pengaruh local genius dan pengaruh luar Alam Melayu. Ketungan dan beduk merupakan unsur local geniusAlam Melayu yang berfungsi untuk memanggil jemaah ke masjid. Ketungan dan beduk mempunyai kod-kod bunyi tertentu seperti kod bagi kematian, kebakaran dan keselamatan. Ketungan lebih kecil daripada beduk tetapi kedua-dua alat ini daripada kayu berlubang dan memanjang. Kebiasaannya ia diletakkan di balai lintang atau berhampiran pintu masuk masjid.

Kolah adalah tempat mengambil wuduk diperbuat daripada batu dan airnya diceduk dengan timba atau gayong. Kebiasaanya kolah berbentuk segiempat tepat dan berdekatan dengan tangga masjid. Di Masjid Kampung Kapor, Kuala Terengganu air diambil daripada perigi dengan timba diikat pada sebatang kayu dan belakang kayu mempunyai tembaga sebagai pemberat. Gerbang dan pagar konkrit pula merupakan unsur asing yang terdapat dalam pembinaan masjid di Alam Melayu. Dahulunya, pagar diperbuat daripada kayu atau buluh. Kedatangan pengaruh Cina telah membawa perubahan kepada gaya pintu gerbang dan tembok seperti di Masjid Kling, Melaka. Gerbang dan pagar adalah sempadan kepada kawasan sakral dengan profan. Walau bagaimanapun, nilai kesempadanan sakral dan profan kurang dipedulikan dengan ada masjid yang tidak berpagar seperti Masjid Tengku Zaharah di Kuala Ibai Terengganu. Kawasan masjid yang digabungkan dengan taman untuk tujuan riadah telah disalahgunakan untuk aktiviti kemaksiatan sehingga menghilangkan nilai-nilai sakral yang sepatutnya dimiliki oleh sesebuah masjid.

Senibina masjid membuktikan agama Islam adalah agama yang universal kerana dapat menerima unsur-unsur luar yang bersifat kedaerahan setempat selagi tidak menyalahi prinsip-prinsip syarak. Agama Islam dianuti oleh pelbagai bangsa. Ajaran Islam dan tulisan Arab merupakan faktor pengikat dalam menyatukan umat Islam. Kepelbagaian dalam kesatuan membuktikan keunikkan agama Islam berbanding agama lain. Islam menghormati kepelbagaian rencam budaya manusia, dan manusia hanya dapat disatukan dengan nilai unggul akidah yang diterjemahkan dengan pembinaan masjid. Walaupun akhirnya senibina masjid berbeza bergantung kawasan geografi, sejarah dan kebudayaan masing-masing, tetapi dari segi prinsip dan fungsinya masih menampakkan kesatuan.

Keindahan masjid membolehkan umat Islam menghayati kebesaran Allah SWT dan mengarahkan suasana ibadat ke arah yang lebih khusyuk. Keindahan masjid adalah manifestasi daripada keindahan dan kesyumulan agama Islam sendiri. Menurut Syed Qutb, seni menjanjikan pertemuan yang menyempurnakan antara keindahan dan kebenaran. Keindahan adalah hakikat alam tercipta dan kebenaran puncak dari keindahan. Dengan nilai keindahan kita dapat menyuluhi pemikiran kita tentang kehebatan Allah SWT yang meneguhkan kembali ikatan akidah, dimana kita hanya insan kerdil yang berwatak hamba, tanpa rahmat dan hidayahNya kita pasti gagal dalam kehidupan ini. Keindahan senibina masjid bukanlah binaan kosong tanpa makna tetapi mempunyai makna tersirat yang menyatukan unsur sakral dan profan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->