You are on page 1of 23

Menyengat Jiwa

MENYENGAT JIWA:
KOLEKSI KARYA GILA
YANG TERLARANG

OLEH

MAMAT.COM

1
Menyengat Jiwa

PROLOG

Karya Sastera adalah cerminan nilai kemanusiaan setiap insan dan bangsa. Akal budi setiap insani dan
bangsa akan terserlah dalam baris-baris bicara ideal yang dikarang. Penulisan ala cerpen ini merupakan
proses pembelajaran penulis untuk menjiwai elemen kemanusiaan yang terahsia sebalik hijab keselesaan
tamadun manusia. Diharapkan penulisan ini memberi manfaat bagi para pembaca.

Mohamad Ridhwan Bin Alias


[tokawang_sufi@hotmail]

KEKASIHKU PEMBUNUH

Memang tidak disangka,


Itulah kenyataannya
Hidup ini tidak seindah seperti yang Disangka
Disangka panas ke petang
Hujan gerimis di tengah hari.
Keindahan menjadi kengerian.

2 tahun dahulu, seorang sahabat membaca akhbar tempatan yang bertajuk ‘pelajar perempuan UUM
membunuh diri’. Heboh satu Malaysia. Hari ini peristiwa itu telah menjadi sejarah ngeri bagi para
pengkagum cinta sepertiku. Kusoroti kembali kisah tragis cinta ini. Cinta yang memakan diri sendiri.

5 tahun dahulu, Sedi seorang anak muda-belia yang tampan. Petah berkata-kata. Malang benar jika
seseorang gadis yang tidak mengenalinya. Pelajar paling glamour di tingkatan 6 SMK Sultan Ahmad Shah,
Kuantan. Jaguh dalam permainan sepak takraw dan antara harapan sekolah untuk berjaya dalam STPM.
Latarbelakang pendidikan agama sewaktu belajar di SMA Wataniyyah, Temerloh membolehkan Sedi
menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Pra U sekolah dengan mudah. Tanpa tandingan.

Begitulah lengkapnya peribadi sedi. Insan dipuja oleh ramai orang. Kisah bermula setelah kedatangan ani
ke sekolah itu. Ani juga tidak kurang cantiknya. Kecantikannya yang menggegarkan jiwa si pemerhati.

Kisah cinta Ani dengan Sedi bermula apabila Ani ditugaskan sebagai pengarah program lawatan ke Kuala
Lumpur dimana Sedi sebagai pemantaunya. Hubungan rasmi bertukar menjadi hubungan cinta. Semakin
aktif Ani dalam persatuan semakin sayang Ani kat Sedi. Suatu hari sedi mengadu kesempitan wang, Ani
sedia memberi kad ATM BSN untuk menampung kehidupan Sedi.

Hubungan romantik cukup indah umpama pasangan muda zaman sekarang. Pi mai, pi mai. Bonceng
motorsikal, makan bersama dan berkempit-kempit di taman bunga atau di pantai. Cukup bahagia sampai
tahi hidung masin pun menjadi manis.

Apabila exam mendatang, mereka belajar bersama. Melakar perancangan bersama untuk ke universiti.
Exam disudahi dengan baik. Sesudah exam, Sedi bekerja di KL manakala Ani bekerja di Kuantan. Setiap
hari minggu Sedi pulang. Kerinduan kepada kekasih. Akibat kerinduan yang teramat sangat, syaitan mula
memujuk sehingga tidak terbilang kondom dibasahi cecair yang hasyir. Dan Ani tersenyum dengan layanan
Sedi yang cukup ganas itu. Kuda liar tanpa pengalaman katakan.

Kenapa
intan bertukar menjadi batu pejal
kenapa
wali menjadi syaitan
kenapa
kasihku dipersiakan
kenapa
pengorbananku tidak dihargai

keputusan diumumkan, Ani dan Sedi memperolehi result yang cemerlang dan terbilang. Tapi malang nasib
mereka apabila Sedi mendapat tawaran ke UM dan Ani pula ke UUM. Meraunglah si Ani. Bagi meraikan hari

2
Menyengat Jiwa

terakhir mereka. Mereka melafazkan janji, baiah sesama mereka untuk setia selamanya. Mereka pun
bertunang. Majlis bertunang ini diraikan dengan dua-tiga kali gobek tanpa kondom dimasukkan ke dalam
sarung. Inilah tanda setia, tanda kekal bersama kekasih yang paling dogol. Paling BANGGANG.

Kehidupan kampus bermula. Peringkat awalnya seminggu sekali Sedi ke UUM, lama-kelamaan 2 minggu
sekali dan akhirnya sebulan sekali. Pelbagai alasan diberi sibuk dengan tugasan, kelas dan persatuan.
alasan diterima baik oleh Ani, maklumlah pelajar varsiti uniperdana yang terulung di negara ini. Sekarang,
Bekerjasama dengan Cambridge pulak, lagi besar lubang hidung NC.

Di UM, Sedi mula membariskan kata-kata indah kepada gadis-gadis cantik. Antaranya budak sabahan, Ana
dari kolej pertama. Tugasan bersama membuat Sedi dan Ana semakin rapat. Fikiran terhadap Ani semakin
menipis. Alasan untuk ke utara semakin dipelbagaikan. Ani mula bergelodak jiwanya. Resah, gelisah dan
binggung.

Suatu hari, ‘Sedi, datang ke UUM, Ani nak bincang tentang masalah kita’ ujar Ani dalam keadaan tersedu
sedan. ‘masalah apa?’ tanya Sedi. ‘Ani mengandung’ jawab Ani ‘apa.......’ terkejut Sedi bagai halilintar
membingit telinga yang dipenuhi 2 gram tahi telinga.

Di UUM, ‘Sedi, kena tanggungjawablah! Kan Di yang buat’ paksa Ani. ‘Sedi tak ada duit nak kahwin’ lemah
suara Sedi... ‘Ani, tak kira Sedi kena tanggungjawab. Perut semakin besar, nanti kita yang dapat malu’ tegas
Ani. ‘sapa yang malu, Anilah yang malu. Entah jantan mana Ani gauli’ balas Sedi. Tergaman Ani dengan
alasan Sedi, meraunglah Ani.

mudah,
sesudah maduku kau rampas
sesudah kelapaku ditebuk tupai
kau menjauhi diri
tinggal aku dalam kegelapan ciptaanmu

kurayu,
kupujuk
kusujud
kuugut
kau tetap menyundalkanku
kesudahan bunuh diri pilihanku
padan muka engkau
padan muka aku...

perut semakin membunting, Ani gelisah dan resah. Ani terpaksa ke UM untuk menagih janji Sedi. Akhirnya
Sedi telah mendedahkan bahawa dia mempunyai teman baru, Ana. Menangislah Ani. ‘Di, kalau tak nak
kahwin, Ani nak matilah’ ugut Ani sambil menunjukkan racun ditangannya. ‘minumlah kalau berani’ jawab
Sedi secara selamba. Sedi ingat ia satu gurauan. Ani terus meminum racun tersebut. Keadaan gawat, Sedi
tergaman. Darah membuak keluar dari mulut Ani.

Di Hospital, Ani disahkan kritikal. Sedi semakin kaget. 2 hari selepas itu Ani meninggal dunia.

Tajuk akhbar ‘PELAJAR UUM MEMBUNUH DIRI’ di ruang yang agak tersembunyi di dalam akhbar tersebut.
Pelajar perempuan tersebut membunuh diri di hadapan kekasihnya, seorang pelajar UM. Pelajar UM yang
tidak ada belas kasihan membenarkan gadis yang dibuntingnya membunuh diri.

KOMENTAR SAHABAT

Edie : Sedi, kau cukup licik. Tidak bertanggungjawab.

Naim: Sedi, Pembunuh.....

Ayu: tak sangka, Sedi yang nampak baik ini tergamak melakukan perkara ini.

Aku: sukar nak percaya tetapi inilah realitinya.

3
Menyengat Jiwa

Ha......ha........ kini Sedi rancak bersama Ana yang tidak mengetahui cerita. Mereka nampak bahagia. Setiap
kali berjumpa, ketawalah si Ana, Sedi tersenyum puas. Cinta mereka berterusan, mungkin akhirnya
tembelang akan pecah. Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Woi....yes....yes.., gembira Sedi dan Ana bersama keluarga semasa konvokesyen UM 2003/04. kisah yang
berlaku 2 tahun yang lalu telah menjadi sejarah. Sejarah yang bisu. Bisu untuk selamanya??...............

Sahabat
Sukar mengenalimu
Isi didalam tak seindah kulit diluar
Hingga aku tertipu dengan keterbilangan dirimu

Aku tak sangka


Disebalik baikmu
Ada rahsia besar
Yang gila dan zalim

Sahabat
Taubatlah
Kembali ke jalan benar

Mamat.com
23 Sept. 04
DiaRi PuTeh: PENCARIAN CINTA di akHir seMester

Putih menyenangkan mata memandang. Putih adalah kesucian, kebaikan dan secara keseluruhannya
melambangkan perkara positif. Begitulah bertuahnya putih. Putih banyak memberi impak dalam sejarah
manusia. Kalah perang, bendera putih dikibarkan. Ihram pakaian putih. Kain kapan pun warna putih. Kertas
kebanyakannya putih...putih, oh putih...

Manusia dan putih. Mencari kekasih. Warna putih dicari. Putih nampak kelawaannya. Pembunuhan pertama
di muka bumi, wajah putih antara sebab pembunuhan tersebut. Aku, engkau dan dia, mestilah tak lari
daripada warna putih.

Puteh namaku, seorang lelaki, pelajar tahun akhir UM. Kisah dimulai di kafe kolej KK 12 yang cukup
terkenal itu. Hari itu, puteh pulang daripada perpustakaan untuk makan tengah hari. Makan sambil
menonton astro percuma. Astro berimej universal yang membawa polemik antara banyak maklumat atau
banyak pengetahuan. Astro antara membawa warna putih atau hitam, kuning atau blue dalam masyarakat?.
Asyik dengan makanan yang kurang garam itu, terpandang kepada seorang wanita yang cantik dan putih.
Tak tahu nama, dinama cik X. Kenapa hati kecil berdebaran setiap kali bertemu.

Puteh, bukan kali pertama Puteh bertemu dengan CIK X. Ia kisah pencarian yang panjang. Pertama kali
bertemu semasa malam pengiraan undi pilihanraya kampus. ‘kau, tak nak balik lagi? Tanya sahabatku, Bad.
‘sampai habis’ pantas aku menjawab. Jam menunjukkan jam 1.15 pagi. Aku masih setia bersama rakan-
rakan yang lain. Laungan GAGASAN POWER, MGMUM BOLEH mengimbau kembali memoriku yang
semakin gersang dimana pada malam itu dipenuhi oleh pendokong PMIUM. Malam itu aku seumpama
Hishamuddin Rais, memakai pakaian jean, dari baju sehingga ke seluar kecuali seluar dalam la. Maklumlah
peminat politik kampus. Walaupun nampak macam sosialis, tetapi jiwaku Islamis. ‘pakaian tidak
mengambarkan niat kita’ kataku kepada ustaz mat sabu yang menegurku di kolej keempat. Semasa
menunggu sambil makan kekacang, aku berpaling ke belakang untuk bercakap dengan Sedi, sahabatku
daripada pusat sukan. Aku terpandang seorang gadis yang memandang ke arahku. Aku perasankah? Tanya
hati kecilku. Pandangan kedua dan ketiga tetap memandangku. Dia gila atau aku gila. Aku pun naik perasan
la. Si gadis seorang putih kulitnya dan cantik wajahnya, ayu dan manja. Terserlah ayunya apabila kepalanya
diletakkan manja pada bahu sahabatnya yang tidak kurang putih dan cantik.

Mimpi celikku yang indah disentapkan dengan bunyi ‘SAYA BANTAH’ laungan daripada sahabat PMIUM
yang thabat perjuangan, awie. Bantahan ini dibuat ekoran pihak HEP yang diketuai Tok Dalang Kampus al
kelantani mengatakan beberapa kerusi akan dibuat pengiraan semula ekoran pengundi hantu dan
kemasukkan ejen Puteri parti BARUA di fakulti pendidikan. Suasana tegang, lagi tegang dihatiku apabila
khayalan romantisku terganggu. La kacau betul si awie ini..

4
Menyengat Jiwa

awie..ko..tak fahamkah? PMIUM tu apa? Persatuan Percintaan Mahasiswa Islam UM [PMIUM]. PMIUM
adalah gedung percintaan mahasiswa Islam yang nak cari gadis solehah, baik dan santun yang seperti yang
aku ingini. awie, baitul muslim tak cukup hebat, Percintaan Mahasiswa Islam UM perlu diperkasa agar tiada
lagi insan tiada teman selepas alam kampus. Kan jiwang-jiwang yang melentok di bukit Jiwang dibenarkan
oleh HEP berbanding cinta antikonsert? Sebab tu aku masuk PMIUM untuk mempelajari dan merasai cinta
berbudi, cinta beradab.

Lama juga kumencari cik x. Dari pemakaian bertudung labuh pada malam itu, tentulah si cantik manis
penyokong Islamis. AI ke? Berperang di minda. Suatu hari di koperasi UM di KPS, aku terserempak
dengannya, lagi sekali jantungku mahu keluar, sampai kentut pun tak berbunyi, kawal punya kawal keluar
juga si angin yang menepis. Punya gabra yang tak menentu ini cik x hilang dari pandangan semasa aku
cuba berpaling. Aku berpaling untuk mencapai sebuah cerita rugi, rugi tak pandai ambil peluang secara
tatasusila. Aku rugi tak pandai bercinta, tak pandai memulakan bicara,

Aku memang manusia pelik. Pelik yang berasas. Mana tak peliknya, aku tak terbiasa dengan cinta. Aku
bukan kaki perempuan dari TASKI ke Universiti tak ada kekasih. Ingin bertegur perempuan pun tak berani.
Bukan tak berani langsung, tapi nak mulakan ayat pertama tu, tak boleh. Walaupun aku mempunyai ramai
rakan perempuan, aku tak pandai langsung berjiwang2. Makan-makan di kedai makan dan lentok membahu
di taman bunga, aku tak pandai. ‘engkau belum rasa jangan cakap, nanti bila rasa engkau ketagih? Tegas
sofi rakanku yang playboy. Rakan-rakan sibuk bercinta, aku seronok dengan gedung buku di perpustakaan
UM. Duduk cari buku yang bukan-bukan, tentang komunisme, sosialisme dan pemikiran Islam. Pagi,
petang, malam di perpustakaan. Tahun akhir mula rasa gelisah dan meresah qalbu, maklum rakan-rakan
lain dah bertemu jantung hati. Aku hanya makan jantung pisang dengan budu je.

Satu malam, ketika itu aku bersama Ajib sang penyair yang belanja aku minum di KK 12 yang terkenal itu.
Cik X keluar dari tempat persembunyiannya, KK 12 yang terkenal tu atau kolej lima, cik X tinggal? Aku cuba
membuat tekaan untuk sebuah pencarian. Kalau tidak sibuk berbicara dengan rakan seperjuangan, aku
terus mengejar dan mencari cik x. Tapi aku terkejut apabila cik x sendiri datang menyapaku. Berakhirkah
pencarianku? Cik x tersenyum manis. ‘namaku...’ hanya itulah ungkapan mampu diujarkannya kerana
diganggu suara king kong yang kuat memecahkan suasana indah. ‘woi, bangun sahur??’ bunyi pekikkan.
Rupa-rupanya mimpi. ‘bangang ko Ayub ganggu mimpi indah aku’ marah aku kepada sahabat yang
membangunku bersahur. Kita selalu marah orang menasihat kita, walaupun nasihat itu untuk kebaikan kita.

Akhirnya aku tahu cik x adalah gadis fakulti sains. Gara-gara peperikasaan terakhir di bumi UM, study sakan
aku kat perpustakaan. Biasanya aku study di tingkat 2. nak gerah hari tu aku study di tingkat bawah. Rupa-
rupanya disinilah cik x study dari petang hingga malam. Untuk kali terakhir aku berjumpa secara kerap di
sini dan kerap juga bertemu di cafe fakulti sains. Makan bersama di meja berlainan. Rupanya ramai juga
mata-mata lain memerhati cik x. Melepaskah aku?? Hati bersemarak tetapi mulut membisu seribu bahasa.
Sekali cuba menegur secara tak gentleman, nampak kebodohan dan kekurangan aku dalam bab cinta.
Meleleh lagi kerinduan hati ini.

Peperiksaan bermula. Berakhirnya sebuah pencarian di kaki kebisuan bicara dan kerugian qalbu yang tak
terbiasa dengan cinta. UM aku kembali meneruskan pencarian. Tunggu kedatanganku dengan cinta baru.
CINTA HAKIKI, CINTA ILAHI. Habislah makanan sambil memandang kerancakkan ragam mahasiswa di
cafe kk12 yang terkenal itu.

Pencarian sebuah Cinta


Dari mata sampai ke hati
Dari bicara menjadi simpati
Dari simpati bertambah sayang
Biar sayang kekal abadi

Hidup tak seputih disangka....

15 Sept. 04

5
Menyengat Jiwa

TERUJIKAH AKU?.

TERUSKAN (untuk sahabat yang kukagumi)


Teruskan hidupmu,
Dengan kesabaran,
Dengan keredhaan.

Aku mengkagumi ketabahanmu,


Aku cukup terhiris dek keikhlasanmu dalam menghargai hubungan,
Terus hidupmu,
Tanpa cinta,
Tanpa kekasih.

Biar penzalim diri sendiri dengan dunianya,


Biar dia terus hanyut dibuai khayali,
Tetapi dirimu tetap dirimu,
Layarilah bahtera kehidupanmu,
Tetapkan halatuju perjuanganmu.
20.Jun.2004

1
Hidup ini satu perjalanan, satu pengembaraan yang banyak dugaan dan pancaroba. Sedih, tangis dan
gembira antara resipi kehidupan ini. Semakin dewasa, semakin matang seseorang manusia dek banyaknya
pengalaman. Wati seorang gadis desa yang kaya dengan pengalaman, konflik dan kesejahteraan antara
telenovela hidupnya. Wati adalah pelajar sederhana, kegagalan dalam STPM membuat dirinya merantau ke
IKBN, Dusun Tua. Kursus yang diceburi adalah pemasangan elektrikal. Disanalah, dia mengenal siapa itu
lelaki ekoran daripada dirinya seorang sahaja wanita, satu-satu wanita yang mengambil kursus ini. Pelbagai
ragam lelaki diperhati dan diselidik sifatnya. ‘kenapa mung ambik bidang ni Wati, kan ini kursus orang laki?’
tanya Pak Ali seorang peneroka di Felda Jerangau Timur yang amat mengambil berat tentang perihal
agama di kalangan anak-anaknya. ‘kursus ini mencabar ayah, kalau jahit-menjahit ini, Ti lemah sikit, Ti suka
bidang yang mencabar’. Alasan Wati yang terkenal seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar.
Cakap gunung mana yang tidak didaki, sungai mana yang tidak ditelusuri dan silat mana yang tidak
dipecakkannya, pendek kata semuanya wati pernah cuba. Gunung Stong, Gunung Senyum. Gunung
Cemerong dan Gunung Tebu telah menjadi tempat permainan beliau. Walaupun Wati seorang aktif
beraktiviti, ramah mulutnya dan taat pada agama, tetapi kalau cakap bab cinta dan berjiwang, beliau terasa
amat malu dan segan. ‘aku tak suka jiwang-jiwang, berdene (manja-manjaan) memujuk lelaki’ alasan gadis
bertudung labuh ini semasa diutarakan bab cinta atau jiwang. Wati bukan tomboy, kegadisannya tidak dapat
dinafikan, bahkan dia gadis yang sopan, menjaga batas pengaulan dan taat pada keluarga di sebalik
kelasakanmya. Itulah Wati seorang ikhlas dan seorang gadis yang menghargai persahabatan.

BERWASPADA (untuk wanita yang mencari kerja)


Hati-hati,
Berwaspada,
Wahai anak-anak gadis,
Jangan ternoda dek kemanisan kata-kata,
Jangan tertipu dek kejernihan rupa pada pandangan pertama,
Mungkin wali jadi syaitan,
Mungkin syaitan jadi wali.
20.06.04

2
Setelah mengakhiri pembelajaran di IKBN, tibalah masanya Wati bekerja. Sebagai seorang gadis
pemberani, kerja di mana-mana tidak menjadi masalah baginya. Bagi Wati, dia ikhlas bekerja untuk
memdapat pengalaman kerja walaupun gaji tak seberapa. Melonjak gembira hati Wati setelah membuka
sampul surat yang mengandungi surat tawaran kerja. Surat itu daripada syarikat HATI KIKIR Kejuteraan
Sdn.Bhd. yang dimiliki oleh Ustaz Mat. Wati dengan nekad mahu bekerja di syarikat HATI KIKIR dan terus
melaporkan diri 3 hari kemudian. Gajinya RM300. Ustaz Mat adalah seorang yang nampak alim dan kaya
budi pekerti. Di syarikat, warak, baik dan berbudi bahasa telah dijelmakan oleh Ustaz Mat kepada para
pekerja. Terpegun sampai meleleh air berasa masin dari lubang hidung wati apabila melihat kemanisan
kata-kata Ustaz Mat dalam bab agama. Ustaz Mat daripada kecil telah dibiasakan dengan amalan agama
oleh ayahnya. Ketika berusia 7 tahun dihantar ke Mekah untuk mengaji agama. Ketika berusia 20 tahun,
beliau mengambil A-Level dan melanjut pelajaran di Universiti Dublin dalam bidang kejuruteraan. Selepas

6
Menyengat Jiwa

pulang, beliau telah bekerja di JKR dan berhenti kerja ketika berusia 45 tahun dan membuka syarikat HATI
KIKIR yang berpusat di kawasan Dewan Undangan Negeri Terengganu dari sebuah Parti Islam. Penubuhan
syarikat ini sedikit sebanyak dibantu oleh isterinya seorang anak hartawan di bandar Kuala Terengganu.
Kehebatan agama ustaz Mat dikukuhkan lagi dengan sokongan kuat beliau terhadap parti pendokong
kepimpinan Ulama. ‘saya kagum dengan awak Wati, pertama awak sanggup bekerja dalam bidang yang
dipenuhi lelaki dan kedua pengamalan budaya pemakaian Islam awak, Wati” puji bosnya dalam perjumpaan
di biliknya. ‘terima kasih’ hanya itulah perkataan yang mampu terujar oleh Wati, maklumlah baru seminggu
bekerja.
3
Seminggu berlalu, Wati dijemput ke pejabatnya. ‘Wati, awak belum diuji?’ jelas Ustaz Mat. ‘uji apa bos’ kata
Wati berterus terang. ‘sebenarnya, untuk pengesahan jawatan awak, saya terpaksa mengambil risiko.
Setelah 3 hari berfikir, barulah keputusan mengambil awak dibuat. Ujian ini akan menbiasakan diri awak
dengan lelaki’ terang Ustaz Mat sambil tangan menjalar menyentuh tangan. ‘opp... maaf’ berpura-pura
Ustaz Mat mengambarkan ketidak-sengajaannya setelah Wati menepis. Walaupun terasa pelik dengan
kejadian ini, Wati tetap bersangka baik terhadap bosnya. Ujian bos sungguh misteri. Suatu hari Wati dan
rakan-rakan sekerja (sebenarnya hanya Wati seorang sahaja wanita yang bekerja di syarikat tu) pulang dari
tugasan di Kemaman pada pukul 2.00 pagi. ‘Wati, nak balik ke Jerangau Timur?’ tanya Ustaz Mat. ‘Ya’
jawab Wati dengan bersahaja. ‘berani awak nak balik sorang diri, sebelum itu pergi ambil air dalam
tempayan berhampiran kubur Tokku Pulau Manis’ cabar Ustaz Mat. ‘saya sanggup’ jawab Wati yang
sememang seorang pemberani dan pantang dicabar. Wati mengambil motorsikal MODENAS **** dan terus
pergi ke kubur Tokku Pulau Manis (nama sebenar: Syeikh Abdul Malik, seorang ulama besar Terengganu,
namanya diabdikan pada nama SMKA Syeikh Abdul Malek, Kuala Terengganu tetapi kubur di kampung
Pulau Manis, Serada). Ketika itu jam 2.47 pagi dan hujan turun renyai-renyai. Bayangkan di lorong kubur
Tokku Pulau Manis, diselimuti dahan-dahan pokok duku yang rendang mengerunkan hati manusia. Gelap
semacam je. Kubur Tokku di atas bukit, Wati terus ke tepian kubur. ‘aaaaaah...’ pekik Wati sambil memberi
pukulan buah asas keempat Silat Cekak Hanafi apabila terasa ada sesuatu menyentuhnya dari belakang.
Rupa-rupanya ustaz Mat mengikutinya daripada belakang. ‘buat apa bos datang, bos pergi duduk dalam
keretalah’ ujar Wati. ‘takpalah, sebelum balik kita bacakan al fatihah untuk arwah Tokku’ pujuk ustaz Mat.
Selepas membaca al fatihah, ustaz Mat mencadangkan Wati tidur di hotel atas alasan waktu dah larut
malam untuk sampai ke Jerangau. Setelah dipujuk-dirayu dan ada rasionalnya, Wati telah bersetuju. ‘bos,
boleh baliklah. Tak payah nak tunggu, kalau duduk dua orang nanti datang orang ketiga. Takan nak tidur
dengan saya, kot’ sinis Wati pada bosnya. Bosnya terkial-kial keluar sambil mengorek lubang hidungnya
yang berukuran 2 cm.
4
‘Wati, ada berita baik. Awak ikut saya meeting kat Kuala Lumpur’ beritahu ustaz Mat kepada Wati ketika
Wati sibuk memilih wayar elektrik. ‘bos, cari orang lain la’ jawab Wati. ‘tak boleh, kita berdua je yang pergi’
tegas ustaz Mat. Pelawaan ini terpaksa Wati ikuti demi sedikit pengalaman kerja dan sedikit gaji. ‘ayah risau
Wati, mung pergi dua orang je, nanti berlaku perkara buruk, siapa susah’ jelas Pak Ali. ‘terpaksa ayah’ jawab
Wati. Pak Ali berfirasat sesuatu perkara yang tidak elok akan berlaku. ‘Wati, nanti tulis nombor kereta ustaz
Mat dan alamat rumah kita pada kertas. Jika berlaku apa-apa, selitkan kat mana-mana’ nasihat Pak Ali.
‘assalamulaikum’ kelihatan ustaz Mat tersenyum kambing dan jernih wajahnya bagai kulit biri-biri telah
berdiri di muka pintu. ‘ustaz, jaga baik-baik anak saya ni’ pesan Pak Ali kepada ustaz Mat. ‘ya, saya janji’
balas ustaz Mat penuh tawaduk.
5
Wati dan bosnya melalui jalan utara kerana terdapat beberapa urusan di Kota Bharu. Wati pun hairan
kenapa urusan ini tidak dimaklumkan kepadanya. Dalam perjalanan itu, ustaz Mat banyak memberi tazkirah
agama supaya Wati lali, khusyuk dan terpikat dengan hujah agama. ‘[baca ayat al Quran, surah al fatihah
ayat 6], orang beriman adalah orang ditunjuki Allah hatinya. Oleh sebab itu kita perlu memohon kepada
Allah agar diberi hidayat supaya kita mendapat kebahagiaan di akhirat dengan petunjuk al Quran’ tafsir
ustaz Mat terhadap surah al fatihah. Dalam perjalanan ini, bukan al fatihah je yang menjadi mangsa
pentafsirannya tetapi surah Yassin turut ditafsir dengan hebat. Di kala mulut berbicara dengan dengan ayat
suci, tangan semakin giat dengan tidak sengaja menyentuh Wati. Maklumlah nak ‘masuk gear kereta’. Wati
kemerahan wajahnya semasa melayani kerenah ketidaksengajaan ustaz Mat. ‘Wati, sampai Kota Bharu,
kita kena pergi ke Pattani untuk memberi cek RM 10000 kepada sekolah agama rakyat kat sana’ jelas ustaz
Mat secara tiba-tiba. ‘kalau bos nak pergi, bos pergi sorang la. Saya nak duduk kat sini je’ bantah Wati.
Sampai di Kota Bharu, waktu sudah senja dan azan magrib sudah kedengaran. Mereka berhenti di sebuah
motel. ‘bos, mari kita sembahyang dulu’ ujar Wati mengingat akan solat kepada bos. ‘ya..’ jawab ustaz Mat
tersengih-sengih macam kera diberi bunga. Selepas solat, Wati dikejut dengan sapaan seorang gadis. ‘dik,
demo ekori encik yang tadi tu? Tanya si gadis. ‘ya, itu bos saya’ jawab Wati secara ringkas. ‘untuk
pengetahuan adik, inilah PERTAMA KALI kakak melihat pekerja wanita yang dibawa oleh encik tadi
bersembahyang. Biasanya mereka berfoya-foya dan motel ini sebagai transit mereka sebelum ke Thai, baik
adik berhati-hati’ jelas kakak yang memtaaruf dirinya sebagai kak Nor, berasal dari Indonesia. Wati mula

7
Menyengat Jiwa

terasa kepanasan dan tidak menentu tetapi kak Nor cuba menenangkannya bahkan kak Nor memberi
nombor telefonnya jika sesuatu perkara tidak elok terjadi.
6
Perjalanan diteruskan. Berhampiran jalan ke Grik, ustaz Mat berhentikan keretanya membuatkan Wati
gelabah. Bosnya cuba mengoda Wati dengan pujukan, manakala tangannya kerap kali merayap di
bahagian dada dan paha Wati. Setiap kali pujukan, setiap kali tangan yang celaka itu merayap, setiap kali
itulah wati mengcouter dengan kata-kata yang tegas dan tepisan silat cekak Hanafinya. ‘bos tak ingat anak
bini ke, saya ikhlas nak bekerja, bukan benda ini yang saya cari’ tegas wati sambil melihat muka dono
(selamba) ustaz Mat. Semasa berhenti, Wati tidak tidur sebagai langkah waspada. Kemudian mereka
teruskan perjalanan. Dalam perjalanan, helah baru untuk memerangkap Wati. Kali ini ustaz Mat menyuruh
Wati membawa kereta kembaranya. ‘tak pandai, bos’ Jelas Wati. ‘tak ape, cuba, saya ajar’ beritahu ustaz
Wat dengan suara memujuk. Wati terpaksa mengakuri permintaan bosnya itu. Dalam perjalanan, Wati
dirayu, dipujuk dan digoda. Sikitpun Wati tak layan, ustaz Mat memang bijak. Oleh kerana tangan wati
memegang stereng kereta, kesempatan ini diambil oleh ustaz Mat dengan memanjang tangan ke paha
Wati, digosok dengan perlahan-lahan, tetapi sikit pun Wati tak merasai keghairahan. Ketika tangan ustaz
Mat terus merayap dan menghampiri tempat paling erotik antara kedua-dua belah paha...Wati bersuara ‘
ehh..hei!..bos, kalau bos berani buat macam ni, saya pun berani bunuh bos jika terdesak’ ugut Wati yang
sememang bersedia dengan beberapa barangan tajam didalam begnya ekoran firasat buruk ayahnya.
‘pong........pong.....’ bunyi hon bas ekspres kerana kereta yang dipandu Wati hilang kawalan memasuki
lorong lain dan hampir jatuh ke dalam gaung. Waktu itu, Wati telah sedia untuk mati dan sikit pun tidak
berasa gentar jika dilanggar bas. ‘macam mana bos, Allah beri sekali lagi peluang untuk bertaubat, kalau
tak, mati katak la’ sinis Wati. Selepas peristiwa tersebut, ustaz Mat senyap seribu bahasa. ‘pening’ katanya
kepada selepas ditanya..

CELAKA (untuk manusia beriman kononnya)


Wahai manusia beriman kononnya
Warak kononnya,
Kamu menghina agama
Kamu merogol agama
Kamu mempersetankan agama
Celaka
Bangang
Itulah gelaran layak bagimu
Manusia dajal, pelondeh agama dek sifat jahatnya.
Keparat kamu..
20.06.04
7
Tiba-tiba Wati memberhentikan kereta, ‘saya nak turun di sini’ beritahu Wati secara tegas. Walaupun cuba
dihalang oleh ustaz Mat. Wati terus berkeras dengan keputusannya. Wati tidak sanggup lagi melayari
perjalanan yang penuh godaan syaitan ini. ‘satu lagi, saya nak berhenti kerja sekarang jugak’ beritahu Wati
apabila ustaz Mat hendak meneruskan perjalanan. Jam di tangan pukul 3.08 pagi. Dalam suasana tegang
dan putus asa, barulah Wati mengetahui, bandar yang dituruninya adalah Kuala Lipis. Wati berputus asa,
bernekad untuk tak nak lagi bekerja. Selepas menelefon kakaknya di Kuala Lumpur, Wati berjaya menemui
stesen bas setelah dibantu oleh beberapa orang pekedai. Nak menggunakan keretapi, tak tahu caranya.
Terpaksalah menggunakan bas ke Bentong sebelum sampai ke Kuala Lumpur. ‘anak, bekerja di KL’ tanya
seorang makcik tua. Wati hanya mampu mengangguk ekoran keletihan dan kegeraman yang luar biasa. ‘
zaman sekarang susah, bekerja pun susah, tak bekerja lagi susah. Lihat wanita yang bekerja, ramai anak
gadis Melayu-Islam kita lebih seronok dan sejahtera hidup ala Noritta dan Nasya Aziz. Glamour, hiburan dan
duit. Itulah makcik bimbang anak gadis yang bekerja di kilang dimana gejala sosial yang semakin teruk,
anak gadis yang baik pula diancam oleh perogol, peragut dan bos atau rakan sepejabat yang miang’ leter
makcik tua. Wati tersenyum dengan kata-kata makcik tua. ‘hidup ini penuh risiko, dan anak gadis perlu
mengambil risiko untuk hidup’ respon Wati walaupun hatinya penuh kekecewaan dan berputus asa, kata-
kata untuk mengubati hati sendiri. Perbualan itu terhenti disitu apabila bas pun tiba.
8
Wati tidak mampu menangis, kerana jiwanya tidak perlu kalah kepada cabaran. Walau bagaimanapun,
kejernihan air mata Wati turun membasahi kelembutan pipinya, sebagai seorang insan, sebagai seorang
gadis. Report polis tidak dilakukan supaya tidak berlaku pembalasan dendam walaupun pak Ali tetap
berkeras untuk membuat report pada mulanya[bimbang jika anak gadis orang lain turut terbabas dek
kerenah ustaz Mat si kera cambuk]. Perjalanan hidup Wati tetap diterus sebagai seorang yang kaya dengan
pengalaman dan ujian. Sudah TERUJIKAH AKU?, tersenyum Wati semasa membaca cerpen seumpama
kisah hidupnya di laman web www.mamat.com.my. Geram, dendam dan benci. Tetapi tetap mendoakan
agar ustaz Mat mendapat hidayah dan kebencian telah dirasionalkannya. Syukur, baguslah Wati.

8
Menyengat Jiwa

“.....saya suka menyuruh orang lain berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya melarang orang
lain daripada membuat kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya’; [sebahagian hadis H.R.
Bukhari&Muslim] orang sebegini akan dilempar ke dalam neraka dan isi perut berpusing-pusing[lihat hadis
diatas] begitulah manusia yang tahu, pandai dan selalu menasihati atau berdakwah ke dalam masyarakat
tetapi tidak beramal dengan dengan apa yang dipelajari atau disuruhnya. Pendakwah yang menjadi
penghuni neraka. INSAFlah ustaz Mat. Kali terakhir Wati melihat ustaz Mat bermesra-mesraan dengan
seorang gadis di Pantai Batu Burok. Ustaz Mat oh Ustaz Mat. Begitulah nasib seorang ustaz yang tahu dan
berilmu.
**********************************TAMAT*****************************

21.06.04
CINTA DILARANG. [CERITA AKU, AKU CERITA]

Ke hadapan sahabatku,

Kali ini, aku nak berbicara tentang cinta. Cinta dilarang. Jadi aku nak korang kat sana baca dan faham apa
yang tersurat dan tersirat. Baca dengan bersangka baik. Ok. Sila baca.

Cinta itu indah, romantis dan penuh sentimental. Cinta oh cinta. Mesti seronok jika dicintai. Alam remaja
adalah alam cinta. Indahnya cinta. Rugilah jika tidak bercinta atau dicintai. Keindahan cinta tiada kekal, ia
akan luput ditelan masa. Yang cantik akan berkerepot, yang muda akan tua, yang merdu akan sumbing,
yang enak menjadi tahi!. Itulah lumrah alam yang sewajarnya diterima oleh semua orang. Begitulah bagi
sang pencinta, alam cinta akan disulami konflik, keseronokan, tangisan, ke jinjang pelamin, putus di tengah
jalan dan seks. Eh!! Seks dan cinta adalah perkara bersepadu. Berapa ramai gadis mengorbankan diri demi
cinta? Bahkan ada yang membunuh diri. Kejamnya cinta. Teruknya cinta. Tapi kita masih memerlukan cinta.
Cinta oh Cinta. Kuasa terhebat. Jom Bercinta..

mungkin korang anggap ini satu cerpen yang berformat, menarik, jawapannya tidak. Cerpen ini adalah
cerita biasa, cerita kampung, cerita menongkah arus, cerita paling buruk. Dan cerita ini memang cerita,
cerita apa? Cerita cinta. Korang faham tak bahasa aku yang berbelit-belit ini, kalau korang tak faham, aku
pun tak faham. Mana mungkin nak faham, dunia ini pun berbelit-belit. Hari ini korang lihat si dia tersenyum
kambing tetapi esok masam macam cuka. Sofi sahabat baikku, sebilik denganku, pengkagum cinta yang
playboy. Nak cakap tentang perempuan dan cinta dengan dia membuat aku sentiasa merah muka menahan
kentut. Akhirnya terpaksa aku lepas bau minyak attar asli ini dari satu-satunya lubang di bawah
punggungku. Bukan apa, aku tak tahan mendengar CeRitA sofi betapa mudahnya anak gadis sekarang
dinodai oleh dirinya berdasarkan ciri seperti ke‘handsome’man wajah, ke‘macho’man bentuk badan,
adanya harta dan paling penting dek kata-kata manis sang jantan. Fuyoo! Rendahnya maruah seorang
anak gadis sampai begitu mudah dinodai oleh kerakusan nafsu seorang jantan. Aku juga syok nak bercinta
mungkin terpengaruh dengan cerita si Sofi. Tapi tak ada rezeki. Sally seorang gadis kampung, taat pada
agama. Yang kolotnya si Sally ini adalah tidak pernah bercinta atau dicintai. Korang pernah bercinta ke?
Rugi tak bercinta. Kalau bercinta melalui telenovela di kaca TV atau baca novel karangan Sri Diah, Siti
Rohayu itu cinta angan-angan di atas katil je dan dikhayali semasa ingin tidur. Meleleh air liur saja lah
korang. Novel pak Shahnon, abdullah Hussein, azizi abdullah, a. Samad said korang tak minat. Faisal Musa
korang minat tak? Aku lupa korang tak kenal nama asalnya bagaikan korang tak kenal (baca;tahu) apa itu
hudud. Faisal tehranilah, baru korang kenal, kan. Korang tahu tak, si Sally telah dipikat oleh Sofi. Manalah
korang tahu, aku yang bikin cerita, aku yang tulis la. Bila sally dipikat oleh Sofi, sally gelisah. Berkhayal di
atas katil, sofi handsome, sofi baik. Woi! Indah semuanya untuk kau, sofi. Sebelum tidur, sofilah diingati oleh
Sally. Setelah 3 bulan berdoa dan bersolat isthikarah, barulah terbuka hati sally untuk bercinta. Maklumlah
seumur hidup tidak pernah bercinta, first time bercinta. Maka sofi gembira sakan, macam kera naik pokok
nyior, oh..korang panggil pokok kelapa. Aku lupa, korang pejuang bahaSa mElayu tetapi berbahasa orang
putih kat rumah, macam Ungku Aziz laa. Malam itu sofi belanja sate, sate kajang. Harga mahal, makan
sikit. Gah pada nama je, rasa serupa dengan sate ikan kat kampung aku. Aku pikir Sally ini gadis yang baik
tapi bodoh. Apa yang tak bodohnya, dia tahu sofi ini buaya tembaga campur emas tetapi dia pilih juga.
Banggangnya kau sally. Yang bagus si Sally taat sembahyang. Aku taat juga sembahyang tapi solat subuh
jam 6.30 pagilah. Eh! Tu kira bagus la, ada kawan aku taat agama, sembahyang lagi la taat sampai solat
subuh jam 8.12 pagi. Sekali dengan solat dhuha kot. Yang panas hati aku, dia kata aku nak masuk syurga
sorang pasal tak gerak[ baca; bangunkan] dia. Aku suruh dia bangun, dia bangun tersenyum tapi tidur balik.
Celaka.

9
Menyengat Jiwa

Sally oh Sally. Baru kini ko rasa bahangnya. Aku dah larang bercinta dengan sofi tapi ko degil. ‘Aku
boleh bentuk sofi’ kata ko. Nah, sekarang sapa bentuk sapa. Dalam telefon kau menangis, aku pun sedih
juga tapi padan muka ko. Kau kata kau dibiarkan digantung tak bertali. Selepas janji dilafaz, hadiah dibagi,
nasib kau tak bagi madumu, kalau tak, aku pun tak nak kau. sofi meninggalkan sally tanpa pesan. ‘kalau
nak putus, cakaplah dulu. Aku pergi rumah dia, diA lari,’ ujar Sally dalam keadaan sedih pada suatu hari di
sebuah kedai makan di kg. Bukit Perpat, Ajil.. Apalah sofi, kerat saja anu ko, untuk memberi penjelasan pun
takut. Jantan dayus. Buat malu kejantanan kaum adam je. Aku pun bangun bernasihat macam fadhilah
kamsah yang bermodal air liur ‘yang kau pergi rumah macam perempuan gila bayang, apasal. Baik kau
jangan layan si sofi lagi’ jelas aku kepada sally yang menghirup hingusnya. Dan mengecewakan hati sally
apabila mengetahui sofi akan berkahwin dengan norma, jiran kampungnya yang kaya. Cinta terlarang yang
dilarang. Kesian sally. Jaga-jaga kawan apabila terpikat dengan jantan playboy. Aku tak faham tentang
orang bercinta. Mabuk bayang. Eh!..jangan, jangan ko cakap tidak akan berlaku pada korang, kalau kena
pada korang, tidur pun tak lena. Berak pun tak puas. Mungkin benarlah kata La Place;

‘semua orang mesti mati tetapi cinta tak dapat dikuburkan kerana tak ada kubur yang membatasi
antara cinta yang mati dengan cinta yang hidup’

La Place

pandai juga si La Place ini. Aku tak dengar lagi cinta ada kubur. Cinta yang mati tanpa kubur. Cinta terus
hidup untuk membunuh manusia yang mengikut nafsu. Kesudahannya sally lari membawa diri ke Selangor
Darul Disko [satu lagi kontroversi] dan berdendam kepada seorang cinta lelaki. Salah siapa. Salah sofilah.
Natijahnya, semua cinta lelaki telah diburukkan oleh sofi. Sekarang aku sendiri pun payah untuk bercinta.
Cinta oh cinta. Cinta dilarang.

2.
“untuk lelaki. Kalau mencari isteri, carilah isteri yang mencintai dirimu dan mencintai Allah.”

Ustaz Zuhdi, guruku [guru mamat.com] yang mengajar Riadhus Salihin karangan iman nawawi daripada
jemaah Tabligh.

Begitu ujaran guruku, lelaki yang baik harus mencari isteri yang mencintai dirinya dan mencintai Allah.
Barulah mudah urusan agama di dunia dan akhirat. Kita lupakan kisah Sally. Cinta terlarang kerana aku
sudah larang dia bercinta tapi dia degil. Kau pernah baca kisah ini tak. Aku rasa kau mana pernah baca.
Korang manalah suka membaca. Dari sekolah membaca untuk mendapat A dalam peperiksaan je. Bijaknya
korang, masuk matrikulasi, ke Nilam Puri, ambil STPM [budak paling ketinggalan di varsiti ke?] tapi hanya
bijak berpeperiksaan je. Dalam hidup perkara bijak adalah berbeda mengikut persepsi pelbagai orang, bijak
peperiksaan tak ke mana, setakat jawapan di atas kertas peperiksaan je. Pakcik darjah 6 yang bijak dalam
hidup boleh menjadi kaya tetapi budak varsiti yang belajar tinggi kononnya, masih berharap bekerja makan
gaji dengan kerajaan. Bijak apa ini, bijak tahi kucing ke?. Ini satu lagi cerita, cerita cinta terlarang yang
dilarang tetapi tidak diketahui oleh korang semua. Kisah ini berlaku di Indonesia semasa perang
kemerdekaan Indonesia. Kau tahu tak tentang perang ini? Mana tahu, cikgu tak ajar di sekolah. Subjek
sejarah paling membosankan, mengantuk, kena banyak membaca. Kalau minat matematik, baru bangsa
boleh maju. Korang faham tak? Korang ini memang buta sejarah. Tapi memang sejarah barang lapuk dan
tak berguna. Eh! Cukuplah meleteri bangsa yang menganggap sejarah barang yang tidak berguna.
Teruskan cerita. Dalam perang ini, ada kisah cinta terlarang yang dilarang.

Teuku Jefri adalah rakyat Aceh, seorang pejuang kemerdekaan. Semasa Belanda masuk kembali
ke Aceh, Teuku Jefri melarikan diri ke Kerinchi. Eh, korang tahu tak di mana kerinchi?. Eleh, korang hanya
tahu kerinchi di Pantai Dalam je. Budak UM bangga sangat dengan Lembah Pantai, Pantai Dalam. Mana
ada pantai kat sana. Korang tahu tak makna pantai itu. Nak tahu makna pantai tu, korang pergi berenang di
kolam gergasi di Pantai Dalam. Baru korang rasa makna pantai tu. Mentang-mentang tinggal kat Vista
Angkasa, ingat Kerinchi kat situ je. Kurang membacanya korang, belajar geografi untuk lulus A dalam PMR
je. Kerinchi berada di Selatan Sumatera Indonesia. Kerinchi adalah wilayah pendalaman dan bahasa loghat
berbeza dengan Bahasa Indonesia [lihat pencakapan makcik tukang sapu di UM, cakaplah dengan mereka
tentang manusia jadian harimau, pasti seronok]. Korang mana suka bergaul dan bercakap dengan tukang
sapu indon. Korang ada class, budak varsiti konon, bijak, eksklusif, bangga dengan baju berlambangkan
varsiti masing2, kereta pula diletak pelekat jenama varsiti. Hebat, hebat pada nama tapi kualiti tanya diri
masing masing la. Mana ada masa nak layan tukang sapu indon. Di kerinchi, Teuku Jefri menginap di rumah
seorang komander pejuang daripada Barisan Mujahidin.

10
Menyengat Jiwa

Selepas 3 bulan disini, Teuku Jefri mula berani merayau rayau di sekitar pekan Kerinchi. Sambil makan di
sebuah gerai, Teuku Jefri terlihat gadis yang cantik, manis, tunduk kesopanan. Tersenyum Teuku Jefri
apabila keempat mata saling ketemu tapi pantas si gadis lari anak masuk ke dapur. Senyuman manis
menginjak-injak hati lelaki. Oh...siapa si gadis manis. Hebat sungguh jelingan gadis sampai boleh mengocak
kalbu. Tidur pun tak lena, asyik, asyik terbayang si manis. Ni ke yang dikatakan panahan syaitan. Panahan
syaitan yang disaluti madu. Teuku Jefri tidak mahu api cintanya padam. Beliau terus menyoal si komander
siapa dia gadis manis ketika makan malam di rumah komander. Kata komander gadis manis itu bernama
Inah, bekas pelajar Institut Teknologi Bandung, baru dua bulan balik ke kampung. Tapi keadaan sekarang
kerja susah sampai ada pelajar varsiti menjadi posmen, pencuci tandas bahkan seorang penoreh getah.
Kononnya pelajar varsiti memilih kerja, kursus yang tidak relevan dan kurang kelengkapan ilmu bantu
seperti bahasa dan ICT. Ada betulnya tapi yang banggangnya, ramai pelajar bidang ICT sendiri tidak
memperolehi kerja, yang pandai bahasa Inggeris, lepasan luar negara pun tiada kerja. “mereka” kata pelajar
mengambil kursus yang tidak relevan tetapi “mereka” menerima masuk pelajar ke bidang yang tidak
relevan tersebut. Apakah jadahnya semua ni? Tidak lain untuk membuncit perut ekonomi ‘mereka’.

Inah bekerja di gerai maknya. Satu hari, Teuku Jefri datang dan meminta pesanan makanan.
Kebetulan Inah yang mengambil pesanan makanan. Wah! Merdunya suara Inah, terasa mahu terkencing
bila mendengarnya. Mata Teuku Jefri menghayati keindahan tubuh Inah dari dekat. Sungguh hebat ciptaan
Ilahi. Memang bertuah, Inah memiliki segala ciri kecantikan, suaranya, bentuk badan, pakaian, wangiannya,
sopan, beragama dan bla-bla...itulah jika lelaki mabuk cinta, semuanya indah. Sampaikan tahi hidung masin
dikatakan manis. Memang Gila, gila ciNta, cinta gila. Dengan nekad Teuku Jefri mahu memperisterikan
Inah. Rupa-rupanya teuku tidak bertepuk sebelah tangan, Inah juga tertarik kepada Teuku. Oleh kerana
perang semakin memuncak, perkahwinan dipercepatkan. Oh! Malam pertama, sepasang merpati tersenyum
puas. Korang tak tahu apa-apa, bukan korang pernah merasa malam pertama. Setakat baca buku atau
majalah tentangnya atau lihat CD, video porno, bukannya boleh rasa keasyikannya. Maaflah, aku pun tak
pernah rasa. Mana nak rasa, aku belum berkahwin. Macam mana nak kahwin, mas kahwin orang
perempuan sekarang terlampau mahal sangat. Gadis varsiti berharga RM 7000 tidak termasuk kos jamuan
kahwin. Kalau di KL, dengan 3 kali tukar baju persandingan. Mampuslah aku. Perempuan...nanti janda tua
korang. Nak rasa malam pertama, kahwinlah cepat. Kerjaya jangan dikejarkan sangat, malam pertama
penting, paling best. Kalau boleh rakam dalam VCD dan jual macam artis kita, waN nOr azLin. Barulah kos
perkahwinan dapat dijelas. Nikan negara Islam ala Islam Hadhari yang berlari-larikan meninggalkan Islam.
Cepatlah kahwin, Kalau malam pertama ingin dinikmati selepas usia 30 tahun, risikonya tinggi banyak
penyakit. Marilah meramaikan ummat Muhammad S.A.W yang soleh jika korang mencintai agama.

‘abang..abang... ada orang datang’ letus suara manja si Inah. Setelah bercakap dengan orang misteri,
Teuku Jefri nampak tergaman. ‘Kita perlu berada di Banda Aceh lusa pagi dan malam ni kita bertolak’ ujar
Teuku Jefri bagai orang sedih. Perjuangan perlu diteruskan bagi menghalau penjajah Belanda. Inah
tersenyum puas. ‘Undur-undur’ ujar Teuku Jefri yang memimpin Barisan Mujahidin. Pasukan pejuang telah
menerima tamparan hebat apabila serangan mereka digagalkan. Ini adalah serangan ke 3 pasukan Teuku
gagal. Mereka menyerang kubu penjajah Belanda di Bukit Hampar Aceh Utara.. Teuku Jefri terkena
tembakan di lengan mengarahkan pasukannya berehat di kem mujahidin di kaki gunung Gaja Muda.
Selepas 3 hari berehat, Teuku Jefri meminta izin bertemu isterinya di kampung Pupuk Hijau. Inah terkejut
sakan melihat keadaan Teuku yang tidak bermaya.

Selepas berehat selama 2 minggu, satu serangan baru dirancang di depot senjata penjajah di kampung
Sebalik Langit. Mesyuarat rahsia diadakan di rumah teuku jefri yang berada di antara hutan dan sawah padi.
Mesyuarat di rumah teuku bukan sesuatu yang aneh kerana sebelum teuku berhijrah ke kerinchi, rumah ini
adalah markas utama pejuang menentang Jepun. Kebanyakan pimpinan utama kawasan datang
berbincang sambil minum kopi yang disediakan oleh Inah. Banyak mata memandang pada Inah yang masih
bergetah itu. Cantik dan menyengat. Selepas bersetuju dengan rancangan yang dicadangkan, mereka
menyerang depot senjata tiga hari kemudian. Sekali lagi rancangan mereka gagal. ‘maaflah teuku, aku rasa
isteri kau pembelot’ tergaman teuku apabila mendengar ujaran daripada Sarjan Ali. Sarjan Ali mendapat
tahu bahawa Inah pernah menyertai Kelab WAWASAN Penjajah di universiti dahulu. Kelab WAWASAN
adalah kelab melatih kader-kader penjajah oleh Biro Taat Negara (BTN). Teuku Jefri serba salah antara
cinta pada isteri atau pada negara dan agama.

Secara rahsia, Teuku mengoreksi maklumat tetapi tidak ketemuinya. Tiada bukti. Akhir sekali satu kaedah
sulit dilakukan pada isterinya. Jumaat malamnya, teuku bercadang untuk bersama isterinya. Diberikan
makan ubat yang dikatakan ‘pil kuat’. Tanpa mengesyaki apa-apa isterinya memakannya dan mula merasa
mengantuk. Semasa Inah tertidur, tubuh Inah diselongkar oleh teuku. Masih tidak menemui tanda yang
isterinya seorang pembelot. Memang dia pun terkejut kerana setiap operasi yang dirancang di rumahnya

11
Menyengat Jiwa

pasti digagalkan oleh penjajah Belanda. Daripada hujung rambut ke kaki kelihatan bersih, celah ketiak,
sebalik gunung berkembar pun bersih tiada tanda. Hanya satu tempat sahaja yang tidak diendahnya iaitu
semak halus yang berserabut dengan pepohon berwarna hitam yang terletak di sebuah lembah di antara
simpang T dengan lubang pusat graviti yang dalam. Maka Teuku menyelongkar sekelumit semak yang
terdapat di lembah itu. Tergaman Teuku di sebalik kehalusan Pepohon yang menghitam itu terdapat satu
‘cop’ yang bertanda APB. Maka bercucuran air mata teuku mengenangkan isterinya yang disayanginya itu
adalah seorang pengkhianat. Korang tahu apa itu APB. APB itu adalah singkatan daripada Agensi Perisikan
Belanda. Apabila Inah bangun daripada tidur, dia tergaman kerana berada di penjara. Dia terasa sedikit
kegelian di bahagian atas anunya dan melihat semak halus di bawah pusatnya yang selama ini dijaganya
telah ditebas licin sehingga kelihatan jelas cop APB. Menangis berlagu gamelanlah si Inah. Abang engku,
abang engku maafkan Inah. Inah terpaksa......

itulah cinta dilarang. Memang Inah dan teuku saling bercinta-cintaan. Walaupun Inah ditugas untuk
memerangkap teuku yang berkebetulan tinggal di kampung Inah dengan arahan orang atasan APB. Lama
kelamaan Inah benar-benar jatuh cinta sehingga beliau hilang pertimbangan antara tugas pembelot dengan
seorang pencinta. Kalau kita menjadi pembelot, jadilah pembelot yang profesional. Macam mantan
Panglima ATM, Jeneral Ibrahim Ismail [baca memoirnya, aku lupa korang tak minat membaca] yang
mengkhianati Jepun dengan bijaksana. Jangan terbabit dalam cinta. Cinta dilarang. Jangan melakukan dua
kerja dalam sesuatu masa. Tiada konsentrasi. Nasib teuku kurang baik. Majlis Tertinggi Mujahidin
mengarahkan Teuku direhatkan selama setahun dengan permantauan. Ingatlah! Yang indah, yang cantik,
jangan disangka tidak beracun. Berhati-hatilah.

3.

cinta dilarang. Bukan ingin aku larang korang bercinta. Lantak koranglah. Cinta itu elok jika kena caranya.
Cinta dilarang adalah waspada, berhati-hati, BERPISAH kerana tidak sefikrah. Dalam bercinta jangan
tersilap langkah macam cinta dilarang. Pandangan pertama [sama ada muka kelihatan berseri atau comot]
bukan penentu baik atau buruknya seseorang. Ini cerita terakhir, dari dunia terlarang. Dunia lorong gelap.
Bebenornya aku memang takut dengan lorong gelap sejak aku bersama kawan aku ditangkap sindiket
pelacuran di lorong Haji Taib, Chow Kit. Gabra aku antara hidup atau mati. Berhati-hatilah korang di sana.
Yang pedihnya kawan aku dikurung dalam rumah pelacuran dengan disuruh ke tingkat dua rumah kedai
tersebut oleh beberapa bapak ayam. Aku pula disekat masuk dan berada dalam keadaan panik di luar pintu
yang ditutup. Nak menangis...., aku jantan, nak report polis, polis tersengih sehingga nampak gigi kapak
yang berkarat biru dengan terkembang-kempis dua lubang hidung sebesar dua inci. Nak bertempik,
suasana di situ seperti peniaga, penjudi jalanan, penagih, pengunjung dan kucing kurap bagaikan ketawa
melihat aku, enam jahanam betul. Ya Allah, itu yang aku mampu pekikan, nung jauh di hati nuraniku. Allah
tempat pengharapan seseorang insan. Memang, tempat jahat untuk orang jahat, janganlah dilawati tempat
jahat nanti debu-debu jahat itu akan tercalit pada orang baik walaupun sedikit. Kalaulah aku orang KMM, JI,
al qaeda, aku bom pusat pelacuran yang hidup dengan suapan rasuah oleh polis dan dasar berkasih
sayang kerajaan terhadap maksiat. Takan polis tak tahu, Bukit Aman dan balai polis belakang Campbell
(mungkin aku silap agak) tu kan dekat dengan pusat pelacuran ini. Bangsatnya punya penguasa yang
buncit dengan duitan haram. Ahh.. lupakan kisah aku. Mujur aku dan sahabat aku masih hidup, kalau tidak
tercampak di sungai kelang jawapannya. Kalau tak, korang baca akhbar 2 orang pelajar UM dijumpai
dibunuh. Wah!! Gempak satu Malaysia, nama kami akan disebut oleh warga UM. Glamour pada nama tetapi
jasad tetap dirotan di dalam kubur ekoran banyaknya dosa. Kalau korang nak tahu apa yang diperbuat oleh
bapak ayam kepada sahabat aku, tanya Fuad Ikhwan Presiden PMUM 2001/2002. mereka ini sama spesis
dengan polis. PENYANGAK.

Tadi tu kisah aku. Korang boleh rasa jika berkunjung ke Chow Kit tapi jangan cari pasallah. Tak ada jaminan
SIRIM. Oooh..oh...Malasnya aku nak sambung cerita yang tak best ini. Kalau sebut malas, agama kita
marah, mak aku pun marah, pemimpin negara lagi marah. Sebutan malas bagi orang luar terengganu
adalah lain maksud dengan loghat ganu. Di terengganu malas ada dua maksud 1. malas iaitu malas, sama
seperti orang luar terengganu. 2. malas bermakna tak nak. Ok....aku berhenti kat sini, aku tak mood, mood
kurang baik, aku perlu membersih hati dengan siraman zikir bersama orang alim, baru tenang jiwa-
raga.....lain kali kita jumpe lagi dengan cerita best, bleh aku bercerita tentang kisah lain yang romantis dan
berkonflik. Cerita ini tak best kerana dari seorang tengah sakit kepala...hii..hii Bye..babai.

Yang benar,

AKU..........

12
Menyengat Jiwa

MENGEJAR CITA-CITA [KHAS UNTUK BAKAL SEORANG ISTERI]

Antara tanda hampir kiamat dalam hadis nabi daripada Abdullah bin Mas’ud ialah perniagaan bertambah
maju, sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga [H.R. Ahmad]
Daripada Anas R.A. antara tanda hampir kiamat adalah sedikit laki-laki dan banyaknya perempuan sehingga
nantinya seorang lelaki akan mengurus 50 orang perempuan. [H.R. Bukhari & Muslim]
[kedua-dua petikan di atas adalah sebahagian daripada hadis]

Walaupun statistik mengatakan jumlah lelaki masih melebihi wanita tetapi gambaran masyarakat pada masa
ini adalah perempuan lebih ramai daripada lelaki. Inilah hakikatnya. Adalah tidak baik kita menyindir atau
mendikriminasi perempuan atas keramaian mereka, untuk menuduh merekalah sumber kemaksiatan lagilah
tidak adil tetapi inilah kebenaran hadis nabi sebagai tanda akhir zaman. Ia pasti berlaku, cuma ia mungkin
berlaku cepat atau lambat. Selaras dengan jumlah perempuan yang ramai, mereka mula keluar daripada
rumah yang merupakan satu proses secara revolusi dalam perubahan sosial masyarakat Islam dan Timur.
Frank Swettenham dalam bukunya Malay Sketches [diterbit pada 1884] mengambarkan perempuan Melayu
cukup manis tetapi diajar menjauhi orang lelaki melainkan saudara mereka. Kini, perempuan Melayu cuba
mendapat persamaan hak dengan lelaki dalam masyarakat bahkan mereka meminta hak yang lebih tinggi
daripada lelaki, mengalahkan lelaki sehingga kepada perkara yang mencabar hukum syarak seperti
mempersoalkan poligami dan pembahagian harta pusaka. Mereka ini telah membentuk satu fahaman, satu
ideologi yang dikenali feminisme. Fahaman ini bermula di Barat dan dibiakkan oleh WAO [pertubuhan
wanita antarabangsa, di Malaysia ia diwakili oleh Women’s Refuge yang ditubuh pada tahun 1982.
pertubuhan wanita Islam iaitu SIS adalah pendokong feminisme yang mencabar syarak (satu spesis dengan
Astora Jabat dan Khalid Jaafar)]. Perempuan di Timur dan Islam mula diasak bertalu-talu dengan feminisme
dengan menonjolkan kejayaan wanita Barat di dalam masyarakat. Perempuan di Timur mula terasa tercabar
dan seronok melihat keperkasaan perempuan di Barat cuba bangkit menentang etos masyarakat Timur
yang berteraskan keagamaan dan kebudayaan tersendiri. Kini, pensil penentu ditangan perempuan,
bergantung kepada mereka untuk melukiskan keinginan mereka diatas kertas kehidupan fana. Untuk
mengikuti gerakan feminisme atau kekal menurut sumber keagamaan dan etos ketimuran masyarakat.

2.

Nita yang berusia 24 tahun merupakan salah seorang perempuan yang mempunyai cebisan sifat
feminisme. Sifat mahu berjaya, terus maju dalam kehidupan dan kerjaya. Sifat yang bagus tapi perlu
terkawal dengan kawalan syariah. Bagi membuktikan keperkasaan wanita, bahawa wanita boleh hidup
tanpa lelaki, wanita lebih baik daripada lelaki, Nita bergiat aktif dalam semua bidang yang lelaki ceburi.
Siapa yang tak kenal Nita di S.M.K. Bukit Sawa, Terengganu sebagai jaguh pecut dalam olahraga, perenang
nombor dua terbaik di daerah Marang, peserta terbaik Kuiz Kenegaraan peringkat negeri dan pelajar ke 21
paling cemerlang di daerah Marang dalam subjek Biologi dan matematik moden, tempat pertama dalam
kuiz pengajian Islam secara individu, dan peserta ketiga terbaik dalam Jambori Pengakap Asia Pasifik di
Bukit Keluang, Kampung Raja, Besut. Antara terbaik, itulah Nita sang pencabar. Tuah Nita terus menyerlah
dengan kejayaan dalam pelajaran iaitu dalam SPM dengan melayak diri menyambung pelajaran dalam
kursus Diploma Perhutanan di UPM. Sebagai wanita moden dan berpendidikan, Nita mahu berkahwin pada
umur 30 tahun. ‘kita ni, wanita berpendidikan tinggi mesti pentingkan kerjaya, kita perlu buktikan wanita
boleh hidup tanpa lelaki, kalau lelaki nak sangat, sedia duit RM10000 sebagai mas kahwin’ ujar Nita di Kafe
Kolej 12 UPM dengan bangga. ‘ah..kita buktikan kepada lelaki, wanita ini bukan lagi barang mainan di
ranjang saje. Biar lelaki melutut kepada kita’ lafaz Eja yang di sambut hilai ketawa oleh rakan-rakan yang
lain.
3.
‘orang tua aku kolot la’ lafaz Nita kepada Eja dalam telefon pada suatu hari. Ibubapa Nita menyarankan Nita
berkahwin cepat. Semakin bergaji mahal, berpangkat tinggi, susah lelaki nak masuk meminang. ‘Nita, kau
gadis berpendidikan tinggi, bukan gadis kampung, tak brutal la kahwin awal’ nasihat Eja. Eja dan Nita gadis
berpendidikan tinggi, terbiasa dengan kehidupan bebas tanpa belenggu, tanpa kongkongan sesiapa.
Berkahwin awal bererti bunuh diri. Kalau kahwin, kita tidak bebas ke sana ke mari. Kan ramai wanita
berpendidikan tinggi seronok merantau, cuti-cuti Malaysia. Cuti semester dan hari minggu yang dinikmati
dulu akan menjadi sejarah dan kenangan. Wanita berpendidikan tinggi tak boleh lagi ke Genting Highland
untuk menjamu nafsu, tidak bebas melancong ke Langkawi, tidak boleh berakit di sungai Pahang, tidak
boleh berkanu di Selat Melaka ke Dumai, tidak boleh meredah Taman Negara bersama sahabat seidealis,

13
Menyengat Jiwa

dan tidak boleh mendaki gunung Tahan. Yang paling terkesot hati apabila wanita berpendidikan tinggi
terpaksa meninggal ‘dunia indah’, ‘malam manis’ di Saloma Bistro dekat MATIC, Planet Hollywood di Bukit
Bintang dan bermandi buih di Bangsar. ‘kalau kahwin semuanya tak boleh, kau akan dikongkong oleh lelaki,
hak sosial kau akan dipenjara’ terang Eja bersungguh-sungguh. ‘memang aku fikir, tapi mak ayah aku desak
sangat. Nanti aku jadi anak derhaka. Cinta kepada lelaki itu bukannya masalah besar ’ jelas Nita. ‘ikut kata
hati kaulah Nita. Kau yang nak kahwin. Aku cuma mampu nasihat, keputusan di tangan kau. Janji malam
pertama sebagai hubungan yang sah, ceritakanlah pada aku’ getus Eja setelah seakan-akan gagal
menyakinkan Nita bahawa buruknya berkahwin. Sebenarnya bagi mereka perempuan berpendidikan tinggi
yang hidup di alam pengaulan kampus terutamanya di Lembah Kelang telah terbiasa dengan hubungan
seks. Seks bebas yang bertukar pasangan atau seks mencari makan di pub atau sugar daddy terlalu biasa
untuk yang sudah biasa.

4
‘wo..hebatnya silat kura-kura’ begitulah jerit seorang kanak-kanak semasa hari perkahwinan Nita. Silat ini
dipersembahkan sempena majlis perkahwinan yang disambut dengan 3 ekor rebahan lembu. Paling meriah
diantara segala majlis perkahwinan sepanjang 3 tahun dahulu di kampung Kedai Buloh. Tiga tahun
terdahulu perkahwinan sepasang sejoli Mat Ri dengan Ct Ra paling meriah, tapi 2 ekor lembu sahaja. Nita
berkahwin dengan Kodi, anak penghulu di kampung Nyiour Nyuk, Setiu. Mas Kahwin ialah RM 10561 ringgit
tunai. Keluarga Kodi merupakan keluarga terkaya di kampungnya dengan pemilikan tanah, lembu yang
banyak dan mempunyai lesen kontraktor kelas C yang telah diAliBabakan kepada Chan Kok See. Yang
paling penting, Penghulu Ali ayah si Kodi adalah Ketua cawangan UMNO yang paling berpengaruh di
mukim itu. Walau bagaimanapun, Kodi bukanlah pelajar cemerlang dalam akademik, hanya setakat SPM.
Itupun dapat SAP. Sejak berusia 14, Kodi hidup berdikari di rumah datoknya di Kuala Ibai, Terengganu.
Selepas SPM, Kodi bekerja mengurus premis kedainya di Pasar Borong Darul Iman, Merbau Patah, Kuala
Terengganu. Setelah berkahwin, Nita tidak lagi mencuka mulut. Tanda protes. Ada benih-benih senyuman
dibibirnya. Manis orangnya. Kodi dan Nita tinggal di Kuala Ibai, rumah datuknya. ‘muda-mudi sekarang
banyak melakukan maksiat, perkara seks dianggap perkara biasa dan mereka redha dengan kehidupan
seks pasangan masing-masing sebelum kahwin’ bebel Nik Leh, pemilik premis menjual rempah ratus di
premis yang berada di sebelah premis Kodi. Nik Leh pernah berguru di Pondok Pasir Tumbuh di bawah
Kelolaan Tuan Guru Haji Hashim dan lepasan Nadwatul Ulama, Lukcnow, India. Kodi angguk malas, Kodi
tahu yang Nita dah ditebuk 2 ekor tupai tetapi sengaja dibisukan bahkan Nita dengan berani mengakui kisah
‘manis’ di universiti dulu. Tersenyum Kodi mendengar kisah benar Nita. Aku pun apa kurangnya semasa
mengikut sahabatnya Mat Gobek yang memandu lori ke Golok, banyak jenis perisa dah aku rasa. Bisik
kalbu Kodi. Barulah adil dan secocok, sepasang sejoli yang pernah merasa dan dirasa. Indahnya
kehidupan manusia haiwani.

ANAK GADIS DAN CITA-CITA


Anak gadis,
Si cantik manis
Ayu menyeri
Penggugat mata
Penggojak hati nurani.

Disebalik keayuanmu,
Tumbuh benih pemberontak
Benih ketidakpuasan hati
Aku mahu persamaan
Aku mahu perubahan
Aku mahu reformasi pemikiran
Menggagahi mencabar nilai,
Masyarakat konservatif....

Anak Gadis,
Sebalik ukiran senyum-manismu
Terselindung semangat membara,
Menongkah arus,
Mahu sentiasa menang
Mahu menjatuhkan si Adam
Mahu mempertuhankan feminisme.

Oh..anak gadis

14
Menyengat Jiwa

Teruskan, si manis
Teruskan....
Tapi jangan tersilap langkah,
Jangan terus terlupa,
Tanpa Adam siapalah Hawa.

16.07.04

Nita sangat bertuah, selepas 4 bulan 21 hari berkahwin, dia telah diterima kerja di Jabatan Perhutanan
Terengganu di atas pengalaman praktikalnya di Tasik Kenyir yang dikelola oleh jabatan tersebut. Dicium pipi
Kodi dengan kasih sayang. Kodi membenarkan isterinya bekerja, maklumlah siapa dia untuk menghalang
isteri yang berpendidikan tinggi. Rezeki Nita rezeki Kodi juga. Apa nak dihalang, aku berkelulusan SAP, dia
diploma. Dia tentu lebih pandai, lebih moden, lebih tahu daripada aku. Fikir Kodi. Kelu lidah tapi hati
mengeluh, sang suami.. ‘abang...abang, saya pregnant’ pekik Nita dengan gembira pada suatu hari. Doktor
mengesahkan dia hamil. ‘menang apa?’ tanya Kodi kebinggungan. ‘hamillah’ jawab Nita dengan melihat
telatah suaminya yang tidak ketahuan.

Setelah bayi berusia 9 bulan, suasana kesibukan mula melanda. Nita kerap kali masuk hutan dan
ada kalanya terpaksa ke FRIM, Kepong, Kuala Lumpur. Episod baru liku-liku kehidupan telah bermula.
‘abang Di, Ta nak sambung belajar, baru boleh naik pangkat’ bisik Nita memujuk. ‘sapa nak jaga Beckham’
anak kecil yang sejuk mata memandang. ‘nanti, Nita baliklah seminggu 2 kali, 2 tahun sekejap je bang’ jelas
Nita. Pujuk rayu Nita berjaya melemaskan Kodi dalam pelukan kasih sayang.

Nita melanjutkan pelajaran di UPM dalam Sarjana Muda Perhutanan. Di sinilah kenangan lama berputik
kembali. Indahnya saat romantis pada masa dulu. Walaupun Nita beranak satu, wajah masih cantik dan
tubuh badannya masih bergetah dek pengamalan ubat Sendayu Tinggi. Kisah hitam mula terukir sejak
bertemu Amar, pelajar senior Nita di kolej ketika kali pertama masuk kampus dahulu, dan sekarang menjadi
tutornya. Amar masih belum kahwin dan menunggu Skim Latihan Akademik Bumiputera(SLAB) untuk
menyambung pengajian peringkat master di Universiti London. Amar dan Nita antara rakan yang aktif dalam
aktiviti tarian dan teater semasa di kolej dahulu. Pasal sentuh-menyentuh adalah perkara biasa. Lama
kelamaan satu perasaan rindu mula memutik jika seharian tidak bertemu. ‘aku takut la Ana, aku ni telah
berkahwin, beranak satu’ luah Nita kepada Ana, rakan sekuliahnya. Akhirnya Amar dan Nita terperangkap di
dalam sangkar cinta. Mereka terus hanyut. Mereka bukan sahaja bercinta-cintan, bahkan sampai ke puncak
maksiat, tinggal bersama semacam suami isteri di rumah Amar di Sungai Ramal Luar. ‘ abang Di, Ta tak
boleh balik minggu ini, banyak tugasan nak diselesaikan’ begitu alasan Nita bila Kodi bertanya sebab Nita
tidak pulang ke rumah. Bukan sekali dua alasan seperti ini, tapi acap kali sampai jemu Kodi nak bertanya.
Aku mana masuk universiti, perihal akademik manalah aku tahu. Ya, Nita adalah wanita berpendidikan
tinggi, aku hanya bos kecil di pasar borong. Manalah layak nak cakap tentang masa depan, tentang
akademik. Sekali sekala datang juga pandangan negatif terhadap Nita tapi Kodi masih berbaik sangka
terhadap Nita walaupun Kodi masih ingat kenangan manis yang diceritakan oleh Nita semasa dia di kampus
sebelum ini.
Anak dan suami di kampung ditinggal kesepian dan merindui belaian kasih sayang seorang isteri
dan ibu tetapi Nita rancak bersama Amar dengan memakai baju sendat si bayi menampakkan pusat dan
ketat menayangkan secara percuma gunung-gunung yang terpacak tinggi, kelihatan perutnya sedikit buncit.
Cantik merangsang nafsu, cantik yang sementara mengelabui mata dan hati nurani manusia. Genting
Highland, Bangsar, Jalan Sultan Ismail adalah destinasi santai Nita bersama Amar. Gembira, cukup gembira
menikmati kebebasan yang selama ini dirindui, memang betul perkahwinan adalah penjara untuk wanita.
Dikongkong oleh sang suami yang mempunyai kuasa veto walaupun berpendidikan rendah. Aku mahu
hidup bebas, aku wanita berpendidikan tinggi tidak boleh dikawal oleh orang berkelulusan SAP. Aku perlu
maju ke hadapan. Di sangka panas sampai ke petang tetapi gerimis di tengah hari. Di tengah hangat
berkasih, memadu cinta, memghamba diri di katil empuk, Amar melakukan tindakan yang drastik dengan
mencerai Nita dengan talak 6 apabila menyatakan dia harus ke London untuk melanjutkan pelajaran.
‘bagaimana nasib Nita di sini?’ tanya Nita dalam kesedihan. ‘inilah takdir, hubungan kita akan berakhir di
sini’ tegas Amar. Bagai gunung Merapi mahu meletus. Itulah perasaan Nita. Nita tidak berupaya
menghalang Amar bahkan Amar menghadiahkan tempeleng panas semasa Nita menggugut untuk
mendedahkan skandal cinta mereka. Berakhirlah sebuah percintaan sundal bertuhan nafsu keparat.
Begitulah mudah cinta dipermainkan.

15
Menyengat Jiwa

SUAMIKU
Suamiku,
Aku menghormatimu,
Aku menyayangimu,
tapi sembelihlah kekampunganmu
bukalah selimut kekolotanmu
untuk kau mendepani aku.

Suamiku,
Aku perlu mara
Aku mahu maju
Demi sebuah cita-cita
Untuk meneruskan perjuangan hidup yang belum selesai.

Suamiku,
Aku perlu mara
Kerna Aku berupaya
Aku mahu maju
Kerna Aku insani berpendidikan tinggi
Aku,
Wanita progresif
aku
Wanita modernis
aku
Wanita liberalis
aku
Wanita pragmatis
aku
Perlu bebas daripada tabu kekolotan
Perlu mengukir sebuah kejayaan tanpa lelaki
Terus maju berdikari untuk hidup.

Kahwin itu indah


Tapi duit itu lebih indah
Kahwin itu menawan hati nurani
Tapi pangkat dan ketinggian nama itu lebih menawan hati nurani
Kahwin itu suci
Tapi kebebasan itu lebih suci
Segala indah
Di luar sebuah perkahwinan

Suamiku,
Maaflah,
Aku mahu mendaki gunung cita-cita
Tinggalkanmu di kaki gunung
Salam kemaafan...
16.07.04
7
Setelah tamat konvokesyen, Nita meneruskan kerjanya dengan pangkat lebih tinggi iaitu pegawai
perhutanan. Kenangan manis bercinta dan di pentas ranjang dimuziumkan dalam memori yang pahit-kelat.
Nita masih mempunyai anak, dan suami yang kolot tetapi setia dan kuat bekerja. ‘abang...nanti masak lauk
ikan patin masak tempoyak, saya balik lambat’ arah Nita kepada Kodi yang hanya mampu mengangguk
kepala. Kodi dianggap macam pekerja Am di pejabatnya. Kodi bergaji RM 800 manakala Nita bergaji RM
1800. Kodi hanya tauke premis di pasar borong, Nita pula seorang pegawai kerajaan. Kodi hanya
bekelulusan SPM tetapi Nita lulusan universiti. Siapa Kodi untuk melawan, nak protes. Kodi kurang ilmu
berbanding Nita. Kalau silap cakap sikit, muncung mencukalah mulut Nita bagai muncung ikan yu. ‘mung
bagi muka sangat pada dia, kerat sahaja anu mung, nanti mung jadi dayus’ sindir Nik Leh pada suatu hari di
perkarangan Masjid Rusila. ‘aku bukan dayus, tapi sabar’ ujar Kodi yang mula mengenali masjid sejak Nita
belajar di UPM. Kini dia seorang thalib tetap masjid Rusila pada hari Jumaat dan pengunjung setia setiap
malam selepas maghrib di Balai Soh Haji Mamat, Merbau Patah yang dikelola oleh Ustaz Haji Zul. Sejak
jadi pegawai, Nita agak sibuk. Kursus sana-sini, masuk hutan 3 hingga 4 hari. Pendek kata kerjaya lebih

16
Menyengat Jiwa

dominan daripada kehidupan berkeluarga. Kalau duduk kat rumah pula kuat mengarah. Macam Hitler sang
diktaktor. Bengkeng dan kuat meleter. Maklumlah wanita berjawatan tinggi yang bijak dan berpangkat tinggi.
8
Segala telah berakhir. Peristiwa ini telah menjadi sejarah. Memang mengejutkan Kodi tapi itulah kehendak
Allah yang Maha Berkuasa. Kodi hanya mampu redha dan sabar menghadapi dugaan. Ilmu agama yang
mula ditekuni telah membuahkan hasil dengan memperkuatkan semangatnya. Agama mengubah Kodi
daripada jahil kepada faham agama. Inilah proses islah yang dinamakan hijrah. Ya, Kodi telah berhijrah.
Hijrah ke arah faham agama. Selama ini Kodi hanya tahu agama tetapi tidak amal dan faham agama.
Ramai orang tahu agama tetapi gagal mengamal dan memahami agama secara betul. ‘inilah ketentuan
Ilahi, aku redha’ getus Kodi dengan suluhan redha kepada Allah setelah mengetahui Nita terkorban dalam
nahas helikopter yang telah terhempas di hutan Pasir Raja, Dungun. Nita ditugas ke hutan tersebut bagi
melakukan beberapa pemantauan bersama pengkaji UPM, atas nama FRIM. Kodi pasrah.

MAAFLAH
Abang,
Maaflah
Dari hati nurani seorang insan
Insan bergelumang dengan dosa
Insan bertuhankan status dan maksiat

Kini
Berakhir sebuah kisah
Kisah penuh kesundalan
disulami rasa bangga diri
Abang...
Maaflah
Insan kerdil ini
Gagal menghayati sebuah kasih sayang
Dek rakus mengejar cita-cita
Cita-cita dunia
Cita-cita sementara.

17.07.04

KAD JEMPUTAN KAHWIN

Kisah bermula di Kampung Padang Lumat, Kuala Telemong.


1
Namaku Jali, anak keempat daripada 13 adik beradik. Usia baru mencecah 6 tahun. Tinggal di kampung
Padang Lumat, Kuala Telemong. Aku anak pak tani tua. Ayahku penoreh getah. Jam 4 pagi, ayahku keluar
memotong getah. Ibuku suri rumah tangga sepenuh masa. Kadang-kadang menolong ayahku menoreh
getah. Aku tinggal di gubuk buruk di celah-celah pokok pisang. Rumahku berlantai kepingan batang nibung
manakala dinding rumahku berdindingkan buluh. Atap pula daripada rumbia. Bila hujan turun aku
sekeluarga terasa bagaikan dunia hampir kiamat. Goncangan membuatkan adik perempuanku menangis.
Hanya sabar dan redha menjadi senjata ampuh yang menetas ketahanan diri menghadapi cabaran hidup.
Sedih hatiku mengenang nasibku sekeluarga.
2
ketika usiaku 7 tahun, aku berada di tahun satu, tergiang-giang ditelingaku kata-kata ayah, ‘Jali, belajar
sungguh-sungguh...kita ni orang susah’ kata seorang ayah yang hanya tahu membaca jawi. Aku ingat pesan
ayah...aku cuba belajar dan terus belajar. Ketika usiaku 9 barulah aku dapat membaca dan mengira. ‘lambat
pikat’ kata cikgu Nora dalam loghat Terengganu semasa bercakap dengan ayahku setelah mesyuarat PIBG
di sekolah. Begitulah nasibku. Ayahku tidak berpelajaran, ibuku tidak pandai membaca. Abangku seorang
pelajar yang cerdik, tapi sayang kecerdikannya tak pergi ke mana. Berlegar di ladang getah ekoran kedaifan
keluarga. Keluarga ini memerlukan kudrat abang bukan ijazah tanpa kerja. Abang akur ketentuan Ilahi.
3
Peperiksaan SPM semakin hampir. Ini kali ke 10 aku menyertai peperiksaan SPM. Aku tetap terasa gundah.
Bukan tidak rajin menelaah pelajaran tetapi kelembapan otakku menguasai pelajaran telah menghantui
hidupku. Aku bimbang, aku takut, aku gagal lagi. ‘abang jangan bimbang, kita usaha, kita tawakal, kalau ada
rezeki, kita berjaya’ kata isteriku yang memberi peransang dan kata-kata semangat. Isteriku adalah salah
seorang tenaga pengajar di sebuah TADIKA KEMAS. Dengan kudrat isteriku, keluarga ini terus hidup.
Dialah yang bekerja siang malam. Siang di tadika, malam sebagai tukang jahit. Aku juga bekerja di kilang

17
Menyengat Jiwa

papan di Wakaf Tapai, tapi pendapatanku tidak mencukupi untuk menampung keluarga. Yang payahnya,
isteriku selalu mendesak aku supaya mengambil peperiksaan SPM. Jenuh diriku terkejar-kejar, siang di
tempat kerja, malam mengambil kelas tuisyen SPM. Satu hari aku terdengar: ‘abang...abang, abang
berjaya lulus cemerlang dalam SPM’ laung isteriku selepas mengambil surat daripada posmen. Bagai naik
‘rokt’(baca; terlampau gembira), langit dunia nak runtuh rasanya bila aku mengetahuinya. Syukur terhadap
Ilahi, aku mendapat pangkat 1 agregat 10. Keputusan ini memberi sinar baru kepada hidupku sekeluarga.
4
‘sejuknya...abang’ itulah gambaran isteriku 8 tahun dulu ketika baru sampai di England dalam musim sejuk.
Kini ia telah menjadi kebiasaan. Aku berjaya melanjutkan pelajaran dengan tajaan JPA. Syukur......tetapi aku
terkilan kerana gagal membalas jasa ayah dan ibu. Mereka meninggal dunia 5 dan 2 tahun lepas. Sedih dan
pilu..mengenang kesusahan dan keperitan hidup mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas
pengorbanan mereka dalam mendidikku dan adik beradikku yang lain. Mereka bukan mendidikku dengan
subjek matematik, sejarah, fizik atau anatomi tetapi mendidik kami menjadi manusia. Manusia
beragama...manusia mengenal makna kegetiran hidup...TERIMA KASIH AYAH, TERIMA KASIH IBU.
5
‘ha...ha.....engko beli kereta BMW warna hijau, ha....ha...baik engko beli warna biru....ha..ha...’ kuat sungguh
aku ketawa dan rakan-rakan elitku semasa berjenaka di kelab golf di Tok Jembal. Masa terluangku di
padang golf..seronok jika hidup bersama masyarakat elitku. 3 tahun setelah pulang, aku bekerja sebagai
pensyarah di KUSZA. Aku seorang Dokter...ada PHD....hebat bukan..ni anak penoreh yang berjaya
walaupun tidak seberjaya Dr. Hashim Yaakob, NC Universiti Malaya. Ya..aku seorang DR...nak panggil aku,
panggil DR...nak letak nama aku, letak DR didepannya. Walaupun hidupku senang, aku tetap memberi duit
belanja pada adik-beradikku tapi sekarang mereka juga hidup senang, ada doktor gigi, ada guru, ada
tentera, ada peguam, Cuma abangku sorang yang tak mahu berubah. Tetap sebagai penoreh getah. Dulu,
kini dan selama-lamanya. ‘biar aku meneruskan tradisi keluarga kita, aku selesa hidup begini’ kata abangku
semasa adik keenamku meminta abangku berhenti kerja sebagai penoreh. Abangku degil, kolot tak mahu
perubahan. Kini, aku membina rumah mewah di kampungku. Satu-satunya rumah mewah di kampung
Padang Lumat. Bagai istana...ha..ha...kalau ada orang bertanya, rumah siapa tu?. Pasti jawapannya adalah
rumah DR Jali......alamatnya DR. Jali Bin Dato Ayub (aku tukar nama ayahku, nama sebenar ayah Botok.
Nama ayah terlalu berimej kampung, tak sesuai bagi anaknya, seorang DR. Aku beli anugerah dato kat
Mindanao, Filipina. Kan gelaran dato boleh dibeli dan berlambak di pasaran. Baru ayahku nampak hebat
dengan gelarannya). Itulah diriku DR. Jali.
6
‘Jali...Jali...kenapa jadi begini’ begitulah bisikan beberapa pengumpat harian hal ehwal semasa masyarakat
di kedai kopi makcik Limah...hari tu kebetulan aku pergi kedai membeli rokok. Jarang sekali aku keluar
rumah dan bersiar-siar di kampung. Aku elergi dengan nyamuk, ungas-ungas dan pacat. Lama dah
meninggalkan suasana desa, terasa jijik pulak. Lagipun, aku kan seorang DR..mana boleh bergaul dengan
orang kampung berfikiran jawi, buta internet. Fikiran aku berorientasikan British. Fikiranku, fikiran
antarabangsa...kan aku seorang DR. Ada PHD, pasti fikiran lebih bernas daripada tok ayah lulusan pondok
Mat Syafie, Losong. Ekoran kata-kata orang itu, aku buat research ...setelah diselidik juak-juak ini tak puas
hati dengan kad kahwin anak sulungku, si IR. CT Tracy....aku tempah kad tersebut;

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
IR. CT Tracy Binti DR. Jali
akan melangsungkan perkahwinan dengan
Leftenan Muda Chedd Bin Prof. Dato. Dr. Zakaria
pada 23.6.2020.... dato/dr/jeneral/tuan-puan dipersilakan hadir
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mereka tak puas hati, aku mana ambil peduli...aku kan DR... hak aku menempah kad kahwin, hak aku nak
tulis dalam kad kahwin anak aku. Aku tak kisah. Dah menantu aku leftenan muda, aku letak leftenan muda
la..dah usaha aku menjadi DR, aku letak DR. Sepadanlah dengan usaha aku. kalau anak korang guru, letak
la guru, kalau anak korang tukang sapu, letaklah tukang sapu. Penoreh getah? Letak sajalah. Mana aku
ambil peduli.. orang kampung mana penting bagiku, mereka hanya pandai cakap je..saja aku ajak orang
kampung...kalau tak ajak, jadi buah mulut mereka...kata aku sombong pulak, tak mengenang budi
pulak...aku pun tak kisah sangat kalau mereka tak datang...yang datang, pasti...Jeneral..DR...Tan Sri...
Dato... Prof.. dah cukup dah...ha..ha...sepadanlah dengan statusku seorang DR.
7
Rumahku meriah dengan orang berjenama...dato..jeneral..tan sri, semua datang... ‘eh...DR. Jali, mana
orang kampung..tak datang ke? Tak meriahlah majlis perkahwinan jika orang seperti kita sahaja meraihnya’
tergaman aku mendengar kata Dr. Lee, seorang bekas ahli parlimen dan sekarang bergiat dengan NGO
berkaitan pencegahan dadah. Memang, majlis perkahwinan anakku ini kekurangan orang kampung yang
kolot tu. Mungkin mereka segan nak bergaul dengan masyarakat berjenamaku ini. Oleh kerana orang

18
Menyengat Jiwa

kampung tak ramai hadir, tak ada masyarakat pekerja dalam majlisku terumatamanya pengangkat lauk-
lauk. Lembap rasanya gerak kerja majlis ini...orang kampung tu rajin, suka tolong-menolong tapi kolot.
Kalau mereka tolong, aku bayar lah. Tapi aku tak peduli dengan mereka..aku kan DR.
8
‘TERBAKAR: RUMAH PENSYARAH KUSZA MUSNAH’, begitulah tajuk akhbar perdana pada muka 13
bertarikh 24.6.2020....dalam peristiwa itu, rumahku musnah, isteriku gagal diselamatkan dan kakiku telah
cacat akibat ditimpa almari yang terbakar. Redha dengan kejadian ini. Ini mungkin pembalasan untuk diriku.
Seorang DR.. ‘kan engko seorang DR’ sinis aku semasa bermonolog dengan aku ketika aku berada di
tingkat lapan hospital besar Kuala Terengganu sambil memandang keindahan suasana petang di Laut
China Selatan.
Ha...ha....kan aku seorang DR....aku ketawakan aku. Gilakah aku?

mamat.com
16.06.04
WARNA CINTA, WARNA POLITIKAL

Sekali lagi kita bermain warna, macam di taski semasa kecil dahulu. Warna itu penting, ia adalah tanda
yang bermakna. Kehidupan sendiri adalah warna. Kita hidup pun dengan berwarna. Bayangkan jika semua
orang warna BIRU, mata biru, baju biru, kulit biru, jawapannya tak seronoklah hidup. Sebab itulah warna
HIJAU pun perlu dibenarkan berwarna dalam kehidupan ini,

‘letaklah warna HIJAU nampaklah Islamis sikit’ ujar Profesor Husin di dalam bilik pensyarah di Fakulti Sains
Sosial. ‘baik, tuan’ jawab pengecap kampus. ‘tuan, warna HIJAU dah habis da...tinggal sikit lagi. Maklumlah
sekarang banyak kampus guna warna BIRU’ tiba-tiba si pengecap memberi alasan... ‘takpalah, buat masa
ini kita gunakan warna BIRU dulu, nanti kita guna balik warna HIJAU’ bicara Prof. Husin. ‘mudah sungguh
luntur warna HIJAU, apa sebabnya? Mengeluh Prof. Husin seorang diri. ‘mungkin inilah masanya kita
mencari formula baru untuk warna HIJAU agar lebih kukuh dan perkasa’ tersenyum Prof. Husin seorang diri.

Seperti biasa, prof Husin melangkah laju ke bilik kuliah. Sesekali pelajar memberi salam sebagai tanda
ramainya orang Islam di kampus. ‘assalamulaikum’ begitulah muqadimah prof husin setiap kali masuk ke
bilik kuliah. Tersenyum prof. Husin melihat ramai pelajar perempuan bertudung, warnanya MERAH JAMBU.
Wanita muda memang mudah terpengaruh dengan warna MERAH JAMBU yang melambangkan keceriaan,
baru, trendy dan menawan hati. Warna HIJAU dilihat tak sesuai, kolot, kelat dan jumud. Kan bagus jika
warna HIJAU ditambah warna PUTIH, biar nampak warna HIJAU kesusuan. Perubahan ini perlu bagi
mendekatkan wanita muda dengan warna HIJAU.

‘kenapa warna-warna ini cepat dihakis?’ tanya prof. Husin kepada para pelajarnya. ‘Mungkin dari dalaman
warna itu sendiri, prof’ jawab seorang pelajar wanita yang bertudung labuh yang Berwarna KUNING. ‘prof,
saya rasa setiap warna dihakis dek kepanasan matahari yang menyebabkan setiap warna terlalu tertekan
untuk mengekalkan keutuhannya’ ujar gadis berselendang BIRU MUDA. ‘saya tak setuju, ada warna terlalu
yakin dengan ketahanan dirinya tapi kenyataan adalah sebaliknya. Kita tak boleh guna warna yang belum
diuji dalam zaman moden, warna untuk zaman dulu sudah luput untuk digunakan zaman kini, tak sesuai
langsung.’ Lantang gadis yang memakai skaf berwarna MERAH. Kata-kata gadis berskaf MERAH itu
menyebabkan Prof Husin teringat pesan seorang sahabat bernama Zaid Brahim yang berkata ‘SIN, demo
tak payoh gune warna lama yang luput, nanti orang saman. Kita orang moden mestilah memilih warna yang
sesuai untuk zaman ini’ begitulah gurauan Zaid Brahim yang seakan akan memperlekeh warna yang dimiliki
oleh Prof Husin.

Zaid Brahim adalah pesaing Prof Husin dalam usaha memikat Siti Rakyati. Siti Rakyati adalah gadis yang
didodoi dengan kesenangan sejak kecil lagi. Siapa yang tak hendak kepada siti rakyati yang cantik, paling
comel, terbuka dan baik hati. Tubuh badan ala-model macam Nasya Aziz. Senyuman cukup manis dan
suara sungguh seksi sehingga mengetar jantung kaum Adam. Siti Rakyati adalah ratu sekolah. Ia bermula
di sekolah menengah sewaktu majlis bacaan sajak. Bila saja siti rakyati membuka mulut, seluruh dewan
senyap terpegun dengan keindahan suara siti rakyati bertambah pula keayuannya. Memang bertuah
sesiapa yang memilikinya. Antara pesaing paling hebat dan dilayani oleh siti rakyati adalah Husin dan Zaid
Brahim, kedua-duanya adalah jagoan akademik sekolah. Kedua-duanya mempunyai misi yang berbeza
untuk menakluki hati siti rakyati. Macamlah orang yang hendak hapuskan rasuah. Semua nak hapus rasuah
tetapi pendekatannya macam2. Kan dogol jika seorang perasuah ingin membendung rasuah. Begitulah
husin dan Zaid Brahim, walaupun tujuannya sama untuk merampas hati siti rakyati tetapi kaedah dan
matlamat asali kedua-dua mereka adalah amat berbeda.

19
Menyengat Jiwa

Siti Rakyati suka kemewahan, moden dan glamour. Hanya yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang
sahaja yang akan dipilihnya. Juara bagi pertandingan warna catan dianggap berjaya memiliki dirinya. Boleh
rakus menikmati dirinya. Husin dan Zaid Brahim bersetuju.

Pertandingan Husin dengan Zaid Brahim di atas padang yang tidak rata. Bayangkan Zaid Brahim berasal
daripada keluarga kaya dan berpengaruh. Pekedai cat dan berus adalah penyokong Zaid Brahim manakala
Husin adalah pelajar miskin dan telah didikriminasi oleh para pekedai cat. Akhirnya, Husin menggunakan cat
HIJAU yang dianggap kolot dan jumud tersebut. Zaid Brahim puas hati dengan warna catan beliau yang
diselimuti warna MERAH, BIRU dan MERAH JAMBU itu.

Keputusannya. PAStilah Zaid Brahimlah yang menang. Ha..ha...aku menang. Kemenangan ini disambut
baik oleh siti rakyati yang didodoi dengan kemewahan. Rakuslah Zaid Brahim merangkul siti rakyati. Siti
rakyati diajak ke konsert, minum arak dan bermain judi. Yang anehnya, siti rakyati dibenarkan berpeleseran
dan bergaul bebas dengan sesiapa jua. Siti rakyati bertukar-tukar pasangan!! Maksiat berlaku, tapi zaid
Brahim tersenyum puas. Yang paling penting aku mengalahkan Husin.

Sejak hari itu, hati Husin tawar untuk memikat siti rakyati yang terbelenggu dengan material....’mereka ingat
duit boleh bawa ke mati’ keluh Husin. Oleh sebab itulah, apabila mendapat tawaran belajar di SOAS, terus
Husin berlari ke sana.

Selepas 20 tahun, siti rakyati semakin berisi tetapi masih tetap tidak berubah. Masih setia bersama Zaid
Brahim yang semakin kuat menganjurkan kemaksiatan. Sedih Husin melihat Siti Rakyati yang terus hanyut
dengan perhiasan dunia yang menipu dan bersifat sementara. Kini, Husin bergelar PROF., cuba mendidik
anak bangsa agar tidak lagi mencontohi siti rakyati.

Angin perubahan bagaikan sudah tiada. Sukar kecuali dengan keajaiban dari Ilahi. Usaha untuk
menyelamat Siti Rakyati perlu diteruskan. Prof Husin sanggup memperisteri Siti Rakyati dan mendidiknya ke
arah cahaya Ilahi. Siti Rakyati tetap menolak, rela dirinya dinodai oleh maksiat.... ‘umm....umm..noo.... sukar
benar hendak berubah ke arah kebenaran Ilahi’ keluh Prof Husin mengenang Siti Rakyati yang cukup
disayanginya itu.

Perjuangan prof Husin belum selesai.... dulu, kini dan selamanya..

‘tangan-tangan meluluskan lesen judi dan merasmi malam anugerah muzik, tangan itulah juga merasmi
majlis tilawah al Quran’

HAPUSKAN BUDAYA POLITIK SUKU, AGAMA SUKU

27.9.04

SEBUAH CERITA BULAN SEPTEMBER??

Awam mendung lagi. Dua batang rokok aku habiskan dan meneguk teh tarik di restoran Fatima, jalan
Kemuja Bangsar. Dua jam menunggu, barulah dia sampai. “lama menunggu?” sapanya. Aku tersenyum
kesopanan. Wah hebat...gayanya lagak muda.

September 1974, Kuala Lumpur

Kampus riuh-bising, suasana luar biasa berlaku. “Aku nekad hendak lakukannya walaupun dunia akan
kiamat” tegas Zaman ketua mafia Mari Terus Sandiwara(MTS). “bahaya man.....ini satu revolusi, pertama
dan terakhir dalam sejarah” terketar-ketara suara Jagat yang menyatakan kebimbangan.

En. Helmi...idola gerakan pelajar telah berubah watak. Sosialis berimej kapitalis. Suara lantang masih
seperti dahulu tetapi tidak masuk mahu gelanggang dalam pertarungan politik sebenar kerana masih ‘dara’.
“jalur aku kudus” pertegas Helmi jika ditanya kenapa tidak memasuki politik.

15 September 2003, Kuala Lumpur

“ sukar untuk bergerak abang Medan, KKD asyik ditolak saja. Pening-pening”keluh Napi kepada
Medan,Presiden Mahasiswa Universiti Jalan Pantai merangkap Presiden Persatuan Studi Islam universiti

20
Menyengat Jiwa

tersebut. “sabar...dik Napi, inilah dinamakan mehnah perjuangan, dulu... Islam nak berkembang pun susah.
Air mata, darah, kematian adalah kebiasaan. Apapun tindakan Timbalan Ketua Penguasa(TKP) Dato Zali
Ampu terhadap kita, perjuangan akan diteruskan. Lawan tetap lawan” berderai darah Napi apabila
mendengar kata bersemangat Medan. “Lawan tetap lawan” sokong Taza setelah agak lama membisu.
“kalau Dato Shim Kipas(Ketua Penguasa) nak bertarung puisi dengan aku, aku nak pun nak blasah dia”
seloroh Najib Puisi, mantan exco Persatuan Mahasiswa berkebetulan lepak di Rumah Revolusi Omar.
Lawak Najib Puisi disambut dengan ketawa.

September 1974

“tempat ini akan dipenuhi dengan darah! Aku harap kau tarik balik rampasan ini” ugut Ajis Din, Ketua Mafia
Mari Terima Najis (MTN) kepada Zaman. Zaman sedih kerana mahasiswa sendiri mengagalkan usaha
mereka mencelikkan kebutaan kerajaan dalam isu petempatan rumah rakyat marhaen di Tanjung Pura.
‘Rakyat tak perlukan padang golf, kami mahu rumah” lihat Helmi semasa tiba di kampung UMDAHNO,
sebuah petempatan setinggan. Betul...rakyat marhaen merintis kerana tanah tetapi pemimpin bersuka-suka
dengan wang dan golf. “aduhai...dunia, orang kaya semakin kaya, orang orang semakin miskin” mengeluh
Helmi di dalam hati.

26 September 2003

“oh....begitu” tergaman Medan apabila mendengar penjelasan abang Asdi, iman Masjid Shahputra. “ 10
ringgit” tegas Asdi. “Dulu Dato Zali Ampu, pengetua Kolej ke 16 Tuanku Mad Zabidi. Kolej paling cangih di
negara ini. Banyak kes Dan...kes padang tenis, gelapkan kes zina anak Dato” jelas Asdi dan menjamah
karipap di kedai pak mijal. “dulu..... masa Kongres Mahasiswa, kolej disewa oleh Penguasa Universiti,
pelajar dikehendaki menerima tetamu dari varsiti lain dan dijanjikan bayaran tetapi habuk pun tak ada” jelas
asdi semacam kesal.

Di jalan Kemuja September 2003

“Masa di kampung UMDAHNO tu, aku ditangkap polis” beritahu Helmi kepada aku. Helmi banyak
perubahan. Tradisi sosialis telah dicampuraduk dengan ideologi yang dimusuhinya iaitu kapitalis.
Betul...zaman telah berubah tetapi kenapa tidak berubah ke arah Islam ketika umur semakin senja. “kat situ
ditangkap” gelabah aku memberi respon kenyataan Helmi. “selepas barulah Zaman rampas universiti
setelah provokasi ganas polis semasa demonstrasi di Pejabat Perdana Menteri.

Dalam Kampus September 2003

“kita harus membantu rakyat setempat, buang idea politik pembangkang anda sekalian, lihat kampung
Jambi, Kampung Sungai Dalam, rumah orang tua, rumah anak yatim. Mereka memerlukan bantuan anda.
Ayahanda harap anda semua tolak politik sempit pembangkang”laung Dato Zali Ampu pada himpunan
Mahasiswa Pondan. Maka gemuruh tepukan diberikan oleh audien yang hampir terlelap. “Hidup Dato Zali
Ampu” pekik Nasiri dan Mohani, pimpinan Mafia Mari Gerak Muka Untuk Membodek(MGMUM). Kata-kata
politik Dato Zali Ampu ada benarnya tetapi adakah untuk meningkatkan prestij varsiti atau peribadi beliau.
Mungkin didikan beliau di Maktab Latihan Barua Pejajah sangat berkesan memberi impak prestij
kepadanya.

Di Johor September 2003

Kampung UMDAHNO menjadi sejarah. Riuh seketika dulu telah senyap. Anak-anak masih lagi berlari di
lorong-lorong sempit, sampah bertimbun dalam longkang tanpa penjagaan, dan rumah terhimpit-himpit.
Negara meregenerasi maju ke arah wawasan 2020 tapi kampung UMDAHNO masih tetap menawan dan
cantik seperti dulu. “mana suara lantang memperjuang hak rakyat dahulu, selepas berjawatan, menjadi
menteri, menjadi korprat..... isu rakyat dilupakan. Bahkan mereka yang mengusir rakyat dengan kuasa dan
wang” marah Helmi apabila mengenangkan rakan seperjuangan dahulu. Itulah barua dan balaci yang
mencium ketiak penguasa.

Dalam Kampus September 2003

MGMUM adalah pertubuhan barua yang menjadi alat penguasa universiti. Kader-kader mereka dilatih dan
dijamukan dengan wang ihsan penguasa(wang mahasiswa atau rakyat: haram atau halal?). Mereka
disantaikan di hotel terkemuka sebelum bertempur dengan Persatuan Studi Islam (PSI). Calon mereka
ditawarkan Handphone, wang dan ditawarkan jawatan di pejabat TKP. Pelajar first year dibasuh minda

21
Menyengat Jiwa

dengan propaganda mengatakan PSI pro Parti Amalan Sihat (PAS), pembangkang, pelampau agama dan
diugut tidak boleh tinggal di kampus, diambil kedatangan sebelum mengundi. Itu antara strategi mereka.
Pejabat TKP menyediakan satu program khas yang dinamakan UJP is one. Antara pakej yang menarik
baucar hadiah, melancong dan baju percuma (politik wang atau Rasuah? )bagi menarik mahasiswa
meyokong mereka.

“dana mereka terlalu besar, mereka mencantas program PSI dan siap dengan memasang kamera CTV di
surau dengan alasan ada pelampau agama menggunakan surau untuk kepentingan politik pembangkang”
adu taza kepada Medan. Lama medan memikir sesuatu. “mereka hanya merancang tetapi Allah Maha
Perancang. Kita berjuang bukan untuk menang seperti mereka, kita berjuang demi Allah untuk meneruskan
tugas para rasul menegak negara Islam yang murni(bukan klon!!) di Varsiti ini. Kalah atau menang bukan
persoalan tetapi usaha yang diberkati Ilahi” bertazkirah Medan kepada Taza.

Jalan Kemuja, September 2003

Aku ajukan soalan kepada Helmi tentang mahasiswa pada masa kini. “apakah pandangan anda terhadap
mahasiswa pada masa kini?” Helmi tersenyum kambing bila mendengar soalan. “kena minum tongkat Ali
dicampur madu dan air halia” jawabnya spontan. Ini tenaga apa? Fikiranku melayang ke arah sesuatu
perkara. “tak ada energy, lembik, tak ada daya tahan, macam mana nak main” Jelas Helmi. “mahasiswa kini
takut mengembleng tenaga dalam menghidupkan sesuatu isu. Kalau kini mahasiswa berimejkan Islamis
menguasai kampus, wajar ia bermain dengan isu tudung yang dicetuskan oleh kerajaan Perancis.
DEMONSTRASI la.....walaupun telah dikasi oleh AUKU, jangan sampai kita jadi robot” jelas Helmi setelah
melihat aku mengaru-garu kepala.

Helmi seorang berjiwa kiri. Beliau memilih jalur Sosialis semasa di kampus dahulu. walaupun berpendidikan
di Maktab Latihan Barua Penjajah seperti Dato Zali Ampu tetapi beliau berhati revolusi yang ingin hapuskan
imperialis penjajah dan rejim kapitalis yang mencengkam rakyat marhaen. Kekerasan hati beliau
menyebabkan beliau menjadi buruan musuhnya dan sanggup ke Papua Guinea daripada memasuki
penjara dan menolak tawaran harta dan kerja, bukan seperti rakan-rakan beliau yang menjadi barua
musuhnya. Aku menanya siapakah tokoh idolanya. “Abdullah CD bukannya Abdullah Badawi” gurau Helmi.
Helmi masih ingin menjadi seperti dulu iaitu bersifat menongkah arus dengan apa yang kita yakini. Dulu, kini
dan selama-lamanya dengan perjuangan rakyat.

Di Dewan Utama September 2003

Gemuruh tepukan penonton semasa deklamasi sajak oleh dato Shim kipas di Dewan Utama. “bacaan puisi
sambil melompat, satu pembaharuan dalam Dunia Budaya” luah napi pada Najib Puisi. “tu gaya seni tupai”
gurau Najip Puisi. Kelebihan Dato Shim Kipas adalah kepandaian menyusun bahasa sehingga terkencing
jika mendengarnya.

Medan...presiden PSI yang berkarismatik tetapi terbelenggu bakatnya dek kekangan penguasa varsiti dan
ketiadaan isu. Berasal dari sekolah kaum Islah. Pemimpin masa depan jika istiqamah dengan perjuangan
Islamnya.

9 September 2004

Medan dan rakan-rakan diusir oleh polis setelah membina benteng manusia bagi menghalang kerja-kerja
meroboh rumah setinggan di kampung Tanjung Putat.

10 September 2004

kampus kecoh....pilihan raya kampus dibatalkan, sejam kemudian MGMUM diisytihar pemenang. “kita harus
bangkit....mari para sahabat...mari kita bangkit’ medan memulakan pidato. ‘ketidak adilan terserlah dalam
pengundian, malam ini di dewan ini sejarah bermula, disini juga sejarah berakhir tapi kita tidak akan
benarkan ia berakhir pada malam’ tersekat kata-kata Medan apabila lampu terpadam....riuh dalam gelap.

12 September 2004

aku menyirup secawan kopi di kafe anawati sambil menatap akhbar. Tergaman aku melihat gambar Medan
terpampang di dada akhbar. ‘Pemimpin pelajar ditahan’ baca seorang pakcik sebelah mejaku. ‘Ini baru
mahasiswa’ kata seorang teman pakcik itu. Aku terus membaca artikel tersebut. Tersenyum....

22
Menyengat Jiwa

20 September 2015

aku singgah di kedai dobi Noni jalan Kemuja. Dengar alunan suara kanak-kanak membaca al Quran
ditingkat atas. Aku melangkahi menuju ke bahagian atas kedai itu. Terkejut aku melihat Helmi mengajar
kanak-kanak mengaji al Quran. Manusia boleh berubah dengan hidayah Ilahi

satu pagi September 2016

‘Setinggan kampung Penanti diusir’ tersenyum aku membaca tajuk akhbar pada 23 September 2015,
teringat aku pada tahun 2004, siapa dia? Banyak berubah, sejarah berulang tetapi malang dilakukan oleh
seorang pejuang. Medan seorang penguasa Dewan Bandaraya mengarah pegawai menjarah kampung
Penanti. Air mata mengalir kering di mata seorang pemerhati.

Siap 20 Februari 2004.

Sehening Bicara

Cerita Pendek diatas perlu dibaca dengan kefahaman keadilan berbahasa kerana penulis cuba meletakkan
kesesuaian berbahasa pada tempatnya. Kejijikan dan kecomelan bahasa ditulis pada tempat yang
sepatutnya. Penulis berharap pembaca dapat menghayati dengan perasaan baik sangka tanpa perasaan
prejudis. Moga-moga, penulisan ini memberi secebis pengajaran kepada kita, insani yang berjiwa hamba
Ilahi.

-mengukir kasih-

23

You might also like