You are on page 1of 2

[Teknologi Pemprosesan Makanan]

Teknologi pemprosesan makanan digunakan untuk memanjangkan tempoh tahan makanan supaya dapat disimpan untuk jangka masa yang lebih panjang. Pelbagai makanan baru, seperti mi segera dan kopi segera, telah dihasilkan melalui teknologi pemprosesan makanan. Microorganisma memerlukan kelembapan, kepanasan, dan oksigen untuk hidup. Jika salah satu unsur tidak wujud, mircoorganisma itu tidak akan hidup. Beberapa cara pengawetan makanan yang digunakan oleh orang zaman dahulu ialah memasak, penapaian, pengeringan, penjerukan, dan penggaraman. Selaras dengan teknologi moden, pelbagai cara pengawetan moden telah dihasilkan untuk mengekalkan mutu, nilai nutrisi, bentuk, dan rasa asli makanan. Antara cara-cara tersebut ialah: =Pensterilan= Pensterilan melibatkan pemanasan makanan dengan menggunakan stim di bawah tekanan dan suhu tinggi. Suhu yang melebihi 100C dapat membunuh semua bakteria di dalamnya. Contoh pensterilan ialah pendidihan susu pada suhu ultra tinggi iaitu 132C di dalam kotak kertas tebal atau tin logam di bawah tekanan tinggi selama 1 saat dan disejukkan cepat. Cara ini tidak akan mengubah nilai nutrisi dan warna susu manakala dapat disimpan untuk masa yang lebih lama. Pensterilan kemudian diikuti oleh pembotolan dan pengetinan. =Pempasteuran=

Kaedah ini diperkenalkan oleh Louis Pasteur untuk memproses susu haiwan. Antara langkah yang terlibat ialah memperoleh susu segar, memanaskan susu kepada 63C selama 30 minit, dan penyejukkan segera. Tujuan menggunakan masa pemanasan yang singkat adalah untuk membunuh microorganisma tetapi mengekalkan kadungan nutriennya. Walaubagaimana pun, susu yang dipasteur perlu disimpan di dalam peti sejuk supaya menghentikan semua aktiviti microorganisma kerana tempoh simpanannya

adalah singkat. Kaedah ini lebih digemari berbanding dengan pendidihan keran cara ini tidak akan memusnahkan vitamin. =Penyinaran= Penyinaran ialah satu lagi cara untuk mensterilkan makanan. Sinar-X atau sinar Gama digunakan dalam kaedah ini untuk membunuh microorganisma dalam makanan. Kaedah ini akan membolehkan makanan disimpan dengan lebih lama tetapi akan mengubah rasa asli, warna, tekstur dan nilai nutrisi makanan. Keburukan cara ini ialah makanan yang disinarkan mungkin sudah dicemari. Oleh itu, toksin yang dibebaskan oleh bakteria mungkin masih hadir di dalam makanan. =Pendehidratan=

Pendehidratan merupakan cara moden pengeringan. Dalam cara ini, makanan dikeringkan di bawah tekanan yang rendah, oleh itu air tersejat daripada makanan. Makanan yang telah didehidratkan disimpan dalam bungkusan pada suhu bilik. Penyemburan kering merupakan satu teknik pendehidratan yanf digunakan dalam pemprosesan susu tepung. Prinsip yang diaplikasikan dalam kaedah ini ialah microorganisma tidak dapat hidup tanpa air.

You might also like