You are on page 1of 8

Jelaskan maksud kurikulum.

Pengenalan Sistem Pendidikan di Malaysia bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri murid secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini bertujuan untuk membentuk pelajar bagi perkembangan yang menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental atau sosial dan dimensi intrinsik. Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsurunsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996). Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Terdapat berbagai-bagai definisi yang diberikan oleh para pengkaji bagi menghuraikan maksud kurikulum yang sebenarnya. Definisi yang berbeza terhasil daripada perbezaan latar belakang individu tersebut daripada pelbagai aspek seperti etnik, bahasa dan kebudayaan. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memahami definisi kurikulum terlebih dahulu sebelum melaksanakan sistem pendidikan di Malaysia dengan berkesan.

Definisi Kurikulum

Mohd. Daud Hamzah (1994) melalui buku yang bertajuk Reka Bentuk Kurikulum Sekolah mendefinisikan Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenal pasti untuk memandu pengajaran guru kepada kumpulan murid tertentu. Teori kurkulum sekolah yang dikemukakan dalam buku Penerokaan Teori Kurikulum menjelaskan bahawa kurikulum sekolah wujud melalui konflik sosial yang melibatkan kumpulan dominan serta penyokongnya dengan kumpulan pembangkang dan pengikutnya. Melalui konflik ini, maka tercetuslah ideologi pendidikan yang menghasilkan matlamat kurikulum. Berdasarkan pandangan lama, kurikulum merupakan kumpulan mata-mata pelajaran yang harus disampaikan guru atau dipelajari oleh siswa. Anggapan ini telah wujud sejak zaman Yunani kuno dan masih digunapakai sehingga kini iaitu kurikulum sebagai ... a racecourse of subject matters to be mastered (Robert S. Zais, 1976). Namun begitu, kebanyakan orang dan guru mempunyai pemahaman bahawa kurikulum itu adalah sebagai isi pelajaran. Seterusnya, pendapat-pendapat tentang kurikulum yang muncul telah beralih daripada menekankan isi kepada pengalaman belajar. Menurut Caswel dan Campbell dalam buku mereka yang terkenal iaitu Curriculum Development (1935), kurikulum...to be composed of all the experiences children have under the guidance of teachers. Perubahan ini ditegaskan lagi oleh Ronald C.Doll (1974): The commonly accepted definition of the curriculum has changed from content of course of study and list of subjects and courses to all the experiences which are offered to learners under the auspices or direction of the school... Definisi yang diberikan oleh Doll tidak hanya menunjukkan wujudnya perubahan penekanan daripada isi kepada proses, malah juga menunjukkan adanya perubahan lingkup, daripada konsep yang sangat sempit kepada yang lebih luas. Apa yang dimaksudkan dengan pengalaman murid di bawah tanggungjawab sekolah mempunya makna yang sangat luas. Pengalaman tersebut boleh berlaku di sekolah, rumah atau dalam masyarakat, bersama guru atau tanpa guru, berkaitan pelajaran atau tiada kaitan. Definisi ini juga merangkumi pelbagai usaha yang dilakukan oleh guru dalam mendorong berlakunya pengalaman tersebut serta pelbagai kemudahan yang mendorongnya. Mauritz Johnson (1967) pula menyokong konsep kurikulum yang sangat luas seperti yang dikemukakan oleh Doll. Menurut Johnson, pengalaman hanya akan wujud apabila berlaku interaksi antara murid dengan persekitarannya. Interaksi ini bukan kurikulum tetapi pengajaran. Kurikulum hanya menggambarkan hasil daripada pengajaran. Johnson dengan tegasnya membezakan antara kurikulum dan pengajaran. Semua yang berkaitan dengan perencanaan dan perlaksanaan, seperti perencanaan isi, kegiatan pengajaran dan pembelajaran, penilaian adalah pengajaran manakala kurikulum hanya berkenaan hasil-hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh murid. Menurut Johnson, kurikulum ialah ...a structured series of intended learning outcomes (Johnson, 1967). Beberapa orang ahli yang lain, memandang kurikulum sebagai rencana pendidikan atau pengajaran. Salah seorang daripada mereka ialah Mac Donald (1965). Beliau berpendapat bahawa sistem persekolahan terbentuk atas empat subsistem iaitu mengajar, belajar, pembelajaran dan kurikulum. Beliau menyatakan bahawa kurikulum merupakan

suatu rencana yang memberi pedoman atau pegangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum juga sering dibezakan antara kurikulum rencana (curriculum plan) dan kurikulum berfungsi (functioining curriculum). Menurut Beauchamp (1968), A curriculum is a written document which may contain many ingredients, but basically it is a plan for the education of pupils during their enrollement in given school. Beauchamp menekankan bahawa kurikulum adalah suatu rencana pendidikan atau pengajaran. Seterusnya, Zais menjelaskan bahawa kebaikan suatu kurikulum tidak boleh dinilai daripada dokumen bertulis sahaja tetapi ia harus dinilai melalui proses pelaksanaan fungsinya di dalam kelas. Kurikulum bukan hanya rencana bertulis bagi pengajaran malah ia adalah sesuatu yang berfungsi dan berjalan di dalam kelas, memberi panduan dan mengatur situasi dan aktiviti yang berlangsung di dalam kelas. Rencana bertulis merupakan dokumen kurikulum (curriculum document or inert curriculum), manakala kurikulum yang dijalankan di dalam kelas merupakan kurikulum berfungsi (functioning, live or operative curriculum). Hilda Taba (1962) memberi pendapat yang berbeza daripada pendapat-pendapat tersebut. Menurutnya, perbezaan antara kurikulum dan pengajaran bukan terletak pada implementasinya tetapi pada keluasan skopnya. Kurikulum adalah yang berkaitan tujuan isi dan kaedah yang lebih luas atau umum manakala tugas pengajaran adalah yang lebih sempit dan khusus. Kedua-duanya membentuk satu kontinum iaitu kurikulum terletak pada hujung tujuan umum atau tujuan jangka masa panjang sedangkan pengajaran pada hujung lainnya iaitu yang lebih khusus atau tujuan jangka masa pendek. Berdasarkan buku Curriculum: Foundation, principles and issues, terdapat lima definisi asas kurikulum iaitu yang pertama, kurikulum boleh ditakrifkan sebagai rancangan untuk mencapai matlamat. Definisi ini ditakrifkan oleh Tyler dan Taba. Hari ini, kebanyakan pengkaji tingkah laku dan pengurusan serta sistem bersetuju dengan definisi ini. Sebagai contoh, J. Galen Saylor mentakrifkan kurikulum sebagai a plan for providing sets of learning opportunities for persons to be educated. David Pratt pula menulis, Curriculum is an organized set of formal education and/or training intentions. John Wiles and Joseph Bondi pula menyatakan bahawa kurikulum sebagai ...a-four step plan involving purpose, design, implementation, and assessment. The curriculum worker wants the plan's "intent" to be realized as fully as possible. Kedua, kurikulum boleh didefinisikan secara meluas, iaitu yang berkaitan dengan pengalaman murid. Dengan definisi ini, hampir apa-apa jua yang dirancang di dalam atau di luar sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum. Definisi ini berakar umbi dalam takrif pengalaman dan pendidikan Dewey dari tahun 1930-an. Dalam pandangan Hollis Caswell dan Doak Campbell, kurikulum ialah all the experiences children have under the guidance of teachers. Selain itu, Gene Shepherd and William Ragan menyatakan bahawa, The curriculum consists of the ongoing experiences of children under the guidance of the school. Ia melambangkan a special environment...for helping children achieve self-realization through active participation within the school. Elliot Eisner menggambarkan kurikulum sebagai program that a school offers to its students, preplanned series of educational hurdles and an entire range of experiences a child has within the school. Collin Marsh and George Willis pula menyatakan bahawa kurikulum sebagai experiences in the classroom [that are] planned and enacted. Walau bagaimanapun, mereka mendapati terdapat perbezaan antara apa yang dirancang oleh sekolah dengan pengesahan daripada guru.

Definisi yang ketiga pula kurang popular berbanding definisi pertama dan kedua, iaitu kurikulum adalah satu sistem untuk berurusan dengan orang ramai. Sistem boleh linear atau linear. Satu sistem plot linear bertumpu kepad cara akhir yang diingini.Sebaliknya, sistem linear membenarkan pakar kurikulum untuk menerokai pelbagai tempat pada model, melangkau bahagian, susunan terbalik, dan bekerja pada lebih daripada satu komponen pada satu masa. Ramai pengkaji kurikulum pengurusan dan sistem mengguna pakai definisi ini. Seterusnya, definisi yang keempat pula, mendefinisikan kurikulum sebagai ...a field of study with its own foundations, knowledge domains, research, theory, principles, and speacialists. Mereka yang mengguna pakai definisi ini cenderung untuk membincangkan kurikulum dari segi teori dan bukannya praktikal. Mereka bimbang dengan sejarah yang luas, isu-isu falsafah, atau sosial .Para akademik seperti William Reid, Schubert, dan Tanners sering berpegang kepada pandangan kurikulum ini . Akhirnya, kurikulum boleh ditakrifkan dari segi subjek (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah dan sebagainya) atau kandungan (cara kita mengatur dan mengasimilasikan maklumat). Kita juga boleh bercakap tentang kandungan perkara atau tertakluk kepada tahap gred. Orang yang mengguna pakai definisi ini menekankan fakta dan konsep sesuatu bidang tertentu. Kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat menetapkan definisi ini. Namun, kursus universiti dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah jarang tertakluk khusus (contohnya, pada kurikulum matematik atau biologi); mereka menekankan prinsip generik kurikulum yang merentasi dan merangkumi kebanyakan subjek. Selain itu, Ishak Ramly (2003) dalam penulisannya menyatakan bahawa kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah serta perkara yang diajar di sekolah dan bilik darjah. Beliau juga turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian utama iaitu yang pertama: kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kedua: kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas dan ketiga: kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu atau pun berkumpulan. Berdasarkan penulisan Yusu Hashim (2000) pula, beliau menyatakan bahawa kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang diambil daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa Inggeris pula, kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorphosis. Gabungan maksud kedua-dua bahasa ini menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Allan C. Ornstein dan Francis P. Hunkins (2009) pula menyatakan bahawa Curriculum as a field of study has been characterized as elusive, fragmentary and confusing. Certainly the field can be all that at times, but curriculum as a field of study is crucial to the health of schools and society. Whether we consider curriculum narrowly as subjects taught in schools or broadly as experiences that individuals require for full participation in society, there is no denying that curriculum affects educators, students, and other members of society. Olivia (1997) mengatakan bahawa we may think of the curriculum as a program, a plan, content, and learning experiences, whereas we may characterize instruction as methods, the teaching act, implementation, and presentation. Olivia adalah antara orang yang bersetuju dengan pemisahan antara kurikulum dengan pengajaran dan merumuskan kurikulum sebagai

a plan or program for all the experiences that the learner encounters under the direction of the school. Berbeza pula pendapat dikemukakan oleh Marsh (1997), beliau menyatakan bahwa kurikulum merupakan suatu hubungan antara perencanaan dengan pengalaman yang diperolehi oleh murid di bawah bimbingan sekolah..Senada dengan Marsh, Schubert (1986) mengatakan the interpretation that teachers give to subject matter and the classroom atmosphere constitutes the curriculum that students actually experience. Pengertian ini diperlukan ketika proses perkembangan kurikulum telah menetapkan apa yang ingin dikembangkan, model apa yang sepatutnya digunakan dan bagaimanasuatu dokumen harus dikembangkan. Kebanyakan dari pengertian itu berorientasi kepada kurikulum sebagai upaya untuk membangunkan dan menyesuaikan insan yang dididik untuk pekerjaan tertentu. Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat (2010) pula, kurikulum ditafsirkan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain-lain serta senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan lain-lain. Definisi Kurikulum Menurut Akta Pendidikan 1996 ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan.

Kesimpulan Menjelaskan pengertian kurikulum mungkin merupakan tugasan yang agak sukar. Hal ini disebabkan oleh pengertian kurikulum yang wujud sekarang ini berbeza antara satu sama lain kerana ia dikeluarkan oleh pengkaji-pengkaji yang berbeza daripada pelbagai aspek seperti etnik, bahasa dan kebudayaan.. Untuk memahami perbezaan tersebut, adalah lebih baik untuk kita mengkaji terlebih dahulu kepelbagaian pengertian kurikulum yang dikemukakan oleh para pengkaji masing-masing yang juga turut memainkan peranan dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya dan di seluruh dunia amnya. Berdasarkan, definisi yang telah dikemukan oleh para pengkaji kurikulum, kurikulum adalah segala apa yang diajar di sekolah serta memberi pengalaman kepada murid unruk diguna pakai dalam kehidupan harian mereka. Ia merupakan unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang memberi garis panduan kepada guru untuk menjalankan pengajaran ke pada kumpulan murid. Terdapat juga pengkaji mendefinisikan kurikulum sebagai isi pelajaran. Isi pelajaran ini yang digunakan oleh guru sebagai panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menyampaikan kurikulum dalam pelbagai kaedah yang sesuai dengan keupayaan murid dan kesesuaian persekitaran sekolah. Proses pembelajaran juga boleh berlaku di luar kawasan sekolah sekiranya guru mewujudkan suasana pembelajaran semasa bersama murid. Contoh aktiviti yang sering dijalankan ialah lawatan bermaklumat ke tempat-tempat yang sesuai. Banyak sukatan pelajaran yang dibina bersesuaian dengan situasi semasa di negara kit.a Pelaksanaan kurikulum sekolah memerlukan pemahaman yang mendalam oleh setiap pelaksana bagi memastikan kurikulum tersebut dilaksanakan dengan betul dan berkesan khususnya apabila diterjemahkan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik yang akan menterjemahkan kurikulum perlu arif dengan definisi kurikulum terlebih dahulu supaya tidak tersasar daripada landasan yang telah ditetapkan oleh kementerian. Sebagai usaha untuk membantu pelaksana kurikulum memahami dan berupaya melaksana kandungan kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan Guru dan Modul. Menyedari terdapat kesulitan bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut, PPK telah mengambil usaha mentransformasikannya ke dalam bentuk CD-ROM. Usaha ini adalah bagi memudahkan pengguna terutamanya para pendidik untuk mendapatkan sejumlah bahan sokongan kurikulum melalui satu media dan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia membudayakan penggunaan ICT. Banyak lagi sumber-sumber yang menterjemahkan maksud kurikulum yang lebih kompleks. Secara ringkasnya, kurikulum adalah suatu rancangan yang teratur yang merangkumi aktiviti akademik dan bukan akademik serta harus meliputi objektif pendidikan, segala pengalaman yang terancang dan penilaian pencapaian pelajar.

Rujukan

Mohd Daud Hamzah. (1994). Rekabentuk kurikulum sekolah. Kuala Lumpur. DBP. Prof. Dr. NanaSyaodih Sukmadinata. (1997). Pengembangan Kurikulum: teori dan praktek. Bandung. PT Remaja Rosdakarya. Ornstein, A.C. & Hunkins F.P. (2009). Curriculum: foundations, principles, and issues (5th ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon. Schiro, M.S. (2008). Curriculum: Theory visions and enduring concerns, London, UK: Sage Publications. Scott, D. (2008). Critical Essays on Major Curriculum Theorists, London: Routledge. Pengertian dan Definisi Kurikulum (2009). Diakses daripada http://www.scribd.com/doc/22453020/Pengertian-Dan-Definisi-Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum. Diakses daripada http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php

NAMA DAN KOD KURSUS TEORI, REKA BENTUK DAN AMALAN KURIKULUM (KPF 6024)

TUGASAN INDIVIDU TAJUK : JELASKAN MAKSUD KURIKULUM

NAMA : SITI ZALEHA BINTI HAMZAH

PROGRAM : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)

NAMA PENSYARAH : DR. MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB

You might also like