You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke 2 Kedua 04 Feb 2013 08 Feb 2013 Masalah kawalan kelas

1. Masalah Pada minggu kedua, saya telah memulakan sesi pengajaran saya untuk kali pertama sejak memulakan praktikum. Pada awal slot, saya menghadapi masalah mengawal kelas. Pada hari Selasa dan Khamis (05 dan 07 Februari 2013), saya telah mula mengajar satu hari penuh. Menurut guru pembimbing, kebanyakan murid-murid Prasekolah Gemilang terdiri daripada murid-murid yang masih tidak tahu membaca dan menulis. Hanya 5 murid sahaja yang sudah mampu mengenali huruf dan menulis. Pada semester ini murid-murid Prasekolah SKKCB nakal dan sukar menumpukan perhatian pada mengajaran. Mereka lebih suka bermain jika tidak di tegur hingga kawalan kelas pada percubaan pertama saya dianggap kurang berjaya. Selain itu pengurusan masa saya juga lemah. Misalnya dalam aktiviti kumpulan lebih lagi kawalan kelas masa ini saya rasa sangat susah untuk mengawal kerana murid akan bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan mungkin terlalu simple dan mudah untuk diselesaikan. Kumpulan yang terlebih dahulu selesai menyiapkan tugasan adalah terdiri daripada kumpulan yang sudah pandai. Hal ini menyebabkan mereka membuat bising dan cuba menganggu rakan-rakan yang lain. Oleh demikian, kawalan kelas menjadi sukar untuk dikawal. Di samping itu dalam pengurusan masa , saya tidak menyedari masa bergerak terlalu cepat. Daripada satu tunjang hendak ke tunjang lain itu saya selalu lambat atau terlebih masa. Selain itu juga, penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan menyebabkan murid-murid berasa teruja dan sering ingin melihat dan merasainya sendiri. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga perancangan masa dengan lebih sempurna. Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas kerana selama ini suara saya terlalu perlahan. Bagi pembahagian masa pula, saya akan sentiasa memerhatikan jam dindign atau jam tangan bagi menyelesaikan masalah ini. Bahan bantu mengajar juga, seharusnya bersesuai dengan masa dan pengajaran pada hari tersebut. Saya perlukan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya. 5. Tindakan Susulan Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektifobjektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang advance bagi mengawal kelas daripada bising. Biasanya pada hari Selasa, selepas Pendidikan Agama Islam, murid-murid ini akan lebih aktif kerana semasa Pendidikan Agama Islam, mereka kurang bertindak sedemikian. Selepas waktu rehat kebiasaannya kanak-kanak akan bergerak aktif kerana telah telah bertenaga. Maka kawalan kelas pada masa ini sangat penting untuk mengurangkan tahap kebisingan muridmurid.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ............................................ Nama : .............................................

Tandatangan Nama

: ......................................... : .........................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .........................................

You might also like