You are on page 1of 8

PERATURAN PARADIGMATIK

Pola Perbezaan minimal

Konsep Paradigmatik
Paradigmatik merujuk kepada perubahan kata di dalam perkataan, sejajar dengan apa yang diucapkan oleh penutur. Paradigmatik melibatkan penggunaan kata yang mempunyai hubungan secara menegak yang berlawanan dengan sintagmatik yang mempunyai hubungan secara mendatar. Analisis paradigmatik biasa dikaitkan dengan sintagmatik kerana kedua-duanya memiliki hubungan secara songsang atau berkontras, namun saling berkaitan.

analisis paradigmatik mencari dan mengenal pasti pelbagai paradigma (atau set petanda yang wujud) yang mendasari secara jelas kandungan sesuatu teks. Paradigmatik melibatkan perubahan penggunaan kata di dalam ayat. Kata yang mempunyai hubungan secara menegak disebut sebagai hubungan paradigmatik. Hubungan begini dikaitkan kesamaan dengan makna antara satu kata dengan kata lain yang disebut sebagai sinonim.

Contoh: ibu - emak 1. Ibu menghidangkan secawan kopi untuk bapa. 2. Emak menghidangkan secawan kopi untuk bapa.

Pola Paradigmatik
Oleh sebab paradigmatik mempunyai perkaitan dengan sintakmatik, kita perlu melihatnya secara bersama walaupun kedua-duanya bersongsangan. dia menulis buku mereka guru

Ringkasnya, suatu unit mempunyai hubungan sintagmatik dengan unit-unit yang berlaku dalam ikatan dengannya: d i a dia menulis buku

Suatu unit mempunyai hubungan paradigmatik pula dengan setiap unit yang boleh saling berganti tempat dengannya dia menulis buku mereka guru

Perbezaan minimal
bertujuan untuk membuat diskriminasi terhadap kemiripan bunyi. Contoh: pola - bola, barang - parang, paku baku Di dalam bahasa Inggeris, perkataan seperti bet dan pet dianggap sebagai rangkaian tiga unsur ungkapan yang berada di dalam ciri linguistik yang sama. yang membezakan kedua-duanya adalah fonem /p/ dan /b/. Ini bermaksud perkataan-perkataan tersebut mempunyai hubungan paradigmatik di antara kedua-duanya.

You might also like