You are on page 1of 24

Disediakan oleh : Prescella Presley Amy Lau Siew Ding

Pengenalan

Semua organisma memerlukan tenaga untuk terus hidup. Tenaga diperlukan bagi pelbagai aktiviti seperti ; pengecutan otot penghantaran impuls saraf pengangkutan aktif pembahagian sel untuk pertumbuhan badan sintesis protein, lemak, hormon dan enzim perkumuhan pengekalan suhu badan

o o o o o o o

Apakah itu proses respirasi?


Tenaga diperoleh melalui proses respirasi.


Respirasi ialah proses penguraian makanan dalam organisma hidup. Dengan kata lain, respirasi merupakan proses penguraian molekul-molekul makanan, khususnya glukosa, dalam sel-sel hidup untuk membebaskan tenaga, karbon dioksida dan air. Proses penguraian makanan terdiri daripada satu siri tindak balas yang dikawal oleh enzim dalam badan.

Semasa proses respirasi ini, tenaga, karbon dioksida, dan air akan dibebaskan. Fungs utama proses respirasi ialah memperolehi tenaga melalui penguraian bahan-bahan makanan.

Proses respirasi terdiri daripada dua peringkat, iaitu respirasi luar dan respirasi dalam.

Sistem Respirasi Manusia

Sistem respirasi manusia terdiri daripada;

o
o o o

Organ-organ pernafasan Tulang rusuk Diafragma Otot-otot interkosta


Organ-organ pernafasan termasuklah rongga hidung, salur pernafasan (trakea, bronkus, dan bronkial), dan peparu. Alveolus, bronkiol, dan sebahagian daripada bronkus terletak di dalam peparu.

Rajah Sistem Respirasi Manusia

- Rajah sistem respirasi manusia -

Proses Respirasi Manusia


o

Organ pernafasan manusia terletak di bahagian rongga toraks dan bermula dari rongga hidung. Udara akan disedut ke dalam badan kita melalui hidung atau mulut dan seterusnya akan disalurkan ke dalam trakea. Rongga hidung berfungsi untuk memanaskan, melembapkan, serta menapis zarah-zarah halus seperti debu dan habuk daripada udara yang melaluinya. Trakea pula berfungsi sebagai salur yang menyambungkan udara daripada rongga hidung kepada peparu.

Trakea juga merupakan satu saluran yang bercabang kepada dua bahagian cabang yang dikenali sebagai bronkus yang masuk ke dalam peparu. Di dalam peparu, bronkus bercabang untuk menghasilkan banyak saluran yang lebih kecil yang disebut bronkiol. Setiap bronkiol akan berakhir dengan alveolus. Setiap alveolus mempunyai dinding yang sangat nipis, lembap, dan diliputi oleh banyak jaringan kapilari darah. Otot-otot interkosa adalah otot yang terdapat di antara tulang-tulang rusuk.

Terdapat 2 jenis otot interkosa iaitu, otot interkosa

Tulang rusuk pula berfungsi untuk melindungi peparu dan organ dalaman seperti jantung. Diafragma adalah satu kepingan otot yang terletak di bahagian bawah peparu.

Berikut merupakan ringkasan perjalanan udara memasuki peparu manusia melalui proses respirasi : Hidung Trakea Bronkus Bronkiol Alveolus

- Rajah ringkasan perjalanan udara yang memasuki peparu -

Mekanisme Pernafasan
o

Mekanisme pernafasan manusia melibatkan dua proses fizikal, iaitu tarikan nafas dan hembusan nafas yang berlaku secara berselang-seli tanpa berhenti. Udara dari luar disedut ke dalam peparu melalui proses tarikan nafas.

Sebaliknya, udara dikeluarkan dari peparu melalui proses hembusan nafas.

Otot-otot interkosta menaik atau menurunkan tulang rusuk semasa pernafasan.

Diafragma mengubah tekanan udara dalam rongga toraks dengan menambah atau mengurangkan isi padu rongga toraks.

Semasa menarik nafas ; Otot-otot interkosta luar mengecut. Hal ini menyebabkan tulang rusuk naik ke atas dan ke luar. Pada masa yang sama, otot-otot interkosta dalam mengendur. Otot-otot diafragma mengecut dan menyebabkan diafragma menurun ke bawah dan menjadi rata. Isi padu rongga toraks bertambah. Dengan ini, tekanan udara di dalamnya menjadi lebih rendah daripada tekanan atmosfera (tekanan udara di luar). Kejadian ini mengakibatkan udara di luar disedut masuk ke dalam peparu.

1.

2.

3.

4.

Semasa menghembus nafas; Otot-otot interkosta dalam mengecut. Hal ini menyebabkan rusuk turun ke bawah dan ke dalam. Pada masa yang sama, otot interkosta luar mengendur. Otot diafragma mengendur dan menyebabkan diafragma melengkung ke atas. Isi padu rongga toraks berkurang. Tekanan udara di dalamnya menjadi lebih tinggi daripada tekanan atmosfera. Kejadian ini mengakibatkan udara di dalam peparu terdesak keluar.

1.

2.

3.

4.

Menarik Nafas
Mengecut Mengendur Naik ke atas dan ke luar Mengecut Mendatar Bertambah Tekanan udara dalam Rongga toraks rendah

Bahagian Terlibat
Otot interkosta luar Otot interkosta dalam Pergerakan tulang rusuk Otot diafragma Bentuk diafragma Isi padu rongga toraks Tekanan udara dalam rongga toraks berbanding tekanak atmosfera luar Pergerakan udara

Menghembus Nafas
Mengendur Mengecut Turun ke bawah dan ke dalam Mengendur Melengkung Berkurang Tekanan udara di dalam rongga toraks lebih tinggi Udara di dalam peparu terdesak keluar

Udara disedut ke dalam peparu

- Perbandingan antara mekanisme menarik dan menghembus nafas -

PERTUKARAN GAS OKSIGEN


o

Gas oksigen akan meresap ke dalam kapilari darah untuk di bawa ke semua sel badan. Gas karbon dioksida meresap dari kapilari darah ke dalam alveolus untuk disingkirkan. Alveolus cekap dalam pertukaran gas kerana; Berdinding nipis, iaitu setebal satu sel. Lembap (membolehkan gas melarut). Dikelilingi oleh jaringan kapilari darah yang banyak. Mempunyai berjuta-juta alveolus untuk menambah luas permukaan.

o 1. 2.

3.
4.

Udara yang disedut ke dalam badan akan sampai ke alveolus melalui salur pernafasan.

Oksigen dalam udara sedutan kemudiannya larut dalam lapisan cecair nipis pada dinding alveolus.
Oleh sebab kapilari darah berada sangat rapat dengan dinding alveolus, gas oksigen yang terlarut dapat meresap melalui dinding alveolus dengan mudah untuk masuk ke dalam aliran darah.

PEngangkutan oksigen dalam darah


o

Oksigen dalam udara yang disedut ke dalam alveolus peparu akan meresap ke dalam kapilari darah. Dalam darah, oksigen akan bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin. Darah beroksigen ini dibawa ke jantung dari peparu dan dipam ke seluruh badan untuk respirasi sel-sel badan. Apabila sampai di tisu badan, oksihemoglobin akan terurai untuk membebaskan oksigen. Oksigen kemudian meresap memasuki sel. Dalam sel-sel

Proses respirasi adalah satu proses pengoksidaan makanan dalam sel-sel badan untuk membebaskan tenaga, karbon dioksida, dan membentuk air.
Glukosa + Oksigen karbon dioksida + air + tenaga

Tenaga yang terhasil digunakan untuk aktiviti harian seperti berjalan dan mengekalkan suhu badan. Karbon dioksida yang terhasil diangkut oleh darah terdeoksigen (darah tanpa oksigen) ke peparu untuk disingkirkan.

Kepentingan kesihatan sistem respirasi


o

Terdapat pelbagai bahan kimia yang dapat menjejaskan sistem respirasi manusia; Asap rokok (Nikotin, Tar tembakau, Asid, Bahan Karsinogen-bahan yang mengalakkan pertumbuhan kanser) - menyebabkan penyakit bronkitis, kanser kerongkong dan peparu. - merosakkan sel alveolus dan sel peparu. - menghakis sel peparu. - meransang pertumbuhan kanser.

1.

2.

Gas berasid dari kilang (Sulfur Dioksida & Nitrogen Dioksida) - merosakkan salur pernafasan dan peparu. Asap kenderaan (Karbon Monoksida) - mengurangkan kebolehan darah mengangkut oksigen dan boleh membawa maut. Pembakaran hutan atau sampah sarap (Jerebu) - merosakkan peparu. Pembakaran bahan plastik (Hidrogen Klorida, Ammonia) - menghakis salur pernafasan.

3.

4.

5.

You might also like