You are on page 1of 12

DISEDIAKAN OLEH : SITI AISYAH BINTI KAMARODIN

PENSYARAH PEMBIMBING :
DR. HAJI. SAJAP BIN MASWAN

PENGENALAN
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum pendidikan sebagai suatu usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Suatu perubahan yang signifikan perlu dilakukan oleh guru tentang cara mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Ismail 1996). Sudah tiba masanya budaya pembelajaran diubah daripada pemfokusan memori kepada pengetahuan, pemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Menurut Salomon (1993), pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Menurut Smellie et al. (1997), media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memudahkan pelajar memahami dan mendapat maklumat yang kompleks berbanding dengan penyampaianmelalui lisan. Beliau turut menyatakan teknologi multimedia membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang.

PENILAIAN
Dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal.

APA ITU PENILAIAN?


Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dicapai.

Interactive evaluation method


Not only inform about the views and feelings from participants but also create the possibility for participants to learn about how others experience the programs. Have the possibility to express for themselves their own personal view. By using questionnaire or interviews

APA ITU RUBRIK?


Rubrik adalah panduan pemarkahan atau satu set jangkaan yang digunakan untuk menilai prestasi produk. Langkah-langkah objektif yang dinyatakan, menggunakan pelbagai prestasi kadar. Ciri-ciri ini disusun dalam tahap, menunjukkan tahap yang standard telah dipenuhi. Rubrik adalah amat berguna untuk menilai sesuatu yang kompleks dan subjektif. Mereka menyediakan panduan kerja bagi kedua-dua guru dan pelajar dan biasanya diedarkan sebelum tugasan supaya pelajar tahu apa yang diharapkan.

REKA BENTUK PENILAIAN


Dibuat dengan menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Melihat persepsi pelajar ke atas video pembelajaran. Data mentah yang diperoleh daripada tinjauan ini akan dianalisis dengan analisis korelasi.

Analisis korelasi:
Mohd. Majid (1991), memberi penekanan tentang perkaitan antara pemboleh ubah. Wiersma (2000), tidak memanipulasikan pemboleh ubah tetapi hanya mengkaji kesan dan hubungan yang wujud antara pemboleh ubah ; perhubungan dua pemboleh ubah yang dikaji merupakan korelasi. Instrumen yang digunakan untuk penilaian ialah soal selidik.

RUBRIK PENILAIAN VIDEO

CONTOH VIDEO yang ingin dinilai

You might also like