P. 1
Masalah Dalam P&P PJ Di Sekolah

Masalah Dalam P&P PJ Di Sekolah

|Views: 66|Likes:
Published by amywkm80
PJ
PJ

More info:

Published by: amywkm80 on Mar 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/09/2013

pdf

text

original

Permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran PJ di sekolah Pengenalan Istilah ‘pendidikan jasmani’ (PJ) digunakan secara implisit sejak zaman

primitif lagi (Wee Eng Hoe, 1994: m.s. 1). Namun begitu dalam konteks Malaysia, kemungkinan istilah ini mula diperkenalkan oleh orang British di zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Walaupun sekian lama istilah pendidikan jasmani digunakan, persoalan tentang pengertiannya masih lagi wujud dimana pendidikan jasmani ini keseluruhannya dianggap sebagai sukan dan sesi pendidikan jasmani banyak membawa pengertian sukan. Mungkin ini disebabkan kurikulum pendidikan jasmani terdiri daripada sukan ataupun kurikulum pendidikan jasmani pada asasnya lebih mementingkan sukan. Menurut Armstrong (1990), konsep pendidikan jasmani dan sukan adalah berbeza. Sebagai contoh ialah pendidikan jasmani adalah melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran, manakala sukan hanyalah berbentuk rekreasi. Pendidikan jasmani biasanya dikendalikan oleh guru manakala sukan dikendalikan oleh jurulatih yang mahir bagi sukan tertentu. Pendidikan jasmani lebih berpusatkan pelajar dan pembangunan diri pelajar, namun sukan lebih berpusatkan sukan dan pembangunan bidang sukan tersebut. Pendidikan jasmani perlu mencapai objektif dari tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Ini berbeza dengan subjek-subjek akademik lain yang hanya mempunyai domain kognitif dan afektif untuk dicapai (Julismah Jani, 2007).

1

jurang akauntabiliti akademik subjek pendidikan jasmani dengan subjek-subjek akademik lain mesti dikurangkan. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini. Maka pihak pengurusan sekolah tidak mengambil berat terhadap pelaksanaan subjek pendidikan jasmani di sekolah dan menganggap semua guru mampu mengajarnya.Akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani Kebanyakan golongan pendidik memberi persepsi yang negatif terhadap subjek pendidikan jasmani. Subjek pendidikan jasmani juga perlu mempunyai proses penilaian yang berterusan dari semua aspek melalui peperiksaan dan kad kemajuan pelajar bagi mendapatkan keputusan yang baik. Maka pendidikan jasmani tidak diajar dengan betul sebagaimana yang dibincangkan dalam teori menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai objektifnya. pertumbuhan organan. pertumbuhan sosial dan emosi dan meningkatkan pengamatan dan persefahaman dikalangan pelajar. Diantara strategi untuk meningkatkan akauntabiliti akademik subjek pendidikan jasmani ialah mesti melaksanakan proses pengajaran dan pendidikan yang betul oleh guru yang berkelayakan. kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contoh ialah kegagalan pencapaian matlamat dalam pendidikan jasmani di sekolah iaitu pertumbuhan otot-saraf. Kebanyakan pendidik mengangap pendidikan jasmani sebagai subjek main-main dan hanya berbentuk ko-kurikulum yang tidak berbentuk akademik. Lebih malang ada sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak bersifat akademik dan tidak penting dalam peperiksaan. Apabila guru yang tidak berkemahiran dalam subjek pendidikan jasmani mengajar pendidikan jasmani di sekolah. Semua pihak harus mengiktiraf subjek pendidikan jasmani ini sebagai subjek yang mempunyai akauntabiliti akademik sebagaimana subjek- 2 .

pengukuran dan penilaian. Oleh itu. bagi memotivasikan pelajar belajar. guru pendidikan jasmani juga perlu melaksanakan proses pengujian. 3 . Penggredan seharusnya melihat kepada kemampuan dalam melakukan kemahiran yang dilatih.subjek lain di sekolah yang mempunyai matlamat dan objektif tersendiri. Pengujian. seterusnya mencapai gred yang lebih baik. Ianya sangat penting untuk memberi maklum balas terhadap pembelajaran pendidikan jasmani bagi membangunkan akauntabiliti akademik pendidikan jasmani. Diantara kepentingan penilaian ialah dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar. pengukuran dan penilaian subjek pendidikan jasmani. Menurut Veal (1991). pengukuran dan penilaian pendidikan jasmani Selain melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani. guru mestilah menghargai nilai aktiviti tersebut dan memastikan pelajar dapat mencapai dan mampu berjaya jika mereka mencurahkan usaha yang setimpal. pelajar harus diberi peluang untuk menyertai pelbagai jenis aktiviti fizikal serta masa yang mencukupi untuk berlatih kemahiran. Hasil daripada maklumat ini dapat membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik. Akhirnya guru pendidikan jasmani perlulah meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dengan betul dan tepat. Pengujian. Sebagai tenaga pengajar. Masalah perbezaan penggredan berlaku dalam Pendidikan Jasmani yang mana pengukuran tidak dapat mewujudkan penghasilan kebolehan prestasi sebenar pelajar. guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan serta memahami prosedur untuk melakukan sesuatu pengujian. pengukuran dan penilaian ini adalah merupakan cara untuk mengesan sama ada matlamat dan objektif telah tercapai atau tidak.

Sistem ini kadangkala menyebabkan pencapaian yang rendah dan kehendak untuk melakukan yang terbaik tidak sama berbanding pelajaran lain. 4 .Penekanan betapa pentingnya hubungan antara penilaian dan pengajaran dan ketepatan sesuatu penilaian yang dibuat akan memberi kesan yang besar terhadap pengalaman pengajaran yang dialami pelajar. afektif dan psikomotor dan untuk mencapai matlamat penilaian ianya hendaklah dilakukan dengan sistematik bagi mengangarkan sejauh mana objektif intruksional yang dicapai oleh para pelajar. Ia boleh melemahkan pelajar yang lembab dan menjadikan sukan untuk menentukan samada murid telah menguasai kemahiran asas. Setiap guru perlulah bijak menguji kemahiran yang dikehendaki kerana guru merupakan penguji yang layak kerana mereka tahu tentang prestasi pelajarnya berbanding penguji luar atau ujian yang serupa. Tumpuan terhadap akauntabiliti yang semakin meningkat telah membentuk suatu keperluan untuk pengukuran dan penilaian. Ia juga menggalakkan sikap yang negatif terhadap pendidikan jasmani. 3) Elakkan penggredan lulus–gagal atau kredit dan tidak kredit. Masalah utama yang dihadapi oleh guru pendidikan jasmani ialah untuk membuat pemarkahan (grading) terhadap pendidikan jasmani kerana tiada prosedur dan kaedah yang jelas untuk melaksanakannya. ia selalu di salah gunakan. Keperluan ini telah dirasa pada setiap tahap di segenap penjuru pendidikan dan Pendidikan Jasmani juga tidak terkecuali. Tujuan asal pengajaran adalah untuk membantu dan menolong para pelajar memperolehi pelajaran yang diinginkan dari segi domain kognitif. Pendidik pendidikan jasmani dapat menguji kemampuan motivasi pelajar dalam penggredan dengan kaedah berikut: 1) Menggunakan penilaian rujukan criteria berdasarkan pencapaian dan objektif yang jelas seperti yang dinyatakan dalam buku rujukan pendidikan jasmani 2) Elakkan penilaian rujukan norma walaupun ia dapat membantu guru menilai kemampuan murid.

Kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani hanya menyatakan jenis ujian kecergasan motor yang mesti dijalankan tetapi tidak menyediakan prosedur menjalankan ujian.Terdapat beberapa perinsip yang perlu dipatuhi dalam penggredan. 5 . Kaedah penggredan juga perlulah mudah ditadbir dan mudah difahami oleh semua pihak termasuklah guru. Walaupun penyelidik kajian lampau berjaya menghasilkan bateri ujian kecergasan motor. Sebarang bentuk penilaian yang dibuat oleh guru berdasarkan keputusan ujian yang meragukan akan menjejaskan prestasi kecergasan motor pelajar. Seterusnya gred yang diberikan harus dapat membezakan pencapaian pelajar yang baik dan lemah. tetapi hasil kajian mereka masih kurang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi mengukur kecergasan motor pelajar. Adalah terlalu sukar bagi guru Pendidikan Jasmani untuk menggunakan bateri ujian tersebut. mempunyai kesahan. Kesan daripada kegagalan menggunakan prosedur ujian yang tepat menyebabkan data yang diperoleh adalah meragukan. pelajar dan keluarga pelajar. penilaian yang berkaitan dengan prestasi kecergasan motor pelajar dapat dijalankan dengan lebih berkesan setelah guru Pendidikan Jasmani memahami tujuan sebenar pengujian dan pengukuran ujian kecergasan motor. Ini terutamanya kerana kebanyakan ujian yang terdapat dalam bateri ujian tersebut tidak dinyatakan prosedur ujian yang lengkap dan piawai. Guru Pendidikan Jasmani juga perlu benar-benar mengetahui semua perinsip-prinsip pengujian dan pengukuran sebelum menjalankan ujian kecergasan motor. Diantaranya ialah gred yang diberikan mestilah berkait terus dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. guru Pendidikan Jasmani tidak dapat menjalankan ujian dengan berkesan. Kaedah pemberatan perlulah digunakan bagi setiap unit pengajaran agar tumpuan dapat diberikan dengan tepat. Tanpa prosedur ujian yang piawai. Keseluruhannya. kebolehpercayaan dan objektiviti yang tinggi. Kegagalan guru menguasai prosedur menjalankan ujian kecergasan motor akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

menjadi tanggungjawab Kementerian dan Jabatan Pendidikan untuk memastikan perlaksanaan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan/Sains Sukan secara sistematik dapat dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Sesungguhnya secara jelas. kesahan dan keobjektifan yang boleh diterima. Pendidikan Jasmani hanya dijalankan selama 50 minit seminggu. pengukuran dan penilaian kurang diberi keutamaan di kalangan guru Pendidikan Jasmani. Apa yang berlaku kini. 6 . Contohnya. hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara untuk melahirkan bakat-bakat dalam arena sukan mungkin tidak kesampaian. ruang antara teori dan praktis seharusnya dikurangkan dengan memberi penumpuan utama terhadap teknik yang mudah. menganalisis dan melaporkan keputusan ujian dengan sistematik dan berkesan. yang cara pengajaran serta penilaian yang sistematik amat diperlukan khususnya dalam konteks Pendidikan Jasmani di Malaysia.Setiap perubahan perlu dalam konteks meningkatkan prestasi pelajar dalam sukan supaya bakatnya itu dapat di gilap bagi menentukan hala tujunya dalam bidang sukan. Ini mendatangkan masalah kepada guru untuk merekod. Menurut Larry (1990). Disamping itu juga guruguru kekurangan pengetahuan tentang cara dan teknik penilaian yang sistematik. Oleh itu perlulah di perbaiki dari peringkat bawahan terutama di sekolah dalam memberikan pengukuran yang bermakna dalam mengenal pasti pelajarpelajar yang berbakat dalam pendidikan jasmani khususnya dan sukan secara amnya. Sekiranya tiada pembaharuan dalam pengukuran penilaian prestasi pelajar. tapi mengekalkan tahap kebolehpercayaan. Kini. Salah satu sebab utamanya adalah dikaitkan dengan masalah masa pengurusan. Sekiranya perkara ini dititikberatkan nescaya prestasi sukan di negara ini dapat ditingkatkan sebaik mungkin. efesyen dan boleh digunakan secara meluas dan ramai.

Guru juga seharusnya mempunyai rancangan pengajaran atau program latihan yang teliti meliputi: 1) Menolong pelajar peka terhadap kemalangan yang mungkin berlaku. Kecederaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani sering berlaku disebabkan guru tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan ditambah pula kegagalan merancang pengajaran dan latihan dengan berhati-hati. pendidikan jasmani melibatkan aktiviti fizikal dikalangan pelajar dan lebih berisiko berlakunya kecederaan jika guru gagal untuk mengambil langkah keselamatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. 2) Perancangan dan pengetahuan tentang bahan yang diajar. 7 . Semasa mengajar. Pengawasan yang cekap merupakan tanggungjawab setiap guru pendiidkan jamani. Setiap guru pendidikan jasmani seharusnya mempunyai panduan am yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.Bahaya dalam pendidikan jasmani Sebagaimana yang diketahui. 3) Pengetahuan tentang tahap kebolehan pelajar atau pelatih. malah mereka diharap berkeupayaan untuk mengawasi murid dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat melindungi pihak sekolah daripada tindakan undang-undang yang tidak perlu akibat kecederaan yang ringan. Mereka bukan sahaja dijangka cekap dalam setiap aktiviti yang dikendalikannya.s. guru juga seharusnya tidak meninggalkan kelas atau tempat aktiviti dijalankan tanpa pengawasan disebabkan masalah peribadi seperti ingin mendengar telefon. Oleh itu guru seharusnya menetapkan dan menerangkan peraturan keselamatan untuk kemudahan pendidikan jasmani kepada pelajar sebelum melakukan akitiviti. 1994: m. menjaga anak di tepi gelanggang atau bercakap dengan orang lain. Kefahaman berkenaan keselamatan dalam pendidikan jasmani amat penting bagi mencegah berlakunya kecederaan terhadap murid melalui cara pengajaran atau latihan yang lebih baik (Wee Eng Hoe. 89).

Oleh itu. guru yang ditugaskan untuk mengajar pendidikan jasmani tetapi kurang berbolehan seharusnya memberitahu pihak pentadbir tentang tahap kebolehannya. Namun terdapat pentadbir sekolah yang meletakkan guru tidak berkelayakan dan berkebolehan untuk mengendalikan kelas pendidikan jasmani. Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan sukan. guru harus memastikan peralatan sukan yang digunakan adalah sentiasa selamat. Sebagai contoh yang lain ialah pelajar mesti memakai shin-guard dalam hoki dan penjaga lutut dalm bola tampar. tempat-tempat sebegitu seharusnya dikunci. Bagi aktiviti tertentu. Seperti contoh ialah penggunaan bilik kecergasan atau gimnasium seharusnya ada seorang penjaga yang dapat mengawasi perjalanan aktiviti pelajar. Alat-alat pencegah kemalangan mesti diwajibkan kepada pelajar seperti pelindung muka untuk penjaga gol hoki dan mesti sentiasa dalam keadaan yang baik. Terdapat sebahagian guru yang mengajar pendidikan jasmani tidak memakai pakaian yang sesuai dan hanya membiarkan pelajar bermain dipadang tanpa pengawasan yang rapi. Guru pendidikan jasmani seharusnya mengambil langkah-langkah tertentu untuk mempertingkatkan kebolehan diri kerana guru tidak seharusnya mengajar aktiviti tanpa pengetahuan yang mencukupi. Guru juga tidak boleh membiarkan pelajar menggunakan kemudahan pendidikan jasmani tanpa pengawasan guru pendidikan jasmani. Ini telah meningkatkan lagi risiko berlakunya kecederaan akibat kekurangan pengetahuan dan kefahaman guru tersebut untuk mengendalikan kelas pendiidkan jasmani. Pelajar yang berada di bawah pengawasan guru pendidikan jasmani seharusnya sentiasa boleh dilihat agar dapat diawasi. Seperti aktiviti gimnastik dalam pendidikan 8 . Pelajar diwajibkan untuk memakai pelindung dalam apa-apa keadaan sekali pun.Guru pendidikan jasmani mestilah memakai pakaian yang sesuai dan sentiasa bersama pelajar semasa aktiviti fizikal berjalan. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah kemalangan semasa sesi pendidikan jasmani. Dalam keadaan yang tiada pengawasan. pelajar tidak dibenarkan melakukannya secara bersendirian dan perlu kepada pembantu atau penyokong.

guru harus bijak memilih aktiviti kepada pelajar.jasmani dan aktiviti angkat berat atau latihan beban mesti menggunakan penyokong untuk membantu pelajar melakukan aktiviti. 9 . Pemilihan aktiviti yang sesuai amat penting untuk mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar dan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani tercapai. Aktiviti mestilah dirancang dengan rapi dan mengikut perinsip-perinsip ansur maju. Dalam usaha mengurangkan kecederaan. aktiviti perlulah diubahsuai mengikut kreativiti guru agar lebih selamat. Guru tidak boleh memaksa pelajar melakukan aktiviti diluar kemampuan atau keinginan pelajar tersebut seperti pelajar dengan kaki yang sakit tidak boleh dipaksa untuk melompat. Jika perlindungan atau langkah keselamatan gagal disediakan. Arahan yang diberi mestilah jelas terutamanya bagi aktiviti yang baru diperkenalkan untuk mengelakkan kesilapan yang mungkin mendatangkan kecederaan. Risiko kecederaan dalam pendidikan jasmani akan meningkat jika guru gagal memilih aktviti yang sesuai dengan pelajar berdasarkan umur. saiz dan tahap keupayaan atau kemahiran pelajar. Aktiviti yang dipilih mestilah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar dan menyediakan program yang berperingkat demi mementingkan ciri-ciri individualistik pelajar. Pelajar yang berkebolehan rendah mestilah melakukan aktiviti yang mengikut tahap kebolehannya. Guru mesti memastikan semua pelajar memahami dengan jelas setiap arahan yang diberikan sebelum memulakan aktiviti fizikal. Dougherty (1981) melaporkan bahawa kecederaan yang melibatkan aktiviti sukan berbentuk sentuhan mencapai tahap 50% dan aktiviti sukan tanpa sentuhan sebanyak 10% daripada jumlah kos kecederaan yang telah dilaporkan secara rasmi. Aktiviti ysng dipilih mestilah sejajar dengan kebolehan pelajar. Guru boleh mengajar palajar cara menyokong dan setiap pelajar mesti diajar untuk berbuat demikian. langkah pencegahan seharusnya diwujudkan dalam program pendidikan jasmani. Bagi setiap pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

kenderaan sekolah dan kenderaan sendiri hendaklah digunakan. Apabila seseorang pelajar tercedera semasa aktiviti pendidikan jasmani. Semasa menggerakkan pelajar yang tercedera. adalah penting untuk guru mendokumentasikan secara terperinci kecederaan yang berlaku itu. pengurangan dan pengekalan. 3) Memilih kaedah yang sesuai untuk menguruskan setiap bahaya termasuk pengankutan. Ia juga menolong kita mengenalpastikan dan menghapuskan faktor-faktor yang menyebabkan kecederaan tetapi boleh dicegah. kemudahan ambulan. proses pengurusan bahaya dilaksanakan mengikut langkahlangkah berikut: 1) Mengenal pasti bahaya yang berkaitan dengan sukan dan aktiviti fizikal. pengelakan. 4) Melaksanakan prosedur pentadbiran yang sesuai untuk menggerakkan pelan pengurusan bahaya. Dalam kes serius yang memerlukan pelajar dihantar ke hospital. Laporan kecederaan itu akan menjadi rujukan doktor dan mahkamah jika kes itu menjadi kes mahkamah. 10 .Menurut Gray (1991). 2) Menilai bahaya untuk menentukan kebarangkalian berlakunya dan ketenatannya jika bahaya berlaku. perhatian diberi supaya tidak menambahkan ketenatan pelajar.

H. ‘Are You an Effective Risk Manager?’: Athletic Purchasing and Facilities. Journal of physical education. D. 62(9). Academic Research Library. A badminton tournament that motivates students. IL: Human Kinetics. Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan Jasmani. (Ed). New Directions in Physical Education: Volume 1. Nov 1991. (1994). Champaign. Julismah Jani. (1990). 34-37. Mac 1990. Tanjong Malim: Penerbit Iniversiti Pendidikan Sultan Idris. recreation & dance. Current Measurement and Evaluation Practices in Professional Physical Education. 11 . Larry. (1991). Journal of physical education. (2007). Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan. (1990). Veal M. recreation & dance. Bhd. Academic Research Library.Rujukan Armstrong. N.J. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. N. (1981). 5:18-21. Dougherty. Wee Eng Hoe.L.

pengukuran dan penilaian pendidikan jasmani 4) Bahaya dalam pendidikan jasmani 5) Rujukan M/S 1 2 3 7 11 12 .ISI KANDUNGAN 1) Pengenalan 2) Akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani 3) Pengujian.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->