You are on page 1of 10

KEMAHIRAN INDUKSI KOMPONEN PENGAJARAN

PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2011 LIYANA FATIN ZIRA

DEFINISI SET INDUKSI


Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.

Menarik perhatian dan menimbulkan minat murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan

Membina aliran pemikiran murid supaya bersedia untuk menerima pembelajaran

Memotivasikan murid supaya bersedia untuk belajar

Mengaitkan pengalaman atau pengetahuan lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.

Membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.

OBJEKTIF SET INDUKSI

Menarik perhatian

wujud motivasi

KOMPONEN SET INDUKSI


Menstruktur
Membuat perkaitan

MENARIK PERHATIAN
merangkumi perkara berikut: Mewujudkan nada suara yang sesuai. Menggunakan ABM/BBM yang menarik. Menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat. Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.

MEWUJUDKAN MOTIVASI
merangkumi perkara berikut : Membangkitkan rasa ingin tahu. Menggunakan teknik bercerita. Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna. Menggunakan soalan yang mencabar.

MEMBUAT PERKAITAN
merangkumi perkara berikut: Mengaitkan pengetahuan lepas murid. Mengaitkan isi pelajaran baru. Mengaitkan peristiwa semasa. Mengaitkan minat dan pengalaman murid.

MENSTRUKTUR
merangkumi perkara berikut : Menyatakan had tugas yang akan dijalankan. Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas. Menyatakan aktiviti, tugasan atau projek.

KESAN KEMAHIRAN SET INDUKSI KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep. iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru

iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

You might also like