You are on page 1of 3

Pulut SeKaya

(sumber: MyResipi) diolah semula by: ZanaRose Bahan A (bhgn Bawah) :


2 cwn pulut ~ dicuci dan direndam 2-3 jam 1 cwn santan pekat + 2-3 cwn santan cair 1 st garam

Bahan B (bhgn Atas) : 6 biji telur grid B 5-6 sudu besar gula pasir Bahan C 6 helai daun pandan + 5 helai daun pandan serani 1/2 btg kulit kayu manis ditumbuk / 1 st serbuk kulit kayu manis 1 st serbuk jintan manis (zana x letak) 1 cwn air 1/2 cwn santan pekat

Cara menyediakan: 1. Panaskan kukusan ~ masukkan beras pulut kedalam loyang dan masukkan santan bersama sedikit garam. Pastikan santan mestilah menutupi keseluruhan beras dan kukus seperti biasa, sehingga pulut masak. 2. Sementara menunggu beras pulut masak, blender bahan B sehingga kembang dan ketepikan. Blend pula bahan C, kemudian ditapis dan ambil airnya dan satukan dgn bahan B (ketepikan) 3. Setelah pulut masak ~ rata dan padatkan didalam loyang yg telah disapu sedikit minyak dan dialas dgn plastik. 4. Kukus semula selama 5-10min ~ kemudian barulah dicurahkan dgn aduan sekaya dan kukus semula selama 30 min atau sehingga adunan sekaya masak.

5. Biarkan adunan betul2 sejuk barulah boleh dipotong dgn pisau plastik..tengok cantik jer!! nampak ade layer pd sekayanya...cubalah rasanya memang sedap!

BAHAN A: BAHAGIAN BAWAH 500gram beras pulut 1 cawan santan pekat, 2-3 cawan santan cair 1 sudu garam (larutkan dalam santan cair tadi... ni petua untuk melemakkan pulut) BAHAN B: BAHAGIAN ATAS 5 biji telur gred A 5 sb gula pasir sedikit esen vanila (tak ada pun tak apa, sekadar nak kurangkan bau telur) BAHAN C: 5-6 helai daun pandan 1/2 batang kulit kayu manis (tumbuk) / 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis 1 sudu teh jintan manis 1 cawan air (untuk blander semua bahan) BAHAN D: 1/2 cawan santan pekat

Cara-cara
1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit, kalau nak cepat rendam sekejap pun okay 2. Toskan beras 3. Masukkan beras tadi ke dalam loyang dan masukkan santan cair yang telah dicampur dengan garam hingga menutupi keseluruhan beras (pastikan santan di atas permukaan beras tu ngam2 jer... jgn letak santan banyak sangat tau) Kukus beras seperti biasa... 4. Sementara menunggu beras pulut, terus blander bahan bahagian B iaitu telur dan gula pasir sehingga kembang dan bolehlah masukkan sedikit esen vanila jika mahu.. ketepikan. 5. Blander pula bahagian C iaitu daun pandan, kulit kayu manis dan jintan manis. Tapis dan ambil airnya. 6. Periksa beras pulut, jika dah masak masukkan santan pekat dan gaul rata. Tutup sekejap dlm 5minit... kemudian, (PETUA PENTING!!!) masukkan beberapa sudu besar adunan telur tadi ke atas adunan pulut dan ratakan atas keseluruhan permukaan pulut. Ini untuk pastikan sekaya anda nanti akan lekat dengan elok bersama pulut dan pulut anda juga tak kan berderai. (Telur nie jadi macam gam lah... hehehe..) Kemudian tutup sebentar (dlm 2 minit)... kemudian ratakan keseluruhan permukaan pulut hingga menjadi padat. 7. Bolehlah satukan bahagian B, C dan D iaitu adunan telur, air pandan dan santan pekat. Curahkan atas adunan pulut di dalam periuk pengukus. 8. Kukus adunan hingga masak sepenuhnya... anggaran masa dalam 30minit.. kalau tak pasti, cucuk adunan kuih dengan garfu hingga ke dasar pulut, jika garfu yang ditarik tu licin jer tanpa melekat apa-apa maknanya... MASAK!!! 9. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum di potong... InsyaALLAH... sedap dan puas makan sebab kaya sepenuhnya. Lembut dan wangi... makan utk di rumah bolehlah, kalau untuk dijual tak boleh sbb telur mahal... kena pakai tepung... :)) 10. Bagi sesiapa yang tengah cari resepi untuk buat sekaya untuk makan ngan roti dll... BAHAN B (blender), BAHAN C (blender dan tapis) dan BAHAN D disatukan kemudian masak atas api perlahan hingga pekat dan licin / kukus hingga masak dalam 30minit...

You might also like