You are on page 1of 18

PENDAHULUAN

Analisis wacana mula muncul di Great Britain dan Amerika Syarikat dalam tahuntahun 50-an. Di Great Britain analisis ini muncul akibat daripada pegangan konsep teori makna dalam konteks yang dipelopori oleh Reymond Firth. Mengikut teori ini makna bukan merupakan idea yang terkandung secara tersendiri dan beku di dalam perkataan tetapi ia ditentukan oleh keperihalan keadaan atau konteks situasi. Dalam bahasa Melayu misalnya, perkataan cantik, sekiranya diucapkan dalam nada tenang dan situasi biasa mengandung erti apresiasi (bermaksud elok, comel dan lain-lain) tetapi kalau diucapkan dalam nada geram dan marah, ertinya bukan lagi sebagai apresiasi tetapi sindiran atau perli. Manakala M.A.K. Halliday telah terus memperjuangkan teori Firth. Bagi beliau sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan dengan fungsi bahasa dan fungsi itu ada kaitannya dengan kebudayaan alam bahasa itu sendiri. Kerana itu, huraian struktur sesuatu bahasa mestilah mengambil kira kegunaan bahasa itu dalam masyarakat. Halliday turut mengatakan bahawa bahasa mempunyai tiga fungsi iaitu fungsi alami, fungsi hubungan dan juga fungsi tekstual.

PENGENALAN Menurut kamus dewan edisi baharu 1993, wacana adalah ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Manakala menurut Asmah Haji Omar pula Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Malah, menurut Kamus Webster, 1983, wacana bererti hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasangagasan; atau percakapan. Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasa. Secara umumnya, wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan

perkembangan fikiran yang berurutan. Dengan perkataan lain wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap. Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas, terdapat lapan unsur penting wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap atau tertinggi kedudukannya,

berkesinambungan, dalam bentuk lisan dan juga tulisan, teratur serta bertautan, mengatasi ayat atau klausa, kesepaduan dan mempunyai permulaan dan penutup.

CIRI-CIRI PENANDA WACANA Bagi menyampaikan buah fikiran secara berkesan, kita hendaklah bijak dalam mewujudkan pertalian atau perkaitan antara idea-idea yang hendak disampaikan itu. Bagi menjamin keutuhan sesebuah wacana, aspek semantik, leksikel, gramatikal dan juga fonologis perlu diberi perhatian yang mendalam. Hubungan sesebuah Wacana dari aspek Semantik dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya adalah hubungan sebab dan akibat. Antara contoh ayat yang dapat dipetik daripada rencana Karaoke jamban undang risiko pekak bagi menunjukkan hubungan sebab dan akibat adalah: Namun, tanpa sedar, pengunjung tidak tahu sebenarnya mereka menempah bala yang akan merampas deria pendengaran selepas satu tempoh menjadikan hobi sebagai rutin, malah kewajipan pada setiap minggu, bersantai sambil memekak. Seterusnya adalah hubungan sebab dan hasil. Contoh yang dapat dipetik daripada rencana yang dipilih adalah: Konsep hiburan itu dirasakan amat berbaloi bagi mereka kerana dengan membayar RM1 bagi sebuah lagu, kepuasan yang dinikmati dirasakan mencapai tahap maksimum Selain itu, hubungan sesebuah wacana dari aspek sematik juga menekankan hubungan sebab dan tujuan. Antara contoh yang dapat diambil dari rencana pengarang adalah: Pihak berkuasa perlu menetapkan satu garis panduan paras bunyi yang dibenarkan bagi mengurangkan risiko kurang pendengaran di kalangan rakyat negara ini selain memberi kefahaman bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya mengunjungi karaoke jamban secara kerap.

Seterusnya adalah contoh bagi hubungan syarat dan hasil: Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia. Justeru, kekurangan pada pendengaran kurang dirasai meskipun sudah mula berlaku selepas setahun mengamalkan hobi itu. Bukan itu sahaja, hubungan memperkuat isi juga merupakan sebahagian daripada hubungan wacana dari aspek semantik. Antara contoh ayat yang yang dapat dikemukakan dari rencana adalah: Keadaan dalam karaoke jamban lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ruang sempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri. Seterusnya adalah hubungan aditif. Antara contoh ayat yang dapat dipetik dari rencana tersebut ialah: Pengunjung karaoke jamban yang meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam seminggu di situ akan kehilangan pendengaran secara kronik selepas lima atau enam tahun mengamalkan hobi itu secara berterusan. Hubungan semantik dari konteks atau latar wacana pula melibatkan Kesatuan tajuk atau topik, hubungan sosial antara penutur dan pendengar serta laras bahasa yang digunakan. Antara contoh yang menunjukkan kesatuan tajuk atau topik bagi rencana karaoke jamban undang risiko pekak adalah Lebih utama lagi, masyarakat perlu sedar bahawa kebanjiran media hiburan yang semakin banyak ketika ini turut mengundang kepada risiko hilang keupayaan mendengar lebih cepat berbanding generasi sebelum ini. Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian unsurunsur Leksikal yang ada di dalamnya. Hubungan itu dapat diperincikan sebagai hubungan sinonim atau ekuivalensi leksikal. Antara contoh ayat yang dapat dikemukakan dari rencana adalah:

Kegilaan berhibur dengan kos rendah kini menular pula kepada satu alternatif hiburan yang bukan baru tetapi semakin mendapat sambutan iaitu pusat karaoke mini atau lebih popular dengan gelaran karaoke jamban oleh kebanyakan generasi muda. Selain itu, unsur antonim juga merupakan sebahagian daripada unsur-unsur leksikal. Contoh yang dapat dipetik daripada rencana adalah: Pastinya tidak berbaloi deria pendengaran dijadikan korban dengan bayaran semurah RM1 sedangkan hakikat yang perlu diterima semua pihak,kurniaan itu jauh lebih mahal dan berharga serta perlu dipelihara selagi berupaya. Hiponim juga merupakan salah satu aspek yang dapat dilihat dalam hubungan wacana dari aspek leksikal. Antara contoh ayat berbentuk Hiponim adalah: Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia. Seterusnya adalah unsur Kolokasi. Contoh ayat yang dapat diperlihat dari rencana adalah: Beliau berkata, jika hobi itu masih diteruskan, risiko untuk kehilangan pendengaran kekal pada tahap yang lebih teruk akan berlaku sekali gus menyebabkan individu akan lebih awal mengalami sindrom pekak berbanding manusia normal yang secara kebiasaannya mengalami masalah itu selepas usia 80 tahun. Selain itu, unsur Pengulangan juga merupakan salah satu elemen yang terlibat dalam hubungan sesebuah wacana dari aspek leksikal. Contoh yang dapat diambil dari rencana adalah: Orang ramai juga digalak melakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan tahap pendengaran sentiasa baik kerana dikhuatiri kehilangan deria itu secara perlahan tanpa disedari.

Malah, keutuhan sesebuah wacana juga bergantung kepada hubungan dari Aspek Gramatikal. Salah satu penanda gramatikal yang penting bagi menjamin keutuhan sesebuah wacana adalah Kata penghubung. Antara contoh ayat yang mempunyai kata hubung adalah: ketika itu, individu akan mula terasa kurang pendengaran dan tidak jelas dengan sebutan pertuturan orang lain. Ciri-ciri yang penanda wacana yang terdapat dalam rencana seperti yang telah dikemukan di atas membantu dalam menjadikan rencana tersebut sebagai sebuah wacana yang utuh dan baik.

JENIS WACANA Wacana boleh diketegorikan dengan pelbagai cara. Hal ini bergantung kepada sudut pandangan kita. Antaranya,berdasarkan tertulis atau tidaknya wacana yang dimaksudkan, berdasarkan langsung atau tidaknya pengungkapan wacana atau berdasarkan cara penuturan wacana dilakukan. Seterusnya,melalui media lisan atau bertulis, maka wacana tersebut boleh diketegorikan pula kepada wacana lisan atau wacana tulisan. Seterusnya, berdasarkan langsung atau tidaknya pengungkapan yang dilakukan, wacana berkenaan boleh dikategorikan kepada wacana lagsung atau tidak langsung. Manakala berdasarkan cara membentangkan atau cara menuturkannya, maka wacana itu boleh dikelaskan sebagai wacaana pembentang atau wacana penuturan. Namun, jika dilihat pada bentuknya pula wacana demikian boleh dibahagikan kepada wacan prosa, wacana puisi atau wacana drama. Oleh itu, rencana yang diambil daripada sesebuah akhbar dapat diketegorikan sebagai wacana tulisan. Hal ini kerana wacana tulisan adalah wacana yang disampaikan secara bertulis atau melalui media tulis. Antara ulasan yang dapat diberikan berdasarkan rencana yang diplih daripada akhbar Berita Harian, 7 Julai 2008 termasuklah tujuan utama rencana ini ditulis. Tujuannya adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang risiko untuk menjadi pekak sekiranya salah memilih cara untuk berhibur. Rencana ini turut menonjolkan beberapa ciri wacana yang membawa kepada sifat keutuhan wacana tersebut. Rencana ini dapat dikategorikan sebagai rencana jenis umum kerana banyak memberikan info-info berkaitan sebuah tempat karaoke yang boleh mengundang masalah pendengaran kepada pengunjungnya. Rencana ini juga merupakan rencana yang tidak rasmi.

ANALISIS KEUTUHAN WACANA Bagi menganalisis sesebuah teks, beberapa kaedah boleh digunakan yang dirasakan bersesuaian dengan matlamat melaksanakan analisis. Sebagai contoh menggunakan kaedah analisis Zellig Harris atau kaedah analisis A.L. Becker. Berdasarkan rencana Karaoke jamban undang risiko pekak, petikan ayat yang menerangkan hubungan sebab dan akibat adalah Namun,tanpa sedar, pengunjung tidak tahu sebenarnya mereka menempah bala yang akan merampas deria pendengaran selepas satu tempoh menjadikan hobi sebagai rutin, malah kewajipan pada setiap minggu, bersantai sambil memekak. Petikan di atas boleh dianggap sebagai satu wacana kerana kerana tiap-tiap ayat yang ada di dalamnya mempunyai hubungan semantik dan gramatikal. Hubungan itu dapat dilihat daripada wujudnya beberapa penanda wacana, iaitu mereka(dirujuk kepada pengunjung). Petikan ini dikatakan sebagai satu kesatuan fikiran kerana mempunyai hubungan sebab dan akibat. Pengarang mengutamakan akibat (merampas deria pendengaran) sebelum membicarakan mengenai sebab (menjadikan hobi sebagai rutin). Selain itu, petikan ini dikatakan sebagai sebuah wacana kerana terdapat juga unsur pelenyapan iaitu pada ayat (malah kewajipan pada setiap minggu) yang menerangkan kepada hobi. Penggunaan kata hubung malah juga membantu dalam mewujudkan sesebuah wacana yang utuh. Seterusnya rencana ini turut memuatkan hubungan sebab dan hasil. Antara contoh yang dapat diambil dari petikan adalah Konsep hiburan itu dirasakan amat berbaloi bagi mereka kerana dengan membayar RM1 bagi sebuah lagu, kepuasan yang dinikmati dirasakan mencapai tahap maksimum

Petikan di atas dikatakan sebagai sebuah wacana kerana hubungan dari aspek semantik turut ditemui dalam ayat tersebut. Malah, ayat hiburan amat berbaloi dengan membayar RM1 telah merupakan sebab dan salin berkait dengan hasil iaitu kepuasan dinikmati dirasakan mencapai tahap maksimum. Ini dikatakan sebagai sebuah wacana yang baik kerana mempunyai hubungan sebab dan hasil yang dapat dilihat dengan jelas oleh pembaca. Hal ini dapat menunjukkan wacana yang terbentuk agak mantap dan berkesan. Namun, petikan diatas mempunyai kekurangan dari segi penggunaan penanda wacana dan kata hubung. Hal ini dapat menyebabkan pembaca boleh terkeliru dan sukar untuk memahami isi yang hendak disampaikan oleh pengarang. Selain itu, rencana ini juga dikatakan sebuah wacana kerana pengarang turut memasukkan hubungan sebab dan tujuan yang merupakan unsur-unsur di dalam aspek semantik. Petikan yang menunjukkan hubungan sebab dan tujuan ialah Pihak berkuasa perlu menetapkan satu garis panduan paras bunyi yang dibenarkan bagi mengurangkan risiko kurang pendengaran di kalangan rakyat negara ini selain memberi kefahaman bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya mengunjungi karaoke jamban secara kerap. Petikan di atas merupakan sebuah wacana kerana mempunyai hubungan sematik yang erat di antara ayat-ayat itu. Hubungan sebab ditunjukkan pada ayat Pihak berkuasa perlu menetapkan satu garis panduan paras bunyi. Manakala ayat yang menunjukkan tujuan pula ialah mengurangkan risiko kurang pendengaran di kalangan rakyat negara ini selain memberi kefahaman bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya mengunjungi karaoke jamban secara kerap. Hal ini menunjukkan bahawa ayat pertama dan kedua saling berkait rapat dalam menyampaikan sesebuah isi. Perkaitan yang terjadi dikatakan wacana. Hal ini menjadikan petikan itu sebuah wacana yang utuh dan baik. Namun, penggunaan di kalangan merupakan kesalahan dari segi

tatabahasa. Sepatutnya pengarang menggunakan dalam kalangan bagi menunjukkan kumpulan rakyat negara ini. Penggunaan penada wacana seperti selain dapat menwujudkan kesinambungan antara isi-isi yang ingin disampaikan oleh pengarang. Kata ganti nama penunjuk ini di dalam ayat di atas pula dimaksudkan dengan rakyat Malaysia yang telah disebut secara tidak langsung di dalam ayat-ayat sebelum ini. Berdasarkan rencana ini juga, pengarang turut memperlihatkan hubungan syarat dan hasil yang secara umumnya berkaitan dengan hubungan wacana dari aspek semantik. Contoh petikan ayat yang menunjukkan hubungan syarat dan hasil adalah Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia. Justeru, kekurangan pada pendengaran kurang dirasai meskipun sudah mula berlaku selepas setahun mengamalkan hobi itu. Dari petikan di atas, dapatlah dikatakan bahawa pengarang bijak dalam menjalinkan isiisi dalam bahagian ini dengan kemas. Setiap isi atau hujah yang dikemukakan disokong dengan huraian yang berupa keterangan lanjut. Pengarang dapat memperlihatkan kaitan antara hubungan syarat pada ayat penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi. Manakala hasil bagi syarat tersebut pula ditunjukkan pada ayat kekurangan pada pendengaran kurang dirasai. Malah pengarang juga menggunakan beberapa penanda wacana pada petikan ini bagi menghubungjalinkan isi-isi tersebut. Antara contoh penanda wacana yang digunakan ialah seperti justeru dan juga meskipun. Kata ganti nama penunjuk juga diguna oleh pengarang antaranya di negara ini, ini tersebut menunjukkan kepada negara Malaysia yang telah disebutkan secara tidak langsung dalam ayat-ayat sebelumnya. Seterusnya ialah mengamalkan hobi itu. Hobi itu mempunyai kaitan dengan tajuk yang sedang dibicarakan oleh pengarang. Hal ini menunjukkan bahawa petikan di atas

mempunyai wacana yang agak tersusun dan isi-isinya serta huraiannya dijalin dengan kemas. Unsur sematik yang terdapat dalam rencana turut menunjukkan perkaitan yang timbul berdasarkan hubungan memperkuat isi iaitu melalui petikan ayat berikut Keadaan dalam karaoke jamban lebih mengundang risiko tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di situ, pengunjung akan berada dalam satu ruang sempit dan tiada elemen lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu sendiri. Berdasarkan petikan di atas, pengarang menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam menghubungkan ayat dengan ayat yang saling mempunyai kaitan terutamamnya dalam menjelaskan isi utama iaitu risiko berada di dalam karaoke jamban. Isi utama petikan di atas diperkuatkan lagi maksudnya dengan huraian atau keterangan lanjut oleh pengarang. Penggunaan kata ganti nama tunjuk di situ membawa maksud kepada karaoke jamban manakala tubuh individu itu sendiri menerangkan kepada pengunjung. Petikan ini boleh dikatakan sebagai satu wacana keran isi utamanya dapat dihuraikan dengan baik dalam keadaan tersusun dan dapat dikesan dengan jelas bahawa terdapat unsur hubungan memperkuat isi pada huraiannya. Selain itu juga, rencana Karaoke jamban undang risiko pekak turut memperlihatkan hubungan semantik dari aspek hubungan aditif atau kaitan sampingan. Contoh petikan yang memperlihatkan hubungan ini ialah Pengunjung karaoke jamban yang meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam seminggu di situ akan kehilangan pendengaran secara kronik selepas lima atau enam tahun mengamalkan hobi itu secara berterusan. Petikan ini memperlihatkan hubungan aditif kerana pengarang pada mulanya membicarakan mengenai tabiat pengunjung yang suka meluangkan masa di karaoke tersebut. Tetapi, pengarang kemudiannya mengaitkan isi tersebut dengan hal

kehilangan pendengaran secara kronik. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat unsur aditif pada petikan tersebut yang disusun dengan kemas dan menampakkan sedikit kekurangan dalam mewujudkan perkaitan antara isi-isi tersebut. selain itu, pengarang turut menghubungkan isi-isi tersebut menggunakan hubungan dari segi jarak masa. Antara perkataan yang menunjukkan hubungan ini termasuklah dua jam,

seminggu,serta selepas lima atau enam tahun. Penggunaan kata hubung yang sesuai dapat membantu pengarang dalam membuat jalinan ayat yang baik serta menampakkan perkaitan antara ayat-ayat yang digunakan. Pada petikan ini juga, pengarang turut menggunakan kata ganti nama tunjuk di situ yang menunjukkan kepada karaoke jamban dan juga itu yang membawa maksud kepada kegemaran rakyat Malaysia mengunjungi tempat karaoke tersebut. Unsur semantik seterusnya yang dapat dikesan dalam rencana ini ialah dari aspek hubungan kesatuan tajuk atau topik. Contoh petikan yang dapat diberi adalah Lebih utama lagi, masyarakat perlu sedar bahawa kebanjiran media hiburan yang semakin banyak ketika ini turut mengundang kepada risiko hilang keupayaan mendengar lebih cepat berbanding generasi sebelum ini. Petikan ini mempunyai hubungan dari aspek semantik kerana menerangkan hubungan kesatuan tajuk atau topik yang membawa maksud ayat-ayat di atas mampu menerangkan tajuk rencana yang dipilih. Ciri-ciri kesatuan tajuk atau topik amat penting dalam menyampaikan sesebuah idea kepada pembaca. Pengarang rencana ini dikira agak bijak dalam membuat perkaitan antara isi-isi yang ingin disampaikan dengan tajuk utama rencana ini. Hal ini dapat mengelakkan pembaca daripada berasa bosan dan tidak memahami isi rencana yang dibaca. Pengarang juga memasukkan unsur

hubungan jarak masa bagi membezakan peristiwa sekarang dengan masa dahulu. Contohnya penggunaan kata ketika ini serta sebelum ini. Malah, petikan ini dapat dikatakan sebagai sebuah wacana yang bagus kerana ayat-ayat ini memperlihat pertautan yang jitu dengan ayat sebelumnya. Ini kerana kebanjiran media hiburan dan hilang keupayaan mendengar ada kaitan yang erat dengan tajuk rencana tersebut. Sesebuah wacana yang baik dan mantap juga sering memperlihatkan hubungan dari segi leksikalnya. Antara aspek penting dalam unsur leksikal termasuklah aspek sinonim, antonim, hiponim, kolokasi, dan juga pengulangan. Antara contoh ayat yang terdapat dalam petikan yang dapat menerangkan unsur sinonim adalah Kegilaan berhibur dengan kos rendah kini menular pula kepada satu alternatif hiburan yang bukan baru tetapi semakin mendapat sambutan iaitu pusat karaoke mini atau lebih popular dengan gelaran karaoke jamban oleh kebanyakan generasi muda. Hal ini kerana pengarang menggunakan perkataan berhibur dengan hiburan. Hiburan dikatakan sinonim dengan berhibur kerana membawa maksud yang sama dari segi perbuatannya serta sama dari segi kata dasarnya. Petikan di atas dapat dikatakan sebagai sebuah wacana kerana idea-idea yang dikemukakan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Di sini pengarang bijak dalam membuat petautan antara ayatayat tersebut seterusnya dapat menyampaikan idea dengan baik dan tersusun. Unsur leksikal lain yang dapat dikesan dalam rencana ini ialah antonim. Antara contoh yang dapat diambil dari petikan adalah Pastinya tidak berbaloi deria pendengaran dijadikan korban dengan bayaran semurah RM1 sedangkan hakikat yang perlu diterima semua pihak, kurniaan itu jauh lebih mahal dan berharga serta perlu dipelihara selagi berupaya. Perkataan yang menunjukkan unsur antonim adalah semurah dengan mahal. Hal ini kerana perkataan mahal merupakan antonim kepada murah. Selain itu, pengarang juga

menggunakan kata ganti penunjuk itu bagi menerangkan kepada deria pendengaran yang telah dikemukakan pada ayat sebelumnya. Malah,petikan ini boleh dikatakan sebagai sebuah wacana yang utuh dan baik kerana pengarang dapat menggunakan kata penghubung yang sesuai seperti dengan, sedangkan, yang, dan, serta serta. Kata penghubung ini amat penting dalam mewujudkan pertautan antara ayatayat mahupun antara perenggan-perenggan. Petikan ini boleh dikatakan sebagai sebuah wacana yang mantap kerana pengarang dapat membuat turutan yang teratur dalam mengetengahkan isi-isi yang ada. Unsur leksikal seterusnya yang terdapat dalam petikan adalah hiponim. Contoh ayat bagi menunjukkan hiponim adalah Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia. Contoh perkataan yang menunjukkan wujudnya hiponim dalam ayat di atas adalah di negara ini dengan seluruh negara. Selain itu, pada petikan ini juga pengarang menggunakan kata ganti tunjuk ini bagi menggantikan perkataan Malaysia yang telah disebutkan pada ayat-ayat sebelum ini. Namun, petikan ini tidak dapat dikatakan sebagai sebuah wacana yang utuh kerana pengarang kurang memberi penerangan yang jelas mengenai maksud berfrekuensi tinggi dan boleh menyebabkan pembaca tidak dapat memahami maksud ayat dengan tepat. Malah, boleh mewujudkan pertanyaan kepada pembaca. Seterusnya ialah unsur kolokasi. Antara contoh petikan ayat dari rencana yang boleh menerangkan unsur kolokasi adalah Beliau berkata, jika hobi itu masih diteruskan, risiko untuk kehilangan pendengaran kekal pada tahap yang lebih teruk akan berlaku sekali gus menyebabkan individu akan lebih awal mengalami sindrom pekak berbanding manusia normal yang secara kebiasaannya mengalami masalah itu selepas usia 80 tahun.

Petikan di atas dikatakan mempunyai unsur kolokasi kerana pengarang menggunakan perkataan yang umum terlebih dahulu sebelum memperincikan makna sampingan bagi perkataan tersebut. Perkataan kehilangan pendengaran di bicarakan secara umum pada ayat pertama tetapi di perincikan lagi dengan sindrom pekak pada pengakhiran ayat. Di sini, dapat dikatakan bahawa petikan ini mempunyai wacana yang agak baik kerana pengarang dapat menyusun idea-idea tersebut secara kronologi berdasarkan topik utama yang ingin di ketengahkan kepada huraian lanjutan bagi topik atau idea tersebut. selain itu juga, pengarang turut menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam menghubungkan ayat-ayat tersebut. Petikan di atas dapat dikatakan sebagai sebuah wacana kerana isi-isi yang ingin disampaikan kepada pembaca dapat dikemukakan mengikut turutan yang tersusun. Rencana ini turut mempunyai unsur-unsur pengulangan yang turut membantu dalam menjadikannya sebuah wacana yang mantap dan utuh. Contoh petikan ayat dari rencana karaoke jamban undang risiko pekak adalah Orang ramai juga digalak melakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan tahap pendengaran sentiasa baik kerana dikhuatiri kehilangan deria itu secara perlahan tanpa disedari. Pengulangan perkataan pada petikan di atas ialah pada perkataan pendengaran. Hal ini menunjukkan pengarang turut menggunakan perkataan yang sama dalam rencananya tetapi tetap mempunyai ciri-ciri turutan idea yang kemas. Selain itu, pengarang juga menggunakan kata hubung jarak masa bagi membuat perkaitan antara ayat-ayat tersebut. Hal ini membantu menjadikan rencana ini sebagai sebuah wacana yang berkesan dan mantap.

Selain aspek semantik dan leksikal, penanda gramatikal amat penting dalam menunjukkan keutuhan sesebuah wacana. Penada gramatikal yang menunjukkan keutuhan wacana antara lain ialah kata hubung dan juga elipis. Namun, dalam rencana ini, unsur elipis kurang digunakan berbanding kata hubung. Antara contoh ayat yang dapat menunjukkan penggunaan kata hubung ialah ketika itu, individu akan mula terasa kurang pendengaran dan tidak jelas dengan sebutan pertuturan orang lain. Berpandukan petikan ayat di atas, kata hubung yang digunakan ialah ketika itu, akan, dan serta dengan. Penggunaan kata hubung sangat penting dalam menjadikan sesebuah rencana mahupun cerita mempunyai keutuhan dari segi wacananya.fungsi kata hubung ialah untuk mewujudkan pertalian antara satu bahagian wacana dengan bahagian yang lain. Penggunaan kata hubung di dalam rencana ini agak bertepatan dalam mewujudkan pertalian antara satu ayat dengan ayat yang lain. Penggunaan kata hubung juga dapat mengelakkan pembaca bosan malah membantu mereka untuk menuruti idea-idea yang ingin disampaikan dengan jelas.

KESIMPULAN Wacana di atas adalah dalam bentuk rencana yang memfokuskan kepada kesan jangka masa panjang kepada pengunjung yang gemar menghabiskan masa mereka di pusat karaoke mini atau lebih dikenali sebagai karaoke jamban. Gelaran yang diberikan sahaja sudah menunjukkan bahawa tempat karaoke itu tidak elok dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengunjung. Dari segi struktur luaran, kita dapat melihat bahawa rencana tersebut mempunyai pengenalan, isi dan juga penutup atau kesimpulan mengenai kesan salah memilih hiburan. Dapat disimpulkan di sini, rencana yang dihasilkan oleh Azrul Affandi Sobry mempunyai perkaitan antara perenggan dengan perenggan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa rencana itu merupakan satu wacana yang agak baik. Ciri kesatuan isi yang terdapat dalam rencana tersebut dapat dikesan dan dikenal pasti dengan mudah kerana turutan isi-isinya disusun dengan jelas. Selain itu, pengarang juga sentiasa memfokuskan penulisan beliau pada tajuk yang yang ingin disampaikan kepada pembaca. Beliau menekankan kepada faktor yang boleh menyebabkan pengunjung karaoke mini menjadi pekak. Beliau menyokong hujah-hujah beliau dengan memberikan huraian serta bukti-bukti yang kukuh yang dapat kita yakini kesahihannya. Sebagai contoh,ujian paras bunyi yang dilakukan oleh ahli audiologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, boleh dipercayai kerana ia merupakan fakta dan bukannya direka-reka. Rencana di atas dikatakan sebuah wacana yang utuh kerana memiliki unsur semantik, leksikal dan juga gramatikal. Kita dapati pengarang berupaya menghasilkan sebuah rencana yang kemas dan tersusun lancar. Hal ini kerana pengarang bijak dalam menjalinkan perenggan-perenggan serta ayat-

ayat dengan rapi dan saling kait-mengait. Pengarang juga berjaya memilih perkataanperkataan yang bersesuaian dengan tajuk rencana dan juga isi yang ingin disampaikan. Malah, ketepatan penggunaan perkataan serta jalinan ayat-ayat yang jelas dan gramatis juga membantu rencana ini menjadi sebuah wacana yang utuh serta berkesan. Selain itu juga, pengarang berjaya memilih perkataan yang tepat dan berjaya menggabungkannnya menjadi frasa yang dapat menjelaskan konsep dan maksud topik yang hendak disampaikan. Justeru,daripada analisis yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa walaupun terdapat beberapa kelemahan dari beberapa sudut, secara keseruhannya penulisan rencana di atas berjaya memperlihatkan ciri-ciri sebuah wacana yang utuh. Hal ini kerana pengarang dapat menyampaikan isi-isi yang menunjukkan ciri kesatuan yang berfokus kepada topik atau tajuk. Malah, pengarang juga dapat mempersembahkan isiisi secara betautan antara satu sama lain. Pengarang juga berjaya menggunakan perkataan-perkataan yang bersesuaian serta menggunakan ayat-ayat yang gramatis dengan kemas dan tersusun. Tegasnya, rencana ini dapat menunjukkan ciri-ciri sebuah wacana yang utuh dan berkesan.

You might also like