ANALISA PERSPEKTIF IMAM ALGHAZALI TENTANG MANUSIA

Manusia dijadikan sebagai insan iaitu makhluk terbaik yang diberi dua peranan iaitu sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi dan sebagai hamba yang diperintahkan supaya beribadah kepadaNya. Sebelum Allah s.w.t menjadikan manusia (Adam), terlebih dahulu Allah s.w.t telah menciptakan alam dan seluruh cakerawala, bulan, bintang, matahari dan bumi dengan segala isinya iaitu tumbuh-tumbuhan, ikan yang hidup di laut, haiwan yang terbang di udara, haiwan yang hidup di darat dan sebagainya. Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kelebihan diri kita dari segi unsure-unsur dalam dengan dikurniakan oleh Allah s.w.t ialah akal untuk berfikir dan hati sebagai khazanah untuk menyimpan segala rahsia dan ingatan. Penciptaan manusia sebagai hamba mewujudkan hubungan antara manusia sebagai makhluk dengan Allah s.w.t yang telah menciptakannya

sebagaikhalik. Kesan daripada tujuan penciptaan manusia sebagai hamba ini ialah pengabdian. Manusia terikat dengan kewajipan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t, khalik yang telah menciptakannya. Rasa kebertanggungjawaban ini sentiasa wujud dalam sanubari manusia semenjak sebaik sahaja Adam dihidupkan di dalam syurga hinggalah ke hari ini dan akan berterusan hinggalah hari sejurus bermulanya kiamat.

mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara pengabdian itu harus dilakukan. dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan. organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya. dan istilah kebudayaan. mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup. mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya. Konsep manusia menurut Imam Ghazali dapat dikaji dari segi unsur kerohanian yang terdiri daripada qalb (hati). atau tempat dengan kaum. Secara biologi. zaman atau tempat yang lain. dalam agama. sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku)…” . Antara kepercayaankepercayaan yang berlainan ini. Dalam hal kerohanian. Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi.Namun. sudah tentu ada kepercayaan yang lebih menghampiri kebenaran tetapi tidak mungkin akan sampai atau menemui kebenaran sebenar itu kerana ia diperolehi menggunakan upaya akal budi yang juga diciptakan dan dibekalkan bersama-sama manusia itu sendiri. rohani. atau secara campuran. zaman. walaupun manusia menyedari kewajipan mereka untuk mengabdi kepada penciptanya. dalam mitos. Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya‟ telah mengutarakan teori manusia berdasarkan ayat AlQuran dalam surah Sad ayat 72 : “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya (manusia). nafs (diri) dan „aql (akal). mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana. Sepanjang perjalanan mencari menggunakan upaya akal budi ini akhirnya wujudlah kepercayaan-kepercayaan yang sering berbeza antara satu kaum. Atas sebab itulah manusia menggunakan upaya akal budinya untuk mencari jalan bagi mengetahui bagaimanakah cara pengabdian itu harus dilakukan. Dalam antropologi kebudayaan. roh. manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak).

w. suci dan murni. Roh mempunyai dua pengertian:- . manakala jasad bergantung kepada roh untuk mewujudkan hakikat makhluk itu. Namun manusia juga akan terjerumus ke lembah yang lebih rendah dari haiwan.w. Di samping itu Al-Ghazali turut membicarakan tentang pelbagai sifat manusia di dalam kitab Ihya‟ iaitu sifat jahat. Ke empat tempat sifat ini memang ada pada jiwa manusia.t memiliki unsur-unsur rohaniah iaitu qalb. huraian Imam Al-Ghazali cukup jelas bahawa manusia memang ada kecenderungan untuk meningkatkan hakikat dirinya yang suci bersih. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia memang berkebolehan untuk mencapai taraf malaikat dengan suluhan ilmu dan boleh juga jatuh tersungkur lebih rendah dari taraf haiwan jika terpengaruh dengan kemewahan dan kemarahan.t adalah akibat tiadanya pengetahuan dan kegagalan memahami erti kehidupan. sifat haiwan. Tindakan yang mulia menyucikan serta membawa nur pada jiwa sementara tindakan jahat dan membawa dosa mengotorkan jiwa sehingga hilang nurnya. sifat syaitan dan sifat malaikat. Jesteru. Imam al Ghazali telah menghuraikan unsur kerohanian melalui kejadian manusia: ROH (AR-RUH) Imam al-Ghazali dalam karya agungnya Ihya „Ulumuddin telah membezakan di antara roh dengan jasad. Imam al-Ghazali membezakan roh manusia daripada roh haiwan dan tumbuhtumbuhan dengan unsur-unsur tertentu. haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan ia wujud dengan sendirinya. sayangkan kehidupan dan kepandaian manusia suka memuaskan estetika dan benda-benda yang cantik. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang kompleks. dan „aql. Manakala dalam bukunya Kimyatus Sa‟adah menerangkan bahawa manusia yang menentang hukum-hukum Allah s. Ilmu dan tindakan yang mulia adalah penting untuk menyucikan diri manusia.Manusia yang diciptakan Allah s. di samping itu manusia mempunyai roh Ilahi yang bertentangan dengan nafsu itu. roh. nafs. kebendaan. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia. Malah beliau menekankan kepentingan ilmu dalam membantu memberi kesedaran tentang hakikat dirinya yang tinggi. Justeru itu.

roh manusia mempunyai tiga unsur yang membezakannya dengan roh makhluk-makhluk lain iaitu hati (al-Qalb). dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja” Menurut Imam Al-Ghazali. sedangkan roh dan geraknya di dalam batin itu seperti geraknya cahaya lampu di sudut-sudut rumah yang digerakkan oleh penggeraknya. dengan perantaraan otot-otot dan urat-urat yang beraneka ragam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian tubuh. Ia turun ke dunia ibarat pengembara yang mengunjungi negeri asing untuk melakukan tugasnya. Ia menjadi sumber nyawa atau kehidupan manusia. Ia tidak tergolong dalam bentuk yang zahir melainkan halus dan ghaib. Ia menggunakan seluruh daya sebagai alat kelengkapannya. nafsu(alNafs) dan akal (al-„Aql). Ia merupakan satu organ yang amat penting yang mengumpul dan menyebarkan darah ke seluruh badan. Hidup itu laksana sinar yang berada di dinding. 2. ia merupakan satu gejala yang lembut. Bermaksud yang halus (latifah) dari manusia iaitu yang mengetahui dan merasa. pancaran sinar kehidupan. Dari segi rohaninya. . Roh dalam pengertian pertama merupakan jisim lembut yang bersumber dari rongga hati jasmani. Ini kerana kebanyakan akal dan kefahaman manusia lemah untuk memahaminya. Roh dalam pengertian kedua ini termasuk sesuatu perkara yang mengagumkan dan bersifat ketuhanan. walaubagaimanapun segala gambaran yang mendalam tentang hakikat roh yang sebenar tidak diizinkan oleh Allah yang Maha Esa. HATI (AL-QALB) Dari segi fizikal.1. halus (latifah) dan bersifat ketuhanan. penglihatan dan pendengaran itu sama seperti pancaran sinar dari sebuah lampu yang tersebar ke seluruh sudut rumah. sehingga tidak ada satu bahagian pun dari rumah yang tidak terkena sinarannya. perasaan. ia merupakan seketul darah beku (jantung) yang terletak di sebelah kiri dada yang menjadi pusat pertemuan saraf dari seluruh badan. kemudian ia akan kembali ke tempat asalnya. Perjalanannya di dalam tubuh. Katakanlah! Roh itu dari perkara urusan Tuhanku. Di dalam al-Quran surah Al-Israa‟ ayat 85 telah dinyatakan sebagai berikut: “Dan mereka itu bertanya kepadamu tentang roh.

t dan di hadapan-Nya. cita-cita dan kemahuan. berilmu dan mengenal penciptanya. beramal untuk Allah s. Anggotaanggota tubuh lahir itu hanyalah sebagai pengikut. Maka. yang mana di dunia ini makrifat itu merupakan keindahan. Pasukan lahiriah ialah semua anggota zahir manusia manakala pasukan batin merangkumi pancaindera seperti syahwat dan amarah yang merupakan motif atau penggerak-penggerak serta deria lain yang dapat memberi persepsi seperti pendengaran.t. . bukan setakat dengan anggota-anggota tubuh lahir.w. iaitu manusia yang menjadi sasaran perintah dan larangan Allah s.t.t dan dapat menyingkap apa yang berada di sisi Allah s. pembantu dan alat-alat yang melayani dan menyokong tugas hati.w. penglihatan. Hati itulah juga yang dapat mendekatkan seseorang hamba kepada Allah s. Untuk ber„makrifat‟ kepada Allah s. manusia haruslah menyiapkan diri dengan hatinya.w. hati sebagai sesuatu yang lembut adalah hakikat manusia yang dapat memahami.Dalam pengertian ini. Ini bermaksud. hati itulah yang dapat mengetahui (sifat-sifat. hati menjadi pusat segala keinginan.w. Segala anggota tubuh badan yang lain semuanya tunduk di bawah kekuasaannya sama ada untuk melakukan kebajikan atau kemungkaran. sentuhan dan sebagainya. Tentera-tentera hati ini terbahagi kepada dua iaitu pasukan lahiriah dan batin.w. yang diseksa. Kepatuhan anggota-anggota dan pancaindera kepada hati menyerupai kepatuhan dan ketaatan para malaikat kepada Allah s. perbuatan dan lain-lain). Menurut Imam alGhazali.t. kesempurnaan dan kebanggaannya manakala di akhirat kelak merupakan bekalan dan barang simpanannya. dicela dan dituntut atau diminta bertanggungjawab terhadap amal perbuatannya.t. Dengan ini Imam al-Ghazali mensifatkan hati sebagai raja kepada seluruh anggota manusia di mana semua anggota telah bernaluri untuk tunduk kepada hati. Hati sebagai raja mempunyai bala tenteranya yang tersendiri bagi menggerakkan kehidupan manusia.w. kemuliaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk-makhluk yang lain adalah kerana ia dipersiapkan utuk ber„makrifat‟ (mengenal) kepada Allah s.t.w.

hati merupakan elemen yang mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia.. yang dapat memberi ilham kepada manusia tentang hakikat diri dan Allah s. maka dialah yang dituntut. pengampun dan sebagainya.t. hati manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam ghaib dan melaluinya manusia dapat menerima maklumat-maklumat berhubung dengan alam ghaib dan diberi ilham atau intuisi tertentu. Apabila ia tenggelam dengan hal-hal yang selain daripada Allah s. Sesungguhnya terdapat empat elemen asal dalam menentukan sifat manusia terutama dalam tingkahlaku lahiriah dan kualiti-kualiti mentalnya.w. Elemen-elemen ini saling berkait rapat dan ia terjadi secara berperingkat selepas kelahiran manusia. manusia diciptakan dengan fitrah yang suci dan mewarisi sifat-sifat keTuhanan seperti pengasih. dialah yang dicela. Sebagaimana yang diketahui.t.w. sedangkan hal ini tidak berlaku jika dia berbuat maksiat dan derhaka kepada Allah s.w.t. Justeru. maka ia tidak mengenal penciptanya.Di samping itu. dan apabila ia tidak mengenal dirinya sendiri. maka ia mengenal dirinya. Di sini hati ibarat sebuah cermin yang cerah dan bersih. Ini ditegaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci” .w. Hatilah yang banyak mempengaruhi tingkahlaku dan melalui hati. maka ia mengenal Tuhannya.t berdasarkan penggerakpenggerak hati sehingga dapat mengetahui urusan dunia dan akhirat. seseorang itu akan beroleh keuntungan apabila ia membersihkan hati. dialah yang dihisab. Apabila hati terlalai maka ia akan terhalang daripada mengenali Allah s. manusia mampu mendekati Allah s. .w. dan apabila ia mengenala dirinya. Perbuatan-perbuatan yang keji oleh hati dan anggota-anggota tubuh itu akan menentukan gelap atau hitamnya hati itu kerana setiap wadah atau bekas itu akan menampakan percikan apa yang ada di dalamnya. Tetapi apabila orang tidak mengenal hati. penyayang. maka ia tidak mengenal dirinya sendiri. Cahaya hati itu akan tersebar ke seluruh anggota tubuh apabila ia kuat beribadah. apabila orang mengenal hatinya.t. Sebagai kesimpulan. Namun.

tidur dan kegiatan-kegiatan ini jika dikawal dapat memanfaatkan jasad dan roh untuk meneruskan kehidupannya. Seterusnya pada peringkat baligh. Dari unsur inilah terbitnya keinginan untuk makan. terlepas dari ikatan sifat kehambaan serta ingin memperlihatkan segalanya sekalipun mengaku dirinya sempurna. keinginan syahwat ini mempunyai sifat untuk mendesak manusia melepaskan kehendaknya secara bebas. Pada satu tahap tertentu.Walau bagaimanapun setelah kelahirannya. Unsur yang kedua ialah unsur kebuasan (sab‟iyya) iaitu sifat marah (ghadhab). manusia mula menggunakan kepandaian yang ada padanya untuk memikirkan tipu daya bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu. menyerang orang lain dan sebagainya. Sekiranya tidak dikawal oleh pertimbangan akal. jika kemarahan tidak terkawal. manusia sering menganggap dirinya lebih berkuasa dan ia mahukan kebebasan. tujuan unsur ini adalah sebagai satu cara melindungi roh dan jasad dari sebarang kemudaratan. sifat-sifat seperti cemburu. . Akhir sekali ialah penjelmaan unsur-unsur ketuhanan (Rabbaniah). Sesuai dengan sifat-sifat kesyaitanan. Dalam hubungan ini. akan terbina terbina unsur-unsur kesyaitanan. mengajak untuk menangkis dan bertahan merupakan sifat-sifat untuk mempertahankan diri manusia dari segala ancaman. manusia mula menghadapi perkembangan empat unsur yang seterusnya menghasilakn empat sifat umum bagi manusia. Di sini. Tujuannya adalah untuk menjaga dari segala yang dapat mencederakan jasmani. Walau bagaimanapun. maka ia akan menolak manusia ke arah perbuatan-perbuatan yang berunsurkan kebinatangan. Unsur-unsur ini membawa kecenderungan kepada manusia untuk mencapai kekuasaan dan kemenangan. kebencian. maka sewaktu manusia dikuasai oleh sifat ghadhab akan timbul perbuatan-perbuatan berbentuk permusuhan. manusia akan mempunyai sifat-sifat yang sering menimbulkan perseteruan dan penipuan. minum. Dalam hal ini. Unsur pertama yang tercipta ialah unsur kehaiwanan (bahimiyya) iaitu kehendak (syahwat) yang bertanggungjawab terhadap kualiti kehaiwanan yang ada pada manusia. Namun begitu. serentak dengan perkembangan akal.

lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)” Secara khususnya.w. Firman Allah s. Bagi ahli tasawwuf. al-Nafs (nafsu) merupakan sifatsifat tercela yang ada pada manusia sehingga mereka mengatakan bahawa tidak dapat tidak nafsu mestilah dilawan dan diperangi. Imam al-Ghazali telah membahagikan An-Nafs kepada beberapa peringkat : i. Desakandesakan ini berupaya menundukkan manusia mengikut kemahuannya. Sabda Nabi s. “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberi. Bagi pemilik nafsu ini. NAFSU (AL-NAFS) Di dalam roh manusia juga terdapat unsur al-Nafs.a. Ia mempunyai dua pengertian:Pertama: al-Nafs ialah sesuatu yang abstrak yang merangkumi daya marah dan nafsu syahwat pada manusia. .w yang bermaksud : “Musuhmu yang terbesar ialah nafsumu yang berada di antara dua lambungmu” Kedua: Yang bersifat halus (latifah) iaitu hakiki pada manusia atau diri manusia dan zatnya. Ini adalah tahap jiwa yang paling rendah malah kedudukannya adalah lebih rendah daripada binatang. Secara keseluruhan berbagai-bagai sifat yang terbit dari manusia seperti zalim dan bodoh.Ringkasnya dalam diri manusia terdapat campuran sifat ini yang kesemuanya terkumpul dalam hati dan penting sebagai potensi-potensi penggerak tingkahlaku manusia. Nafsu ini tidak mengambil kira perhitungan akal dan bersifat mendesak untuk melepaskan kehendaknya.t dalam surah Al-Fajr ayat 27-28 : “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. bersifat tergesa-gesa. melampaui batas dan sebagainya. Apabila ia tenang disebabkan penentangan terhadap nafsu syahwat ia disebut al-Nafs al-Muthmainnah (diri atau jiwa yang tenang). Susunan-susunan sifat manusia ini banayk digambarkan dalam Al-Quran.Nafs al-Ammarah : Iaitu nafsu yang sedikit pun tidak mempunyai unsur-unsur kebaikan dan sentiasa cenderung kepada kejahatan. mereka tidak akan dapat membezakan antara kejahatan dan kebaikan malah timbul rasa bangga di atas tindakan jahatnya.

penjenayah.Nafs al-Mulhamah : Iaitu nafsu yang mengandungi unsur kejahatan dan kebaikan. Sebagaimana Nafs al-Mulhamah. Allah s.Nafs al-Lawwamah : Iaitu nafsu yang mengandungi kebaikan dan kejahatan. nafsu yang baik adalah lebih banyak daripada nafsu yang jahat. penzina. jika nafsu ini ada di dalam jiwa manusia. Manusia yang memiliki nafsu ini akan mengalami peperangan di dalam jiwa dan dirinya.t telah berfirman dalam surah Yusuf ayat 53 : “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong melakukan kejahatan” ii. Tetapi nafsu yang jahat itu lebih banyak daripada nafsu yang baik. Biasanya kejahatan akan memperolehi kemenangan. Di tahap ini. maka manusia itu akan menjadi seorang yang zalim. pemabuk. manusia yang memiliki nafsu jenis ini juga akan mengalami peperangan perebutan antara kebaikan dan kejahatan dan biasanya kebaikan yang akan mencapai kemenangan. Namun di sini.w. iii. iaitu peperangan perebutan antara kebaikan dan kejahatan. . penjudi dan sebagainya kerana ia sentiasa tunduk dan patuh menurut kehendah nafsu syahwat dan hasutan syaitan. masih ada sifat-sifat yang terdapat dalam nafs al-Ammarah tetapi telah wujud kesedaran untuk berjuang memeranginya.Justeru.

penyayang. Nafsu ini merupakan nafsu yang tenang dan selamat dari desakan nafsu syahwat serta mempunyai segala sifat kemuliaan. akal merupakan satu keupayaan untuk menggarap ilmu pengetahuan tentang hakikat segala hal. Struktur biologikalnya sama di antara manusia dengan haiwan tetapi kuantitinya sahaja berbeza. Kekuatan pertama ialah kekuatan kebaikan seperti pemurah. Ia mempunyai kriteria menyesali kegiatan maksiatnya tetapi hatinya belum tetap dengan keimanan yang kukuh. di dalam roh juga terdapat akal (al-„Aql). Pengertian nafsu ini secara hakikatnya menunjukkan martabat manusia yang paling mulia dan diperingkat ini nafsu manusia yang sentiasa mendorong untuk melakukan kejahatan telah terbimbing ke jalan yang benar serta telah mendapat rahmat dari Tuhan.Nafsu di sini selalu membuat perhitungan mengenai tindak-tanduknya. sama ada kebaikan atau keburukan dan melaksanakan titah perintah hati (al-Qalb) sama ada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan.w. Dari segi kerohanian pula. jujur. AKAL(AL-„AQL) Selain hati dan nafsu. . Ia berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh mempengaruhi atau menyucikannya dan mendekatkannya kepada Allah s. bagi mereka yang memiliki nafsu ini bermakna mereka adalah golongan yang dijamin akan terus masuk ke syurga tanpa melalui sebarang penyeksaan.Nafs al-Muthmainnah: Iaitu nafsu yang mengandungi kebaikan sahaja. Ikhlas dan sebagainya. belas kasihan. Tujuan mencela ini adalah untuk mengembalikan manusia ke jalan yang benar. penipu dan sebagainya. Justeru.w. pendendam.t. ia merupakan otak. Jadi dapat disimpulkan bahawa nafsu mempunyai dua kekuatan yang amat bertentangan. Dari segi fizikalnya. iv. Ia mempunyai daya kekuatan untuk menimbang sesuatu itu.t. kekuatan kedua pula ialah kekuatan kejahatan seperti pemarah. Al-Ghazali menganggap nafsu ini sebagai diri yang tercela kerana kelalaiannya mengingati Allah s.

Berikut adalah perincian mengenai pendapat beliau tersebut:i. beliau membincangkan beberapa keistimewaan dan keupayaan akal serta membandingkannya dengan keupayaan atau kekurangan mata manusia agar kefahaman tentang keistimewaan akal itu menjadi lebih jelas. Dengan akal. Beliau berpendapat sebenarnya penjelasan akal adalah lebih sesuai disebut Nur kerana ia tidak mempunyai sebarang kekurangan. Akal mampu membentuk keperibadian manusia dan merupakan hakikat kepada jiwa yang mempunyai ciri-ciri kemalaikatan. manusia bersedia untuk menerima pelbagai ilmu nazari (ilmu yang memerlukan pemikiran) dan untuk mengatur usaha-usaha yang memerlukan pemikiran. akal adalah fakulti yang paling tinggi dan mulia dalam diri manusia dan ia tidak dikurniakan walaupun kepada malaikat sekalipun. Justeru. Dengan akal manusia dapat memikirkan untuk melakukan sesuatu. Kedudukan akal dalam kehidupan manusia menurut pandangan Islam adalah jelas sebagai bakat yang menjadikan manusia berupaya menerima tanggungjawab dari Allah s. . Imam al-Ghazali mengaitkan akal dengan konsep Nur (cahaya).w. Mata sebenarnya tidak dapat melihat dirinya sendiri. tetapi akal dapat melihat dan mengerti dirinya dan sifat-sifatnya sendiri. membezakan sesuatu dan membezakan antara hidayah dan kesesatan. Dengan yang demikian. Akal adalah sesuatu yang membezakan manusia daripada haiwan. Akal sebagai tenaga untuk berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara dan merasakan segala perubahan keadaan sehingga dapat mengambil manfaat darinya.Al-Ghazali melihat akal sebagai salah satu entiti kerohanian yang memberikan kemampuan kepada manusia untuk berfikir dan membuat penaklukan bagi mengetahui segala hakikat tentang sesuatu. Kesempurnaan amalan tidak akan dicapai selagi tidak menggunakan alat tertinggi dari peralatan jiwa dan tanpanya manusia tidak ada bezanya dengan haiwan. di dalam karya yang dihasilkan.t.

Walau bagaimanapun kehendak Allahlah yang tidak terbatas kerana Dialah zat yang mutlak sebaliknya kebebasan manusia hanyalah relatif. . manusia adalah makhluk yang diberi akal yang dapat mengenal Allah dan merealisasikan-Nya. idea dan tanggapan. Bahkan mata hanya sanggup melihat bentukbentuk yang bersifat lahiriah jauh daripada hakikat kenyataan. Tetapi akal dapat menangkap semua yang telah disebutkan itu kerana ia mengetahui zahir dan batin. tetapi bagi akal adalah sebaliknya. Dengan keupayaan tersebut dia boleh memilih untuk tunduk kepada Allah dan kehendak-Nya. v. rasa panas. Akal dapat bergerak dengan bebas sehingga ke alam ghaib dan langit yang paling atas. Penglihatan mata tidak boleh melihat benda yang tidak terbatas. sukacita. rasa (makanan). Tetapi akal dapat memahami benda yang tidak terbatas. pedih dan lain-lain. iii. Ia tidak dapat melihat bahagian yang ada di dalamnya iaitu yang berada di dalam hati atau hakikat. Menurut pandangan Islam. Mata juga tidak dapat melihat rasa kejiwaan seperti kegembiraan. Mata hanya dapat melihat bahagian luar dari permukaan benda iaitu lahirnya sahaja. Seterusnya manusia mempunyai keupayaan yang menjadikannya bebas untuk memilih. Mata hanya dapat melihat bahagian-bahagian dari benda yang wujud. Akal adalah penjelmaan daripada„Devine Intelligence‟ iaitu tempat datangnya „Hikmah Ilahi‟. Akal itu terbuka dan dapat melampaui tanggapan jauh dan dekat. Mata tidak dapat melihat benda yang sangat dekat atau sangat jauh. baik yang dekat mahupun yang jauh. Mata hanya dapat melihat benda yang berjasmani. bebas menjelajahi dan membuat penilaian dan keputusan yang tepat serta benar. seperti konsep. Dia boleh memilih apa yang membawanya kepada Allah. mendengar dan sebagainya. vi. Ini kerana akal mengenal sesuatu yang abstrak. bau-bauan. iv. rasa dingin. Mata tidak dapat melihat sesuatu yang berada di belakang dinding. Akan tetapi bagi akal sama sahaja. Mata tidak dapat melihat suara. Akal pula dapat memecah masuk ke dalam dasar batin bahagian dalam diri benda-benda itu malah sampai kepada intipati hakikat rahsia sesuatu.ii.

mereka itulah orang-orang yang benar”. Imam al-Ghazali menggariskan tingkahlaku manusia berasaskan kepada surah AlHujurat ayat 15 : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Suluk dan akhlak manusia bukanlah tingkah laku zahir yang dapat dilihat tetapi lebih kepada tingkah-laku kerohanian yang mempengaruhi tindakan manusia. Dalam Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali berbicara mengenai sikap dan tindak tanduk manusia yang diistilahkan sebagai suluk atau akhlak. . Mata sering menganggap yang besar itu kecil. Oleh itu. Sebaliknya akal mengetahui bahawa bintang-bintang ataupun matahari lebih besar bahkan berganda-ganda lebih besar daripada bumi. maka ia tidak akan merasa bersalah. apabila akal itu suci dan terpisah daripada perasaan bimbang dan khayal. Namun yang lebih tepat dan patut dinamakan cahaya itu adalah akal iaitu cahaya akal (Nurul‟aql). Imam al-Gazali menyimpulkan bahawa semua aspek kerohanian seperti nafsu. dapat difahami bahawa cahaya (Nur) itu dapat dinamakan sebagai mata dan disebut cahaya mata (Nurul‟ain). akal dan hati adalah rahsia Allah yang yang bersifat ruhani dan tidak berjisim. Justeru.vii. malahan akan dapat melihat sesuatu sebagaimana adanya.

hati yang tidak mahu ambil peduli apabila sampai petunjuk kepadanya tetapi merelakan dirinya dalam keadaan sesat.Topik yang dianalisiskan:The Soul and Its Relation To Knowledge(Ruh dan Kaitannya dengan Pengetahuan) daripada:Buku Al-Ghazali and His Theory Of The Soul (Al-Ghazali dan Teori Ruh) oleh Prof.pada Sifat-nya. hati yang tertutup disebabkan oleh kepercayaan kuat terhadap perkara yang karut. kerana hati yang masih tidak matang untuk menerima pengetahuan apatah lagi memahami seperti bayi atau kanak-kanak. Berdasarkan kitab al-Ghazali. Keempat. Kedua. Pertama. pada asalnya. Mat Akhir Pengetahuan yang dimaksudkan ialah ilmu makrifat iaitu mengenal Allah SWT pada Zat-nya. beliau mengaitkan kekosongan dan kelemahan hati manusia itu dengan tahap perkembangan seseorang individu itu sendiri(iaitu manusia yang membesar dengan . hati yang tidak dapat memahami betul-betul atau hati tertutup kerana dicemari oleh dosa dan maksiat.pada Asma‟nya dan pada Af‟al-nya. beliau memberikan lima sebab kenapa hati manusia tidak dapat menerima pengetahuan. Ketiga. Manakala berdasarkan perbincangan al-Ghazali dalam kitab al-Munqidh min al-Dalal . Al-Ghazali membincangkan bagaimana cara-cara untuk merawat penyakit-penyakit yang merosakkan sifat ruh yang sebenar dan bagaimana untuk membaik pulih ruh manusia itu agar kembali kepada ruh yang tunduk kepada Allah.Noor Shakirah bt.Madya Dr. Kitab Sharh „Aja‟ib al-Qalb. Bagaimanapun. Menurut alGhazali. ruh manusia berupaya menerima semua jenis ilmu pengetahuan yang baik di sisi islam tetapi dihalang daripada memahami kebenaran apabila dicemari oleh kemewahan dunia semata-mata yang menyebabkan ruh tidak dapat membezakan yang baik dan tidak baik. hati yang berpaling daripada kebenaran. Kelima.Al-Ghazali mempunyai pendapat yang berlainan mengenai hati manusia pada awalnya iaitu ruh manusia dicipta dalam keadaan kosong dan penuh kelemahan yang mungkin dirujuk kepada jenis hati yang yang tidak dapat menerima pengetahuan yang pertama. hati yang tidak matang untuk menerima pengetahuan atau memahami seperti bayi atau kanak-kanak.

a. hati manusia sudah pasti berupaya untuk membezakan antara yang baik dan yang tidak baik.w sendiri pernah bersabda:“Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah(bersih dan suci).”. perintah menuntut ilmu (al-ta‟allum) sebenarnya bertujuan untuk mengembalikan kesempurnaan roh manusia itu agar kembali kepada fitrah dan pengetahuan yang asal mengenai Tuhan yang satu iaitu Allah yang telah hilang atau terlupa ekoran daripada kelekaan manusia terhadap kemewahan dunia yang merupakan faktor utama yang merosakkan hati manusia. semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya. . nasrani atau majusi. Berdasarkan firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit. dengan menuntut ilmu sajalah seseorang itu dapat menyempurnakan kembali hati mereka dan mencapai ketenangan yang sebenar.72).hati yang kosong dan lemah). Maka kedua-dua ibu bapalah yang menjadikannya yahudi.(Riwayat Muslim) Sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Ghazali bahawa roh manusia itu pada asal kejadiannya sememangnya mempunyai pengetahuan yang kukuh .Hal yang demikian kerana itulah fitrah manusia yang sebenarnya iaitu berhati bersih dan suci yang menjadikan manusia itu mulia dan berbeza dengan makhluk lain yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini seperti binatang dan tumbuhan. Tanpa kelima-lima halangan yang menyebabkan hati manusia tidak dapat menerima pengetahuan ini.Rasulullah s. oleh itu. Jadi. . lalu dipikullah amanat itu oleh manusia…” (33.

Pengetahuan 4. Begitu juga dalam Kimiya-I Sa‟adah. al-Ghazali menyenaraikan ilmu kimia (kaedah istimewa) yang dapat membersihkan hati daripada unsure-unsur negatif. kelemahan hati dapat dihilangkan. Selain itu. jelas bahawa ilmu makrifatullah dan kepatuhan kepada perintah Allah ialah ubat yang berkesan untuk penyakit yang sedemikian. . kaedah kimia ini mempunyai 4 unsur utama: 1. lagi perlu mendekatkan diri dan cuba memenuhi keperluan ruh diri dengan mempelajari ilmu-ilmu yang sepatutnya.Pengetahuan tentang tentang Tuhan dunia dunia iaitu diri iaitu yang akhirat yang Allah sendiri SWT sebenar sebenar. tentang tentang selepas *Hakikatnya.Pengetahuan 2. dalam Kitab Sharh „Aja‟ib al-Qalb . Oleh itu. Apatah lagi jiwa yang sakit.Pengetahuan 3.al-Ghazali turut menekankan perkara yang sama iaitu kesetiaan kepada Tuhan dan patuh kepada perintah Tuhan boleh membersihkan dan menyucikan hati. Kaedah ini dihasilkan untuk mengembalikan hati-hati yang sudah tercemar kepada Allah. al-Ghazali menekankan perkara yang sama dalam kebanyakan buku beliau.Dengan memenuhi ruh dengan menuntut ilmu yang bermanfaat. AlGhazali juga berpendapat bahawa pengabaian ilmu ketuhanan merupakan racun yang boleh memusnahkan hati manusia dan mengingkari perintah Allah dengan mengikut jejak langkah syaitan juga boleh menyebabkan hati yang berpenyakit.