You are on page 1of 6

PENGERTIAN TAYAMMUM Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat

yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara kepada manusia. Disyariatkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wataala:

005.006

Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah debu yang bersih. (Surah Al-Maidah, 5:6) Semua ibadah atau amalan taat yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Quran, sujud tilawah dan beritikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.

SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM 1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu atau mandi. 2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang. 3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh. SYARAT TAYAMMUM 1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak mustamal, tidak bercampur benda lain. 2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah. 3. Hilang najis terlebih dahulu. 4. Masuk waktu sembahyang. 5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu. 6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

ANGGOTA TAYAMMUM 1. Muka. 2. Dua belah tangan hingga siku.

RUKUN TAYAMMUM 1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:

Maksudnya: Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.

2. Menyapu muka. 3. Menyapu kedua-dua belah tangan. 4. Tertib.

SUNAT TAYAMMUM

1. Membaca basmalah iaitu lafaz 2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka. 3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM 1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu. 2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air. 3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

PENGERTIAN NAJIS Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi. Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.

PEMBAHAGIAN NAJIS Najis dari segi ainnya terbahagi kepada dua: 1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga: i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun. iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya. Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. 2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air. NAJIS YANG DIMAAFKAN Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan: 1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing. 2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.

3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat. 4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.

CARA MENYUCI NAJIS Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja, membasuh dan menyamak. Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut: 1. Najis mughallazah (berat) Hendaklah dihilangkan ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). 2. Najis mutawassitah (pertengahan) Hendaklah dihilangkan ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). 3. Najis mukhaffafah (ringan) Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya. Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.

Sembahyang Jenazah Syarat-syarat sah sembahyang jenazah ialah seperti berikut: 1. Sembahyang jenazah sama halnya dengan sembahyang yang lain, iaitu harus menutup aurat, suci dari hadath besar dan kecil, suci badan, pakaian dan tempat serta menghadap ke arah qiblat. 2. Mayat sudah dimandikan dan dikafankan. 3. Mayat diletak sebelah qiblat mereka yang menyembahyangkannya kecuali jika sembahyang dilakukan di atas kubur (sembahyang ghaib). Cara melakukan sembahyang jenazah ialah dengan keadaan berdiri sahaja dengan tidak ruku, sujud, tasyahhud dan duduk. Sebelum dilakukannya juga tidak disertai dengan azan dan iqamah. Rukun-rukun dan cara menunaikannya adalah seperti berikut: 1. Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke atas mayat. 2. Selepas bertakbir, dibaca Surah Al-Fatihah. 3. Bertakbir untuk kali kedua. Seterusnya membaca salawat dengan mana-mana lafaz salawat dan yang paling afdhal ialah salawat Ibrahimiyyah. 4. Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas takbir tersebut. 5. Kemudian bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya. 6. Kemudian memberi salam ke sebelah kanan dan kiri.
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/8.htm

You might also like