You are on page 1of 16

Soalan (a)

Pengenalan
Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis
keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan
kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud
antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim
sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk
yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan
persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara
dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.

Budaya Sekolah
Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti
dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This
inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to
spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."
Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes,
and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about
each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and
traditions refelecting collaboration and collegiality."

Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir
daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma,
nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah
budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan
tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat
diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan
kurikulum tidak formal.

1
Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan
kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak
guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya
ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak
tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-
budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka
memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial.

Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai
yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua
sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang
positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman.
Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya
hormat-menghormati, Budaya berani menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya
yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya
Budaya Membaca dimana, Projek Nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek Nilam ini, setiap pelajar
yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang
telah dibaca itu tadi.

Iklim Sekolah
Iklim Sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan
sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah hasil interaksi antara
guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara
keseluruhannya.

Mengikut Moss(1979), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai suatu


sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah
kerana pelajar dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu

2
kumpulan di mana tingkah lakunya banyak bergantung kepada bentuk protokol yang
diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru.

Iklim Sekolah sangant mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya melalui


pengenalan konsep kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina
hubungan yang baik dengan orang lain. Pengaruh sekolah memainkan peranan utama
selepas keluarga dalam pembentukan personality pelajar. Ada juga sesetengah pelajar
menganggap sekolah merupakan pengganti keluarga. Pengaruh guru dan rakan sebaya
meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri pelajar. Oleh yang demikian , peranan
iklim sekolah amat bersangkut paut dengan personaliti dan perkembangan
kecemerlangan akademik pelajar serta keberkesanan sesebuah organisasi sekolah itu
sendiri

Ringkasnya iklim sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur,
terkawal, tenang, dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana
yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan
suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan
seumpamanya.

Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap
sekolah perlu membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan
persekitaran sekolah tersebut. Berikut merupakan situasi-situasi yang menunjukkan
terbentuknya budaya dan iklim sekolah. Antaranya ;

Perhubungan Interpersonal

Berdasarkan instrumen profil iklim sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan
interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah
dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan
dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula
merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.

3
Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar.
Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian
Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti
aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah
inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka.

Kepimpinan Pentadbiran

Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada
guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam
pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap
amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam
kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk
menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan
digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..

Kemudahan Fizikal

Pelajar dan guru disekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah.
Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang
berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong
untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.

4
Pencapaian Pelajar

Pencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap
pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan
objektif pengajaran. Pelajar digalakkan bertanggung jawab sepenuhnya menguruskan
kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka.
Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan
adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta
maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan.

Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu, sekolah perlu
beri keyakinan kepada murid bahawa mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap
pelajaran mereka.

Disiplin Sekolah

Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan


persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin
yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara
amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.

Untuk membentuk budaya sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan


perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk
peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah
dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar
sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.

Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah
disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu
sndiri. Kadang kala masalah disiplin yang di alami disekolah inmi disusuli pula dengan

5
prestasi pencapaian pelajar yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti
SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat
terhadap sekolah berkenaan

Pembentukan budaya dan iklim sekolah


Budaya dan iklim sekolah boleh dibentuk dengan cara;

Menghargai permuafakatan
Semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi.
Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri
sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah
orang lain. Dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu-
membantu sesama staf.

Mengamalkan nilai kesejawatanan


Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri,
apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang
lain membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau
"collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya
dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-
menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara
ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang
berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana
kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya, mengekalkan
suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping
mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme,
favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba,
fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya
dengan staf dan kakitangan lain di sekolah

6
Guru-guru berkeyakinan tinggi
Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia
menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta
rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan
iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat
penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi
kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan
sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan
dan pengalaman serta kepakaran.

Ada komitmen yang tinggi


Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala
tingkah-laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap
kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat
dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar
dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan
mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan
kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang-
orang yang berkomitmen yang tinggi juga sentiasa dapat
mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat
sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.

Soalan (b)

Budaya sekolah ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan
sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. Budaya sekolah mencerminkan nilai,
kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warga sekolah. Terdapat aspek-
aspek budaya sekolah yang diwarisi dan ada juga yang dibentuk oleh warga sekolah itu
sendiri dengan tujuan supaya budaya sekolah yang positif dapat dibentuk. Sebenarnya,

7
pembentukan budaya sekolah yang positif juga boleh dilakukan dengan pelbagai jenis
aktiviti-aktiviti contohnya ;

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi


membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru,
pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.

Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan


diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab
profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

Gotong-royong Perdana telah diadakan pada 14 Februari 2009 hari sabtu jam 8.00pagi-
12.00 tengahari di sekolah. Para guru dan pelajar-pelajar dibahagikan kepada 6
kumpulan. Kumpulan 1 bertugas membersihkan kawasan padang termasuk belakang
kantin, kumpulan 2 bertugas mengecat garisan keselamatan kuning di tepi longkang,
tangga dan mana-mana tempat yang dianggap bahaya kepada murid.Kumpulan 3
bertugas mengecat dan membersihkan surau dan kawasan sekelilingnya. Kumpulan 4
pula membersihkan kawasan bengkel pertanian dan tapak petanque. Kumpulan 5
bertugas membersihkan tumbuhan menjalar di pagar sekeliling sekolah. Manakala
kumpulan 6 pula mengemaskini papan-papan kenyataan serta membersihkan bilik-bilik
khas. Selepas aktiviti gotong-royong diadakan, kawasan sekitar sekolah telah menjadi
bersih dan ceria.

8
KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT

Kursus Kemahiran Maklumat untuk pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6 telah diadakan pada
16-17 Januari 2009. Objektifnya adalah untuk memberi input kepada pelajar berkaitan
cara terbaik untuk mencari maklumat di pusat sumber. Dalam kursus ini, pelajar telah
diberikan taklimat tentang kaedah pencarian maklumat serta peraturan asas dalam
penggunaan Pusat Sumber. Kursus ini telah berjaya membimbing pelajar mencari
maklumat secara lebih berfokus dalam Pusat Sumber Sekolah

HARI TERBUKA

Hari Terbuka telah diadakan pada 27 Jun 2008(Jumaat) bermula dari 8.00pagi sehingga
12.00 tengahari. Ibubapa atau penjaga pelajar telah datang ke sekolah untuk mengambil
slip keputusan anak jagaannya. Pada hari inilah, guru tingkatan berkesempatan untuk
berbincang dengan mereka tingkah laku anak jagaannya di sekolah cara-cara bagi
meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah. Hari Terbuka tahun ini mendapat
sambutan yang baik.

MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tahun 1995. Sambutan
ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat
setampat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik
para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan
amalan koperasi. Bagi tahun 2008, HKS disambut di peringkat sekolah dan melibatkan
penyertaan yang menyeluruh di kalangan para pelajar, anggota koperasi, guru-guru,
kakitangan sekolah dan masyarakat setempat. Tema HKS tahun lepas ialah "Koperasi
Sekolah Memupuk Keusahawanan". Beberapa aktiviti bukan pertandingan dijalankan
sepanjang perayaan Hari Koperasi (23-27 Jun 2008) iaitu jualan penghabisan stok,

9
penanaman pokok, penyebaran informasi mengenai koperasi dan cabutan bertuah,
manakala aktiviti yang dipertandingkan ialah kuiz koperasi dan pertandingan poster.

PERKHEMAHAN PERDANA

Perkhemahan Perdana Pasukan Unit Beruniform telah diadakan pada 25-27 Julai 2008
bertempat di padang sekolah. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK
Green Road. Seramai 240 pelajar mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Objektif
perkhemahan kali ini adalah untuk membentuk disiplin diri murid dalam melaksanakan
rutin harian sebagai murid yang cemerlang, melahirkan murid yang bermotivasi tinggi
dalam era globalisasi serta mempunyai kualiti kecemerlangan dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan disiplin. Banyak aktiviti yang menarik telah diadakan dalam
perkhmahan kali ini. Antaranya adalah seperti Flying Fox, Abseilling/Repailing,
orienteering, Burma Bridge, mendirikan khemah, pertandingan memasak cara hutan,
malam kebudayaan, barbecue, nightwalk dan sebagainya

MAJLIS PELANCARAN KEMERDEKAAN

Sempena bulan kemerdekaan, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah


diadakan pada 4 Ogos 2008. Beberapa persembahan pelajar ditunjukkan dalam majlis
pelancaran ini. Para pelajar juga menyanyikan lagu patriotik "Jalur Gemilang" dan
"Malaysiaku Gemilang". Aktiviti-aktiviti akan yang dipertandingkan dalam bulan
kemerdekaan adalah pertandingan membuat kain rentang, pertandingan mendeklamasi
sajak, pertandingan kholam, pertandingan menulis sajak, pertandingan Jigsaw Puzzle,
pertandingan melukis potret tokoh, pertandingan keceriaan kelas dan sebagainya

MINGGU ANTI DADAH KEBANGSAAN

10
Sempena dengan Minggu Anti Dadah Kebangsaan. Sambutan Hari Anti Dadah telah
berlangsung pada hari Sabtu, 5 April 2008 di dewan serbaguna SK St. James. Minggu
AntiDadah adalah anjuran bersama Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan St. James. Program ini dirangka untuk mengzahirkan seruan
kerajaan supaya semua pihak terlibat secara langsung dalam membanteras
penyalahgunaan dadah.Dengan tema PERANGI DADAH HABIS-HABISAN dan
DADAH MUSUH NO. 1 NEGARA diharapkan program ini akan mendatangkan
kesedaran kepada pelajar tentang akibat buruk yang akan menimpa apabila terlibat dalam
penyalahgunaan dadah. Antara acara yang dijalankan adalah:

1. Ceramah kesihatan dan kesedaran dadah

2. Pertandingan Sajak Anti Dadah

3. Pertandingan Mewarna dan Melukis poster Anti Dadah.

Objektif pelaksanaan Minggu Anti Dadah Kebangsaan adalah untuk ;

1. Melahirkan warga pelajar yang menjalani hidup sihat tanpa dadah


2. Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah
dan kesan-kesan yang akan dihadapi akibat penyalahgunaan dadah
3. Mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan agensi seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia,Agensi AntiDadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia.
4. Mendedahkan kepada pelajar-pelajar usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi
yang terlibat dalam memerangi dadah
5. Mendedahkan kepada pelajar-pelajar tindakan undang-undang yang boleh diambil
terhadap penyalahgunaan dadah.

PROGRAM NILAM

Pada 17 Mac 2003 telah dilancarkan Program Nilam dengan rasminya oleh En Mohamad
Jafar b. Ibrahim, Guru Besar SK. St.James bertempat di dataran perhimpunan sekolah.
Matlamat Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid. Ada dua

11
objektif program ini dilancarkan untuk menjadikan murid banyak membaca,
menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca dan membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

PROGRAM DISIPLIN SIFAR

1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta


peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik,
adil, liberal dan progresif.
3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara
rasional dan bijaksana.
4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan
menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta
menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.
6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.
7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.

BULAN DISIPLIN

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan


sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling
berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan
‘Bulan Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para
pelajar SK St.James.

12
Rasional pelaksanaannya
Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik. Berakhlak dan
berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin
keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan
meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik di rumah mahupun di sekolah.

Soalan c

• Kemudahan alat tulis diberi kepada guru sebagaimana kerani sekolah dapat. Seorang
kerani dibelikan pen, pemadam, komputer dan bilik berhawa dingin. Sedangkan guru
yang sering menanda buku pelajar tidak diberi bantuan pen merah. Bilik guru tidak
ada komputer, tidak ada kerusi empuk dan tidak ada alat hawa dingin.
• Bantuan kewangan untuk membuat alat bantu mengajar. Seringkali guru
menggunakan wang sendiri untuk membuat alat bantu mengajar.
• Bilik atau meja yang selesa untuk guru. Di sekolah, guru hanya diberikan kerusi
seperti kerusi murid . Sedangkan kerani sekolah dibelikan kerusi empuk.
• Lengkapkan sekolah dengan pelbagai jenis alat bantu mengajar seperti Overhead
Projektor, LCD Projektor, Video Kamera, kaset, VCD, Televisyen dan sebagainya.
• Keadaan bilik kelas yang sempurna juga haruslah diambil kira seperti menggantikan
lampu yang telah rosak, memperbaiki kipas syiling yang rosak, menggantikan cermin
tingkap yang rosak, memperbaiki atap kelas yang bocor dan sebagainya.

KESIMPULAN

Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan diperingkat


sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan memerlukan kepemimpinan
yang berwibawa, teknologi bertambah canggih serta ragam manusia yang berbagai-bagai.
Sememangnya Kementerian Pendidikan bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil
yang seimang pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang

13
dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya
mendokong Wawasan 2020.

Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah, reformasi atau program


pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan dalaman sekolah.
Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah, penglibatan setiap masyarakat
sekolah amat penting, sungguhpun tugas utama guru berkaitan dengan pengajaran dan
pelaksanaan kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah perlu dihayati dan
ditangani bersama demi membentuk sekolah berkesan.

Menjadi seorang pemimpin di peringkat sekolah, sama ada sebagai


Guru Besar, Penolong Kanan atau pun Guru Kanan Mata Pelajaran,
tidak semudah yang disangka. Sifat-sifat terpuji diri peribadi berserta
beberapa ciri kepemimpinan perlulah ada dan dikuasai pada tahap
yang cemerlang dan tinggi supaya matlamat, misi dan visi sekolah,
masyarakat dan negara dapat dicapai. Merealisasikan sebuah sekolah
yang berkesan dan berwatak, dengan iklim yang positif dan budaya
yang tersohor tidak mungkin dicapai dengan berangan-angan sahaja.
Semua warga sekolah mestilah memahami konsep berhubung
keberkesanan dan kecemerlangan in secara menyeluruh di samping
menumpahkan segala komitmen dengan semangat kesejawatanan
yang tinggi dalam menggarap dan mewujudkan sekolah berkesan dan
berwatak.

14
RUJUKSN

Abd. Shukor Abdulah, (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah – Isu
Strategi Dalam Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. XXXII (71).. m.s 10-33.

Al Ramaiah, (1995). Penyeliaan ; Satu Beban & Kemudahan. Kuala Lumpur : Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.

Al Ramaiah, (1999). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS
Buku Sdn. Bhd.

Barkley, William M.; et. al. (1985) bertajuk " The Impact of Practicum Supervision with
vs. without Audio Tapes" , ERIC_NO: ED264478

Benjamin, R. (1981). Making School Work. New York : The Continuum Publishing
Company.

Ellet, C.D., & Walberg, H.J. (1979). Principal's Competency, Enviroment, and Outcomes
in H.J. Walberg (Ed), Educational Enviroment and Effects. Berkerly, Cal. : McCutchan
Publishing Corporation.

Fullan, M. (1982). The Meaning of Educational Change. New York : Teacher College,
Colombia University.

Ginsberg, R. (1988). Worhty Goal... Unlikely Reality : The Principal as Instructional


Leader. NASSP Bulletin, Vol. 72 (507).p. 76-82.

Glickman, Carl D. (1989). Supervision Of Instruction; A Developmental Approach.


Massachusetts : Allyn & Bacon, Inc.

Hoy, W.K. & Forsyth. P.H. (1986). Effective Supervision. New York : McGraw Hill.

15
Hussain Mahmood, (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka.

Ibrahim Mamat, (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

16

You might also like