You are on page 1of 61

DISEDIAKAN OLEH : KHAIRUL NIZAM B M. ZUKI MOHD FUAD B ROSLI MOHD NOR ASNI B M.

DAIE MOHD AIDIL B SAHIPALUDIN MOOHD SYAFIQ B MAJID

FRASA KERJA
BINAAN FRASA KERJA BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA

BINAAN KATA KERJA


Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja Boleh menghasilkan kata kerja transitif dan tak transitif Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain

CONTOH FRASA KERJA


SUBJEK FRASA KERJA

Menang Ali Mereka Hang Jebat Budak itu Sedang tidur Bertikam Tuah Sedang membaca buku dengan Hang

Pemburu
Dia

Menembak harimau itu


Menjalankan dengan baik tugasnya

BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK

Frasa kerja tanpa objek = kata kerja tak transitif Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya Kata kerja tak transitif tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek Frasa nama sebagai objek menjadi syarat dalam ayat transitif. (ayat transitif = ayat aktif) Ayat transitif boleh dipasifkan. Ayat yang tidak boleh dipasifkan beerti ayat itu ialah ayat tak transitif, oleh itu ayat jenis ini tidak berobjek

Tiga Jenis Kata Kerja Tak Transitif


Kata kerja tak transitif yang tidak boleh menerima unsur pelengkap. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap sesudahnya. Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

2) Frasa kerja yang mengandungi objek - Kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. - Frasa kerja ini mengandungi kata kerja transitif. -Selepas objek boleh diikuti oleh keterangan. - Contoh : Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya. Subjek : Pemburu Kata kerja : menembak Objek : harimau itu Keterangan : dengan senapangnya.

MERUPAKAN KATA KERJA TAK TRANSITIF.

3 JENIS KATA KERJA TAK TRANSITIF: Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Kata kerja tak transitif dengan pelengkap. Kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang.

Tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Kata kerja yang mempunyai makna yang sempurna.

CONTOH-CONTOH :

Dia tercengang. Kanak-kanak itu menangis. Kami semua terpegun.

Pokok itu tumbang.

Tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Unsur-unsur yang digunakan bukan objek kerana ayat tidak boleh dipasifkan. CONTOH: beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan dll

a) Kata adjektif sebagai pelengkap. b) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. c) Kata nama sebagai pelengkap.

a) Kata adjektif sebagai pelengkap: Pelengkap kata adjektif hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya.

i. ii. iii. iv.

CONTOH :

Keadaannya menjadi genting. Mereka berbuat jahat. Badannya menjadi lemah. Bapanya beransur pulih.

b) Frasa sendi nama sebagai pelengkap: Hadir selepas kata kerja tak transitif yang mendukung makna tempat untuk menjadi pelengkap.

CONTOH KATA: berada, tinggal, menetap, bermastautin, membelok, singgah dll


CONTOH AYAT: i. Mereka berada di Johor. ii. Saya tinggal di kampung. iii. Keretanya membelok ke kiri. iv. Kapal terbang itu singgah di Kuala Lumpur.

c) Kata nama sebagai pelengkap: Ada kata kerja tak transitif memerlukan pelengkap kata nama. Pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Terbahagi kepada 2 kumpulan: kata kerja yang berimbuhan ber--kan. contoh: Dia berbantalkan lengan. kata nama sebagai pelengkap seperti menjadi & dan. contoh: Dia menjadi guru. Kakak Ali ada kereta.

Kata nama sebagai penerang bukanlah objek. (tidak boleh dipasifkan)

Hanya menjadi penerang & bukan sebagai pelengkap. (kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan kata makna kerja)
CONTOH:

Subjek Lelaki itu Kami Hobinya

Kata kerja berseluar belajar bermain

Penerang jean. Bahasa Jawa. guli.

13.4 (Binaan Frasa Kerja dengan Objek)


Frasa Kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya.

Frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan menjadi ayat.

Contohnya: (a)Kami makan ikan goreng(objek) itu. (b)Ikan goreng itu kami makan.
(a)Pemburu menembak gajah(objek) itu dengan senapangnya. (b) Gajah itu ditembak oleh pemburu dengan senapangnya.

-Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek terbahagi kepada dua jenis:

Frasa kerja dengan satu objek. Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

Frasa kerja dengan satu objek.


Saya menjawab surat(objek) itu. Mesin itu mengepam air(objek). Sebatang kayu melintangi jalan(objek) itu. (Frasa nama yang mengikuti dianggap sebagai objek atau penyambut)

Perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif(sifatan). Filem itu sungguh menyeramkan (kami).
Kejadian itu sungguh menyedihkan (kita).
Betulkah filem itu sungguh menyeramkan anda? Benarkah kejadian itu sungguh menyedihkan kamu?
(Objek yang terdiri daripada orang kedua dan ketiga tidak boleh digugurkan, kerana ini akan mengandaikan objek yang digugurkan sebagai orang pertama) (Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan)

Frasa kerja dengan dua objek.


Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif. Mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek. Objek-objek mempunyai fungsi yang berbeza-beza: +Objek tepat. +Objek sipi.

Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. Objek sipi ialah objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.
Contoh ayat: -Ahmad menghadiahi Ali buku. -Wanita itu membelikan anaknya baju.

Objek tepat akan mengalami perjudulan atau subjek yang diterangkan apabila dipasifkan. Contoh ayat: -Ali dihadiahi buku oleh Ahmad. -Anaknya dibelikan baju oleh wanita itu. Apabila objek sipi dijudulkan, tidak dianggap gramatis. Contoh ayat: -Buku dihadiahi Ali oleh Ahmad. -Baju dibelikan anaknya oleh wanita itu.

Apabila objek tepat asal diletakkan di bahagian belakang ayat dengan didahului oleh kata sendi nama untuk atau kepada.Maka ayat yang terhasil akan mempunyai hanya satu objek. Contoh ayat: -Dia mencarikan isterinya buah nangka. -Dia mencari buah nangka untuk

isterinya.

Terdapat frasa kerja yang seolaholah mengandungi dua objek.


Contoh ayat: -Sultan menamai tempat(objek tepat) itu Melaka(penerang).

(Sebenarnya ayat di atas hanya mengandungi satu objek iaitu frasa nama yang mengikuti kata kerja secara langsung[objek tepat])

Frasa Kata Kerja Dengan Kata Bantu

Dalam ayat, unsur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata Bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut maknadan terbahagi kepada dua jenis kata Bantu, iaitu: Kata Bantu aspek, yang menerangkan waktu bagi kata kerja, dan Kata Bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

Kata Bantu Aspek


Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja

itu akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum dilaksanakan.

Tergolong kepada tiga jenis aspek masa: Sudah dilakukan: sudah, telah, pernah, baru.

Sedang dilakukan: sedang, masih, mula.


Belum dilaksanakan: belum, akan.

Contoh Ayat
Sudah dilakukan Mereka sudah menonton cerita itu. Sedang dilakukan Ibu sedang memasak nasi. Belum dilakukan Murid itu akan menulis surat kepada ibunya.

Dalam Bahasa Melayu kata bantu aspek tertentu boleh boleh hadir bersama-sama. Cth: Belum+pernah Kamil belum pernah melawat Kota Kinabalu. Masih+belum Ahmad masih belum datang ke pejabat sejak pagi tadi.

Tidak boleh hadir bersama-sama: Cth: Akan+belum Akan+sedang Pernah+belum Telah+masih Sudah+belum Sudah+baru

Kata Bantu Ragam


Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatanitu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan

Antara kata bantu jenis ini ialah: Mungkin, hendak, mahu, harus,

enggan, boleh, dapat, mesti, patut.

cth: Encik Karim hendak mengembara ke Afrika. Kerani itu harus menyiapkan kerja dengan segera.

Boleh hadir bersama-sama: Mungkin+dapat Karim mungkin dapat lulus dengan cemerlang jika dia berusaha bersungguh-sungguh.
Patut+dapat Kerajaan patut dapat menangani masalah pengangguran dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

Tidak boleh hadir bersama-sama: Hendak+mahu Hendak+harus Mahu+mesti Mahu+dapat Mesti+harus Dapat+hendak Hendak+dapat

Kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama-sama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya.
Kata Bantu Aspek+Kata Bantu Ragam Karim sedang hendak ke bandar ketika kami sampai. Dia belum hendak makan kerana masih kenyang.

Kata Bantu Ragam+Kata Bantu Aspek Mereka mesti akan datang lagi. Pada waktu itu bapa mesti sudah ke pejabat. Polis mesti telah menangkap pencuri itu sesudah mendapat maklumat.

FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN

KOMPLEMEN
Menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama Contoh kata kompleman yang selalu digunakan ialah bahawa dan untuk

FRASA KERJA + AYAT KOMPLEMEN


Setiap frasa kerja boleh menerima ayat komplemen Ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk

Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen : 1 ) Orang itu menafikan bahawa barang-

Contoh Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen


barangnya telah hilang. 2 ) Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.

Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen : 1 ) Pak Abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota. 2 ) Penduduk kampung beranggapan bahawa

penghulu mereka sudah berpindah.

13.7. UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA DEFINISI : Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan lebih lanjut kata kerja itu.

Ayat susunan biasa keterangan hadir selepas kata kerja. Kata kerja transitif keterangan hadir selepas objek.

Struktur binaan keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama.

Dari segi makna, frasa keteranagn terbahagi 8 : 1) Keterangan tempat atau arah - unsur yang membincangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa - kata sendi namanya ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada. - Contohnya : Ramai wanita bekerja di kilang. Meraka berasal dari Sarawak.

2) Keterangan waktu Terdapat 2 bentuk keterangan waktu :

1) Frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam, sejak dan hingga. Contoh : Kuliah itu tamat pada pukul 5 petang. 2) Terdiri daripada frasa nama, misalnya semalam dan dua dekad yang lalu. Contoh : Kami menunggu ketibaannya hingga pukul 12 malam.

3) Keterangan cara - Terdapat 2 bentuk keterangan cara : 1) Terdiri daripada kata adjektif. Contoh : Kereta api itu bergerak laju. 2) Terdiri daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda nya. Contoh : Kereta api itu bergerak dengan lajunya.

4) Keterangan tujuan atau harapan. -Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian. -Kata sendi namanya ialah demi, untuk, dan bagi. - Contoh : Kita berjuang demi keadilan undang-undang.

5) Keterangan alat. - Unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan. -Kata sendi namanya ialah dengan. - Contoh : Rombongan pelajar itu datang dengan bas.

6) Keterangan penyertaan. -Unsur yang menerangkan maksud ikut bersama-sama. - Kata sendi namanya ialah dengan. - Pelajar baharu itu datang dengan ayahnya.

7) Keterangan hal. -Unsur yang menerangkan keadaan. - Kata sendi namanya ialah tentang, mengenai, terhadap.

- Contoh : Mereka sedang berbincang tentang perkara itu.

8) Keterangan bagai -Unsur yang menerangkan keserupaan. - KAta sendi namanya ialah seperti, bagai, sebagai, bak - Contoh : Diaberlagak seperti pegawai.

You might also like