Professional Documents
Culture Documents
. Kata drama adalah suatu kejadian atau peristiwa dalarn kehidupan manusia yang mengandung konflik kejiwaan, pergolakan, clash atau benturan antara dua orang atau lebih Sosiodrama adalah salah satu strategi multiple intelligences yang sangat efektif memasukkan informasi materi belajar ke dalam memori jangka panjang siswa. Sedangkan bermain peranan berarti memegang fungsi sebagai orang yang dimainkannya, misalnya berperan sebagai Lurah, penjudi, nenek tua renta dan sebagainya. Sosiodrama sebagai suatu teknik dalam bimbingan dapat dikatakan sebagai alatyang digunakan dalam memberikan layanan kepada konseli, dengan cara mengajak mereka memerankan peranperan tertentu yang berkaitan dengan hubungan antar manusia. Topik yang diangkat dalam sosiodrama merupakan kejadian sehari-hari yang akrab dengan konseli, terkait dengan situasi hubungan social mereka. Teknik ini dapat digunakan ketika konselor memiliki tujuan untuk mendidik atau mendidik kembali aspek sikap atau perilaku sosial konseli. TUJUAN SOSIODRAMA Dapat dikatakan bahwa teknik sosiodrama lebih tepat digunakan untuk mencapai tujuan yang mengarah pada : 1. Aspek afektif motorik dibandingkan pada aspek kognitif, terkait dengan kehidupan hubungan sosial. Sehubungan dengan itu maka materi yang disampaikan melalui teknik sosiodrama bukan materi yang bersifat konsep- konsep yang harus dimengerti dan dipahami, tetapi berupa fakta, nilai, mungkin juga konflik-konflik yang terjadi di lingkungan kehidupannya. 2. Melalui permainan sosiodrama, konseli diajak untuk mengenali, merasakan suatu situasi tertentu sehingga mereka dapat menemukan sikap dan tindakan yang tepat seandainya menghadapi situasi yang sama. Diharapkan akhirnya mereka memiliki sikap dan keterampilan yang diperlukan dalam mengadakan penyesuaian sosial. PEMBUATAN SOSIODRAMA Konselor mengumpulkan anak-anak dan mengelompokkannya menjadi beberapa kelompok. Satu kelompok terdiri dari beberapa anak. Jumlah anggota kelompok harus sama. 1. Konselor menentukan tema cerita dan babak-babak yang akan dimainkan. Konselor membagi tugas. Satu babak cerita menjadi tugas satu kelompok anak untuk mendramakannya. 2. Konselor memberi kesempatan kepada setiap kelompok untuk berlatih sesuai dengan babak yang harus mereka mainkan. Berikan kebebasan bagi mereka untuk menentukan pembagian peran, dialog, dan sebagainya. 3. Pementasan dilakukan dengan konselor sebagai narator dan yang bertugas menyambung setiap babak sosiodrama. Sebaiknya, tiap babak dibatasi waktu pementasannya (lima menit), dan selalu diakhiri dengan tepuk tangan. 4. Pada akhir sosiodrama, konselor memberi komentar/kesimpulan atas tujuan cerita. Selain itu, guru juga mengumumkan nilai tiap kelompok dalam pementasan. Jika memungkinkan, guru dapat memberikan kenang-kenangan bagi kelompok yang paling baik memainkan peranannya.
Sumber: http://id.shvoong.com/social-sciences/counseling/2182171sosiodrama/##ixzz2MeCTffet
Sosiodrama Definisi : bagi sosiodrama ialah suatu aktiviti lakonan yang menarik. Biasanya, aktiviti lakonan dalam sosiodrama adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Contoh yang boleh diberikan adalah seperti: - Cerita Hang tuah dan Hang Jebat Disebabkan sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya murid-murid dapat membuat persediaan. Selain itu, sosiodrama melibatkan situasi yang berkonflik, maka ia akan mengajar dan menggalakkan murid untuk berfikir secara langsung mahupun tidak langsung tentang cara penyelesaian masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional. Kelebihan sosiodrama ini ialah membolehkan murid-murid menunjukkan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama. Aktiviti lakonan melalui sosiodrama akan bermula selepas membaca skrip drama yang telah disediakan terlebih dahulu di dalam bilik darjah. Guru pula akan memilih murid-murid untuk berlakon dan murid-murid yang telah dipilih ini akan memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan. Selepas aktiviti lakonan, guru akan meminta murid untuk mengadakan aktiviti perbincangan bagi menganalisis dan menilai watak-watak lakonan serta membuat rumusan tentang apa yang telah dilakonkan. Main Peranan Definisi : Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Main peranan merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan kepada sesuatu atau masalah yang
timbul. Selain itu, dalam aktiviti main peranan ini, murid biasanya akan membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan. Menurut buku Siri Pendidikan Guru Murid Dan Alam Belajar, (Noriati A. Rashidet. al), main peranan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam lakonan serta perbincangan selain daripada melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Murid-murid akan belajar memahami tingkah laku orang lain dalam aktiviti main peranan ini. Di samping itu, pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa serta sebutan. Guru akan menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat salam situasi itu kepada murid-murid dalam bilik darjah terlebih dahulu. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan dikehendaki memikirkan serta mengemukakan idea tentang cara penyelesaian masalah yang timbul itu. Disebabkan aktiviti main peranan ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan satu masalah sahaja, kebiasaannya lakonan main peranan ini akan mengambil masa selama 8 hingga 10 minit sahaja. Selepas aktiviti main peranan dijalankan, penilaian serta rumusan terhadap prestasi para pelakon perlu dibuat oleh guru. Aktiviti main peranan ini sebenarnya dapat membantu murid yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan serta seterusnya membina keyakinan diri mereka serta dapat memupuk sifat-sifat sosial. Selain itu, para murid juga boleh berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watak-watak lain. Tambahan itu, murid-murid juga diberikan peluang untuk mempelbagaikan perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, serta berbincang dan memikirkan masalah sendiri. Secara tidak langsung, aktiviti main peranan ini dapat melatih murid untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa melalui aktiviti main peranan ini proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya menjadi lebih menarik serta berkesan. Terdapat lima jenis main peranan iaitu: 1. Memerihal Satu cara berkomunikasi dimana peserta memerihal sesuatu situasi atau masalah. Contohnya, pelajar meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar. 2. Demonstrasi
Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi. 3. Latihan Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi dengan meletakkan diri sebagai seorang pengerusi majlis atau menelefon pihak bomba kerana ada kebakaran di kawan tempat tinggal. 4. Cerminan Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contohnya, bagaimana seorang pelajar memujuk seorang rakan untuk melakukan sesuatu untuknya. Pelajar belajar sendiri bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi. 5. Kepekaan Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap satu-satu situasi atau terhadap orang lain. Hal ini akan membantu pelajar untuk memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi. Contohnya, pelajar memainkan peranan dalam sitiuasi di mana dia dirompak oleh seorang pencuri di jalan raya. Secara kesimpulannya, main peranan ini boleh digunakan untuk semua murid pelbagai tahap dan semua aras pencapaian akademik. Di samping itu, aktiviti ini boleh digunakan bagi membolehkan murid-murid meneroka sebarang stuasi dan topik.
http://tintamayafasilamy.blogspot.com/2010/08/implikasi-model-pengajaran-sosial.html
SOSIODRAMADefinisiSosiodrama dilakukan oleh kanak-kanak secara spontan dengan mencipta tema dansenario yang biasa mereka lihat atau alami . Dalam sosiodrama mereka sendirimerupakan sebagai pengarah sosiodrama dilakonkan mengikut dunia mereka sendiriseperti menggunakan kayu sebagai senapang atau kotak besar sebagai kereta yangdipandu dengan menggunakan mulut untuk mengeluarkan bunyi kereta. Selain itu,mereka meniru gaya atau pelakuan orang dewasa dan ianyan berlaku dalam waktupendek sahaja.Kepentingan sosiodrama kepada kanak-kanakTerdapat beberapa kentingan drama kepada kanak-kanak. Yang pertama ialahkanak-kanak dapat menggunakan semua deria untuk menjalankan aktivitisosiodrama. Sebagai contoh, mereka akan mendengar perbualan, melihat perlakuandan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan penggunaan bahasaserta meningkatkan pembelajaran dan pengetahuan. Melalui perbualan atau lakonanyang dilakukan kanak-kanak dapat menambahkan lagi pembendaharaan kata dalamdiri kanak-kanak. Mereka juga dapat meningkatkan proses berkomunikasai anataramereka melalui interaksi dengan rakan-rakan yang lain.Seterusnya ialah, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran kreatif
danpenyelesaian masalah. Pada masa yang sama juga kanak-kanak dapatmenambahkan keboleha diri mereka sendiri dan menghiburka diri. Dengan adanyasosiodrama kanak-kanak dapat menampilkan pelbagai jenis perasaan yang merekatelah alami.Di samping meningkatkan kemahiran fizikal, kanakkanak juga bolehbersosialisasi serta mengembangkan perasaan dan emosi sendiri. Kanak-kanakakan berasa seronok dan mendapat kepuasan kendiri apabila mereka melalakukanaktiviti sosiodrama kerana aktiviti ini melibatkan perasaan murid. Murid-murid bolehmenonjolkan perasaan mereka terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan.
Sosiodrama dalam kurikulum PrasekolahSosiodrama bukan sahaja dilakukan secara spontan malah ia boleh di sepadukandalam komponen yang terdapat dalam kurikulum prasekolah seperti konsepkonsepmatematik, sains dan bahasa (literasi). Melalui sosiodrama kanak-kanak akan lebihberminat untuk belajar kerana terdapat unsur-unsur yang boleh disepadukan didalam drama. Sosiodrama juga boleh dijalankan dalam pusat pembelajaran lainseperti pusat muzik, pusat blok selain daripada pusat bahasa.Tempat untuk pusataktiviti ini hendaklah menggunakan ruang yang sesuai. mempunyai sempadan agar kanak-kanak tidak termasuk dalam kawasan aktiviti lain. bahan dan peralatan yangbanyak.Bahan untuk pusat drama ini: Z Pondok Z Set main masak-masak Z Set anak patung dengan botol susu Z Set alat kebersihan diri Z Beranika pakaian Z Set makan Z Model makanan, haiwan dll Z Set mencuci pakaian Z Telefon lama Z Kotak atau bekas kosong Z Set alat muzik Z Peralatan atau bahan untuk mencipta sesuatu ciptaan seperti stokin untukmembuat puppet atau kayu dan kain perca untuk membuat anak patung
Peranan guru dalam sosiodramaGuru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing kanak-kanak untuk melakukan aktiviti sosiodrama. Guru perlu memastikan dari segi kualitidan kuantitinya drama yang dipersembahkan oleh kana-kanak. Guru juga perlumenyediakan bahan yang mencukupi untuk digunakan oleh kanak-kanak. Selain itu,guru juga perlu menyediakan ruang, masa dan jika boleh pentas untuk kanak-kanakbelakon. Hal ini supaya kanak-kanak dapat melakonkan dengan selesa dan seronok.Seterusnya ialah guru hendaklah memberi peluang kepada kanak-kanak untukmemilih tema dan peranan mereka sendiri dalam drama tersebut serta guru perlulanmemerhati dan membimbing kanak-kanak supaya mereka tidak menggunakankonsep yang salah dan unsur yang negatif semasa belakon. Dalam lakonan ini guruberperanan sebagai pemerhati dan pemudahcara kepada kanak-kanak untukmenjalankan aktiviti drama ini. Guru bertindak sebagai penyelia dan penilai kepadakanak-kanak serta merancang dan mengurus bagi aktiviti sosiodrama.