You are on page 1of 11

Hak Cipta

Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin, Siti Khadijah Abd Ghaffar, Nurhidayah Jaafar & Tim Pengkaji Hadith Psikologi 2012
Terbitan Pertama : SEPTEMBER 2012
HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Buku Pandai Publications

Diterbitkan oleh : Buku Pandai Publications Pengedaran Eksklusif : www.downloadilmu.com

Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad


Ainon Mohd. Khairulaniza Khairuddin Siti Khadijah Abd Ghaffar Nurhidayah Jaafar

ii

E-book ini ditulis berpandukan kajian dan eksperimentasi oleh Tim Projek Kajian Hadith Psikologi

Anggota Tim Projek Kajian Hadith Psikologi Penasihat Projek Prof. Emeritus Abdullah Hassan Ketua Projek Pn. Ainon Mohd. Timbalan Ketua Projek Pn. Wan Mazwati Wan Yusoff Ph.D. Tim Penyelidik Tn. Ahmad Saifuddin Yusof Pn. Muna 'Izzah Fadzil Pn. Rihan Hashim Pn. Nor Hayati Mohd Redzwan Tn. Asyraff Hafdzan Abdullah Tn. Mohd.Yusry Yusopp Guru Pelaksana Fasa Eksperimentasi: Pn. Khairulaniza Khairuddin Pn. Siti Khadijah Abd Ghaffar Pn. Nurhidayah Jaafar
iii

Pengenalan
E-book ini ditulis khusus bagi membantu guruguru yang mahu memberikan sumber dorongan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi rendah dalam bilik darjah. Dalam teknik konvensional, apabila guru-guru mahu mendorong pelajar supaya memperbaiki sikap dan tingkah laku, ataupun mahu memberi semangat supaya mereka lebih rajin belajar, guruguru menggunakan teknik-teknik tradisional seperti berikut: a. Memarahi pelajar b. Berleter dengan tujuan memberi nasihat c. Mengugut dan mengancam

d. Mendenda dan menghukum e. Memujuk f. Memberi hadiah E-book ini menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau mendorong individu-individu yang mempunyai sikap negatif dan melakukan kesalahan supaya mereka mengubah sikap dan tidak mengulangi kesalahan mereka. Pada asasnya, teknik-teknik Nabi Muhammad itu sangat efektif bagi mencapai dua matlamat dalam mendorong perubahan sikap dan tingkah laku, yakni: 1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul.

iv

2. Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik. 3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik. Semua teknik yang diterangkan dalam buku ini sudah di eksperimen oleh 3 orang guru, dan hasilnya menunjukkan teknik-teknik itu dapat mendorong perubahan tingkah laku di dalam bilik darjah. Buku ini memberikan laporan terperinci yang ditulis oleh ketiga-tiga orang guru itu bagi menerangkan langkah demi langkah bagaimana mereka menjalankan eksperimen dan perubahan tingkah laku yang dihasilkan dalam eksperimen mereka.

Laporan terperinci itu dapat membantu guruguru lain mengulangi eksperimen yang mereka lakukan, dan melihat sendiri keberkesanan teknikteknik Nabi Muhammad yang diterangkan dalam buku ini. Meskipun buku ini melaporkan apa yang berlaku di dalam bilik darjah, namun teknik-teknik ini juga dapat digunakan dalam situasi lain, seperti digunakan oleh ibu bapa ke atas anak-anak mereka di rumah. Selamat mencuba.

Ainon Mohd.

Teknik Guru Bertanya Soalan Akhlak Supaya Semua Pelajar Dapat Angkat Tangan

BAB 1
Teknik Guru Bertanya Soalan Akhlak Supaya Semua Pelajar Dapat
Pengenalan Salah satu ciri psikologi tingkah laku pelajar kelas corot adalah mereka sangat pasif. Tingkah laku pasif adalah disebabkan oleh self-esteem yang amat rendah. Mereka tidak mahu bertanya. Apabila ditanya, mereka takut-takut mahu menjawab, akibatnya mereka tidak mahu angkat tangan, meskipun ada kalanya mereka tahu jawapannya. Mereka menjawab apabila didesak ataupun dipaksa-paksa. Mereka malu dan tidak yakin hendak mengemukakan pendapat. Pelajar-pelajar kelas corot percaya mereka bukan pelajar pintar disebabkan faktor-faktor berikut: 1. Mereka ditempatkan di dalam kelas yang dikhususkan untuk pelajar corot.

2. Mereka dilayan oleh guru-guru sebagai pelajar tidak pintar, ini kerana tingkah laku guru berbeza apabila mereka melayan di dalam kelas pelajar pintar. 3. Mereka mendapat markah rendah di dalam buku-buku latihan. 4. Mereka gagal dalam ujian dan peperiksaan. 5. Apabila guru menyoal, mereka tidak berani angkat tangan. Guru dapat menaikkan self-esteem pelajar dengan memberi peluang mereka semua angkat tangan dan seGuru dapat menaikkan self-esteem pelajar dengan memberi peluang mereka semua angkat tangan dan seronok hendak menjawab pertanyaan guru. Cara menaikkan self-esteem pelajar adalah dengan bertanyakan soalan-soalan yang sudah tentu mereka dapat jawab dengan rasa bangga. Soalan-soalan akhlak adalah contoh soalan yang mereka semua dapat angkat tangan dan suka menjawabnya kerana ia membuktikan mereka adalah 'budak baik' meskipun bukan 'budak pintar'. Gu-

nakan soalan akhlak dalam sesi awal sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P). Dengan menggunakan soalan akhlak pelajar berasa seronok dan suka mahu belajar. Apabila mereka suka belajar perlahan-lahan mereka akan menjadi 'budak pintar'. Teknik Nabi Muhammad Salah satu jenis soalan yang Nabi Muhammad s.a.w tanyakan kepada mereka yang ada bersama-sama beliau adalah soalan akhlak. Contoh soalan akhlak yang beliau pernah tanyakan adalah: 1. Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini? 2. Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah? 3. Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi orang miskin makan?

4. Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit? Pada hujung sesi soal-jawab itu Nabi Muhammad berkata: "Seseorang yang melakukan perkaraperkara tersebut sudah tentu masuk syurga."

Hadis rujukan: 'Abu Bakar Masuk Syurga' Laporan Eksperimen Puan Khairulaniza 1 Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa pada suatu masa Nabi Muhammad pernah bertanya: Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini? Abu Bakar menjawab, Saya. Beliau bertanya lagi: Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah? Abu Bakar menjawab, Saya. Beliau bertanya lagi: Siapakah antara saudarasaudara sekalian yang hari ini memberi orang miskin makan? Abu Bakar menjawab, Saya. Beliau bertanya lagi: Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit? Abu Bakar menjawab, Saya. Lalu Nabi Muhammad berkata: Seseorang yang melakukan perkaraperkara tersebut sudah tentu masuk syurga. Hadis No. 543 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim Sebenarnya bukan mudah bagi guru menarik perhatian pelajar, terutama dalam sesi ceramah ataupun taklimat, apatah lagi apabila melibatkan kumpulan pelajar yang banyak seperti dalam perhimpunan besar. Biasanya pelajar akan bising dan bercakapcakap. Saya ingin mengaplikasikan teknik Nabi Muhammad mengemukakan soalan akhlak supaya semua pelajar dapat angkat tangan dan suka menjawabnya. Apabila pelajar-pelajar gembira tentunya mudah bagi menarik mereka supaya memberi tumpuan pada sesi ceramah ataupun taklimat yang disampaikan. Berdasarkan hadis 'Abu Bakar Masuk Syurga', salah satu jenis soalan yang Nabi Muhammad tanyakan kepada mereka yang ada bersama-sama beliau ada-

lah soalan akhlak. Contoh soalan akhlak yang beliau pernah tanyakan adalah: 1. Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini? 2. Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah? 3. Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi orang miskin makan?

4. Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit? Pada hujung sesi soal-jawab itu Nabi Muhammad berkata: "Seseorang yang melakukan perkaraperkara tersebut sudah tentu masuk syurga." Kali pertama saya menggunakan teknik soalan semua pelajar angkat tangan adalah ketika saya berhadapan dengan pelajar-pelajar dalam program orientasi tingkatan 4 di dewan sekolah. Sebelum memberi taklimat ketua bidang, saya sudah menyediakan soalan akhlak dalam minda saya. Saya juga sudah mencatat di atas sehelai kertas respons yang akan saya berikan sekiranya pelajar angkat tangan. Saya baca dan tenung kertas tersebut berulang kali. Menanyakan soalan akhlak memanglah mudah, namun memberi respons kepada penghujung soalan tersebut terasa sukar. Soalan akhlak saya berbunyi: Siapakah antara kamu yang hari ini mandi pagi?

You might also like