You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMESTER SEPTEMBER 2012

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Name : Matric number : NRIC number : Telephone no. : E-mail :

Haryanti binti Ramli 850107105226001 850107105226 012-2030865 zzzyan_08@yahoo.com

Tutors name: Learning Centre:

Pn. Munah binti Musa OUM Petaling Jaya

1 1

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1. Pengenalan.......................................................................................2 2. Aspek kognitif, psikomotor, afektif, kreatif dan sosial Kognitif..................................................................................5 Psikomotor......................................................................... ...6 Afektif....................................................................................6 Kreatif....................................................................................7 Sosial......................................................................................7 3. Organisasi Kurikulum Pemerhatian secara aktif.......................................................10 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.......10. Apresiasi seni visal secara mudah...................................... ..11 Menghargai nilai baik dalam sema aspek kehidupan............11 4. Maklumat sokongan.........................................................................12 5. Kesimpulan.......................................................................................15

6. Rujukan.............................................................................................16

PENGENALAN

Kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia, namun masyarakat di Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam membentuk nilai-nilai kemanusiaan dan budaya bangsa. Bermula dengan lebih dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan Tangan di era sebelum merdeka sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini, namun martabatnya masih diletakkan pada tempat yang sama.

Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu menghargai budaya, mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpaksikan kepada Rukun Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih baik.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

Pendidikan Seni mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI, dapat dicapai dengan strategi yang merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.
3

Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, grafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.

Oleh yang demikian, dapatlah difahami bahawa pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.

ASPEK KOGNITIF, PSIKOMOTOR, AFEKTIF KREATIVITI DAN SOSIAL

Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan ekspresif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam domain tersebut adalah; 1. Domain Kognitif Domain kognitif ialah ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Pendidikan Seni Visual dapat menilai aspek pengetahuan iaitu domain kognitif yang merangkumi pengetahuan pelajar dalam unsur seni, prinsip dan struktur rekaan. Selain dari itu aspek yang dinilai juga adalah pengetahuan tentang alat, teknologi bahan, teknik, bentuk gubahan, kekemasan, pemahaman dan penghargaan.

2. Domain Psikomotor Domain psikomotor ialah menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental.

Dalam aspek kemahiran iaitu domain psikomotor pula melibatkan poses dan hasil kerja yang dilaksanakan oleh pelajar termasuklah : Penilaian dan penyediaan alat dan bahan Pewujudan idea cara untuk mendapatkan ide cara untuk memperkembangkan idea Kegunaan bahan dan teknik Kemasan

3. Domain Afektif Domain afektif ialah suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Penilaian dalam aspek nilai iaitu domain afektif boleh dilihat melalui pemerhatian sikap dan perlakuan pelajar yang direkod oleh guru subjek. Untuk penilaian aspek pengetahuan atau kognitif boleh dijalankan secara penulisan atau lisan. Segala bentuk dan maklumat pencapaian diri pelajar perlu direkod. Tahap pencapaian pelajar dalam jangka waktu pembelajaran perlu direkodkan oleh guru subjek Pendidikan Seni Visual melalui bentuk rekod yang difikirkan sesuai oleh guru.

4. Domain Kreativiti Kreativiti dapat dijelaskan sebagai : Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif atau pemikiran kreatif. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.

Melalui menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, murid dapat : Menghasilkan imej imaginatif, artifak dan ciptaan lain secara personal dan mempunyai nilai Meneroka dan mengeksperimenkan idea, bahan, peralatan dan teknik. Mengapresiasi karya (memberi respons, menterjemah karya, menilai hasil karya)

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

5. Domain Sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui

sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan di sinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek sosial ini akan dapat: (i) (ii) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid; Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormatmenghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

ORGANISASI KURIKULUM

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Apresiasi seni visual secara mudah Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pemerhatian secara aktif Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

10

Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

11

MAKLUMAT SOKONGAN
Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. Kajian dijalankan terhadap murid-murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Puchong Indah, mereka diberikan plastisin. Seterusnya guru memberi arahan agar murid-murid menghasilkan satu rekaan bebas. Setelah rekaan disiapkan, guru mengenalpasti kebanyakan murid hanya dapat menggubah palstisin menjadi objek yang berada di sekeliling mereka. Seperti bunga, kuih, ular dan manusia. Kajian kedua dijalankan pada kelas yang sama akan tetapi mereka diberikan objek (bola, kiub segitiga dan plastisin). Murid-murid diminta menghasilkan makhluk asing berdasarkan objek yang diberikan.

12

Dapat disimpulkan bahawa aktiviti seni lukis merupakan aktiviti yang membantu kanakkanak mengenali objek selain membantumeningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yangmenjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanakkanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.

Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi

penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Bagi mereka, aktiviti bermain memberikan meneroka kepuasan kepuasan alam kepada di samping Melukis memberikan merupakan peluang aktiviti kepada mereka untuk

sekeliling.

yang

mampu dapat

memberikan meluahkan

kanak-kanak.

Melalui

lukisan,

kanak-kanak

perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

13

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut membentuk tahap pemahaman mereka. Kesan Konsep penghasilan kendiri karya lukisan mampu

personaliti

kanak-kanak.

terbina

apabila

kanak-kanak

mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya

sensitiviti pancaindera.

14

KESIMPULAN
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Dengan empat bidang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

(2318 patah kata)

15

RUJUKAN
1. http://psvisual.wordpress.com/2010/03/28/organisasi-kurikulum/ 2. http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2010/05/pengenalan-psv.html 3. KPM. Pendidikan Seni Visual.Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (2000) 4. http://www.artstudent.blogspot.com/2009/10/pendidikan-seni-di-malaysia-antara.html 5. http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2011/08/amalan-penilaian-psv-di-sekolah.html

16

You might also like